Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Monday, April 23, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 2: Myeongdong, Olympic Park & Dongdaemun Market

Sunday, 20th November 2011

Setelah insiden malam tadi dan pagi tadi yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila, kami terbongkang tak sedarkan diri. Memang kerja gila betul. Aku sedar pun sebab Aida dah bangun tengok TV. Dengan mamai-mamai aku tanya pukul berapa dah ni. Bila dia sebut je pukul 12 tengahari, terus melompat aku terjun dari katil. Demmitt~!! Kesiangan aku ni. Huhuhuh..

Kalau nak ikutkan itinerary yang aku buat sampai nak pecah kepala tu, pagi ni nak bersuka ria kat Yeouido. Hampeh dot com dot my. Bersuka ria atas katil buat kuak lentang. Jadinya, tak nak buang masa, bersiap seadanya dan terus ke Myeongdong. Kelaparan. Harap-harap ada lah benda untuk dilantak kat sana.

We ended up in this restaurant. Seriously aku tak ingat nama restoran ni apa. Tapi dekat-dekat dengan Uniqlo and SPAO tu. We had Haemultang. Yeay!!

Side dishes..

Saturday, April 21, 2012

Karnival Produk Johor 2012

Now now.. Ada Karnival Produk Johor kat 1Borneo. Kemain ye. Aku yang kengkonon free tak ada kerja pun pergilah menyinggah tengok. Adalah beberapa booth yang menjual produk-produk ni. Tapi kebanyakannya aku tak kenal kecuali produk Faiza. Yang paling tak tahan, ada booth Linguaphone. Produk Johor kah itu? Hurmm.. 

Yang menjadi tarikan orang ramai ialah persembahan kebudayaan Johor yang di adakan kat atas stage kecik yang disediakan. Semangat betul. Aku pun ikut semangat jugak. Dah lama tak tengok orang menari Zapin.

Zapin..

Live music.. Siap penyanyi lagi..

Siap ada Joget Lambak lagi. Aku awal-awal dah cabut dulu. Kalau tak kena timing, maunye aku dah terkinja-kinja kat atas pentas tu. Hahahaha..

Overall, baguslah diorang buat tour macam ni untuk promo barang-barang keluaran Negeri Johor. Cumanya tak ramai yang participate. Booth Otak-otak Kempas mana? Kalau kau datang sini, boleh kita deal bisnes. Hehehehe.. 

Thursday, April 19, 2012

Dubu Dubu, MidValley Megamall

Dah lama tak melantak makanan orang kampung ni. The last time aku isi tembolok aku yang besor ni ialah kat South Gate Restaurant. This time kat Dubu Dubu pulak. It's in Mid Valley, kalau ada yang tak tau. ^____^

I had lunch with my fellow Geng Karatz, Cik Kia yang sanggup ambik cuti sebab aku datang KL ni dan Cik Idie yang tengah tergolek-golek kat rumah tak ada kerja nak buat sementara menanti nak masuk tempat kerja baru. It's kind of gathering lah for these tiga dara pingitan yang berangan nak berlaki kan budak-budak SuJu. Kehkehkeh..

Dubu Dubu

Hubby memasing tengah nyanyi.. They were playing Super Junior's Super Show 2..

Mari tengok menu..

Banyak jugak lah variety makanan yang ada. Kalau boleh nak makan semua. Hahaha.. Tapi slow-slow lah kan. Next time boleh datang melantak kat sini lagi.

My lunch.. Sundubu Jjigae..

Penambah selera.. Cheese Ddeok.. Yummehh!!

Hohhh.. Konyang makcik. So girls, when is our next date? ^____^

Wednesday, April 18, 2012

Infosys Foundation Program 2012

Infosys Foundation Program datang lagi!



Tahun ni, akan diadakan 2 batch sekaligus. Batch 6 seramai 100 orang di Universiti Malaysia Pahang dan Batch 7 seramai 80 orang di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia.

