Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, October 27, 2011

Bodoh Piang..

Sekadar menepek apa yang dibebelkan kat Facebook.. Ya. Saya emo....

BODOH... TIKET BOLA RM50, WISMA FAM KENA LEMPAR CAT MERAH.. MEMANG BANGSA ORANG TAK SEKOLAH.. PERANGAI MACAM !%$#!&!*@.. ORANG KALAU JENIS TAK RETI BERSYUKUR MACAM TU LAH.. RM50 IS NOTHING KALAU KAU MINAT.. KALAU TAK MAMPU, TAK PAYAH PERGI.. DUDUK JE KAT RUMAH.. KALAU KAU MEMANG BETUL2 MINAT BOLA KAU DAH TAU JADUAL PERLAWANAN BOLA KAU TU SEPANJANG SEASON.. KAU BOLEH START SAVING DARI AWAL.. SO BILA DAH SAMPAI TARIKH GAME KAU TAKKAN ADA MASALAH KEWANGAN.. KALAU KAU TAK PANDAI NAK BAJET, KAU PEGI BELAJAR DENGAN BUDAK2 YANG MINAT KPOP.. BUDAK2 NI PANDAI NAK SAVING SEGALA.. SANGGUP IKAT PERUT.. SANGGUP PUASA UNTUK MENABUNG.. TIKET MAHAL PUN REDHA.. SEBAB MINAT.. TAK MACAM KAU.. SIKIT2 NAK MINTAK SUBSIDI.. LEPAS TU BILA PEMAIN MAIN TAK ELOK KAU MAKI HAMUN MACAM HAPA.. KAU ADA APPRECIATE PEMAIN? CUBA KALAU ARSENAL DATANG LIVERPOOL DATANG, TIKET RATUS2 SANGGUP PULAK KAU BELI.. APA HINA SANGAT KE BOLASEPAK MALAYSIA NI SAMPAI TIKET RM50 PUN NAK BERKIRA?? AKU BUKAN PEMINAT BOLA, TAPI AKU SEDIH TENGOK ORANG MALAYSIA YANG PERANGAI TAK SEMENGGAH MACAM NI.. LEPAS TU NAK TERKINJA-KINJA KAT STADIUM CARI PASAL BILA TIKET HABIS.. WHAT THE HELL.. GET A LIFE!!!

Puas hati aku~!!

Saturday, October 22, 2011

Malaysian Philharmonic Orchestra Tour 2011

Malaysian Philharmonic Orchestra will be coming to Kota Kinabalu. Yey!! Aku bukanlah orang seni. Tapi aku minat menonton persembahan orkestra. Last time MPYO datang, aku pergi. Kali ni bapaknya pulak datang. Takkan aku lepaskan punya peluang untuk menghadirkan diri!



Gigih mengcontact nombor yang tertera untuk mendapatkan tiket. Contact tempat lain, tapi beli tiketnya kat tempat lain. Hahaha.. Bersemangat betul ni. Orang yang jual ticket tu macam was-was je nak jual tiket kat aku. Biar betul minah ni minat orkestra? Macam tu lah reaksinya. Sengal betul.


Walau apa pun, tiket sudah berada di tangan. *Senyum lebar*. Moh, kita ramai-ramai pi serbu!!

Friday, October 21, 2011

Super Junior SHAKE

Sedang sibuk membelek twitter aku ternampak Super Junior SHAKE berada di Worldwide trending topic. Menatang apakah Super Junior SHAKE tu? Setelah dibelek-belek rupanya Apple App. Hoh. Sakan lah aku mendownloadnya tanpa berpikir panjang.


Super Junior SHAKE..

Benda alah apa Super Junior SHAKE ni memang aku tak tau. Aku godek-godek, sekali tengok macam game yang adik aku pernah main kat komputer dia once upon a time. Ala-ala game TAP tu. Wah. Macam best je. Moh try!!

Mr Simple..

Gila baban.. Terpleot-pleot jari aku main benda alah ni. WARGHHH!! Sangat mengaddictkan! Boleh pilih 4 level dari Easy, Normal, Hard kepada Extreme. Speed pula ada 1x, 2x, 4x and 8x. Cuba main level Extreme dengan speed 8x. Maunya tercampak iPhone kau. Jari-jemari pulak harus cramp. Hahahahaha..

First time main.. F for FAILED.. Hahahaha..

Dah lama-lama tu baru lulus A.. Hehehe..

