Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, February 28, 2013

Home Sweet Home

It's been 3 months already. Lama dah aku tak balik JB. Kali ni aku gigihkan diri balik. Walaupun balik waktu weekend je.

Hallu Home!!

It's good to be back. Rindu kat semua-semua!!

Sunday, February 24, 2013

New Koyo Hotel Tokyo

Ketika jalan-jalan di Tokyo, kami memilih untuk tinggal kat New Koyo Hotel. Boleh dikatakan antara tempat tidur yang agak murah lah kat Tokyo ni. Murah bila dicompare dengan harga tempat-tempat tidur yang lain lah. Kalau harganya diconvert ke RM, hulalalala mahal jugak!

New Koyo Hotel ni letaknya kat area Taito-ku. Kalau naik JR ataupun subway, stesen terdekat ialah stesen Minami-Senju. Dah tu kena jalan kaki selama 10 minit. 10 minit tu aku rasa 10 minit orang Jepun jalan. Sebab aku jalan ada lah dekat 20 minit jugak. Hahahaha.. Nak kena naik turun elevator, lintas landasan some more. Memang challenging sungguh lah nak sampai ke hotel ni. 

Stesen Minami-Senju..

Saturday, February 23, 2013

Father......

Hurmmm.. Aku tak berapa rapat dengan abah aku. Borak-borak, gelak-gelak, yes memang boleh. Tapi kalau nak manja-manja, gedik-gedik, sayang-sayang, aku tak reti. Geli adalah. Sayang memang lah sayang cuma tak reti nak tunjuk.



The lyrics really got me. Nak-nak ALi pulak tu yang nyanyi dengan penuh perasaan. Tanpa segan silu, aku nangis depan tv masa tengok dia perform dalam Immortal Song 2 ni. Sedih banget.

Hurmmm.. Layankan je lah.

Thursday, February 21, 2013

Le Meredien Kota Kinabalu

Baru-baru ni, geng CARI Hadiff datang ke KK ni. Atas urusan kerja lah. Duduk pulak kat Le Meredien. Katanya, meh laa datang teman aku kat sini. Boring bilik besar tak tau nak buat apa. Makanya aku pun pergi lah menumpang kasih kat sana. Bila dah sampai, MAK OIII.. Ni boleh buat main bola ni. Hur...

Katil..

Jamban..

Bath tub..

Kemain mewah ni! Kalau aku, tak mampu lah aku nak duduk sini. Tumpang mengemis boleh lah. Hehehe..

Wednesday, February 20, 2013

Quality Hotel Shah Alam

Sempena aku meroyan tengok konsert Abe Nuar, aku duduk kat Quality Shah Alam. Hotel biasa-biasa lah kan. Sesekali nak melepek-lepek dengan best.

Mula-mula excited lah. Dah tu, ada kawan kata hotel ni berhantu. Ya ampun. Terus terkedu aku kat situ. Time aku dah confirm booking, dah bayar baru kau nak kata hotel ni berhantu? Ciss.. Tapi hotel mana yang tak berhantu kan? Semua hotel berhantu. Hahahaha.. 

Katil..

Meja solek.. TV..

Entrance masuk..

Jamban..

Harga dalam RM180 satu malam. Breakfast pun not bad lah. Boleh lah masuk tekak aku ni.

Ada hantu tak ada hantu, aku ni jenis penakut. Makanya, aku merengek dan merayu kat Mulan supaya datang temankan aku tidur kat sini. Hehehehe..

Tuesday, February 19, 2013

Java vs Java

Nantikan kemunculannya............... Siapakah yang bakal menang?



This Java.....................

 



OR this Java..................




Hehehehehhee.. :P

Monday, February 18, 2013

Konsert Anuar Zain 3 Dekad

Soalan: Siapa pernah pergi tengok konsert pakai telekung? 
Jawapan: .......................... *facepalm*


Alkisahnya lah kan, konsert yang aku pergi ni ialah konsert abang pojaan hati gitu. Dah lama minat. Dah lama suka. Dah lama jatuh chenta. Chenta yang tak kesampaian gitu. First crush pun ye. Haha.. Mengada-ngada sungguh. Dia lah cik abe Anuar Zain. Bila dapat berita je Anuar Zain nak buat konsert, terus excited tak ingat. Mesti pergi! Mesti dapatkan tiket! Kalau dah minat sangat mesti sampai beli tiket VVVVVVVVVIP lah kan? Tapi malangnya aku beli tiket yang paling murah. Masa promotion pulak tu. Kuikuikuik.. Tak ada bajet dah sebenarnya aku ni. Beli tiket murah je lah. Tiket flight pulak, redeem enrich points. Nasib baik cukup. 

Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari...

Dah 30 tahun dah abe Nuar menyanyi. Dah umur aku dah. Hahahah perasan sungguh. Kali terakhir aku tengok abe Nuar perform depan mata tahun 2008 dulu kat KK. Gigih pergi tengok sebab buat kat dalam kampus kan. Dah pernah merasa sekali, haruslah nak kena pergi lagi.

Aku pergi konsert ni dengan geng KPop tau. Siapa kata kami tak sokong artis tempatan? Kami sokong! Tapi sokong yang senonoh je lah. Yang tak senonoh yang suka gaduh sana sini, tarik rambut, baling kasut, kena tipu datuk, dengki kat artis lain, gaduh dengan mak, posing kat swimming fool, cari publisiti murahan, etc. etc. kami tak layan. Buang karan je. Selagi aku tak dengar cerita tak senonoh tentang satu-satu artis tu, aku akan terus sokong.

So, aku dan Mulan pergi ke venue untuk ambil tiket. Ambik siap-siap, nanti tak ada lah kelam kabut sangat. Rupa-rupanya, masih banyak lagi tiket available. Ramai jugak yang beli on the spot. Dah lepas ambik tiket, kami balik ke hotel dan lepak-lepak. Keluar balik ke stadium lebih kurang pukul 6 petang.

Ngeee~!!

Tiket!

Setibanya kat perkarangan stadium, kami pergi melantak dulu. Lantak yang ringan-ringan je, beli kat gerai-gerai yang ada sekitar stadium tu. Lepak-lepak makan bawah khemah. Cuaca dah mula sendu. Jangan lah hujan. Jangan lah hujan. Tapi hujan jugak. Semakin lama semakin lebat. Ya ampun. Sabar je lah. Tunggu je kat bawah khemh sampai hujan reda.

Hujan tak reda-reda. Dah habis solat Maghrib kat surau tepi khemah tu pun, hujan masih tak berhenti-henti. Masih lebat. Dah dekat 8.15 dah. Kedekut sangat nak keluarkan duit beli baju hujan RM5 kan, kami main redah je hujan tu. Mencicit-cicit lari. Selamat lah, memang basah kuyup lencun. Bertabah je lah. Kami pun masuk ke dalam stadium. Tiket murah, haruslah duduk jauh-jauh kat tingkat atas. Nak naik ke tingkat atas ni pun, tangganya, laluannya tak berlampu. GELAP GULITA. Aihh pengurusan stadium ni tak buat kerja ke. Marah jugak lah masa ni.

Ni nak nampak hapa ni...

Now comes the horror part. Kami ni dah lah lencun. Entah macam mana lah, ditakdirkan kami ni duduk betul-betul kat bawah blower. HAZABEDAH SUNGGUH! T______T Angin yang keluar dari blower tu yang meniup kami dengan kaw-kawnya tu dah macam angin aircond dah sejuknya. Dengan kami yang basah kuyup ni lagi. Tak semena-mena aku menggigil. Seriously. Macam mana lah aku nak survive throughout the concert. Korek-korek beg, nak cari something buat selimut. Tapi tak ada. Sweater pun tak bawak. Apa yang aku bawak? Telekung.............. So? Hehehehhehee... Now you get it right? That's how it happened. Le sobsss..

