Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Monday, December 31, 2012

Desa Cattle Farm

Another edisi jalan-jalan with the siblings. Hari tu jalan-jalan Pulau Sapi dengan adik bongsu kesayangan. Kali ni ditambah dengan lagi seorang. Abang kepada adik bongsu tu. Dengan erti kata lain, adik aku jugak lah tu. Hehehehe..

So kami tiga beradik pergi jalan-jalan ke Kundasang. Boring betul. Kundasang lagi. Berapa banyak kali daaa nak pergi kan. Diorang ni pun dah dua kali dah pergi Kundasang ni. Cuma ada lah certain tempat tu diorang belum sampai lagi. Makanya aku plan nak bawak ke sana lah. Ke mana? Tengok lembu. Hehehe..

Yeps. It's Desa Cattle Farm. Nun kat kaki gunung Kinabalu. Siapa yang dah pernah pergi tu, bila first time pergi mesti rasa teruja seronok tak terkata kan? Rasa macam ala-ala kat overseas. Kat New Zealand gitu konon-kononnya. Kalau aku ni, huhhh.. Lembu-lembu kat situ pun dah boring tengok muka aku.

On the way..

On the way nak ke Kundasang, kami singgah sekejap lah kat lapangan tepi jalan tu. Nak tengok Gunung Kinabalu kekdahnya. Tapi hampeh. Awan banyak. Tak nampak mana pun. Sekejap ada sekejap tak ada macam chipsmore. Bengkek je si Bibik. 

Dah ada kedai kat sini..

Gunung oiii.. Menjelma lah kau!

Iols maluuuuu!!

Well, masih awal pagi. Jadi tak banyak kereta yang naik ke Mesilau ni. Area Desa Cattle Farm lah. Tenang je nak masuk. Berhenti sekejap tepi jalan, nak beli tiket masuk kami di'join' oleh konvoi motor yang entah berapa banyak tak terkira banyaknya. Walahhh.. Ni rombongan Cik Kiah mana ni. Budak-budak muda. Bawak motor ramai-ramai. Angkut aweks kat belakang. Hurmmm.. I sense aktiviti yang tak sihat ni. Hahahaha..

Beli tiket..

Harga tiket pun dah naik. Dulu RM3 je. Sekarang dah RM4. Kemain ko ye Desa Cattle Farm. Tengok lembu je pun. Huhuhuhu.. Kat sini cuaca memang dah sendu. Awan tebal. Kat area gunung kan. Suasana ala-ala mistik je. Seram pun ada. Budak dua orang ni dah macam orang kejakunan tengok keadaan sekeliling. Ye lah. Dah lama tak jumpa tempat-tempat macam ni. The brother siap cakap wargghhh ladang dia macam kat UK. Ahahahahhaa.. Yes. Teringat zaman dulu-dulu time sekolah join school trip pergi farm. Belajar tentang haiwan ternakan. Aku ingat lagi, kena masuk kat kandang babi. Cisss.. Tapi babi tu jauh ler. Bukan within reach pun. Cuma yang buat aku terkedu gila bila tengok saiz babi tu sama besar dengan lembu. Gila seram!

Misteri Nusantara..

Bibik yang tak sabo nak tengok lembu..

Masuk lah kami. Mata dah meliar cari lembu. Manalah lembu-lembu ni lepak. Tak nampak lah pulak. Kabus pulak semakin tebal. Dah semakin hampir ke kandang, baru lah nampak lembu-lembu ni bersantai. Wah wah wah.. Kemain korang ye. Bahagia sungguh baring-baring lepak-lepak macam tu. Kalau aku jadi lembu pun aku suka. Suasana tenang, udara nyaman some more. Hehehehe..

I see lembu!

Lembu ngorokzz..

