Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Monday, November 28, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 5: Gwanghwamun Square, Namdaemun Market, Seoul Tower, Myeongdong & Seoul City Night Tour

Tuesday, 5th July 2011

Hari kelima. Lebih kurang pukul 8 pagi dah kami keluar berjalan-jalan di sekitar Gwanghwamun Square. Nak ke Gwanghwamun ni senang je. Kalau dari Sunshine, jalan kaki pun boleh. Tapi kami malas. Naik train dan turun di Gwanghwamun Station. Keluar je exit mana-mana. Memang akan jumpa dengan Gwanghwamun Square ni.

Dah sampai kat Gwanghwamun Square ni, aku ambil gambar apa-apa yang patut. Last time datang, tak sempat nak explore sangat. Kali ni, kita all out posing. Hahahaha..

Jalan-jalan sekitar Gwanghwamun..

Sunday, November 27, 2011

18-26th November 2011

Tarikh paling happening dalam sejarah hidup aku.. Hahahaha.. Meroyan ke Seoul, tengok konsert Super Junior Super Show 4, tengok musical The Three Musketeers, tengok musical FAME, berlari pergi Sukira tengok MinWook, tidur kat subway station (korang pernah buat?? hahahaha..), balik pukul 2 pagi, then keluar balik pukul 5.30 pagi, sambut birthday kat puncak Mount Seorak, dah tu balik Malaysia, mandi kat LCCT and terus terjah 2PM's Hands Up Tour kat Stadium Negara, balik semula ke airport, tidur airport, flight balik KK besok paginya, sampai KK siap-siap terus masuk Dewan Canselor untuk Majlis Konvo. PERRRGHHHHHH~!!! Malam tadi lepas balik konvo terus pengsan tak ingat dunia. Pagi ni DEMAM~!!

Hehehehehe.. Nanti aku cerita dengan lebih details. Mereng dah aku ni..

Saturday, November 26, 2011

Konvokesyen ke-13 UMS

Crazy. Landing je kat KKIA, pecut balik rumah and bersiap-siap untuk masuk ke Dewan Canselor. Nasib baik lah konvo sidang petang. Kalau sidang pagi, memang dah skipped terus dah. Hahahahaha..

Graduates..

It's my 6th year terlibat dengan majlis konvo ni. Bila lah aku nak pencen ye. Keluar masuk dah banyak kali. Tapi PhD nye tak dapat lagi. Muekekekeke.. Ye lah. Entah bila aku nak pergi membelajarkan diri aku ni. Asyik berpoya-poya bab Korea je. Huhuhuhu..

Buku Cenderemata..

Overall the ceremony went well. Cuma adalah satu dua benda yang aku tak puas hati. Graduan bercampur aduk. Tak ikut turutan nama, tak ikut program dan tak ikut kelas. Dah komen banyak kali tapi masih sama. Tak ada tindakan diambik. Boringgg...

Makcik yang dah 8 kali pakai jubah konvo..

Walau apa pun, tahniah kepada semua graduan~! Terutamanya anak-anak murid aku yang berjurusan Sains Komputer tu. Berjaya jugak korang menggenggam segulung ijazah kan. Dah berjaya tu jangan lupakan kami kat sini ye?

Monday, November 21, 2011

Out of Town

Currently I'm in Seoul. Meroyan lah, apa lagi. Hehehehe.. Internet connection agak terhad kat sini. Jadinya lambat lagi lah nak buat kerja-kerja mengupdate. InsyaAllah, balik Malaysia nanti aku update. Tata titi tutu...





P/S: SS4 Seoul gila babeng DAEBAK~!! Kyaaaaaaaa!!!!! It's the best birthday present ever!! Err.. By the way, it's my birthday today. Hehehehhee..

Saturday, November 12, 2011

Rombongan SS4

Inilah orang-orangnya. Yang gigih nak pergi Korea minggu depan ni. Kehkehkehkeh..



Dah alang-alang aku kat KL ni kan. We met up, have dinner, borak-borak merepek entah apa-apa and discuss apa-apa yang patut pasal trip nanti.

Let's rock Olympic Park Seoul~!!

Friday, November 11, 2011

Infosys: Cerita Batch 5

I'm in KL. Ada meeting SPoC Infosys kat Sunway Putra Hotel. Mula-mula tu agak kesengalan lah jugak kan sebab tak tau kat mana hotel ni. Setelah dikorek-korek rupanya sebelum ni hotel The Legend daa.. Aigoo. Sunway dah beli ye? Baguslah..