Sepanjang-panjang konsert, aku berselubung dengan telekung. Bukan aku aje. Geng-geng KPop ku yang lain pun sama. Hahahaha.. Senget masing-masing. Tapi not to the extent sampai sarung terus ke badan lah. Kalau sarung terus, mau terkejut orang-orang kat sekitar aku tu. At least selubung macam ni, aku dah tak menggigil dah. Sambil selubung sambil hayun lightstick. Ko hado? Lightstick SuJu jugak yang aku pakai. Mulan pulak hayun lightstick 2PM. Geng kat depan sana pulak hayun lightstick Shinhwa. Hahahahaha.. Abang Nuar.. Sila create warna lightstick untuk konsert anda..

Yosh. Banyak jugak lagu yang abe Nuar nyanyi. Lebih kurang 25 lagu jugak lah. Tak terkira. Aku enjoy je dengar dia nyanyi. Malas nak ambik gambar or video bagai. Layan kan je lah. Mana lagu-lagu yang aku tau, aku ikut nyanyi sekali. Syok betul. Abe Nuar pandai berinteraksi dengan peminat. Ada je celotehnya. Masa performance Ajari Aku, Nora Danish buat kejutan selambak naik atas pentas pakai dress ropol-ropol. Haiyohhh.. Ada kiss kiss hand pulak dah. Kawen je lah dengan Nora Danish, abe Nuar oiii.. Selain tu, highlight konsert ni ialah tayangan khas MV Sempurnakan Aku. MV ni sambungan dari MV Ajari Aku. TERNGANGA aku tengok MV ni sebab.......... Korang tunggu je lah bila MV ni keluar nanti.

Aku cuma ambik video bila dah encore. Dua ketul je. Asal ada lah kan..


Lelaki Ini..

Dah tu, abe Nuar kata boleh request lagu dari dia. Penonton dah bising-bising. Entah macam mana, lagu raya yang dia pergi nyanyi. Belasah je lah abe Nuar oii.. Dah nak raya jugak kan. Raya Cina. Kekeke..


Suasana Hari Raya..

Last but not least, Sedetik Lebih. Bila direquest, sakan abe Nuar menjawab dia tak prepare langsung untuk lagu ni. Saja je tau. One of my favourite songs ni. Gigih aku duduk senyap-senyap, tak nyanyi sama-sama sebab nak record video. Suara yang kedengaran tu ialah suara geng KPop aku. Heheheheh..


Sedetik Lebih..

Habis! Aku sangat enjoy. Memang best dapat dengar abe Nuar nyanyi live. Tahun depan buat lagi ye abe Nuar. Saya pasti datang.. ^____________^

Thursday, February 14, 2013

Super Show is Back!!


Errr.. Jom? Kuikuikuik....

Tuesday, February 12, 2013

Guesthouse Kinta, Kyoto

Sempena aktiviti jalan-jalan kami ke Kyoto, kami memilih untuk tinggal di Guesthouse Kinta. Guesthouse ni letaknya di area Nishigomoncho. Within walking distance lah jugak dengan Gion, tempat yang harus kita pergi kalau nak skodeng Geisha. Hehehehe..

Kalau nak ke Kinta ni, stesen subway yang terdekat ialah stesen Kiyomizu Gojo. Sila keluar ikut Exit 1. Dari stesen tu kena jalan kaki lebih kurang 10 minit. Tak jauh mana jugak lah sebenarnya. Untuk reference, sila tengok peta kat bawah ni.

Kiyomizu Gojo to Guesthouse Kinta..

Sunday, February 10, 2013

Quickie..

Hallu readers~!! Dah lama tak update blog ni kan. Entries banyak, cuma semuanya terperap dalam draft. Bila terasa nak menaip, sempat tulis tajuk je. Lepas tu terus tinggal. Dah tu terbiar. Nak tunggu mood menaip datang balik punya lah lambat. So sekarang ni dok publish mana-mana entry yang ada walaupun kebanyakannya dah basi. T__T

Will be back with more entry jalan-jalan. Just got back from 10-days backpacking in Japan and 4-days sunbathing in Mabul Island. Other than that, nak mulakan entry on Jalan-Jalan Sabah. Kot-kot boleh buat rujukan mereka-mereka yang tak pernah datang Sabah ni kan. So, tungguuuuuuuuuu~!! ^____^

Thursday, February 7, 2013

EcoCampus

Tu dia.. Kampus kami dah dikenali sebagai EcoCampus pulak dah. So let's go green people! Kisahnya, hari ni ada perasmian EcoCampus ni. Beramai-ramai lah kami turun ke ODeC. Kemain Cik Temah oii.. Hari ni hari Khamis gitu kan. Ada perasmian lagi kan. Melibatkan menteri some more kan. Haruslah makcik pakai baju batik cantik-cantik. Orang gomen. Kang tak pakai, kena tegur pulak karang. Tak kuasa makcik nak mendengarnya lah kan. 

Naik bas lah kita ke ODeC. ODeC tu hapa korang tanya? Outdoor Development Centre gitu kekdahnya. Kat dalam kampus UMS ni jugak. Cantik tempat ni. Tepi laut some more. Dengan suasana angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Kemain best kan? Tapi belum apa-apa, semangat makcik dah menurun 50%. Bas berhenti kat tepi jalan besar je. Nak ke ODeC terpaksa lah menapak. La hai. Dengan baju sutera batik makcik macam ni, dengan high heels macam ni? Aiyoyoyoyoyo..

Menapak atas jalan tar boleh lah tahan lagi gitu kan. Tapi ni menapak atas jalan trekking hutan. Nangis mak! Terpaksa lah singsing-singsing kain gitu. Nasib baik lah tak lecak. Sedih betul. Dalam 10 minit jugak lah menapak turun tangga yang tak ada rupa tangga tu. Sobss..

Yang ni ada lah rupa tangga sikit..

Dah sampai bawah tu, suasana agak meriah jugak lah. Ramainya umat. Staf ada, budak sekolah pun ada. Ada pelbagai pameran disediakan. Aku menonong terus ke khemah perasmian. Tak kuasa nak duduk kat tengah-tengah panas. Ye hari dah mula panas. 

Hi Ayam!

Terus duduk.. Penat!

Alih-alih je kan dapat gelaran EcoCampus ni. Aku pun tak pernah tau. Orang suruh datang perasmian, aku pun datang. Orang suruh buat ni aku pun buat. Sedih betul hidup. Bila kena tanya, mau menggagau tak tau nak cakap apa.

Bertindak!

Sementara nak menunggu menteri datang untuk perasmian, adalah cik abang seorang ni bertindak menjadi MC menghiburkan semua orang. Rupa parasnya tidak ku nampak lah pulak sebab aku duduk kat belakang. Tercari-cari jugak tuan empunya suara tu. Tapi bila dah lama-lama, macam ku kenal suara itu. Macam dah biasa dengar. Ku jengah-jengah, ku jenguk-jenguk. Nah.. Pakcik itu rupanya. Hehehe..

Pakcik Ampal!

Memang sesuai lah dia jadi MC. Meriah suasana. Tak lama tu, menteri pun datang. Waliaooo.. Masing-masing pakai baju korporat. Where's the batik? Cissss.. Kalau aku tau, aku pun pakai baju keparat tu. Tak payah nak bersopan-sopan pakai baju batik segala. Huh...