Syarat kemasukan kali ni ada kelonggaran sikit. Kalau sebelum ni mesti dapat CGPA 2.75 ke atas, tapi kali ni kalau tak dapat CGPA macam tu pun tak apa, asalkan dapat B dalam beberapa subjek terpilih seperti Programming, Database, OO, dan yang sewaktu dengannya.

Proses pemilihan akan diadakan pada 2 Mei 2012 ini bertempat di universiti masing-masing. Macam biasalah. Ada Essay Writing, Aptitude Test dan Interview.

Any enquiries, sila jumpa dengan SPoC universiti masing-masing. Please grab the opportunity and best of luck!


Monday, April 16, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 1: Deoksu Palace, Namsangol Hanok Village & Olympic Park

Saturday, 19th November 2011

Kami tiba di Incheon Airport lebih kurang pukul 6.30 pagi. Masing-masing muka sendu je baru bangun tidur. Tapi bersemangat nak mengharungi hari-hari yang mendatang di Seoul. Aku pun excitednya macam apa walaupun dah 2 kali aku datang sini. Sentiasa rasa happy tiap kali menjejakkan kaki ke bumi Korea. Tak tau kenapa. Yang dah datang 5 6 7 kali pun masih rasa excited. Kiranya aku ni boleh dikatakan normal laa. Kekekee..

Perkenalkan ahli rombongan kami. Geng Karatz – Mulan, Asue, Aleng, Queen, Fieza, my officemate – K Yati, my sister – Aida and myself. 8 orang semuanya yang bakal meroyan kat Seoul. Hehehe..


Geng Karatz and kuncu-kuncu..

Setelah selesai immigration check, mengambil luggage, dan buat apa-apa yang patut seperti membeli T-Money, menyewa telefon dan sebagainya, kami terus bergerak ke Seoul dengan menaiki bas. Untuk trip kali ni, kami akan stay di area Namdaemun. Di sebuah hostel yang di recommendkan oleh K Jel. Another of our CARIan friend. Keadaan hostel tu aku tak tau macam mana. Nanti dah sampai baru boleh tau selesa atau pun tak. Harga tiket bas dari Incheon Airport ke Namdaemun adalah berharga KRW10,000.

Saturday, April 14, 2012

OMONAA.. Jay Park in Kota Kinabalu!!

Baru je aku terkejut badak pasal Ronan Keating nak datang KK. Ni lagi satu berita buat aku terkejut atuk badak. Jay Park is coming to town!! The date is 12th May 2012 and the venue is 1Borneo. Gempak seh. Banyak-banyak tempat, kenapa dia datang KK ni? Why KK? Why? Gilakk..

cr: kpopped

And banyak-banyak tempat kat KK kenapa buat kat 1Borneo? Why? Why? Why? WHHYYYY?? Macam mana aku nak sorok muka? Habislah aku bakal kantoi dengan students. Mari kita suruh students buat assignment supaya mereka tak dapat datang FM ni. Kihkihkih..

Let me share you some info lah kan. Fan Meeting akan diadakan pada hari Sabtu 12 Mei, pukul 4 petang. Venue yang lebih detail akan ditentukan kemudian sebab Gourmet Lane tu besor. Siapa yang nak dapatkan autograph Jay tu, sila dapatkan album Jay di outlet Speedy yang terdekat. Dalam pakej album tu kalau tak silap ada limited t-shirt and so call FanMeeting pass katanya. Kena pakai t-shirt tu kot untuk dapatkan sign. So far, ni dulu maklumat yang ada. Nanti aku update lagi. Credit to K Bel from CARI yang sudi tanyakan UMM pasal event ni bagi pihak aku. Thanks K Bel. ^___^

Jom jom jom kita jumpa Jay Park!! 


*update 19/4*

CD Jay Park boleh dibeli di Speedy Outlet sekitar KK dengan harga RM90 (inclusive t-shirt and limited fan meeting passes) bermula hari Sabtu, 21 April 2012.



