Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, June 27, 2012

Sexy, Free & Single

Siapa yang sexy, free and single? CikSengal lah, siapa lagi. Silalah ngorat. Kohkohkohkoh.. 

Stop merepek, dan terus ke agenda sebenar. Sexy, Free & Single ni tajuk album terbaru kumpulan favourite CikSengal dari Korea nun. Dah album nomot 6 dah. Sekejap je. Rasanya baru je hari tu beli album Mr Simple. Ni dah nak kena beli album lain pulak. Minat punya pasal, CikSengal turutkan je.

Dah tengok gambar teaser masing-masing? Err.. CikSengal tak tau nak cakap apa. Sangat merepek itu stylist di SM buat konsep macam ni. Tapi kira better lah kan daripada konsep yang lepas, seorang baru balik Le Tour de Langkawi eksiden dengan burung kasawari, seorang pakai spender hijau, seorang pakai barut pelangi. Muntah pelangi CikSengal tengok.

Konsep Beautiful Man?? Yikes!!

Kali ni, bukan lagi individual cover album. Nangis kan kalau nak buat koleksi, nak kena beli sampai 10. CikSengal takde lah beli sampai 10. Satu je dah cukup. Hahaha.. Satu je ke CikSengal? Tettt... 

So the album costs KRW22,000, comes with a photobook of 84 pages and a poster. Beratnya 850g. Mangaiii.. Ni bukan Sexy, Free & Single lagi dah ni. Tapi Headache, Heavy & Expensive. Untuk maklumat lanjut atau siapa-siapa nak order album Sexy, Free & Single ni, boleh lah pergi ke MYNC: Online Store. Menarik tau harga yang diletakkan tu.

Jadinya, lepas ni makin ligat lah aktiviti CikSengal kan. Mana tau, November ni terobang lagi pergi Seoul. Ngahahahaha.. Crajeeee.. 

Sunday, June 24, 2012

Bye-bye PTPTN

Pandai pinjam, pandai bayar. Tak mau bayar, jangan pinjam. Ada paham?


Saja je nak bagitau, saya dah selesai bayar PTPTN. Anda bila lagi? Hehehe..

Friday, June 22, 2012

From Taipei With Love ~ Day 3: Taipei Arena, Daan Park, Taipei Central Mosque, Guang Hua Electronic Plaza, Shilin Night Market

Sunday, 5th February 2012

Hari ketiga. Dek kerana si sengal Teuk, kami dah menebeng di Taipei Arena sepagi yang boleh mencari tiket. Tapi what to do. Memang tak ada tiket langsung. Beratur sampai besok pun tak guna. Fans kat belakang kami dah nangis-nangis tak dapat masuk. Aku nak gelak pun ada jugak. Tapi tahan je lah. 

Makcik ulat tiket tu ada jual. Tapi giler dia markup sampai NTD10,000. RM1,000 tu~!! Memang sewel. Tak tau lah ada orang beli ke tak. Time kami riki-riki tu ada fans dari Jepun dok pikir-pikir nak ambik ke tak. Kalau sampai seribu kirim salam je lah. Sangat tak berbaloi. Dah tu, kesengalan lah kami dok menebeng kat perkarangan Taipei Arena dengar konsert dari luar. Huhuhuhuhu..

Nampak kereta ni.. Lee Hyukjae pakai kereta jenis ni.. ^____^

Wednesday, June 20, 2012

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 2: Rakaia Gorge, Mt. Somers, Mt. Sunday (Edoras) & Lake Tekapo

Friday, 27th April 2012
Rakaia Gorge --->> Mt. Somers --->> Mt. Sunday --->> Lake Tekapo

WEIIII bangun dah TERAANNGGG~!! Hoh! Terkejut beruk hampir melompat aku dibuatnya. Nasib baik tak tidur kat tingkat atas. Maunya kepala ni dah selamat terhantuk kat bumbung. Terpisat-pisat, teraba-raba. Almaklumlah kurang penglihatan. Entah ke mana kanta ajaib dicampak. Terasa konpius sekejap. Kat mana aku ni? Ohh.. Dalam van. Selak langsir, mata terkebil-kebil, muka tak semenggah, tengok ke arah luar. Alamakk. Dah terang benderang!

