Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Tuesday, July 31, 2012

Duit Raya

Semua orang dah sibuk-sibuk tukar duit raya. Tahun ni dapat duit kertas versi baru. Cantik tu cantik lah jugak. Tapi macam duit Monopoly je aku tengok. Macam main-main je duit tu. Huhuhu..

Syok tu syok lah jugak kan dapat duit baru. Tapi aku ada masalah lain lah pulak. Baki duit raya tahun-tahun dulu masih banyak. Bila kira-kira ada lah jugak dekat RM200. Bengap pulak aku tak tukar je duit-duit ni ke duit baru. Sengal sangat. Ni kalau aku bagi duit ni kat budak-budak datang beraya mau kena komplen sebab bukan duit baru. Budak-budak, apa diorang tau.

Apa nak buat?

Hurmmm.. Nampak gaya, kena lah bawak ke sana sini bila shopping. Habiskan duit ni secepat mungkin. Takut tiba-tiba kena announce duit lama ni tak boleh pakai lagi dah, mau menggagau aku masa tu nanti. T__T

Monday, July 30, 2012

Gado-Gado

Ini adalah menu berbuka puasa aku petang tadi. Gado-gado. Ramai yang tak tau apa gado-gado ni. Aku nak describe pun susah. Apa yang aku boleh cakap dalamnya ada nasi impit, sayur macam-macam jenis yang dicelur, tempe, tauhu, telur, keropok sayur, timun, etc., dan dicurah dengan kuah kacang. Perrghhhh.. Rasanya sangat marvellous!!

Gado-Gado

Asal gado-gado ni dari Indonesia. Makanan masyarakat Jawa kalau tak silap ni. Aku yang ada bau-bau bacang dengan Jawa ni, memang suka makan gado-gado ni. Hehehehe..

Lagi pulak portion yang dijual kat param tadi memang lah memenuhi citarasa aku. Banyak gilerr~!! Orang Jawa yang jual kan. Memang suka bagi portion besar-besar. Orang Jawa ni memang suka jamu orang makan. Tak kedekut bab makan. Tak percaya, silalah pergi rumah orang Jawa. Asyik makan je kerjanya. Tak macam orang Melayu. Berkira. Stemet lagi. Kalau sedap tak apa jugak. Sobsss..

Apa pun, kenyang aku dibuatnya. Agak-agak ada tak orang Jawa jual menu lain kat Param tu?

Sunday, July 29, 2012

TPM lawat bazar Ramadan Indah Permai, Sepanggar

TPM lawat bazar Ramadan Indah Permai, Sepanggar


KOTA KINABALU 28 Julai - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat lawatan ramah mesra di Bazar Ramadan Indah Permai, Sepanggar dekat sini sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Muhyiddin, yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, tiba di bazar berkenaan kira-kira 4 petang dan melawat 176 gerai yang menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

Turut sama ialah isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, isteri Musa Datin Seri Faridah Tussin dan Pembantu Menteri Kemajuan Sumber dan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Karambunai.

Lebih 500 orang sibuk membeli juadah berbuka puasa di bazar itu ketika Muhyiddin melakukan lawatan.

Beliau akan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Likas dan merasmikan Anjung Ilmu masjid berkenaan serta menyampaikan zakat kepada warga emas, ibu tunggal serta saudara baru. - BERNAMA

----------------------- -------------------------------------------------

Motip? Hahahahaha.. Bazaar Ramadhan taman rumah aku. Yang aku nyumpah-nyumpah tak berapa best tu. Yang aku tak minat nak pergi sebab tempat tu kecik, takde parking dan yang sewaktu dengannya. Banyak-banyak bazaar kenapa dia datang bazaar yang ni ye? Hurmmmm...

P/S: Aku rasa gerai kat situ tak sampai pun 76. Macam mana boleh jadi 176 ni. Confused....

Thursday, July 26, 2012

Sorry Sorry Sorry Sorry..

These kids made me crazy. Tiga minggu berturut-turut ada je masalah yang muncul. Minggu ketiga terus aku merajuk, menjerit TAK PAYAH DATANG KELAS!! dan terus berlalu pergi. Kesabaran aku dah habis. 

Panggilan telefon, SMS memohon kemaafan, semua aku bolayan. Lantak korang lah. You hurt me so much so why bothered. Seminggu aku mendiamkan diri.

Hari ni, aku menggagahkan diri menemui mereka. Bukan lagi sebaldi, rasanya satu tangki air aku hamburkan rasa kekecewaan aku terhadap mereka. Sedap kena marah. Masing-masing diam seribu bahasa. 

Dah tu, sekeping kad sebesar poster kuterima. Sorry Sorry Sorry katanya. Nak mintak maaf lah tu. Hati aku lembut sedikit. Tak sampai hati nak kata sorry naik lori lah.


Lembut tapi bukan fully lembut hati aku ni. Masih lagi ada kemarahan bersisa. Kalau korang buat tarian Sorry Sorry depan aku mungkin aku akan terus tersenyum ceria................

