Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, August 29, 2012

Boyfriend Saya

Saya ada seorang boyfriend. Saya sayang boyfriend saya. Tiap-tiap hari saya dating dengan boyfriend saya. Hujung minggu tak pernah lekang berkepit 24 jam. Sampai kawan-kawan ajak keluar meronggeng pun saya terpaksa tolak. Kalau saya keluar outstation saya akan jadi gelisah. Tak sanggup rasanya saya berpisah dengan boyfriend saya yang seorang itu. 

Tetapi dua tiga menjak ni boyfriend saya mula berubah. Kadangkala dia diam seribu bahasa. Kadangkala suaranya meninggi. Wajahnya kadang-kadang pucat. Kadang-kadang dia sakit terkena semut-semut. Kadang-kadang dia ketawa lepas tu dia menangis. Kadang-kadang dia menangis dulu lepas tu tiba-tiba ketawa. Melihatnya, saya amat susah hati. "Awak jangan lah buat saya macam ni ya. Sedih saya dibuatnya." Kata saya dalam hati. 

Dua hari sebelum balik beraya saya dating dengan boyfriend saya. Saya sakit hati dengan perangai boyfriend saya yang berubah kebelakangan ini. Makanya, saya pun naik hantu dan marah boyfriend saya. Saya pukul-pukul boyfriend saya. Saya goncang-goncangkan badan dia. Saya hentak-hentak dia. Kalau orang nampak saya bergaduh dengan boyfriend saya ni, mesti orang ingat saya ni gila. Memang saya gila. Sebab boyfriend saya lah saya jadi gila!

Boyfriend saya terima saja makian saya. Dia terima saja pukulan, sepak terajang saya. Seolah-olah redha dengan kelakuan saya. Dia diam seribu bahasa. Tapi.... Dengan tak disangka-sangka tiba-tiba boyfriend saya naik hantu dan meletup. Boom boom kebabom bommmmm DUSHHH~!! What? Kenapa dengan boyfriend saya ni? Saya jadi panik. Saya tak tau nak buat apa. Boyfriend saya terbujur kaku. Saya check nadinya. Tiada pergerakan. Saya picit sini sana. Pun tiada respons. Oh tidak.. Boyfriend saya telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. "Awak! Sampai hati awak! Sanggup awak buat saya macam ni? Dah lah nak raya. Awak! Awak tau tak saya tak boleh hidup tanpa awak? Awak kejam! Macam mana saya nak cari pengganti awak?" Saya meraung sekuat-kuat hati.

Saya sedih. Dua hari ini merupakan hari-hari yang paling sukar untuk saya. Tiada lagi kedengaran suara boyfriend saya. Saya rindukan dia! Saya balik kampung beraya dengan hati yang sedih. Saya mengadu dengan ibu saya. Ibu saya memujuk, tak apa. Nanti adalah pengganti tu. Ye, memang saya akan dapat pengganti. Tetapi saya harus berkorban untuk mencari pengganti itu!

Setelah berkorban jiwa raga, saya mendapat boyfriend baru selepas seminggu beraya. Boyfriend saya yang baru ini lebih handsome dan gagah perkasa. Makanya, saya lagi sayang boyfriend baru saya ini. We will be together forever kan sayang? I Love You.... ^_____^


CERITA SEBENAR............

Aku suka tengok TV. Tiap-tiap hari mesti nak tengok TV. Time makan, makan depan TV. Time mengemas rumah mesti nak pasang TV. Time memasak pun mesti aku berlari-lari ke ke dapur dan lari-lari ke depan TV. Pendek kata TV is my life. TV is my boyfriend. Kerana TV aku sanggup duduk rumah pada hujung minggu. Aku sanggup tak keluar ke mana-mana demi melayan rancangan-rancangan yang ada kat TV tu. Kalau aku keluar, mesti nak kena pakai duit. Baik duduk rumah je tengok TV. Boleh tergolek-golek. Boleh jimat duit. Kan?

