Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, October 31, 2012

Mangkuk Ayun?

Area Maybank Alamesra sentiasa packed. Sentiasa banyak kereta. Nak parking pun susah. Bila parking susah, masing-masing ikut kepala sendiri. Parking sesuka hati dan menyusahkan orang lain. Otak letak kat kaki. 

Aku berada di belakang sebuah teksi. Menunggu parking kosong. Kot-kot ada kereta yang keluar. Setelah menunggu beberapa minit, ada sebuah parking mengundur keluar dari parking. Well I guess, teksi di depan ni akan masuk. Belum rezeki aku lagi nampaknya.

Setelah kereta tersebut keluar, teksi itu terus ke depan. And.......

T____________________T

Hoihhhh.. Kalau kau, kau angin tak? Dah macam apa aku menyumpah seranah. Siapa ajar parking macam tu? Selesai pemandu teksi tu 'parking' macam tu, dia matikan enjin dan masuk ke bank. Waddahell lah kan. Kalau kau tak nak masuk parking tu, bagi aku masuk. Hoihhh.. Panas betul dibuatnya.

Well, ni bukan sekali aku jumpa aksi macam ni. Dah banyak kali. Even though kawasan lengang, parking banyak kosong, masih ramai yang suka buat aksi parking macam ni. Memang mangkuk ayun. Hanya di KK ye....

Monday, October 29, 2012

Beijing BBQ Steamboat, Kota Kinabalu

Seumur hidup duduk kat KK ni tak pernah datang makan kat sini. Bukannya tak mau, sebab tak ada geng nak pergi melantak. Aku kan lone ranger yang terasing. Tak ada kawan buat peneman. Huhuhuhu..

Kali ni aku pergi sebab nak melayan budak dua orang yang tak dapat balik raya disebabkan lampu bodoh kat KKIA tu rosak. Masing-masing muka sebik kan. Tak ada apa yang boleh menggembirakan mereka selain pergi melantak.

Kenapa namanya Beijing BBQ pun aku tak tau. Tapi kind of nice jugak lah this place. Steamboat & BBQ secara buffet. Reminds me of Seoul Garden. Lebih kurang lah, cuma pilihan kat sini tak sebanyak Seoul Garden. Tapi boleh lah nak buat lepak-lepak, makan-makan. Almaklumlah kat KK ni tak ada Seoul Garden.

Nyam nyam nyam..

Masing-masing tenggelam dalam perasaan. Mengunyah dan mengunyah saja. Nak hilangkan rasa stress tak dapat balik beraya kan. Aku pun ikut tenggelam jugak. Tenggelam sampai senak perut aku dibuatnya.

Tadaaa~!!

Overall, boleh tahan sedap jugak lah makan kat sini. Tengah lapar, semua sedap kan. Harga satu kepala RM30++. Makan sampai senak. Tapi janganlah ambik banyak-banyak tapi tak makan. Kang kena extra charges pulak. Opening hours pulak 6.30pm to 11.00pm. Sentiasa penuh. Kalau tak nak kempunan, sampai sana tak ada seat kosong, sila buat reservation terlebih dahulu. 

It's a recommended place to go. For more info go to Beijing BBQ Steamboat.

Sunday, October 28, 2012

Tragedi Malam Raya

Ternganga aku bila dapat tau ramai kawan-kawan tak dapat balik raya. Sila baca kat sini --> Penumpang Terjejas Akibat Insiden KKIA

Daebak lah kan? Saja sabotaj orang nak balik raya ni. Malam raya pulak tu dia cari pasal. Nasib baik malam raya haji. Kalau raya puasa? Nasib baik jugak lah aku tak balik. Kalau aku balik? Mau meraung-raung aku kat airport tu.

Alkisahnya, flight siang semua berjalan lancar. Tapi flight malam semua cancel sebab lampu landasan tak berfungsi. Hok aloh.. Macam mana boleh mampuih lampu landasan tu. Tak tau lah siapa yang bertanggungjawab. Masing-masing tak nak ngaku.