Berhenti lah kejap kat tepi jalan untuk mengskodeng lembu-lembu ni dengan lebih dekat. Orang belum ramai. Jadi, ladang tu kami yang punya! Hehehehe.. Tapi sekejap je lah berangan. Tiba-tiba ramai pulak yang sampai. Tak lama tu mula penuh kawasan ladang tu. Huhuhuh.. Tak bestnya.

Spot the difference..

Mooooooooo..

Bila dah ramai tu, kami pun gerak lah. Masuk ke dalam bangunan. Skodeng apa-apa yang patut. Kalau datang waktu petang boleh tengok lembu kena perah susu. Kalau dah sampai pagi macam ni tak adanya lah nak tengok aktiviti pemerahan tu. Aku dah pernah tengok sekali. Gigih betul lembu-lembu ni berlari-lari ke arah mesin untuk diperah. Dah berat sangat kot. Hahahahha.. Kalau nak beli susu segar pun ada dijual kat sini. Perisa coklat pun ada. Sedap jugak lah.

Kabus tebal..

Kilang..

Dah tu kami ke calf pen. Jenguk anak-anak lembu. Alahai tomei-tomei na. Kat sini, boleh bagi anak-anak lembu ni dan jugak anak-anak kambing ni makan atau minum susu. Bila disua rumput dan botol susu, masing-masing berebut-rebut. Ganas betul mereka-mereka ni. 

Mak lembu bagi nenen..

Kamben oh kamben!

In the other pen..

Terhuyung hayang aku dibuatnya bila bagi makan rumput ke kamben-kamben ni. Tak cukup dengan rumput. Bila aku pusing, dia terus baham baju aku. Adoiyaaaaii kamben. Baju aku ni bukannya rumput. Sampai hati kau..

Baju aku.. sobs..

Dah! Habis dah. Kebetulan hujan pun mula turun. Apa lagi. Balik ler kami menuju ke destinasi yang seterusnya.

Saturday, December 29, 2012

Pulau Sapi V2

My bibik (read my youngest sister) datang bertandang ke KK ni untuk sebulan. Datang menghabiskan masa kekdahnya. Baru lepas habis SPM, tak tau nak buat apa. Hari-hari kat sini, duduk kat rumah je sampai naik bosan tahap gaban. Nak buat macam mana. Aku kerja. Tak boleh lah nak bawak dia pergi jalan ke mana-mana melainkan hari minggu. Sampai satu tahap tu dia dah tak tahan. JOM JALAN! Jeritnya. Adeh. Aku ni baru je nak relax-relax kat rumah on weekends. Terpaksalah turutkan kata. Kalau tak, dia merajuk tak nak masak! Huh.. Dasar bibik demand.

So, aku bawak lah dia jalan-jalan ke pulau. Excited sungguh bibik. Pergi lah kami ke Jesselton Point. Kat kaunter, termanggu-manggu tak tau nak ke pulau mana. Baru je lepas pergi Manukan hari tu. Takkan nak pergi lagi. Boring lah. Setelah mendapat pandangan dan pendapat orang kat kaunter tiket, kami memilih untuk pergi ke Pulau Sapi.

Jesselton Point..

Jom..

Why Pulau Sapi? Cadangnya nak snorkelling. Bibik lah. Aku malas. Nak duduk-duduk, baring-baring je kat bawah pokok. Kalau nak snorkelling, better pergi ke pulau yang tak ramai orang pergi. Paling sesuai Pulau Mamutik. Situ banyak ikan. Pilihan kedua, Pulau Sapi lah. Pulau Manukan tak masuk dalam list! Dulu ye lah banyak ikan kat Manukan ni. Sekarang dah tak banyak. Entah ke mana ikan-ikan ni semua lari. Kalau nak jalan-jalan tengok keindahan pulau, yes Pulau Manukan is the one. Tapi untuk snorkelling, sila pangkah awal-awal. So, kenapa Sapi bukan Mamutik? Pulau Mamutik tak ramai orang pergi, so aku takut. Hehehehhe..

Tunggu bot..