Gigih woo main. Mula-mula tu memang hampeh lah sebab buta rhythm. Dah lama-lama tu boleh lah ikut. Macam orang tak betul je sengih-sengih bila dapat A. Hahahahaa..

Bagi sesiapa yang download for free tu, cuma dapat 2 lagu je. Superman and U. Kalau nak tambah lagu kenalah bayar ye. Aku ni dah boring main dua lagu je, so tutup mata beli lagu lain. Hahahaha.. Semakin banyak koleksi lagu aku. Paling best main Mr Simple and Sorry Sorry. Ada jugak yang calar-balar skrin tu jadinya. Huhuhuhu..

Lagu-lagu yang ada.. With my high scores..

Main punya main score takat tu je. Macam mana orang lain boleh score sampai juta-juta pun aku tak tau. Tension aku dibuatnya..

Berjuta-juta lemon high scores..

Mesti ada tips and tricks yang aku tak tau tu. Takpe. Godek-godek dulu. Akan aku cuba main sampai cecah score 2 juta. Hahahahaha..

p/s: Game ni best, tapi consume bateri tak hengat. Sekali main satu lagu, hilang bateri 10%. Huhuhu..

Wednesday, October 19, 2011

Cerita GMarket

For the past week, kami dok menggodek website GMarket ni semata-mata nak dapatkan tiket SS4. Penat dah. Last time, ketika berperang, kami tewas. Satu tiket pun tak dapat nak secure. Boleh masuk site tu, berjaya jugat dapatkan seat, tapi bermasalah kat payment. Dah tu, kena start all over again. Try lagi, semua dah ok, masalah lagi kat payment. Start all over again. Tengok-tengok semua tiket dah sold out. Angin betul.

Masing-masing memang frust menonggeng. Aku yang tak join perang tu, cuba masuk juga the next few days. Apa yang aku dapat, sama macam diorang. Stuck kat payment. Repeatedly macam tu. Apa masalahnya pun aku tak tau. Sakit jiwa aku dibuatnya.

Gigihkan bukak GMarket ni? Everything in Korean. Macam mana aku boleh paham apa nak buat? Tak susah mana. Sediakan google translator kat tepi. Translate sikit-sikit apa instruction dia. The rest ikut instinct.

For few days, kalau ada masa terluang, aku akan cuba masuk ke GMarket ni. Tapi setiap kali masuk, hampa rasanya. Kalau tak stuck kat payment, semedang Maejin. Bencilahh.. Berharap sangat ada orang cancel tiket mereka. Boleh lah aku try secure lagi. Tapi part payment tu lah. Hangguk-hangguk geleng-geleng.

Maejin = Sold Out..

Kadang-kadang dari muka depan dah tak boleh masuk. Kadang-kadang, boleh masuk tapi tak boleh nak pilih seat. Memang GMarket ni tak nak kawan dengan aku. Huhuhu..

Tak boleh nak pilih seats!!

Semalam, ketika aku sibuk berkursus SISEF (sibuk makan kuih sebenarnya sebab SISEF ni tak ada kena mengena dengan aku), some of my geng meroyan SMS suruh serang GMarket. Wohh? Ada sales kah? Yep. Sale one loh! Tapi hampeh lah kan, aku tak ada kat workstation. Memang tak dapat nak beli. Melepas lagi. Tapi bila aku balik ke office, tiket masih available. Apa lagi. Serang~!!

Entah lah, buat kesekian kalinya, stuck lagi kat payment. Walawei~!! Geram aku ni. Dah geram sangat, aku pergi email kat bahagian finance GMarket ni. Mengadu masalah aku. Hahahaha.. Poyo je. Nasib baik ada reply. Dia suruh guna paypal. Sudah. Aku mana ada paypal! Kat mana option paypal aku pun tak dapat nak cari. Kesudahannya, terlepas lagi tiket. Kembali Maejin. Huh~!

Tak ada rezeki kami ni. Alamatnya beratur sajalah kat stadium nanti dengan harapan masih ada lagi tiket untuk dijual. Kalau tak ada, bertapa lah kami kat Mt Seorak nanti. Buat flash mob and konsert sendirikk!!

Monday, October 17, 2011

Terer Kunun..

Apabila seseorang yang tidak ada basic bermain piano, GATAL pergi beli piano, kunun pandai main macam PRO, inilah jadinya..


KERAS KEJUNG~~!!