*update 21/4*

J-Walkerz especially in Sabah : here the latest news for you :

1. Ticket for FanMeet and Autograph :
Showcase Pass for every RM30 reload from 1Borneo Hyper Mall and Api Api DiGi Retail Centres in KK. Very limited passes available. 
For autograph pass, fans can get a Package A offered by Universal (Please note that DiGi only gives showcase pass once they activate DiGi Music Pluz. Autograph passed are handled by Universal)

2. If it's true they need to purchase CD : how many ticket inside the CD and it's for which part ? FanMeet or Autograph or both?
Universal Music Malaysia is offering two ticketing packages to accommodate their preferences:
Package A, priced at RM150 (showcase pass, autograph pass, New Breed CD and limited edition Jay Park T-Shirt) and Package B at RM90 (showcase pass, New Breed CD and limited edition Jay Park Wristband).
~ These packages can be purchased at selected Speedy outlets nationwide.

3. Is the event is open for public ? Since the event will be held inside the mall.
Open to audience with tickets only.

4. Overseas fan from Philippine, Brunei and Indonesia since this country is nearer to Sabah. How overseas fan purchase the ticket?
Fans need to buy the DiGi Prepaid SIM packs(in Malaysia) at RM8.50 + RM30 reload coupons or the Universal packages from Speedy outlets.
Also, below is the mechanics of the showcase pass redemption which will be available on DiGi’s website by Monday, 23rd April.

Mechanics for Showcase Pass Redemption:

1. Reload RM 30 at participating DiGi outlets
DiGi Retail Centre 1 Borneo
DiGi Retails Centre Api-Api

2. SMS JP to 2016 to activate Jay Park DiGiMusic Package (cost RM5), consisting of
- 30 days DiGiMusic Pluz subscription*
- Plus FREE Jay Park “Know Your Name”, “Star” & “Girlfriend” CallerTune**
* DiGi Music Pluz subscription will be auto-renewed at RM5/month after 30 days.
** Caller Tune subscription will be auto-renewed at RM2/month after 30 days.

3. No Unique Experience offered to customers in KK;

Showcase details:-
Showcase title: DiGi LIVE presents Jay Park Showcase (title tbc)
Venue: 1 Borneo Hyper Mall, Gourmet Lane, KK Sabah
Date & Time: 12 May 2012; 7pm

***Thanks to K Bel.. ^____^



Aku dah menyinggah Speedy 1Borneo. Staf kat situ kata next week baru UMM starts shipping the CDs. Tunggu je lah ye. Tak pun, tinggalkan no tepon kat dia. She will call when the CDs arrived. Best of luck~!!


Corat-coret on Jay Park's FM can be seen here..

Friday, April 13, 2012

Cerita Driving License

Semalam aku pergi ke JPJ membuat translation untuk lesen memandu aku ni. Kisahnya, untuk trip aku yang akan datang, aku berangan nak driving. Nak buat international driving permit (IDP) tak mampu. Valid pulak setahun je. Aku nak pergi mana lagi dalam tempoh setahun tu. Jadinya aku buat translation sajalah. Nak-nak negara yang aku pergi ni tak perlukan IDP, cukup sekadar translation driving license kita ke English.

So, apa yang diperlukan? Bawak fotostat IC dan lesen memandu depan dan belakang, isi borang kat JPJ, ambik nombor dan pergilah ke kaunter. Kat kaunter tu kena interview lah jugak nak buat apa dengan translation ni. Goreng lah apa-apa yang patut. :P

Dah tu, hendaklah membayar fee yang dikenakan. RM20. RM10 untuk translation dan RM10 untuk cetakan maklumat lesen dalam BM. Aku tak nak yang dalam BM punya boleh tak? Dia kata, memang sekali. Huh.. Nak tak nak bayar je lah RM20. Then, tunggu lah around 30 minit untuk diproses.

Setelah siap, macam ni lah rupa dia..

Lesen Memandu versi English..

Lorrr.. Surat biasa je rupa dia. Macam mahal lah pulak RM10 tu. Template dah ada, tinggal nak isi info je. Lambang kepala surat dan cop JPJ tu yang mahal kot. Huhuhuhu..