Monday, July 23, 2012

Catch Me If You Can ~ The Musical

Wednesday, 29th May 2012

Another round of musical! Banyak-banyak musical yang ada kat muka bumi ni, kat Korea jugak yang aku pergi. Dah tu, yang ada muka budak SuJu jugak yang aku pilih. Meh ketuk sikit kepala aku ni bagi waras. Tak habis-habis hanyut. >.<

Mula-mula dah tak ada harapan dah sebab dalam schedule, performance terakhir budak ni adalah pada 22hb Mei. Memang tak sempat lah. Geng karatz berdua Mulan & Kia memang sempat sangat pergi sebab memang ada kat Korea masa tu. Segala tiket dah dibeli. Excited kemain mereka. Entah macam mana, tup tup ada announcement, budak ni akan perform sekali lagi on the 29th. Nah. Memang ada rezeki aku ni. Setelah berjaya meracun dua beradik Leen & Idie tu, selamat lah aku merembat tiket kat Interpark. Dan tup tup jugak, performance dia pada 22hb tu dibatalkan. Alahaaaii.. Kesian kawan aku lagi dua orang tu. Terpaksa refund balik tiket. Diorang yang excited bagai nak pergi, aku pulak yang dapat. 

Catch Me If You Can. Jalan ceritanya? Sebijik lah macam movie lakonan Leonardo Dicaprio dan Tom Hanks tu kan. Cuma yang ni dalam bentuk musical. Haruslah banyak singing and dancing. Dah tu, watak yang Leonardo lakonkan tu kan ala-ala ABDUL (Angkatan Buaya Darat Udara Laut). Macam manalah agaknya si Cho Kyuhyun ni berlakon. Mesti cheezy wedges habis. Eiii.. Geli geleman pulak aku nak memikirkannya. 

Promotional Poster..

Friday, July 20, 2012

Infosys Foundation Program Batch 6

Sekejap je kan. Pejam celik, pejam celik dah batch ke 6 dan ke 7 dah Infosys Foundation Program ni. Terkenang-kenangkan zaman-zaman aku batch 2 dulu. Huwarrgghhh~!! Apa yang korang rasa sekarang ni aku dah rasa dah dulu. Malah lagi stressful sebab buat kat negara orang. Huhuhu..

Untuk program kali ni, aku menghantar wakil ke UMP saja. Ekcelinya, dua-dua universiti ada wakil - UMP dan UTHM. Tapi ada yang mempunyai masalah peribadilah, apalah, some shuffling were done, last-last semuanya dicampakkan ke UMP. 

I made a visit myself ke UMP untuk tengok diorang ni hidup ke tak. Kekeke.. Tengok-tengok OK je semua. Ada yang makin gebu pulak tu. Makan je ke kerja korang ni? Ada lah jugak some complaints here and there. Tapi itu normal lah. Benda-benda remeh je. 

UMS Warriors~!!

Overall, semuanya OK. Diharap mereka semua dapat banyak ilmu dari program ni. Bukan senang tau nak join program ni. Peluang sekali seumur hidup jangan lah disia-siakan.

After that, we had lunch with the VC of UMP. Aku duduk meja lain. Kalau duduk sama-sama meja VIP maunya dapat lagi satu BFF dari kalangan VC. Kohkohkoh.. Mereng.

VC of UMP, Prof Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim..

The event ended around 2pm. Banyak masa lagi sebelum flight balik ke KL. Boleh pergi jalan-jalan kat bandar. Tapi aku memilih untuk terus ke airport untuk membongkangkan diri tidur kat surau sana. Kehkehkeh...

Thursday, July 19, 2012

QPR in Kota Kinabalu

Sigh... Sigh... Double Sigh.. QPR in Kota Kinabalu. Datang sempena jelajah Asia Tour katanya. Ada apa dengan QPR ni? Aku bukannya minat QPR pun. Tak kenal pun pemain-pemain QPR ni. Berita diorang nak datang KK ni pun dah lama dengar tapi buat-buat bodoh je. Tak berminat gitu. Tapi.... TAPI.. 

TAPI bila tiba-tiba mamat bermata sepet itu dikatakan join QPR ni aku jadi tak tentu arah. WHAT? WHY? Macam mana dia boleh join QPR? Waaaaaaaaaaaaaaaa... Park Ji Sung ssi. Wae? How come you join QPR? Kalau dah join tu, maknanya.. Maknanya.. MAKNANYA YOU'RE COMING TO KK TOO? Warrrrrggghhhhh~!! Terus berminat nak ambik tau pasal QPR in KK. Hahahahhahaa~!!

QPR Asia Tour..

Actually, aku ni bukan lah gila sangat tengok Park Ji Sung ni. Tapi, sejak dia muncul dalam Running Man Episod 96 dan 97, aku terus meroyan. Mana tak nya, sebelum ni serius je main bola. Sekali, dia tunjuk perangai sengal dia yang entah apa-apa tu terus jatuh chenta lah aku ni. Kahkahkah.. Adoi lah Park Ji Sung. Ko ni memang sengal ekk? Walaupun kau tak hensem, aku terpikat dengan perangai sengal kau tu. Kehkehkeh..