Perjalanan ke Pulau Sapi mengambil masa 20 minit. Lebih kurang lah. Sama jauh nak pergi Pulau Manukan. Almaklumlah sebelah menyebelah je. Cuaca terik, Langit cerah. Memang sesuai lah pergi santai-santai. Hazabedah bila teringatkan balik hari aku berbasah kuyup kat Pulau Manukan hari tu.

Splasshhhh~!!

Kemain ramai orang kat Pulau Sapi ni. Nak cari port lepak pun tak best. Last-last jumpa jugak lah. Memang serono0k golek-golek atas pasir. Bibik dah get ready nak snorkelling tapi tarik muka 14 bila tengok aku bermalas-malasan kat bawah pokok. NAK PERGI SNORKELLING DENGAN SIAPA? Jeritnya lagi. Hahahahaha.. Lantak kau lah bibik. Kau snorkelling lah sorang-sorang. Aku malas nak layan. Bibik buat moncong panjang sedepa tak hengat punya. Layan lah dia jadik ikan duyung sorang-sorang.

Welcome..

Ada restoran jugak..

Golek-golek..

Best ni kalau join..

Tak lama kami kat Pulau Sapi ni sebab bibik dah keboringan. Tak ada kawan mensnorkel katanya. Makanya kami siap-siap untuk balik lah. Aku ikutkan aje. Dalam kepala dah dok terbayang tilam dengan bantal dah kat rumah. Mesti hangin je bibik aku ni kalau tau. Heheheh..

Jeti..


Moh balik!

Pricing lebih kurang lah pergi Pulau Manukan. Cuma kali ni entah kenapa orang jual tiket tu bagi aku student price. Aku mula-mula terkejut jugak. Jujur sangat lah aku ni kan, pergi tanya kenapa student price? Terkejut dia. Eh kamu bukan student? WALAWEIIII KEMBANG 10 MANGKUK MAKCIK DIBUATNYA.. Hahahahaha.. Aku tersengih je dan kata bukan. Dia pun tersengih jugak. Tak apa lah, dah isu tiket pun, katanya. Hahahaha.. Best giler. Bibik kat tepi jeling je. See? Your oldest sister is young what.. Muekekekeke..

Friday, December 28, 2012

Infosys Foundation Program 2013

Program Infosys datang lagi! Untuk tahun 2013 ni cuba teka kat mana? Huwarrgghhh.. Ye kat tempat makcik! Nangis lah makcik kan nak buat kerja? Tapi tak apa lah. Boleh dapat experience handle program besar macam ni.

Jawatankuasa Infosys dari KL dah datang buat inspection kat UMS ni. Mula-mula katanya nak cekidaut je.. Sekali hambik kan. Terus confirm. Terus menggelabah makcik dibuatnya. Terus pening, pusing, mabuk, sewel, mereng. Hahahaha..

So, kepada bakal peserta semua, you guys will be dealing with me. You will see a lot of me. Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Makcik tak makan orang. You help me, I help you gitu. Hope we will have fun here. InsyaAllah.. ^____^

Wednesday, December 26, 2012

Visa ke Jepun

*Mulai 1 Julai 2013, tak perlu pakai Visa dah kalau nak pergi Jepun. Tapi dengan syarat pasport tu dibuat selepas Februari 2010. Yang Kalau jenis pasport lama macam aku ni, alamatnye memang kena buat visa lah sampai ler aku renew pasport baru...

Asyik tertangguh-tangguh je aku nak buat visa ni. Selagi visa tak settle, selagi tu lah trip aku ke Jepun ni tak boleh nak di confirmkan. Kang sesia je buat itinerary bagai, excited nak ke sana-sini tapi visa tak lepas. Menangis tak berlagu lah kan.

Ada orang kata buat Visa ke Jepun ni banyak songeh. Dengan dokumen yang diperlukan, lepas tu macam-macam benda yang disoal masa kat kaunter, kalau nasib tak baik kena interview bagai. Buat aku cuak secuak-cuaknya. Nangis lah aku. Apa aku nak kelentong.

