Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, May 29, 2014

TransJava Yuk! ~ Final Day: 8 Hours Bandung ~ Masjid Raya & Pasar Baru, Off to Jakarta and Home

Saturday, 4th May 2013

Kami tiba di stesen bas Bandung pada pukul 3.30 pagi. Mula lah blur tahap gaban sebab masih awal pagi, dan masih mamai-mamai, dah kena turun dari bas. Walaupun dah pukul 3.30 pagi, keadaan sekeliling masih meriah. Masih ramai orang, masih ramai yang berjualan, masih banyak kereta yang lalu lalang. Diorang ni tak tidur ke? 

Kami sebenarnya tak ada arah tuju nak ke mana. Nak lepak di surau, tapi penuh pulak dengan orang yang tidur kat dalam tu. Last-last kami decide untuk ke Masjid Raya je. Dah sampai sana, baru lah pikir nak buat apa. Kami ke sana menaiki prebet sapu yang gigih mencari customer pagi-pagi macam ni.

Dah sampai Masjid Raya kami lepak-lepak menanti subuh. Sementara tu sempat lah dok transfer gambar bagai, dah tu update perbelanjaan sepanjang trip ni. Serius, semuanya aku catat satu-persatu. Tapi malangnya buku catatan aku tu dah tak ada. Selamat dikebas oleh perampok durjana yang memecah tingkap kereta aku dan melarikan beg. Salah aku jugak sebab bongok tinggalkan beg kat dalam kereta tu.

Dah selesai subuh, kami lepak-lepak tergolek-golek je menantikan hari siang. Bila dah terang sikit baru lah kami keluar untuk breakfast. Beg yang berbondong banyaknya tu, kami tinggalkan di masjid saja. Ada tempat untuk tinggalkan barang/beg di satu sudut masjid ni. Alhamdulillah, tak dikenakan apa-apa bayaran. 

Saturday, May 24, 2014

Rafflesia Spa, Kota Kinabalu

Dah lama sebenarnya tak memanjakan diri. Sejak terjebak dengan aktiviti jalan-jalan, tangan tu asyik gatal je nak beli tiket kapal terbang. Sudahnya, tak ada duit dah nak mencomelkan diri. Selekeh memanjang je jadinya. 

Kali ni, nekad lah kot. Sementara tak ada aktiviti berjalan, mari guna duit tu untuk pergi spa. Spa biasa-biasa je kat KK ni. Kat Warisan Square nun. Kat situ kemain banyak spa. Just take your pick je lah. Spa yang kami pergi ni Rafflesia Spa. 

This way..

Wednesday, May 21, 2014

TransJava Yuk! ~ Day 8: Seharian di Dieng ~ Sikunir Sunrise, Candi Arjuna, Dieng Plateau Theater, Telaga Warna, Kawah Sikidang

Friday, 3rd May 2013

Menggigil kot, pagi-pagi sebelum subuh dah kena bangun. Walaupun tidur rapat-rapat 3 orang atas satu queen-size bed bertemankan dua selimut tebal, tak dapat nak menghalang kesejukan tu dari terus menerjah sampai ke tulang. Kemain bahasa aku kan. It's cold, and it's still too early, tapi kami dah terpaksa bangun sebab mengada-ngada nak pergi tengok sunrise. Kalau takmo, haruslah sambung tidur lagi kan. Selepas bersiap ala kadar, dengan tak mandinya sebab sejuk macam apa, solat subuh siap-siap bila dah masuk waktu, kami pun ikut Mogel dan tuan homestay untuk panjat bukit melihat sunrise. Excited gittew..

Tempat nak tengok sunrise ni namanya Sikunir. Katanya, tempat ni merupakan lokasi yang paling best dan keren lah gitu untuk tengok sunrise di Indonesia. Kami tiba di kaki bukit Sikunir lebih kurang pukul 5 pagi. Nak kena panjat lebih kurang 500m. 500m ke atas lah ye. Setengah jam jugak lah kot kami berjalan naik. Almaklumlah, stamina tak kuat. Tak fit some more. Redha je lah. Selain kami, ada dua orang tourists yang ikut serta naik ke atas, seorang dari Jakarta dan seorang lagi pakcik mat saleh dari Sydney. Pakcik mat saleh ni balik-balik suruh kami pergi gym balik nanti untuk kuatkan stamina. Hahaha.. Malunya..

Dah sampai atas tu, takde buat apa dah lah melainkan tunggu sunrise. Sambil-sambil tunggu, kami borak-borak dan minum kopi. Kelesss kan kat atas ni ada jualan. Yang jualan ni pun, naik saing-saing kami jugak tadi. Cumanya dia laju sikit lah, dan sampai dulu kat atas untuk bukak kedai. :P

Marilah menunggu..