Dah pukul 7 pagi. Pukul 4 pagi waktu Malaysia. Macam mana lah nak terjaga. Belum dapat nak sesuaikan diri dengan perbezaan masa kat sini. Yoshh.. Disebabkan aku tidur sebelah pintu van, aku jadi tukang bukak pintu. Sretttttttt... NGAAAA SEJUKK~! Bang!! Tutup balik pintu, tarik comforter. Hahahahaha.. Adoyaii.. Ini spesis apa punya sejuk ni? Baru satu malam. Ada sembilan malam lagi nak berkampung dalam van ni. Mampukah aku? Wuwuwuwu..

Segala kekuatan dikumpul. Segala lemak-lemak yang berkilo-kilo di badan ni diarahkan bekerja. Sebelah tangan pegang toiletries, sebelah tangan lagi pegang handle pintu van. Ready steady go! Bukak pintu, banggg tutup, and zaaasss berlari menuju ke toilet. Gosok gigi, cuci muka sepantas kilat. Ambil air sembahyang macam palesit. Sejuk ya ampun air kat toilet ni. Macam ais yang dah cair. Kau mampu? Habis merah-merah tangan ni menahan sejuk. Waiyohh.. Mandi? Kirim salam je lah. Tak ada air panas, jangan lah kau cari pasal. Karang sakit, sia-sia je backpacking trip kau ni. Huhuhuhu.. Dah tu, mari kita subuh gajah!


Our bed..

Tuesday, June 19, 2012

Medical Checkup

Pagi tadi hantar budak itam ni pergi medical checkup. Semput kekdahnya. Kalau pergi buat medical checkup ni, aku suka pergi pagi-pagi. Sebabnya? Ada breakfast free!! Hahahaha.. Dasar kuat makan.

Budak itam..

Breakfast..

Nasi lemak for free. Dah tu bantai pulak kuih pau. Minum pulak kopi-o yang kaw-kaw sedapnya. Pergghh.. Kenyang makcik hari ni. Rezeki orang dah bagi. Jangan ditolak. To kill time, aku baca novel. Novel ni entah tahun bila aku beli. Nak baca ni, baru plastik covernya dibuka. Sadis betul.

Killing time..

Around 2 hours later, siaplah kerja-kerja checkup budak itam. Selamat mommy kena charge RM300. Huhhh.. Jual jugak kang budak itam ni. Sobss..

Monday, June 18, 2012

Like A Boss

Photoshoot. Saja suka-suka sempena bapak-bapak budak ni nak graduate dah. 


And me.. LIKE A BOSS.. The flower among the thorns. Thorns yang buat aku gila babi sepanjang 4 tahun ni. Semoga selamat lah ye lepas ni. ^___^

Saturday, June 16, 2012

From Taipei With Love ~ Day 2: EverySing, Longshan Temple, Ximending, Taipei 101, Yunus Halal Restaurant, Taipei Arena

Saturday, 4th February 2012

Our second day here in Taipei. Cuaca hari ni agak baik. Tak hujan, tak sendu, dan tak panas sangat. Memang seronok kalau nak keluar jalan-jalan. Sebelum keluar, kami breakfast dulu ala kadar di dorm. Cuba mengecilkan portion bekalan makanan yang kami angkut dari Malaysia. ^^

Dah rasa-rasa kembang perut, kami pun keluar. Destinasi pertama ialah EverySing. EverySing ni merchandise shop run by SM Entertainment. Kalau kat Seoul boleh jumpa kat SPAO, Myeongdong. So kalau dah SM Entertainment tu, tau-tau je lah artis-artisnya siapa kan. So, EverySing ni tak jauh dari Taipei Backpackers. Jalan kaki je. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tengok kat sini --> EverySing Taipei. Saja je kami datang nak skodeng-skodeng merchandise apa yang ada dijual kat sini. Banyak jugak lah pilihan. Harga pun boleh tahan murah. Tapi aku yang jenis kedekut ni tak ada lah shopping apa pun. Cuci mata je. Berangan nak beli life-size poster, tapi nanti-nanti lah. Kalau ada duit lebih boleh lah beli. Boleh datang lagi sebelum balik nanti. Tak susah mana pun.

