Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Monday, September 30, 2013

Finally.. SS5 Malaysia!!

OMG OMG OMG HUWAAAAARRGGHHHH!! Ingatkan tak datang! Datang jugak! Melompat-lompat kegembiraan aku. Weehuuuu!!

Finally!

Seronok lah kan sebab SS4 mereka ni tak datang. Ingatkan dah lupakan terus Malaysia ni. Weeeeeehuuuu tak sabar! Tak sabar!

Sunday, September 29, 2013

Sobss..

Tak lama rupanya hayat dia. Yang lemah tu dah meninggalkan alam fana. Aku balik kerja tengok dia dah keras kejung. Huwaaaaaa.. Sedih gila.

Adik dah takde.. Sobs..

Sedih ko. Aku ni dah lah tak ada kawasan bertanah kat rumah nak tanam. Terpaksa aku korek tanah depan gate. Malam-malam buta pulak tu mengorek. Jiran-jiran lalu lalang dok perhatikan je.

Well, bye bye lil' one. Nice knowing you even for a while. T____T

Saturday, September 28, 2013

Hello...

Aku balik dari Busan menjajar cari budak kecik 4 ekor tu tak jumpa. Mesti mak dia dah bawak lari. Sedih pulak rasa. Sekali time basuh baju kat belakang dengar bunyi miu miu. Oihh.. Dia menyorok dalam penyodok sampah rupanya..

Hellooooooooooooo cuties!!

Tiga ekor sihat walafiat. Lagi sekor tu lemah tak bergerak. Harap-harap sihat lah lepas ni. Eii suka aku tengok masing-masing comel. Boleh gomol-gomol pasni. Huehuehue...

Tuesday, September 24, 2013

Posto! Posto!

Cerita dari Busan jugak. Hantar postcard dari Busan ke diri sendiri. Baru first time ngada-ngada buat. Macam syok pulak. Lepas ni, pergi mana-mana boleh buat lagi. Hehehe..

Gamcheon Cultural Village..

From me to me..

Next posto will be from?

Sunday, September 22, 2013

Veggie Ramyun

Sempat merembat megi ni masa pergi Busan hari tu. Vege Ramyun gitu. Tulis besor lagi No Meat. Ada baca kat blog Zarina boleh makan megi ni. Makanya aku beli lah sebungkus bawak balik. Hari ni baru nak try test rasa.

Vege Ramyun..

Aku ni tak pernah makan ramyun Korea kan. Tak sangka pulak mi dia macam ni. Besor pulak tu. Memang kenyang ni.

Mi kerenteng..

So masak ikut instruction, dan tadaaaaa..

Dah siap!

Aku cuma campak telur je dalam tu. Segala jenis sayur tu memang dah siap dalam paket ramyun tu. MEriah kan? Rasanya? Macam makan megi asam pedas gitu. Hahaha.. Boleh lah. Sedap jugak lah. Lain kali boleh beli lagi. :P

Wednesday, September 18, 2013

Citin Hotel, Langkawi

Sempena jalan-jalan ke Langkawi baru-baru ni aku duduk Citin Hotel. Tak tau lah kenapa aku pilih Citin ni. Mungkin sebab murah dan strategik? Boleh lah. Nak parking pun senang walaupun parking tepi jalan je.

The room was quite cheap jugak lah. RM197 for 2 nights. Kongsi dua orang. Kira oklah. Tapi yang tak bestnya, tak ada tingkap lah. Paling murah kan.

Bed..

TV..

Door..

Toilet..

Shower..

Boleh lah kan? Nak tidur je pun. ^___^

Tuesday, September 17, 2013

Dynamic Busan ~ Day 1: Haeundae Beach, Dongbaek Island, APEC House & Haeundae Market

Friday, 6th Sept 2013

Hari yang ditunggu-tunggu gitu. Sampai jugak akhirnya. Berjalan ke Korea lagi aku ni buat kali yang entah ke berapa kali dah. Tapi wait.. Kali ni tak pergi Seoul. Kita merewang ke Busan je lah ye. Aku tak pernah lagi sampai ke Busan ni. Bila dapat peluang macam ni, tak nak lah aku lepaskan. Belasah je pergi. Well, sementara idea masih ada, otak masih fresh, boleh lah aku merepek serba sedikit tentang pengalaman aku kat Busan selama 7 hari. ^__^

Busan!!

Monday, September 16, 2013

Miss Egg Hostel, Haeundae

Cak! Sempena trip kami ke Busan, kami tinggal kat sini. Menggelabah ko. Last-last minute, semua tempat penuh. Entah macam mana berjaya jugak squeeze in kat sini. Saspen dibuatnya.