MC pun bertukar kepada MC yang lebih formal. Kisah EcoCampus mula dipaparkan. Aku antara dengar tak dengar je gitu. Macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ke the other way round? Orang tepuk tangan, aku pun tepuk tangan. Orang gelak, aku pun gelak walaupun aku tak tau apa yang digelakkan. Dah habis upacara perasmian dan penanaman pokok, kami pun meNGAP! Acara yang dinanti-nantikan lah kan. Kiranya bila dah sesi makan-makan ni dah tak berapa nak formal lagi dah. So pakcik Ampal tadi ambik alih balik. Sambil makan sambil dengar celoteh. Tak lama tu, ada sesi nyanyi-nyanyi pulak. Siapa yang nyanyi? Pakcik Hijau kita tu. Pakcik Zainal Abidin. Sesuai jugak lah dia ada ni sempena perasmian EcoCampus ni. Ada kaitan dengan hijau-hijau gitu.

Nyanyi beberapa buah lagu. Nak dengar dia nyanyi Hijau sila klik SINI.

Dah habis nyanyi tu, aku sempat jugak lah bergambo seround dua dengan kedua-dua pakcik ni. Excited kemain lah kan. Hahahhaa.. Poyo sangat. Habis sudah. Balik tu, aku kena tinggal dengan bas gara-gara melayan Zainal Abidin nyanyi. Terpaksa lah meminta belas kasihan orang lain tumpang balik ke office. Hurrrrr...

Tuesday, February 5, 2013

Mabul Island 4D3N Getaway

Mereng. Siapa mereng? Aku lah yang mereng. Baru je balik dari Jepun, tak sampai 3 hari duduk kat rumah, aku dah terbang lagi merewang. Mereng tak mereng, senget tak senget, lain cerita. Yang penting kita enjoy. Sementara boleh pergi merewang, kita pergi merewang.. ^_____^


Friday, 1st Feb 2013

Hari ni bukan hari cuti umum pun. Bukan bagi aku lah setidak-tidaknya. Tapi ye cuti umum bagi kawan-kawan aku yang datang dari KL nun. Wah wah wah. Kemain ye, asal ada cuti je sakan berjalan. Kali ni kami berjalan ke Pulau Mabul. Yosh! Dah 7 tahun dah aku duduk Sabah ni. Baru terhegeh-hegeh nak meneroka Pulau Mabul ni kan. Tapi tak apa lah. Bak kata LUNAFLY "Ain't it better late than never?" gitu.. Harharhar.. 

Kami berlima. Aku menonong sorang-sorang dari KK, lagi empat dari KL. Jumpanya kat airport Tawau je nanti. Dari Tawau barulah together-gether bergerak ke Mabul. Seawal 6 pagi aku dah tercongok kat KKIA. Drive sendiri dari rumah dan parking kat airport. Aku kalau pergi ke mana-mana setakat 2-3 malam, aku lebih rela bawak kereta sendiri. Naik teksi lagi mahal dari harga parking kereta. Flight ke Tawau pukul 7.20 pagi. Tak jauh mana pun KK-Tawau ni naik flight. Tak sampai sejam kemudian, selamat dah aku landing kat airport Tawau. Baru pukul 8 lebih! Tergolek-golek lah jugak aku menunggu rombongan dari KL sampai. Mana taknya aku dah sampai Tawau, diorang belum naik flight lagi dari KL. Hurrrrrrr..

Lepak-lepak, minum-minum.. Teh tarik serbuk emas..

Dah agak-agak masa ketibaan flight dari KL, aku pun berkampung kat pintu arrival. Konon nak bagi grand welcome lah kat diorang ni. Then, aku dapat SMS dari one of the ahli rombongan, "Wei ko kat mana? Cepat pegi depan pintu arrival, standby camera!" Hah? Kejadah lah aku nak ambik gambar korang keluar dari arrival hall. Merepek sungguh. Sekali, aku ternampak kelibat artis lah. Lorrr.. Satu flight ke artis ni dengan mereka? Najwa Latif rupanya. Diiringi seorang lelaki yang agak comel. Siapalah pulak mamat ni ya? Aishh.. Tak terstandby pun kamera sebab terkedu kan nampak orang comel. Hahaha.. Bila geng rombongan dah tiba, aku cakap lah tak sempat ambik gambar sebab aku terdistract sekejap. Tak pasal-pasal kena marah.. "Hoi tu Sleeq lah!" Laaaaaaaaaaahhh... 

Cerita sikit lah pasal pakej yang diambil ni. Kami ambil dengan ScubaJeff. Harga untuk pakej 4 hari 3 malam termasuk makan minum, 2x snorkelling, airport transfer dan boat transfer, ialah RM570 per pax. Kira boleh lah. Budget ciput, so kita pegi tempat-tempat yang murah-murah je. Bila murah, don't expect much lah kan? Kita tengok lah apa yang menanti kita. So, dari airport, kami naik van (airport transfer) ke pekan Semporna. Lebih kurang satu jam setengah jugak lah. Tak pun, lebih dari tu. Aku dah pernah sampai Semporna sekali. Jalan nak ke pekan tu cuma satu lane je. Jem tak hengat. Aku dapat rasakan kali ni pun sama jugak. Makanya, marilah kita tidur je dalam van. Aku pun dah lalok macam apa tak cukup tidur.

Dah sampai Semporna, kami terus ke pejabat ScubaJeff. Kecik je pejabat dia ni. Nak masuk ke office tu agak horror jugak lah, sebab tak budget pun kat tempat tu ada office. Kat office tu, kami buatlah apa-apa yang patut, dan tunggu lah sampai masa untuk naik bot. Sementara nak tunggu bot tu, kami sempat lagi pergi brunch kat kedai seberang jalan.

Mi goreng special katanya..

Dah kenyang, kami terus ke jeti. Turun dari van, driver kata terus pergi ke bot. Nanti beg diorang akan angkatkan. Aku dah pegang dah beg aku, tinggal nak angkat je, disuruh letak balik. Oklah fine. Nak sangat angkat, angkatlah. So melenggang kangkung lah kami berjalan ke jeti. Gelak-gelak, ambik gambar bagai. Sekali dah punggah beg, orang yang angkat beg tu mintak bayaran lah pulak. AMBOIH? Tetiba aura dalaman aku bergegar dengan maha hebatnya dan mau saja orang ini aku lesing. Marah lah aku ni. Tadi aku nak bawak, ko berkeras suruh tinggal. Now mintak bayaran. Heii beg aku tu ringan je pun. Bukannya bawak batu. Memang menyumpah seranah lah aku kat situ. Tapi last-last bayar jugak lah tapi kurang sikit ikhlasnya. Sampai hati dia buat kami macam ni. Tak patut sungguh.

Sebelum kejadian kena tipu..

Bye bye Jeti..

Dengan muka sebik, kami pun naik bot. Serius awal-awal dah spoil. Bertabah je lah. Next time, kena peluk je beg tu. Jangan bagi siapa-siapa pegang. So, the boat ride was kinda 'awesome'. Sebab basah kuyup kami dibuatnya. Aku kurang lah sikit, tapi ada ahli rombongan yang dah lencun. Mat bot ni merempit tak hengat. Nasib baik tak buat kona baring. Dengan ombak macam tu, adehmakk.. Mencurah-curah air masuk ke dalam bot. 

Let's go!

Dalam bot, bukan kami 5 orang je. Ada lagi satu girl group dari KL. Eh, girl group ke group of girls? Girl group tu dah macam retis KPOP je bunyinya. Mereka pun nak merewang di Mabul jugak. Kebetulan, sama destinasi kami, ScubaJeff.