Tapi sejak dua menjak ni TV aku bengong. Dah tua agaknya. Dah layak dicampakkan ke lombong. Sekejap-sekejap tak ada suara. Sekejap-sekejap tak ada gambar. Sekejap-sekejap tengah syok-syok tengok rancangan yang ada tiba-tiba dia pergi search channel sendiri. Sekejap-sekejap search UHF lah. Sekejap-sekejap VHF lah. Bila dah ok, tiba-tiba volume naik sendiri. Lepas tu boleh dia turun sendiri. Memang dah gila TV aku ni. Tension aku dibuatnya bila tak dapat tengok rancangan kegemaran aku  

Dua hari sebelum balik beraya raya, TV aku buat hal lagi. Damn you!! Aku nak tengok Gaksital tau tak? Nak tengok Joowon yang comel tu. Hisshhh.. Geramnya aku. Aku ketuk-ketuk, aku goncang-goncang dan aku hentak-hentak TV aku tu. Memang tak ada respons. Blank all the way. Keluar semut-semut tanpa gambar. Sangat tension. Ye. Korang akan cakap aku dah gila. Memang gila dah. Motip pergi hentak-hentak, goncang-goncang TV tu kan. Dah lah berat kemain nak angkat TV tu. Bajet kalau goncang lebih-lebih boleh nampak gambar terus lah tu. Hahahahhaahhaa.. Gila aku ni.

Tiba-tiba tak semena-mena dia meletup! Boom boom kebabom bommmmm DUSHHH~!! Dan keluar lah bau hangit. Hoi kenapa ni? Aku tekan-tekan, switch on off tapi tak ada respons. Sah lah. Kojol dah TV aku ni. Hul~!! Ko saja nak sakitkan hati aku kan TV? Dah lah nak raya ni. Mana aku nak cekau duit nak beli TV baru? Takde TV memang tak meriah lah hidup aku. Grrr... 

Dua hari aku melopong. Tengok dinding, tengok siling tengok lantai. Nak surf internet pun, internet lemau hazabedah. Dua hari ni tak pasal-pasal aku tidur awal. Semuanya disebabkan kau TV!! Balik kampung, mengadu kat Cik Ina. Cik Ina kata, beli lah yang baru. Ye. Memang nak kena beli yang baru. Selamat lah bonos kerajaan bagi aku buat beli TV. Huwaaaaa~!!

Selamat. Seminggu selepas raya dapat dah TV baru. SENGKEK tau tak! Tapi tak kisah lah. It's the latest model katanya. Huwahuwahuwa.. Lagi segak bergaya TV aku yang baru ni. Pori-pori muka pelakon kat TV tu pun aku boleh nampak. Jerawat batu pulak semakin detail. Suka banget! So, bye bye TV lama. Tak nak dah geng kau sebab aku dah ada TV baru. Encik TV baru, I Love You.... ^_____^

Hokhokhokhokhokhhhhokkokohohok.............

Tuesday, August 28, 2012

More Sexy, Free & Single

Hari ni aku beraya dengan geng karatz Mulan and Asue kat KLIA. Punyalah jauh kan. Dah alang-alang aku tersadai kat KLIA menunggu flight ke KK, boleh jugak habiskan masa jumpa-jumpa, borak-borak dan makan-makan. Sambil tu, boleh aku ambil version B dan repackage album budak-budak ni yang diorder dari Mulan. 

Kami beraya kat KFC je. Mulan pulak datang bawak lemang dengan rendang. Perghh.. Sedap banget! 

Melantak melantak..

Album dah dapat. Nak bukak sayang. Takut termeroyan kat KFC ni. Hahaha.. Jadinya simpan-simpan dulu. Dah habis makan baru aku belek dan telek dan bukak plastiknya. Photocard siapalah yang bakal aku terima. Jeng Jeng Jeng..


Aaaaa... AAAA.. AAAAYYYYAAAMMM~!! Rezeki makan ayam kepsi! Dapat jugak PC ayam. Hehehehe.. Meleret sengih sampai ke telinga. Tergedik-gedik aku dibuatnya. Hihikss..

