Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, November 30, 2012

Sticky Post ~ Iklan Kerja

Kepada sesiapa yang tengah tergolek-golek, terguling-guling kat rumah sebab tak ada kerja, boleh lah cuba try test cari kerja kat SINI. Oooppss.. For ladies only ya. ^_____^

Wednesday, November 28, 2012

5 Men 5 Years :: Part II

Jalan-jalan Karamunsing. Masuk kedai komputer. And look what I found in one corner....


Hurkk!! Banyaknya stok! Tak laku kah? Aiyarrkkkkkkkkkk... I've got mine already. Kalau tak, boleh jugak beli. 

Tak ada tanda-tanda diorang nak reunion ke?

Thursday, November 22, 2012

Kimbap Fusion

Ada karnival Asas Pembudayaan Keusahawanan kat tempat aku ni. Aku pun entah bila, tiba-tiba zam-zam alakazam je dilantik menjadi salah seorang penyelia sekumpulan pelajar ni. Kalau dah namanya keusahawanan, kenalah buat aktiviti keusahawanan kan? Jual-jual, beli-beli. Kira untung rugi dan yang sewaktu dengannya.

Jadinya kumpulan pelajar ni pun meniaga lah. Meniaga makanan. Kimbap some more. Kemain korang ye. Konpius pun ada jugak sebab dalam group ni lebih dari separuh ahlinya merupakan international students. From Myanmar and Tanzania. Err.. Orang Tanzania pun makan kimbap ke? Hurmmm..

Aku tukang bagi markah. Makanya, macam-macam lah aku tanya soalan yang merapu-rapu kat mereka ni. Motipnya kimbap? Katanya, makanan ni senang nak buat, simple, mudah nak makan. Aku cakap Maggi pun senang nak buat jugak. Curah air panas je. Hehehehe.. Then dia cakap lagi, sekarang ni orang tengah gila everything pasal Korea. Dari drama ke muzik ke tempat-tempat menarik termasuk lah makanan. Aku cakap ye ke semua orang minat. Dijawabnya "YAAAAAAAAAAAAAA~!! Kami tau Miss pun masuk dalam kategori orang-orang yang minat tu". Cisssss.. Memandai je korang ye..... Kekekeke..

Iklan/Promotions.. Berapa markah?

Presentation.. Berapa markah?

It's a fusion one I must say. Dia punya pencicah tu, rasa macam sambal belacan pun ada. Hahahaha.. Baguslah tu. Kimbap cicah sambal belacan. Walaupun pelik, boleh tahan jugak sedapnya. :P

The taste? Sedap.. Hehehehe..

So the markah? Pandai budak-budak ni bodek macam-macam. Hurmmm.. Mood aku agak baik. Makanan pulak antara yang aku minat. Makanya, lu pikirlah sendiri. Hehehehehe.. 

Wednesday, November 21, 2012

One More Year..

Hari ini usia saya bertambah lagi setahun. Yikes. Usia semakin bertambah banyak tapi maturity semakin berkurang. Macam mana ni? Kena pergi jumpa psikiatri ni.

Well, what have I achieved? Orang-orang yang berjaya, pada umur aku sekarang ni diorang dah ada apa? Dah ada rumah? Tettt.. Aku belum. Dah ada harta? Tett... Aku apa je harta yang ada. Dah ada laki? Tettt.. Huwaaaaaaaaaaaa... Dah ada anak? Tett... Kalau tak berlaki macam mana nak ada anak? Anak kucing banyak lah kat rumah tu. Huhuhuhu.. Abah aku, umur aku, dah ada sebijik rumah, anak dah tiga. Haiyohhh..

