Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, July 25, 2013

Demotivated...........

Salam...

Lama tak update kan. Memang nak update. Rajin bukak new entry, tapi lepas tu tinggal je tak terrupdate-update. Bila ada masa, ada tenaga, ada idea, baru sambung update entry tu. Bila publish, ikut tarikh create entry. That's why entry baru pun pakai tarikh lama. Eh apa aku membebel ni. Faham tak? Buat-buat faham je lah kan. Tapi bukan tu sebab kenapa aku demotivated.

Semalam, kereta aku kena pecah. Handbag kena curi. Time nak buka puasa pulak tu. Aku singgah sekejap bazar ramadhan beli makanan. Tak sampai 10 minit aku datang balik, dah selamat kereta aku. Tu sebab aku rasa demotivated sangat. Bongok nau tinggal handbag dalam kereta kan. Walaupun dah sorokkan bawah kerusi, tak nampak dari pandangan, boleh jugak dia rembat. Memang mejik. Tak pun, dia memang dah perhatikan aku dari awal.

Lagi demotivated bila dalam handbag tu ada macam-macam. Duit hampir RM5000. Nangis tak? Nangis lah.. Duit tu untuk beli barang-barang sempena program yang aku handle ni. Mana nak cekau balik. Memang nangis tak berlagu lah nak ganti balik. Raya tahun ni memang takde duit raya!!

Lagi lagi lah demotivated bila external hardisk aku yang penuh dengan gambar jalan-jalan meroyan meronggeng tak hengat dunia tu dan buku nota yang penuh dengan aktiviti jalan-jalan pun turut dikebas sama. Now.... Gambar seketul pun takde dah............... Maklumat pun takde dah.. Tarik napas panjang-panjang and lepas............ Jadi macam mana? Nampak gaya, TERGANTUNG LAH SEGALA ENTRY JALAN-JALAN AKU. Nak buat macam mana. Gambar tak ada. Macam mana nak update entry. Kalau nak ikut ingat pakai kepala je, memang tak dapek lah. SIGH.......................................................

Walau macam mana pun, aku try jugak lah untuk dapatkan balik gambar-gambar tu. Kawan-kawan seronggeng mesti ada simpan secopy dua. Try jugak lah. Kalau sampai bila-bila takde entry baru on jalan-jalan, maknanya memang aku terpaksa say bye bye lah.................................. T________T


Sampai hati orang tu kan buat macam ni bulan-bulan puasa ni. Doa-doakan lah terbukak pintu hati dia untuk pulangkan balik semua barang-barang tu. Sedih sangat ni..... T_____________T

Monday, July 22, 2013

Konnichiwa Japan! ~ Day 3: Arashiyama, Kinkakuji Temple, Fushimi Inari Taisha, Gion & Kyoto University

Monday, 21st January 2013

Dah hari ketiga dah kat negara matahari terbit ni. Cuaca pun semakin menjadi-jadi sejuknya. Tapi sejuk-sejuk pun, kami masih boleh kontrol hensem dan kontrol macho pergi jalan-jalan sana sini. Huehuehue..

So pagi ni lebih kurang pukul 7 pagi kami dah check out dah dari Guesthouse Kinta ni. Angkutlah beg berbondong-bondong beratnya tu menuju ke Kiyomizu-Gojo Station. Kat station tu, kami terus terjah loker beg yang ada kat situ. Boleh tahan jugak harga loker ni. Kami ambil loker yang paling besar, sumbat semua empat backpack dan beberapa benda yang lain masuk dalam tu. Memang macam sardin. Nak tutup pun susah sampai kena himpit, tolak bagai. Hehehe..

 
Hambik kau..

Thursday, July 18, 2013

Korea 330K Won ~ Day 1: Myeongdong & Namdaemun Market

Wednesday, 20th March 2013

Ke Korea lagi kita! Miu miu miu miu miu miu.... Mesti ramai dah bosan kan baca cerita aku pergi Korea ni? Ada yang dah muntah pelangi jugak kan? Jangan muntah unicorn sudah lah ye. Entah lah. Aku suka pergi Korea. Dan setiap kali pergi Korea mesti ada saja peristiwa yang bengong berlaku kat aku yang boleh dibuat modal bercerita. Hehehe.. Korang jangan meluat lah pulak ye! Lagi pulak, trip kali ni aku banyak merewang ke tempat baru yang belum pernah aku pergi. :)

It was a Kpop Sudden Trip? Lebih kurang lah. Sebab pergi dengan geng-geng kpop gitu. Me, Mulan, Leen & Idie. Empat orang jeh. Dah tu pergi pun tak lama mana. 5 hari je. Last minute beli tiket, last minute plan. Nasib baik lah flight tix tak mahal sangat untuk last minute fly macam ni. Around RM700 jugaklah pergi balik. HUWARRGGHHH!! Mahal jugak tu!

