Thursday, November 7, 2013

ZZ Sup Tulang, Johor Bahru

Lagi satu port makan kalau datang ke JB ni. Food Court di Hutan Bandar. Tau Hutan Bandar tu apa? Boleh dikatakan tempat untuk rekreasi lah. Kami datang pun untuk rekreasi jugak. Rekreasi perut. Kekekeke.. 

Food Court Hutan Bandar..

Bukan kami je. Ramai umat Johor Bahru ni datang berekreasi perut kat sini. Mana tak gumuks-gumuks kan. Kerjanya makan je. Boleh tahan penuh jugak tempat ni. Lucky us untuk dapat meja yang terakhir. Yang datang selepas kami terpaksa lah menunggu. Hehehe..

Rekreasi Perut..

Kami makan di ZZ Sup Tulang. Katanya, sup tulang kat sini adalah terbaik kat JB. Menarik ni. Tapi aku takde lah nak makan sup tulang. Kang menjejeh kang. Kalau makan kat rumah oklah jugak. Makan kat kedai ni nak kena kontrol hensem bagai, agak susah jugak lah.

ZZ Sup Tulang..

Aku makan soto. Siap bergedil ko. Memang mantop! Harga dia pun lah mantop jugak. Hahahaha.. Tapi tak kisah lah harga dia berapa, sebab sedap. Geng-geng lain ada yang makan soto dan ada jugak yang makan mi rebus. Mi rebus dia pun mantop jugak rupa parasnya.

Soto..

Mi Rebus..

Fuh! Memang kenyang banget makan. Lain kali boleh datang lagi. Jalan nak ke sana? Errr.. Nanti aku study Google Map dulu. Ekekekeke..

Related Posts:

  • Warung Saga, Johor Bahru Siapa pernah datang sini? Aku orang JB pun tak pernah tau kewujudan tempat ni. Hahahaha.. Nasib baik ada K Awa yang sudi bawak aku ke sini. Orang bawak kan. Jangan harap lah aku nak hafal laluannya. Total fail!  … Read More
  • Maco Vintage, Johor Bahru Sempena birthday Cik Fieza kita, kami pi keluar makan. Kebetulan ada kat JB kan. So kami check out cafe yang baru dibukak ni. Namanya Maco Vintage, dan lokasinya ialah ditengah-tengah bandar Johor Bahru. Berdekatan dengan B… Read More
  • Ayam Penyet! @ Banafe Village, Johor Bahru Baru je balik dari jalan-jalan jelajah Pulau Jawa. Ni balik JB aku dah mengidam nak makan Ayam Penyet Banafe. Makanya aku pun "K Awa, jom Banafe! Ayam Penyet!". K Awa pun ketawa melekek-lekek. Haishhh.. Kemain ko rindu kat … Read More
  • Muar Outing Sempena balik JB baru-baru ni, aku berkesempatan pergi ke Muo. Yay! Dah lama betul aku tak ke Muo ni. Kali terakhir aku datang sini, tahun 2007. Wow. Dah 6 tahun dah. Mesti banyak dah berubah Muo ni. Kenapa jalan-jalan k… Read More
  • ZZ Sup Tulang, Johor Bahru Lagi satu port makan kalau datang ke JB ni. Food Court di Hutan Bandar. Tau Hutan Bandar tu apa? Boleh dikatakan tempat untuk rekreasi lah. Kami datang pun untuk rekreasi jugak. Rekreasi perut. Kekekeke..  Food Co… Read More

0 comments :