PC Ayam..

Ye.. Terima kasih!! 

Kohkohkoh.. Kehappyan kebangetan. Sampai tak sedar dah nak dekat pukul 10 malam. Cepat-cepat say bye bye kat Mulan and Asue dan pecut ke departure hall. Masih sengih-sengih macam orang gila. Jangan atas flight nanti aku tidur sambil tersengih sudeyyhh..

Sunday, August 26, 2012

CARIans Beraya~!!

CARIans? Ye. Kami lah warga forum CARI. Kami umat-umat yang aktif di rumah Asian & Latin Mania. Aku ni dulu-dulu ye lah aktif. Kiasu bukak macam-macam thread. Sekarang ni dah tak berapa nak aktif. Banyak meroyan kat twitter je. Kami ni mula-mula dulu sekadar cot cet cot cet kat alam siber je. Dua tiga tahun kebelakangan ni baru berani nak bersua muka. Dah tu, kerjanya asyik nak jumpa je. Kekekeke.. 

Kami berkumpul bila K Bel kata nak turun JB. Makanya, CARIans sewel yang geng dengan K Bel yang ada kat JB yang berapa kerat ni pun berkumpul-kumpul lah. Mula-mula pergi rumah Cik Seben kita. Cik Seben masak mi bandung. Sedap weii~!! Kena suruh dia masak lagi ni. Hehehe.. Sambil makan sambil meroyan. Mana taknya. Semalamnya, Cik Seben telah meredah tambak Johor menjadi wakil media CARI ke press conference Lee Seunggi. Hulalalalalalalalala.. Super jeles. Kalau aku tau, aku ikut je dia pergi. Hul!

Antara merchandise yang diterima kat event tu.. Berangan je lah..

Gigih mereka..

Ngangangangangangaaaaaa...

Dah abis beraya rumah Cik Seben, beraya ke rumah aku pulak. Mencot cet sambil makan-makan jugak. Aku masak spageti sempoi je. Pastu Cik Ina rajin pulak menggoreng mi. Hah.. Melantak lagi.

Peace!!
With Bella.. Anak K Bel..

Final Pose..

Hoyehh!! Baru 4 orang berkumpul dah boleh runtuh rumah. Kalau lagi ramai entah macam mana ye. Hehehe. Ada rezeki, kita berkumpul lagi yok! Mesti ada ramai lagi yang nak join. ^____^

Thursday, August 23, 2012

Cucu-cucu Atukku Beraya

Cucu-cucu orang lain pergi beraya kat rumah orang. Tapi cucu-cucu atukku, beraya kat sini......




Balik beraya, terus kena marah.. Muekekekekekekekekekeke..............

Tuesday, August 21, 2012

Raya Raya Raya!!

Selamat Hari Raya semua! Seperti tahun-tahun sebelumnya, raya-raya ni, tempat aku kat dapur je. Jadi bibik. Memang comot lah 24 jam. This is what I did..

1. Buat sarung ketupat. Terer tau. Cakap je ketupat jantung, sate, bawang semuanya kacang goreng. Hehehehe..


2. Masak Rendang. Aku tukang kacau je. Hehehe.. Nak masak sendiri dari scratch haruslah tak pandai sebab nak masak dalam kuantiti yang banyak. Jadinya aku tukang campak-campak je lah.



3. Buat lepet. Ini namanya lepet. Intinya pulut dan kacang merah yang direndam. Nak buat sangkarnya ya ampun. Susah gila. Dah lah first time buat. Sebelum-sebelum ni nenek dan makcik aku yang buat tapi tahun ni kami yang pangkat-pangkat cucu dan anak saudara ni yang mengerjakannya. Alhamdulillah, last-last menjadi jugak. Tahun depan ada gaya kami pulak yang mengambil tender.


