Thursday, May 24, 2012

Balik Kampung.. Seoul~!!

Dua tiga minggu yang lepas ni, gelisah ya amat aku ni. Gara-gara Geng Karatz telah meracun untuk pergi menonton musical Catch Me If You Can pada 22hb Mei. Kalau musical tu kat Dewan Canselor UMS ni boleh lah aku pergi. Ni dekat Seoul sana. Gilosss kau! Dah macam cacing kepanasan aku dibuatnya. Hoh!

Grrr.. Aku plakk...

Kerja aku balik-balik tengok kalendar, tengok website Uncle Tony. Tengok kalendar, tengok website Uncle Tony. Kepala ni memang dah senget, wayar semua dah putus. Mana taknya, hutang pergi New Zealand belum langsai lagi, dah gila nak berhutang lagi pergi Seoul? Kau nak kena isytihar muflis ke CikSengal oiii?? Jangan lah kau buat pasal. Nangis Cik Ina nanti. Waaaaaaaa..

Kesengalan, keresahan dan kegelisahan aku sedikit sebanyak berjaya dipatahkan bila confirm, dan seconfirm-confirmnya, minggu yang kononnya bercadang nak pergi Seoul tu telah diisi dengan slot FYP presentation. By hook or by crook aku tak boleh pergi mana-mana! The end! Khatam hogaya.. Lega lah tu kononnya kan? Tettt!! Tak lega mana pun. Still simpan harapan tinggi nak pergi Seoul jugak. Sudahnya, aku minta jadual presentation aku berakhir pada hari Rabu. Poyolah kan konon-konon hari Khamis tu boleh pergi Seoul. Hahahaha.. Nak tengok musical tak dapat, kita jalan-jalan je lah. Memang betul-betul nekad ni. Tapi Uncle Tony pulak tak nak kawan dengan kita. Huhuhuhu..

Kawan-kawan office bertanya, Yatt kau nak ke mana pulak ni? Mintak dicepatkan jadual present segala? Cepat-cepat aku cakap, balik kampung! Tiket dah beli! Paham lah mereka. Sebab minggu depannya, cuti Kaamatan. Sabah ni cuti panjang. Biasanya memang aku akan balik kampung cuti-cuti Kaamatan macam ni. Tapi mereka tak tau, kampung yang aku maksudkan kali ni tu Seoul. Miehehehehehe.. Jahat nau CikSengal ni.

Nak dijadikan cerita. Entah dari mana datang angin kuskus timur laut tenggara mana aku pun tak tau, keluar lah berita bahawasanya SS4 Seoul Encore akan diadakan pada 26-27hb Mei. HAMBIK KAU! Raya sakan lah CikSengal kan? Masa tu memang bersyukur sangat-sangat lah dah mintak presentation sampai hari Rabu. Hari Khamis dah boleh pergi meroyan. Yahhhuuuuuuuuuuuuu~!!

Masalahnya, flight ticket. Almost RM2K. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa... Macam mana ni. Tengah kusut-musut pikir, MAS telah mendengar rintihan aku. Flight offer! Walaupun tak murah mana, RM1.5K untuk return tickets, aku bersyukur sangat-sangat. Naik MAS wei!! Air Asia lagi mahal! So, selamat lah gores dan hutang. Balik berjoli nanti baru pikir macam mana nak selesaikan masalah duit ni. Yang penting enjoy dulu. Huhuhu.. Sewel. Owhh.. Did I tell you last week I bought AA tickets to Osaka next year? Dang~!! Hutang yang tu lagi. Mampuih makcik!

Dah.. Raya ni takde duit raya!!

Tiket flight dah confirm. Tiket SS4 dah ada. Now, kita beli tiket musical pulak. Tak sempat nak pergi aku kata kan? Memang dah rezeki kami agaknya. Another session of Catch Me If You Can feat. si evil maknae Kyuhyun akan diadakan pada 29hb Mei. Fuhhh.. Sebelum ni rasa macam kerja gila je nak pergi tengok musical ni. Tapi last-last dapat jugak pergi. Tepuk tangan kegembiraan.

Begitulah adanya sedikit sebanyak keadaan aku yang sewel tak tentu pasal dua tiga menjak ni. Semalam, aku dah selamat menghabiskan sesi presentation. Hari ini, di kala ini, aku sedang melepak di KFC, KLIA untuk menanti penerbangan aku ke Seoul. Kalau dah gila, memang gila lah jadinya. Semoga perjalanan aku berjalan lancar, dan selamat kembali ke tanah air nanti. InsyaAllah. ^___^

See you Seoul~!

4 comments :

e.l.i.z.@ said...

hahah ko memang sengal la wehhh...
bestnya thn dpn p osaka pulak..lagi mahal currency tu..brapa rege tiket?

ko bg emel ko..aku nk invite ko kt blog aku

CikSengal said...

ahahahaha.. memang sewel.. tiket osaka dapat RM700 pergi balik.. tu laa.. currency jepun mahal sekarang ni.. kena menabung start dari sekarang.. huhuhu..

email aku yattdd[at]gmail[dot]com

Unknown said...

adoi kak sakit pwot aku dok bace ayat sengal ko neh. hahah..

bestnye la pegi balik seoul mcm balik JB je kann...

CikSengal said...

balik rumah mertua.. hahaha..