Edisi kali ni aku namakan Korea 330K Won. Dah kehabisan idea untuk tajuk. Winter Sonata dah. Spring Waltz dah. Summer Scent dah. Autumn in My Heart pun dah. Tak tau nak bagi nama apa dah. Makanya aku letak 330K Won. Sebabnya untuk sepanjang trip ni aku spend 330K Won je. Kekekeke..

Sepanjang atas flight tak tidur sangat sebab pramugara Korea dia hensem-hensem. Puahahaha.. Gigih tau curi-curi ambik gambar bagai tapi tangan ni gigil je kerjanya. Senget betul. Bila dapat yang ok, meroyan tak hengat. 

Friday, July 12, 2013

TransJava Yuk! ~ Day 1: JMP Surabaya & Mt Bromo

Friday, 26th April 2013

Intro can be found here --> TransJava Prologue

Ini namanya trip tangkap muat. Sebab aku pada mulanya bukan lah termasuk dalam group yang akan pergi jalan-jalan merentas Pulau Jawa ni. Sementara yang lain dah beli tiket flight almost setahun awal, aku pulak baru terhegeh-hegeh nak beli lebih kurang dua bulan dari tarikh yang ditetapkan nak pergi ni. Memang selamba badak, tutup mata beli tiket. Nasib baik tak berapa mahal.

Aku ni serba salah sebenarnya. Yes, aku nak ikut. Itu sudah pasti. Tapi memandangkan aku ni tak sampai sebulan pun duduk senyap-senyap kat Malaysia, aku dah berjalan lagi. Status kewangan sangat membimbangkan gitu. Kekeke.. Siapa suruh berjalan tak hengat kan. Baru bulan April, tapi aku dah merewang jalan-jalan Jepang, cuti-cuti Mabul, meroyan tengok Abe Nuar Jengg dan jalan-jalan Korea (HUH! Korea lagi? Oooppss..). Cuti yang tinggal pun cukup-cukup makan je. Jangan tiba-tiba TERkahwin sudah ler. Huehuehue.. Macam lah ada yang nak kahwin dengan aku kan. Sobs..

Tuesday, July 9, 2013

Meroyan Versi Singapore

Meroyan lagi kat Singapore. Kali ni untuk Super Show 5 ler. Aishh.. Kisah Super Show 5 kat Seoul belum habis karang lagi terperap kat dalam draft. Entah bila nak sambung mengarang tu aku pun tak tau. Takde mood. Nanti dah siap aku tepek kat sini. Kisahnya, ramai rombongan kali ni. Dari KK, dari KL, dari JB. Semuanya berkumpul kat Singapore untuk meronggeng. Meriah jugak lah.

Sebelum pergi ke stadium kami momom-momom dulu lah. Retis kpop ni kalau datang Singapore ni, yang diorang ingat Chilli Crab saja. Ye lah. Aku nak try lah ketam ni sedap ke tak. Sebelum tu kena lah cari tempat makan ketam ni lah kan. Godek kat internet, ada lah restoran ketam yang halal ni. Terjah lah sana.

Kampong Chai Chee Restaurant..

Chilli Crab!!

The verdict? Hurmm.. Biasa-biasa je. Tak ada lah sedap menggila sangat. Boleh lah. Aku masak lagi sedap kot? Hahahaha.. Dah! Dah rasa dah chilli crab ni. Boleh lah fefeeling macam retis kpop jugak. Huhuhuhu..

Habis lah jugak..

Restoran ni dekat je boleh jalan kaki dari station MRT Eunos. Sila jalan menghala ke Masjid Darul Aman, dah tu belok ke kiri. Jalan je terus sampai lah jumpa restoran ni. Refer je peta kat bawah ni.

Lokasi restoran..

Dah lepas makan boleh lah singgah masjid sekejap untuk solat. Senang kan. Dah habis solat semua baru lah gerak pegi stadium untuk meronggeng. Yeehaaaa~!!

Ticket!!

Indoor Stadium..

Kali ni, sengal duduk rockpitt. Depan pulak tu. Bila konsert dah nak start, tak sampai separuh pun manusia kat dalam rockpitt tu. Memang boleh guling-guling, golek-golek dalam rockpitt ni. Nak berlari-lari pun boleh. Punya lah best. 