Kedai payung sebelah Taipei Backpackers..

Thursday, June 14, 2012

Exam & Marking & ...

Minggu ni busy duduk kat exam hall. Musim peperiksaan kan. Dah tu, sibuk jugak mengadap segala assignment, labwork dan project yang perlu di marking. Muntah pelangi kaw-kaw. Students seratus lebih. Dah tu gatal bagi individual assignments kan. Memang cari nahas. 

Ramainya budak-budak aku.. Sobsss..


Bakal ditimbang je ni..

Dah habis exam, nanti sibuk marking kertas exam pulak. Dah tu sibuk grading, dah tu sibuk dengan pengijazahan. Dah tu sibuk buat documentation course file segala. Tup-tup semester baru dah bermula. Sigh..

Wednesday, June 13, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Final Day: Nami Island & Petite France

Thursday, 24th November 2011

Hari terakhir kami di Korea! Dah hari-hari terakhir ni, aku jadi tourist guide je. Setelah siap kemas-kemas pagi ni, kami letakkan barang di bilik Asue. Asue balik besok, jadinya kami check out and sumbat semua barang kat bilik dia. Dah selesai semua, kami berempat pun bergerak ke luar Seoul. Asue tinggal sorang-sorang and pergi jalan-jalan sendiri. Terer dah dia jalan sorang-sorang. ^^

Kalau dah ke luar Seoul tu, untuk first timer datang sini, ke mana lagi lah kan aku nak bawak? Aku bawak tourist-tourist ni pergi Namiseom dan Petite France. Dah terer naik train, kita naik train je lah ye. So, naik train lah kami sampai Gapyeong Station. Dari Gapyeong station, kami naik teksi ke Namiseom. Harga teksi tak mahal mana. Dalam KRW2,500 je. Malas nak tunggu bas punya pasal. Lagipun kalau naik bas, tambang sorang KRW1,000. Empat orang dah KRW4,000. Dah tu kena ikut schedule pulak tu. Teksi je lah pilihan terbaik. 

Macam biasa, dah sampai jetty kena beli tiket masuk and tiket feri. KRW8,000 in total. Dah tu tunggulah sampai feri tu bergerak. Dalam feri punyalah ramai manusia dari Malaysia. Kekekee.. Aku berkenalan dengan seorang Chinese Uncle dari perak. Dia datang ikut rombongan ramai-ramai. Terkedu pakcik tu bila tengok kami berempat je. "Waa... Pandai lah you.." Uncle, kalau dah 3 kali datang sini, tak pandai jugak aku tak tau nak cakap macam mana. Hehehe..

Monday, June 11, 2012

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 1: Christchurch: Jucy Rentals & Rakaia Gorge

Thursday, 26th April 2012
Christchurch --------->> Rakaia Gorge

Penat tau duduk bertenggek dalam flight ni. Sengal satu badan. Nak lunjur-lunjur kaki pun tak boleh. Terpaksa jalan-jalan tak tentu hala menuju ke depan, kemudian ke belakang ala-ala attention seeker. At least dapat merenggangkan semua otot yang dah mula mengeras ni.

Seat kami row kedua terakhir. Memang dekat bontot kapal terbang lah ni. Seat belakang kami pula dikonker oleh engineer-engineer AA. Sempat aku pasang telinga dengar mereka berborak. Kekeke.. Yang sorang ala-ala excited. Yang sorang dah muak pergi Christchurch. Yang sorang lagi macam nak nangis bila kena ditugaskan pergi Christchurch. Mana taknya. Kerja ikut kapal terbang. Dah sampai Christchurch, rehat satu hari, pastu balik Malaysia balik. Hoii.. Penat kat jalan je. 

Row 2nd last..

Sunday, June 10, 2012

Enak Dimakan Begitu Saja

Enak dimakan begitu saja. Memang. Roti Gardenia ni memang enak dimakan begitu saja. Ye lah tu kan. Tagline tu cuma terpakai untuk Roti Gardenia di semenanjung saja ye. Roti Gardenia Sabah tak termasuk dalam kategori tu! Baru bukak plastik, dah keras kejung. Apatah lagi kalau nak makan begitu saja. Sadis tau.