Ada orang kata jugak buat Visa ke Jepun ni senang je. Janji ko sediakan apa yang dimintak. Harap-harap macam tu lah. Harap-harap senang untuk aku dapatkan Visa ni.

Sunday, December 23, 2012

My Newest Baby

My new baby. Ahaks!

Cayang baby!

Nak bawak jalan-jalan pergi Jepun nanti. Kalau ada konsert nanti pun berguna jugak. Boleh zoom capture lubang hidung artis. Hehehhee..

Saturday, December 22, 2012

CARIans at Kg Nelayan, Kota Kinabalu

Baru-baru ni aku, K Bel & Chynez bergather-gather kat Kg Nelayan. Simple gathering gitu lah. K Bel balik kampung Sabah ni sempena Christmas. Jadi, ada kesempatan kami melepak sama-sama. Makan-makan sambil borak-borak, gosip-gosip. Aku bawak Jebon, K Bel pulak bawak Bella. Meriah jadinya meja kami.

Nyam!!

Aku ni dah lama tak makan kat Nelayan ni. Biasa makan kat sini sebab office belanja. Hehehe.. Ni belanja sendiri. Memang kopak jugak lah sebab boleh tahan mahal kat Kg Nelayan ni. Layan kan je lah kan. 

Bella yang hyper..

Kalau dah borak, tak ingat masa. Lambat jugak kami balik. Bella pun dah mula meragam. Seronok jugak kumpul-kumpul macam ni. Kalau ada member CARI kat KK ni especially dari rumah Asian & Latin Telenovela, sound-sound lah aku ye. Boleh kita lepak sama-sama. ^________^

Wednesday, December 19, 2012

Beijing BBQ Steamboat, Kota Kinabalu V2

Last time pergi, tak berkesempatan nak ambik gambar sangat. Hah kali ni, snap jugak lah beberapa keping gambar buat tatapan. Sorry lah kualiti gambar hampeh sikit. Pakai handphone cap ayam kan.

Mi galore..

Sayur & bahan sup..

Rencah dan sos..

Goreng-gorengan..

Panggang-panggangan..

The crowd.. Sentiasa ramai..

Desserts.. Buah-buahan & agar-agar.. Sedap agar-agar dia..

Pau inti ikan masak kicap.. Can horr?? 

Sekali datang, nak datang banyak kali. Tapi geng tarak. Huhuhuhu..

Sunday, December 16, 2012

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 1: Ehwa Women's University, Seodaemun Museum of Natural History, Dongdaemun, Cheonggye Stream, K-Story & Whystyle

Another edition of jalan-jalan Korea. Tak habis-habis kan? Orang tanya, tak boring ke kau asyik jalan-jalan pergi Korea? Jawapan aku senang je. TAK! Sampai ke sudah, masih banyak lagi tempat yang aku belum pergi. Makanya jangan terkejutlah lepas ni aku pergi Korea lagi. Oklah, whatever. This is the Spring version. Hehehe..

Friday, 25th May 2012

Kali ni pergi ala-ala orang kaya sebab naik MAS. Over nau kan? Tapi MAS buat sale kaw-kaw. Lagi murah dari harga tiket AA. Memang tak lepaskan peluang lah. Bertolak malam, sampai besok paginya. Dah sampai Incheon, benda pertama sekali aku buat ialah topup T-Money dan sewa handphone.

Dah berapa trip aku pergi ni, pernah sekali je aku sewa handphone. Tu pun yang bodoh-bodoh punya boleh call dan sms je. Kali ni, aku ambik dataplan sekali. Senang nak godek internet. Pakej yang diambik ialah dari S-Roaming. For more details boleh klik sini.

Kaunter S-Roaming at Incheon Airport..