Selepas satu jam setengah bertarung di laut, kami nampak daratan. Syukur Alhamdulillah! Nightmare sungguh. Nasib baik tak terkeluar balik mi goreng special aku tadi tu. Eiiii...

The first resort kami jumpa..

Bot bergerak perlahan menuju ke ScubaJeff, sebab air cetek. Tak boleh nak rempit-rempit. After 5 minutes, sampai lah kami di tempat Pakcik Jeff. Whoahh.. Nampak cantik tempat ni. Kami naik ke atas terus masuk ke pintu ScubaJeff dari jeti. Kelesss gitu. Jakun sekejap lah aku sebab tak pernah buat macam ni kan. Masuk-masuk terus disambut dek beberapa orang pekerja. Welcome, welcome katanya. Wow.. Terasa seperti di overseas gitu nak kena speaking London bagai.

We're here!

Clear water..

Ada seorang staf perempuan tolong kami check in. Masuk bilik, tunjuk facilities yang ada and so on. Katanya lagi, kalau mau towel boleh mintak Patricia. Kalau ada apa-apa bagitau saja Patricia. Kami ni pun mengangguk-angguk je lah. Dah tu aku pun pandang yang lain-lain. "Patricia tu yang mana satu?" Masing-masing blur. Agak-agak dah lepas sejam jugak lah baru aku dapat tau, Patricia tu adalah budak perempuan yang layan kami tadi tu lah. La hai. Bengap sangat aku ni. Dia bahasakan diri dia pakai nama sendiri. Adehh.. Macam aku lah kalau cakap kat orang, "Nanti Yatt ajarkan, nanti Yatt tunjukkan.." Sungguh tak sesuai dengan jiwa raga.

To be honest lah kan, masa Patricia tunjukkan kami facilities yang ada, aku memang tergamam dan once in a while, mulut agak ternganga jugak lah. First impression aku "OH MY GOD, GET ME OUT OF HERE...." Cuma tak terluah oleh kata-kata je. Keadaan kat sini tak seperti apa yang digambarkan kat dalam website. Lain sungguh. Mintak maaf lah nak cakap, aku tak berpuas hati sangat dengan keadaan kat sini. Surau dia pun berdebu. Macam bilik tinggal. Mungkin orang-orang kat sini tak solat. Dah tu, katanya ada WIFI, tapi rosak pulak dah router nya. Aishh.. Makanya kita bersatu dengan alam je lah selama 4 hari ni. Aku ni ya lah, jenis tak kisah sangat. Tapi, tak kisah tak kisah pun, aku still rasa sedih dengan apa yang aku nampak depan mata ni.

Owh, lupa. Tempat ni tak ada elektrik tau! Pakai generator je. Itu pun beroperasi dari pukul 6 petang sampai 6 pagi. Selamat berkepanasan lah ye!

Kat entrance..

Dive sites..

Tempat makan..

Our room..

Ruang legar kat dalam chalet..

Dah lah. Nak cerita pasal tak puas hati ni sampai bulan depan pun tak habis. So kami masuk bilik, had late lunch, solat dan terus bersedia pergi snorkeling. Kemain, sampai-sampai je terus pergi snorkeling. Oklah. Kita ikutkan je lah schedule yang dah diatur untuk kita. The girl group dari KL join kami snorkeling ni. Kat sini lah kami start berkenal-kenalan.

Well, what to say. The snorkeling session was a disaster! Hahahaha.. Nangis mak tau tak? Laut tak tenang, satu hal. Lepas tu pergi ke tempat yang dalam, satu lagi hal. Lepas tu tiba-tiba kena campak masuk laut macam tu je. Tanpa briefing, tanpa guidance. Aku ni dah biasa snorkeling memang tak ada masalah. Yang lain-lain, kebanyakannya baru first time pergi. Muka masing-masing dah macam hantu raya dah. Well, tak tau nak describe macam mana rupa nya, tapi dari riak muka tu nampak jugak lah ekspresi "DAH, THIS IS THE FIRST AND THE LAST LAH AKU SNORKEL!" Tak agak-agak tau. Life jacket yang disediakan kebanyakkanya dah rosak. Asyik tertanggal je lock dia. Aku punya pun dah berapa kali tercabut, tunggu masa untuk dihanyutkan ombak je. Bahaya sungguh. Kalau boleh berenang tak apa lah jugak. Belum apa-apa dah sebakul sumpahan aku keluarkan.

Aku semakin lama semakin hanyut. Tak dapat nak lawan arus ombak. Memang dahsyat kuat. Lagi dahsyat dari sesi diving course kat Mantanani dulu. Aku ingatkan yang tu dah cukup horror. Yang ni lagi bapak horror. Lama-lama aku penat. Dok flipping kaki pun tak gerak-gerak. Balik-balik kat spot yang sama jugak. Malas dah nak lawan arus, aku duduk diam-diam je lah kat situ. Hanyut ke mana pun dah tak kisah dah. Redha je lah. Hahahaha.. Tapi last-last kena kutip jugak dengan pakcik bot kami tu. Dia datang tarik aku menuju ke bot. Heiii.. Memang nightmare sungguh! 

Asalnya pelantar minyak. Dah jadi tempat diving. Katanya ada shipwreck kat bawah tu..

Resort cantik.. Can we switch to this place?

Baru hari pertama, dah macam-macam dugaan. Macam mana nak stay sampai 4 hari macam ni? Rasa macam nak mintak pakcik bot tu hantar balik ke Semporna je. Dah tu balik KK naik bas pun sanggup. Huhuuhu..

Sesampainya kami kat chalet, kami relax-relax je. Tak buat apa sangat sementara menunggu dinner time. Lepas berendam haruslah rasa lapar. Masuk jamban pun kena beratur. Kebetulan saing-saing dengan mereka yang baru balik dari diving. Time ni lah baru aku jumpa owner tempat ni. Agak friendly jugak lah, walaupun kadang-kadang tu aku rasa agak cocky jugak pakcik ni. Hahahaha.. 

Pukul 6 lebih, elektrik pun ada. Zassss.. Pantas dan cepat pergi charging segala gajet-gajet yang perlu dicharging. Uniknya tempat ni, kalau ko tinggal barang-barang berharga ko bersepah kat mana-mana pun, tak ada orang pun akan ambik. Kat situ ko tinggalkan, besok pun ko nampak benda tu kat situ jugak. Dapat points jugak lah tempat ni dari aku. Semua yang ada kat sini jujur dan amanah. Aku tinggal kamera, handphone bersepah-sepah atas meja, atas kerusi pun tak apa. 

The dinner was so-so. Nothing fancy. Sedap lagi aku masak. Hahahaha.. Memang cara masakan orang sini kot macam ni. Tak cukup rasa kat lidah aku ni. Bukannya nak cakap aku ni pandai masak. Tapi pandai lah jugak kalau nak compare dengan orang-orang yang masak dinner ni. :P Dah habis makan, nothing much to do, pakcik bot kami tadi tu, yang kami baru tau nama dia Pakcik Hamdi bawak kami jalan-jalan keliling kampung. Gelap-gelap macam ni redah kampung orang pakai torch light. Seram pulak aku dibuatnya. Pusing-pusing lah kami. Tapi malam-malam macam ni tak nampak apa pun. Dah tu kami jalan-jalan di resort mahal. Cantik. Harga pun cantik. RM900 per night. Tak boleh cak compare dengan yang harga RM65 satu malam lah kan...

Kedai souvenir katanya..

