Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Sunday, January 29, 2012

Unlimited Bridge DataRoam

Kalau nak pergi jalan-jalan ke luar negara, salah satu concern aku ialah boleh ke aku bukak internet 24 jam menggunakan handphone? Kalau nak surf internet mestilah nak kena pakai Wifi kan. Kalau roaming pakai data plan mampuihhh bankrap kau nak bayar.

Aku terima SMS dari Maxis berkenaan dengan Unlimited Bridge DataRoam ni. Pandai dia buat iklan ye. Mentang-mentang aku ni kaki jalan yang kedekut berRoaming. Ye lah kan. Mahal. So, aku pun try lah godek-godek benda alah Bridge DataRoam ni. Boleh click sini --> Maxis DataRoam

Participating Countries

Ok. The roaming package is for data roaming. Internet beb~!! Access data from anywhere at a reasonable price within a period of time. Sounds cool huh??

There are 10 participating countries along with the telcos and there are 3 packages to choose from. Untuk kaki jalan yang susah nak dapatkan internet connection, dan tak boleh hidup tanpa internet (lebih kurang aku lah ni) boleh lah cuba try test. The instructions are there. Ikut je step by step.

Dah tu, gunalah sepuas-puasnya di destinasi yang anda pilih. Dan tunggulah bil telefonnya macam mana nanti. Hahahahaha..

Well, hell yes I'm gonna try the package for my upcoming Taiwan trip. Yeeehaa~!!

Wednesday, January 25, 2012

Aktiviti CNY 2012

Hallu hallu hallu.. Korang semua buat apa during CNY ni? CikSengal macam biasalah, menternak lemak je kat rumah. Tak ke mana-mana pun. 4 hari cuti ni duduk depan tv, makan minum, main internet. Warrgghh~!! Jangan terkejut kalau tong drum nampak lagi comel dari CikSengal ni.

Cuti-cuti ni CikSengal mengambil kesempatan untuk membongkar bilik CikSengal. Suka CikSengal aktiviti-aktiviti membongkar ni. Banyak betul khazanah CikSengal sana sini. CikSengal ni jenis yang sayang nak buang barang. Even pembalut gula-gula, pembalut jajan pun CikSengal lipat cantik-cantik simpan dalam kotak. Kot-kot boleh pakai later on. Nak buat projek sains ke, apa ke. Projek 1Malaysia ke.

Orang kata, pe'el suka simpan barang ni bahaya. Apa orang kata? Hoarding? Boarding? Yikes!! Spesis penyakit mental tu katanya. Dah tu, sakit mental lah CikSengal ni ye? Habislah. Tak ada siapa nak kahwin dengan CikSengal macam ni. Hahaha.. Well, CikSengal ni membongkar je suka. Mengemasnya, ya ampunn~!! M to the A to the L to the A to the S. *Sila buat aksi pompom girl* 

Seriously, bila membongkar ni, CikSengal banyak kali jugak lah terkejut dinosaur. Eh, bila aku beli benda ni? Eh, macam mana ni ada kat sini? Eh, aku tak ingat pun aku ada benda ni? Eh, ni siapa punya? Macam-macam aksi dinosaur lah CikSengal berjaya buat. Terkejut satu hal, tersengih-sengih macam kerang bacen lagi satu hal. Bila pandang satu-satu barang tu, silap-silap boleh buat novel 500 muka surat. Setiap barang yang ada, ada kisahnya tersendiri. Bila teringat, tu yang boleh tergedik-gedik senyum. Itu pasal lah CikSengal tak suka nak buang. CikSengal suka hidup dalam kenangan. Iyeeewww.. Geli kan?

Ok. Mula-mula CikSengal susun balik rak novel CikSengal yang hampir nak runtuh tu. Banyak betul novel. CikSengal ni gila membeli. Bacanya, entah bila. Bila belek-belek, rasanya 2/3 novel yang CikSengal ada ni, belum dibukak lagi plastiknya. Masih elok lagi ala-ala baru je beli tadi. Adoi lah. Macam mana ni? Bila nak baca? Nasib baik dah lama tak singgah kedai buku. Kalau tak, memang roboh lah rak tu. Ini novel yang ada kat sini je ni. Kat JB sana ada lagi 3/4 kalau tak silap. Itu pun sama. Ada yang belum bukak sampul plastik. Waaaa~!! Ni kalau jual balik semua novel ni, silap-silap boleh buat deposit beli kereta baru. Huhuhuhu..