4. Buat sambal goreng. Lauk raya paling aku suka. Ni paling kacang. Senang je nak buatnya sebab semua setakat goreng-goreng dan campak-campak je. 


Motip semuanya gambar makanan je? Ye lah. Dah duduk kat dapur je. Kalau duduk kat depan melayan tetamu haruslah gambar pakai baju cantik-cantik. Hehehe.. Ye lah. Tahun ni tak bergambar pun. Gambar family pun takde. Masing-masing takde perasaan nak raya. Raya-raya ni dah macam event kumpul ramai-ramai makan-makan je. Hehehe..

Hasil tangan CikSengal.. Bangga wei!

Dah pandai masak lauk-lauk raya ni senang lah kan. Boleh kahwin dah. Hohohohohoho...

Friday, August 17, 2012

Enjoy Kitchen, Taipei

Another place to melantak in Taipei. It's Enjoy Kitchen bebehhh~!! Macam-macam menu ada kat sini dari nasi, mee, burger, salad, macam-macam lah. Yang penting restoran ni menyediakan makanan Halal. Apa lagi. Memang seronok untuk menketedarah dengan hebatnya. Nyamm!

Enjoy Kitchen ni letaknya kat Roosevelt Road. Daerah Zhongzheng jugak. Nak ke Enjoy Kitchen ni, paling senang naik MRT kot? Naik train dan turun di stesen Taipower Building. Dah tu, keluar dari stesen, jalan kaki tak sampai 5 minit. Sampai lah kat Enjoy Kitchen tu.

Taipower Building Station to Enjoy Kitchen..

Wednesday, August 15, 2012

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 3: Lake Tekapo, Salmon Farm, Lake Pukaki, Mt. Cook, Moeraki Boulders & Oamaru

Saturday, 28th April 2012
Lake Tekapo --> Salmon Farm --> Lake Pukaki --> Mt. Cook --> Moerarki Boulders --> Oamaru

Nyaman. Selesa. Terawang-awang. SAYA TAK NAK BANGUN! Huhuhuhu.. Sedapnya duduk mengerekot di bawah comforter di bumbung campavan ni. Oh ya. Tiba giliran aku untuk tidur di tingkat atas pula. Sangat hazabedah terseksa bagai nak naik ke tingkat atas ni. Aksi memanjat sangat lah huduh dan menakutkan. Satu kaki di kepala kerusi van dan satu lagi di celah-celah tingkap van, tertonggek-tonggek dan merangkak naik kepala dulu. Dah tu kena mengiring pusing 180 darjah. Bergegar-gegar campavan. Mana taknya, anak gajah naik. Dah tu, kepala tak boleh angkat tinggi-tinggi. Kaki pulak tak boleh nak gerak sebarangan. Baru seorang naik. Lepas tu K Awa pulak naik. Hahahahahaha.. Terkial-kial macam apa dah bila dua orang cuba menyelesakan diri kat bumbung ni. Terasa macam tidur dalam hotel capsule kat Jepun tu pun ada. Macam lah pernah pergi Jepun kan boleh rasa macam tu? Kekekeke.. 

Hari ni, tak berapa terlajak sangat subuh. Sempat lah jugak solat sebelum terang. Suasana mulai sibuk dengan orang pergi ke tandas, gosok gigi, mandi-mandi dan sebagainya. Aku terlupa tandas di sini dikongsi bersama. Aku yang tengah mamai melayan blues merenung cermin tiba-tiba ala-ala terkena renjatan elektrik apabila seorang mamat datang gosok gigi di sinki sebelah aku. Dia buat donno, makanya aku pun buat-buat donno je lah. Selesai gosok gigi, cuci muka, aku pun keluar. Pagi ni tak mandi sebab malam tadi dah mandi. Heheheheh.. Jimat duit aku. Lagipun sejuk sangat lah nak mandi! Hurrrr...

Monday, August 13, 2012

Majlis Penutup Infosys Foundation Program 2012

Yosh.. Inilah antara sebab kenapa aku balik raya awal. Sebab event ni lah. Balik raya awal, tapi ada kerja for the next 4 days. Kill two birds with one stone lah kiranya ni.