Wokeh! Dah boleh dah memandu kat negara orang. Geng-geng yang lain pun dah buat jugak translation ni. Tapi dengan membayar RM10 saja ye. Saya? Hishhh. Grrrrrrrrrr........

Thursday, April 12, 2012

OMG.. Ronan Keating in Kota Kinabalu!!

OMG. Terkejut beruk mak yeh aku ni. Ronan Keating is coming to KK! Nangis lah. Nangis lah...

Kisahnya, semalam aku dan Cik Dila pergi meroyan tengok wayang. Sekali Cik Dila nampak banner besar ni dekat Jesselton Point, ada gambar pakcik Ronan Keating ni. Kat banner tu tulis perkataan Giant. Disebabkan aku drive ala-ala F1, Cik Dila tak dapat nak baca info kat banner tu. Aku lagi lah. Tak tau apa. Cik Dila kata apa yang giant? Red Giants kah? Pasukan bola mana tu? Hahahahaha..

cr: kkmoi.com

So, balik rumah aku godek-godek. It's Save the Giants lah! Wow.. Ada Marine Awareness Month and the guest is Ronan Keating. Weeehuuuuuu~!! Berangan betul nak skodeng Ronan. Nak dengar showcase dia. Tapi bila risik-risik dapat tau rate bilik paling murah kat Bunga Raya Resort tu RM1.2K satu malam, terus terkedu jadi ikan sardin aku ni. Siapa mampu?? Giloss lah.

Oklah. Then other info yang ada kat situ is Marine Day Beach Party. Ronan will be there. Excited lah nak join ni. Sekali.. Ehhh.. Hari ahad ada kelas!! Waaaaaaa... Nangis.

Tak apa lah. Tak ada rezeki. Mari lah skodeng dia di airport. Ada siapa-siapa tau bila dia sampai? Silalah bagitau aku. Kempunan ni tak dapat nak join event dia. Huhuhuhu..

Cracks of a Broken Heart

When the dancing machine starts singing ballad, I just.... can't.....................


Kerja dia dalam SuJu balik-balik dance and rap je. Susah betul nak tengok dia nyanyi betul-betul. Bila dah tengok, dah dengar, boleh pengsan terus. The boy got talent.

Lepas ni, boleh join KRY ye. ^___^


Eric Benet - Cracks of My Broken Heart

Maybe we need just a little more time
Time that can heal what's been on your mind
You can find what we lost before it all slips away
We need time to mend from the mistakes I've made
God only knows what a heart can survive
So many tears from all the pain in our lives
And where else could we go after all we've been through
I still believe my life is right here with you

So just hold on
And it'll wont take long
I hope that you can love me
When the pain is gone
I don't want us to fall through the cracks of a broken heart
Don't want us to fall through the cracks of your broken heart

I know its taking a while but every lesson, i've learned
And if your heart speaks tonight, I'll hear every word
If you want to be free I'll never stand in your way
But with all that I am, I'm asking you to stay

Hold on
And it'll wont take long
I hope that you can love me
When the pain is gone
I don't want us to fall through the cracks of a broken heart
Don't want us to fall through the cracks of your broken heart

There's a light that can burn
It exists in the heart
You can feel it when you know love is true
If you could try to be strong
And keep the light burning long
It took a lifetime but i found it in you

Hold on
And it'll wont take long
I hope that you can love me
When the pain is gone
I don't want us to fall through the cracks of a broken heart
Don't want us to fall through the cracks of your broken heart

Wednesday, April 11, 2012

Laut, Laut, Lautan

Hari aku hari ni penuh dengan laut.



Mula-mula laut yang ni..



Lepas tu laut yang ni pulak..



Dah tu, keluar panggung, was shocked by the 8.5 earthquake in Sumatera. Tsunami warnings have been issued in several countries including Malaysia. Ya Allah, lindungilah kami dari segala mala petaka. Semoga semua orang yang mengalaminya terselamat. InsyaAllah, amin.


Indeed.. Hari Laut Sedunia for me.