Ni baru sikit..

Then, kemas punya kemas lagi jumpa dua benda alah merchandize SuJu. Iskk.. CikSengal ni kan, dah lupa sangat CikSengal letak benda-benda ni kat mana. Dah membongkar ni baru jumpa balik. Bila tengok benda-benda, ni mula lah teringat cerita-cerita sengal kat Bangkok dengan Seoul sana tu. Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya umur barang-barang ni. Hahahaha.. 

SS3 Postcard.. Beli kat Konsert SS3 Bangkok..

Teringat dah pulak CikSengal kat teksi motor Bangkok. Gigih nak angkut dua orang penumpang. Karang mau bontot CikSengal tercicir kat belakang. Hahahaha.. Pastu teringat lagi kat Restoran Mak Yah. Dah tu teringat lagi tidur kat airport Bangkok yang sejuk macam hapa tu. Teringat lagi kat Chatuchak. Teringat pulak kat kerabu mangga Chatuchak. Warrghh~!! Sampai besok pun tak habis cerita. Ehh.. Baru perasan, cerita jalan-jalan Bangkok edisi yang ni masih dalam draft. Aiyaaaa~!! 

Bangkok Map..

Jumpa pulak map Bangkok yang lunyai ni. This map is the best map ever. Dah lunyai, sanggup CikSengal selotep balik kasi cantik. Mana tau boleh guna lagi. Ni dah jumpa ni, macam dia memanggil-manggil pulak CikSengal untuk datang lagi. Adoii laaa.. CikSengal memang teringin nak pergi Bangkok lagi. Best jalan-jalan kat Bangkok tu. One of the recommended place to visit. 

KRY Bromide.. Beli kat Konsert KRY Seoul..

Yang KRY ni teringat pulak ke cerita kali pertama CikSengal ke Korea. Sampai sembilan entri CikSengal karang kan? Hahahaha.. Banyak kenangan kat sana.

Korek-korek lagi, jumpa satu album Taj Mahal ni. Serious masa ni memang dah gelak macam apa dah. One of the most memorable trip ever dalam hidup CikSengal pergi Taj Mahal ni. Macam Amazing Race~!! Van rosak tengah jalan, hampir-hampir kena tinggal kapal terbang, gaduh dengan tourist guide. Memang sewel. Cantik memang cantik Taj Mahal ni. Tapi kalau nak pergi lagi tu, rasanya tak sanggup dah CikSengal.

CikSengal dan Taj Mahal..

My CB Prescription..

Gambar kat atas ni memang lah daebak~!! It's my drug prescription. Sakit apa CikSengal? Ini cerita zaman-zaman Mysore dulu lah. Di kala kami 100 pendatang dari Malaysia terkena diarrhea secara berjemaah. Kehkehkeh.. SERIOUS~!! Memang sangat lawak kalau ingat balik. Now CikSengal teringatkan GSC, Badsha Bazar, Abang Shoaib (ngaaa~!!), our batch owner Kak Sue, Lemon Tree, dan yang paling penting sekali kari kari kari dan kari.

Uihh.. Banyak lagi ni barang-barang yang menyimpan kenangan sejuta rasa. Memang sayang nak buang. Yang penting-penting, CikSengal simpan. Plastik gula-gula, plastik jajan semua tu CikSengal buang je lah. Tak ada projek sains nak dibuat. Nanti kalau ada, CikSengal akan gigihkan diri untuk kumpul balik. So, membongkar semua barang ambil masa 30 minit je. Nak mengemasnya, ambil masa lima hari. Hasilnya, tiga beg plastik hitam terisi dengan khazanah yang ingin dibuang. Bye-bye uolls~!! Sedih pulak CikSengal nak menghantarnya ke tong sampah. Huhuhuhu..