Telur laki bini..

Thursday, September 5, 2013

Kittieeessssss..

Dah berapa hari mak kucing tu sangat restless. Asyik mengiau je siang malam. Dah nak due dah kot. Seram pulak aku dibuatnya.

Balik kerja tadi aku tak dengar apa-apa. Senyap je. Dah lari kot. Terus aku ke belakang dapur dan menjengah. Omiieeeeeeeeeeeeeee... Kitties!!


Miu miu miu miu........

Empat ekor. Anak sedara baru! Nanti lah ye bagi nama. Sorry lah mak kucing, aku tak dapat nak jaga ko dalam pantang. Besok aku nak pi Busan. Harap-harap ko survive lah ye sampai aku balik 2 minggu lagi. FIGHTING!!

Wednesday, September 4, 2013

Raya! Raya! Raya! Part 5

Tahun lepas tak buat. Tahun ni gatal. Masak-masak lagi aku tahun ni. Seperti sebelum-sebelum ni, aku tertonggek-tonggek seorang-seorang kat dapur. Memang patah riuk tulang belakang, pinggang aku semua.


Menu standard orang Johor lah kot. Soto & Lontong. Rojak petis dan puding susu pulak sebagai penyeri. Kemain ko. Gigih sangat.

Bila semua dah balik, aku terus pengsan... TAKMO BUAT LAGI TAHUN DEPAN! T_______T 

Monday, September 2, 2013

Korea 330K Won ~ Day 2: Hwaseong Fortress, Hwaseong Haenggung, Suwon Hwaseong Museum, Jidong Market, Haewoojae (Toilet House) & Mouse Rabbit Cafe

Thursday, 21st March 2013

Hari kedua. Mari jalan-jalan Suwon! 

Dah tak tau nak pergi mana dah kat Seoul ni, makanya kami ambil keputusan untuk jalan-jalan luar Seoul pulak. Makanya kami ke Suwon. Suwon ni sebenarnya boleh dikatakan capital city lah bagi Gyeonggi Province. Ada banyak aktiviti boleh dibuat kat sini dan banyak tempat yang boleh dilawati gitu.

Nak ke Suwon ni tak lah susah mana sebenarnya. Boleh aje naik subway dan turun kat Suwon Station. Dari situ boleh lah pergi ke mana-mana yang nak dipergi. Dalam pukul 8 jugak lah kami gerak dari hostel. Naik train dari Euljiro 3-ga, tukar kat City Hall dan naik train terus ke Suwon Station. Punya lah ramai orang dalam train ni sampai terpenyek-penyek aku kat pintu train. Ingatkan sekejap je lah sesaknya. Rupanya sampai Suwon sesak macam ni. 1 jam 20 minit kami kena lenyek. Tskk..

Dah sampai Suwon Station, kami turun dan menyeberang jalan untuk ke bus stop. Destinasi pertama kami ialah Hwaseong Fortress. Dah sampai Suwon ni, tak sah lah kot kalau tak pergi Hwaseong Fortress. Mesti kena jejakkan kaki. So, naik lah bas. Nak jalan kaki pun boleh jugak tapi kalau style kami jalan kaki confirm ambik sejam lebih. 

Bus to Hwaseong Fortress..

Sunday, September 1, 2013

AirAsia: Busan Lah Pulak..

Hoi hoi lah hoi.. hoi hoi lah hoi..................

*from malaysia-promotions.com

Saja tau AirAsia ni. Sape suruh bukak laluan pergi Busan? Kan aku dah tergedik-gedik nak pergi. Sangat gedik aku ni. Bila tanya sana-sini, siapa nak join, tak ada sorang pun yang respons. Maka duduk diam-diam je lah kat Malaysia ni. Tapi lepas tu, officemate kata, lah kenapa tak bagitau! Warghhh!! Malangnye harga promo sudah pun habis. Sobsss..

Maka, monyoklah makcik kan. Tapi lepas tu, ada pulak promo buy 1 free 1. Lah. Memang gedik AA ni! Apa lagi, tanya balik officemate tu, nak join ke tak. Dia kata ok! Berbunga riang hati makcik you know. Selamat lah merembat. Busan here we come! Hehehe..


Mesti ada yang dok ngata kat aku kan sebab aku dah pegi Korea banyak kali. True. Tapi pergi Seoul je. Busan tak pernah pulak aku jejakkan kaki. Kali ni kita berhabis pusing Busan. Tak payah pergi Seoul!

Boleh percaya ke aku ni tak pergi Seoul? Hahhahaa.. Percayalaaaaahhhhh...