Monday, April 9, 2012

Jalan-Jalan Style CikSengal

Ramai yang tanya. Ramai yang mintak tips. Jadi CikSengal kongsi kat sini lah ye jalan-jalan style CikSengal ke luar negara yang kedekut dan amat menjimatkan kos. Kekeke.. Manalah tau boleh dibuat panduan bagi siapa-siapa yang tak ada bajet besar tapi nak pergi jalan-jalan.

1. Who to go With?
Nak pergi dengan siapa ye? Dengan siapa-siapa pun boleh. Tak ada masalah. Tapi yang penting mesti lah satu kepala, satu pemikiran, satu minat. Trust me, SENANG nak berjalan-jalan. Bila semua serba serbi sama, boleh lah nak fokus ke spesis jalan-jalan yang mana satu. Jalan-jalan sightseeing ke, jalan-jalan nature ke, jalan-jalan shopping ke, jalan-jalan tak tentu arah ke, apa-apa je lah. Paling ideal kalau nak jalan-jalan ni, pergilah berempat. Senang nak kongsi bilik hotel/hostel/guesthouse, nak kongsi teksi (kes terpaksa) pun senang.

2. Where to Stay?
Kalau pergi jalan-jalan jimat kos, takkan laa nak duduk kat 5-star hotel lah kan? Cari lah tempat-tempat yang murah. Guesthouse ke, hostel ke. Nak tidur je pun. Bukannya nak bermalas-malas kat bilik, nak tidur-tidur sampai matahari tegak. Kalau nak buat macam tu, duduk je kat rumah. Tak payah pergi jalan-jalan. Kalau jalan-jalan berempat, boleh duduk kat dorm. Jimat kos. Kalau lah kita sampai lewat, landed dalam pukul 10 malam ke atas, tidur je kat airport tu. Tak payah susah-susah nak ke hostel. Besok pagi-pagi baru gerak. Biasa-biasakan lah diri untuk tidur kat airport, stesen bas ke, stesen keretapi ke. Pengalaman tu mahal tau. 

3. What to Bring?
Yang paling penting sekali, universal adapter. Ini kalau pergi ke negara-negara yang kepala plug dia jenis lain daripada yang kita punyalah. Kalau tak bawak, sesetengah tempat tu ada jual, boleh lah beli. Kalau tak ada, tu yang payah tu. No point bawak charger handphone, bateri kamera bagai tapi tak boleh nak cucuk kat dinding. Bagi yang gila bergambar, disarankan bawak extra bateri untuk kamera tu. Nak-nak kalau pergi time winter. Bateri kamera cepat habis. Tak dapat nak posing sakan kang. Lagi, bawaklah torch light ke, benda-benda first aid macam plaster ke, cream gatal ke, errr kalau gatal-gatal kena gigit nyamuk ke, semut ke boleh lah sapu-sapu. Minyak angin ke, apa-apalah yang dirasakan sesuai. Biasanya CikSengal akan bawak laptop sekali. Nyawa tu. Senang nak transfer-transfer gambar kalau memory card dah penuh, senang nak surf internet etc. Notebook kecik & pen pun wajib bawak untuk menconteng apa-apa yang patut.

4. What to Eat and Drink?
Kalau tempat yang kita pergi tu senang nak cari makanan Halal, tak ada masalah. Lagi seronok kalau makanan tu murah-murah. Kalau susah nak cari makan, sila cari hostel/guesthouse yang boleh main masak-masak. Senang kalau ada tempat memasak ni. Tinggal nak beli groceries je, lepas tu bersilat lah kat dapur tu. Tak pun, bawak je bekal dari Malaysia. Maggi ke, roti ke, serunding kering ke, sambal ikan bilis ke, tuna mayonaise dalam tin ke. Yang mudah-mudah. Kita ni kalau jalan-jalan, bab makan jangan berkira sangat. Makan sekadar untuk mengalas perut. Bukannya nak melantak, menketedarah. Dan jangan lah kita expect untuk dapat makan macam yang kita makan hari-hari kat Malaysia. Nak makan nasi ayam, nasi goreng kampung bagai sila jalan-jalan kat dalam Malaysia je.