Errmmm.. Bila fikir-fikir balik, tak payah lah nak risau sangat kan. Lagi risau, lagi stress. Lagi stress, lagi lah tak boleh nak buat apa. Baik kita buat bodoh kan? Asalkan kita happy. Yes. I'm quite happy with my life right now. ^____^

Tahun lepas, kat atas gunung kita. Tahun ni, I called in sick, tergolek-golek kat rumah. Sebabnya? Sakit gigi ya ampun. Tak pernah-pernah aku sakit gigi. Ni memang kemuncak, climax habis lah ni. Pergi dentist, dapat MC. Makan ubat bagi reda. Next week, datang untuk cabut. Huwaaa.. Abislah lompong mulut aku. What a nice birthday gift. ㅠ__ㅠ

Nothing much. Hope, tahun mendatang ni more good news coming my way. May all my dreams come true. Dan yang paling penting semoga aku sihat sokmo dan happy-happy selalu! ^________^

Tuesday, November 20, 2012

Labuan Again: Chimney, Peace Park, War Memorial, Clock Tower

Ini kali ke-empat kot aku pergi Labuan. Dua kali naik feri ekspress dari Jesselton Point, dan sekali naik bas, ikut rombongan student. Kali ni lain dari yang lain. Drive ke Menumbok, park kereta kat jeti, lepas tu naik speedboat ke Labuan. 

Mula-mula plan nak buat road trip ke Labuan. Drive sampai Menumbok, angkut kereta naik feri ke Labuan, pusing-pusing, stay overnight and balik besok harinya. Entah macam mana plan bertukar. Tak sempat nak beli tiket feri. Dan tak sempat nak overnight ke sana. 

The drive was intense. Jauh ya amat. Aku tau perjalanan dari KK ke Menumbok memang jauh. Tapi aku tak sangka jauh macam ni. 3 jam 30 minit! Macam dari JB pergi KL! Lutut pun dah naik longgar memijak clutch, menahan break dek kereta yang banyak kat jalan yang rata-ratanya bawak 60km/j. Nak pengsan! Mek Kia kat sebelah tak boleh nak tolong apa-apa sebab tak pandai nak bawak kereta manual. Memang masak lah aku dibuatnya.

Sampai di Menumbok lebih kurang 11.30 pagi. Keadaan kat jeti lengang. Tak banyak orang. Kereta pun tak banyak. Makanya, aku dengan selamba badaknya parking je kat depan deretan kedai yang ada kat situ. Alah. Parking sekejap je. Bukannya overnight pun. Tak ada orang marah kot. Kot lah kan? Dah tu, terus gerak ke jeti. Feri besar tak ada, makanya kami naik speedboat. 

Departure hall?

Waiting for the boat..

Naik bot..

Naik speedboat ke Labuan memakan masa dalam 20 minit. Sekejap je. Kalau naik feri besar tu mau makan masa sejam ke sejam setengah. Tambang speedboat RM15 one way. Kaunter tiket speedboat ni kat luar jeti. Tak ada proper kaunter sebenarnya. Berurusan jual beli tiket kat satu pondok sebelah deretan kedai. Macam tak confident je aku dibuatnya. Macam naik bot haram je. Tapi memang tu lah caranya. 

Dah sampai Labuan..

Lai lai jalan..

Sesampainya kami kat Labuan, kawan Kia datang jemput. Memang gasak lah kami kerah keringat dia bawak kami jalan-jalan setengah hari ni. Awalnya dia offer nak bagi kereta dia, kami drive sendiri. Tapi aku ni dah exhausted tahap gaban dah. Tak mampu nak bawak kereta. Biarlah aku jadi mem duduk kat seat belakang. Kekekkee.. Sebelum ke mana-mana kita momom dulu!!

Lunch..

Jalan-jalan tanpa itinerary, makanya kami belasah je lah ke mana-mana kawan si Kia ni bawak. Ambik kau, dia bawak pegi office dia. Hahahahaha.. Interesting jugak lah. Sebab dak dua orang ni kerja kat Jabatan Meteorologi. Sempat lah jugak aku skodeng macam mana ramalan cuaca dibuat. Dapat ilmu baru.

Belajar~!!

Dah tu, kami jalan-jalan ke Chimney. Ye. Serombong asap. One of a kind chimney ni kat Labuan. Ada kisahnya Chimney ni. Kat area sini asalnya ada lombong arang batu. Mula-mula ingat Chimney ni tempat pengeluaran asap dari lombong tu lah. Tapi bila tengok macam tak pulak, sebab tak ada tanda-tanda lubang dari bawah tanah. Hurmmm.. Rumah api? Boleh jadi. Tapi kat mana letaknya lampu rumah api pun aku tak nampak. Misteri nusantara betul. 

