Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, September 28, 2012

Tony Moly 1Borneo

*Dah tutup dah pun. Now kat mana aku nak dapatkan stok. Hampeh betul. -__-

It is now open in 1Borneo. Yay~!! Seronoknya aku.. Apa yang seronok pun tak tau. Bukannya aku pakai produk ni pun. Hehehe..

It is on Level 1, berdepan dengan Flipper & Scholl. Dekat dengan Watsons some more. Memang takkan missed lah.

Bila nak tukar ke JYJ?

Well, semakin banyak nampaknya produk kecantikan Korea masuk ke Malaysia especially kat KK ni. Macam-macam jenis dah. Budak-budak yang obses dengan produk Korea mesti pening kan. Kesian betul. Aku dulu zaman remaja pakai Avon je. Tu pun cilok Cik Ina punya. Huhuhuhu..

Lepas ni apa pulak ye? 

Thursday, September 27, 2012

Bulat-Bulat

Apa yang bulat? My new anak angkat..

Comeyy tak? :P

Tuesday, September 25, 2012

McD Gangnam Style

Siang tadi masa belek-belek Twitter, aku nampak benda alah ni. Amboih. Kemain pakcik PSY ni tweet. 


Katanya gigih orang Malaysia ni kan dok ber Gangnam Style. Membawak sampai ke Mekdi.

Ni gambarnya..

Maka aku pun kata, biar betul mekdi ni? Tak puas hati, waktu lunch aku ke mekdi. Terjeling-jeling dari jauh tengok bungkusan McShaker tu. Tak ada pun Gangnamnya. Kat KK ni belum ada kot. Kataku dalam hati.

Geng karatz kat KL pun turut curious. Ada yang cepat je terus ke mekdi. Nahhhh.. Hampeh tak ada apa-apa pun.

Gambar sebenar..

Siapalah punya kerja tu mentroll orang. Sampai PSY pun kena troll jugak. Well, nice troll though. ^_____^

Saturday, September 22, 2012

Perasaan Hasad Dengki Berapi-Api

Itu kata K Awa bila aku post gambar ni kat Facebook. PHD. Macam kelakar je bila baca.

Pizza Hut Delivery..

So, a new place to hangout in IP? Errr.. Nak hangout pun tak boleh kot sebab kecik je tempat ni. Dia suruh tapau bawak balik je. Makan kat rumah.

Makanya orang macam aku ni kena selalu rajin-rajinkan diri datang sini. Mana tau ilham nak buat PHD tu datang dengan cepat. Kekekekeke.. Takde kena mengena pun. Huhuhu..

Thursday, September 20, 2012

Lagi-Lagi Exam

Yes. Minggu Exam datang lagi. Kalau nak tengok aku sewel tahap gaban, meh datang jumpa time musim exam macam ni. Sewel sebab nak marking paper. 

Total students = 137 orang

Hambikkkk~!!

Layan blues kat luar memikirkan macam mana nak marking nanti..

Dah habis exam!!

Makanya, I need someone to help me. Siapa nak tolong, sila angkat tangan!!

Monday, September 17, 2012

The Pipes..

Dah fedap kekdahnya dengan air yang mengalir keluar merata-rata kat dapur nun, makanya tuan rumah pun dipanggil dan paip pun dibaiki.

Cuma kali ni dilencongkan ke arah lain pulak. Paip lama yang berada kat dalam dinding, bawah tanah tak akan digunakan lagi dah. Mudah-mudahan tak ada lagi dah kebocoran, 

Going up~!!

Lencongkan ikut beranda..

Kat carpark..

From the main pipe..

Settle! Tapi air masih lagi mengalir keluar dari celah-celah lantai............... ARGGGHHHH STRESSSSSS!! Ada hantu kot rumah aku ni. Huhuhuhuhu...

Saturday, September 15, 2012

Nama Saya Demok

Nama saya Demok. Saya adik Kakak Dila. Kakak Dila sangat sayangkan saya. Itu sebablah saya gedik dan mengada-ngada.

Saya datang jenguk Kakak Dila bila saya lapar. Kakak Dila memang ada sediakan makanan untuk saya 24/7. Saya hanya perlu mengiau-ngiau di depan pintu. Kakak Dila akan bukak pintu dan beri saya masuk untuk makan.