Resort mahal..

Mari ambik gambar kat sini..

Dah habis merendek, kami pun balik. Malam masih muda. Tapi tak boleh nak buat apa sangat dah. Nak tengok TV pun TV tak ada. Memang kat sini kena duduk-duduk dan relaks-relaks je. Kami lepak-lepak kat luar chalet, baring-baring kat pangkin tu mengadap langit dan tengok bintang. Cerah betul langit malam ni. Time-time macam ni mula lah menggedik nak nyanyi semua lagu-lagu yang mempunyai lirik berunsur bintang. Sampai Twinkle Twinkle pun aku bantai nyanyi jugak. Sambil menggedik, sambil borak-borak, gelak-gelak dan layan blues. Seronot pulak lepak-lepak macam ni. Tenang je. Terus lupa segala ketidakpuasan hati, kusut masai whatsoever siang tadi tu....


Saturday, 2nd Feb 2013

Syok tengok bintang malam tadi, pagi ni syok tengok suasana pagi. Nyaman sungguh. Tak pasal-pasal aku sengih sendiri-sendiri macam orang gila. Siapa yang tak mereng kalau bangun pagi je dijamukan dengan pemandangan yang cantik macam ni. Pemandangan laut lah. Pemandangan chalet buat apa. Ramai yang terbongkang tidur melingkar tak mengira tempat. Kat beranda ada, kat surau pun ada. Hurrrr..

Peaceful morning..

Anak-anak bajau mencari rezeki.. Dengan mengepau duit kami..

Dah hari kedua ni, aku dah boleh lah meng'adapt' dengan keadaan sekeliling. Apa-apa yang tak best pasal chalet ni, dah boleh terima seadanya. Dah redha dah. So, the rest of the weekend, kita enjoy je lah! 

Sementara menunggu breakfast disediakan, kami layan blues kat beranda. Beranda ke namanya ni. Entah lah. Aku pun tak tau nak namakan tempat ni apa. Yang penting, tempat lepak-lepak kat luar chalet ni. Merenung jauh memandang bot-bot kat tengah laut. Bot bukan sebarang bot. Bot-bot ni adalah rumah-rumah orang Bajau Laut. Macam mana lah diorang ni boleh tinggal atas bot ye? Tak terjangkau dek akalku gitu. Agaknya sama jugak lah bagi diorang mesti dok terfikir-fikir, "Macam mana diorang boleh tinggal atas darat ye?" Orang Bajau Laut ni boleh dikira orang kaya jugak lah ni kan? Kayu nak buat bot tu mesti jenis yang tahan lama. Nak tahan lama, mestilah mahal. Wah.. Banyak duit diorang ni. Bila fikir-fikir macam best jugak lah kot kalau tinggal dalam bot. Boring kat tempat ni, boleh pindah tempat lain. Boring dengan pemandangan sunset, boleh pindah belah sana tengok sunrise pulak. Hurmmm..

Rumah bot..

Rumahku Syurgaku gitu..

Mihun kosong yang keras kejung for breakfast..

Sambil breakfast kami dok perhatikan pakcik Jeff memotografi. Lense dia, hambik kau. Tapi tak boleh lawan kot fandom-fandom yang dok kejar retis KPop kat Korea nun. Yang tu lagi dahsyat. Kalah papparazi.  

Apa yang ditembak?

Ini lah modelnya.. Dak pompuan tau ni..

Lepas makan, kami dischedulekan untuk pergi snorkeling. Second session lah ni. Tobat betul dengan yang first session semalam. Kali ni kami mintak tak nak pergi jauh-jauh dan tak nak pergi dalam-dalam. Pakcik Hamdi janji bawak ke tempat lain pulak. Oklah. Set. Bersiap-siap lah kami.

Sementara nak tunggu gerak tu, ada rombongan yang baru sampai. Masing-masing nampak sangatlah BANDAR if you know what I mean. Ehhh.. Korang nak datang duduk kat sini ke? Sumpah! Sungguh aku tak sengaja, tapi aku telah senyum senget. Oh no. Jahatnya aku. Gasak lah korang semua. Bertabah je lah ye dengan apa yang bakal mendatang. Muahahahhahaa.. 

Dah tu, kecoh-kecoh lah pulak nelayan datang menghampiri beranda dengan hasil tangkapan masing-masing. Wah menarik ni! Fulemekk.. Ketam besor-besor gabak. Sukanya aku! Marilah beli dan marilah suruh makcik kat chalet ni masak! Dah kecur air liur membayangkannya. Satu ikat RM10. Ada 6 ekor ketam. Murah kan? So, beli, hantar ke dapur untuk dimasak. Masak cili gitu. Boleh dilantak for lunch nanti. Nyamm!!

Nak masak cili!

Sebelum gerak pergi snorkeling, kami sempat borak-borak dengan pakcik Jeff. Kenapalah aku panggil dia pakcik. Bukannya tua mana pun. Borak punya borak punya borak, entah macam mana aku boleh terlepas cakap aku ada diving license. Tak menyempat nak mengelak, aku terus kena marah kat situ jugak. Dah datang sini, kenapa tak nak diving? Sergah pakcik Jeff. Terus terkedu aku. Aku bagitau lah, aku dah lama tak diving, so perasaan takut tu ada. Pakcik Jeff terus geleng kepala. Argghhh tak pedulik. Kau mesti diving jugak! Katanya. Huwaaaaaaaaaaaa.. 

Dia pun mundar-mandir sambil membebel. "Kalau kau takut, biar aku bawak! Sayang dah sampai sini, tapi tak pergi diving. Mabul ni 2nd tau top diving spot in the world. IN THE WORLD TAUUU?" Sergahnya. Ye lah pakcik. Betul lah jugak. Dah alang-alang sampai sini, kenapa tak nak dive? Sayang. Entah bila lagi aku nak datang sini lagi kan. Tapi................. 

Ada tapinya jugak tu. Nomot 1. Aku dah lama tak diving. Dah lama tak pegang gear. Aku tak malu nak mengaku, aku dah lupa nama-nama semua gajet yang diperlukan untuk diving tu. Dah tu segala aksi, segala bahasa isyarat, signal semua pun aku dah lupa. Ye lah. Pergi belajar diving suka-suka. Bukannya serius mana pun. Matilah aku kalau terjadi apa-apa kat bawah tu. Nauzubillah mintak dijauhkan lah. Tapi seram jugak tu. Nomot 2. Aku ni bapak rabun tahap gaban. Tak bawak contact lense lah pulak. Walau cantik mana pun bawah tu kalau aku tak nampak, tak guna jugak. Mask yang ada pulak tu tak ada power. Le sobss.. Nomot 3. Err... Tak ada dah nomot 3. Tapi............... Setelah dipujuk rayu, aku kalah jugak lah. DAH! Jom masuk dalam. Sebelum aku tukor fikiran. Lagi pulak, pergi dengan pakcik Jeff. Berdua lebih baik gitu. Kalau pergi ramai-ramai, soheh dan confirm aku tak nak! Karang tercicir ke belakang ke apa ke, tak ada siapa nak kutip aku. At least berdua macam ni aku rasa lagi selamat. Hehehehe..

Kami naik bot sama-sama saing dengan geng-geng yang pergi snorkeling. Aku dengan gigihnya pakai gear siap-siap dalam bot. Weight yang dipasang ke aku cuma 5kg. Alahai. Kat luar ni memang lah berat, tapi kalau dah masuk dalam air nanti? Macam mana nak tenggelam ni. Tak cukup berat. Ye, aku memang berat. Tapi tak cukup berat untuk tenggelam. Itu hukum fizik tu. Sila cari tahu sendiri. Hehehehe.. Bot berhenti kat tengah-tengah laut entah kat mana. Aku dah macam hapa pikul weight, pikul tank. Then gejeblusssssssss, masuk lah aku ke dalam laut macam dugong. 