Bila dah start tu semua orang meroyan lah kan. Aku pun. Tapi terkawal lagi duduk diam-diam. Kamera bagai tak berani nak bawak keluar sebab security sangat strict. Ramai yang dah ditarik keluar. So, kita enjoy je lah diorang perform. Mana yang statik kat stage depan, kita pun statik lah. Tapi bila mereka dah lari mengelilingi stadium, kami pun apa lagi. Gerak ke sana ke sini. Sampai pening dibuatnya sebab tak boleh nak fokus kat satu tempat.

Nyaaaa!!

Overall sangat enjoy sebab tak sesak. Dah last-last tu dah habis semua performance, baru lah berani keluarkan kamera. Snap lah apa-apa yang patut. Tepek je lah sini ye. ^____^ 

Dah abis..

Hae..

Hyuk..

Hae.. Mi.. Wook..

Eppp abe bilis tenunganmu..

Lihat perutku.. Ramping kannn..

Krooohhhhh...

Kang king and ming..

More kangin..

Cocokk kang mata tu..

DJ Sukira..

Ming..

Gayaaaaaahhh..

Dah habis tu, kami tunggu turn nak keluar stadium. Tiba-tiba Hyuk keluar buat ucapan Selamat Hari Raya pulak dah. Ehh.. Bukan. Sampaikan pesanan supaya ELF jangan gado-gado. La hai.. Sampai macam ni sekali. Sadis pulak aku dengar. Aku tak masuk campur kes tu. Yang gado tu budak-budak hingusan tak cukup umur je. Budak takdok keje. 

Jangan gado-gado katanya..

Dah tu kami terus ke Changi Airport. Untuk tido ler. Sebab dah malam sangat kan. Besok je baru balik JB. Hehehe.. I tell you la. Tido sini sangat best. Atas karpet some more. ^___^

Tido!

Dah.. Entry meroyan yang entah apa-apa. Nak tunggu yang versi Malaysia pulak kalau ada. Huhuhuhu..

Friday, July 5, 2013

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 8: Queenstown, Kawarau River, Arrowtown, Cromwell, Wanaka: Puzzling World & Makarora

Thursday, 3rd May 2012
Queenstown --> Kawarau River --> Arrowtown --> Cromwell --> Wanaka --> Makarora

Baru hari ke-lapan. Rasa dah tak sabar dah nak balik Malaysia. Kehkeh.. Tak sabar bukan apa, aku rindu kat tilam aku yang empuk kat rumah tu. Huhuhuhuh.. Rindu jugak dengan cuaca panas kat Malaysia tu. Huwaaaa.. Macam-macam pe'el lah aku ni. 

Ye lah. Pagi ni, sarapan sempoi-sempoi orang putih style, toast and cheese with baked beans and scramble eggs yang takde rupa scramble eggs. Minum pulak teh o panas. Sangat terbaik. Bila perut dah diisi, baru lah boleh buat benda-benda yang sepatutnya lah kan. Kalau tak, takde mood sokmo.

Breakfast..

Tuesday, July 2, 2013

Konnichiwa Japan! ~ Day 2: Nara - Nara Park, Todaiji Temple, Higashimuki Shopping Street, Kobe - Masjid Kobe,

Sunday, 20th January 2013

Hari kedua menghirup udara Jepun. Nyamannya. Tihihihi.. Mengada-ngada sungguh. Nyaman tu memang nyaman lah kan. Tapi suhunya. Ya ampun. Memang sangat bertabah. Bahana gedik sangat beli tiket flight murah kan. Padan muka. 

Hari kedua ni tak ada lah rushing mana kot sebab keluar dari guesthouse macam tu je sebab tak payah nak kemas-kemas barang bagai. Besok baru check out. So hari ni kita jalan-jalan dengan tenang tanpa memikirkan pasal beg nak campak kat mana. Sebelum keluar, kita alas perut sikit lah dengan memakan makanan rasmi jalan-jalan iaitu Maggi. Haru sungguh.

Destinasi pertama kami hari ni ialah ke Nara. Nak tengok bambi katanya. Kejadahlaa kan pergi jauh-jauh nak tengok bambi. Macam pergi Alas Kedaton sebab nak tengok monyet. Sampai bapak aku pun kata "Macam lah kat Malaysia ni takde monyet". Gedebush nak tergolek aku masa tu. Kesudahannya aku kena tulah dengan monyet kat Uluwatu. Memang horror. Jangan kat sini kena tulah dengan bambi sudah. Kekeke..