Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, May 24, 2012

Balik Kampung.. Seoul~!!

Dua tiga minggu yang lepas ni, gelisah ya amat aku ni. Gara-gara Geng Karatz telah meracun untuk pergi menonton musical Catch Me If You Can pada 22hb Mei. Kalau musical tu kat Dewan Canselor UMS ni boleh lah aku pergi. Ni dekat Seoul sana. Gilosss kau! Dah macam cacing kepanasan aku dibuatnya. Hoh!

Grrr.. Aku plakk...

Kerja aku balik-balik tengok kalendar, tengok website Uncle Tony. Tengok kalendar, tengok website Uncle Tony. Kepala ni memang dah senget, wayar semua dah putus. Mana taknya, hutang pergi New Zealand belum langsai lagi, dah gila nak berhutang lagi pergi Seoul? Kau nak kena isytihar muflis ke CikSengal oiii?? Jangan lah kau buat pasal. Nangis Cik Ina nanti. Waaaaaaaa..

Kesengalan, keresahan dan kegelisahan aku sedikit sebanyak berjaya dipatahkan bila confirm, dan seconfirm-confirmnya, minggu yang kononnya bercadang nak pergi Seoul tu telah diisi dengan slot FYP presentation. By hook or by crook aku tak boleh pergi mana-mana! The end! Khatam hogaya.. Lega lah tu kononnya kan? Tettt!! Tak lega mana pun. Still simpan harapan tinggi nak pergi Seoul jugak. Sudahnya, aku minta jadual presentation aku berakhir pada hari Rabu. Poyolah kan konon-konon hari Khamis tu boleh pergi Seoul. Hahahaha.. Nak tengok musical tak dapat, kita jalan-jalan je lah. Memang betul-betul nekad ni. Tapi Uncle Tony pulak tak nak kawan dengan kita. Huhuhuhu..

Kawan-kawan office bertanya, Yatt kau nak ke mana pulak ni? Mintak dicepatkan jadual present segala? Cepat-cepat aku cakap, balik kampung! Tiket dah beli! Paham lah mereka. Sebab minggu depannya, cuti Kaamatan. Sabah ni cuti panjang. Biasanya memang aku akan balik kampung cuti-cuti Kaamatan macam ni. Tapi mereka tak tau, kampung yang aku maksudkan kali ni tu Seoul. Miehehehehehe.. Jahat nau CikSengal ni.

Nak dijadikan cerita. Entah dari mana datang angin kuskus timur laut tenggara mana aku pun tak tau, keluar lah berita bahawasanya SS4 Seoul Encore akan diadakan pada 26-27hb Mei. HAMBIK KAU! Raya sakan lah CikSengal kan? Masa tu memang bersyukur sangat-sangat lah dah mintak presentation sampai hari Rabu. Hari Khamis dah boleh pergi meroyan. Yahhhuuuuuuuuuuuuu~!!

Masalahnya, flight ticket. Almost RM2K. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa... Macam mana ni. Tengah kusut-musut pikir, MAS telah mendengar rintihan aku. Flight offer! Walaupun tak murah mana, RM1.5K untuk return tickets, aku bersyukur sangat-sangat. Naik MAS wei!! Air Asia lagi mahal! So, selamat lah gores dan hutang. Balik berjoli nanti baru pikir macam mana nak selesaikan masalah duit ni. Yang penting enjoy dulu. Huhuhu.. Sewel. Owhh.. Did I tell you last week I bought AA tickets to Osaka next year? Dang~!! Hutang yang tu lagi. Mampuih makcik!

Dah.. Raya ni takde duit raya!!

Tiket flight dah confirm. Tiket SS4 dah ada. Now, kita beli tiket musical pulak. Tak sempat nak pergi aku kata kan? Memang dah rezeki kami agaknya. Another session of Catch Me If You Can feat. si evil maknae Kyuhyun akan diadakan pada 29hb Mei. Fuhhh.. Sebelum ni rasa macam kerja gila je nak pergi tengok musical ni. Tapi last-last dapat jugak pergi. Tepuk tangan kegembiraan.