Chimney..

Ada muzium kat sini. Boleh tau dengan lebih detail pasal Chimney ni. Aku tak masuk sebab apa ye. Sebab kena bayar kot. Hahahaha.. Tak pun sebab aku pengecut. Dalam muzium tu nampak gelap. Dah tu ada patung-patung. Seram lah. :p

Muzium Chimney..

Oh ya, kat area belakang muzium ni ada tapak lombong arang batu bawah tanah. Tapi kena jalan kaki jugak lah dalam beberapa kilometer. Tak pulak aku pergi tempat tu. Macam nak kena buat booking sebelum pergi. Bahaya kot kalau nak terjah macam tu je.

Tak jauh dari Chimney ada Bird Park. Tapi time aku lalu ni tutup lah pulak. Kalau bukak pun aku tak pergi lah kot. Takut aku dengan benda terbang-terbang ni. Hahahaha..

Pantai.....

Next stop is Peace Park. Lupa lah pulak aku tempat ni tempat apa. Kalau tak silap tempat Jepun surrender time Perang Dunia Kedua rasanya. Rasanya lah. Tempat ni fully funded by a Japanese company. Sampai sekarang pun masih dibiaya untuk jaga tempat ni dengan baik.

Peace Park..

Places of Interest in Labuan..

Kami lepak-lepak sekejap kat area Peace Park ni makan ABC sambil melayan angin dari laut. Best betul. Kelihatan beberapa kumpulan pelajar sekolah tengah buat study group bersama-sama cikgu mereka. Rajin betul cikgu ye. Nak SPM dah kot. Semoga sukses lah ye.

Next we went to War Memorial Park. Kejadah pergi kuburan kan? Hahahaha.. Menjengah je. Banyak gravestone kat situ beratur. More than 200 ada ni. Ada yang bertanda, ada yang tak. Majoriti askar-askar dari Australia. Muda-muda belaka semuanya. This place is creepy actually. Ye lah, kawasan kubur kan. Tapi tak secreepy graveyard kat overseas lah kot. Misty, gloomy and stuff. Teringat zaman kat UK dulu cikgu bawak pergi graveyard. Dah tu pergi tekap gravestones yang ada kat situ pakai kertas and crayon. Most of the gravestones dated as early as 1800. Bajet berani je kan masa tu. Hurkk..

War Memorial..

Some description..

It's almost 5pm. Almost time to go back to Menumbok. Tapi sebelum tu kami lepak-lepak di kawasan Muzium Marine Labuan. Ada karnival kat situ. Karnival apa pun tak tau. Yang pastinya meriah, ramai orang, SESAK.

Clock Tower..

Nearly sunset..

The time has came. Balik lah kami. Sebelum balik singgah beli coklat dulu. Wajib ni. Hehehehe.. Memang banyak lah aku memborong. Buat stok. Hantu coklat lah kan. Murah-murah je kat sini. Walaupun banyak kedai coklat kat Labuan ni, bagi aku kat jeti ni lah yang paling murah. 

Coklat.. coklat..

Tiket speedboat dah dibeli, maka bergerak lah kami ke Menumbok. The sunset was nice. Nak ambik gambar, terpantul-pantul lah pulak dalam bot tu. Hampeh. But it was nice. ^___^

Bye bye~!!

Sunset..

Bye bye Menumbok!

Done! One day trip to Labuan. Tapi our journey is still long. Another 3 1/2 hours drive to KK. Memang kematu segalanya. Sakit kaki, sakit lutut, sakit pinggang, sakit jiwa. Traffic is bad. Kereta banyak. Lampu jalan tak ada. Kami tersasar, salah jalan. Tiba-tiba boleh sampai Beaufort. Demm.. 

Sampai rumah around 11pm. Memang lepak lah. Tak nak dah lah kot nak buat roadtrip macam ni lagi. Hahahaha..