5. Where to Go and What to Do?
Sila buat perancangan. Sila sediakan itinerari. Senang nak jalan-jalan kalau ada itinerari ni. Jangan malaskan diri untuk study tempat-tempat yang menarik. Bukak internet tu. Semuanya ada kat situ. Tengok tempatnya kat mana, jauh ke, dekat ke, nak perginya macam mana, bukak pukul berapa, tutup pukul berapa, berapa bayarannya. Semua tu nak kena godek. Dah tu sila senaraikan mengikut hari yang sesuai. Kumpulkan mana-mana tempat yang berdekatan and whamm meroyan lah anda di situ sehari. Lepas ni tak payah nak datang-datang balik dah. Kalau nak lagi jimat bajet, sila pergi tempat-tempat yang free-entrance fee. Dah tu pergi lah tempat-tempat yang berbayar. Kekeke.. Gunakan konsep 7-11. Keluar jam 7 pagi dan sila balik pada jam 11 malam. Memang puas lah berjalan.

6. What to Wear?
Rajin-rajinkan lah diri untuk tengok macamana cuaca kat tempat kita nak pergi tu. Kalau sejuk, bawak lah baju tebal-tebal sikit. Kalau panas, jangan lah pulak bawak coat bagai. Kalau selalu hujan, jangan lupa bawak baju hujan. Nak lagi best, bawak lah payung lipat. Sila recycle baju-baju anda. Kita ni mengembara bukannya pergi dating nak kena cantik 24/7. Buruk pun tak apa. Janji dapat jalan-jalan. Kalau agak-agak bacin baju tu, silalah basuh ye. Banyak hostel/guesthouse ada sediakan mesin basuh. Cari je lah. Bawak baju, seluar, tudung yang tak payah nak iron. Tapi CikSengal jenis mesti nak iron jugak especially tudung. Jenis pakai tudung 4 segi kan. Nak buat macam mana. Jadinya bawak ler travelling iron. Puas hati.

7. What to Buy?
Kalau pergi jalan-jalan tempat orang ni mesti lah nak beli barang-barang buat kenangan kan? Souvenirs and stuff. Silalah beli benda yang tak ada kat tempat kita. Kalau ada jual kat Malaysia, tak payah beli. Melainkan benda-benda tu jauh lagi murah dari Malaysia. Nak beli souvenirs untuk kawan-kawan dan family? Untuk diri sendiri? Kalau beli untuk semua orang, mesti kopak kan? Senang cerita macam ni. Beli souvenirs untuk siapa-siapa yang kita rasa memang tak mampu nak pergi ke tempat-tempat ni. Kalau dia mampu, tak payah belikan. Kekekekeke.. Teruk bebenor kan bunyinya. Kita boleh pergi dengan bajet ciput macam ni, kenapa dia tak boleh pergi? Kan? Kan? Kan? Bukan apa, Kita ni jalan-jalan bajet kecik. Duit yang ada kat tangan pun kecik jugak. Kalau ada yang request suruh belikan, sila mintak duit. Kalau kirim pakai air liur je, toksah layan. Hehehe..


Apa lagi ek? Tu je lah dulu kot. Nanti update lagi. Yang penting kalau pergi jalan-jalan jimat kos ni JANGAN BANYAK SONGEH. Kalau nak banyak songeh, sila pastikan duit dalam poket tu berkepuk-kepuk....

Thursday, April 5, 2012

Festival Inovasi & Kreativiti UTM

Forgot to story the mory. Aku berkesempatan pergi ke Festival Inovasi dan Kreativiti UTM sempena short trip back home hari tu. Konon-kononnya nak bertenggek kat perkarangan festival tu seawal pukul 7 pagi sebab nak tengok siaran MHI secara langsung. Tapi hampeh. Katil kat rumah lagi sedap. Last-last bersiaran langsung dari depan TV je lah.


Comel je..