Aku tak taulah apa masalahnya. Kat Sabah ni payah betul aku nak jumpa roti-roti seperti yang dijual kat semenanjung sana. Tak payah lah nak cerita pasal roti krim coklat ke, bun ikan bilis ke, bun kacang merah ke, roti bantal besar gabak ni pun tak ada hokkay. Kenapa ye? Mahal ke nak import datang sini? Owhh, takut sampai-sampai je sini, dah expired? KAPAL TERBANG KAN ADA. Cuba kira berapa banyak flight sehari dari KL pergi KK ni. Boleh aje.

Tak tipulah aku cakap, aku jarang makan roti kat Sabah ni. Sebab penjualan dia terhad. Dulu-dulu adalah jual Gardenia keras kejung ni. Tapi lepas tu dah tak nampak dah kat kedai-kedai. Rupanya sijil halal dia dah ditarik balik uols. Shilakerr. Selama ni aku makan roti haram lah ye? 

Tulisan JAWI kau.. Gardenia Semenanjung mampu?
Saya pinjam gambar ni ye Tuan Blog.. ^___^

Gardenia tak ada, ganti pulak dengan Garden Loaf ke hapa namanya. Packaging dia yang warna hijau tu. Yang ni, aku gelarkan roti tak boleh pakai. Dah banyak kali aku terkena. Baru beli hari ni, besok dah expired dah keluar kulat-kulat hijau. Padahal expiry date lagi tiga hari. Kalau kau, kau hangin tak? Aku hangin tau. Baru terbuka selera nak makan roti, terus nampak hijau-hijau. Nak kata warna packaging dia yang melekat kat roti tu, tak pulak. Huh! Memang aku boikot terus roti ni.

Sedih tau orang-orang yang suka makan roti macam aku ni. Kalau balik rumah JB, gigih dan berselera aku makan roti. Cik Ina tengok pun rasa kesian. Bila nak balik semula ke KK, berbakul-bakul roti aku shoppingkan. Tengok sajalah di LCCT dan KLIA. Seksyen roti kat convenience store kat sana selalunya macam kena serang garuda. Biasanya memang bersih lah para-para roti tu. Tapi berbakul-bakul yang dishoppingkan pun, tak banyak yang aku boleh bawak balik dek memikirkan expiry date nya. Huhuhuh..

Pernah sekali aku meminta seorang colleague tolong jagakan exam aku disebabkan aku ada meeting di KL. Upahnya kau tau apa? Dia kata cukuplah kalau dapat belikan roti krim coklat Gardenia untuk anak-anak dia. Kalau kau, kau tak sedih ke bila dengar? Aku sedih tau. Banyak-banyak upah, dia mintak upah roti je. Rasa nak nangis pun ada.

Roti angkut dari Johor.. Roti ni masa ni dah expired 2 hari tapi masih gebu dan sedap.. Huhuhu.

Oleh itu, tolonglah. Saya merayu pada pihak yang berkenaan, pihak berwajib ke siapa-siapa lah yang ada kuasa tu, tolong lah bawak masuk roti yang macam-macam pesen tu ke Sabah ni. Please. Please. Please. Dengan adanya roti-roti ini, hidup saya di sini akan menjadi lebih ceria. Huhuhhu.. 


Nota kaki: 
Ada seorang kawan ni, terus reject offer kerja kat KK bila dapat tau kat KK ni tak ada jual roti gardenia. Hahahahaha.. Hampeh betul.

Saturday, June 9, 2012

Outing With the Ducklings @ D'KL

Salam Satu Malaysia. Semalam rezeki aku murah. Aku dibelanja makan malam dan tengok wayang oleh anak-anak itik peliharaan aku. Hahaha.. My FYP students lah duckling-duckling tu.

Seronok kan hidup ni? Lepas penat membebel macam-macam, dapat makan free. Kalau hari-hari membebel, hari-hari dapat makan free lagi best. Bila lagi kita nak pow mereka kan. Hohoho..

