Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, November 27, 2013

Bertabah Sajalah..

Bagi kuiz. Tak lah susah mana. Kalau kita tau apa dia konsep mengisih (sorting) dan macam mana nak buat insertion sorting. Tapi bila dah abis kuiz tu, dapat pulak jawapan macam gini...


Pengsan mak tengok nak oiii!!

Tuesday, November 26, 2013

Tous les Jours, Bangsar Village

Kisahnya lah kan, birthday aku baru je lepas dua tiga hari lepas gitu. Dah alang-alang ada kat KL ni, boleh lah kumpul ramai-ramai celebrate sama-sama. Meriah sikit lah kan birthday tahun ni. Tahun lepas hangguk sikit sebab sakit gigi. Hehehe.. 

Kami ke Tous les Jours. Gigih tak gigih. Nak jugak tu pergi TLJ. Excited sangat lah katanya dek non sebab baru bukak kat Malaysia ni. The first branch ever gitu. Boleh lah fefeeling konon-konon pergi TLJ kat Korea sanun tu. Hehehe.. 

So Tous les Jours ni letaknya kat Bangsar Village. Kat area sini nak parking ya ampun susah gila. Sesak macam hapa dah. Tapi dapat lah jugak parking. Kalau tak, tak dapek lah kan nak usha-usha kedai ni.

TLJ!!

Eheyyy rambang mata! Semua nak rasa! Tamak betul. Ini breakfast + Lunch terus ni. Makan sampai senak kot perut ni. Aku ni makan buat stok balik KK lah kot. Nak datang lagi entah bila lah kan.

Mine!! Tembolok beso..

Ini Sweet Potato bread sangat sedap.. T_____T

Dah kenyang makan roti, kita makan kek pulak! Nyamnyamnyam.. Alah lupa dah aku apa nama kek ni. Hahahaha.. Yang penting namanya ada berry berry gitu dan ada tiramisu. Nanti datang lagi, tengok balik.

Berangan je lah Hyuk hantar ye.. 

Nyamm!!

Oiihh memang pecah perut. Senak nak ngabiskan kek ni. Nasib baik sedap. So cepat lah jugak habisnya. Hehehehe..

Pose istimewa gitu.. Puahahahha..

Well.. Tahun depan nak sambut kat mana pulak? Hehe....

Monday, November 25, 2013

Super Show 5 Malaysia!

Hola! I ditched Majlis Konvokesyen for this. Suka hati makcik lah kan. Kihkihkih..

Pendek je entry ni. Kisahnya aku pergi KL, tengok SS5 lepas tu meronggeng dengan kawan-kawan dan dah tu balik KK. Sekejap je pun meronggeng kat sana. Cuti dah habis dah kekdahnya. Tapi sonot jugak lah merewang-rewang kat sana.

Sampai KL Jumaat petang. Ngam-ngam ho lah kan, turun je LCCT terus ke KLIA. Kat sana dapat bertemu dengan encik Sungmin. Yang datang sorang-sorang dari Jepun straight sampai KL ni. Yang lelain sampai malam nanti gamaknya. Relaks je encik Sungmin jalan-jalan. Takde orang tolak-tolak pun nak tengok dia dari dekat. Dah masuk kereta tu dia duduk diam-diam. Kereta tak dapat nak jalan sebab kena blok dengan kereta lain. Ada Uncle sorang tu sambil angkat barang sambil bagitau, "kamu kena terima kasih sama saya sebab kereta saya blok kereta dia" Hahahhaha.. Ye lah uncle. Terima kasih lah banyak-banyak. 

Encik Sungmin..

Dah alang-alang malas nak gerak, kami lepak je kat KLIA untuk tunggu yang lain sampai. Kisahnya, macam nak roboh KLIA tu. Aku pandang dari jauh je lah. Tengok je dari jauh. Walaupun dah cukup jauh aku duduk tak kacau orang, aku kena rempuh jugak. Tergolek dog makcik. Memang gila lah orang-orang ni. Patut kena tangkap masuk jail mereka yang ganas-ganas ni. 

Besoknya kami keluar lepas Zohor. Dah ramai dah kat perkarangan stadium. Perut tengah krok krek kelaparan kan, terus je meluru ke gerai Kyochon. Dapat lah makan ayam SuJu ni. Jadilah kan dapat merasa. Nak rasa kat Korea tak halal lah pulak kan. Semoga lebih banyak branch Kyochon dibukak kat Malaysia ni. Kalau ada kat KK lagi bagus.