Bilik kat rumah dah siap, now it's time to think about my office room. Ni lagi satu gudang simpanan khazanah-khazanah CikSengal. Terlampau banyak kertas-kertas dan barang-barang yang tak sepatutnya ada kat sini. And you know what, I still have that office memos from year 2005. Hahahahahahhaa.. Just send me to the shrink...

Tuesday, January 24, 2012

E'ehh.. Keciknye..

Once upon a Tuesday, I was craving for a slice of cheesecake. So I drove myself to 1B. Yahuuuuu~!!

Bila dah mengidam sangat, tak boleh nak buat apa dah. Kena jugak pergi beli. Sedapnya kan bila dapat. Yam yam~!! I'm one happy girl bila dapat cheesecake or chocholate. So, siapa nak sogok, nak bodek aku, sila bagi dua-dua ni. Hahahaha.. 

Err.. Nak cerita pasal duit sebenarnya. Duit syiling 50 sen yang baru ni. Terkejut beruk aku bila dapat change 50 sen ni bila beli cheesecake yang diidamkan itu. Saiznya lebih kurang duit syiling 10 sen je. Aku ingatkan cashier tu salah bagi change. Punyalah sakan aku membelek. Warnanya bersinar-sinar you~!! Ala-ala gold in colour. Tak pasal-pasal terjakun sekejap. Hehehe..

50 sen.. Tecitnye..

Tak sangka pulak kan, duit syiling baru ni dah mula digunakan. So syiling yang lama ottokke? Akan dipupuskan ke? Nak kena korek tabung ni. Banyak duit syiling 50 sen dah jadi permanent resident dalam tabung tu. 

My Cheesecake..

Ok, 50 sen dah dapat. So, what about the rest of the schilling coins? Tak sabar nak tengok rupanya macam mana. ^__^

Sunday, January 22, 2012

Menondong Melodi

Sila menondong melodi... Kehkehkeh.. These boys were hilarious~!!



Seriously I had fun at the concert. Nanti-nanti lah aku cerita ye.. Ngaaaaaa~!!

Saturday, January 21, 2012

Perlaksanaan SBPA Ditangguh~!!

Haissyyyyy.. Baru saja makcik berangan nak dapat gaji baru bulan depan. Baru je makcik berangan nak dapat gaji backdated. Baru je makcik berangan nak pergi jalan-jalan dengan gaji baru tu. Sekali tangguh daaa SBPA tu. Huwaaaa~!!
Tangguh uolls~!!

Katanya, tempoh 3 bulan diberikan untuk mengkaji semula SBPA tu. Jadi janganlah mengada-ngada berangan nak dapat gaji baru for the next 3 months. Agaknya lah kan sampai hujung tahun pun belum tentu lagi dilaksanakan. Terima lah seadanya. Huhuhuhu..

Kalau macam ni lah jadinya, buang karan je aku macam orang tak betul sign SBPA hari tu kan. Dah lah tengah syok cuti-cuti Malaysia. Balik tu, terus kelam kabut menyain. Dah gabra sangat sebab dah overdue, tak sign mengikut tarikh yang ditetapkan. Last-last gini jadinya. Isskkk..

Friday, January 20, 2012

Happy CNY 2012~!!

Happy Chinese New Year~!! Kita-kita yang tak sambut ni, happy jugak lah sebab cuti panjang. Hehehe.. Now, now. What should I do? Alkisahnya, aku tak ada plan ke mana-mana. Sengal jugak tak beli tiket balik kampung awal-awal. Kalau tak, dah selamat dah aku beraya kat JB kan? Waaaaa..

Gambar dicilok dari sini SINI 

Well, it is the year of the Dragon. Auuumm~!! Err, tak tau bunyi naga macam mana. Hahahaa.. Semoga murah rezeki lah tahun ni ye? Menurut kata fengshui, Tahun Naga ni sesuai untuk orang yang lahir Tahun Monyet and Tahun Ayam berkahwin. Banyak ong. Hahahahahaha.. Gelak dulu. Sebab aku lah orang Tahun Ayam tu. Cepat, siapa nak kahwin dengan aku? Tettt~!! Hahahahahaha...