Errr.............. Segan lah pulak aku jadinya nak jalan-jalan dalam air dengan pakcik Jeff. Hahahhaa.. Dah kat dalam air tu, buat quick recaps, check sana sini, dan masuk lah kami ke dalam. Bot pulak pergi meninggalkan kami untuk ke spot snorkeling.

Refresh balik apa yang dah lupa..

Orang lain pergi dating kat atas darat. Aku pergi dating kat dasar laut. Hahahhaa.. Lawak sungguh lah. Berdua-duaan menerokai lantai Mabul gitu. Chewaaahh.. Geli pulak rasanya. Well, well. Nak turun ke dalam tu punyalah payah. Ye lah. Tak cukup berat. Aku ni kerjanya asyik nak terapung je. Sekali-sekala kena tarik dengan pakcik Jeff. So, turun dan turun dan turun. SUBHANALLAH. I tell you. One nice place lah down here. 

Dah lah rabun, kamera pun tak bawak, makanya rakam kat dalam kepala je lah. Serius, cantik sangat kat bawah ni. Tempat ni menurut kata pakcik Jeff namanya Lobster Wall. Yes, wall. Macam dinding gitu. Kami meredah ikut laluan dinding tu. Err apa yang aku taip ni. Korang mesti tak paham apa yang aku explain ni. Macam ni lah. Korang imejin je lah mangkuk ke, cawan ke apa ke yang membulat gitu. Dah tu, imejin pulak korang diving dalam mangkuk tu. Dan korang rapat-rapat kan diri ke dinding mangkuk tu. Macam tu lah rasanya kat bawah ni. 

Dinding je ye. Dasar laut aku tak nampak! Jauh ke dalam lagi gamaknya. Aku pun tak nak tau berapa dalam bawah tu. Seram bila pikir balik. Pakcik Jeff dok point ke benda-benda yang ada kat bawah tu. Coral lah, ikan lah, hidupan-hidupan lain lah. Warna-warni gitu. I like!! Then tak lama tu dia tunjuk kat satu batu. Besar jugak batu tu, agak memanjang. Dia suruh aku pergi rapat ke arah batu tu. Aku pun sua lah muka aku ke depan. Aku ni kan rabun. Kejadah lah dia suruh aku pi tenung batu tu. Agaknya ada benda yang menarik kot kat atas batu tu. Tiba-tiba dia pergi cucuk batu tu dengan dia punya pointer panjang yang ala-ala antenna radio tu dan OPOCOT MAK KAU MELETUP. Batu tu bergerak! Hampir-hampir terlepas aku punya regulator dari mulut ni. Menyumpah-nyumpah aku dah aku dengan pakcik ni. Hawau betul! Nanti kau tunggu lah sampai kat darat nanti. Eiii.. Menatang apalah tadi tu? Ikan yu? Ikan batu? Ikan dinosaur? Rupa parasnya agak hodoh jugaklah. 

Then gerak lagi. Macam-macam hidupan lain pulak aku jumpa. Ikan jangan cakap lah, banyak bukan main. Yang besar, yang kecik, yang halus, yang kembong, semua ada. Colourful lagi. Macam jinak pun ye sebab boleh berenang-renang kat sebelah aku saing-saing ke destinasi yang tak pasti gitu. Dok menyelit, merempit sana sini. Ewah-ewah. Aku dah fefeeling macam Sebastian dah. Sekali sekala, pakcik Jeff suruh aku pergi dekat-dekat dengan dinding tu. Aishh.. Aku takkan tetipu lagi. Dia tolak aku ke depan, aku tolak dia balik. E'ehh, main tolak-tolak pulak dah... 


Korang imejin je lah Sebastian tu aku without the toss and turns and all the cartwheels lah..

Oleh kerana sangat excited, entah macam mana fins aku tercabut. Muahahahaha.. Dah perlahan-lahan dia jatuh ke bawah. Go go go pakcik Jeff to the rescue! Nasib baik sempat capai. Satu kerja pulak dah nak pakai balik fins tu. Dalam setengah jam jugak lah kami kat bawah tu. Kalau boleh memang lah nak lama-lama sikit jalan-jalan kat bawah ni. Tapi oxygen tank tak mengizinkan. Perlahan-lahan kami naik ke atas. Dah sampai surface, kami dok berlegar-legar terapung-apung sementara bot datang menjemput kami. Pakcik Jeff kata yang macam batu tadi tu Crocodile Fish. Ooooooooohhh crocodile fish.. Ku pikirkan unta....

Balik dating..

10 minutes later, bot sampai dan balik lah kami ke chalet. Giddy and excited and a bit lalok. Budak-budak ni kata aku banyak sengih and banyak gelak. Hahahaha.. Otak masih belum center lagi. Pressure masih kuat. Dah sampai chalet tu bukannya reti nak mandi ke hapa. Terus terjun tiruk depan chalet masuk ke laut jadi dugong. Bestnya hidup...

Play around..

Then it's time for lunch! Mencicit lari masuk sebab dah kelaparan. Lagi pulak tak sabor nak makan ketam masak cili yang dah diorder tu. Yay!! 

Urffffffff.. Giler... Sangat sedap..

Ketamnya harga RM10. Upah masaknya RM20. Puahahahahahahhaa.. Senget lah mereka ni. Upah masak melampau-lampau mahalnya. Double harga barang mentah. Tapi mahal pun mahal lah. Baru RM30. Janji sedap sehingga menjilat jari. Kuah dia tu. Perggghhhhhh.. Aishh Terbayang-bayang sampai sekarang.

Then it's time to clean up, mandi, solat semua dan relaks-relaks. Dah tak ada aktiviti dah petang tu. Duduk buang masa je lah kat beranda. Sekali-sekala bot pelancong lalu. Sekali-sekala, anak-anak Bajau Laut datang menyapa mintak duit. 

Them in their own world..

\
Taman ikan tu pakcik Jeff yang buat..

Layan blues..

Ikan kat Taman ikan..

Tengah lepak-lepak tu pakcik Jeff datang join. Lepak sama-sama borak-borak. Then dia offer ajar kami asas-asas fotografi. Woww.. Sangat best ni! Orang nak bagi ilmu, takkan nak tolak kan. Mudah-mudahan lepas ni, cantiklah gambar-gambar yang nak diambil. Mula-mula belajar pasal Rule of Thirds. Wah. Sampai ke sudah, aku tak paham konsep ni. Banyak kali terang pun aku tak paham-paham. Dah ler kalau gitu. Sampai ke sudah gambar takkan cantik. Hahahaha.. Dah tu belajar benda lain yang susah bebenor aku nak sebut.  

First shot after belajar..

Ni tak tau teknik apa..

Dah habis belajar, pakcik Jeff halau kami suruh ronda-ronda kampung pergi ambik gambar. Ni siang-siang jalan nampak lah sikit apa yang ada kat depan kami ni. Meriah jugak lah kampung Mabul ni. Ramai jugak penduduk. Sambil jalan-jalan, sambil tertonggeng-tonggeng ambik gambar. Kononnya boleh dapat efek yang bagus lah tu. Padahal hampeh jugak.

Fokus pun tak tau ke mana..

Ni give up terus.. Ambik je apa-apa gambar..

Jalan-jalan melawat kawasan..