Now, now. Mula-mula malas nak ambik tau pasal kedatangan QPR ke KK. Tapi disebabkan Park Ji Sung, aku gigih mengorek maklumat. Yang membuatkan aku hangen kuskus rasa nak debik dan makan orang ialah, kedatangan mereka kat KK ni time aku takde! I'm not in KK at that time. Cisss~!! Bencilahhhh.. Aku ada kerja kat Pahang. Dan dalam masa yang sama aku meluangkan masa balik kampung, spend time dengan family sebelum puasa. Huwaaaaaaaaa.. Menangis melolong-lolong lah tak dapat jumpa PJS. Sobbsss...

Ye lah kan. Kita dah minat. Dia datang kat tempat kita. Peluang tu mesti lah tak nak lepaskan kan? Bila lagi nak jumpa macam ni? Takkan aku nak pergi London sana cari dia. Huhuhuh.. QPR dijadualkan berada di KK 14-18 Julai. Lepas tu mereka akan ke KL pulak sampai 23 Julai kalau tak silap. Aku pulak kerja & balik kampung 13-18 Julai. 15-16 Julai di Kuantan, dan selebihnya di JB. Memang sedih lah. Macam mana nak susun jadual ni. Mau balik KK kah? Mau cari dia di KL kah? Serabut betul. Memang dah berkira-kira nak balik terus ke KK lepas habis kerja di Kuantan. Tapi bila pikir-pikir, lebih baik aku balik kampung. Lagi pulak, pakcik aku baru je meninggal dunia 10 Julai yang lepas. It's much wiser to spend time with my family daripada melolong kejar PJS macam kejar retis. Jadinya, bye bye PJS. I won't be seeing you when you come to KK. T_____________T

Sedih-sedih tu, I kept myself updated lah jugak dengan perkembangan semasa QPR (PJS sebenarnya.. kekeke..). Mereka tiba di Terminal 2 KKIA pada 14 Julai, lebih kurang pukul 1 petang. Dari London, transit di Hong Kong sebelum tiba di KK. I thought they came from Bangkok. Sebab kalau tengok kat website, diorang ada match dengan kelab Siam. Tak jadi agaknya. Sampai-sampai KK je hujan. Kesian. Dah lah naik AA pulak tu kan. Terpaksalah kau berpayung segala masuk ke dalam terminal. Sambutan yang diberikan pulak meriah. Siap ada persembahan tarian tradisional Sabah lagi. 


Their arrival..

Sepanjang mereka ada kat KK ni, mereka berkampung kat Sutera Harbour Resort. Dah sampai hotel tu maunya masing-masing terbongkang kepenatan. Malam ni rehat-rehat lepak-lepak kat hotel je. Besok baru mula training.

15 Julai. Hari kedua mereka di KK. Nak terberak aku bila dapat tau tempat training mereka. Tu tempat kerja aku! Whattt?? Why? Homaigad... Masa ni rasa nak hantuk kepala kat dinding. PJS datang UMS time aku takde? Hohhhh.. Sakitnya jiwa. Kalau aku kat sana mesti aku dah skodeng. Aishhh.. Geramnya. Iskkk.. Ohh sakit jiwa.............. 

Ko tak nangis ke bila tau? Huwaaaa...

Training..

Oppa.. Sobss..

Oppa.. Wae naege malhaji anhae?? ㅠ____ㅠ

Oppa..

Nangis lah banyak mana pun. Takdenye aku dapat jumpa PJS ni. Sobss.. The whole day diorang training kat UMS ni. Then, tak silap aku ada buat sesi main-main dengan budak-budak sekolah sekitar KK kat padang UMS tu. Huhuhuhu.. Bertuah betul budak-budak ni.

16 Julai. Press Conference. Tak pasti press conference tu kat mana. Mungkin di Sutera Harbour jugak. Dengar-dengarnya lepas tu ada Fan Meeting Session. Wahh.. Best betul lah. Kalau lah aku ada kat sana jugak. Huhuhuhu..

Press Conference..

Latest addition..

Suka oppa ye..

Why pompuan-pompuan baju merah tu nyemak je??

Dalam masa yang sama, ada beberapa players pergi ke SMK Putatan. Buat friendly match and sesi beramah mesra dengan pelajar-pelajar kat sana. Lucky kids. ^____^

Onuoha?

Aku tak kenal..

Lucky kids..

More lucky kids..

Match..

Based on beberapa testimony pemain-pemain (aku skodeng twitter some of them), diorang kata PJS sangat glamour kat KK ni. Walawweii.. Mestilah. Abe aku. Kohkohkoh.. Katanya PJS is big like Beckham. Wahh.. Zaman Beckham dah lama berlalu. Ni zaman PJS pulak. Fans pun dok kejar PJS je ke mana PJS pergi. Even dalam hotel pun. ^_____^

17 Julai. Finally, it's the day! QPR bakal bertemu dengan Pilihan Sabah XI. Perlawanan dijadualkan bermula pukul 8.15 malam. Tapi aku rasa lambat jugak tu start. Hurmm.. Mesti best kan game ni. Senang-senang je QPR belasah PSXI 5-0. Kekekeke.. How I wished I could be there. Bertambah-tambah jeles bila dapat tau ada colleague pergi tengok match ni. Huwaaaa...