Begitulah adanya sedikit sebanyak keadaan aku yang sewel tak tentu pasal dua tiga menjak ni. Semalam, aku dah selamat menghabiskan sesi presentation. Hari ini, di kala ini, aku sedang melepak di KFC, KLIA untuk menanti penerbangan aku ke Seoul. Kalau dah gila, memang gila lah jadinya. Semoga perjalanan aku berjalan lancar, dan selamat kembali ke tanah air nanti. InsyaAllah. ^___^

See you Seoul~!

Wednesday, May 23, 2012

From Taipei With Love ~ Day 1: Taipei Railway Station, Taipei Backpackers (Main Station)

Friday, 3rd February 2012

Bismillahirrahmanirahim.. Destinasi pertama sebagai pembuka tirai aktiviti jalan-jalanku pada tahun 2012 ni. Kita ke mana? Kita pergi Taipei! Buat apa? Kita pergi tengok SS4 Taipei! Muahahahahahahahahahaa.. Gila sudah ini perempuan bernama CikSengal. Kerjanya asyik menghabiskan duit je semata-mata Super Junior. Huhuhuh.. Yoshh.. Aktiviti jalan-jalanku pada 2012 dibuka dengan aktviti meroyan ke Taipei. Sebenarnya tak plan sangat pun nak ke Taipei ni. Tapi disebabkan ada aktiviti sampingan, gigih juga lah aku dan kawan-kawan seangkatan membuat itinerary. Cumanya, aktiviti jalan-jalan kali ni agak santai. Main redah saja mana yang boleh berbekalkan masa yang ada. 

Alkisahnya, aku bertolak dari KK naik Air Asia. Sedangkan partners in crime aku semuanya dari KL. Bagus betul ada direct flight dari KK ke Taipei. Tak perlulah aku nak turun ke KL bagai. Set masa untuk jumpa di Taipei je nanti. Macamlah berani aku ni kan sorang-sorang pergi Taiwan? Keke.. Kalau nak suruh pergi Taipei terus agak seram jugaklah. Jadinya kami meet up kat airport je nanti. Kat atas flight aku seorang je yang pakai tudung. Steward and stewardess yang ada kat situ ala-ala melatah opocot mak kau je bila nampak aku sorang-sorang. Macam pelik gitu. Agaknya tak ramai kot muka-muka melayu yang pergi Taipei dari KK ni. Huhuhu..

Perjalanan ke Taipei mengambil masa selama 3 jam 15 minit dari Kota Kinabalu. Ketibaan adalah di Terminal 2, Taoyuan International Airport. Geng karatz dari KL yang menaiki Cathay Pacific turun di Terminal 1. Oh ya. Mereka berhomeless di airport sejak malam tadi disebabkan jadual flight yang tak berapa nak best. Dari KL kena transit di Hong Kong, barulah ke Taipei. Hurmm.. Senang lah aku kan? Ada orang datang jemput. Hahaha.. 

Monday, May 21, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 5: Gwanghwamun Square, Cheonggye Stream, Itaewon, Myeongdong & Olympic Park

Wednesday, 23rd November 2011

Hari kelima jalan-jalan. Hari ini, aku tak ada specific tempat yang aku terkinja-kinja nak pergi. Dah dua tiga hari terakhir ni, aku sekadar bawa Aida, K Yati dan Fieza jalan-jalan je. Semuanya ke tempat yang aku dah pernah pergi. Jadinya tak ada apa yang menarik nak diceritakan sangat lah.

Kalau diikutkan, memang ada itinerary untuk hari ni. Cadangnya nak ke Lotte World. Tapi K Yati and Aida malas nak berjimba-jimba kat sana. Aku pun sekadar kalau pergi ye pergi kalau tak, tak apa. Tak menyesal pun. Optional lah kiranya tu kan. Lagi pulak memandangkan poket yang semakin nipis ni, kena lupakan dulu kot? Haha..

Stop pertama, kami ke Gwanghwamun Square. Sejuk pagi-pagi ni. Menggigil aku dibuatnya. Angin toksah cakap lah kan. Tu yang membuatkan cuaca semakin sejuk. Yang lain-lain sakan bergambar. Aku pulak dok menyangkung kat tepi. Cari dinding untuk menghalang dari ditiup angin. Kekeke.. 