Selama dua malam landasan tak berfungsi. Give up terus kawan-kawan aku nak balik beraya. Memang potong stim hilang mood. Benda ni boleh jadi pengajaran buat aku next time. Jangan ambik flight malam dan jangan balik malam raya. Boleh? 

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha 2012

Salam Aidiladha. Tahun ni aku beraya sorang-sorang lagi seperti tahun-tahun yang lepas. Housemates semua tak ada. Main masak-masak sorang-sorang dan makan pun sorang-sorang. 

Lauk raya..

Bila lah agaknye ye boleh beraya haji kat JB?

Thursday, October 25, 2012

What the.......

Kuss semangat....


Siapa punya kerja lah ni memeranjatkan aku di pagi hari.. :(

Sunday, October 21, 2012

Konvokesyen UMS ke-14

Konvo datang lagi. Sepanjang aku kerja kat sini aku dah melaluinya 7 kali. Tak pernah missed. Almaklumlah aku ni di antara favourite candidate untuk dipaksa masuk ke dalam dewan. 

Tapi mejik sungguh tahun ni. Nama aku tak tersenarai. Tergamam seketika. Tak tau nak bersorak riang ria ataupun nak bermuram durja. Apakah mereka telah melupakan aku? Aku tak diperlukan lagi? Mentang-mentang dah ada ramai staf baru kan. Tapi seronok pun ada jugak. Dapat merelakskan diri kat rumah di hujung minggu.

Tapi tettttttttttttttttttt.. Memang angan-angan je lah aku nak duduk melepek kat rumah. K Jane terus bukak mulut " Kenapa nama kau tak tersenarai? Kau kena masuk!! Nanti kakak bagi nama.." Huhuhuhu.. Kena masuk jugak lah ni? Baru nak escape.

Aku paham kenapa aku harus masuk. Aku ni penyelaras. Penyelaras pelajar separuh masa pulak tu. Dan ada beberapa orang pelajar-pelajar separuh masa ni yang konvo. Nak kena tengok lah jugak kan anak-anak buah aku (bapak-bapak orang sebenarnya) ni konvo setelah berhempas pulas selama 4 tahun.

Bersiap-siap lah aku dan masuk dalam barisan. Sayup-sayup aku dengar ada orang panggil nama aku. Aku toleh dan tersenyum. Tapi senyum tu bertahan satu saat je. Muka aku terus berubah. Tiba-tiba rasa nak menjerit. KENAPA KORANG PAKAI JUBAH WARNA NI? Ah sudah... Masing-masing dah beratur dalam barisan dan mula bergerak masuk ke dalam dewan. Muka masing-masing blur. Staf yang jaga jubah yang bagi, kata mereka. Adoihh.. Kok ye pun korang nak konvo, kan dah ada panduan warna jubah segala. Kenapa boleh salah lagi. 

Apa lagi. Mak dah naik hangin. Dah lah panas berdeting. Terus aku suruh bapak-bapak budak ni pergi tukar jubah sekarang jugak. Lambat tak lambat. Masuk dewan lambat pun gasak korang. Janji bukan pakai jubah yang salah. Dah sampai tempat jubah aku mengaruk. SIAPA YANG INCHARGE NI? DAH BERAPA TAHUN DAH KONVO NI? DAH BERAPA TAHUN KONVO ADA STUDENT PART TIME? KENAPA BOLEH SALAH? Dan macam-macam lagi yang aku hambur. Staf yang ada kat situ semua terdiam. Tak tercakap apa. Masing-masing tak tau. Nak tunggu masing-masing jawab memang makan masa sedangkan perarakan graduan dah bermula. Apa lagi, selamat aku melaser nyot nyet nyot nyet.

Dengan pantas kilat, masing-masing tukar jubah. Nasib baik masih ada stok. Kalau tak ada memang tak naik pentas lah korang. Padan muka. Adoii.. Aku ingatkan time study je korang banyak macam-macam. Ni dah abis, time konvo pun boleh ada problem. Nasib baik aku kena paksa datang. Boleh nampak korang pakai jubah yang salah. Kalau tak? Adehhh... Sakit jantung aku dibuatnya. 

