Monday, April 9, 2012

Jalan-Jalan Style CikSengal

Ramai yang tanya. Ramai yang mintak tips. Jadi CikSengal kongsi kat sini lah ye jalan-jalan style CikSengal ke luar negara yang kedekut dan amat menjimatkan kos. Kekeke.. Manalah tau boleh dibuat panduan bagi siapa-siapa yang tak ada bajet besar tapi nak pergi jalan-jalan.

1. Who to go With?
Nak pergi dengan siapa ye? Dengan siapa-siapa pun boleh. Tak ada masalah. Tapi yang penting mesti lah satu kepala, satu pemikiran, satu minat. Trust me, SENANG nak berjalan-jalan. Bila semua serba serbi sama, boleh lah nak fokus ke spesis jalan-jalan yang mana satu. Jalan-jalan sightseeing ke, jalan-jalan nature ke, jalan-jalan shopping ke, jalan-jalan tak tentu arah ke, apa-apa je lah. Paling ideal kalau nak jalan-jalan ni, pergilah berempat. Senang nak kongsi bilik hotel/hostel/guesthouse, nak kongsi teksi (kes terpaksa) pun senang.

2. Where to Stay?
Kalau pergi jalan-jalan jimat kos, takkan laa nak duduk kat 5-star hotel lah kan? Cari lah tempat-tempat yang murah. Guesthouse ke, hostel ke. Nak tidur je pun. Bukannya nak bermalas-malas kat bilik, nak tidur-tidur sampai matahari tegak. Kalau nak buat macam tu, duduk je kat rumah. Tak payah pergi jalan-jalan. Kalau jalan-jalan berempat, boleh duduk kat dorm. Jimat kos. Kalau lah kita sampai lewat, landed dalam pukul 10 malam ke atas, tidur je kat airport tu. Tak payah susah-susah nak ke hostel. Besok pagi-pagi baru gerak. Biasa-biasakan lah diri untuk tidur kat airport, stesen bas ke, stesen keretapi ke. Pengalaman tu mahal tau. 

3. What to Bring?
Yang paling penting sekali, universal adapter. Ini kalau pergi ke negara-negara yang kepala plug dia jenis lain daripada yang kita punyalah. Kalau tak bawak, sesetengah tempat tu ada jual, boleh lah beli. Kalau tak ada, tu yang payah tu. No point bawak charger handphone, bateri kamera bagai tapi tak boleh nak cucuk kat dinding. Bagi yang gila bergambar, disarankan bawak extra bateri untuk kamera tu. Nak-nak kalau pergi time winter. Bateri kamera cepat habis. Tak dapat nak posing sakan kang. Lagi, bawaklah torch light ke, benda-benda first aid macam plaster ke, cream gatal ke, errr kalau gatal-gatal kena gigit nyamuk ke, semut ke boleh lah sapu-sapu. Minyak angin ke, apa-apalah yang dirasakan sesuai. Biasanya CikSengal akan bawak laptop sekali. Nyawa tu. Senang nak transfer-transfer gambar kalau memory card dah penuh, senang nak surf internet etc. Notebook kecik & pen pun wajib bawak untuk menconteng apa-apa yang patut.

4. What to Eat and Drink?
Kalau tempat yang kita pergi tu senang nak cari makanan Halal, tak ada masalah. Lagi seronok kalau makanan tu murah-murah. Kalau susah nak cari makan, sila cari hostel/guesthouse yang boleh main masak-masak. Senang kalau ada tempat memasak ni. Tinggal nak beli groceries je, lepas tu bersilat lah kat dapur tu. Tak pun, bawak je bekal dari Malaysia. Maggi ke, roti ke, serunding kering ke, sambal ikan bilis ke, tuna mayonaise dalam tin ke. Yang mudah-mudah. Kita ni kalau jalan-jalan, bab makan jangan berkira sangat. Makan sekadar untuk mengalas perut. Bukannya nak melantak, menketedarah. Dan jangan lah kita expect untuk dapat makan macam yang kita makan hari-hari kat Malaysia. Nak makan nasi ayam, nasi goreng kampung bagai sila jalan-jalan kat dalam Malaysia je.