We had dinner at D'KL. Kemain kencang seh nama restoran ni. Makan di mana kau? Makan D'KL. Punyalah jauh kau pergi makan kat KL sana. Memang KL pun. Kampung Likas. Kuikuikuikui.. I had Nasi Ayam Taliwang. Recommended katanya. Kaw-kaw pedas katanya lagi. Ha yelah pedas tu. Aku ni tak mudah tertipu dengan pedas orang sini. Kau cakap lah pedas macam mana pun, aku tetap kata tak.

Nasi Ayam Taliwang..

Betul, bila dah rasa, tak pedas mana pun. Tapi boleh lah. Sedap jugak lah. Tapi kalau lagi pedas lagi sedap. 

Special 3-layer tea..

Lepas makan kami berlari ke 1Borneo. Berlari naik kereta lah. Kejar tayangan pukul 9.40 malam. Cerita apa? Cerita sengal Madagascar tu. 

Madagascar 3..

Ya ampun. Sengal macam hapa cerita ni. Bengap betul lah. Penat aku gelak. Nak-nak ada watak singa laut dalam cerita ni. Aku dengan singa laut ni pun ada sejarah. Dey berapa banyak sejarah daa. Sejarah dengan Mi Siput lah. Singa laut lah. Bila bercerita tentang singa laut, aku terus teringat pada Geng Karatzku yang berada nun jauh di KL. Sakan aku ketawa. Selamat sudah berkocak ayam taliwang dan teh dalam perut aku ni. Kang ada jugak yang muntah kat sini kang. Hahhahaha.. Tapi yang bestnya, masa kemuncaknya ialah, 20 minit terakhir aku syok tido. Madagascar tengok aku. Hahahahahahhaa.. Bloody fool betul. 

Overall, nice outing. Dah lama tak buat kerja-kerja mengepow anak murid macam ni. The last one I remembered was somewhere in 2008. Lepas tu tak ada student yang sesuai untuk dipow. Sedih.

Ok, lepas ni siapa pulak nak belanja? I'm ready anytime!

Thursday, June 7, 2012

Selera Jin @ Secret Recipe

Dah dua tiga hari ni badan rasa tak sedap. Tekak perit, mata merah. Kepala berat. Batuk pulak dah macam orang sakit tibi. Segala abdomen, perut, usus semua sakit bila batuk. Menekan-nekan semua otot yang ada. Silap haribulan boleh dapat six-pack perut aku yang macam tayar ni. Kemuncaknya, hari ni. Aku demam! Hul..

Memang melepek je lah kat meja office ni. Nak ambik MC malas. Malas nak drive, malas nak pergi klinik, malas nak jumpa doktor. Segala-galanya malas. Bila kepala dah berat, otak pun lambat nak proses. Lemau je seharian.

Then, Cik Dila ajak lunch. Nak makan kat Resipi Rahsia katanya. Wahh.. Ada restoran baru kat KK ni ye. Lama dah tak makan luar. Tak tau pun kedai mana yang masih beroperasi, kedai mana yang dah bungkus pinggan mangkuk periuk belanga. Kat mana kedai tu? Aku bertanya macam orang bodoh. Cik Dila gelak. Rasa nak terberak aku bila dapat tau Resipi Rahsia tu sebenarnya adalah Secret Recipe. Atukkkooiiiii~!! Sila salahkan otak saya yang lambat memproses. Huhuhu..

Keluarlah kami pergi makan. Orang demam patutnya tak ada selera. Tapi bila tengok menu, semua aku nak makan. Hoihh.. Last-last aku order Japanese Soba je.

Japanese Soba..

Berselera makan macam dua hari tak makan. Perut dah kenyang. Tapi bila nampak kek, otak aku yang lemau tadinya terus jadi ligat. Dammnnn you otak. Y U no behave around food? Terus aku menuju ke kaunter depan dan mengorder Classic Cheesecake. Selamat. Perut yang dah nak nampak six-packnya tu dah kembali menjadi one pack tyre. Nangis.

Classic Cheesecake..