Tengok via TV tu, ada lah muka-muka yang dikenali. Hehehehe.. Masing-masing dah tua. Dulu-dulu perut kempis, sekarang dah maju ke depan. :P Gigih betul mereka berlumba basikal.

Aku singgah dah petang. Tu pun sebab nak meminta belas ikhsan cik Kia kita untuk tumpang dia balik KL. Dia ada pameran jabatan kat karnival ni. Aku pulak nak ke Karnival aku kat PWTC tu. Dah alang-alang dia nak balik KL, aku pun menyelit lah ikut.

Rombongan Cik Kiah..

Sementara tunggu cik Kia siap berkemas, aku pun meronda lah sekejap. Dah petang macam ni dah tak banyak aktiviti dah yang berlangsung.

Selamat datang!!

Hurmm.. Mampukah student kami buat macam ni?

E'ehhh.. Ada Mejar Faiz lah..

Ni gapo lah pulak ni?

Sekejap je aku meronda. Daripada hasil rondaan aku, aku boleh nampak lah, memang kreatif dan inovatif lah pelajar-pelajar UTM ni. Tapi, kenapa aku dulu-dulu lemau je? Hahahaha.. I have no answers for that.

So, UMS bila nak buat karnival macam ni? 

Tuesday, April 3, 2012

Harapan Bangsa

We had a midterm test today. Masing-masing bersemangat menjawab soalan yang diberikan. Inilah harapan bangsa..


I sat at the back, memantau dari belakang. Look what I saw..


Inilah harapan bangsa....

Monday, April 2, 2012

Aku dan KPTN 2012

Aku ke KL kerana benda ni lah. Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012. Gigih tau jadi mak pacak kat PWTC tu. Penatnya ya ampun!

Aku mewakili sekolah kami yang gagah perkasa kudaku gagah berlari tu. Kiranya nak mempromosikan program-program yang ditawarkan oleh sekolah kami lah ni terutamanya bidang sains komputer. Semangat lah ni, menanti untuk ditanya, diinterview oleh pengunjung-pengunjung yang datang. 

Inilah booth kami yang ceria..

Pakcik baju hijau tu macam kenal je..

Macam-macam pesen orang yang datang. Hari pertama je aku dah kena sergah dengan seorang guru kaunseling yang tak berpuas hati bekas pelajarnya tak dapat masuk ke Program Perubatan UMS. Panjang lebar dia bercerita pelajarnya dapat keputusan yang cemerlang, MUET pun bagus, ini qualified, itu qualified, tapi tak dapat masuk. Siap suruh aku explain lagi kenapa pelajar dia tak terpilih. ADESSSS.. Rasa nak pitam kat situ jugak. Kuasa pemilihan bukan di tangan saya cikgu. Huhuhuhu..

Rata-ratanya banyak parents yang lebih berminat untuk bertanya daripada anak-anak mereka yang nak masuk U ni. Macam-macam soalan cepumas yang keluar. Macam diorang yang nak masuk U. Anak dia kat sebelah dah tarik muka empat belas tonyek semacam. Tak berminat langsung. Kalau boleh, diorang nak golek guling-guling kat lantai macam Si Pekan jerit tak nak! tak nak! nak balikkkk!!! Macam tu lah rupa nya. Memang tak semenggah. Mak bapak kan. Mungkin dia tau apa yang terbaik untuk anak dia. Kalau boleh dia nak anak dia ambik bidang yang cerah masa depan. Tak pun dia paksa anak dia ambik bidang tu sebab dulu masa muda-muda dia tak berpeluang nak belajar dalam bidang tu. Heheheheh..

Pelajar yang berminat pulak, belum apa-apa dah tanya "univ ni ada pengiktirafan MQA ke?" Wah wah wah.. Belum apa-apa dah tanya pasal MQA. Mesti lah ada dek non. Kalau takde, aku pun tak nak duduk sini mempromo. Huhuhhu..

Program yang ditawarkan dalam bidang Sains..

Some explanation given..

