Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Sunday, June 29, 2014

Sari Mysore Mari

Ada orang tu kan, tengah kemas-kemas bilik. Sekali dia jumpa harta ni.

Colourful pelangi..






Mak oihhh.. Dah 8 tahun dah aku beli sari-sari ni. Import dari Mysore lagi tau. Sempena berkampung kat sana selama dua bulan dulu. Dah tu, aku lupa aku simpan kat mana. Ni baru jumpa. Nasib baik lah keadaan dia masih elok lagi.

Orang tu pun berkata. "Kalau ko tak nak, orang ambik buat baju". Hamboi? Finders Keepers ek? Siapa jumpa dia punya? Kita lawan wrestling dulu tengok siapa menang. Haha..

Saturday, June 28, 2014

Kenduri Doyan

Sapo suka makan doyan? Aku tak suka so tak boleh kawan dengan aku. :P Tapi kan kalau korang gila makan doyan, boleh lah ikut aku balik kampung makan doyan. Bersepah-sepah doyan tak habis nak makan. 

Sebahagian dari pokok doyan..



Friday, June 27, 2014

Wadihana Islamic Steakhouse, Johor Bahru

*Restoran ni dah tutup! T__T

Seperti selalunya, kalau aku berkesempatan balik JB, mesti aku pergi food hunting. Kebetulan ada tempat momom baru bukak kat BBU, mari lah kita skodeng. 

Namanya Wadihana Islamic Steakhouse. Mengikut pemahaman aku, restoran ni dah banyak cawangan kat KL. Kali ni bukak cawangan di JB lah pulak. 

Wadihana..

Monday, June 23, 2014

South Korea 7th Edition ~ Day 2: Kona Beans, Meeting Kim Woobin, Sindang Tteok, The Moon Embrace The Sun Musical

Friday, 24th January 2014

I tell you one hah, this trip ha is very-very mandom got nothing to do except meroyan jumpa abang-abang K-Pop, K-drama. Boleh gitu? Boleh je lah kan. Memang trip terjah untuk lepak-lepak je ni. Jangan lah ikut cara aku yang ni. Memang buang karan, buang duit. Tapi kalau banyak nau duit untuk dibuangkan, boleh je nak cuba. Haha..

Okeh, aktiviti buang duit yang pertama ialah melepak di Kona Beans. Apgujeong lah, mana lagi. Tempat kerja bonda jejanz-jejanz tu lah, mana lagi. Masih awal pagi, orang pun tak berapa ramai. Agak syok jugak lah nak melepak. Duduk lepak sambil makan honey bread. Dah tu belek-belek kedai macam YB melawat kawasan. Ada banyak item baru kat kedai. Nak-nak, baru-baru ni bapak salah seorang daripada jejanz ni mati bunuh diri. Banyak lah consolation letters and gifts bersepah-sepah di sini.

Tak ramai orang pagi-pagi..




Friday, June 20, 2014

Peringatan Pertama Katanya

Kena saman katanya sebab parking suka hati mak bapak iols kat mana iols nak parking. Tarikh melakukan kesalahan ialah tahun 2006. Selepas 8 tahun ko, baru berjaya surat ni sampai. Yang kelakornya, kereta yang kena saman tu dah tak wujud dah. Selamat jadi besi buruk akibat eksiden tahun 2007.

Urgent gitu..

Wednesday, June 18, 2014

Huruharare..

Less than a month, a 2 1/2 storey house, and me alone doing it. Yes ALONE untuk mengemas semuanya sebab nak pindah hujung bulan ni. Pengsan makcik! Huwaaaa...

Terpaksa pindah sebab dah duduk seorang sebab tak ada housemates. Sorang-sorang duduk kat rumah besar macam ni dengan sewa RM1000. Tak mampu makcik! Walaupun selesa sebab besar, nak membayo 1K sorang-sorang tu agak hazab jugak lah. Kang tak cukup bajet nak pergi jalan-jalan. Huhu..

Ruang tamu yang dah tak ada ruang tamu..











.

Monday, June 16, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Day 3: Nanjing Road, Qibao Old Town, China Art Museum, Mercedes-Benz Arena, Huangpu River Cruise

Sunday, 12th January 2014

Hari ini hari Ahad. Dan kaki saya pun wow, membengkak bagai johan. Makanya, pagi ni kena lah pergi cari kasut sebelum boleh pergi jalan-jalan dengan lebih jauh. Keluar hostel pun agak lambat jugak lah kalau nak compare dengan hari-hari sebelum ni. Lambat pun, sebelum pukul 8.30am dah keluar. Ke Nanjing Road kita!