Weii~!! Aku bukan ayam lah!!

Nak buat operasi kutip angpow lah. Rumah siapa yang bukak? Sila jemput saya datang. ^__^

Friday, January 13, 2012

Play! FT Island Concert in Malaysia

Exam dah habis, mari kita meroyan~!! Kehkehkehkeh.. Sakan nak melayan anak-anak ikan ni. Tapi worth melayan sebab lagu-lagu mereka sangat mantap~!!

Oh ya, kebetulan landing kat LCCT tadi lebih kurang mereka, sempat lah aku membawa diri aku ke KLIA untuk mengskodeng. Tak ramai pun fans kat sana. Jadinya keadaannya sangat relaks.


**Ye. Aku yang ambik video ni...

Yosh~!! Mari kita pergi Stadium Negara besok~!!


Anyeonghirangmal... HELLO~! HELLO~! Ijen GOODBYE~! GOODBYE~!! ^____^

Monday, January 9, 2012

Summer Scent di Bumi Korea ~ Summary

Dah panjang lebar cerita pasal edisi Summer Scent ni, aku buatkan summary lah ye. Selama tujuh hari berjalan-jalan, aku telah pergi ke:-

Day 1 - Arrival, Sunshine Guesthouse
Day 7 - Apgujeong, Hongik Women University

Jalan-jalan ke tempat-tempat kat atas + Makan Minum + Hotel + Shopping + lain-lain perbelanjaan, secara keseluruhannya aku telah membelanjakan KRW493, 500 = RM1400. Berbaloi-baloi~!! Tiket kapal terbang tak campur lah.

Sila nantikan edisi seterusnya. Autumn in My Heart. Hehehehe.. ^_____^

Saturday, January 7, 2012

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 7 (Final Day): SM Ent, JYP Ent & Coffee Prince Cafe Hongdae

Thursday, 7th July 2011

It's our final day~!! Malam ni dah balik Malaysia dah. Boohooo.. Banyak lagi aktiviti tak dibuat, tapi masa tak mengizinkan. One week in winter, and another one week in summer ni pun tak sempat nak meround habis. I think I need to live here for 10 years baru dapat cover semua ceruk Seoul ni. Hehehehe..

Pagi ni kami selesaikan kerja-kerja mempacking. Need to check out today before pergi jalan-jalan. Barang banyak ya ampun. Aku ada satu beg tarik, satu backpack, satu slingbag (beg balik kampung yang lembik tu) and 2 hand carries. Gilerr.. Macam mana nak bawak pergi airport ni nanti. Tak apalah. Fikir kemudian. Yang penting siapkan kemas, check out and keluar berjalan.

Hari terakhir. Ingatkan boleh lah jalan-jalan dengan syoknya. Tapi HUJAN LEBAT lah pulak. Aiseh. Memang leceh kalau nak pergi jalan-jalan. Tapi, gigihkan jugak lah keluar. Letak barang kat bawah, pinjam payung Sunshine and off we go~!!

Our view..

Friday, January 6, 2012

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Tadaaa~!! Sila buat perancangan dengan teliti.. ^____^


Bulan
Tarikh
Catatan
Januari
16 Januari 2012
Isnin
Tahun Baru Cina
23 & 24 Jan 2012
Februari
23 Februari 2012
Khamis
Mac
22 Mac 2012
Khamis
April
25 April 2012
Rabu
Mei
23 Mei 2012
Rabu
Pesta Menuai
30 & 31 Mei 2012
Jun
25 Jun 2012
Isnin
Hari Gawai
1 & 2 Jun 2012
Julai
25 Julai 2012
Rabu
Ogos
13 Ogos 2012
Isnin
Hari Raya Puasa
19 & 20 Ogos 2012
September
25 September 2012
Selasa
Oktober
22 Oktober 2012
Isnin
Hari Raya Haji
26 Oktober 2012
November
6 November 2012
Selasa
Deepavali
13 November 2012
Disember
18 Disember 2012
Selasa
Hari Krismas
25 Disember 2012

Tuesday, January 3, 2012

Kimbab Party~!