Makan ayam!!

Gerai ayam..

Yamsengg!!

Ohoiii ayam..

Scrumptious!!

Lepas makan ayam, makan aiskrim pulak. Duduk bersila kat atas jalan macam orang homeless. Hehehe.. Seronot buat macam ni ramai-ramai. 

Sekerem..

Dah settle makan semua, kami pi letak barang-barang kat kereta Mulan. On the way tu, ternganga tengok satu kereta ni. Mak oiii.. Kereta siapa lah ni. Gigihnya dia pi cat macam ni. Huhuhuh.. Kalau kereta aku macam ni, perghhh.. Memang percuma aku promosi budak-budak SuJu ni satu Sabah.

Kereta siapa ni?

My ticket!

Oraito, masuk lah kita. Dah masuk tu, tersengih macam apa bila tengok pemandangan dari seat kami. Original plan bukan macam ni. Dah masuk dalam ni nampak pulak extension stage sampai ke tepi. Gelak besau lah kami! Hahaha.. Dokek yo ni nak nampak diorang. Best! Best!

From our seats..

Extension..

Start!!

Takde banyak nau lah nak cerita pasal SS5 kat Malaysia ni. Sama je dengan SS5 yang lain. Yang lainnya kat Malaysia ni ada Heenim. Orang dah keluar army dah kan. Dapat lah join. Dah tu mana-mana scene yang togel, takde ye kat sini. So selamat lah mata ni dari pandang yang bukan-bukan. Hahhaa.. Apa-apa pun sangat lah best tengok budak-budak ni terkinja-kinja. Dah takde protokol dah masing-masing main belasah je buat adlib sendiri sepanjang konsert.

Lepas gian agaknya lah kan. Tahun lepas SS4 tak datang, makanya SS5 ni all out habis. Nak-nak bila keluar untuk segment ucapan alu-aluan tu masing-masing terkejut beruk tengok stadium full house. Nak-nak pit yang belah depan sangat lah sesak. Diorang tak tau, sebenarnya strategi organizer tu jual tiket untuk pit depan dulu, dah penuh baru bukak pit belakang. Ekekeke..

Sungmin..

How Am I Supposed To Live Without You..

Sungmin lagi..

Hyuk & Zhoumi..

Pak Maon, Dumok, Heenim, Henry..

Donghae buat ucapan hari raya..

Hurmm.. Tu je lah kot. Clip ada lah sikit-sikit ambik. Tepek je lah kat sini ye. 



Harlem Shake..


Alone..


Trap..


Close Ur Mouth..


Shake It Up..


Rockstar..


Dancing Out..


Kyuhyun's Ending..


Heechul's Ending..


Henry's Ending..


Zhoumi's Ending..


Hyuk's Ending & Members being Silly.. Bodoh sangat..


Donghae During So I..

Abis dah! So, mari kumpul duit untuk SS6 pulak. Hehehe.. Datang Malaysia lagi ye, jangan tak datang pulak!

Thursday, November 21, 2013

21 November

Hari ni usia saya bertambah lagi setahun. Maka dengan itu, saya ingin membuat pengumuman. 

Barang sesiapa yang masih single, yang jaga solatnya, yang mempunyai pekerjaan tetap dan hormat ibu bapa, serta tahan dengan perangai gila-gila saya ni, sila lah ngorat saya.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 19, 2013

Nagoya!

Nampak je iklan ni terus besar mata aku. AirAsia bukak laluan baru! Ke Nagoya pulak tu! Kalau laluan baru gerenti murah! Mesti beli, mesti beli!

Kemain promo RM199 one way..

Tapi hampeh. Bila check, paling murah dalam RM600 return. DEYYY NI SERUPA HARGA PROMOSI BIASA LAH!! Belek-belek destinasi lain kat Jepang nun, aku tengok harganya pun lebih kurang sama. Promosi bukak laluan baru apa macam ni. Chaitt.. Tipah kena tipu sangat. 

Tak nak kawan AirAsia.. Huh..

Thursday, November 14, 2013

Kenot Vara..

Sebesar-besar kompleks dewan kuliah ni, ada berapa ketul je tandas. Dah tu rosak. Dah lah rosak, siap ada meja jadi penghadang. -..-

Vandalism..

