Wednesday, August 24, 2011

Balik Raya!!

Hari ni Cik Sengal balik kampung. Yey!! Pukul 5 dah bergerak ke airport. Jammed teruk pulak tu. Nasib baik flight pukul 8.30. Masih ada masa lagi. Cik Sengal baru nak menerai balik JB naik Kunang-Kunang ni. Entah best entah tak.

Belum apa-apa dah tak keruan dibuatnya. Kaunter check in lambat bukak. Sudahnya aku berbuka lambat. Dah tu bila dah masuk ke dalam, main tukar-tukar gate pulak. Sekejap gate sini, sekejap gate sana. Nasib baik sebelah menyebelah. Kalau satu hujung sini satu hujung sana mau aku cari pasal. Dah tu delay lah pulak flight aku ni. Pukul 9 baru nampak batang hidung kapal terbang. Dah tu, kat atas flight, boleh pulak aku bertekak dengan seorang helmoni ni. Dia duduk kat seat aku. Dia suruh aku duduk tempat lain. E'ehh?? Seat tu aku beli laa nenek oi!! Bukannya free you know?? Still dia tak nak bangun. Dah tu aku cakap kuat-kuat. "SAYA NAK DUDUK SITU JUGAAAAKKK!!!" Hahaha.. Hambik kau! Pandai pulak dia bangun dan beralih tempat. Kurang ajar ke aku? Tak kan? Sebab tu hak aku. Hehehe.. Sengal betul. Dengan orang tua pun aku nak cari gaduh. Macam-macam cobaan nak balik ni. Huhuhu..

Selepas 2 jam 15 minit sampai lah aku di Johor bumi bertuah. Aku akan berada di sini selama 19 hari. Ye. Cuti sakan. Lantak lah aku nak cuti panjang kan? Suka hati aku lah! Hahahaha.. Banyak plan aku sepanjang cuti ni. Harap-harap semuanya terlaksana hendaknya. InsyaAllah, amin.. Sebenarnya aku saja balik lambat sebab malas nak ambik tau pasal minggu suai mesra orientasi segala tok nenek tu. Hehehe.. Syyyyy.. ^^

Apa-apa pun, korang semua enjoy your final days of Ramadhan. Semoga bergumbira di bulan Syawal nanti. Adios!!

Related Posts:

  • Salam Aidiladha 2012 Salam Aidiladha. Tahun ni aku beraya sorang-sorang lagi seperti tahun-tahun yang lepas. Housemates semua tak ada. Main masak-masak sorang-sorang dan makan pun sorang-sorang.  Lauk raya.. Bila lah agaknye ye bol… Read More
  • Tragedi Malam Raya Ternganga aku bila dapat tau ramai kawan-kawan tak dapat balik raya. Sila baca kat sini --> Penumpang Terjejas Akibat Insiden KKIA Daebak lah kan? Saja sabotaj orang nak balik raya ni. Malam raya pulak tu dia cari pasal.… Read More
  • Raya Raya Raya!! Selamat Hari Raya semua! Seperti tahun-tahun sebelumnya, raya-raya ni, tempat aku kat dapur je. Jadi bibik. Memang comot lah 24 jam. This is what I did.. 1. Buat sarung ketupat. Terer tau. Cakap je ketupat jantung, sate,… Read More
  • CARIans Beraya~!! CARIans? Ye. Kami lah warga forum CARI. Kami umat-umat yang aktif di rumah Asian & Latin Mania. Aku ni dulu-dulu ye lah aktif. Kiasu bukak macam-macam thread. Sekarang ni dah tak berapa nak aktif. Banyak meroyan kat twi… Read More
  • Balik Raya~!! Balik raya!! Ho Ho Ho balik raya! Seronok tau makcik nak balik raya ni. Tapi nak balik ni macam-macam dugaan yang terpaksa aku harungi. Chewah.. Macam besar je masalahnya kan. Boleh kira besar jugak lah sebab berkaitan deng… Read More

0 comments :