Nun dihujung sana Gyeongbokgung sedia menanti. Diingatkan di sini! Kalau dah sampai Seoul ni, mesti pergi sini! Jangan tak pergi tau!!

Pintu masuk ke Gyeongbokgung..

Saturday, May 19, 2012

Kia Ora! D-Day!!

Wednesday, 25th April 2012

It’s the day! Hari ini aku akan ke NZ. Excited lah. Excited please. Almaklumlah, takde feel aku ni. K Awa kata, “Kau kena tengok LOTR baru lah excited nak pergi.” Tu lah. Aku tak pernah tengok LOTR. Jadinya aku tak boleh nak imejin apa-apa. Tak dapat aku nak bayangkan apa yang ada kat NZ sana melainkan kambing-kambing kat tepi jalan. Hehehehe..

Perjalanan aku bermula dari Johor Bahru. Naik bas ke TBS dan seterusnya ke LCCT. Flight pukul 11.30 malam dari Kuala Lumpur menuju ke Christchurch. Kat rumah, Cik Ina dah pesan macam-macam. Panjang lebar tak cukup tangan nak tulis. Sampai lah ke saat aku menaiki bas tak berhenti-henti dia berpotpet. Jangan buat itu, jangan buat ini. Beringat-ingat. Jangan suka sangat. Hati-hati. Kalau tak ada duit jangan jalan. Yes Mommy. I understand. Risaunya tak habis-habis sebab anak dia yang sorang ni memang sengal macam apa. Bukan boleh percaya sangat. Huhuhuhu..

Kat NZ ada jual nasi campur tak?

Wednesday, May 16, 2012

Debat Cara Kami

Kami ada sesi debat untuk subjek Etika. Inilah debat cara kami..

Dah macam group discussion..

Senang nak gaduh-gaduh tarik rambut kan?

Ni macam stock market dah..

Amacam? Best kan debat cara kami.. ㅠ___ㅠ

Tuesday, May 15, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 4: Namdaemun Market, Namsan Park, Teddy Bear Museum & Seongnam Art Centre

Tuesday, 22nd November 2011

Hari keempat! Seawal 7 pagi kami dah keluar untuk menyerbu kedai brooch kat Namdaemun. Kekeke.. Alkisahnya, kedai brooch yang murah tu cuma bukak dari pukul 7 pagi sampailah 1 tengahari je. Alpatutlah sebelum-sebelum ni aku datang memang tak jumpa kedai brooch yang murah. Mula lah aku nak menyumpah-nyumpah masa tu kan. Trip kali ni baru jumpa. Sadis betul.

Tettt!! Jangan ditanya kedainya kat mana sebab aku blur! Huuhuhu.. Sebabnya main terjah jalan-jalan je kat bangunan-bangunan yang ada kat Namdaemun tu. Naik turun tangga pusing sana sini mencari kedainya. Jumpa tu memang jumpa. Tapi kalau disuruh describe balik macam mana nak pergi, mintak maap lah. Memang aku tak tau. Entah dari mana aku masuk, entah ikut mana aku keluar, aku pun tak tau. 

Jadinya kat kedai tu, kami memborong apa-apa yang patut. Ikut jenis dan design, satu set boleh dapat as low as KRW2,500. Murah kauuu.. Made in Korea some more.

Dah habis shopping brooch kami shopping souvenir pulak. Ahjumma seorang ni excited betul nampak kami segerombolan datang. Terus ditariknya kami pergi ke kedainya. Siap bagi minum vitagen lagi. Alah benda alah yang Lee Gak suka minum tu. Dah tu bagi diskaun kaw-kaw punya. Pembuka rezeki katanya di pagi hari. Dah habis memborong, kami pusing-pusing cuci mata.

Kedai ahjumma tu..