Now how to vara and kinchin?

Tuesday, November 12, 2013

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 10: Hokitika, Greymouth, Arthur's Pass & Rangiora

Saturday, 5th May 2012
Hokitika --> Greymouth --> Arthur's Pass --> Rangiora

Dah hari ke-10 dah. Rasa dah lemau ya amat sangat. Semakin tak sabar rasanya nak balik ke Malaysia. Bukannya tak best jalan-jalan NZ ni. Sangat best, memang best. Tapi itu kalau segalanya lengkap dan proper. Ni dengan tak bawak jaketnya, tak bawak thermal wearnya memang lah sengsara. Sangat stress kebekuan time-time sejuk macam ni.

Malam tadi sampai dah malam sangat. Pagi ni baru nampak keadaan di sekeliling Hokitika Holiday Park ni. Agak besar jugak lah tempat ni. Malam tadi sekadar masuk toilet dan dapur je. Tak menyempat nak meround sebab facilities yang ada letaknya kat bangunan yang berbeza. Time gelap-gelap tak kuasa lah pulak aku nak menyekodeng. 

Sebelum menyekodeng, kita breakfast dulu. Simple je breakfast pagi ni. Cornflakes with milk dan homemade lempeng cheese. Homemade sangat lah kan. Yang penting kenyang.


Lempeng cheese..

Sunday, November 10, 2013

Korea 330K Won ~ Day 3: A Twosome Coffee, Coffee Cojjee & Tous les Jours

Friday, 22nd March 2013

Hari ni ialah hari makan dan minum sedunia. Mana taknya, kami tak ke mana-mana pun melainkan lepak-lepak untuk minum kopi, minum lemonade, makan ikan bakar dan minum kopi lagi. Memang lah muntah kopi pelangi sampai hostel malam tu.

Our first stop, A Twosome Coffee. Yes. Pop-up coffee shop katanya ni. Untuk beberapa bulan ni, A Twosome Coffee buat collaboration dengan si kuda Choi Siwon tu. Kemain sungguh kan. Semua nak bukak kedai kopi. Pandai diorang ni buat strategi nak cari untung berlipat-lipat kali ganda. Panggil je retis collaborate. Kalau dah retis meniaga, mesti fans datang menepek kan? Secara tak langsung, naik lah sales mereka. Gitu lah ceritanya.

Malangnya collaboration ni berakhir pada April 2013. Tapi sempat lah jugak kami pergi. Skodeng-skodeng tengok macam mana rupanya cafe si kuda ni. Dah alang-alang lepak sini boleh lah kita minum-minum. Sambil minum-minum boleh lah kita bergambar berposing sakan.

Lai lai..

Friday, November 8, 2013

2066

Baru pergi register Haji. Tengok tu.................

2066!!

Oh my.. Entah hidup lagi entah tak masa tu. Hahahahahaha.. 

Thursday, November 7, 2013

ZZ Sup Tulang, Johor Bahru

Lagi satu port makan kalau datang ke JB ni. Food Court di Hutan Bandar. Tau Hutan Bandar tu apa? Boleh dikatakan tempat untuk rekreasi lah. Kami datang pun untuk rekreasi jugak. Rekreasi perut. Kekekeke.. 

Food Court Hutan Bandar..

Bukan kami je. Ramai umat Johor Bahru ni datang berekreasi perut kat sini. Mana tak gumuks-gumuks kan. Kerjanya makan je. Boleh tahan penuh jugak tempat ni. Lucky us untuk dapat meja yang terakhir. Yang datang selepas kami terpaksa lah menunggu. Hehehe..

Rekreasi Perut..

Kami makan di ZZ Sup Tulang. Katanya, sup tulang kat sini adalah terbaik kat JB. Menarik ni. Tapi aku takde lah nak makan sup tulang. Kang menjejeh kang. Kalau makan kat rumah oklah jugak. Makan kat kedai ni nak kena kontrol hensem bagai, agak susah jugak lah.

ZZ Sup Tulang..

Aku makan soto. Siap bergedil ko. Memang mantop! Harga dia pun lah mantop jugak. Hahahaha.. Tapi tak kisah lah harga dia berapa, sebab sedap. Geng-geng lain ada yang makan soto dan ada jugak yang makan mi rebus. Mi rebus dia pun mantop jugak rupa parasnya.

