Wednesday, October 24, 2007

Coret2 Selepas Raya..

Alhamdulillah. Sampai dah aku kat KK nan indah ni. Smalam lepas landing terus amik cab pi umah pakcik aku. Amik keta la. Aku melandingkan keta aku yang terchenta tu kat umah pakcik aku sempena aku balik raya ni. Nak letak kat rumah sendiri tak bape konpiden. Takde orang sangat area tu. Takut jugaklaa kalau jadik pape kan. Sepatutnya hari ni aku keje. Tapi punyela penat ntah kenapa aku terus balik rumah n take a nap kejap. Tak payah naik bilik. Kat depan tv aku landing. Konon2 kejap je la titon ni. Pastu baru masuk opis. Tapi kirim salam je la. Takdenye aku masuk opis. Aku terus tido tak hengat dunia. Kul 4 baru bangun. Hahaha.. Siott jek. Take a nap apa camni. Dah alang2 tu malas dah aku nak masuk. Besok je la aku datang keje. Sonot betul aku memontengkan diri.

Hari ni masuk keje punye hangin satu badan. Ntah malaun mana pi conteng bod depan bilik aku. Yang aku sure sesurenye malaun tu pasti student aku. Tak puas hati ngan markah yang aku bagi. Ngengada taik kuda. Kalau markah sendiri dia tak puas hati takpo gak. Ni markah orang lain. Siap highlight terang2 n kata aku penipu n melampau. Huh!! Ini boleh mendatangkan marah. Ehh, bukan boleh je. INI MEMANG MENDATANGKAN MARAH!! Aku baru je puji kelas korang batch yang paling best aku penah ajar. Skarang korang wat hal plak. Memang nak kena. Mula2 aku bising gak. Tapi dah lama2 tu aku biarkan je. Dah tau orangnye sape so senyap2 je la. Tak ke bengap. Tulis tak cover2. Ingat aku tak boleh cari tulisan ko. Hahaha.. Tu la. Pandai sangat. Nanti ko time exam nanti. Aku tenung ko sampai tak cukup masa ko nak jawab exam...

Related Posts:

  • Reunion Kecik n Sesi Tenung MenenungPagi2 smalam baru je aku nak duduk kat kerusi kat opis, henpon aku dah menjerit2 bunyi. Sapo la yang call pagi2 cenggini. Tengok kat screen tulis Dr Ct. Waduh.. Kok dr ct call aku ni. Bila diangkat tak banyak yang dicakap. "I… Read More
  • Presentation WeekMinggu ni minggu present. Bertarung lagi skali anak2 buah aku n student2 yang lain. Tinggi harapan aku nak tengok semuanya success. Tapi bagi yang stengah2 yang under perform tu susah sket la aku nak bagi komen. Kalau dapat l… Read More
  • Retreat and Being Treated by 'someone' Weekend baru lepas ni aku n semua IT colleagues join satu retreat kat Rasa Ria Tuaran. Retreat ni lebih kepada perbincangan penstrukturan semula program-program IT dari 3 tahun ke 4 tahun. Kiranya berat jugak la kan nak mens… Read More
  • Rombongan Cik Kiah.. Dua tiga hari ni terasa sakit jugak. Tetiba banyak keje yang datang mencurah2. Aku pon tak cukup tangan nak handle. Aku diminta untuk melayan satu rombongan dari UKM. Katanya lawatan sambil belajar. Hehe.. Macam budak2 skola… Read More
  • FarewellHari ni last day class. Suka ada sedey pon ada. Dari banyak2 batch yang aku ajar batch ni yang paling best. Hopefully aku jumpa diorang lagi next year..… Read More

0 comments :