Sunday, May 13, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 3: Sokcho, Mt. Seorak, Ilchulbong Hoetjib Restaurant, Handel n Gretel & KBS Building

Monday, 21st November 2011

Today is my birthday! Weeehuuu~!! Selamat datang 3 series. Ya. Saya sudah tua. Saya sudah masuk angka 30. Huwaaa.. Tua pun tua lah. Janji hati sentiasa muda. Kan? Kan? Kan?

Sempena birthday aku yang terbest abad ini ni, kami pergi ke luar Seoul. Jalan-jalan ke East Coast. Perjalanan ke sana memakan masa yang agak lama. Itu sebabnya kami kena bertolak awal pagi. Pukul 5.30 pagi kami dah keluar. Bergerak dari hostel terus ke Seoul Express Bus Terminal. Untuk ke Seoul Express Bus Terminal ni, boleh naik subway train dan turun di station Express Bus Terminal subway line no 3, 7 dan 9. 

Kesan dan akibat dari tak tidur.. 5.45 pagi at Hoehyeon Station..

Saturday, May 12, 2012

Jay Park FM in Kota Kinabalu

Yosh. Some bits and pieces lah cerita ceriti sikit-sikit tentang my encounter with Jay Park. ^^ Although I'm not a hardcore fan of him, aku pergi jugak sebab bukan selalu dapat tengok Korean Artist datang Malaysia ni. Nak-nak datang ke KK. Masa SS501 datang sini dulu pun aku dah macam beruk mak yeh terkejut kena karan. Jadinya, peluang yang ada tu tak dapat lah aku nak lepaskan.

I was out of town. Tak ada kat KK. Jadinya kirim Cik Dila mintak tolong belikan pakej Jay Park punya showcase ni. Tutup mata sajalah membayarnya. Janji dapat dengar dia nyanyi and dapat mengadap muka dia mintak sign autograph. Kalau ada rezeki boleh buat upacara membatalkan air sembahyang terus kat situ. Hahahaha.. Sewel.

My package..

I just got the package yesterday. Just in time sebelum aku cabut pergi ke KKIA. Nak menyambut ketibaan Jay lah konon-kononnya. Berpandukan maklumat penerbangan yang K Jel bagi, gigih aku meredah jalan yang baru nak jem tu. The traffic jam in KK sucks. So I better cabut cepat.

Sesampainya kat sana, orang dah ramai. Ya ampun. Mana mereka tau Jay datang time ni? Macam lah aku sorang je ada informer. Orang lain pun ada jugak tau! Huhu.. Aku ni baru berangan nak bergambar dengan Jay. Kalau dah macam ni punya ramai, takde harapan lah. Simpan je angan-angan tu.

Yang tunggu Jay..

The crowd were crazy. Mula-mula praktis jerit, then praktis benda lain pulak. We got some cheerleaders in the house bebeh!! Siap berpompom segala, bersorak sampai naik bingit telinga aku ni. Apa dia? "OH MY GOD, YOU'RE SO HOT, GO JAYYY~!!" Macam tu ke sorakannya? Hahahaha.. Budak-budak sekolah. Biar je lah. Nasib baik tak ada nyanyi-nyanyi macam sambut FT Island hari tu. Kekekeke..

Aku duduk kat belakang je memerhatikan gelagat budak-budak ni. Konon kasi peluang lah kat mereka-mereka ni duduk kat depan untuk menatap lubang hidung Jay masa dia keluar nanti. Padahal aku takut. Takut ada umat yang aku kenal tersesat kat dalam group sorak tu. Harus lah aku kantoi nanti. Hehehehe.. Jalan selamat, duduk kat belakang je. Ada lah rezeki aku nanti untuk get close to Jay. Dah biasa sambut artis. I know how things work. Chehhh.. Poyos!

Macam mana nak tau kalau seseorang artis tu dah sampai? Senang je. Siling airport tu boleh runtuh dengan jerit pekik fans. Tu indicator untuk artis Korea lah. Artis Malaysia aku tak pasti sebab aku tak pernah pergi sambut mereka. Hari tu satu flight dengan Mawi pun orang-orang sekeliling buat donno je. Sadis betul. Jadinya bila orang start jerit je, aku pun mengatur langkah cari port baeekk punya. 