Friday, December 14, 2012

Bulgogi Brothers, MidValley Megamall

It's a branch in MidValley. Baru bukak. Kiranya, datang untuk menjengah lah ni nak tengok apa yang ada. Dah namanya bulgogi kan, mestilah specialty dia daging panggang whatsoever. 

Specialty..

The restaurant..

Restoran ni Halal. So, tak perlu nak risau boleh makan ke tak daging-daging dalam menu tu. Kali ni datang aku takde keinginan lah pulak nak makan daging. Jadinya order makanan biasa2 je. Jjigae ke apa yang aku order. Lupa lah pulak. Hehehehe..

Aku rasa macam semua staff kat sini kecuali sorang dua, merupakan foreigner. Sepatah haram jadah tak pandai cakap melayu. Orang Filipina kot. Terkial-kial ambik order bila aku cakap BM. Hul~!!

Appertiser..

Teh jagung hangit.. Sedap.. Hahahahah..

Orang tak ramai, maka order pun datang cepat. Mari lah melantak..

Jjigae..

Side dishes..

Overall ok lah. A bit pricey, tapi kalau nak tukar selera boleh je datang sini. Tapi kan, aku lagi suka dubu-dubu kot. Lari............. Hahahahhaa..

Wednesday, December 12, 2012

Hotel Sentral, Kuala Lumpur

During a short visit to KL baru-baru ni for Asia Super Showcase, aku duduk kat Hotel Sentral. Duduk hotel sebab bawak si Jebon a.k.a my darling little sister tu sama-sama meronggeng kat KL ni. She's coming with me to Sabah. Kalau aku sorang-sorang, tak kuasa nak duduk hotel. Lantai airport dah cukup. 

Hotel Sentral ni letaknya kat Brickfields. A 10 minutes walk from KL Sentral. Lokasinya betul-betul di belakang Stesen Monorail KL Sentral. Tak jauh mana lah. Senang nak ke mana-mana. Nak pergi airport pun senang.

The room is nice. Boleh lah for a 3 star hotel. Untuk stay overnight. 

Pintu masuk..

Beds..

TV..

Jamban..

The price tak silap aku masa aku duduk ni RM130 per night. Lupa dah aku. Kebanyakan review yang aku baca kata area Hotel Sentral ni tak berapa selamat. Takut jugak aku. Tapi dua malam aku duduk sini, Alhamdulillah tak ada apa-apa masalah. Area ni happening jugak lah. Sentiasa ramai orang sampai ke pagi. 

For more info go to http://www.hotelsentral.com.my

Saturday, December 8, 2012

Anjeonjang Motel

*Update on 23rd April 2013 - Motel ni akan ditutup terus by end of April 2013. Boohooo...

The name is Anjeonjang Motel atau nama glamernya ialah Hostel Ahjumma. Kekekeke.. Entah kenapa boleh lekat nama Hostel Ahjumma ni kat sini. Mungkin sebab owner motel ni ahjumma-ahjumma belaka. :P

Dah dua kali dah aku duduk kat sini. Pertama kali duduk sini, aku rasa boleh tahan murah jugak lah sebab harganya KRW40,000 per night untuk bilik dua orang. Kali ni pergi dah naik ke KRW50,000 per night. MAHAL~!! Lepas ni kena cari option lain lah.

Motel ni agak glamer di kalangan pemborong-pemborong. Ramai customer motel ni datang dari China. Pemborong lah ni. Borong barang kat Namdaemun. Motel ni lah jadi port diorang. Senang agaknya sebab dekat je jalan kaki kalau nak pergi Namdaemun tu. Malam-malam boleh dengar orang packing. Kat luar bilik kotak-kotak bersusun. Meriah jugak lah.

So lokasinya? Di antara Seoul Station dan Hoehyeon Station. Dua-dua within walking distance. Tapi paling dekat ialah Seoul Station. Senang. Nak pergi ke airport pun tak ada masalah. Boleh whooshhh terus naik AREX dari Seoul Station.

Lokasi..