Selepas makan, saya akan baring-baring sejam dua untuk menarik perhatian Kakak Dila. Mula-mula saya baring mengiring. Kakak Dila buat bodoh tak pedulikan saya. Saya pun datang mendekati Kakak Dila dan baring di kakinya. Sekali sekala saya guling-guling macam aksi dugong sarkas. Dengan harapan Kakak Dila akan nampak penat lelah saya lalu mengagah-agah saya macam baby.

Kadang-kadang Kakak Yatt datang menjenguk saya. Saya suka kalau Kakak Yatt datang. Sebab saya boleh tunjukkan aksi gedik saya kepada dia pulak. Baru-baru ni saya telah mencipta aksi baru iaitu baring terlentang di atas sofa. Mesti Kakak Yatt suka kalau saya tunjuk aksi ni pada dia.

Kakak Yatt~!! Jangan lah paparazzi kite~!!

Kakak Yatt suka melayan saya. Saya pun suka dilayan. Macam biasa, selepas saya menunjukkan aksi sarkas saya pada Kakak Dila, saya akan buat encore untuk Kakak Yatt pulak. Kakak Yatt akan bertepuk tangan gembira apabila saya mula menggedik.

Tapi, kadang-kadang Kakak Yatt jahat. Dia selalu makan sendiri-sendiri tak nak ajak saya. Saya pun mula lah memprotes. Saya merajuk dan baring jauh-jauh. Tapi Kakak Yatt tak nak datang memujuk. Ini tak boleh jadi! Saya harus menunjukkan yang saya sedang merajuk. Makanya saya pergi ke kaki Kakak Yatt dan membuat aksi guling-guling di situ. Kakak Yatt buat donno. HUL~!! Daebak lah ini Kakak Yatt. Tension betul saya dibuatnya. Argghhh~!! Saya buat aksi mati kejung lah macam ni! Biar Kakak Yatt kesian kat saya.

Kakak Yatt tak nak bagi kite makan.. Kite merajuk!!

Kakak Yatt tergelak. Dia menendang-menendang manja ke montot saya yang gebu ni. Lakonan saya berjaya jugak akhirnya! Hasilnya, Kakak Yatt mula menggomol-gomol saya. Bahagia sungguh hidup saya. Ramai betul kakak-kakak yang sayangkan saya.

Kakak Yatt. Kakak Yatt dah lama tak datang jenguk saya. Marilah datang sini. Saya ada aksi baru nak tunjuk kat Kakak Yatt. Kakak Dila dah tengok banyak kali dah aksi ni. Datang ye Kakak Yatt? Datang lah.. Meeeooowwwwww....

Tuesday, September 11, 2012

Buku Hikmat

Aku kalau pergi jalan-jalan, benda ni memang tak boleh tinggal. Buku nota dan pen. Kalau tak ada benda ni, tak lengkap rasanya gear jalan-jalan aku.

Buku nota ni aku namakan buku hikmat. Walaupun dah macam belacan rupa parasnya, ia dah banyak berjasa. Dalam buku ni lah tempat aku mencatatkan kesemua benda yang berkaitan dengan aktiviti jalan-jalan aku. Dari itinerary sehinggalah budgeting, kos perbelanjaan dan lain-lain. Asal ada benda yang menarik sepanjang perjalanan mesti aku nak jot down. 

Buku nota cilok dari PanPac KLIA..

Perbelanjaan di New Zealand..

Setelah dibelek-belek, buku ni menyimpan details tentang dua trip aku ke Korea, trip ke Taipei, trip ke Bangkok dan juga trip ke New Zealand. Kalau hilang buku ni, nangis lah aku tak ada benda reference untuk dibuat bahan repekan kat blog ni.

So siapa yang nak pergi jalan-jalan tu, disarankan untuk bawak satu buku nota macam ni. Trust me. Sangat-sangat membantu sepanjang perjalanan.

Friday, September 7, 2012

From Taipei With Love ~ Day 5 & 6 (Final Day): Chiang Kai Shek Memorial Hall, U.P.i, Lantern Festival

Tuesday, 7th February 2012

Hari kelima kami di Taipei. Cuaca hari ini tersangatlah sendu, lemau dan mendung. Hujan renyai-renyai pulak tu. Mungkin langit Taipei tengah menangisi kepulangan Aleng ke Malaysia. Hehehe.. Yeps. Aleng balik hari ni. Dia tak dapat cuti lama-lama, makanya dia balik dulu. Lagi tiga termasuk aku, balik besok. 