Soto..

Mi Rebus..

Fuh! Memang kenyang banget makan. Lain kali boleh datang lagi. Jalan nak ke sana? Errr.. Nanti aku study Google Map dulu. Ekekekeke..

Wednesday, November 6, 2013

Kenyang di Senibong, Johor Bahru

Ni first time tau aku datang Senibong! Selalu dok dengar orang makan seafood kat Senibong. Murah lah, apa lah. Cumanya aku je yang tak pernah pergi. Ni dah alang-alang ada yang mengajak, aku ikut je lah. Nak jugak tau Senibong tu macam mana. Kalau orang dok bercerita pasal Senibong, tak ada lah aku nak ketinggalan bullet train kan.

So, ada banyak lah jugak restoran seafood kat sini. Pilih je nak yang mana. Kebetulan tukang bawak dah biasa dengan satu restoran ni, so kita pergi restoran yang ni je lah. 6 Corner. Ke Corner 6? Ahh belasah je lah kan. Kekekeke..

6 Corner kot..

Punyalah ramai umat kat sini. Penuh! Kami terpaksa tunggu sekejap sebelum dapat tempat duduk. Kisahnya kat restoran ni ada hidangan set yang agak murah harganya. Menu dalam set tu pun boleh dikatakan meriah jugak dengan pelbagai variasi. Ada kerang, udang, sotong, ikan, etc. etc. Restoran lain aku tak tau lah pulak. Nak kena survey lah pulak lepas ni.

Penuh!!

Kami dapat tempat di bahagian luar restoran. Duduk tepi tambak gitu sambil menghirup udara malam. Best lah tu kan kononnya. Nampak Singapore some more.

Our seats..

Kalau setakat makan seafood je, tak kick lah kan. Dah kat Johor ni, kena lah makan Otak-Otak. Not to forget Pepes. Nama dia kemain ala-ala lushah gitu tapi rasanya sedap lah jugak. Meratah dua benda ni sambil ditemani kacang rebus. Vavavavavavava.. Sangat malatoppp!!

Nyam nyam nyam..

Boleh tahan lama jugak lah untuk dapatkan makanan sebab ramai orang. Nasib baik ada otak-otak, pepes dan kacang rebus depan mata. Hilang lah sikit kelaparan tu. Kalau tak, maunya dah bukak jurus silat sendeng kat situ. Huhuhu.. 

Makanan tiba satu persatu. Dapat snap beberapa keping je sebab dah lapar sangat, dah start makan lupa nak snap gambar-gambar yang lain. Ekekeke.. Asal ada lah. Mari makan!

Udang & Kangkung..

Kerang rebus..

Errrpppppp.. Alhamdulillah, perut saya sangat gembira. Harga semua sekali untuk 6 orang makan dalam RM150 kalau tak silap. Boleh lah. Masakan sedap, kenyang, aku gumbira. Makanya, boleh datang lagi restoran ni.

Selesai..

So, kalau datang JB ni jangan lupa singgah Senibong ye! Jangan tanya aku macam mana nak pergi, sebab aku tak tau jalan. Hahahaha.. Sila google. :P

Tuesday, November 5, 2013

Sehari di Marina Bay

Sunday, 3rd Nov 2013

Entah dah berapa kali dah aku masuk Singapore seumur hidup aku. Tapi sekali pun tak pernah sampai ke Marina Bay ni. Almaklum lah pergi Singapore untuk tujuan lain. Kekekeke.. Kali ni memang nekad. Satu hari aku spend kat Marina Bay ni. Ko mampu?

Oklah. Mula-mula just jalan-jalan kat dalam shopping mall Marina Bay ni. Cuci mata kan. Nak shopping memang lah tak mampu. Poket kami ni nipis belaka. Dah ala-ala cuci mata tu kami ke Gardens by the Bay lah pulak. Nampak macam cantik je kat dalam internet. Baru nak merasa pergi ni. 

Shopping mall..

Keless ko..

Lalu tengah-tengah sini..

Bila nak naik atas sana?

Dah sampai hujung, nampak lah keseluruhan Garden ni. Besar jugak. Dan ada banyak bangunan. Dan yang paling menarik sekali benda alah yang macam obor sukan olimpik tu. Tercacak-cacak kat tengah-tengah garden. Cantik jugak lah tengok dari sini. Kalau boleh nak duduk lama-lama kat sini tapi cuaca panas kemain. Makanya kami bergerak lah menuju ke arah obor tu.