Dua hari terpacak, tak ada seorang pun tanya pasal sains komputer. BLUWEKKK.. Aku balik-balik asyik ditanya pasal program perubatan je. Adoi lah. Adik-adik sekalian, dan ibubapa sekalian. Bidang perubatan je ke yang best kat donia ni? Kerja jadi doktor je ke yang paling best sekali? Paling dipandang mulia? Paling happening? Bidang lain pun penting jugak tau. Kalau semua jadi doktor, siapa nak jadi pesakit? Chewaaahh.. Hahahaha.. Entah lah. Zaman sekarang ni masih ada lagi yang kata kerja doktor, lawyer, majistret tu paling gempak. Pantang datuk nenek diorang kalau anak-anak tu jadi ahli muzik. Huhuhuhu..

Apa pun, sila lah belajar apa yang kita minat. Bukan yang kena paksa-paksa sebab nanti kalau kerja, kita tak ikhlas buat kerja. Hahahaha.. Dah tu nak ambik kursus yang diminati tu, masa sekolah kena lah belajar rajin-rajin. Kena ambil aliran yang bersesuaian. Ini ada juga yang ambil bidang sastera tapi nak masuk U ambik engineering. Tak boleh lah macam gitu kan?


CAKK~!!

Dah penat duduk tercongok, aku pusing-pusing tengok booth yang ada. Banyak jugak aku dapat gifts dari booth-booth yang dilawati ni. Siap kena tarik lagi, dik marilah tengok sini, dik marilah dengar sini, dik bidang apa yang adik minat. Kekekeke.. Ada rupa budak nak masuk U aku ni rupanya. Muda belia lah kan. Hahahaha..

Selain mengskodeng program yang ditwarkan di booth universiti-universiti yang lain, aku juga sempat mengskodeng kerja kosong. Kehkehkeh..

Sunday, April 1, 2012

Banana Milk

Aku ni kalau menabung, aku suka menabung kat Jusco. Hehehehe.. Jadinya aku menyempatkan diri pergi Jusco MidValley sementara aku masih ada kat KL ni. Ini je lah Jusco yang aku tau pergi kalau naik train. :P Lain-lain Jusco tak tau pergi.

Sedang aku berjalan, tiba-tiba mata aku jadi besor.. Hahahaha..


Banana Milk~!!

THIS!! Rasa nak nangis pun ada bila nampak. Hahaha.. Poyo lah. Banana Mat Uyu. Bukan hasil tanaman pisang pakcik bernama Mat Uyu. Tapi maksudnya Banana Flavoured Milk. Nyam nyam nyam.. Tanpa segan silu, aku telah mengambil dua karton. Kalau lah aku kuat, dah banyak karton dan aku angkut bawak balik KK buat stok.

Gigih angkut. Kat cashier, tutup mata saja membayarnya. RM16++ per carton. Hahahahahahaha.. Nangis!

Hotel Wira, Kuala Lumpur

Sempena Karnival Pengajian Tinggi 2012, aku stay kat Hotel Wira ni. Tak pernah seumur hidup aku dengar tentang kewujudan hotel ni. Baru je tau. Itu pun sebab Quality Hotel dah penuh. Kalau tak, sampai ke sudah pun aku tak tau.

Kat mana lah letaknya Hotel Wira ni? Kat sini:-


Memang jalan kaki je lah ulang-alik ke PWTC untuk dua hari. Stesen LRT pun dekat. Langkah pun panjang. Hehehe..

The hotel is ok lah untuk sekadar rehat-rehat, mandi dan tidur. Untuk orang yang ada kerja macam aku ni boleh lah. Tak nak banyak komplen. Janji ada tempat tidur. Ini pun dah cukup selesa bagi aku yang selalu homeless. :P

The bed..

The desk, TV.. no asteruk..

The jamban..

The door and cupboard..

Rate satu malam? Entah aku tak tau. Tapi mesti kurang dari RM180. Sebab aku layak duduk hotel harga RM180 ke bawah je. Diharap elaun hotel akan dinaikkan. Teringin la jugak kan nak duduk Seri Pacific pulak. Huhuhuhuhu..

For more info visit http://www.wirahotel.com.my/