5. Where to Go and What to Do?
Sila buat perancangan. Sila sediakan itinerari. Senang nak jalan-jalan kalau ada itinerari ni. Jangan malaskan diri untuk study tempat-tempat yang menarik. Bukak internet tu. Semuanya ada kat situ. Tengok tempatnya kat mana, jauh ke, dekat ke, nak perginya macam mana, bukak pukul berapa, tutup pukul berapa, berapa bayarannya. Semua tu nak kena godek. Dah tu sila senaraikan mengikut hari yang sesuai. Kumpulkan mana-mana tempat yang berdekatan and whamm meroyan lah anda di situ sehari. Lepas ni tak payah nak datang-datang balik dah. Kalau nak lagi jimat bajet, sila pergi tempat-tempat yang free-entrance fee. Dah tu pergi lah tempat-tempat yang berbayar. Kekeke.. Gunakan konsep 7-11. Keluar jam 7 pagi dan sila balik pada jam 11 malam. Memang puas lah berjalan.

6. What to Wear?
Rajin-rajinkan lah diri untuk tengok macamana cuaca kat tempat kita nak pergi tu. Kalau sejuk, bawak lah baju tebal-tebal sikit. Kalau panas, jangan lah pulak bawak coat bagai. Kalau selalu hujan, jangan lupa bawak baju hujan. Nak lagi best, bawak lah payung lipat. Sila recycle baju-baju anda. Kita ni mengembara bukannya pergi dating nak kena cantik 24/7. Buruk pun tak apa. Janji dapat jalan-jalan. Kalau agak-agak bacin baju tu, silalah basuh ye. Banyak hostel/guesthouse ada sediakan mesin basuh. Cari je lah. Bawak baju, seluar, tudung yang tak payah nak iron. Tapi CikSengal jenis mesti nak iron jugak especially tudung. Jenis pakai tudung 4 segi kan. Nak buat macam mana. Jadinya bawak ler travelling iron. Puas hati.

7. What to Buy?
Kalau pergi jalan-jalan tempat orang ni mesti lah nak beli barang-barang buat kenangan kan? Souvenirs and stuff. Silalah beli benda yang tak ada kat tempat kita. Kalau ada jual kat Malaysia, tak payah beli. Melainkan benda-benda tu jauh lagi murah dari Malaysia. Nak beli souvenirs untuk kawan-kawan dan family? Untuk diri sendiri? Kalau beli untuk semua orang, mesti kopak kan? Senang cerita macam ni. Beli souvenirs untuk siapa-siapa yang kita rasa memang tak mampu nak pergi ke tempat-tempat ni. Kalau dia mampu, tak payah belikan. Kekekekeke.. Teruk bebenor kan bunyinya. Kita boleh pergi dengan bajet ciput macam ni, kenapa dia tak boleh pergi? Kan? Kan? Kan? Bukan apa, Kita ni jalan-jalan bajet kecik. Duit yang ada kat tangan pun kecik jugak. Kalau ada yang request suruh belikan, sila mintak duit. Kalau kirim pakai air liur je, toksah layan. Hehehe..


Apa lagi ek? Tu je lah dulu kot. Nanti update lagi. Yang penting kalau pergi jalan-jalan jimat kos ni JANGAN BANYAK SONGEH. Kalau nak banyak songeh, sila pastikan duit dalam poket tu berkepuk-kepuk....

2 comments :

Anonymous said...

Cik Sengal pergi NZ pakai airline aper ye?N ada tips untuk dapatkan flight murah ker?

CikSengal said...

Selama ni travel memang naik AirAsia je.. Tak ada tips bagai nak dapatkan flight murah ni, kena rajin belek2 website je lah.. Biasanya kami beli tiket masa AirAsia mula2 bukak laluan ke satu2 tempat tu.. Tiket memang murah..