PJS lead the team..

Hoihhh..

Habis dah. Pagi 18 Julai mereka bergerak ke KL. Aku pulak masih tertonggeng-tonggeng kat JB. Nak berselisih kat awan pun tak sempat. Huhuhuhu...

Their Chartered Flight..

Kat dalam flight..

Dari gambar-gambar yang aku skodeng kat Twitter, nampak diorang happy. Seronok main bola kat sini. Harap-harap mereka tak serik lah datang sini lagi. 20 Julai, mereka akan mengadakan friendly match against Kelantan kat Stadium Shah Alam. Semoga diorang have fun kat KL pulak. Geng-geng karatzz kat KL semuanya dah bersemangat nak turun padang. Masing-masing bukannya peminat bola pun. Datang sebab nak tengok PJS je. Kekekeke..

Lepas ni, boleh lah bodek Uncle Tony bawak PJS datang sini especially Sabah. Boleh aku bawak pergi beli mutiara. Hehehehehe.. 


Info dan gambar diambil dari:-

Wednesday, July 18, 2012

Ini Semua Coba'aaaan..

Coba'an mambang! Memang coba'an betul lah perjalanan aku ke Kuantan ni. Setiap saat, detik dan ketika. Chewah~!!

Bermula dari KL Sentral aku dah kelemauan. Arrived just in time untuk beli tiket dan lompat naik KLIA Express. Tapi kesengalan ya amat bila kedua-dua kaunter tiket KLIA Express tutup. Kena beli kat check-in kaunter MAS. Barisan panjang pulak tu. Dalam hati dah ala-ala menyumpah dah. I need to catch a train fast or else I'll have to wait for another 20 minutes. >.<

Tiba giliran orang depan, aku memang dah monyok kuasa seribu lemon. Tak pernah beli tiket kekdahnya. Banyak betul persoalan. Tanya itu ini, begitu begini. Bila dah puas bertanya, baru beli tiket. Bayar pulak pakai kad kredit. Memang sangap lah aku. Nampak gayanya, say bye bye kat train dan tunggu another 20 minutes. Bila tiba giliran aku, cepat-cepat aku beli dan zaaaaaasss berlari ke platform. Damnn.. I was late by few seconds. Blehhhh.. Coba'aaaan..

Menebenglah aku untuk menunggu train pukul 5.20. Flight ke Kuantan pukul 6.25. Hurmm.. Sempat ni, aku memujuk diri. MAS tak macam AA. Masih sanggup menunggu penumpang yang lambat. Kalau AA, kirim salam je lah. So, the train came, masuk cari port best and dozed off. Sempat lagi nak titon-titon ni. Sampai je KLIA, memang lari lintang pukang ler. Dah tu naik kat wing A pulak tu. Gate jauuuhhhh~!! Memang gasak. Tengok jam baru pukul 6.05 dan belum ada tanda-tanda nak boarding lagi. Lega lah jugak. Hehehehe..

Di kala tengah mencari port nak duduk, aku ternampak seseorang yang amat dikenali dari jauh. Ehehhh.. Mari kita duduk depan dia, kata aku dalam hati. Pergilah aku ke sana, dan duduklah aku di depannya. Terkejut dia bila ternampak aku. "Eh, you buat apa kat sini?", tanyanya. Aku lagi bapak terkejut. Kenapa dia tanya macam tu? Hahahaha.. "Pergi Kuantan la Prof.... Meeting Infosys tu...", kataku. Tergelak besar dia. Dia blur sebab ingatkan dia masih kat airport Kuching. Hahahaha.. It's Prof Khairuddin. The most sempoi vice chancellor ever. Macam lawak pulak kalau pikir-pikir aku BFF dengan VC yang sorang ni. Hahahaha.. Banyak lah kau punya BFF kan. Sengal..

Our meeting will start at 8pm. Landing nanti pukul 7.15, gitu gini, sempat lah sampai untuk meeting nanti. So the time came, and we all boarded. Sebelum berlepas, kapten memberitahu cuaca di Kuantan sangat buruk dan katanya lagi, dia akan cuba untuk mendarat kat sana. Now, now. What's this? CUBA UNTUK MENDARAT? Belum apa-apa lagi dia dah sebut cuba? Hoh.. Memang tak landing lah jawabnya ni. Terus aku teringatkan kata-kata Cik Ina dua hari lepas. "Boleh landing ke kau kat sana nanti??" Motip dia cakap macam tu kan? Rupa-rupanya, Wak Daut dah experienced benda ni banyak kali. Asal cuaca buruk je kat Kuantan, kapal tak boleh mendarat, terpaksa balik ke KLIA semula. Tunggu cuaca reda baru pergi lagi. O_O Coba'aaaan..