Bapak-bapak yang ceria..

Settle! Majlis pun berjalan lancar. Selamat semuanya. Selama 4 tahun aku mengadap mereka. Aku lah tempat diorang mengadu, aku lah tempat diorang lepas geram. Aku lah yang buat semuanya. Lepas ni dah tak buat dah. Sedih pulak jadinya. 

From my seat..

Apa pun I'm happy for them. Cuma yang tak happynya bila dah konvo tu memasing lupakan kita. Kata nak belanja makan lah, belanja minum lah. Tapi sampai ke sudah nan hado! Tak apa lah. Asal korang bahagia lah kan. Merajuk ni........

Tuesday, October 16, 2012

Kembara Off-Road SK Magandai

Tak pernah seumur hidup aku terfikir nak ikut kembara off-road macam ni. Almaklumlah aku ni jenis yang lemah lembut sopan santun. Tak sesuai nak ikut aktiviti lasak. Hah.. Chitpoodah sangat lah kan.

Terjadinya kembara off-road ni disebabkan beberapa perkara lah. Yang paling penting nak menghabiskan duit tabung HEP. Kalau ikut kisah sebenarnya, kembara ni merupakan aktiviti kelab pelajar. Kelab-kelab pelajar yang ada kat UMS ni memang dah diberi peruntukan untuk buat aktiviti. Dah nak sampai ke penghujung tahun dah. Satu haprak aktiviti pun tak ada. Makanya, duit tu dilebur ke aktiviti off-road ni lah untuk menyumbang beberapa buah komputer ke sekolah di kawasan pedalaman. Banyak sangat komputer tak pakai kat lab tu. Daripada dilupus macam tu je, baik kita sumbangkan kan? 

Dokumen aktiviti..

Dengan komputer yang bakal disumbangkan..

Dah namanya off-road, tak main lah bawak myvi ke kancil ke apa ke. Mestilah nak kena bawak proper kenderaan. Yang penting mesti lah spesis 4WD. Mesti jenis yang gabak-gabak dan tahan lasak. Aku yang ayu ni naik menatang ni? Hahahahha.. Tak sesuai hokeh.. 

Me and my ride!! Tengok tu.. Dressing macam nak pergi tengok wayang je..

Bila cerita nak masuk kawasan pedalaman ni, aku jadi seram sejuk. Kawasan pedalaman = kurang fasiliti. Macam manalah agaknya kat sana ye? Ada elektrik kah? Ada air kah? Jap, ada proper jamban kah? Ke nak kena pergi sungai? Wait, ada sungai kah? Herkk.. Tidur ke, makan ke, aku tak kisah sangat. Yang penting jamban. Kang tak pasal-pasal ada yang menangis kang. 

Destinasi kami? Sekolah Kebangsaan Magandai, Kota Marudu. Dah lebih 7 tahun aku duduk kat Sabah ni. Tak pernahnya sampai Kota Marudu. Tu baru pekan. Belum masuk ke kawasan pedalaman lagi. The roads going there.. Hazabedah sangat. Especially sebelum sampai ke Kota Belud tu. Tak tau lah bila nak ok. Dengar kata, tanah kat situ lembut sangat. Kalau nak buat jalan, asyik tak menjadi saja.

Kami memulakan perjalanan dari SKTM. Ada 4 kenderaan gabak yang akan bergerak dari sini. Di Kota Marudu nanti ada lagi 2 kenderaan akan yang menyertai kembara kami. Kami yang pergi ni tak ramai. Dalam 20 orang je. Pelajar 5 orang, pensyarah 4 orang dan selebihnya staf sokongan serta pemandu dan mereka yang berminat dengan aktiviti off-road ni. 

Dekat 10.30 jugak baru kami bertolak. Ni dah lambat macam ni entah pukul berapa lah kami sampai. Aku tak dapat nak imagine macam mana perjalanan ke sana. Harus terpantul-pantul dalam trak ni. Sepanjang perjalanan, pemandu-pemandu kenderaan berhubung sama sendiri melalui radio untuk mengelakkan kebosanan. Menyanyi lah, main teka teki lah. Bergurau senda. Meriah jadinya kembara kami ni.  

