Thursday, January 26, 2006

Berhijrah

tanggal 13 Nov aku berhijrah ke KK.. bermulalaa hidup aku sebagai warga sabah.. mula2 rasa cam tak nak dok sini.. tapi lama2 rasa best laa plak.. tak sakit kepala.. cuma ada laa beberapa kekurangannya.. kat sini aku tak reti nak beli barang katne.. sume mahal2.. shopping complex punyalaa banyak tapi bab parking memang suey.. orang kk naik bas je kot.. tapi takpe laa.. aku pun bukan kaki shopping.. stakat nak beli barang dapur kat pasaraya kat taman rumah aku pun ok..

aku kat sini menyewa ngan sorang member.. budak KL.. dia ni pensyarah cam aku gak.. sama2 melapor diri.. nasib baik perangai lebih kurang.. boleh laa masuk geng aku.. sewa rumah kat sini agak mahal tapi kalau nak compare dengan jb n kl rasanya sama je kot.. cuma aku yang tak pernah menyewa ni rasa mahal.. hahaha.. duduk berdua je plak tu.. memang kopak laa.. surrounding ok.. jiran2 cam tak bape mesra.. stakat senyum je bila jumpa.. kira oklaa tu.. kalu diorang pandang slack tak ke haru.. huhu..

bab keje memang thrilling n challenging betul.. kena mengajar 3 subjek.. kena selia budak.. kena wat exam question.. kena wat research.. kena present paper.. banyak nya keje aku.. kadang2 terpikir gak.. camne bapak aku bleh survive keje2 camni.. aku ni terkial2.. mbe sebab aku baru lagi dalam bidang ni.. so aku bagi exceptional sket pada diri aku sendiri.. student aku around 130.. tak laa ramai sangat tapi kerenah masing2 buat aku kekadang rasa nak tonyeh2 muka diorang.. sabor je laa..

kat sini aku terasa cam takde social life.. aku tak bergaul sangat dengan orang.. lecturer pompuan sini majoriti dah beranak pinak.. diorang tak campur sangat orang yang solo-molo macam aku ni.. lecturer lelaki plak ramai yang import.. india mari.. profesor yang dah tua2 tu.. tu je laa.. orang tempatan tak ramai.. yang ada pun ramai dah kawin.. takde chance aku nak ngorat.. kekadang terpikir gak.. padan muka aku.. blajar tinggi2.. takde sape yang nak.. tapi bila pikir2 lantaklaa.. janji aku dapat ringankan beban mak bapak aku.. dapat fulfill tanggungjawab n dapat kumpul harta sendiri dah cukup ok..

kan? kan? kann.. huhuhu..

Related Posts:

  • South Korea 7th Edition ~ Day 2: Kona Beans, Meeting Kim Woobin, Sindang Tteok, The Moon Embrace The Sun Musical Friday, 24th January 2014 I tell you one hah, this trip ha is very-very mandom got nothing to do except meroyan jumpa abang-abang K-Pop, K-drama. Boleh gitu? Boleh je lah kan. Memang trip terjah untuk lepak-lepak je ni. … Read More
  • South Korea 7th Edition ~ Final Day Monday, 27th January 2014 Kisah sengal di hari Isnin. Kalau ikut plan asal, memang dah dalam flight dah ni. Tapi aku masih kat Seoul yay! Biol sangat. Pagi-pagi ni, aku say bye bye kat Kia yang akan balik ke Malaysia. Tingg… Read More
  • Oh Tidak.......... Dah ngada-ngada terbeli lah pulak kan. Haha..  Nantikan lah pengembaraannya. Pengembaraan lah konon. Ni trip orang kaya ni!  … Read More
  • Meeting Lee Hyukjae! Tarikh: Isnin, 27 Januari 2014 Tempat: Tous les Jours, Guro, Seoul Hari ni hari Isnin. Sepatutnya aku akan balik ke KK hari ni via Manila. I mean, balik ke Manila hari ni, stay satu malam dan balik ke KK besok paginya. Tapi… Read More
  • It's Choi Siwon! Tarikh: Ahad, 26 Januari 2014 Tempat: Gwanghwamun Square, Seoul Kisahnya, pagi Ahad yang boleh tahan sejuknya macam apa, aku dan Kia dengan lenggang kangkungnya melangkahkan kaki ke TLJ si budak bilis tu. Kia tak pernah sam… Read More

0 comments :