Tuesday, May 20, 2014

Padang-Bukittinggi RM210! ~ Day 1: Padang to Bukittinggi, Fort de Kock, Taman Margasatwa, The Hills, Jam Gadang

Wednesday, 5th February 2014

Selamat tiba di Minangkabau International Airport, Padang pada pukul 7.50 pagi waktu tempatan. Lebih kurang sejam lah jugak perjalanan dari KL. Keluar je flight, macam biasa lah kan terus ke imigresen, ambil beg dan seterusnya lalu kastam. Alhamdulillah, tak lah lama mana semua proses ni. Setengah jam kemudian, kami dah pun keluar dari arrival hall. 

Udah nyampei.. 

Now the tricky part. Kita ni nak ke mana? Huahuahua.. Soalan memang tak boleh blah punya lah. Mana taknya, trip Padang ni merupakan trip gamble tak senonoh, takde itinerary, takde booking tempat tidur bagai, dan tak ada idea nak menghala ke mana. Boleh gitu? Mesti lah boleh kan. Kalau takde tempat tidur, kita tidur je kat masjid. Haha.. Poyo nauu.. Konon-kononnya trip ke Padang ni trip santai-santai je. Makanya nanti-nanti boleh pikir gittew nak buat apa, nak pergi mana. Yang penting kita keluar dari airport dulu. :P

Sunday, May 18, 2014

Ayam Goreng Pakcik Jack

Aku baru nampak kedai ni kat sebelah Giant IP. Nampak macam menarik je. Harga pun agak murah. Marilah kita beli.

Packaging..
Isi dalam dia..

RM6.90 dapat nasi, ayam goreng dua ketul dengan air. Kiranya ada option lagi murah lah kalau tetiba mengada nak makan kepsi. Walaupun kepsi lagi sedap, yang ni pun tak kurang hebatnya. Ayam dia agak rangup jugak lah. Sesuai dengan selera aku. Kalau beli nasi campur dengan ayam seketul dengan sayur seciput je pun dah RM5. Boleh lah kan sekali sekala nak beli kalau dah lapar nau. :-)

Friday, May 16, 2014

South Korea 7th Edition ~ Day 1: 23rd Seoul Music Awards & Mouse Rabbit

Punyalah lama kepam entry ni, meh siapkan dan terus publish!


Thursday, 23rd January 2014

Alhamdulillah, selamat landing di ICN lebih kurang pukul 7.30 pagi. Flight direct dari Manila. First time try naik Air Asia Zest, aku rasa tak berapa best sangat lah. Cabin crew macam tak berapa nak friendly. Dah tu, tak ada stok South Korea's Arrival Card nak dibagi siap-siap kat dalam flight. Sudahnya, terpaksalah pergi isi sebelum ke imigresen. Lambat lah jadinya. Nak-nak saing pulak dengan manusia dari negara mana entah yang kerjanya asyik memotong barisan je. Geram betul dengan mentaliti macam ni.

Paling-paling pun 8.30 pagi baru keluar. Bertemu dengan si Kia kat luar. Makcik ni dah sampai awal lagi, naik MAS straight dari KL. Aku je yang ngada-ngada lompat-lompat. Aku dan Kia berdua je lah jalan-jalan untuk trip kali ni. Walaupun berdua je, ada ramai jugak lah kawan-kawan kami yang lain yang sama-sama dok merewang Seoul dengan geng masing-masing. 

Macam biasa, duduk GG Hostel. Lepas check in, mandi dan rehat-rehat kami keluar merewang di Myeongdong. Jalan-jalan cuci mata. Tengok-tengok, SPAO ada sale. Sempat lah rembat hoodie harga 30 hengget. Suka banget kot. Dah tu, pergi makan. Time ni, aku dan Kia ditemani oleh Mira. Bertiga lah makan kat sini. Mira ni aku kenal gitu-gitu je kat Twitter. Tak pernah jumpa secara fizikal pun. Sekali jumpa, jauh terus kat Seoul.

Wednesday, May 14, 2014

NAIA yang Naya...

Wednesday, 22nd January 2014

Kisahnya lah kan, disebabkan aku ni mereng yang teramat, makanya selamat lah sampai kat Manila ni menaiki flight Air Asia Zest. Bertolak dari KK pada pukul 11.15 pagi, dan tiba lebih kurang pukul 2 petang. Air Asia Zest ni merupakan sebahagian daripada Air Asia Philippines. Kod penerbangan pun bermula dengan Z2. Punyalah excited kan nak pergi Seoul, lompat-lompat negara ni. Tapi nak kena tunggu lebih 12 jam lagi baru boleh terbang keluar. Sementara tu, kita relaks, dan ronda-ronda Manila terlebih dahulu. Yay!!

KK to Manila..

Sunday, May 11, 2014

Honey Citron Tea

Ni lah salah satu barang yang selalu aku bawak balik kalau pergi jalan-jalan Seoul. Honey Citron Tea. Sedap lah jugak benda alahnya. Bukak je sachet dah tu, curah je lah air panas ataupun air sejuk. Memang nyaman.
Kotak bentuk macam ni..
Sachets kat dalam..