Monday, November 19, 2012

Basah Kuyup di Pulau Manukan

Degil. Langit hitam, cuaca sendu, angin tak berapa nak sepoi-sepoi, tapi degil. Mengada-ngada jugak nak pergi pulau kan. Rasakan! Memang padan muka. Salah timing kami datang ni. Tapi belasah je lah. Mudah-mudahan tak hujan.

Kali ni kali ke-7 aku datang? Entah. Tak ingat dah. Balik-balik datang sini. Ikan pun boring tengok aku. Tu pun kalau masih ada lagi lah ikan-ikan tu. Hehehe.. Berangannya just nak jalan cuci-cuci mata je. Tak kuasa lah nak mandi-manda snorkelling bagai. Malas nak berbasah-basah dan malas nak tukar-tukar baju.

Pada yang belum pernah sampai Pulau Manukan ni, aku rasa kenalah pergi kot walaupun sekali seumur hidup. Dah pergi, boleh cerita kat orang, pulau tu macam mana. Nak ke Pulau Manukan ni senang je. Ambik bot dari jeti Jesselton Point. Perjalanan pulak memakan masa tak sampai 20 minit. Tambang bot, alahai. Lupa pulak aku. Tapi less than RM30 lah pergi balik. Masa beli tiket tu, kita boleh request nak balik pukul berapa. Nanti janji je dengan boatman tu. Dia akan ambik kita dari pulau dan hantar balik ke jeti.

Sebelum pergi, melantak dulu kat Jesselton Point..

Orang ramai tapi cuaca mendung..

Tiket..

Makin lama, langit makin gelap. Selamat lah. Berbasah kuyup lah kami kat Manukan nanti. Degil jugak tu tak nak balik. Nak jugak pergi. Suka hati lah kan. Bot kami penuh! Selain dari aku dan Kia, ramai lagi yang berani basah untuk ke Manukan. Ye yo oo je kan. Yang lain-lain tu mungkin nak pergi snorkeling. Kalau basah pun tak apa. Kami ni? Heol!

Cuaca gelap..

Mari naik bot..

Belum mula perjalanan, dah mula hujan rintik-rintik. Tahan je ni. Harap-harap sempat sampai Manukan. Tengah-tengah laut, hambik kau. Terus lebat. Dah tu bot pulak mempeleseit macam hapa dah. Memang selamat lah terpantul-pantul dan terkena percikan ombak. Menjerit macam orang gila dalam bot pun tak dapat nak memberi kesan apa-apa. Kesimpulan yang aku boleh buat kat sini: KAMI BASAH KUYUP. Kuyup macam mana? Sama je macam ko terjun masuk laut, dah tu kau naik bot. Macam tu lah. Err.. Apa? Tak nak mandi-mandi pergi snorkeling sebab malas nak membasah-basah kan diri? Chitpoodah...

Sampai-sampai je, hujan berhenti. Memang hangguk betul lah. Destinasi pertama, ke toilet. Duduk depan blower. Bajet boleh kering lah ni. Dah setengah jam duduk, give up. Tak ada maknanya nak kering. Terpaksalah basah-basah gitu pergi lepak-lepak.

So, masuk ke Pulau Manukan ni kena bayar RM3 entrance fee. Entrance fee ni sekali je, boleh digunakan untuk pulau-pulau lain kat Tunku Abdul Rahman's Park ni. Kalau siapa-siapa yang pergi Island Hopping, untunglah. Tak payah beli tiket lain. Pakai tiket yang sama je. Janji pergi semua pulau tu pada hari yang sama.

Aku ni dah banyak kali datang sini, takde apa yang menarik sangat lah bagi aku Pulau Manukan ni. Menurut penjual tiket kat Jesselton Point tu, kalau nak pergi snorkeling, better pergi Pulau Mamutik atau Sapi. Kalau nak jalan-jalan, relaks-relaks, lepak-lepak, sila pergi Manukan. Pulau Manukan ni yang terbesar antara tiga pulau yang ada tu. Ada banyak aktiviti yang boleh dibuat. Nak snorkeling pun boleh kat Manukan ni. Cumanya, ikan dah tak banyak sangat dah.

