Thursday, November 28, 2013

Halal Shin Ramyun

Macam orang gila cari halal ramyun kat Korea hari tu tapi tak jumpa pun. Memang lah tak jumpa kan, sebab yang ada cop halal ni untuk dieksport je. Takde jual kat Korea nun. Yang kat Malaysia pulak semedang belum ada cop. Bila lah agaknya yang bercop halal tu nak ada kat rak-rak pasaraya. Teringin sangat lah nak rasa.

Tapi tu dulu. Sekarang ni dah ada dah! Tak pasti lah kan jual kat mana, sebab aku pun tak nampak lagi ramyun halal ni. Kisahnya, Leen datang bawak sebungkus bagi kat aku. Ngeeeeeee.. Terima kasih banyak-banyak lah Leen. Tak kempunan dah aku ni. 

Shin Ramyun Halal..

Tulis Indon pun Indon lah. Janji paham..

Assaaaa!! Ramyun dah ada ni boleh lah makan. Rasanya agak pelik tapi sedap lah jugak. Mi nya kenyal-kenyal gitu lah. Portion dia agak besar. Kalau nak compare dengan Maggi ke Mamee ke Cintan ke, tu portion anak badak je tu. Yang ni hambik kau portion dinosaur.

So, wait and see lah ye. Mungkin lepas ni banyak kot masuk pasaran Malaysia. Harap-harap kat KK ni pun ada jugak!

12 comments :

Anonymous said...

memang dah ada pun kat tesco , jusco melambak..tapi agak mahal berbanding jenama tempatan. 4 bungkus tu rm 20 .

Aliah Nuqmans said...

dah tak pasal2 aku lak terliur.
aisehh

nanti jumpe kat mane2 jgn lupe share kak

CikSengal said...

anon,
time tulis entry ni tak jumpa lagi.. skarang dah banyak.. :)

CikSengal said...

Aliah,
kat jusco ada..

Anonymous said...

Sedap. Where can buy?

halcyon-island.blogspot.com

Ayu'shaza Amir said...

sedap! mmg fav la, mee dia sedap lagi dari maggi or mamee. boleh cari kat cold storage. salu sy cari kat cold storage one utama. ada part korea products dalam tu.

CikSengal said...

Ayu'shaza Amir,
Ye sekarang dah banyak tempat dah ada.. Entry ni ditulis tahun 2013.. masa tu tak banyak tempat yang ada..

Ahh Cayy said...

Tumpang tanyaa , smua product nongshim ni halal kaa ? Sebab dah terbeli yg takda tanda halal.. Tolongg

CikSengal said...

Ahh Cayy,
Nope. Yang ada logo halal ni je yang halal. Bagi lah kat siapa-siapa yang boleh makan.. T__T

Anonymous said...

hari tu konon i nk beli..tgk.. manufacturer dr china...lps tu belek punya belek ade pulak tarnampak pork potato flavour..terus tak jadi beli

Anonymous said...

Saya ada beli yg xde halal,tpi saya tgok ingredients dia xde plak pork based atau meat ke....bole ke mkn? ;(( Dia based sayur-sayuran...

CikSengal said...

Anonymous,
Saya tak berani nak kata boleh makan sebab ada yang kata walaupun sumber sayur-sayuran, diorang nak jugak letak perencah meat-based..