Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Saturday, June 22, 2013

Sejarah Berulang

Penangan makan seafood tak hengat malam tadi kan, hari ni aku MC! Giler kooo.. Berapa jam aku dok bertapa dalam toilet sejak malam tadi. Non stop. Sampai tak ada apa dah yang boleh dibuang. Hahahaha..

Memang tak boleh jadi lah kan. Sejurus selepas matahari naik, memang rushing rempit habis lah pergi klinik. Mintak OR Salt lebih-lebih. Kalau ikutkan hati memang berdozen-dozen aku nak kaut. 

Penyelamat..

Dah lama tau tak kena ni! Kali terakhir kena, secara berjemaah dulu kat Mysore. Tihihihih.. Itu memang kaw-kaw terbaik. Boleh masuk Guiness Book of Record Malaysia. :P

Thursday, June 20, 2013

Ocean Seafood Village Restaurant, Kota Kinabalu

Apa? Makan? Makan? Makan? Makan? (Tiru gaya buaya-buaya dalam kartun Sang Kancil dengan Buaya tu). Hehehe.. Tetiba je ni. Dah nak balik rumah dah time habis kerja. Singgah sekejap kat main office, tengok ada staf tengah sibuk ke hulu hilir calling-calling, coret-coret. Aku pun pergi lah mengskodeng. Lepas tu terus ditanya. Haaaa.. Nak join dinner tak malam ni? Wah.. Aku ni pantang lah kan kalau diajak makan free. Tak payah pikir panjang. Terus angguk kepala. Hehehe.. Lepas tu menggagau lah merempit balik rumah sebab dinner starts at 8pm. Jam pulak dah menunjukkan hampir 6.30pm. Zassss...

Dinner ni sempena tandatangan MoU dengan company dari China gitu. Aku pun tak pasti MoU tentang apa. Ni berkaitan dengan bidang engineering ni. Yang aku tau, aku datang untuk memeriahkan majlis, meramaikan orang. Memang. Kalau aku dan set-set kawan aku tak datang, memang kosong meja ni. Bayangkan meja 10 orang kami 5 orang je yang berjaya menghadirkan diri. Memang kaw-kaw lah makan ni banyak lebih.

Oh, dinner ni kat KK ye. Seafood restaurant. Banyak benda-benda pelik aku nampak kat sini. Kita momommmmm je lah ye!

Menu..

Ostrich ko.. First time makan ni.. SEDAP!

Ni namanya Elephant Trunk Shell?? Entah ye..

Demmnnn.. LOBSTER!! Pun baru first time makan!

Clam Soup..

Semua sekali..

Serius.. Memang tak habis. Kami habiskan yang mahal-mahal je. Kekekek.. Yang lebih-lebih tu dah selamat jugak lah ditapau bawak balik. Cuma aku takdenye lah nak menapau. Tak larat nak makan dah.

Tempat ni ala-ala eksklusif jugak lah. Tempat orang kaya ni. Mana taknya, kami makan tadi untuk 3 meja je pun dah cecah.................. Errr tak yah lah sebut kat sini. Hehehehe.. The ambience quite nice jugak lah. Ada open air space, ada private room, etc. etc.

Open air space..

Hiasan kat dalam..


Meriah meriah..

Memang lah. Kebanyakan hidupan yang ada kat sini memang pelik-pelik. Banyak yang aku tak pernah tengok. Apatah lagi nak rasa kan. Dulu memang rajin lah pi makan seafood, sekarang tak mampu dah sebab takde geng. Lagi pulak, mahal rasanya dan tak berbaloi. Aku kan cheapskate.. Tu sebab aku suka kalau di ajak makan seafood. Hahahhaa..

KO MAMPU?? Aku tak.. 

Lobstaaaaaaaaa!!

Amma Appa... Mahal ko..

Udah udah. Dah kenyang, boleh lah balik. Terima kasih kepada mereka yang membelanja saya makan. Hehehehe..

Tuesday, June 18, 2013

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 6 & Final Day: Handel n Gretel, Kona Beans, SM Ent. & MicKiss

Wednesday, 30th May 2012

Hari ke-enam. Pagi ni kami siap-siap kemas, dan terus check out. Beg pulak tinggal kat hostel dulu sebab nak keluar jalan-jalan dulu. Plan pagi ni nak pergi jalan-jalan Dream Forest dan Kyunghee University, tapi hujan lah pulak. Stress pulak kami jadinya. Tak boleh nak ke mana-mana lah ni. Especially jalan-jalan kat tempat terbuka. Tak kan nak duduk melepek je kat hostel je kan. Last-last kami keluar lah jugak. Cari tempat yang tak kena hujan. Handel & Gretel. Hehehe..

Datang untuk breakfast. Dan kalau untung boleh jumpa lagi Jongjin comel macam semalam. Semalam dah angau terlebih dah kan. Hari ni nak angau lagi lah kononnya. Sampai ke sudah tunggu, tak muncul-muncul. Kesimpulannya yang boleh dibuat, Jongjin datang waktu malam je. Huhuhu..