Ini nyawa!!

On the way kami berhenti rehat sekejap kat kawasan rehat Ulu Kukut. Baru 45 minit perjalanan. Baru je lepas simpang ke Kota Belud. Nak sampai ke Kota Marudu lagi lah jauh panggang dari api. No doubt, malam jugak kami sampai ni. 

Take a break..

Dah cantik dah tempat ni..

Then kami teruskan perjalanan ke Kota Marudu. Belum apa-apa jalan dah jem. Panjang dan lama pulak tu. Hurmm.. Ada aktiviti mengtar jalan rupanya. Kejadahlah korang buat siang-siang tengahari buta macam ni. Menyusahkan lalu lintas je. Makin lambat lah kami sampai ye...

Jem bodoh..

Singgah Pekan..

Oleh sebab dah tengahari, kami singgah pekan Kota Marudu untuk melantak. Jauh lagi perjalanan kami ni. Kang kebulur pulak dalam kereta. We stopped at a local restaurant there. Aku makan soto ayam je. The price? Mak datuk giler mahal. Pakai ayam emas ke hapa ni. Di sini kami berjumpa dengan dua pemandu yang akan menyertai kembara kami. Masing-masing bawak kenderaan masing-masing. Then off we go again. 

Soto Ayam Emas..

Lebih kurang pukul 1 petang kami mula keluar dari jalan utama. Masuk ke jalan tanah merah. Masih boleh bertahan lagi ni. Jalan tanah merah yang rata. Tak banyak melantun. Masih steady dan boleh duduk dengan sopan.

Start!!

Our konvoi..

Naik bukit..

Antara rumah kampung..

Half an hour later, kami sampai ke sebuah pekan kecik dalam sebuah kampung. Aku tak pasti apa nama kampung ni. Tapi di sebelah kanan jalan ada sebuah sekolah. SK Samparita. Kampung Samparita kah?  Entah lah. Kami bergerak ke hadapan dan bertemu dengan sebuah jambatan. Jambatan ini menandakan berakhirnya jalan rata. Lepas ni kita akan memantulkan diri dengan maha hebatnya.

Kampung kecik..

SK Samparita..

Jambatan..

Berhenti sekejap untuk bersedia dengan cabaran yang seterusnya..

Sementara kami berhenti sekejap, seorang pakcik tua menghampiri kami. Minta tumpang katanya. Aku rasa simpati yang amat dengan pakcik tu. Mesti rumah dia jauh ke dalam. Kalau jalan kaki ni mesti penat. Entah bila boleh sampai. Disebabkan tempat duduk belakang penuh, makanya pakcik tu duduk di bahagian belakang trak. Mencangkung dia di belakang tu. Sedih pulak aku tengok.

Can you guess where we went from here?

Dah pukul 1.40 petang. Kami pun memulakan perjalan. Aku tiba-tiba sangat konpius. Ke mana arah kita lepas ni? I cannot see any road ahead. Once kami bergerak, terus berderau jantung aku bila kami mula memasuki semak samun. Biar betul? Ye betul!! Ada laluan kecik di tepi sebuah rumah di tengah semak samun tu muat-muat untuk sebuah kenderaan lalu. You gotta be kidding me! Terus seram aku dibuatnya. Dah lah sempit, menakutkan pulak tu. Ni kalau berselisih dengan kenderaan lain ni memang masalah besar ni. 

Takut tu takut jugak, dah macam-macam ayat dah aku baca dalam hati. Tapi perasaan seronok tu ada lah jugak. Satu benda yang baru buat aku. Bila lagi nak merasa macam ni kan?

Mari melantun!