Hari ini datang lagi. Majlis penutup Infosys Foundation Program 2012. Oleh kerana tahun ni program ini diadakan di dua tempat, makanya majlis penutup juga diadakan di dua tempat. Majlis yang pertama di adakan di UTHM. Majlis kedua pulak di Vistana Kuantan pada keesokkan harinya. Dan aku telah menghadiri kedua-dua majlis ini. Ponekk!!

Aku gerak ke UTHM dari rumah. Drive sendiri ke Batu Pahat sana. Tak jauh mana lah. Lebih kurang satu jam 15 minit je. Majlis penutup ni diadakan sekali dengan majlis berbuka puasa. Makanya, aku datang ini untuk melantak dan menunjukkan muka aku yang rajin ni je. Mana taknya, aku tak ada hantar students ke UTHM ni. Semua students aku, aku campakkan ke UMP. Datang ke UTHM ni sekadar untuk memeriahkan majlis je. Hehehehe..

Belok kiri!

I'm here..

Ku pikirkan aku sudah lambat. Tapi dewan kosong. Lah. Aku paling awal rupanya. Tak apalah. Duduk je lah lepak-lepak. Lebih kurang setengah jam kemudian, dewan mula dipenuhi peserta-peserta program serta SPoC dan ahli jawatankuasa Infosys yang lain.  Majlis pun dimulakan!

Buku aturcara..

Terdapat beberapa ucapan bla bla bla, acara pemberian sijil, penganugerahan top 10 peserta terbaik, best group dan sebagainya. Selepas selesai semua kami bergambar beramai-ramai. Then it's makan time! Berbuka lah kami semuanya. Alhamdulillah. ^___^

Nasi Beriyani!!

Ada doorgift..

Sambil makan, sambil mata aku melilau mencari kot-kot ada yang dikenali. Almaklumlah aku ni ramai geng kat UTHM ni tapi nampak gaya macam tak ada lah pulak. Masing-masing sebok berbuka puasa dengan keluarga masing-masing kot. Kalau tak boleh buat acara jejak kasih.

Dah abis event, aku terus balik rumah. Besoknya aku bergerak ke UMP pulak. Naik bas dari Batu Pahat sebab pihak Infosys Committee ada menyediakan bas dari UTHM ke UMP. Aida dan Cik Ina menghantar aku ke Batu Pahat semula. Dah alang-alang sampai tu mereka pergi shopping kerepek untuk raya ni.

Dah lama sebenarnya aku tak ke pantai timur melalui jalan darat. Tak boleh nak bajet berapa jam perjalanan dan lalu jalan yang mana. Sepanjang perjalanan kerja aku tidur, bangun, tidur, bangun. Tak sampai-sampai. Jauh betul rasanya. Memang jauh pun. Aku sampai di Kuantan selepas hampir 5 jam mengerekot kat atas bas. Lenguh satu badan.

Majlis bermula jam 5 petang. Selepas check in, aku sempat menggolek-golekkan diri tidur. Bila aku turun ke bawah, dewan kosong. Aikkk?? Tak kan aku paling awal? Rupa-rupanya masing-masing berada di luar hotel untuk sesi bergambar. Cepat-cepat aku turun. Muka aku ni mesti masuk dalam gambar!


Then the event started. Majlis yang ini agak meriah sebab peserta lagi ramai, dan ahli committee pun ramai yang turun padang. Students aku tak nampak pun batang hidung. Menyorok agaknya.

Buku aturcara..

Seperti majlis semalam, ada ucapan, ada majlis pemberian sijil dan penganugerahan top 10 peserta terbaik. Rasa nak nangis aku bila diumumkan dari 10 orang peserta terbaik tu, 4 orang merupakan anak murid aku. Huhuhuhuhu.. Sangat terharu. Setiap kali nama UMS diumumkan, aku menjerit macam orang gila. Hahahaha.. Suka wei. Macam tak percaya pun ada. Yelah, budak-budak ni, masa belajar huha huha banyak sangat. Kat sini tiba-tiba korang excel ye. Bangga betul lah.