Budak dua orang ni, nampak je kami pegang kamera tanpa segan silu terus posing..

Riadah waktu petang..

Surau..

Pokok dan langit kot tajuk gambo ni..

Alahai, gigihnya nak oii..

Pos Polis..

Haram ke Halal ni?

Mereka dan dunia mereka..

Dah agak-agak penat merewang sekitar kampung, kami balik semula ke chalet. Ngam-ngam, tak lama tu sunset. Layan blues je lah. Sunset kat sini sangat lah cantik.

Sunset..

Lagi sunset..

Layan blues..

Balik rumah..

Malam tu ada party lah pulak kat ScubaJeff ni. Ada guest kat sini sambut birthday dia hari ni. Mat saleh lah. Dah masing-masing dok melalak nyanyi-nyanyi, gelak-gelak gurau senda. Mabuk-mabuk? I don't know. Probably ada jugak. Kami duduk jauh-jauh dari beranda, baring-baring tengok bintang kat langit. Dah tu, layan Running Man pulak kat laptop. Orang sebelah sana gelak mabuk-mabuk, kami kat sebelah sini pun gelak-gelak jugak, mabuk jugak tapi mabuk tengok Running Man.

Aku tak tau lah sampai pukul berapa diorang berparty. Bising tak ingat. Dengan radio dipasang kuat-kuat lagi. Balik-balik dok repeat lagu Sabah Style. Aku yang first time dengar ni, dah boleh terus hafal lirik dia bagi habis. Bergegar-gegar chalet tu jadinya. Tak lama tu bukan gegar dah, goyang terus. Ya Allah, jangan roboh sudah lah chalet ni. Mereka-mereka ni pun. Tak reti nak hormat tetamu lain agaknya. Pffttt.. 


Sunday, 3rd Feb 2013

Another peaceful morning. Tenang sungguh. Seronok kalau dapat bangun tiap-tiap pagi macam ni. Aku ni sentimental sungguh lah dengan laut, dengan gunung, dengan hutan sampai tersengih sorang-sorang bila pikir balik.

Good morning Mabul!

Hari ni kami lepak-lepak je. Tak buat apa sangat. Ingatkan pagi-pagi macam ni nak buat jugak aksi terjun tiruk dari beranda chalet ni. Tapi pemandangan tak berapa nak cun lah pulak. Sampah bersepah merata-rata kat laut. Ya ampun. Sungguh tak berselera. Macam mana kami boleh bersuka ria petang semalam kat sini. Tak ada rasa bersalah langsung masa tu. Ni bila dah nampak sampah macam ni, rasa geli geleman pulak nak main air. Jangan cakap sampah makanan, macam-macam ada. Pampers lah, guni beras lah. Eiii.. Kotor sangat. Kenapa banyak sampah? Sebab pulau ni pulau berpenduduk. Sampah tu datang dari penduduk-penduduk ni lah. Hanyut di bawa ombak. Melintas kat depan mata. Tu baru sampah kan? Belum cerita tentang hasil buangan dari badan manusia you know what i mean. Aku dah cerita ke toilet dia macam mana? Hahahahhaa.. Paham-paham sendiri lah ye. Gunakan imaginasi sendiri. Eiiiiiiiiiiiiii... Hiyerrkkk..

Baguslah, cerita pasal benda tu, lepas tu tepek gambar makanan.

Seperti pagi-pagi sebelumnya, anak-anak Bajau Laut datang mencari rezeki di tempat kami. Dok merengek-rengek mintak duit. Aku ni kesian, kesian lah jugak tapi aku abaikan je mereka-mereka ni. 

Hari ni reti pakai baju..

Dah boring tahap gaban ni.. Sebenarnya ada cerita lain disebalik gambar ni.. Huahuahua..

Underwater casing..

Nelayan datang lagi. Semalam punyalah seronok makan ketam mask cili kan. Kali ni beli ketam lagi. Buat masak cili lagi. Perghhh.. Tak cukup dengan ketam, kami beli ikan dua ekor. Seekor RM5 kira boleh lah kan? Masak cili jugak. Nyam nyam nyam. Tak sabar ni nak makan! 

Ikan nganga..

Udang karang RM150..

Dah relaks-relaks ni, aku ambik masa sikit isi Dive Log. Semalam tak menyempat. Ni pakcik Jeff ada ni boleh lah dia cop approval terus gitu. 

After a long time..

Cop, korang ingat aku pergi diving ni for free ke? No way babe! Kena bayor ler RM160. Hurrrrrrrr.. Tapi tak apa lah. Aku rasa berbaloi sebab kat bawah tu sangat best.

Bila dah menjelang tengahari sikit, permukaan laut yang kotor dengan sampah sarap tadi terus jadi clear, cantik secantik-cantiknya. Wah? Mejik sungguh. Semua sampah sarap dah hanyut di bawa ombak. Totally changed 360 degrees lah. Dengan air yang jernihnya, nampak ikan berenang, nampak tapak sulaiman sana sini membuatkan aku tak pikir panjang lah. Salin baju and gedebushhh terjun tiruk masuk air. 

Sebelum ni poyo je konon katanya terjun tiruk tapi tak terjun pun. Berhati-hati dan penuh sopan santun turun tangga dan masuk ke dalam air. Tapi kali ni memang dah nekad dah. Nak buat jugak terjun tiruk. Tapi penakut. Hahaha.. Teragak-agak nak terjun. Yes, airnya agak dalam lah jugak sebab kaki aku tak cecah dasar. Ke sebab aku ni pendek? Hurrr.. Apa pun, aku tak berani.

Then ada dua orang budak perempuan datang main rakit DIY kat depan kami. Bukan aksi terjun tiruk je dia buat, somersault pun ada jugak. Wah. Dah biasa dah kan. Membesar kat laut. Kacang je semuanya. Yang sorang tu nampak aku chicken-chicken nak terjun. Dia pun datang ke tangga, naik atas ke beranda dan diri depan aku. Nak yakinkan aku lah tu, kacang goreng je terjun-terjun ni. Dia pun berlari, lompat dan bushhhh... Masuk dalam air. Cepat pulak tu timbul ke permukaan. Dia bagi signal pada aku untuk terjun pulak. Omakkk.. Tak berani den! 

One girl with the rakit DIY..

Pakcik Jeff agaknya dah geram tengok aku teragak-agak kan, terus datang dekat, tarik lengan aku, lari, lompat dan belum sempat aku cakap apa-apa, aku dah kat dalam air. Cisss kurang hasam betul pakcik ni. Dendam ikan buaya semalam tu belum terbayor lagi, ni dah tempah sumpahan terbaru. Menyumpah tu menyumpah jugak lah. Tapi lepas tu aku rasa best pulak. Harharhar.. Apa lagi. Terjun lagi ler aku masuk ke dalam air. 


Memang tak ingat lah pasal sampah ke pasal jamban ke apa. Memang macam budak tak cukup umur kami main air. To my surprise, walaupun kat laut, kaki tak jejak dasar, aku boleh apungkan diri. Senang je rupanya. Hehehe.. Tak payah pakai life jacket dah lepas ni. Seronok memang seronok. Tapi keseronokan tu tak lama, bila ada staf menjerit "Jaga-jaga bom atom!" WARRRGGHHHHH!! Lintang pukang kami cuba menyelamatkan diri. Memang haramjadah lah. Siapa punya hasil kerja lah tu! Nasib baik aku tak pakai spek, tak nampak. Yang sorang lagi tu nampak dah terapung depan mata. Hahahahah.. Iyekkkkk..

Nice scenery..

OMG anak siapa ni..