Pakcik kat belakang tu steady je. Our pemandu yang hensem bergaya tu lupa nak tanya pakcik tu nak berhenti kat mana. Ahh, kalau dia nak turun pandai lah dia ketuk cermin trak. Sekali hambik kau, tiba di satu kawasan berbukit, punya terkejut kami dibuatnya bila dia ketuk bumbung trak dengan kuat. Hahahaha.. Sabar je lah aku. Aku pandang keliling. Ada sebuah rumah. Di tepi rumah tu ada beberapa paip getah hitam yang bergulung-gulung panjangnya. Pakcik tu turun dan berjalan ke arah paip-paip getah tu. Pakcik what are you doing? Hul.. Pakcik tua tu pikul paip getah tu dan mula melangkah menuruni bukit. My God. Aku rasa nak nangis bila tengok....

Once in while kami melalui jalan becak dan selut. Dan once in a while jugak lah ada antara kenderaan konvoi kami yang tersangkut dalam selut dan tak dapat bergerak. Apa lagi, aktiviti mengrescue tarik menarik pun pantas dijalankan.

Around 3pm kami berhenti sekejap. Ini merupakan stop terakhir untuk membuat apa-apa panggilan. Lepas ni jangan harap lah. Memang tak ada signal langsung. Aku tak tau nak call siapa. Semua orang yang berkaitan, aku sudah maklumkan ke mana aku pergi, jadi duduk diam-diam je lah dalam trak.

Stop for a while..

We stopped around 15 minutes je. Lepas tu kami mula bergerak semula. On the way kami nampak sebuah rumah. Satu-satunya rumah kat situ. Aku dipahamkan ni merupakan rumah persinggahan untuk cikgu-cikgu yang berjalan kaki dari Samparita tadi. What? Jalan kaki? Wahhhh... Berapa jam lah tu? Kami yang naik trak ni pun ambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai ke sini. Memang tabik, respect gila-gila lah dengan cikgu-cikgu ni. Kalau aku, tak mampu rasanya.

Rumah rehat Cikgu..

It's almost 4.30pm. Aku dah lalok. Terpantul-pantul pun terpantul lah. Aku mula terlelap. Tiba-tiba pemandu menjerit. Naaaahhhh~!! Kan! Aku terus tersentak. What happened? Aku pandang ke belakang. Hambik kau! One of our konvoi terbabas. Terbaik landing mengiring ke tanah. My my.. This is interesting!

Kami keluar dari kenderaan masing-masing. Entah apa khabar orang di dalam kenderaan yang tergolek tu. Cedera kah, apa kah, itu letak tepi dulu. Yang penting mari snap gambar banyak-banyak dulu. Kekekekekeke.. Keji sungguh perangai. Bukan selalu nampak aksi spiderman macam ni. Tak kan aku nak lepaskan peluang kan.

Mari ambik gambar..

Mari posing..

Rupanya ada lubang besar kat tepi tu. Kenderaan kami selamat mencilok. Tapi malangnya pemandu kami lupa nak maklumkan dengan kenderaan di belakang. Alamatnya selamatlah masuk ke dalam lubang. Kerja-kerja rescuing pun dibuat. Alhamdulillah kami dapat teruskan perjalanan kami.





5.15 petang. Kami tiba di sebatang sungai. No bridge whatsoever untuk menyeberang. Apa lagi. REDAAAHHH~~!! Wow this is fun! Nak buat lagi. Nak buat lagi! Katanya nasib baik sungai ni airnya tak dalam. Nasib baik jugak kami datang tak hujan. Kalau hujan, air sungai naik and it is impossible to cross. 

5.30 petang. Sampai lah kami ke SK Magandai. Feww.. Alhamdulillah. At last! Perjalanan selama 4 jam 30 minit berjaya ditempuh. Macam-macam dugaan dan cabaran sepanjang perjalanan. Lega aku bila dah sampai.

We're here!

Selamat datang..

SK Magandai. Not bad keadaan sekolah ni. Walaupun kawasan kampung tak ada elektrik, sekolah ni ada dibekalkan tenaga solar. Lupa nak cakap. Sekolah ni merupakan sekolah angkat ASTRO. Macam-macam lah kemudahan yang ASTRO berikan. Bagus jugak ASTRO buat macam ni.