Jay dah keluar. Aku ke depan. Cari, tak jumpa. Lah. Mana Jay ni? Rupanya mamat tu kecik je. Terlindung di balik security yang ada. Puahahahaha.. Comel je rupanya Jay ni. Bak kata orang Sabah, pindik-pindik tagap. Hahahahaha..



The crowd were well behaved jugak lah. This is what I like about Malaysian fans. ^___^ Mereka memang sopan. Tak kan jumpa aksi-aksi yang boleh mencederakan artis ataupun aksi-aksi menggegar dan menggoncang van. We make sure the artist feel comfortable around us and not scared of us. 

Habis dah. Selamat jugak Jay sampai kat KK ni. Now what's next? Lemau aku ni lambat gerak. Kalau tak boleh kejar van Jay tu. Aishhh.. Mula dah aku buat ekspedisi menjelajah hotel-hotel kat KK ni untuk mencari kat mana Jay tinggal. Hahaha.. Tapi hampeh. Tak jumpa pun van tu. Terus balik rumah lah jawabnya. T__T

For the showcase, aku lenggang kangkung je datang lambat. The showcase starts at 7pm. 6.45pm lepas maghrib baru aku dan Cik Dila bergerak ke sana. Mentang-mentang bukan SuJu kan. Hahaha.. Orang memang dah ramai. Aku duduk kat belakang sekali kat section tengah-tengah. Belakang VIPs kekdahnya.

The venue is quite disappointing jugak lah. Laluan jalan kereta, ditutup sana sini, block some views and voila! Ready sudah untuk artis bertandang dan bertendang. Aku ni dah lah pendek. Depan-depan aku semuanya tinggi-tinggi. Memang tak nampak stage. Nak tengok screen, screen pun tak ada. Ada untuk orang yang duduk belakang je. Macam mana aku nak spot Jay macam ni. Huhuhuhu..

The stage..

The crowd kat belakang.. Ni yang ada tiket showcase je.. Diorang dapat tengok screen besar..

It's 7pm. Apa pun tak start lagi. Then the MC came out. It's Jin! Suka dia. Last time masa dia handle showcase 2AM pun aku suka. First we had some cabutan bertuah. Aku tak bertuah langsung. Huhuhu.. Then, several fans dipilih untuk dance battle kat atas stage. Gigih tau mereka-mereka ni mengvolunteerkan diri. And then tunggu je lah lepak sebelum showcase bermula.

I met another CARIan here. Tiba-tiba je muncul kat belakang aku. Hehehe.. First time meeting Chynez face to face here after knowing her online for quite some time. Sempat lah borak-borak panjang. Dari Chy aku dapat tau Jay stay kat Novotel. Chaitt!! Dalam 1Borneo ni jugak rupanya. Memang buang karan aku pusing-pusing KK semalam. Huhu..

Jin! I love Jin~!! 

Blur lah pulak..

Akhirnya. Showcase bermula tepat pukul 8 malam. Jay pun keluar. Lagu apa dia nyanyi? Ini..... ^___^

Nothing on You..

I cannot see a thing! Seriously. Nak tak nak aku tepaksa angkat kamera aku tinggi-tinggi, zoom sejauh mungkin and push the record button dan tengok Jay melalui skrin kamera aku yang kecik cepotet tu je. Zoom pun zoom-zoom ayam je. Sangat sadis hokkay!! Dah tu lenguh macam apa dah tangan aku. Sampaikan the next song, aku give up terus. Duduk lah aku diam-diam kat situ. The next song lagu apa pun aku dah tak ingat. Hahahaha..

Dah habis dua lagu, sesi dance battle pulak. 5 orang yang dah dipilih naik ke atas pentas. Awal-awal tu aku tengok ala-ala je. Tengok betul-betul bila dah tinggal final 2.

Jay tolong ikat tali kasut budak tu.. Cute..

Dance Battle

Mamat yang menang tu aku macam pernah tengok. Rasanya dia ada terlibat dengan flash mob Super Junior kat 1Borneo back in Nov or Dec tahun lepas. Rasanya lah. Macam familiar.

