Monday, April 2, 2012

Aku dan KPTN 2012

Aku ke KL kerana benda ni lah. Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012. Gigih tau jadi mak pacak kat PWTC tu. Penatnya ya ampun!

Aku mewakili sekolah kami yang gagah perkasa kudaku gagah berlari tu. Kiranya nak mempromosikan program-program yang ditawarkan oleh sekolah kami lah ni terutamanya bidang sains komputer. Semangat lah ni, menanti untuk ditanya, diinterview oleh pengunjung-pengunjung yang datang. 

Inilah booth kami yang ceria..

Pakcik baju hijau tu macam kenal je..

Macam-macam pesen orang yang datang. Hari pertama je aku dah kena sergah dengan seorang guru kaunseling yang tak berpuas hati bekas pelajarnya tak dapat masuk ke Program Perubatan UMS. Panjang lebar dia bercerita pelajarnya dapat keputusan yang cemerlang, MUET pun bagus, ini qualified, itu qualified, tapi tak dapat masuk. Siap suruh aku explain lagi kenapa pelajar dia tak terpilih. ADESSSS.. Rasa nak pitam kat situ jugak. Kuasa pemilihan bukan di tangan saya cikgu. Huhuhuhu..

Rata-ratanya banyak parents yang lebih berminat untuk bertanya daripada anak-anak mereka yang nak masuk U ni. Macam-macam soalan cepumas yang keluar. Macam diorang yang nak masuk U. Anak dia kat sebelah dah tarik muka empat belas tonyek semacam. Tak berminat langsung. Kalau boleh, diorang nak golek guling-guling kat lantai macam Si Pekan jerit tak nak! tak nak! nak balikkkk!!! Macam tu lah rupa nya. Memang tak semenggah. Mak bapak kan. Mungkin dia tau apa yang terbaik untuk anak dia. Kalau boleh dia nak anak dia ambik bidang yang cerah masa depan. Tak pun dia paksa anak dia ambik bidang tu sebab dulu masa muda-muda dia tak berpeluang nak belajar dalam bidang tu. Heheheheh..

Pelajar yang berminat pulak, belum apa-apa dah tanya "univ ni ada pengiktirafan MQA ke?" Wah wah wah.. Belum apa-apa dah tanya pasal MQA. Mesti lah ada dek non. Kalau takde, aku pun tak nak duduk sini mempromo. Huhuhhu..

Program yang ditawarkan dalam bidang Sains..

Some explanation given..

Dua hari terpacak, tak ada seorang pun tanya pasal sains komputer. BLUWEKKK.. Aku balik-balik asyik ditanya pasal program perubatan je. Adoi lah. Adik-adik sekalian, dan ibubapa sekalian. Bidang perubatan je ke yang best kat donia ni? Kerja jadi doktor je ke yang paling best sekali? Paling dipandang mulia? Paling happening? Bidang lain pun penting jugak tau. Kalau semua jadi doktor, siapa nak jadi pesakit? Chewaaahh.. Hahahaha.. Entah lah. Zaman sekarang ni masih ada lagi yang kata kerja doktor, lawyer, majistret tu paling gempak. Pantang datuk nenek diorang kalau anak-anak tu jadi ahli muzik. Huhuhuhu..

Apa pun, sila lah belajar apa yang kita minat. Bukan yang kena paksa-paksa sebab nanti kalau kerja, kita tak ikhlas buat kerja. Hahahaha.. Dah tu nak ambik kursus yang diminati tu, masa sekolah kena lah belajar rajin-rajin. Kena ambil aliran yang bersesuaian. Ini ada juga yang ambil bidang sastera tapi nak masuk U ambik engineering. Tak boleh lah macam gitu kan?


CAKK~!!

Dah penat duduk tercongok, aku pusing-pusing tengok booth yang ada. Banyak jugak aku dapat gifts dari booth-booth yang dilawati ni. Siap kena tarik lagi, dik marilah tengok sini, dik marilah dengar sini, dik bidang apa yang adik minat. Kekekeke.. Ada rupa budak nak masuk U aku ni rupanya. Muda belia lah kan. Hahahaha..

Selain mengskodeng program yang ditwarkan di booth universiti-universiti yang lain, aku juga sempat mengskodeng kerja kosong. Kehkehkeh..

Related Posts:

  • Futsal Piala Dekan Hari ni aku join pertandingan futsal. Piala Dekan lah ni kunun-kununnya. Dah lama tak main ohh. Gelanggangnya pun aku dah lupa macam mana. Padahal depan rumah kat Pulai Utama nun sebesar-besar tidak pusat futsal. Hahaha.. Bi… Read More
  • Maulidur Rasul 2009 Penat dan seronok! Itu kot yang aku boleh describe hasil daripada 'berjalan jauh' pagi tadi. Sebenarnya tak lah sejauh mana. Saja je exaggerate cerita bagi gempak sikit. Hehe.. Hari ini, kami warga U berarak sempena Maulidu… Read More
  • Baling-baling Boling It's that time again. Kita main BOWLING!! Heheheh.. Sempena Hari Keluarga SKTM sebenarnya. It was quite funny juga lah. Sebabnya, no pilih-pilih team sendiri. Kena cabut nama. Gasak!! Dan tergelak besarlah aku bila diletakk… Read More
  • SKTM Family Day Hahaha.. Sakan sungguh aku ni. Sampai tak menyempat-nyempat nak buat benda lain. Baru je habis meroyan di Family Day aku dah menconteng kat sini. Al kisahnya, hari ni kami berfamily day. Tak jauh mana pun. Di ODEC je. Tahun… Read More
  • Our Newsletter Sudah terbit rupanya buletin kami yang pertama ni. Aku tak pasti la pula sama ada yang pertama untuk tahun ni atau yang pertama dalam seumur hidup SKTM ni. Yang pastinya, ini kali pertama aku nampak buletin seumpama ni sepan… Read More

0 comments :