Memang horror. Baru pukul berapa tapi rasa macam dah malam sangat. Langit gelap gulita. Sekali sekala kapal bergegar. Dari sekecik-kecik gegaran sehinggalah ke sebesar-besar aksi naik roller coaster. Nak tercabut jantung aku dibuatnya. Tak lama tu, pengumuman untuk mendarat dilakukan. Kapal terbang mula terbang rendah. Boleh lah ni kot landing. Tapi tak semena-mena, tiba-tiba kapal terbang terus pecut naik ke atas semula. Nah.. Tak boleh landing sebab tak nampak landasan, kata pilot. Ambik kau! Coba'aaaan..

Katanya lagi, kita akan makan angin kat atas laut dulu dan cuba landing lagi. Aigooyahh.. Semput aku dibuatnya. Pusing-pusing lah kami di atas membuang karan. Then, cuba untuk turun lagi. Nampak macam ok bila dah terbang rendah. Tapi, ayoyoyoyoyohhh.. Terus pecut naik ke atas semula! Dan-dan tu jugak lah pilot kata kita akan balik ke KLIA sebab minyak dah nak abis. Hahahahahahhaa.. Tergelak besor aku dengar part "minyak dah nak habis" tu. Atukooiiii~!! Coba'aaaan..

Balik lah semula ke KLIA. Sesampainya, aku cakap dengan Prof, kita meeting kat sini je lah. Kekekeke.. Dah tu aku SMS Cik Ina pulak. Dibalasnya, "see.. i told you..." Hukkk.. Coba'aaannnn..

Wokeh. Another percubaan to Kuantan at 9pm. Kali ni memang selamat boleh landing. Lega rasanya. Cepat-cepat aku keluar cari geng-geng meeting yang lain. Naik teksi and boom~!! Sampai MS Garden for meeting dah pukul 10.30 malam! Ingatkan tak payah meeting dah. Tapi meeting jugak. Hohohoho.. Gitu gini almost 12am jugak lah habis. Sobss.. Coba'aaannn..

The thing is, aku ni tak duduk MS Garden sebab penuh. Almaklumlah tengah SUKMA kan. Kebanyakan hotel memang penuh. Staf PHI bookkan Grand City Hotel. Aku tak tau hotel tu kat mana. Tapi bila pergi, seram aku dibuatnya. Dah lepas pukul 12 malam kan. Iskk.. Kawasan ini sangat scary. Kawasan rumah-rumah kedai, dan banyak kedai-kedai ni belum ada tuannya. Masih kosong. Haiyaaa~!! Masuk kat lobby, yang sambut tu aku rasa bukan Malaysian tu. Entah negara mana punya warganegara entah orang yang handle reception. Cakap pun ala-ala tunggang langgang. Sobss.. Then ada customer lain datang. Dari cara dia tu macam... Err.. Alah, korang paham-paham je lah. T_________T Coba'aaannnn..

Bilik di tingkat satu. Keluar je lif, GELAP GULITA TAK ADA LAMPU! Terpaksa aku on kan handphone buat suluh jalan. Dah tu ada seorang mamat datang menghampiri. Terkejut haku. Surely not Malaysian hokkay dan bertanya HOW MUCH?? Waddahell waterpark? Aku dah seram. Aku buat bodoh dan terus jalan mencari bilik berbekalkan lampu kat handphone ni. Mamat ni ikut dari belakang sambil tanya lagi HOW MUCH? Gilerr lahhh~!! Dia ingat aku ni apa how much how much ni? Rasa nak nangis pun ada. Agaknya dia nampak aku dah restless kan, dia terus cakap ROOM NUMBER HOW MUCH? I SHOW.. I SHOW.. Heh?? Ko nak tunjukkan bilik ke? Huwaaaaaaaa... Dah pikir bukan-bukan aku tadi. Ye lah seram gelap-gelap macam ni. Huhuhuhuhu.. Coba'aaaaannn..

Dengan pertolongan mamat tu aku dapat jumpa bilik. Sobss.. Terima kasih lah jugak walaupun kau buat aku takut tadi. Huhuhu.. Masuk je bilik terus kunci pintu sendal segala, takut mamat tu datang balik. Hahahaha.. Heii seram lah tempat ni. Besok kena keluar sepagi yang mungkin~!! Biliknya ok. Interior ok. Cuma tu lah. Lokasinya tak berapa nak ok. Seremmm ok!! 

Besok paginya memang awal aku keluar. Berkumpul balik kat MS Garden untuk bergerak ke UMP bersama-sama. Dah lama tunggu, tak ada orang. Rupa-rupanya semua dah pergi sendiri-sendiri. Sudahnya aku pergi sendiri dengan si Fadzlan naik teksi. Haishhh.. BAPAK COBA'AAANNN~!!

And.. You don't want to know the rest..............

Tuesday, July 17, 2012

Jongkong Emas

Hari ni beria-ia Cik Ina ajak pergi Tesco. Nak beli barang katanya. Pelik aku. Tak pernah-pernah nak pergi Tesco. Jusco dekat, Giant dekat, kejadahnya nak kena pergi Tesco? Something's fishy. Hurmmm..

