Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Saturday, August 30, 2014

One Down...

Kami berempat. Sorang dah kawen. Tinggal tiga lagi. 

Selamat Pengantin Baru K Abid n husband..

Doakan yang lain-lain kawen jugak lah ye. :D

Friday, August 29, 2014

Hey MAMACITA!!

Budak-budak sengal ni kembali..



Bila lah aku nak pencen KPop ni. Huhuhu..

Wednesday, August 27, 2014

Berenang Kita!

Hari tu kan, viral lah kononnya ada calon pelajar UMS tanya nak pergi kampus kena naik bot ke? Melekek-lekek kot aku gelak. Kesian kot kan. Kat bandar dik UMS ni. Tak perlu naik bot.

Tapi kan dik, maybe kena lah jugak naik bot. Hehe..





Boleh lah bawak bekal bot siap-siap dari semenanjung. :P Gambar dapat dari group whatsapp. Entah siapa-siapa yang forward.

Monday, August 25, 2014

Padang-Bukittinggi RM210! ~ Day 4: Bukittinggi to Padang, Padang Beach, Jembatan Sitti Nurbaya

Saturday, 8th February 2014

Hari keempat sudah! It's time to say bye-bye to Bukittinggi dan bergerak balik ke Padang. Dah nak sampai ke penghujung dah pun trip Padang-Bukittinggi ni. Besoknya dah bertolak balik ke Malaysia. So, nothing much left to do untuk pagi ni. Special breakfast by Ling, angkut barang, check out dan tahan angkot tepi jalan untuk ke town. Then from town straight to Padang.

Sempoi pun sedap.. Huhu..

Friday, August 22, 2014

Padang-Bukittinggi RM210! ~ Day 3: Danau Maninjau, Kelok 44, Rumah HAMKA, Ngarai Sianok, Lobang Jepang

Friday, 7th February 2014

Dah masuk hari ketiga. Seperti semalamnya, hari ni pun keluar lambat. Tak kuasa lah nak rushing-rushing. Kita relaks-relaks, lepak-lepak makan breakfast yang dah disediakan oleh Ling. Ha, kali ni aku sempat ambik gambar. Simple and nice, with nice presentation and nice plate macam pinggan hotel yang berat dan tebal tu, with fork and knife some more. Makan roti bakar pakai garfu dan pisau gitu. Ko mampu? :P 

Simple breakfast..

Lepas makan, bermulalah balik expedisi merempit naik motor kami yang best ni. Hari ni kita ke Danau Maninjau lah pulak. Sebelum keluar, baru buat pencarian. Selain daripada cuci mata tengok danau, kita boleh lalu jalan bengkang bengkok yang dinamakan Kelok 44. Dah tu, aku baru tau jugak rumah Hamka, a very important person dalam sejarah politik dan kesusasteraan Indonesia, ada kat Danau Maninjau ni. Ngam lah. Boleh jalan-jalan ke sana. Lagi pulak K Awa hantu sastera. Boleh lah belek-belek apa yang patut gitu. Ok lah jugak tu kan? Banyak tempat boleh singgah and experience. 

Tuesday, August 19, 2014

Palm Beach Resorts & Spa, Labuan

Kisahnya, kami buat retreat and family day kat sini. Yay! Dah tu kan, dapat bilik besar. Ada roommate pun seram. Kalau tak ada roommate lagi lah meremang bulu roma. Hehe.. 

Palm Beac Resorts & Spa ni letaknya di Jalan Batu Manikar. Kalau tengok kat peta, lokasinya berada di nun hujung kat utara pulau Labuan. Memang ceruk jugak lah. Dan kawasannya agak sunyi. Masa mula-mula sampai, agak confuse jugak lah. Ni resort ke rumah tinggal. Perasaannya hokeh. Macam horror je gitu. Haha..

Bangunan Utama..

Friday, August 15, 2014

Padang-Bukittinggi RM210! ~ Day 2: Merempit ke Lembah Harau, Payakumbuh

Thursday, 6th February 2014

Hari kedua di Bukittinggi wehuuu~!! Keluar dari guesthouse agak lambat jugak lah hari ni, sebab malas bebeno. Masa breakfast baru terhegeh-hegeh perah otak, plan nak pergi ke mana. Santai sangat kekdahnya. Breakfast pagi ni disediakan oleh Ling. Roti bakar kena drizzle dengan chocolate. Walaupun simple je bunyinya, presentation atas pinggan kemain mewah macam duduk hotel mahal. Tergamam terkagum sampai lupa nak ambik gambar. :P

Dah settle makan semua baru sebok tanya Ling, apa aktiviti yang boleh kami buat untuk dua hari ni. Ling pun cadangkan sewa motor dan pi jalan sana sini. Oklah. Kita sewa motor dulu. Bila dah confirm, Ling pun call seorang pakcik ni untuk hantar motor. Dah tu, kami deal je dengan pakcik ni. Masih belum tau lagi nak sewa motor untuk hari ni je atau untuk dua hari. Pakcik tu pun senang nak kawtim. Kalau nak sambung besok call je dia. Sewa motor sehari cuma IDR60,000. 