Prof K giving his speech..

UMS Warriors.. 

Dah habis semua acara anugerah, aku diasak dengan request untuk jadi hos tahun depan dengan alasan budak-budak UMS pandai-pandai. Hul~!! Masak lah aku! Banyak paperwork nak kena buat ni. Management aku pulak entah nak sokong ke tak. Terpaksa lah aku mentabahkan diri untuk buat semua ni.

Then it's makan time! Majlis berbuka puasa kat hotel. Perghhh.. Harus lah meriah. Macam-macam makanan ada. Senak-senak aku dibuatnya. Sambil melantak sambil borak, Dekat pukul 10 baru kami beredar. Hahaha.. Melampau na kan.

Makannnnn~!!

Alkisah. Tamat lah Infosys Foundation Program 2012. Nantikan tahun depan di UMS pulak. Hahahahaha.. InsyaAllah. ^___^

Friday, August 10, 2012

Balik Raya~!!

Balik raya!! Ho Ho Ho balik raya! Seronok tau makcik nak balik raya ni. Tapi nak balik ni macam-macam dugaan yang terpaksa aku harungi. Chewah.. Macam besar je masalahnya kan. Boleh kira besar jugak lah sebab berkaitan dengan tiket kapal terbang untuk aku balik raya ni. Hampir-hampir saja aku tak balik raya. Tapi syukur Alhamdulillah. Semuanya settle dan aku balik hari ni! Punyalah awal kan. Kekeke..

Kali ni excited balik raya tu macam lain sikit. Berderau pun ada sebab bakal jumpa saudara mara, makcik-makcik yang dah lama aku tak jumpa. Seram nak mendengar pertanyaan yang satu tu. Wahai makcik-makcik sekalian, jangan tanya ye soalan tu. Nanti saya sedih. Terus saya tak nak beraya. Hahahahaha.. 

Bekal untuk Cik Ina..

Dah settle packing pape yang patut, beli pape yang patut aku pun bergerak ke KKIA. Naik MAS ye sebab pakai tiket balik wilayah yang free setahun sekali tu. Ha.. Sebab tiket balik wilayah ni lah aku hampir-hampir tak balik sebab yang menguruskan tu ala-ala sengal sikit. Semuanya last minute. Suka-suki dia je kan. Lagi last minute lagi lah tak ada tiket. Hul~!

KKIA agak lengang. Mungkin sebab aku sampai agak awal. Tak ada rupa orang-orang nak balik raya. Mungkin aku je yang terawal sangat balik raya.

KKIA yang tak berapa nak ramai orang..

Atas flight pun tak berapa ramai sangat. Seat tepi aku kosong. Yey!! Ada harapan aku nak melunjur ni. Hehehe.. Si ayam berlagak tak nak pulak balik beraya dengan aku. Kalau tak mesti aku dah heret duduk kat sebelah aku ni.

Mari melunjur!

Mula-mula tu ok je. Tapi lama-lama tu agak tension jugak lah sebab terpaksa tahan dengan godaan orang-orang yang bermusafir ni. Masing-masing sedap melantak nasi beriyani yang dihidangkan. Hurmm.. Aku yang tak puasa ni pun segan nak makan.

Selepas 2 jam 30 minit berada kat udara, akhirnya sampai lah jugak aku ke KLIA. Tak keluar ke mana-mana pun. Lepak-lepak je sekitar gate tu untuk menunggu flight seterusnya ke JB.

Flight ke JB pun kosong..

Tersengih sampai ke telinga bila menjejakkan kaki di tanah JB. Tak sabar nak menghadapi hari-hari mendatang. Nak raya ni, mesti aku sibuk. Sibuk menguli tepung membuat biskut raya. Hehehe.. 