Ke Tesco lah kami. Tesco paling dekat ialah Tesco Bukit Indah. Aku dah berpuluh kali pergi Jusco Bukit Indah, tapi Tesco yang kat sebelahnya tu hampeh tak pernah masuk. Ni lah first time masuk. Jakun gitu.

Tesco..

Dah sampai tu, tak toleh kiri kanan, terus terjah bahagian frozen. Lahhhhhh.. Ini yang dikejarnya. Adoilah emakku tersayang. Sobss...

Sale!!

Nak beli butter rupanya. Patutler! Ada sale Buttercup. Harga sangat murah kalau nak di compare dengan harga asal. Beli banyak-banyak untuk buat biskut raya nanti. Cik Ina rajin buat tart nanas. Tiap-tiap tahun tu kuih wajib time raya. Kalau terlebih rajin, dia ambik order. Tahun ni tak tau lah pulak ambik ke tak. Hurmmm.. Gigih tau stack up the trolley. +______+

Jongkong Emas..

Dari jauh dah macam jongkong emas dah aku tengok. Kalau betul jongkong emas memang dah kaya dah makcik. Ni pun nak kena ingatkan dia, peti ais tak muat. Kalau tak, maunya dia masukkan lagi dalam trolley. Huhuhuhuhu..

Ni kalau tak buat jugak kuih raya nanti, aku tak tau lah.. 

Monday, July 16, 2012

Sexy, Free & Single Album

Okeh, tepek sikit cerita pasal Sexy, Free & Single. Album ni datang dengan CD, photo book, photo card dan poster. Photo book dia, ambik kau.. Macam thesis. Saiz A4 pulak tu. Dalamnya banyak lah gambar-gambar gabak budak-budak ni. Photo card pulak, aku dapat photo card bestfriend aku. Sighhh.. Memang jodoh dengan dia je lah. Album Mr Simple ver B dulu pun aku dapat photo card dia jugak. Bila aku nak dapat photo card ayam??

Poster, photo book, photo card.

Macam thesis

First page..

Gambar ayam..

The CD at the back..

Cover belakang..

So, album ni ada 10 lagu. Kebanyakan lagunya, lagu jenis buat aku sakit kepala. Hahahahaha.. Bagi aku album ni kureng mantap sebab mula-mula dengar 10 lagu, 5 lagu je yang boleh aku terima bila first time dengar. Lagu lain tu nak kena dengar banyak kali baru suka. Album Mr Simple jugak yang best. Sebab first time dengar, semua lagu aku suka.

Lepas ni keluar versi B pulak. Lepas tu versi repackage pulak. Duit oh duit, di mana kau?

Sunday, July 15, 2012

Geng Karatz Meroyan

Dah alang-alang aku kat KL, aku ajak geng karatz keluar meronggeng sebentar. Tujuan sebenar jumpa-jumpa ni sebab nak copy gambar trip Korea bulan Mei baru ni, nak copy variety shows dan yang paling penting nak ambik album Sexy, Free & Single yang aku order hari tu dari MYNC.

Macam thesis

Kalau dah keluar tu mestilah ada acara melantak dan buang karan. Kali ni melantak kat Dubu Dubu Midvalley. Last time datang aku makan Sundubu Jjigae Seafood. Kali ni aku makan Bibimbap. Hambik kau. Banyak gilers. Tak habis. Huhuhuhuhu...

Bibimbap..

Sambil makan sambil transfer segala tok nenek khazanah dari satu ext hard disk ke hard disk yang lain. Dah laa melantak makanan Dubu Dubu, pastu melantak lagi cheesecake lagi satu tray. Rajin si Leen buat cheesecake. Aku lah yang sengih sampai telinga sebab favourite aku cheesecake ni. Memang lah kembang perut aku lepas ni. Dari time masuk Dubu Dubu ni takde orang, sampai meja sebelah dah berapa kali tukar orang pun kami masih tak bergerak lagi. Buat kedai tu macam kedai kami.

Then, a game of bowling. Punyelah berpinar mata aku masuk bowling kat Midvalley ni. Motip lah ala-ala kat galaxy space mana ntah. Kami ni jadi alien lah dalam ni. Nak baling pun tak nampak. Semedang masuk longkang. Huhuhuhu.. 

Sakit mata..

Penangan A Gentleman's Dignity..

Sebelum berpisah, one round of Chatime. Then, it's time for me to go. Got a plane to catch. Meroyan dengan geng-geng ni sangat best. Tunggu lah kalau aku berpeluang duduk kat KL nanti. Maunya tiap-tiap minggu aku ajak meroyan. Kekekeke..

Saturday, July 14, 2012

Oo..Oo..Oo Balik Kampung!

