Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, August 28, 2013

Raya! Raya! Raya! Part 4

Siang tadi ada program makan-makan. Sakan lah aku pergi kan sebab ada kambing golek. Aku ni pantang sikit. Harus lah berdesup laju menerjah kamben tu sambil lap air liur. 

Sini!!

Dah lama dah aku tak join rumah terbuka ni. Sebab frust sebenarnya. Asal aku sampai je, makanan dah takde. Asal aku datang je, makanan dah habis. Ni, belum program start aku dah sampai dulu. Aku tak pedulik! Aku nak jugak makan kambing!

Nyiahahahaha!! Miu Miu Miu.....

Meriah ko kat dalam ni. Macam-macam pesen gerai yang ada. Sebab ada pertandingan kan. Gerai terbaik gitu. Ada yang versi padang pasir lah, versi jawa kraton lah. Kami? Versi simple malas nak pikir banyak. Hahaha..

Ada lauk unta masak lemak kot sini..

Urmm.. Kuih dorayaki?

Ya ampun ni siapa jadi mangsa ni..

Ha ni dia Kraton mari..

Tema pulang ke kampung gitu..

Ours.. Versi malas.. Kekeke..

Gumbira di hati sebab dapat makan kamben satu tapau. Nyiahahaha.. Gerai kami menyediakan juadah ala-ala international dishes gitu. Ada masakan dari Lebanon, Algeria, Bangladesh, India, macam-macam lagi lah sebab staf kami ramai yang international gitu kan. Menarik dan sedap jugak lah.

Tapi apa-apa pun kambing golek jugak yang sedap! :P

Monday, August 26, 2013

TransJava Yuk! ~ Day 2: Mt Bromo - Penajakan 1, Mt Bromo, Savannah, Pasir Berbisik & Madakaripura

Saturday, 27th April 2013

Seawal pukul 4 pagi dah ada orang ketuk pintu, minta kami bersiap-siap untuk aktiviti tengok sunrise. Aku sebenarnya dah bangun dah pun, cuma liat sikit nak bersiap. Sejuk pagi-pagi macam ni. Nak jejak lantai pun nak kena fikir dua tiga kali. Mandi? Kirim salam lah. Lepas balik bersunrise lah kita mandi ya. 

Kami akan ke Gunung Penanjakan 1. Melihat sunrise dari situ. Sebelum keluar aku dah ambik wuduk siap-siap. Mudah-mudahan ada lah ruang celah bedah untuk solat. Sepanjang perjalanan nanti diharap sangat tak terkeluar gas. Kekeke..

Once keluar dari bilik, kami nampak ramai betul orang di perkarangan luar hotel. Ni semuanya nak ke Penanjakan ni? Giloss.. Sesak lah gamaknya ni. Kami dibawa ke jip yang akan membawa kami ke sana. Muat 6 orang naik. Tapi sendat lah macam sardin. Masing-masing spesis besar kan. Hehehe.. Kami dah duduk bertenggek dalam jip lebih kurang 15 minit dah tapi masih tak gerak-gerak. Jip kami tak boleh keluar rupanya. Banyak lagi jip di depan yang masih belum bergerak dek kerana nak tunggu penumpangnya datang. Pagi-pagi dah buat kami angin kuskus. 

Beratur beb..

Tuesday, August 20, 2013

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 9: Makarora, Haast, Fox Glacier & Hokitika

Friday, 4th May 2012
Makarora --> Haast --> Fox Glacier --> Hokitika

Hari kesembilan mengembara naik campervan yang dah mula semput tu. Mana tak semput. Dah lebih seminggu lenjan ke sana sini. Macam-macam jenis jalan dah kami terjah. Hari-hari berdoa campervan ni tak mogok kat mana-mana. :P

Right. Pagi ni kita check out dari Makarora Tourist Centre ni. Tapi sebelum keluar, haruslah kita melantak dulu kan. Breakfast pagi ni simple je. Maggi goreng dengan broccoli rebus. Ni namanya tema belasah sajalah janji kenyang. Cornflakes pun ada jugak buat fefeeling breakfast ala mat saleh.

Yum!

Sunday, August 18, 2013

Marhaban ya Marhaban

Tiap-tiap tahun time raya, orang-orang surau akan pusing satu taman buat Marhaban. Rumah aku tak terkecuali. Meriah sikit tahun ni sebab Wak Daut stay agak lama kat Malaysia ni sempena raya. Makanya, ramai jugak lah yang datang menjengah.

Marhaban lelaki..

Ramai.. Separuh lagi kat luar..

Order Sate je..

Jamuan ringan..