Nanjing Road ni merupakan tempat shopping yang paling utama kat Shanghai ni. Jalannya panjang. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian timur dan barat. Kalau ke sini dengan menaiki metro, boleh turun kat dua stesen iaitu People's Square Station dan East Nanjing Road Station. Kami turun di People's Square sebab malas nau nak tukar-tukar train ke East Nanjing Road. Dah sampai tu boleh lah jalan-jalan window shopping. Dan juga kasut shopping. :P

Nanjing Road Pedestrian Walk.. 

Friday, June 13, 2014

Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Aku berkesempatan untuk stay dua malam kat Seri Pacific Hotel ni disebabkan attend HLAF Annual Awards & Workshop tu. Harga dia kuihkuihkuih makcik tak mampu uols! Tapi mungkin dah rezeki dah kot, tiba-tiba ada promotion kat booking.com makanya ditempah saja. RM220 without breakfast. Peruntukan dari universiti RM180 je satu malam. Kedekut kan, tak pandai nak naik-naik. Ingat hotel kat Malaysia ni murah-murah ke. Sebab dah malas nak pikir, rembat je lah. RM40 tu kena topup sendiri. Hukk..

Topup pun topup lah kan. Janji dapat merasa duduk sini. Bilik best ya ampun. Tergolek sorang-sorang menikmatinya.  

Katil yang best..


Thursday, June 12, 2014

HLAF Annual Awards & Workshop 2014

I was here! Datang untuk menghabiskan peruntukan kursus Universiti. Hehe.. Kalau tak habiskan peruntukan, tahun depan dapat ciput je. Baik kita habiskan kan? Selain kita habiskan, kita dapat jugak ilmu yang bermanfaat. Poyo je lah aku kata habiskan peruntukan universiti. Padahal, bengkel ni FOC tak dikenakan apa-apa bayaran. Hehe..

HLAF Annual Award & Workshop. Gempak gitu khen tajuk bengkel ni. Memang gempak. Dianjurkan oleh Human Life Advancement Foundation yang dipengerusikan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebenarnya, aku pun tak pernah tau tentang program ni. Itu pun sebab Mel yang bekerja dengan yayasan ni dok war-warkan siapa nak join. Terasa pulak macam best kan. Makanya aku pun join ler. Hehe..

Moh masuk..

Wednesday, June 11, 2014

Caffe Bene, Mont Kiara

Another Korean franchised cafe is in town! Caffe Bene uols. Kat Korea aku tak pernah masuk pun. Kat Malaysia ni dah alang-alang sampai, marilah terjah. 

Lokasi di Solaris Mont Kiara. The first cafe rasanya di Malaysia. Now dah ada lah dua tiga empat. Aku tunggu je dia nak bukak kat KK ni. Entah bila lah dapat merasa. Kang aku yang bukak sendiri. Hehe..

Ramai orang..

Tuesday, June 10, 2014

Tous les Jours, Bukit Bintang

Ok, saya saja je datang menyinggah kat sini. Kat certain place kat Korea dah jadi tempat favourite untuk melepak sebab you know who. Dan kat Bangsar pun dah pergi, sebab the first branch gitu kat Malaysia. Dan kali ni pergi yang kat Bukit Bintang pulak. Mantoppp.. 

Agak besar dan luas, tapi sesak! Kejadahnya ramai nau orang breakfast kat sini sampai tak ada tempat duduk. Beratur pun panjang. Order air pun agak lambat baru dapat. Hujung minggu kan, semua orang nak breakfast kat luar.

Aku suka space ni.. Waiting for my own cafe..

Sunday, June 8, 2014

Kyochon, 1 Utama

Baru berkesempatan datang makan-makan kat sini. Dah tukar ambassador dah pun. So dah tak menarik dah kot. Tapi jengah-jengah lah jugak. Feeling-feeling berlegar-legar kat tempat Kyu n KangKing datang melepak dulu. Haha.. 

Lepas geram kat sini sebab kat Korea tak halal..

Sejarah Kyochon..

Friday, June 6, 2014

Misi Menjadi Pelakon Extra Bollywood

Bila kepala sudah mereng, hati dah tak tentu ini lah jadinya. My next project! Nak jadi bcak up dancer gamaknya. Hehe..

Mumbai I'm coming!!

Yes.. One way je noks. Gaya macam nak menetap sana terus je khenn..

Wednesday, June 4, 2014

Edisi Tiket Kapal Terbang: Padan Muka!

Eksaited sangat ko ada promo teyket kapal terbang pergi jalan-jalan overseas sampai lupa nak beli teyket kapal terbang untuk balik raya. Alamatnya.............................................. *sigh*

Kalau dah last-last minute macam ni, paham-paham je lah... Huk..

Monday, June 2, 2014

Chicken Breast

Only at Giant..

Chicken Breast Whole katanya..





Murah kan? 4 keping tak sampai RM10. :P