Obor..

Panoramic View..

Jalan ke sana..

Lalu kat bawah..

Kalau setakat nak jalan-jalan kat garden ni tak dikenakan apa-apa bayaran. Tapi kami nak merasa jalan-jalan kat jambatan gantung kat atas nun. So, kenalah bayar SGD5. Boleh lah. Dah alang-alang sampai sini, takkan tak nak naik kot. Naik lah kami ke atas.

Tiket..

Jalan-jalan Jambatan Gantung..

Dah berposing bagai, kami pun turun untuk ke destinasi seterusnya. Tak lah jauh mana. Sebelah je. Ekekeke.. Kami ke Art Science Museum.

Art Science Museum..

Kisahnya lah kan. Kalau kita kat seberang sana, kat kawasan merlion sana, kita akan nampak keseluruhan Marina Sands Bay ni dan kawasan sekitarnya. Gardens by the Bay tu tak nampak lah sebab kat belakang Marina Bay Sands. Kat sebelah kiri Marina Sands Bay tu ada satu bangunan yang kalau kita tengok tu seakan-akan sesikat pisang. Aku ni dok tertanya-tanya lah bangunan pisang tu bangunan apa lah. Ni dah sampai sini baru lah terjawab. Art Science Museum ni lah bangunan pisang tu! T______________T

So, kami ke sini untuk melihat pameran Mummy gitu. Katanya ada mummy kat dalam museum ni yang diterbangkan khas dari British Museum ke apa gitu. Diorang gunakan teknologi terkini untuk study mummy ni, siap dapat construct rupa paras mummy tu macam mana without pecahkan coffin, sarcophagus bagai tu. Mukanya macam mana, bentuk badannya macam mana. Interesting kan?

Mummy..

Beratur lah kami untuk beli tiket. Yang menariknya, pameran mummy ni siap ada screening time. Lah.. Dah macam tengok wayang lah pulak ada entry time pukul berapa, pukul berapa. Biar betul? Hahahaha.. Kebetulan tiket dalam masa terdekat dah habis. Terpaksa lah tunggu session pukul 4 petang. Terbangak aku kat situ. Ni nak masuk museum ke nak pi tengok wayang ni?

Tiket..

Rupa-rupanya, sebelum masuk ke bahagian pameran, visitor akan tengok tayangan video terlebih dahulu. Seats untuk tayangan video ni amat limited. Untuk make sure semua orang dapat tengok, makanya session tu diadakan. Untuk get some ideas lah kan pasal mummy ni. Menarik jugak tayangan video ni. Diceritakan kenapa perlu mummified corpse ni. Tahap apa mereka ni untuk dimummyfied kan. The process of mummification. Apa penyebab kematian mummy yang ada ni. Macam-macam lah. Banyak ilmu yang boleh kita belajar dari tayangan video ni.

Tayangan Video..

Dah habis tayangan video tu baru lah dapat pergi tengok pameran yang ada. Sayangnya kat dalam ni tak boleh ambik gambar. At the end of the exhibition, letaknya mummy sebenar dalam keranda. Masih seal. Tak bukak langsung. Tapi kat sekeliling keranda tu ada display penerangan tentang mummy tu. Siapa dia, muka dia macam mana, etc. etc. Seram pulak aku rasa. Ekekeke..

Selain pameran, ada beberapa aktiviti dijalankan. Salah satunya embalming session. Macam mana nak mummify mayat. Interactive session ni, budak-budak memang suka. Gigih mereka jadi volunteer bagai untuk tolong embalm. Boleh lah dipraktikkan kat rumah. Hahahahaha..

Embalming Workshop..

Dah settle tengok mummy, hari pun dah gelap. So kami buat apa? Balik semula ke Gardens by the bay untuk tengok lampu. Ekekeke.. Takdok keje. Memang tak ke mana dah ni. Kat Marina Bay saja lah kami satu hari ni. Dah agak-agak pueh bergambo waktu malam, kami balik semula ke JB.

Siap reflections lagi..

Ramai jugak yang dok sini..

Dah. Macam tu je trip kami ni. Boring tak? Ehehehe..