Aku diberitahu, kat Johor je yang meriah dengan Marhaban ni. Ye ke? Negeri lain takde ke? Ada kot. Cuma caranya berbeza sikit. Kawan yang kat belah-belah Selangor, Melaka kata kalau nak Marhaban kena upah kumpulan Marhaban datang. Dah tu sediakan makan, door gift bagai. Wah. Mewah sungguh ye. Ternganga aku dengar sebab kami takde lah buat sampai macam tu.

Apa pun mudah-mudahan tradisi ni diteruskan.. ^____^

Saturday, August 17, 2013

Raya! Raya! Raya! Part 3

Cerita Raya dengan Kengkawan Bahagian Ketiga

Kali ni jauh aku beraya. Dah menonong drive sorang-sorang dari JB ke KL kan. Alang-alang mari beraya kat rumah-rumah Geng KL.

Raya kat Kepong..

Raya kat Wangsa Maju..

Raya kat Kajang..

Dah habis beraya terus balik JB. Mereng sungguh. Sampai rumah pukul 12 malam. Terus terbongkang kepenatan. Hehehe..

Friday, August 16, 2013

Nest Boutique Hotel, Kuala Lumpur

Hait! Aku berpeluang duduk kat hotel ni sempena short visit aku mengong drive ke KL seorang diri dari JB. Tak ada kerja, cari kerja. Ni lah jadinya. 

Nest Boutique Hotel ni letaknya kat Jalan Ipoh. Aku pun tak tau macam mana aku end up kat hotel ni. Mungkin sebab aku tengok gambar-gambar kat internet hotel ni nampak cantik. Hahaha.. Lagi pulak ada offer 1 malam RM100. Lagi  pulak, katanya parking tak ada masalah. Cuma kena bayar RM5 per entry je. Kira boleh lah kot?

Dah sampai tu aku pun sekadar parking kat belakang lot kedai untuk check in terlebih dahulu. Staf kat kaunter kata parking lot tu ada tapi bukan diorang punya. Kena pusing agak jauh jugak. Terus terbangak aku kat situ. Alahaii.. Jauh ke. Nanti tengok lah jauhnya macam mana. Kita masuk bilik dulu.

Lorong ke bilik..

Dah masuk bilik tu not bad jugak lah. Bilik tak ada tingkap. Patut lah murah kan. Ni maunya berkepam takde udara keluar masuk. Nasib baik bilik yang aku masuk ni tak ada bau apa-apa. So kira boleh lah.

Basic je ye. Tak ada cerek, drinks whatsoever. Peti ais pun tak ada. So pandai-pandai lah bajet kalau nak duduk kat sini.

Katil..

Toilet..

Shower & Sinki..

Pintu masuk & TV..

Dah lepas check in tu aku keluar. Nak tengok lot parkingnya kat mana. YA AMPUN  memang jauh. Kalau aku keluar waktu malam memang scary nak parking sini dan jalan kaki balik ke hotel. Dah tu malam-malam, palang dibukak, tak ada orang jaga. Sangat lah tak selamat. Sudahnya aku tawakal je lah parking kat lorong tepi lot kedai yang berdekatan dengan hotel. Alhamdulillah, besok pagi tengok selamat kereta aku. ^^

Kesimpulannya, hotel ni ok. Dekat dengan Chow Kit Monorail, jalan kaki tak sampai 5 minit. Tapi kalau ada bawak kereta tu aku tak rekemen lah duduk sini. For more info go to http://www.nestboutiquehotel.com.my/

Thursday, August 15, 2013

Raya! Raya! Raya! Part 2

Cerita Raya dengan Kengkawan Bahagian Kedua

Hari ni dok melayan K Awa and K Alin datang beraya. Kebetulan pulak my brother yang gebu tu tengah bersilat kat dapur masak nasi Arab. First time katanya, tapi rasanya sangat terbaik lah sedapnya, makanya rezeki K Awa dan K Alin lah makan nasi Arab kat rumah. Hehehehe..

Geng backpackers..

Dah tu, berangan nak terjah rumah lecturer kami zaman taok kaduk dulu. Punyelah pusing-pusing sebab K Awa tak hafal rumahnya yang mana satu. Yang dia ingat rumah corner lot je. Dah agak-agak betul tu, sekali kat gate rumah tulis Beware Rotweiler. Hahahaha.. Salah daa.. Tapi last-last jumpa lah jugak.

With Dr CT..

Kebetulan Dr CT baru lepas buat kenduri. Muka sangat tak malu ni terjah rumah orang taknpa dijemput. Hehehe.. Nasib baik Dr CT masih ingat kami lagi. :P

Dah. Tu je lah kisahnya. Macam kebabomm best sangat lah entry ni kan. :P

Wednesday, August 14, 2013

Alhamdulillah.. We Did It!!