Jemputlah datang ke rumah raya ni ye. ^___^

Sunday, August 5, 2012

Banjir Kilat

Ko hengat KL je banjir kilat? Rumah aku yang terchenta kat KK ni banjir kilat jugak kekdahnya. Banjir sebab paip air bocor. Banyak-banyak tempat, store room jugak lah nak tempat kau nak banjir kan. Menangis tak berlagu aku dibuatnya.

Macam mana tak menangis. Semua harta, khazanah, kotak-kotak yang rasa-rasa takmo pakai dalam waktu terdekat ni, semua aku humban dalam situ. Dah tu tak pernah check. Sekali bukak, hambik kau! Air dah bertakung. Kotak-kotak yang cantik dah hancur lumat bertukar menjadi lumpur. Ke lumut. Sekali pandang macam tanah pun ada. Isk.. Tak tau nak cakap macam mana dah rupa parasnya. Sobss..

Hambik!!

So nak buat apa? Mana yang boleh diselamatkan, aku selamatkan lah. Mana yang tak boleh, ke tong sampah lah jawabnya. Dekat seminggu jugak aku kerjakan store room ni. Satu bilik cenonet ni je. Kalau satu rumah entah tak boleh aku nak imagine macam mana. Terbayang-bayang kat kepala berita kat TV. Berita tentang banjir. Berita tentang mangsa banjir. Huk! Sedih tiba-tiba.

Jumlah kerugian? Entahlah. Dalam RM1K jugak kot aku campak ke tong sampah. Huhuhuhu.. 

Saturday, August 4, 2012

Laksa oh Laksa

Dah berapa minggu ni aku teringin nak makan laksa. Cari kat PaRam tak ada lah pulak. Hurmm.. Nak kena masak sendiri lah macam ni ye?

Pusing-pusing aku pergi mencari mi laksa. Entah berapa kedai aku masuk. Dah berapa hari dah. Semuanya tak ada jual. Bila ditanya, habis stok. Bila ditanya, stok tak sampai lagi.

Kapal kontena laksa karam dilautan kah?

Setelah seminggu mencari, jumpa juga akhirnya. Walaupun rupa mi laksa itu sangat pelik dan tak pernah aku nampak begitu rupa paras nya, aku bedal je lah. Godek-godek resipi kat internet and voila~!! Dah tak mengidam dah. Hehehehe..

K Awa kata ni Laksa Timun.. Kekkeke..

Apa yang ada je lah aku campak masuk dalam laksa tu. Tersengih sampai ke telinga dapat makan laksa. Lepas ni masak soto pulak lah. :P

Thursday, August 2, 2012

From Taipei With Love ~ Day 4: Taipei Bus Station, Luodong Biscuit Shop, National Center for Traditional Arts, EverySing, Shida Night Market

Monday, 6th February 2012

Hari keempat meroyan di Taipei. Habis dah aktiviti-aktiviti lagha. Now aktiviti jalan-jalan pulak. Hari ni kami ke Luodong. Ada apa kat sana? Meh aku cerita.

Setelah breakfast ala kadar roti cicah tuna mayonis dan sedos banana milk, kami berjalan kaki ke stesen bas. Nak pergi Luodong ni jauh lah jugak sebab letaknya di luar Taipei. Kenalah naik bas ekspres. Harga tiket ke Luodong ialah NTD135 sehala. Pergi balik dah NTD270. Perjalanan ke sana pulak mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit untuk sampai. Sempat lah jugak nak tidur-tidur.

Sebenarnya kami ke Luodong ni untuk meneman Aleng shopping biskut. Luodong ni letaknya kat dalam daerah Yilan. Yilan pulak terkenal dengan local homemade biskutnya. Aku pun blur lah jugak biskut yang bagaimanakah rupa bentuknya tu. Aleng dok explain pun satu haprak aku tak paham. Kena pergi sana tengok dengan mata kepala sendiri baru boleh describe rupa bentuk biskut tu.

Mari cari kerja kosong.. Kekekeke..