Semalam kami ada party kimbab~! Nom nom nom~!! Kisahnya, Simon Lee sonsaengnim sebelum Krismas lagi dah sakan SMS all the students to come for the party. Aku pun iyakan sajalah. Syok jugak kot dapat kumpul-kumpul makan-makan kan? A few days later, another SMS datang lagi. Kali ni entah dari siapa. Grace kot. Pesannya, Please come! We have some Korean Friends joining us~!! Wahh.. Ini sudah bagus, kataku dalam hati. Kot-kot ada yang hensem ke kan. Hahahaha.. Banyak lah kau punya handsome. Yang handsome of course lah dah jadi artis kan?? 

The day has come. Aku agak huru hara jugak lah because the party starts at 6pm. Aku ni dah lah almost a day berkelana kat jalan. Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Kota Kinabalu. Bermula dari 7 pagi di Johor Bahru sehinggalah pukul 4 petang tiba di Kota Kinabalu. Gilersss.. Penat jangan cakap lah. Ting tong ting tong pukul 5 baru sampai rumah. Ting tong ting tong lagi 5.45 baru keluar rumah. Sampai sana dah pukul 6.20. Solat maghrib dulu sebelum terjah party. 

Masuk-masuk je kelas, si Grace dah sergah. HAH~!! "Sila bayar dulu.." katanya. Iskk.. Yoja seorang ni. Rajin pulak dia nak cakap Melayu dengan aku hari ni. Tersengih Gace bila aku hulur RM10 padanya. "Ok. Boleh join sini." Diushernya aku dan Dila ke satu meja. 

Aku pun duduk lah. There's these two Korean girls sudah menunggu. Aiseh. Perempuan kah? Mana lelakinya? Hahahaha.. Lambat kami ni kan. Mula-mula rasa masak jugak lah bila fikir macam mana nak communicate dengan budak dua orang ni. Korean aku dah lah lama tak brush up. Kelas pun dah berapa kali dah aku ponteng. Padan muka aku kan. Sekali hambik kau. They spoke fluent English. Nganganganga....

Yang seorang nama Tina. From Seogwipo-si, Jeju-do. Tersengih aku. Mana taknya. 3 hari aku dan geng melepak kat sana back in February 2011. Yang seorang lagi namanya Lyn. Sakan you all masing-masing pakai nama English. Senang kot nak sebut. Alah, kalau bagi nama Korean pun, tak adanya aku nak tergeliat lidah nak sebut. Lyn ni dari Busan. Ngaaaaaaa... Suka aku kalau nak dengar dialek Busan. So, bebudak dua orang ni dan beberapa lagi kawan-kawan mereka datang dari Gyeongin University kalau tak silap aku. Somewhere in Incheon. Ambik course Education for Elementary School. Wahh.. Bakal cikgu lah ni. Kenalah pandai serba serbi macam ni. Menyanyi, menari, bersukan, bercerita etc. etc. etc. Diorang beramai-ramai datang dengan dua orang Prof diorang. Cuti-cuti ke Malaysia kekdahnya sambil mingle with the Korean Community yang ada kat KK ni. 

Lyn..

So kami borak-borak lah. Aku lebih banyak berborak dengan Lyn daripada Tina. Tina dok melayan lagi dua orang Chinese girls ni. Lyn ni comel jugak lah. Ceria sentiasa. Manja pun ye. Banyak aegyo minah ni. Hehehe..

Then it's time to melantak~! Sebelum melantak kena buat kimbab sendiri ye tuan-tuan dan puan-puan~!! So, the Korean kids pergi mengcollect bahan-bahan untuk dibuat kimbab.

Simon Lee sakan memberi instruction. Belasah dia campur cakap Melayu, English dan Korean. 

Getting ready..

Meja sebelah..

Meja depan dah start buat..