Finally.. Tamat dah Infosys Foundation Program Batch-9 di UMS ni. Segala penat lelah, kelam kabut, huru-hara, pahit manis, suka duka, cubaan dan dugaan selamat ditempuh dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Multimedia Development Corporation dan dan dan dan yang paling penting sekali Ahli Jawatankuasa Program Infosys diperingkat UMS umumnya dan SKTM khususnya, you guys know who you are, terima kasih banyak-banyak kerana sanggup bersusah payah membantu saya yang senget ini dalam menganjurkan program ini. Jasa kalian tak akan dilupakan sampai bila-bila dan semoga Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi anda semua.

Ewah-ewah ucapan macam menang award gitu kan? :P


Programme to prepare 100 varsity students for real job market
by Jenne Lajiun. Posted on August 4, 2013, Sunday


KOTA KINABALU: One hundred students from 11 public universities in Malaysia completed a five-week Infosys Foundation Programme held at Universiti Malaysia Sabah (UMS) which ended yesterday.

The students taking part in the programme beginning June 30 to August 3 were from UIA, UKM, UMP, UMS, UNIKL, UNIMAS, USIM, UTEM, UTHM and UUM.

During their training, the students went through modules that encompassed computer system training, operating system concepts, problem solving techniques, TRIZ, programming and testing, object oriented concepts using JAVA, relational database management system and project on organisation standard.

According to Malaysia Education Ministry’s chairman in the technical committee with INFOSYS, Professor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, the foundation programme was world renowned and recognised by industries.

“The Malaysia education system has always been accused of failing to produce the type of graduates needed by the industries. That is why we are working with the industry to create skilled personnel under this programme,” he said.

He added that previous batches of students who had gone through similar programmes in the past were now employed, some of whom were working overseas.

Meanwhile, Multimedia Development Corporation Sdn Bhd chief operating officer Ng Wan Peng said that industry players were looking for graduates with good soft skills, problem solving skills and innovative.

She said there were 10,000 new jobs created at MSC every year and what they were doing in the programme was to equip young graduates for advancement into the IT (Information Technology) sector.

UMS School of Engineering and Information Technology Dean, Associate Professor Dr Rosalam Sarbatly said that the activity was aimed at improving the marketability of the graduates and prepare them for the real world.

He added that among the feedback they had received from industry players was that the graduates produced were not ready for the real market.

“This is blamed on the lack of linkages between universities and the industry. The programme seeks to address this,” he said.

credit: The Borneo Post

Sunday, August 11, 2013

Raya! Raya! Raya! Part 1

Cerita Raya dengan Kengkawan Bahagian Pertama

Orang raya pegi rumah sedara mara. Kami raya pergi Aeon Bukit Indah, tengok wayang. Kekeke..

Partners in crime..

Orang raya makan ketupat, rendang sambal goreng ayam masak merah bagai. Kami raya, makan Black Canyon. :P

Lauk raya..

Minuman raya..

Ni sampingan je ni. Padahal baru je lepas makan soto kat rumah aku dan makan cookies kat rumah seben. Tembolok besau nau....

Salam Aidilfitri 2013

Salam Aidilfitri dari CikSengal & Family.. ^_____^


Sengal-sengalkan diri anda di musim raya ini.. :P

Wednesday, August 7, 2013

Kenduri Durian

Lokasi: Kg Ayer Manis, Kulaijaya
Tarikh: Malam raya
Masa: Waktu berbuka puasa


Crime no 1

Crime no 2

Crime no 3

Ni lah jadinya bila semua kaum kerabat berkumpul nak sambut raya besok, dan stok durian kat kebun pulak melimpah-limpah tak terkata banyaknya. Jenayah berat ni.

Malangnya aku bukan penggemar durian. Makanya aku inesen... :P

Monday, August 5, 2013

Majlis Penutup Infosys Foundation Program Batch-9

Selepas sebulan lebih merana, akhirnya tamat sudah program ni. Yay! Aku lah manusia yang paling suka sekali. Walaupun macam-macam dugaan dan cabaran yang melemahkan semangat aku sepanjang handle program ni, aku bersyukur dan berterima kasih sangat-sangat sebab secara overallnya program ini berjaya dianjurkan. 

The closing ceremony simple saja. Buat majlis berbuka puasa dan penyampaian hadiah. Tu je. Buat pun kat Dewan Bankuasi UMS je. Takde lah grand mana, cuma makanan tu kami import dari Le Meridien. Boleh lah kalau nak feeling-feeling grand.

At last..

Speech by Ms Ng Wan Peng..

Menu berbuka Puasa..

The Distinguished Guests..

So, congrats to all the participants! Semoga dapat kerja yang best-best lah ye lepas ni? ^___^