Kami duduk je lah kat beranda tu sementara tunggu waktu lunch. Sambil-sambil tu bagi makan biskut kat ikan. Semalam bagi makan mi goreng. Memang 1Malaysia lah ikan-ikan ni.

Taman ikan..

Ikan makan biskut..

Then it;s time for lunch! Walawei. Makan ketam masak cili yang sedap itu. Perghh.. Sedap sehingga menjilat jari betul. Ikan masak cili pun sedap. Semua sedap lah. Sebab bayor upah masak mahal kan? Upah masak ikan pun RM20 jugak sama dengan upah masak ketam. Hurrr.. 

Ketam bercili..

Ikan bercili..

Dah lepas lunch tu, tak serik-serik lagi dengan insiden bom atom. Masuk lagi kami ke dalam air. Falsampah yang kami pegang, laut ni luas. Kalau ada sampah ke u'ukk ke apa ke sekali pun, air ni tetap bersih gitu. Hahahaha.. Terus lupa pasal benda tu. Main-main lagi. Kali ni air agak surut makanya aku boleh jejak kaki ke dasar. Seronok-seronok lagi sampai at one point praaapppp.. Oh no. What is this...........

Demmit.. Sea Urchin. Huwaaaaa!! Kaki aku terus cedera parah. Yauzaaahhh.. Sakit gila. Macam mana lah aku boleh terpijak landak ni. Walawei sakit. Sebijik rasa macam kena cucuk selumbar kayu. Tapi kali 20. Sebab ada lebih kurang 20 duri tertanam kat tapak kaki aku. Urgghhhh.. 

May day, may day! Cuka dicurah, duri cuba dicungkil pakai pengetip kuku dan jarum peniti. Haiyohh bertenang je lah makcik. Bisanya entah macam apa entah. Pakcik Jeff kata tak berbahaya ni. Lama-lama boleh tanggal dari kaki. Ye lah. Tak kisah lah tu. Tapi yang kisahnya sekarang, kaki ni tak bleh jejak lantai. Sakit! Terdengkot-dengkot lah aku berjalan. T________T Tu lah. Masuk lagi dalam air. Patut berhenti je lepas insiden bom atom tu. Huuurrr..

Tapak Sulaiman yang unik..

Dah lepas mandi, aku lepak-lepak je. Geng-geng lain pergi merewang-rewang masuk kampung lagi. Aku yang cedera parah ni duduk diam-diam je lah kat beranda ni. Kebetulan ada sepasang couple ni baru sampai. Nampak gaya, orang KL ni. Yang lelakinya datang dekat dan cuba untuk berborak dengan aku. Aku ok aje kalau diajak borak. Then, yang perempuannya pulak datang. Husband and wife rupanya. Datang untuk honeymoon. Aku macam ala-ala terbangak gitu. Honeymoon kat ScubaJeff? Macam tak kena je? The wife said dia tertipu. Kat website lain, dah sampai sini lain. Kat website ada Honeymoon suite, bila dah sampai tak ada pulak. Alahai. Kesian sungguh. Nasib korang sama lah jugak dengan nasib kami. Cumanya kami ni tinggal hari ni je. Besok dah nak balik. Tapi couple ni bakal duduk seminggu kat sini. Waliaooo.. Nangis tak berlagu lah korang kat sini. 

Then it's sunset time. To be honest, sunset hari ni merupakan sunset terbaik sekali. NICE VIEW..

Pandai kan orang tu ambik peluang dirakam gambarnya?

Dinner time and more lepak-lepak time. Malam ni kami lepak-lepak dan berborak dengan pakcik Hamdi. Banyak jugak lah kami korek. Pakcik Hamdi ni ada business chalet dia sendiri jugak. Dia kat ScubaJeff ni tolong-tolong je. Dia kata lain kali kalau datang sini, cari dia je. Nanti dia bawak pergi tempat best-best. Hahahhaa bilalah lain kalu tu pakcik. Lama lagi lah kot. Macam-macam cerita yang kami kongsi. Pakcik Hamdi ni boleh tahan lawak jugak lah orangnya. Sakit perut gelak. 

Kkeutt!


Monday, 4th Feb 2013

At last. The day has come. Hari ni merupakan hari terakhir kami kat Pulau Mabul ni. Pagi ni tak banyak buat apa, just breakfast dan tunggu bot untuk balik ke Semporna.

Family Mat Saleh yang berparty birthday tu pun balik hari ni jugak..

Sementara menunggu breakfast siap, Pakcik Hamdi ajak jalan-jalan pergi tengok chalet dia. Well, why not? Boleh kami pergi sana pulak lain kali kami datang. Hehehe.. Chalet dia lebih kepada jenis homestay. Harganya mahal sikit lah dari ScubaJeff. Katanya belum 100% siap. Tapi dah ada jugak orang yang stay situ. Nanti bila dah siap boleh muat 100 orang dalam satu-satu masa.

Let's go!

Wow. I said wow. Nganga aku bila sampai kat homestay pakcik Hamdi ni. Cantik dan bersih! Berganda-ganda lagi best dari tempat yang kami stay tu. Mungkin sebab tempat ni baru lagi kan. Jamban dia pun cantik. Hehehhe.. Wahh.. Next time datang memang kena duduk sini ni! Booking siap-siap dengan pakcik Hamdi. 

The rooms. More spacious..

Toilet..

Bilik ngadap laut..

Dalam bilik.. Ada kipas lagi!!

From another angle..

Got Astro some more..

Kedai makan..

Nice! The couple semalam tu pun join kami pergi melawat homestay ni. The wife cakap macam nak tukar and pindah duduk sini. Hehehe..

Sekolah kat belakang homestay..

More school building..

Hepp dik tak sekolah ke?

Sudey.. Balik semula ke chalet, breakfast dan bergerak lah kami balik ke Semporna. Another 1 hour 30 minutes ride. Harap-harap kali ni tak ada aksi-aksi rempit lah. Tak sanggup nak berbasah-basah lagi. Perjalanan kami masih jauh pulak tu. Well, it turns out ketua kampung Pulau Mabul ni akan tumpang bot kami pergi ke kerja. Masuk officelah kiranya. Hah! Ada ketua kampung ni, haruslah budak bot ni bawak sopan-sopan kan? Sebab nak kena bawak orang pergi kerja yang smart-smart pakai baju kemeja bagai kan. Bagus. Dah sampai jeti Semporna, dah ada yang tunggu nak tolong angkatkan beg. Cepat-cepat beg aku, aku peluk dan angkat sendiri. Hahahaha.. Got some time to kill, kami jalan-jalan shopping ikan bilis etc etc kat Pasar Tawau, lunch dan terus ke airport. Balik lah kami semua ke destinasi masing-masing.

So? Overall, yes Pulau Mabul ni cantik. Tapi bukan cantik 100%. Ada certain tempat, dan ada certain masa je pulau ni cantik. Other than that hazabedah sikit sebab agak kotor. What else huh? Hurmmm.. Kalau dah sampai sini, cuba lah try ambik apa namanya tu? Scuba discovery? Discovery dive? Pergilah try dive sekali. Tak pandai dive ambik short course kat sini. Tak susah sangat lah. Confirm tak akan menyesal pergi diving ni. Memang underwater world kat Mabul ni sangat tip top best of the best lah. Hurmm lagi? Tak ada dah laa kot. It's a nice weekend getaway lah. Aku enjoy jugak lah 4 hari aku kat sini. Lain kali boleh datang lagi.  

Ok dah. STOP! Tamat sudah repekan empat hari kat Pulau Mabul. ^__________^