Well, meeting hari ni sebenarnye nak buat post mortem batch 5 hari tu kat UUM. Overall, the whole batch was not that good compared to the previous batches. Adoii.. How laa kan? Their performances were not up to the expectations. Agak disappointed jugak lah. Tapi what to do. Dah terjadi. Kena kaji kenapa masing-masing tak berapa nak cemerlang.

There are few other things yang dibincangkan. Antaranya adalah perbincangan untuk menyerapkan kurikulum Infosys ni ke dalam kurikulum program Sains Komputer kat IPT masing-masing. Samada serapkan ke dalam subjek sedia ada ataupun jadikan subjek elektif. Ye lah. Kalau ikutkan kena handle sendiri roll-out Infosys Program ni. Tempat haku neh mana ada fasiliti yang lengkap. Tenaga mahir pun tak ada. So tak dapat lah nak dibuat. Kalau hantar student ke Infosys Program peringkat nasional boleh lah.

Antara proposal yang ada..

Jadinya, option lain adalah penyerapan ni lah. Quite leceh jugak nak buat sebab nak comply dengan MQA segala. Apa-apa pun, satu bengkel embedding ni akan diadakan 28-29 Dis 2011 ni kat Kuala Terengganu. Aku nak join lah. At least boleh aku menyumbang sedikit sebanyak kepada aktiviti-aktiviti Infosys kat UMS. Tak ada lah asyik kena tanya je bila nak buat roll-out sendiri. Huhuhuhuh.. Nak buat roll-out kena ada strong support from management. Tapi management aku? Errr... Paham-paham sendiri je lah. Huwaaaa~!!

Our Chairman yang sempoi ~ VC Unimas..

Hurmm.. Balik ni banyak kerja aku nak kena buat. Kena sediakan banyak modal untuk yakinkan bos aku tentang Infosys ni. Kalau tak balik-balik asyik tanya je menatang hapa Infosys ni. Berbuih dah mulut aku explain tapi tak paham-paham jugak. Huwaaaaaaa..

Oklah. Till then. Nak pergi meroyan jumpa geng-geng kat Pavi. Poyo je. Pavi pun aku tak pernah pergi. Hahahahaha... ^____^

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha uolss~!!

Tahun ni Cik Sengal beraya kat KK je. Dah biasa dah. Dah berapa kali dah Cik Sengal beraya kat sini. Aidiladha ni tak ralat sangat lah kot kalau tak balik. Kalau Aidilfitri maunya Cik Sengal tertonggeng-tonggeng melalak tak hengat donia. Hahahaha..

Budak tak dapat balik raya..

Raya-raya ni Cik Sengal beraya jugak tau~! Beraya ke rumah-rumah perantau-perantau tetap dan berpencen yang ada kat KK ni. Makan-makan, gosip-gosip. Meriah tau!

Potluck.. Cik Sengal bawak sambal goreng.. ^^

Salam Perantau.. Boleh hantar kat Utusan neh..

Dah penat makan, Cik Sengal angkat kaki. Pergi beraya ke tempat lain pulak. Masuk kem kau! Kelesss.. Dah 6 tahun kat sini baru first time masuk.

Pak guard tu kerek..

Beraya lagi kami kat sini. Makan lagi. Adusss.. Bila dah balik rumah, paham-paham je lah apa yang Cik Sengal buat. Hahahaha..

Apa-apa pun, Cik Sengal tak jeles pun dengan family Cik Sengal yang dok sibuk meratah sate kat JB sana tu. Cik Sengal pun seronok beraya kat sini. Ramai geng yang senasib dan seangkatan. Sedapkan hati je ni. Padahal dalam hati tu nak jugak join makan sate. Mommy dearie, minggu depan anak mu ini balik~! Sila sediakan sate!! Demand kau..

Well, sekali lagi, selamat hari raya aidiladha. Semoga Aidiladha ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. InsyaAllah. Amin.. ^^

Thursday, November 3, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 4: Nami Island, Petite France & Sungshin's Women University Shopping Street

Monday, 4th July 2011

Hari keempat. Hari ni aku bawak Cik Dila pergi Namiseom. Yep. Aku dah pergi dah masa winter yang lepas. Tapi di kala summer ni, pergi lagi pun best jugak kot. Feel dia ada lain sikit kot. Kot laa kan. Hai berapa banyak kot ni. ^^

Kunun dah terer dah la kan pergi Namiseom ni, jadinya pergi ke sana naik train. Tak pandang pun tour bus Insadong tu. Hahaha.. Kemain kerek kan. Ye lah. Dah pernah rasa naik tour bus. Kali ni rasa naik train pulak. Kalau tak, bila lagi. At least dapat belajar alternatif lain nak ke sana.