Perkara pertama yang perlu dibuat ialah pergi jamban! Nasib baik jambannya teratur. Baru siap dibuat. Tapi malangnya tak ada air. Paip yang ada hanyalah dikawasan rumah guru. Tapi untuk keselesaan kami, ada cikgu disitu menarik getah paip yang ada untuk dihalakan ke toilet yang kami gunakan. Bersyukur sangat-sangat aku dibuatnya.

Kami datang ni secara mengejut jugak kisahnya. Cikgu-cikgu disitu tak sempat nak buat persiapan apa-apa. Aku pun tak kisah sangat. Pada mulanya, sebelum memulakan kembara, kami diberitahu akan menginap di asrama pelajar. Tapi bila sampai di sini, cikgu macam keberatan nak bagi kami menginap di sana. Di suruhnya kami tidur di rumah tetamu yang ada di situ. Walaupun keadaan rumah tetamu tu tunggang langgang tak teratur, dia mau kami tidur di situ juga. Bahaya katanya kalau tidur di asrama sebab "tutttttttttt"... Waliaaooo... Bulu roma aku terus meremang. Tengkuk aku rasa sejuk. Tak nak lah aku tidur sana. Tidur kat sini pun pun tak apa. Pandai-pandai lah kami kemas tempat ni dan tidur sini je.

Then it's time for dinner. The guys made dinner. The ladies, duduk terbongkang dalam bilik. Kehkehkeh..

Ketua chef..

The guesthouse..

Dalam guesthouse..

Masak.. masak..

Pembantu chef..

Dinner malam tu simple je. Masak nasi, chicken wing goreng/panggang dengan sayur campur kobis & carrot. Memang lazat lah sebab tengah lapar kan. Kagum aku dengan mereka ni. Siap complete dengan gadget camping. Dapur gas bagai, kuali semua dibawak. Pinggan mangkuk cawan semua ada. Orang dah biasa buat off-road kan. Dah tau nak kena bawak apa.

Aku dapat tau jarak dari jalan bertar hingga ke SK Magandai ni cuma 30km je. Tapi perjalanan nya memakan masa 4 jam 30 minit. Wow.. Seriously. Jalan yang sempurna diperlukan untuk masuk ke dalam ni. Orang-orang kampung ni tak heran kalau orang luar bawak sumbangan baju, beras whatsoever. Diorang kata, benda-benda tu diorang boleh beli. What they desperately need is a proper road. Mudah untuk diorang nak ke sana ke mari. 

Lepas makan ada aktiviti bersama pelajar. Aku masa ni memang dah lalok sakit kepala, tak join aktiviti ni. Dengar-dengar seronok mereka buat aktiviti. Jeles pulak aku dibuatnya.

Then it's time to sleep. Nasib baik aku bawak bantal dengan selimut. Selamat membongkangkan diri. 

Gadget aku..

The next morning! Subuh lagi aku dah bangun. Nyaman sungguh tempat ni. Udara segar je. Ye lah tak ada pencemaran lagi kan. Hutan pun masih kategori virgin lagi gitu. Ahakss..

Pagi ni tak ada aktiviti sangat. Lepas breakfast, ada sesi menggunakan komputer dengan murid-murid sekolah and that's it. Kami datang sekejap je kan. Kalau lama, boleh jugak kami jelajah kampung jumpa mak bapak murid. 

Dengar cerita dari cikgu-cikgu sini pun aku rasa sayu. Murid-murid sini serba daif. Ramai yang duduk asrama sebab rumah masing-masing jauh. Ada yang jejak 4 jam kalau jalan kaki. Ada yang bila dah balik, tak balik sekolah balik. Ada yang hilang macam tu je. Bila cikgu pergi cari ke rumah, dapat tau dah dikahwinkan mak bapaknya. Budak darjah 6. Apa lah yang diorang tau. Darjah 6 dulu aku masih main tengteng, main cop tiang, main lompat getah. Diorang tak didedahkan dengan dunia luar yang lebih luas lagi. Bagi diorang, cukup makan, ada tempat tinggal dah memadai.

Lepaking..

Breakfast..

Aku mengambil kesempatan untuk meronda kawasan sekolah. Bagus ada kemudahan ASTRO bagi ni. At least nasib diorang terbela..

