Thursday, February 16, 2012

Maulidur Rasul 1433H

Semalam kami menyambut Maulidur Rasul peringkat universiti. Meriah wei. Serba kehijauan kami ni. Tapi tak pulak ngam baju lelaki dengan perempuannya. Kedai kain tak cukup stok kekdahnya. Hahahaha..

Acara dimulakan dengan penilaian perbarisan dan sepanduk. The guys saja yang involve. Lah.. Kami yang ladies ni buat apa? Buang karan je kan pakai baju cantik-cantik tapi tak berarak? Tak dapat nak show off pakaian seragam kami yang macam pokok krismas ni. Hehehehe..


The handsome boys.. Handsome ke?

The cute girls.. Kekeke..

So, terus bergerak ke dewan sajalah. Tunggu acara bermula. Perut dah berkeriuk-keriuk sebab belum sarapan. Nasib baik ada disediakan kuih dua ketul dan air kotak. Boleh lah buat mengalas perut. Tapi perut besar kan, tak berapa nak cukup je ni. Hahahaha.. Apa pun Alhamdulillah~!! 

Selama ni pegang banner SuJu, hari ni insaf sikit.. Alhamdulillah..

Acara hari ni agak panjang. Ada ucapan alu-aluan from the big boss. Ada sesi bacaan ayat suci al-Quran, ada persembahan nasyid, ada ceramah perdana, ada persembahan puisi, ada persembahan teater, macam-macam ada lah.

Ceramah perdana hari tu disampaikan oleh Ustazah Rohayati Daud dari USM. Terkejut beruk mak yeh aku sebab nama kami lebih kurang sama. Geng-geng kat tepi kat belakang dah pakat gelak dah. Cepat-cepat disuruhnya aku naik pentas. Aissshhh.. Kalau aku yang bagi ceramah, pengsan semua orang. Tajuk ceramah ialah "Rasulullah Pencinta Wanita". Aiseyyy.. Tajuk yang sangat menarik. Contentnya pun best. Ustazah ni pun kemain lawak jugak orangnya.

Ustazah Rohayati Daud.. Sila sebut betul-betul..

Then, we have a session with Nazrey Johani. He is one funny guy lah. Kami kat belakang ni dah macam orang gila gelak. Walaupun ada yang aku tak paham (orang sebelah jadi translator), aku gelak jugak lah. Hahahaha.. He sang 3 songs and very well-received by the audiences.

Maharaja Lawak 2012 ~ Nazrey Johani..

Then it's time to announce the winner. Pemenang memang dah dapat agak. Tak tengok perbarisan dan tak tengok sepanduk pun dah tau siapa yang menang. Next time kita tak payah masuk bertanding lah. Kita pakai baju biasa-biasa je OK? Mati larr CikSengal kena bambu lepas ni. Hahahaha..

Till next year~!! Wasalam...

Related Posts:

  • Baling-baling Boling It's that time again. Kita main BOWLING!! Heheheh.. Sempena Hari Keluarga SKTM sebenarnya. It was quite funny juga lah. Sebabnya, no pilih-pilih team sendiri. Kena cabut nama. Gasak!! Dan tergelak besarlah aku bila diletakk… Read More
  • Maulidur Rasul 2009 Penat dan seronok! Itu kot yang aku boleh describe hasil daripada 'berjalan jauh' pagi tadi. Sebenarnya tak lah sejauh mana. Saja je exaggerate cerita bagi gempak sikit. Hehe.. Hari ini, kami warga U berarak sempena Maulidu… Read More
  • Our Newsletter Sudah terbit rupanya buletin kami yang pertama ni. Aku tak pasti la pula sama ada yang pertama untuk tahun ni atau yang pertama dalam seumur hidup SKTM ni. Yang pastinya, ini kali pertama aku nampak buletin seumpama ni sepan… Read More
  • Futsal Piala Dekan Hari ni aku join pertandingan futsal. Piala Dekan lah ni kunun-kununnya. Dah lama tak main ohh. Gelanggangnya pun aku dah lupa macam mana. Padahal depan rumah kat Pulai Utama nun sebesar-besar tidak pusat futsal. Hahaha.. Bi… Read More
  • SKTM Family Day Hahaha.. Sakan sungguh aku ni. Sampai tak menyempat-nyempat nak buat benda lain. Baru je habis meroyan di Family Day aku dah menconteng kat sini. Al kisahnya, hari ni kami berfamily day. Tak jauh mana pun. Di ODEC je. Tahun… Read More

0 comments :