Dari Jongno kami ambil subway line no 1 menuju ke Soyosan. Turun di station Hoegi, tukar ke line Jungang menuju ke Yongmun dan berhenti di station Sangbong. Di Sangbong ambil line Gyeongchun menuju ke Chuncheon. Stop di station Gapyeong untuk ke Namiseom. Amacam? Leceh kan? Yep. Memang leceh sebab nak kena tukar train segala. Nak kena tunggu train lagi yang tak beberapa kerap sangat masa intervalnya. Boleh hilang sabar. Tapi tahan je lah. Nak merasa experience naik train. Lagipun tambanya murah! Tak sampai KRW2000 kalau tak silap. Kalau naik bas dah berapa dah.


At Hoegi Station..

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 3: Bukchon Hanok Village, Choong Ang High School & Myeongdong

Sunday, 3rd July 2011

Hari ketiga. Hari ni bersemangat bangun awal, nak keluar awal. Tapi bila dah siap-siap nak keluar tu, hujan turun dengan lebatnya. Sangat-sangat lebat. Adeii.. Macam mana nak jalan ni. Dari pukul 8 menginjak ke pukul 9. Dari pukul 9 alih-alih dah pukul 10. Ohh.. Marah lah jugak..

Yep. This is what you have to expect kalau jalan-jalan di Korea pada musim panas. Summer time is monsoon season. Hujan lebat most of the time. Pada awal-awal summer lah. Kalau dah hujung-hujung tu panas lah jugak. Kalau nak cuaca panas, tak hujan, jalan-jalan kat Korea ni, better pergi mid August to mid September. Puas hati nak jalan sana sini.

Hujan lebat..

Jadinya melangutlah aku duduk kat Sunshine sementara nak tunggu hujan berhenti. Mengunyah-ngunyah, minum-minum sambil tengok TV. Boringnya..

Wednesday, November 2, 2011

MPO in Kota Kinabalu ~ Cerita Audience

Nak cerita lah sikit. Semalam pergi menonton MPO. Dengan geng-geng tempat kerja. Bersemangat pergi sebab aku memang minat orkestra ni. Lagi-lagi yang datang ni MPO kan. Walaupun aku memang tak tau Symphony mana, Concerto mana yang akan dimainkan, Mozart ke Beethoven ke Bach ke, tapi aku tetap minat nak dengar. Memang aku takkan lepaskan peluang.

Sesampainya di perkarangan Auditorium Ahmad Rafee, Menara Tun Mustapha, aku dah rasa tak sedap hati. Dah boleh nampak, ada dua jenis audience. Satu yang betul-betul appreciate orkestra, satu lagi yang jenis macam kena paksa datang. Tiba-tiba aku terasa disaster is going to happen. Berharap sangat lah apa yang ada kat dalam kepala aku tu tak kan berlaku sepanjang persembahan orkestra nanti.

Macam mana boleh kenal kelompok audience ni? Senang je. Yang betul-betul minat, kita boleh nampak attire masing-masing sesuai dengan persembahan orkestra ni. Dresscode memang betul. Lepas tu dah berdiri dalam barisan nak masuk ke dalam auditorium sebab free seating. First come, first serve. Yang tak minat? Ya ampun. Sedih nak cerita. Tak over kalau aku cakap kelompok yang kedua ni mat-mat rempit or mat-mat lepak entah datang dari mana yang dipaksa datang untuk tengok orkestra ni., Dresscode failed. Pakai jeans londeh sana sini, pakai t-shirt biasa-biasa je. Pakai selipar. Lepak, duduk kat lantai, borak, ketawa kuat-kuat macam tempat tu bapak dia yang punya. Seriously? Macam ni ke etiquette nak tengok orkestra? Tapi ada jugak di antara mereka yang pakai dresscode betul ni bawak anak-anak kecik. Ah sudah. KAU PIKIR ANAK-ANAK KAU NAK DOK DIAM KE DALAM DEWAN NANTI?