Balik kampung~!! Macam dah lama sangat tak balik kampung kan. Padahal baru bulan lepas balik. Tapi balik bulan lepas ada budak dua orang tu je kat rumah. Kali ni balik, meriah sebab Wak Daut ada! Balik together-gether dengan Cik Ina and Ika Kembong dari Arab hari tu. Dah tu si mamat kurus dari KK pun balik jugak. Weeehhhuu~!! Complete semua orang ada. ^____^

Sampai-sampainya di JB aku terus ke rumah arwah pakcik. Pakcik meninggal 4 hari lepas. Terkejut badak aku dibuatnya. Aku memang dah lama tak jumpa dia. Masa anak dia bertunang dengan orang Tawau, aku tak ikut rombongan sebab aku pergi Autumn Korea. Masa anak dia kahwin pun aku tak pergi jugak. Sebab aku pergi Spring Korea. Iskkkk.. Mesti bengkek makcik aku kalau dapat tau aku pergi Korea sampai dua kali. T____T 

So, balik sekejap ni aku dikerahkan mengemas rumah. Standard lah. Rumah baru siap renovate. Semua main humban je. Tak dikemas balik. Kalau ikut kepala aku ni, semua aku masuk beg plastik hitam dan buang je. Tapi Cik Ina kata sayang nak buang. Adoiihhh.. Jadinya aku asing-asingkan je lah ikut mana yang patut. Mana yang tak pakai tu tak dibuang, tapi dikumpul untuk bagi kat siapa-siapa yang berminat. Kebanyakannya kain baju lah. Tersengih-sengih aku bila tengok baju-baju zaman aku kurus dulu. Mengada-ngada cuba dipakai. Tak muat! Huwaaaa..

Bukan setakat kain baju je, buku-buku, majalah-majalah lama pun aku kemas. Rasa nak nangis bila majalah-majalah yang aku kumpul sejak dulu dah diikat sengan tali rapia dan dikumpulkan kat satu sudut. Moncong sedepa aku dibuatnya. Ni kalau 20 tahun akan datang ni, majalah ni boleh buat duit tau! Manalah tau kan, kot-kot ada orang kat luar sana yang hobinya mengumpul majalah. Nak buat koleksi ke apa ke. Boleh lah kita jual kat dia kan? Ternganga Cik Ina dengar aku berhujah. Terus dia cakap, "yelahh.. simpanlah balik.." Hehehehehe..

My first handphone.. Siapa pakai Butterfly ni kira keren banget lah zaman tu.. Hahaha..

Mengemas ni bukan ambik masa satu hari, tapi berhari-hari. Kalau ada masa lebih memang aku nak overhaul satu rumah. Harta karun Wak Daut yang dikaut dari pejabat dia dah lah bertan-tan. Orang dah pencen kan. Semuanya angkut bawak balik rumah. Thesis lah, project lah, assignment budak-budak lah. Tapi nampaknya  macam dah tinggal sikit. Agaknya Cik Ina dah berjaya jual semua kertas-kertas tu kat apek surat khabar lama. Kertas A4 tu kalau dijual boleh dapat at least 30 sen sekilo. Kalau pandai bargain, lagi tinggi boleh dapat.

Dikesempatan waktu yang singkat ni, aku meluangkan masa melawat mak usu aku yang baru bersalin. Mak usu aku ni adik Cik Ina. Umur aku dengan mak usu cuma beza dua tahun je. Kami rapat lah jugak sebab banyak secret-secret aku tak cerita kat Cik Ina tapi aku cerita kat dia. Kehkehkehkeh.. Excited betul aku dapat jumpa cousin baru. Muhammad Raziq Ziqry. Kelesss gitu. Raziq yang tomei, semoga dah besar nanti bertambah comey macam Kak Yatt ye? Hahahaha.. 

Layak sangat jadi anak aku.. Sobss..

Apa lagi nak cerita? Oh ya. Sekarang tengah musim buah! Sakan kooo.. Kat kampung Wak Daut memang banyak pokok buah. Ada durian, rambutan, pulasan, manggis etc. etc. Petik je. Aku balik ni sempat makan rambutan dan pulasan je. Durian dah habis musim dah. Cik Ina kata rugi lah kau tak merasa. Hek elehhh.. Macam dia tak tau aku ni anak omputih tak makan durian. Nak suruh makan? Bau je pun aku dah tak tahan. Boleh migrain terus. +_____+ Siapa-siapa yang duduk bandar, tak penah merasa masuk kampung, kutip buah, meh lain kali ikut aku balik nak? Bersepah-sepah buah tak ada siapa nak makan. Especially durian. Kat KK menganga orang nak beli sebab mahal, kat kampung aku, jual pun tak laku sebab semua orang pun ada pokok derian. Hehehehe..

Pulasan yang dikutip..

Hwakkk~!! Sampai sini dulu entri balik kampung kali ni. Next one will be cuti raya nanti. ^______^

Tuesday, July 10, 2012

Big Bang Alive Galaxy Tour 2012

Yosh. Big Bang is coming to Malaysia~!! Are you guys ready? I'm not. Hahahhaa..