Selamat datang..

Bom meletup mak kau..

Tenang selepas hujan..

Ada buffet lunch..

Pantai..

Resort..

Disebabkan kami tak buat aktiviti apa-apa melainkan melepak, kami ambil masa dalam 2 jam je duduk kat sini. Tak payah lama-lama. Boring karang. Dah puas lepak, kami jalan-jalan. Plan nak ke sunset point. Tapi bila tengok jalan yang menuju ke dalam hutan tu, aku rasa seram lah pulak. Hehehhee.. Lupakan je lah. Duduk-duduk je skodeng ikan kat jeti sementara tunggu bot sampai.

Papan tanda arah..

To sunset point..

Bot dah sampai, kami pun balik. Nasib baik cuaca tenang. Sampai KK boleh pulak ala-ala kering baju yang kami pakai ni. Tapi tak sangguplah nak ke mana-mana lagi lepas ni. Balik rumah je terus.

With cikgu-cikgu from Perak..

Ermmm.. Entri on Pulau Sapi pulak lepas ni. ^_______^

Saturday, November 17, 2012

Fish Spa Kg Luanti

Fish Spa Kg Luanti ni bukan sebarangan fish spa. Tak main lah pakai besen. Tak main jugak lah ikan kecik-kecik yang cute tu. Fish spa ni, kena terjun masuk sungai. Ikan dia pulak gabak-gabak besar lengan aku yang gebus ni. Meriah tau!

Fish Spa ni letaknya kat Kg Luanti. 30 minit drive dari pekan Ranau or dalam 15 minit drive dari Poring Hot Springs. Kalau nak pergi ke Fish Spa ni hari yang sama dengan pergi Poring pun boleh. Macam yang aku buat ni. Boleh jimat masa. Letaknya kat tepi jalan besar je. Kat Jalan Ranau-Telupid tu. Tak ada signboard ke sini. Tapi kalau ada nampak signboard ke Sabah Tea Farm tu, sila lah perlahankan kenderaan anda. Sebab fish spa ni dekat area tu je. Di sebelah kiri jalan. Kat jalan masuk, ada pintu gerbang dan arca ikan yang besar. Memang tak kan missed punya lah.

Nak masuk kena beli tiket. Tiket dibeli kat area jalan masuk fish spa ni. Berhenti sekejap kat tepi jalan, beli tiket dan drive masuk ke dalam. Harga tiket, RM5 untuk dewasa. Kamera dan handphone segala tok nenek tu lain harga lagi. Kat dalam, ada parking space. Tapi tak banyak lah. Selit je lah celah-celah mana pun. Tapi biasanya dalam satu-satu masa muat je nak parking.

Parking..

Masuk ke sungai.. 

Ada jambatan gantung..

Dah tiga kali aku datang sini. Mula-mula datang memang aku tak masuk dalam sungai tu sebab aku ni ayam. Chickening out kekdahnya. Dengan ikan yang besor-besor macam tu. Aduimakkk.. Nangis tau. Jadinya, first time datang, aku sekadar main di gigi air je. Main cak-cak je dengan ikan-ikan tu kat tepi. Kali kedua datang dah berani masuk dalam. Tempat yang cetek je lah. Kali ketiga datang nekad nak terjun terus. Tapi bila datang ni, tak jadi lah. Seram pulak. Hahahahaha..

So sebelum masuk, kena pergi kat satu kaunter ni. Kena ambik nombor. Alkisahnya, siapa nak masuk menyepa ni kena ikut turn. Dan ada time limit. Tak lebih stengah jam kalau tak silap aku. Kalau tak pakai time limit haruslah jammed-packed kan. Ikan pun lari tak mau dekat. Makanya, sila ambil nombor. Bila nombor dipanggil, boleh lah masuk ke sungai. 

Oh lupa pulak. Kalau bawak kamera ke handphone ke, kena bayar kat sini. Bukan kat tempat beli tiket kat luar tadi. Bayaran kamera dikenakan kalau air sungai tenang dan clear. Kalau air keruh, tak perlu bayar. Dah tiga kali aku datang ni tiga-tiga kali tak pernah bayar untuk kamera. Air sungai keruh kekdanhya. Kalau nak beli makanan ikan, boleh beli kat sini jugak. Satu paket 20 sen je.  