Sakit jiwa bila pikir. Jadinya tenangkan diri lah untuk tengok persembahan je. Persembahan sharp start pukul 8. Bila performance dah start, masih ada lagi audience yang tergedik-gedik baru sampai. Baru nak masuk ke dalam dewan. Ya Allah. Marahnya aku. Datuk Masidi Manjun boleh datang awal kenapa kau tak boleh ikut protokol? Yep, the VIP malam tadi was Datuk Masidi Manjun. Dah kata seating starts at 7.30 kau datang lah pukul 7.30. And kalau ikut betul-betul protokol, tak ada orang boleh keluar masuk dewan sampailah waktu interval nanti. Tapi ni selamba badak je orang keluar masuk. Sangat-sangat menggangu konsentrasi audience lain. Penganjur tak reti buat kerja ke? Aku ni nak tengok orkestra. Bukan nak tengok kau jalan-jalan ke hulu ke hilir. ADA PAHAM??

Sebelum bermula..

Basically, MPO telah mempersembahkan lima persembahan. Nama-nama persembahan tu memang aku mengaku aku tak tau namanya apa tapi ada di antaranya memang familiar sangat-sangat. There's one piece aku pernah dengar dari movie Moulin Rouge, another one pernah dimasukkan dalam OST drama Korea My Girl - Never Say Goodbye. In between ada persembahan solo flute. Masa ni ya ampun. Mendayunya sampai aku boleh terlelap. Hahaha.. Sesuai dijadikan lullaby nak tidur.

Kau ingat tenang hati aku dengar persembahan ni semua? Part yang mendayu-dayu tu boleh lah pulak si mat-mat rempit kat belakang tu buat show sendiri kat belakang. Berborak tak hengat. Bising betul. Sekali sekala aku nampak some of the orchestra members pandang-pandang atas. Maknanya diorang boleh dengar lah. Eiii.. Mana aku nak sorok muka ni. Memalukan betul. Dah tu, bila conductor buat joke kat depan, orang lain dah habis gelak, diorang baru nak gelak. Gelak macam monyet pulak tu. Aku rasa diorang tu tak paham joke tu. Diorang cuma gelak sebab orang lain gelak. Dah tu, melampau over gelaknya.

The highlight of the night? Tengah senyap-senyap tu, tiba-tiba ada budak mula menangis melalak-lalak. Memang terbaekk lah~! Conductor baru je nak angkat tongkat sakti dia tu, tiba-tiba budak tu menangis. Tak jadi nak teruskan persembahan. Nasib baik parents jenis ada perasaan fikirkan orang lain and terus keluar dari dewan tu. Kalau jenis yang tak reti nak keluar tapi dok pujuk-pujuk anak dia suh diam macam mana? Tapi, kok ye pun, kenapa kau bawak masuk anak kau in the first place? Kan, dah malu forever. Nasib baik gelap. Kalau terang dah nampak dah muka kau. Boleh masuk TV lagi. Speaking of TV, ada media buat recording sepanjang performance. Memang gasak lah kan tiba-tiba ada suara budak menangis. Melolong-lolong pulak tu. Memalukan wooo..

Kepada pihak penganjur, korang kutip dari mana mat-mat rempit ni? Kalau ye pun nak penuhkan dewan tu, pilihlah audience yang sesuai. Yang betul-betul minat. Aku rasa ramai lagi kat luar sana yang minat cuma tak aware je. Dah tu dresscode failed pun ko belasah je bagi masuk ye? Dah tu buat apa kau susah-susah cetak besar-besar pasal dresscode kat belakang tiket tu? Buat habis ink je. Kalau tak dapat penuhkan dewan, terima je lah hakikat yang tak ramai minat orkestra ni. Jangan lah nak tipu-tipu kata full house. Hipokrit you know~! Lagi satu, sila lah letak age limit. Budak-budak bawah 12 tahun, please lah jangan bagi masuk. Diorang tak boleh duduk diam kat dalam tu. Ke sana ke sini. Bising pulak tu. Nangis melalak-lalak some more. Please lah. Jadikan pengajaran. Kalau tak, sampai bila-bila kau akan ngadap masalah yang sama jugak.

Can people stop being ignorant? Kalau tak tau apa-apa sila belajar. Sila cari maklumat. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh time tengok orkestra macam ni. Kau masuk kandang kambing, tapi kau mengaum. Sampai bila-bila lah orang akan pandang slack kat kau.

Tak kisah lah apa orang nak cakap. Yang penting aku dah cakap apa yang aku nak. PEACE~!

Tuesday, November 1, 2011

Mnet Most Amazing 2011 Live in KL

WOHHHH~!!! Siapa nak pergi angkat tangan!!



Cik Sengal takde duit dah. Baru je balik dari kampung kekdahnya... SuJu ahhh... ㅠ__ㅠ