Dah habis dance battle, Jay nyanyi dua lagu lagi. Then it's Autograph Session!

Know Your Name..

Girlfriend..

Bergegar tangan aku menahan lenguh. Rasa nak tercabut je. Tapi terpaksa gagahkan diri. Kalau tak, memang tak nampak apa lah. Dengan bermulanya Autograph session maka berakhirlah showcase ni. Mana-mana yang datang untuk showcase tu dah mula melangkah balik. Kami pulak mula masuk barisan. Beratur untuk naik ke stage mengadap Jay. Hehehe..

Nahh.. I'm not a VIP..

Sebelum naik stage..

Tiba-tiba berdebar. Puahahahaha~!! Macam bongek je. Jalan ke depan Jay, said Hi, hulur album, dia sign, lepas tu dia hulur tangan dia nak salam. Macam kena pukau aku pun salam balik. Nahh.. Selamat sudah upacara membatalkan air sembahyang. Hahahaha.. Lembut gila tangan dia. Warrghhh~!! Sewel. Berdosa tau tak?? BERDOSA KAU SALAM DIA. Aku tau. Huhuhuhuhu..

Turun lah aku dari pentas dalam awang-awangan. Berangan nak snap gambo tapi abang security yang ada kat situ dah sengih-sengih say no. Huh! Balik terus lah macam tu. Nak skodeng dia kat Novotel pun dah malas.

Tapi tak balik terus. Singgah makan ni..


Sambil membelek ni..


Waaaahhhhh... Bestnya perasaan tu. Mau masuk dalam mimpi Jay malam ni. Hehehe.. Overall, it was fun. Harap-harap semakin banyaklah aktiviti macam ni berlangsung kat KK ni. Senang aku. Tak payah nak turun KL kan?

Jay will be going to KL tomorrow morning. Sorry Jay. I can't send you off. Ada kelas kekdahnya. Anyways, thanks for the sweet memories here in KK. And hope to see you again!

Thursday, May 10, 2012

Taipei Backpackers (Main Station Branch), Taipei

Sempena trip aku ke Taipei bulan Februari hari tu, aku telah melepakkan dan mentidurkan diri kat sini di Taipei Backpackers. Lokasinya agak strategik jugak lah berdekatan dengan Stesen Keretapi dan Terminal Bas Taipei.

Backpackers ni letaknya di lorong yang agak kecil, tapi tak susah mana nak mencarinya kalau betul-betul mengikut panduan yang diberi. Ohh ya. It is on the 2nd floor. Kena naik tangga ye. Jadi pada sesiapa yang berangan nak stay kat sini, jangan mengada-ngada bawak beg berat-berat. Hehehe..

Hurm.. Aku tepek gambar lah..

Naik ke atas..

Wednesday, May 9, 2012

Kia Ora! At The Beginning

Salam Kia Ora. Kekeke.. Moh. Another episode of my jalan-jalan tak ingat dunia. Bertabah je lah korang semua ye membaca repekan entah apa-apa aku ni. Kali ini kami ke bumi Kiwi. Ke New Zealand beb! Macam mimpi je. Tak pernah aku terfikir nak menjejakkan kaki ke New Zealand ni. Dulu-dulu ada lah berangan kan bila tengok cerita Ahmad Idham dulu. Cinderella ke Cinta Antara Benua ke Cinta Korporat dulu tu. Lupa dah aku cerita yang mana. Hehehe..

Which part of New Zealand? South Island. Kami menjelajah South Island bermula dari Christchurch. Poyo je menjelajah. Bukan semua ceruk South Island lah. Certain-certain tempat je. Kalau nak pergi semua tempat maunye kena duduk sebulan. Bankrap lah aku jawabnya. Dengan siapa aku pergi? Siapa lagi kalau bukan my backpackers gang. Orang-orang yang sama yang mengikuti pengembaraan ke Sumatera Utara, Bali dan Winter Sonata di Bumi Korea. Senang. Masing-masing dah kerasan dengan perangai masing-masing. So no problem nak meronggeng-ronggeng kat sana.


Bekalan ke NZ..