Untuk hari ni, kami tak ada plan untuk pergi ke mana-mana. Jalan sajalah. Sebelum jalan-jalan kami hantar Aleng ke stesen bas. Agak mengkonfiuskan jugak dengan stesen bas di Taipei ni. Bas ke airport letaknya di stesen lain. Tidak sama dengan stesen bas utama Taipei, tempat kami naik bas ke Luodong semalam. Aleng yang sudah berapa kali datang ke Taipei, menonong lead kami ke stesen bas yang dimaksudkan. Tak jauh mana pun kalau jalan kaki dari Taipei Backpackers ni.

Taipei Backpackers :: Taipei Bus Station :: Taipei Bus Station (to Airport)

Wednesday, September 5, 2012

Welcome New Intakes!!

Weekend yang lepas, pelajar baru mula mendaftarkan diri. Minggu ni pulak minggu orientasi. Aku yang kesengalan ni terlibat jugak lah. Dengan aktiviti yang melibatkan sekolah. 

Tu dia...

Tak ada apa sangat pun. Setakat memperkenalkan diri je. Tu pun ada orang tak ingat nama aku siapa. Memang segenggam kepalan penumbuk sudah ready aku keluarkan. Huh..

Welcome.. Welcome~!!

Then it's time to meet amongst the program. Aku sekadar menyemak menunjuk muka. Biasalah aku kan. Gila glamer. :P Nasib baik aku datang tau! Sebab macam-macam soalan budak-budak ni tanya yang tak dapat dijawab oleh penasihat akademik yang sedia ada. Almaklumlah, masing-masing dah tiga empat tahun meninggalkan tempat ni pergi sambung belajar. Agak lost jugak lah. Aku yang agak otai yang tak reti-reti sambung belajar ni dapat lah jugak membantu serba sedikit menjawab soalan yang dikemukakan.

Masih innocent..

Yosh adik-adik sekalian. Belajar rajin-rajin ye! Maintain lah innocent sampai ke tahun akhir walaupun ianya mustahil. Hahahaha..

Monday, September 3, 2012

Ayam Mati

Hari ni aku ada meeting. Dalam meeting biasalah ada minum-minum, makan-makan. Kalau meeting tu memboringkan, memang aku aim untuk sesi ni je lah. Hehehehe..

Hari ni ada kuih bingka dua jenis. K Jane disebelah dah mula menyuap kuih masuk ke dalam mulut. Tiba-tiba.. "Adui... Kuih ayam mati ni..." Katanya. 

Kuih Ayam Mati..

Now, now. What is kuih ayam mati? Adakah bingka ni dipanggil kuih "ayam mati" kat Sabah ni? Hahahahahahhahaa.. Manalah aku tau kan? Suka-suki aku je.

K Jane kata ayam mati tu maksudnya no good. Lah.. Maksud dia, kuih tu tak sedap la ye? No good one? Gitu kisahnya!

Kesimpulannya, aku belajar perkataan baru hari ni. Ayam Mati = No Good. Boleh digunakan dalam konteks lain jugak. Kalau jalan teruk, boleh jugak sebut jalan ayam mati. Hehehehe.. Cool huh??

Tapi, why ayam? Not lembu, not kambing or tenuk or cipan? Kena tanya K Jane lah macam ni...

Sunday, September 2, 2012

Harta Terbaru

My latest friend. It's 1TB. Sengih melebar aku. ^__________________^

Kawan baru..

Sudah selamat ku campakkan semua khazanah-khazanah lagha masuk sini.

Saturday, September 1, 2012

Tapai Pening

Aku biasa jugak makan tapai beras pulut ni. Tapi yang biasa-biasa warna putih tu lah. Kalau kat JB, Cik Ina rajin jugak beli kat pasar tani. 

Ni baru first time jumpa yang pulut hitam. Kat openhouse office mate. Homemade lagi tu. Boleh lah try test rasanya macam mana.

Tapai Peningsss...

SEDAP! Tapi.................. Perghhhh rasa ketapaiannya tu sangat kuat. Lepas makan tu tiba-tiba rasa lalok. Hahahahaha.. Giler ahh!

Balik rumah terus pengsan sebab sakit kepala. Tak nak lah aku try makan lagi. T T