Ok. Kenapa kimbab bernama kimbab? Kenapa tak nama lain? Basically "kim" ialah seaweed, "bab" ialah rice. So, seaweed rice lah jadiknya. Senang kan? Hahahaha.. 

Ini ialah "kim". Excited sangat sampai pegang "kim" terbalik..

The ingredients..

So, bermula lah aktiviti kami membuat kimbab. Tina pun ikut excited sebab dia pun tak pernah buat kimbab ni. Hahaha.. Aku tanya kenapa. Dia jawab "Because my mom made it for me...." Cheh~!! So bahan-bahan yang ada :- seaweed, nasi, timun, telur goreng, carrot, pickled radish and sosej. Aku tenung je sosej tu. Entah sosej apa yang Simon Lee ni bagi. Hahaha.. Jadinya kimbab aku, aku tak letak menatang tu. Tepek punya tepek. Gelek punya gelek. SIAPPP~!!

Jajan~!! My Kimbab!!

Kebetulan Simon Lee pun lalu. Ditanya sosej apakah itu wahai sonsaengnim? "Chicken.. Chicken.. Ayam.. Halal tu.." katanya. Laaa.. Awat tak habaq awal-awal. Takpe lah.

Sesi memotong~! Sebelum potong, sila sapukan kimbab anda dengan minyak bijan. Kata Lyn untuk menambah rasa disamping buat gam supaya kimbab tu tak terburai. Selain dari bahan-bahan ni, Lyn kata kita boleh kreatif. Letak lah tuna ke. Daging ke. Ikut selera kitalah.

Potong~!

My Kimbab~!! Lyn kata, boleh kahwin dah.. Hahahaha..

Hujung-hujungnye.. 

Ok. It's time to makan~! Ada lauk-lauk disediakan. Kebanyakannya adik beradik kimchi. Fuhh.. Pedas berdesing kau. Sedap. Sedap.

Kimchi Tauge..

Bean paste soup..

Sambil makan, sambil borak. Banyak aku korek dari Lyn. Hehehe.. Sakan minah tu nak cari Malaysian Boy. Sabor je lah aku. Sebelum ni Lyn ambik course Psychology. Dah grad dah. Ni ambik course Education pulak. Gigih lah minah ni belajar. Aku ni bila pulak nak sambung belajar? Huhuhuhu..

Dah habis makan, it's movie time~!! Cerita apa ye? Into the Fire kooo.. Cerita perang lagi. Alahai.. TAKDE SUB~!! Hahaha.. Buat dialog sendiri lah aku. Walau tak paham apa, sedih banget lah cerita tu. Semua orang mati kecuali pakcik sorang tu. Huhuhuu..

Dokko Jin~!!

Dah habis movie, kami sempat bertukar-tukar email, facebook and no tel. Lyn pulak sesedap ayam masak merah pergi install KakaoTalk dalam handphone aku. "Kakao me OK??" Katanya berulang kali. Ye lah Lyn oiii.. Nanti aku datang Korea bolehlah kita jumpa kan. ^___________^

With Lyn and Tina.. Jae Hanguk Chingu.. ^__^

Kkeut~!! Tamat sudah Party Kimbab kami. They will be staying here till Wednesday. Selamat mengenjoykan diri kat KK ni and have a safe journey home~!!

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru~!!

Apa azam korang tahun baru ni? Azam aku tahun lepas pun tak tertunai. Carry Forward ke tahun ni lah jawabnya. Hahahaha.. Tahun baru ni aku berjimba-jimbaan kat JB. First time in 6 years aku rasa. Sebelum ni sokmo kat KK saja. Semoga tahun 2012 ni segala yang dirancang akan terlaksa hendaknya. InsyaAllah. Amin~!

Lama kan aku dah tak update blog. Ada lebih kurang 15 entry terperuk dalam draft. Pandai mula, tapi tak pandai nak habiskan. Huhuhuhu.. Nanti-nantilah bila ada masa.

P/S: Happy 27th Birthday to Ayam Injek~!! You know who you are. Hahahaha.. Motiplah aku ni. Mereng..