Dah. Kita mesti balik! Kalau tak, lagi banyak aku order. We paid for our food and balik office. Kat office, a colleague datang menyinggah. Baru balik dari kampung katanya. And jeng jeng jeng..

Mi Siput!

Huwaaaaaaaarrrggghhhhhhhh.. Dia datang bawak mi siput! Apa lagi. Selamat me-ngap! Dah lama tak makan mi siput. Banyak sejarah aku dengan mi siput ni. Zaman-zaman duduk asrama dulu, orang suruh pergi riadah, aku pergi kantin makan mi siput. Hahahahaha..

Lepas Mi Siput? Coklat mek! Waduh waduh waduh.. Gila ini orang. Kau kan demam? Selera pesen apa ni? Tembolok tak berhenti minta di isi. Ke bukan aku yang makan semua tu? Jeng jeng jeng..... 

Tuesday, June 5, 2012

Farewell~!!

One of my colleagues is leaving! For the sake of her children's future, she and family will be migrating to Christchurch, New Zealand. Pergghh.. Daebak kan? Menetap kat sana terus.

Ternganga aku sekejap bila dapat tau. Aku ni kan baru balik dari Christchurch. Tau lah jugak keadaan kat sana macam mana. Yes, for peacefulness, memang tip top. Untuk pergi jalan-jalan memang keless. Tapi untuk menetap kat sana? Aku kena pikir sejota kali. Macam tak ada life kalau duduk sana.

Dinner at Hyatt..

She'll be working with Lincoln University. "Yatt, kau datang lah buat PhD sana. Saya jadi supervisor. Senang belajar overseas tapi supervisor orang Malaysia", katanya. Errr... Aku sekadar aaaa eerrrr uuuhhhmmm oooo je. "Tengoklah Dr macam mana. Heheheh.." Jawabku malu-malu. Kalau betul aku pergi sana, memang no correction terus lah thesis PhD aku. Mana taknya, concentrate on belajar je sebab tak ada entertainment. Hahahahahhahaha.. Pandai lah kau kan.

So, Farewell Dr Pat. We're gonna miss you. ^____^

Saturday, June 2, 2012

Nasi Ambeng

Hari ni aku berkesempatan pergi ke majlis yasinan rumah Mak Uda aku kat Kelapa Sawit nun. Kalau ada majlis yasinan ni, satu je menjelma dalam kepala hotak aku ni. Nasi Ambeng! Teruk betul aku ni. Orang datang buat ibadah, aku pikir makan je.

Nasi Ambeng ni boleh tak kalau aku cakap wujud ikut musim? Hehehe.. Sebenarnya ada je jual kat gerai-gerai kat Johor ni. Tapi nak cari yang betul-betul original dan authentic tu susah sikit. Jadinya, ikut musim yang aku cakapkan tu, maksudnya aku cuma jumpa kalau ada majlis kenduri tahlil, yasin dan seangkatan dengannya. 

Nasi Ambeng Mak Uda aku memang spesial. Masak sendiri tau! Lauk-pauk dia perghh.. Ngences wa cakap sama lu. Nak-nak dihidangkan di dalam talam beralaskan daun pisang dan makan beramai-ramai. Memang mengimarahkan majlis dan menyatupadukan ummah lah. 

Nasi Ambeng..

Lauk-lauknya? Ayam masak merah super kaw-kaw pedas, sambal goreng, ikan kering, serunding kelapa, urap special (pucuk ubi + kacang panjang hiris + kelapa parut), timun dan mihun goreng. Nyam nyam nyam!!

Not only that. Ada jugak kuih-muih 1001 jenis. Kekekek.. Over laa pulak kan sampai 1001 jenis. Tapi banyak lah! Semuanya jiran-jiran tetangga datang hantar. Sangat meriah!


Kuih Muih..

Dah habis makan tergolek kekenyangan. Senyum meleret sampai ke telinga. Terasa-rasa ke'best'an makan Nasi Ambeng. Lepas ni, entah bila pulak aku boleh jumpa Nasi Ambeng ni lagi. Nak-nak duduk jauh kat KK.

Well, inilah kenduri cara kami. Nasi ambeng galore. Kenduri anda macam mana pula? ^___^