Ada jugak dijual dalam botol kaca/jar. Tapi tak mampu lah nak bawak balik yang tu sebab borekk gilos. Yang ni pun terajin lah pulak nak bawak balik kotaknya. Lepas-lepas tu tak kuasa dah nak bawak kotak. Keluarkan segala sachets yang ada and selit-selit dalam poket beg. Senang dan jimat space. Hehe..

Saturday, May 10, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Day 2: Xintiandi, Shikumen Residence, People's Square, Shanghai Museum, Oriental Pearl TV Tower, Shanghai Urban History and Development Museum

Saturday, 11th January 2014

Hari kedua sudehh.. Semalam punya lah penat berjalan kemain jauh kan, sampai sakit-sakit kaki aku dibuatnya. Pagi ni macam dah reda lah sikit. Tapi bila jejak lantai ala-ala berdenyut-denyut gitu. Stress aku dibuatnya. Mungkin kasut yang aku pakai ni tak sesuai. Bukannya kasut baru pun. Dah pernah pakai lenjan jalan-jalan pergi Seoul tahun lepas. Entah ler. Kalau semakin parah, memang kena beli kasut lain lah gamaknya. Tak kan nak duduk kat bilik je tak nak pergi jalan-jalan kan? Hurrr.. 

Aktiviti pagi ni, disebabkan cuaca sejuk ya ampun, pagi-pagi lagi perut dah menangis kesedihan. Nyampess sungguh. Hostel yang kami duduk ni takde disediakan free breakfast, makanya kena lah cari makanan sendiri. Malam tadi dah bukak google map dan type Shanghai 清真, keluar lah dot-dot kecik warna merah tu. Kebetulan ada satu kedai mi tarik yang berdekatan dengan hostel kami ni. Makanya pagi-pagi ni kita pergi isi perut dulu! Dah tu baru lah start pergi jalan-jalan.

Breakfast kat sini..














Kami jalan kaki tak sampai 10 minit. Tak jauh mana lah kedai ni. Nasib baik lah kedai ni dah buka pagi-pagi ni. Rezeki kami lah kan. Kalau tak, maunya muka sememeh je.


Thursday, May 8, 2014

TransJava Yuk! ~ Day 7: Kraton Jogjakarta, Masjid Gedhe, Magelang, Wonosobo dan Dieng

Thursday, 2nd May 2013

Dah hari ketujuh uols! Dah tiba masanya untuk kami meninggalkan kota Jogjakarta ni. Aiseymen, macam sedih pulak gitu kan. Takpe, JB dah ada direct flight ke Jogja, nanti-nanti boleh lah kita pergi lagi khen. Ada banyak tempat yang belum sempat kami pergi. Nak-nak tempat-tempat yang pernah keluar kat variety show Barefoot Friends tu. Nak kabo lah sikit, masa diorang dok shooting episode kat Jogja tu, kami ni ada kat Malang. Malang sangat lah kan. Kalau kami dah kat Jogja, boleh lah kami skodeng-skodeng.

So, pagi ni nothing much lah. Kemas barang, breakfast dan lepas tu check out. Tinggal beg sekejap kat hostel, dan kami pun rewang-rewang lah last minute sekitar bandar Jogja ni. Kami ke kraton! Kraton lagi kami ni. Hari tu kat Solo dah pergi, ni gedik nak pergi lagi kat Jogja ni. Yosh. Untuk menjimatkan kos, kita jalan kaki! 

Dari Edu Hostel ke keraton Jogja ni mengambil masa lebih kurang setengah jam jugak lah jalan kaki. Lalu jalan yang kami lalu malam tadi lepas balik dari tengok wayang kulit. Nothing much yang boleh diceritakan sepanjang perjalanan. Aku tepek gambar je lah ye.

Bangunan apa lah ni aku pi snap..

Monday, May 5, 2014

Konnichiwa Japan! ~ Summary

Ok. Marilah kita summarizekan cerita jalan-jalan ke Jepang selama 10 hari 9 malam ni (18th Jan 2013 - 27th Jan 2013). Sedikit sebanyak boleh leh lah kot kan dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak ke sana. Hehe..

Secara rumusannya, bandar-bandar yang kami singgah ialah Osaka, Kyoto, Nara, Kobe, Tokyo, Fujikawaguchiko, Sendai, Yamadera dan Hiroshima. Boleh tengok dalam peta macam kat bawah ni. Kat bandar-bandar dan pekan ni, ada lah tempat-tempat menarik yang kami pergi. Disebabkan cita-cita tinggi nau nak pusing satu Japan kan, makanya kami stay sekejap-sekejap je kat satu-satu bandar tu. Tak berapa puas lah jugak meround. Harus kena repeat lagi! 

Kansai Airport - Osaka - Kyoto - Nara - Kobe - Osaka - Tokyo - Fujikawaguchiko - Sendai

Friday, May 2, 2014

Gemokk dan Gebu

Apa yang gemokk dan gebu dan membuatkan si pemakannya gemokk dan gebu jugak? Hehe...

Nyammmm~!!

Sedap ko.. Aishhhh..