So, the concert akan berlangsung pada 27 Oktober 2012 di Stadium Merdeka. Wahh.. Sehari selepas Raya Haji. Confirm ada yang tak beraya ni semata-mata nak tengok Big Bang. Lokasinya pulak Stadium Merdeka. Aku sampai ke hari ni tertanya-tanya apa jadi dengan Stadium Putra. Memang betul under construction ke? Kalau tak, kenapa tak buat je kat Stadium Putra tu? Stadium Merdeka ni macam tak sesuai lah pulak sebab open stadium.

Seating layout and pricing dah keluar. Tiket mula dijual pada 28 Julai di Farenheit88 bermula dari 10.30 pagi hingga 6 petang. For more details sila pergi ke Facebook RITS. Terbeliak mata tengok harga tiket. Tapi kalau dah minat tu, belasah je beli kan? Nasib baik aku kureng sikit Big Bang ni. Jimat duit aku. :P Konsert yang ni aku terpaksa let go. Projek-projek aku yang akan datang ni banyak nak pakai duit. So, siapa-siapa yang pergi, kirim salam je lah ekk kat Big Bang. Sobss.. 


Bila pikir-pikir aku rasa mahal jugak lah harga tiket ni. Sebabnya, satu buat kat luar. Kalau terhujan ke ter apa ke susah lah kan. Mau lencun kat stadium tu. Haaa.. Mula lah tu pikir yang bukan-bukan nampak T.O.P lencun atas stage. Isk isk isk.. Yang keduanya, bila open stadium macam ni mesti sound system tak best. Kalau dalam stadium tertutup, boleh dengar echo, mana-mana bunyi tak sedap boleh diserap. Tapi kalau open macam ni macam mana ekk?? Bunyi-bunyi terus naik ke langit. Hahahaha.. Tak tau aku nak cakap macam mana.

So, ada yang dah aim nak duduk kat mana? Time beli tiket nanti jangan laah pulak gaduh-gaduh ye. ^_____^

Thursday, July 5, 2012

Winning lah Sangat..

Sepanjang 3 hari ni aku join kursus Writing a Winning Research Proposal. Ye lah orang dah bising-bising aku tak ada research grant. Makan gaji buta je kat office tu bla bla bla. Menyampah aku dengar. So, gigihlah aku pergi. Dengan harapan, aku akan dapat menulis proposal dengan lebih baik lagi.

Sebelum ni aku ada jugak lah hantar proposal dengan bantuan colleagues. Banyak tu yang dihantar, banyak tu jugak yang direject. Sakit jiwa jugak bila dapat tau alasan kena reject tu. Tak cukup ini, tak cukup itu, bidang tak kena, bla bla bla. Tajuk yang sama hantar ke sini, direject suruh hantar ke sana. Bila dah hantar ke sana, katanya tak memenuhi syarat suruh balik sini balik. Memang sakai lah kan menyusahkan orang. Sampai demotivated aku dibuatnya. Sampai malas dah nak hantar lagi. Tahap gaban punya menyampah dah ni.

Tapi menyampah-menyampah tu, aku datang jugak lah ke kursus ni. Kot-kot ada info yang berguna yang boleh aku pakai untuk dapatkan approval. Tips yang aku dapat apa tau? Kalau tak pernah ada research grant, jangan ngada-ngada apply bajet banyak-banyak. 10K cukup katanya. Cita-cita tu jangan tinggi katanya. Humang aihh.. 10K tu apa yang ko boleh buat? Haiyoohhh..

Then, kalau kita tak ada background dalam bidang tu, jangan ngengada apply. DEYYY~!! Kalau sejak azali tak ada background, camne? Nak kick off camne? Kalau dah orang macam aku ni backgroundnya general je, mesti lah aku nak try pokus on something kan? Something tu mesti lah something new kan? Tapi tak bleh. Katanya jangan cerita pasal nasi, kalau kita cuma tau nasi tu untuk dimakan je. Ah sudah...

Dah habis kursus, aku suarakan semua masalah aku di atas kepada orang yang bertanggungjawab. Aku tanya dia kalau macam tu lah masalahnya sampai bila aku tak boleh nak mula. Nak tau apa jawapannya? Sila pergi sambung PhD. Kami tak galakkan orang yang ada master ni untuk apply research grant.

Hoh!! TAHI KUCEN.....

Tuesday, July 3, 2012

Sexy, Free & Single.. BINGO~!!

The MV is out~!!



Macam biasa. Set recycle. Boring betul SM ni tau. Apa pun. Enjoy~!

Sunday, July 1, 2012

Lontong CikSengal

Dah lama mengidam nak makan. Kalau duduk kat JB nun, maunya aku lari je ke gerai Pakcik Mansor. Tapi kat KK ni mana nak cari? Buat sendiri lah kan.

Gigih godek internet cari resipi, sebab aku tak pandai nak buat. Makan je pandai. Masaknya hampeh. Hehehe.. Setelah digodek-godek, bersilat-silat kat dapur, ini lah hasilnya.

Tadaa~!!

Rupa ada tapi rasanya macam pelik sikit. Apa entah yang kurang ni. Baru percubaan pertama. Nanti try lagi. Lama-lama terer lah aku ni kan? :P