Tuesday, November 6, 2007

Reunion Kecik n Sesi Tenung Menenung

Pagi2 smalam baru je aku nak duduk kat kerusi kat opis, henpon aku dah menjerit2 bunyi. Sapo la yang call pagi2 cenggini. Tengok kat screen tulis Dr Ct. Waduh.. Kok dr ct call aku ni. Bila diangkat tak banyak yang dicakap. "I'm coming to KK today n I nak u bawak I shopping.." Wohohoho.. Dr ct is coming? Cam tak caya je. Aku ok kan je. Dah lama gak aku tak jumpa dia. Lepas abis master dulu tak penah jumpa terus. Walaupon aku selalu balik skudai n selalu gak menjengah UTM tu tapi tak berkesempatan nak jumpa dia. Ni harus bagitau Lau ni. Dia lagilaa lama tak jumpa.

Dr ct datang coz ada viva kat sini. Student dr jason. Dr ct jadik external examiner. Ok la tu. Vivanya esok pagi. Hari ni pon dalam petang gak baru dr ct sampai. Aku pi fetch dia kat airport n terus bawak dia pi pasar pilipin. Tempat2 biasa orang pompuan lepak. Tak lama sangat kat situ. Dr ct main kaut je apa dia nampak. Kat pasar ikan masin pon sama. Aku dok peratikan je la. Lepas dah abis shopping baru la aku bawak pi UMS. Jumpa ngan Lau. Sonot betul Lau. Tak silap aku supervisor dia dulu masa wat master. Kami tiga orang lepak kat bilik aku borak2 n doing some catching up. Then Lau blanja makan n lepas abis semua aku hantar dr ct pi hotel.

Pagi2 ni aku ada exam. Yeszaa.. Subjek SAD. Aku dah plan nak tenung budak yang wat dajal kat bod aku tu. Siap la ko hari ni. Dr ct pon dah pi viva dia. Dah janji nak jumpa dia lepas dia abis viva n aku abis exam. Jaga exam ni tak best mana pon. Boring sesangat. Tapi ada yang best gak. Dapat tengok bebudak ni garu kepala, buat muka tensen n so on. Tak dapek aku nak tenung budak yang sorang tu. Kepala tunduk je. Muka bermasalah betul. Tu la. Derhaka lagi. Padan muka. Soalan aku bagi punyelaa direct tapi ramai gak yang tak paham. Ada yang dah jawab siap tanya aku betul ke tak apa yang dia jawab tu. Apa kes? Boleh ke camtu? Ada yang mintak klu la. Waduhh.. Mentang2 laa aku ni tak bape strict dalam kelas korang nak buli aku ye. Bila aku kata NO!! Muka masing2 berubah. Baru diorang tau aku ni tak bley dikotak2an..

Dr ct abis viva awal n dia mintak drebar hantar dia pi airport terus. Aku yang gabra. Kotak ikan masin dia ada ngan aku. Nak tak nak aku kena pi airport gak hantar kotak dia. Bleh say babai skali. Jumpa dia kat airport pon skejap je coz aku parking kat tempat haram. Naya je kalau kena saman. Skejap betul laa dr ct datang. Tak sempat aku nak bawak jalan ke mana2. Takpe, next time la kan...

Related Posts:

  • Dunia Baru.. Well guys, masuk bulan baru ni segalanya baru. Dah mula start sem baru. Dapat student baru. Mengajar subjek baru. Tanggungjawab pun baru jugak. 30 June n 1 July, 1st year student datang register. Masing2 muka hehehe.. Tau2 j… Read More
  • Rombongan Cik Kiah.. Dua tiga hari ni terasa sakit jugak. Tetiba banyak keje yang datang mencurah2. Aku pon tak cukup tangan nak handle. Aku diminta untuk melayan satu rombongan dari UKM. Katanya lawatan sambil belajar. Hehe.. Macam budak2 skola… Read More
  • Coret2 Selepas Raya..Alhamdulillah. Sampai dah aku kat KK nan indah ni. Smalam lepas landing terus amik cab pi umah pakcik aku. Amik keta la. Aku melandingkan keta aku yang terchenta tu kat umah pakcik aku sempena aku balik raya ni. Nak letak kat… Read More
  • Presentation WeekMinggu ni minggu present. Bertarung lagi skali anak2 buah aku n student2 yang lain. Tinggi harapan aku nak tengok semuanya success. Tapi bagi yang stengah2 yang under perform tu susah sket la aku nak bagi komen. Kalau dapat l… Read More
  • FarewellHari ni last day class. Suka ada sedey pon ada. Dari banyak2 batch yang aku ajar batch ni yang paling best. Hopefully aku jumpa diorang lagi next year..… Read More

0 comments :