Dah dapat motor, baru lah boleh pergi jalan-jalan. Aku ni tak reti nak bawak motor, makanya duduk kat belakang je lah jadi bos. K Awa lah yang jadi drebar. Hehe.. Naik motor ni, senang lah jugak kan nak merempit sana sini. Tapi nak merempit kat Indonesia ni sebenarnya agak susah lah jugak sebab tak banyak signboard kat jalan. Nak menghala ke arah mana pun tak sure. Masa ni lah, perkhidmatan WAZE sangatlah berguna. 

Ling kata dari Bukittinggi ni boleh jalan-jalan naik motor ke Payakumbuh dan Danau Maninjau. Both places ni in opposite direction gitu. Leceh kalau nak pergi sekali harung. So, hari ni kami decided untuk pergi menghala ke Payakumbuh dulu. Besok baru jalan-jalan ke Danau Maninjau. Perjalanan ke Payakumbuh mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Itu pun sebab kami banyak makan angin tengok scenery. Sebelum jalan, kita isi minyak dulu!

Beratur nak isi minyak..

Wednesday, August 13, 2014

Our Touch for Syrian Refugees

Nantikan...


I'll be there in Jordan!

Sunday, August 10, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Summary

Orait, it's time for the summary! Marilah aku cerita sikit kisah jalan-jalan ke Shanghai selama 5 hari 4 malam ni (10th Jan 2014 - 14th Jan 2014). Sedikit sebanyak boleh leh lah kot kan dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak merewang-rewang ke Shanghai ni. Hehe..

A Night in Shanghai..
Secara keseluruhannya, kami jalan-jalan 4 hari di Shanghai, dan 1 hari di Hangzhou. Hangzhou tu kira day-trip yang tak semenggah pergi pagi-pagi, balik malam. Berikut adalah tempat-tempat yang kami singgah dan buat:

Thursday, August 7, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Final Day: City Sightseeing Bus, Yuyuan Garden, Shanghai Pudong Masjid, Shanghai Maglev

Tuesday, 14th January 2014

Hari terakhir kami kat Shanghai. Pagi-pagi ni, aku dah teman Mulan ke airport sebab flight dia ke KL dalam pukul 9 pagi. Aku pulak mengada-ngada balik lambat sikit sebab aku ambik flight direct ke KK malam nanti. Makanya, aku masih ada satu hari untuk berpoya-poya. Walaupun masih ada masa, aku belum ada plan lagi nak ke mana.

Ke airport, kami naik teksi je sebab takut tak sempat. Train pun pukul 6 baru beroperasi. Tak mampu nak ambik risiko. Tapi bila dah sampai airport, punya lah lengang kaunter check in belum bukak. Padahal dah pukul berapa dah pun. Tunggu je lah kat situ. Dah settle semua, cium pipi kiri cium pipi kanan, aku pun say bye-bye ke Mulan. Tinggallah aku seorang diri kat Shanghai ni. Warrghhh takootttnyaaa.. 

Lengang..

Monday, August 4, 2014

Apa-Apa Yang Patut..

Mak kata, "Balik ni kau packing lah apa-apa yang patut". 

Hambik kau..


Ye mak. Sampai satu beg berisi apa-apa yang patut tu. Hehe..

Sunday, August 3, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Day 4: A Day Trip to Hangzhou, West Lake & Phoenix Mosque

Monday, 13th January 2014

Hari ni pergi Hangzhou! Gigih sangat nak keluar dari Shanghai ni dan buat day-trip ke Hangzhou. Tak tau lah berbaloi atau pun tak. Dah nama pun trip ngada-ngada, kita main terjah je. Sebelum keluar hostel, barulah terhegeh-hegeh nak cari info pasal Hangzhou. Berdasarkan info tu lah, jadinya day-trip yang entah apa-apa ni. Sebenarnya ada dua tempat yang menjadi pilihan hati. Hangzhou dan Suzhou. Undi punya undi, dapat Hangzhou. Tu yang selamba kodok je pergi. Janganlah buat macam kami ni ye. Gerenti stress dan menyesal. Haha.. Meh aku cerita.

Kami keluar agak awal jugak lah dari hostel dan terus naik metro ke Shanghai Hongqiao Railway station. Kalau diikutkan, ada tiga stesen keretapi utama kat Shanghai ni dan Shanghai Hongqiao ni salah satunya lah. Kebanyakan service yang disediakan di sini ialah berjenis high-speed train. Ia boleh menghubungkan Shanghai dengan bandar-bandar lain di China ni dengan pantas. Nak pergi Beijing pun boleh dari Shanghai Hongqiao ni.

Going to Shanghai Hongqiao..

Friday, August 1, 2014

Bebek!!

Sapo suka makan bebek? Aku ni dari dulu kini dan selamanya, agak kureng jugak lah. Tapi adik-adik aku kemain suka makan. Sedap katanya. Buat bebek bakar je masuk oven. 

Bebek yang sedap katanya..





Kebetulan ada dua chef kat rumah. Lintang pukang dapur dibuatnya. Dapat lah bebek golek. Siap pencicah lagi. Aku pun setakat rasa sikit-sikit je. Liat-liat gitu kan dagingnya. Nak makan boleh lah, tapi kalau tak ada, aku takde lah hadap sangat nak mencari. Hehe..