Kaunter nombor giliran..

Sungai yang keruh..

Bila nombor dah dipanggil, boleh lah masuk dalam. Try test dulu celup jari kaki ke dalam. Ada tak ikan yang berminat. Hehehehe.. Kalau kaki tu memang banyak daki, banyak cagu, banyak kulit mati memang seronok lah ikan-ikan ni menggigit. Selamat. Kaki aku mula jadik mangsa. Menjerit-jerit macam orang gila aku bila kena gigit. Yang peliknya, ikan yang kecik-kecik yang gigit. Yang besar-besar tu sekadar menyondol-nyondol je mintak makan. Macam kucing pulak dah.

Ikan~!

Pose terbaik..

Lagi ditabur makanan, lagi mengganas ikan-ikan ni dalam air. Water splashes everywhere. Basah jugak lah dibuatnya. Yang menggigit, terus menggigit. Yang menyondol terus menyondol. Bila dah jadi macam ni, memang banyak kali jugak lah aku buat aksi sepak terajang ke ikan-ikan tu. Sorry fishie.. 

Makanan ikan dah habis, timing dah habis, kami pun naik semula ke atas. Bagi chance orang lain pulak menyepa. Kalau terasa lapar tu boleh lah singgah gerai-gerai yang ada. Pisang goreng panas-panas. Huh.. Nyaman..

Nak minum ke nak makan ke..

Jalan-jalan jambatan gantung tengok orang menyepa..

So, jangan lupa singgah sini ye. ^______^

Friday, November 16, 2012

Poring Hot Springs

Entah berapa kali entah aku pergi Poring ni. Asal ada kaum kerabat, besprenzz, geng karatz dan yang sewaktu dengannya datang ke KK ni mesti nak kena bawak jalan-jalan ke sini. Kat KK tu bukannya ada apa sangat kan. 

Walaupun dah banyak kali pergi, aku tak pernah lagi tulis satu entri khas pasal tempat ni. So, kali ni nak tulis lah. Buat panduan siapa-siapa yang belum pernah datang sini. Nak cerita secara details tu tak lah. Cerita secara general je. 

Selamat Datang..

Poring Hot Springs ni letaknya kat daerah Ranau. Untuk ke sini, kena drive dalam 20-30 minit jugak lah dari pekan Ranau. Opening hours kalau tak silap aku 7am to 6pm. Kena check balik lah. Aku pun dah tak ingat. Sebaik-baiknya pergi waktu pagi. Bangun je pagi, tak payah mandi. Mandi kat sini terus. Kalau dah pukul 10, pukul 11 alamatnya jammed-packed lah tempat tu. Meraunglah tak dapat kolah nak berendam.

Peta & Penerangan..

Tiket masuk untuk ke Poring Hot Springs ni RM3 untuk dewasa. Tiket ni sebenarnya boleh digunakan jugak di Kinabalu Park. Kiranya all in one lah. Kalau dah beli tiket masuk hot springs ni, masuk Kinabalu Park boleh pakai tiket yang sama. Tak perlu beli tiket yang baru. Jimat kos kan? 

RM3 ni untuk masuk ke dalam je ye! Untuk aktiviti-aktiviti lain, haruslah bayar lain. Macam tak biasa kan? Inilah Malaysiaku...

Check ticket..

Oleh sebab dah lama tak ke sini, banyak dah berubah Poring Hot Springs ni. Tempat periksa tiket pun dah cantik. Kalau dulu setakat pondok buruk je diperbuat dari papan. Ni dah siap berbatu-bata berkonkrit. Nampak lah proper sikit. 