Asrama pelajar.. Kabus macam tu pun dah buat aku seram..

Kawasan lapang.. Ada solar panel kat atas..

Bilik guru..

Kelas..

Ada satelite dish..

Disebabkan bekalan air yang terhad, kebanyakan cikgu dan murid-murid mandi di sungai. Ada sungai rupanya kat belakang ni. Aku bergerak ke sana. Salah timing aku ni. Ada cikgu-cikgu lelaki baru balik mandi pakai tuala je. Hoihhh kemalu-maluan aku blushing. Hahahaha..

Mari ke sungai..

Tenang..

Then it's time to go back. Murid-murid mula berkumpul untuk perhimpunan. Ada yang lengkap berbaju sekolah. Ada yang pakai baju biasa. Mengikut keselesaan masing-masing. Cikgu bagi ucapan alu-aluan dan seterusnya ada acara menyanyi. Bersungguh-sungguh mereka nyanyi. Come mbudak-budak ni. Aigooo..

Perhimpunan pagi..




Kakak-kakak dan abang facilitator..

Murid-murid SK Magandai..

Our ketua rombongan buat ucapan sepatah dua kata. Excited budak-budak ni bila ada orang luar datang. At least meriah sikit hidup diorang.

Kat sekolah ni cikgu pun tak ramai. Dalam 10 orang rasanya. Seorang dari Kelantan dan selebihnya orang Sabah. Murid-murid yang ada agak ramai jugak. Ada dalam 200 orang kalau tak silap ranging from standard 1 to standard 6. Ada sebahagian dari murid-murid ni dah dihantar ke KK untuk tinggal dengan keluarga angkat supaya dapat pendidikan yang lebih sempurna lagi kat KK. 

Dah tu aktiviti komputer. Aku masuk ke dalam bilik komputer. Fullemekkkkkkkk.. Dah ada komputer lah kat sini. ASTRO bagi. Flat screen monitor lagi. Kalau nak compare dengan komputer yang kami bawak. Monitor CRT yang gemok besor gabak tu. Hahaha.. Memang kalah lah. Tapi malangnya komputer yang ada tu kebanyakannya dah rosak. Makanya, komputer sumbangan kami menjadi penyelamat. Dapatlah murid-murid ni gunakan komputer. So, ASTRO, sila check apa yang dah tak boleh pakai tu ye!

Bilik komputer..

Boleh tengok TV..

Mari belajar..

Then it's time to go home. Bersiap-siap lah kami untuk balik. Murid-murid kat situ dah buat muka sedih. Macam tak merelakan kami pergi gitu. Alahaaaiii..

Posing sebelum balik..

Get ready!

Off we go..

Muka sayu mereka..

10.45 pagi. Kami bergerak pergi. Too bad sekejap sangat kami datang. Lain kali boleh datang lagi. Nak kena plan betul-betul sebelum datang. We crossed the river again dan teruskan perjalanan Once in a while kami berhenti sekejap untuk relaks-relaks. 

Posing kat sungai.. Air surut sangat..

We came from there..

Sebetulnya ada jambatan tapi dah runtuh..

Berhenti sekejap..

Ada penumpang di tengah jalan..

Around 2.30pm kami tiba di jambatan. Berhenti sekejap untuk melepaskan lelah dan seterusnya bergerak ke pekan Kota Marudu. Makan tengahari kat kedai mahal hari tu dan terus bergerak balik ke KK.

Cantik trak kami ni..

Lunch time..

Momom!!

We arrived in SKTM around 7 petang. Memang melepek kepenatan lah. Nak drive balik lagi. Hurrr..

Moh balik!

From the trip, banyak benda yang aku dapat. Aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada. Benda cikai-cikai yang ada di sekeliling kita ni sebenarnya sangat mewah bagi mereka yang berada di kawasan pedalaman tu. Treasure what you have. Jangan mengeluh. Kalau tetiba rasa nak mengeluh, ingat kat mereka-mereka ni.  

Well, overall, aku penat sangat tapi worth it lah. Lain kali kalau ada aktiviti off-road lagi memang nak kena join.