Breakfast..

Monday, June 17, 2013

Tokey Kertas Double A

Hambik kau. Segerombolan tiba. Ada 7 kotak semuanya. Kalau dalamnya isi kertas Double A memang kaya makcik. Tapi malangnya bukan!

Makcik kayo!!

Apa ada kat dalam tu? Kesemua modul/buku yang diperlukan untuk program Infosys tu. Gasak lah kan. Nak kena bukak satu-satu, nak kena kira, nak kena hantar pergi dewan kuliah. Masak!!

Saturday, June 15, 2013

Promenade Service Apartment Kota Kinabalu

Cik Ina & Wak Daut datang KK menjenguk anak mereka yang sengal ni. Nak stay kat rumah tak dapek lah kan sebab den pun dok menyewa. Makanya mereka memilih untuk tinggal kat apartment ni. 

Ada dua jenis apartment. Satu tu family suite, satu lagi studio suite. Kalau family suiet takde dapur. Studio suite siap dapur boleh masak-masak. Harga pun boleh tahan murah. Depends on tarikh jugak ni. Kalau murah boleh dapat as low as RM70++ per night per room. 

Meh skodeng sikit...

Ruang masuk..

Katil..

Dapur..

Meja solek & TV..

Ada extra bantal..

Toilet & Shower..

Laundry service pun ada..

Kira boleh lah kalau nak duduk sini. Tak ada lah grand sangat pun tempat ni, tapi oklah jugak. 

For more info go to --> Promenade Service Apartment website.

Friday, June 14, 2013

Jam RM3.90

Siapa biasa nampak jam kat bawah ni? Masa mula-mula dulu aku beli RM3.90 kalau tak silap. After like 3 years, dia jadi macam ni. Hahahaha..

Hambik kau..

Penat pusing-pusing, tunggang tonggengkan jam tu nak cari made in mana, tak jumpa pun. Tapi kita tau lah designed by a Swedish. Hehehe.. Walaupun buruk dah rupanya, dia tetap berjasa sampai sekarang. :P

*Baru-baru ni pergi, tengok harganya dah jadi RM2.50. Hahahhaa..

Tuesday, June 11, 2013

Dah Keluar Spital!

The big bad boy is out! With a brand new eye. Yippiiieee!!

 

Goshhh... I missed you.................... *peluksiwonkuatkuat*

Friday, June 7, 2013

Konnichiwa Japan! ~ Day 1: Kansai Airport to Kyoto

Perginya awal tahun, tapi baru hari ni nak hapdet. Belasah je lah kan? Intro can be found here --> Prologue

Saturday, 19th January 2013

Setelah puas tergolek-golek kat lantai LCCT, kami pun get ready lah untuk check in. Flight pukul 8 pagi, tapi pukul 5 dah gigih beratur nak check in luggage. Walaupun jalan bawak bagpack je, aku buat luggage check in jugak sebab backpack tu beratnya 10kg jugak tu. Tak larat nak pikul sebab banyak nau barang. Almaklumlah, dah berkampung kat KL selama 4 hari sebelum nak pergi Jepun ni. Macam-macam khazanah ada.

Excited lah ni! Sebab balik-balik berangan je, bila lah dapat pergi Jepun. Tak pernah terfikir pun dapat pergi Jepun ni sebenarnya. Alah, orang kata kalau nak, boleh aje. Cuma itulah. Banyak nau kekangan dari segi fulus. Dah laa tiket flight mahal kan. Nak belanja kat sana lagi. Memang berangan je lah. Tapi, terima kasih banyak-banyak lah kat Air Asia. Walaupun servismu kadang-kadang (bukan kadang-kadang, selalu jugak) hampeh, menaikkan darah orang tapi kamu berjaya merialisasikan impian orang sengkek macam saya ni untuk pergi jalan-jalan ke Jepun. Hahaha.. 

Ke Osaka kita!!

Wednesday, June 5, 2013

Businesswoman Konon

Atas permintaan ramai (wah keless ko nyah..) aku pun buat lah beberapa tapau. Meniaga lah ni kononnya. Tapi aku buat pun atas permintaan. Sebelum buat aku announce dulu kat fesbuk. Sapo nak soto besok sila bagitau. Bila dah dapat numbers baru lah aku buat. Nak cari income lebih gitu kan nak menampung aktiviti-aktiviti meroyan. Huhuhu..

16 tapau je..

I tell you, sekali rasa, pasti nak lagi gitu! Hahahaha.. Ada bakat tak jadik bisneswoman? Kalau nak meniaga banyak-banyak kenalah ada helper kan. Nak hire helper pun tak mampu. Buat lah secara kecil-kecilan je. Janji mantooopppp...

Saturday, June 1, 2013

Hello SISTIC!

Hello SISTIC! We meet again gitu... 


Syyyyy.... Jangan bagitau siapa-siapa. Kekekeke..