Dah lepas periksa tiket, kami melangkah masuk. Terkedu jugaklah aku dibuatnya bila jalan asal untuk ke hot springs ni dah ditutup. Tak tau kenapa. Sayang betul. Kalau tak, boleh lalu jambatan gantung. Boleh main lompat-lompat kat jambatan tu bagi terhayun-hayun. Saja nak mendengki orang yang berjalan kat depan dan belakang kan. Agaknya sebab aktiviti lompat-lompat tu lah laluan ni ditutup. Hurmmm..

Tutup!! Tak boleh lalu dah..

Laluan baru yang berkonkrit..

Laluan lama.. Lebih thrilling.. 

Kat sini, banyak aktiviti yang boleh dibuat. Aktiviti yang paling glamer sekali ialah mandi air panas. Kat bahagian luar, ada banyak pondok-pondok yang menempatkan kolah air panas ni. Secara terbuka. Open. Semua orang boleh nampak. Aku panggil kolah lah. Sebab sama besar dengan kolah kat rumah atuk aku. Satu kolah tu boleh lah masuk dua-tiga orang. Yang comel-comel lah. Kalau kau rasa diri kau besar, jangan beranganlah nak ajak orang lain masuk sama-sama kau.

Open bath..

Kalau segan nak mandi secara terbuka macam ni, boleh mandi kat tempat private. Kalau dah private, haruslah dikenakan bayaran. Dah tu, ada time limit. Tak boleh konker dari pagi sampai ke petang. Berbeza dengan kolah yang kat luar tu. Itu kalau nak berendam sampai besok pun tak apa. Kalau staf kat situ bagi rendam sampai besok ler. :P

Private bath..

Selain dari kolah terbuka dan private bath tu, ada jugak kolam terbuka dan water slides. Kecik je kolam terbuka tu. Kolam terbuka ni free. Kalau water slides tu kena bayar. Aku tak ingat berapa bayaran dia. Tapi ikut jam. Banyak betul nak kena bayar kan.

Kolam terbuka..

Kalau tak nak mandi, no worries, masih boleh main air panas ni. Kat satu sudut, ada disediakan tempat untuk rendam-rendam kaki. Tak mandi badan, kita mandi kaki je lah ye. 

Suasana sekeliling..

Apa lagi yang boleh dibuat kat sini? Siapa yang minat kupu-kupu, rama-rama boleh masuk ke Taman Rama-Rama. Ya betul. Dikenakan bayaran lain ye. Jangan harap lah free. Aku tak minat haiwan terbang-terbang ni sebab aku takut. Makanya, aku tak pernah masuk Taman Rama-Rama ni. Tak boleh nak kata best ke tak dalam ni.

Taman Rama-Rama..

Selain dari tu, ada canopy walk. Yang ni, entah ya. Dah empat kali kot aku naik. Asalkan tak ada benda terbang-terbang, aku ok je. 

Nak naik ni kena bayar jugak lah. Nothing is free man! Sekali naik kena bayar RM3. Kalau bawak kamera kena tambah lagi RM5. Siapa yang tak nak bawak kamera kan? Dah kat atas tu mestilah nak snap apa-apa yang patut. Oppss.. Did I say camera only? Handphone yang ada kamera pun harus kena charge tau. Lain lah kalau masih pakai handphone zaman 3310. 

Bayar bayar!!

Dah beli tiket, kena tulis nama kat dalam buku kat kaunter tu. Manalah tau kan. Dah masuk tapi tak keluar-keluar. Boleh lah buat apa-apa operasi. Macam last time aku datang, ada dua minah Korean ni stuck kat jambatan gantung tu sebab tak mampu nak proceed. Gayat kekdahnya kan. Muka masing-masing pucat lesi. Masa aku lalu tu ada lah staf buat 'operasi menyelamat'. Kesian pulak aku tengok.

Let's go!!

Canopy Walk ni sebenarnya ada dua laluan. Satu laluan panjang, satu lagi laluan pendek sikit. Laluan panjang ni, nak kena jalan jauh sikit. Lebih kurang dalam 1km menapak. Tu berdasarkan papan tanda yang ada sepanjang-panjang jalan lah. Tak pasti pulak 1km menapak atau pun 1km dari aras laut. Yang pastinya aku mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke atas. Almaklumlah stamina kureng. Terpaksa stop banyak kali.

Laluan yang pendek sikit, tak sampai 1km menapak. Dalam 500m kot. Rendah sikit lah dari laluan yang panjang tu. Mengikut apa yang aku paham, kedua-dua laluan ni tak dibuka serentak. Kalau laluan panjang dibuka, laluan pendek tutup. Kalau laluan pendek buka, laluan panjang tutup. Ikut nasib lah datang time bila. First time aku datang, kena ikut laluan panjang. Second & third time datang, laluan pendek. Kali ke-empat aku datang ni laluan panjang pulak. Kalau ikut laluan panjang, kena redah 5 jambatan gantung yang panjangnya boleh tahan panjang. Kalau laluan pendek, 3 jambatan je kot nak kena redah. Aku pun dah tak ingat.

Menapak lah kau!!

Dari bawah dah nampak station..

Baru 550m dah hampussss semput..

Aku ni jalan dah lah slow. Banyak berhenti. Berapa kali jugak lah, beberapa umat manusia potong aku. Bila dah sampai kat station, orang dah ramai. Kenalah tunggu turn. Ada limit berapa orang boleh lalu jambatan ni.

Tunggu turn..

Kalau siapa-siapa yang ada penyakit tu, dinasihatkan jangan naik lah. Jangan lah excited sangat, sampai atuk nenek kau pun, kau ajak naik atas tu. Kesian. Tapi kalau diorang masih sihat boleh aja. 

Saya sihat!!

By the time sampai atas ni, memang berpeluh-peluh tahap gaban lah. Baju pun boleh basah lencun. Bagi yang lenggang kangkung naik atas macam aku ni, memang cari nahas jugak lah sebab kehausan. Kalau boleh, bawak lah air ye. Kang pengsan pulak kat atas tu. Tapi kalau tak bawak pun tak apa. Kat atas tu ada jual. Biasalah. Nak bisnes kan.......

Jangan kedekut duit..

Maksimum naik jambatan ni, 6 orang dalam satu-satu masa. Sebelum naik tu pastikan kawan kita siapa, orang depan kita siapa dan orang belakang kita siapa. Jangan lah jalan dengan budak-budak. Budak-budak ni... AISHHH.. Dah berapa kali aku terkena. Tinggi-tinggi camtu pun, seronok diorang ni lompat-lompat hayun jambatan tu ke kanan ke kiri. Memang cari pasal betul lah. Pernah sekali aku naik angin, aku marah budak yang ada kat belakang aku. Pedulik aku! Lantak dia lah, lantak mak bapak dia lah nak cakap apa. Jalan kat tempat-tempat macam ni pun tak ada adab.

Jangan naik ramai-ramai..

Start jalan..

Kecik je laluan dia.. Jangan tengok bawah. Tak nampak tanah punya..

Posing kejap..

Walaupun tak ada yang lompat-lompat, jambatan tu tetap berhayun jugak. Tawakalillah je lah jalan ke depan. Jangan fikir apa-apa. Lama-lama tu oklah jugak. Selamat menamatkan perjalanan. Hehehehe.. Dah abis tu, dah tak ada nak buat apa dah. Makanya turun lah kami ke bawah.

Pondok laluan pendek..

Jauh lagi beb..

Naik punya lah slow. Turun laju je. Belum sempat apa-apa dah sampai bawah. Hehehehe..

Exit..

Dah habis tu, kalau rasa sengal-sengal kaki boleh lah pergi rendam kaki ni kat kolah air panas. Memang nyaman dan selesa. 

Kat hot springs ni ada beberapa air terjun. Boleh buat mandi-manda. Tapi nak kena jalan jauh sikit lah. Aku pun tak pernah sampai ke sana. Paling jauh pun Canopy Walk ni saja.

Kalau nak beli souvenir, kat luar kawasan hot springs ni, kat jalan besar ada beberapa kedai. Kalau kat tempat macam ni haruslah harga tourist kan. Beli kat KK je lah. Lagi murah.

Kedai souvenir..

Tamat sudah aktiviti jalan-jalan Poring Hot Springs. Lepas ni ke mana pulak?