Saya hanya pandai play-by-ear. Jari ke mana, apa ke mana, saya tak pedulik! Yang penting bunyinya sama. Huhuhuhu.. Nangis mereka-mereka yang pandai bermain piano melihat saya begini.

Saturday, October 15, 2011

Put Your Hands UP~~!!

Siapa mau pergi konsert 2PM?? Put Your Hands UP!! Hoyehhh!! Jom. Jom!



Konsert akan diadakan pada 25 November 2011, pukul 8.30 malam di Stadium Negara. Siapa yang belum beli tiket tu boleh lah beli kat sini.

CikSengal dah selamat dah rembat tiket. Tiket yang mana satu, biarlah rahsia. Hehehe.. Siapa yang pergi tu meh habaq mai. Boleh lah kita jumpa di sana!! Di sana!! DI SANAAAAA~!!

Thursday, October 13, 2011

Selamat Berperang!

Today is the day! Hari untuk berperang mendapatkan tiket SS4 Seoul! All tickets can be purchased via GMarket website starting at 8pm KST tonight.


Kepada rakan-rakan seperjuangan yang akan berperang, all the best of luck to you all! Aku tak dapat nak join sebab internet connection kat rumah sangat mengharukan. Semoga ada berita baik!

Aja-aja!!

Tuesday, October 11, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 2: Changdeok Palace, Secret Garden, Changgyeong Palace, Jongmyo Shrine, Cheonggye Stream, Jeonju Jib Grilled Fish Restaurant & Dongdaemun Market

Saturday, 2nd July 2011


The first day of jalan-jalan di musim panas. Yey!! Bahagianya hidup bila dapat jalan-jalan macam ni. Tak menggigil kesejukan. Hehehe.. Ok. Hari ni bangun agak lambat jugak lah. Sebab tidur pun dah lambat kan. Subuh pun hampir-hampir terbabas sebab pukul 5.15 pagi dah terang benderang dah you know. Terkezut makcik! Kalah subuh kat KK. Hehehe.. Dah lepas subuh tu, tidur balik. Hambik kau. Pukul 8 baru bangun. Konon je nak keluar awal jalan-jalan. Tapi dekat pukul 10 jugak baru kami keluar.

Anguk, Jongno

Hari ni plan nak berjalan-jalan melawat istana. Previous trip, aku pergi ke Gyeongbokgung. Kali ni kami pergi ke Changdeokgung pula. Kalau ikut peta Jongno yang berada di tangan masa tu, Gyeongbokgung dan Changdeokgung ni berdekatan je. Tak jauh mana. Dulu-dulu gigih lah nak naik train ke istana Gyeongbokgung. Kali ni, sebab cuaca sangat best, kami jalan kaki je dari Sunshine. Sangat gigih!


Menyusuri jalan di Jongno menuju ke Anguk Station.

Monday, October 10, 2011

The Three Musketeers

All for One and One for All. Yey~~!!


Wayang beb! Dah lama aku tak layan wayang-mayang ni. Tak ada masa kekdahnya. Padahal kemut sebenarnya nak keluarkan duit. Hahahaha.. Tapi kali ni sangat nekad jugak nak pergi tengok The Three Musketeers. Ada dua sebab kenapa aku beria-ia nak tengok.

Satu - aku telah diracun oleh geng-geng di twitter. Masing-masing dah tengok. Masing-masing dok kepoh-kepoh betapa bestnya cerita ni. Hoh. Mana boleh jadi ini macam! Aku pun nak jugak join mereka mengepoh. Tak syoklah sorang-sorang terpinga-pinga tak tau apa-apa kan?

Dua - aku telah berjaya membeli tiket musical The Three Musketeers weh!! Musical? Malaysia ada meh musical ni? Hahaha.. Bukan kat Malaysia lah darling. Kat Seoul sana. MUAHAHAHA..

ngahaaaaaaa~!!

The Three Musketeers. Tak reti lah aku nak cerita! Sila baca kat sini. Bagi aku cerita ni entertaining lah. Especially part raja bongok tu. Hahaha.. Dan aku rasa cerita ni bakal ada sequelnya. Sebab Buckingkam tak habis lagi dendam dia. Dia baru je nak panaskan badan bawak kaum kerabat pergi France, tiba-tiba habis dah. Kalau ada sambungan, memang confirm aku akan pergi tengok.

Yoshh.. Gigihlah kan aku menonton movie ni. Semata-mata as a preparation untuk menonton musical yang bakal aku tak faham nanti tu. At least tau lah jalan ceritanya macam mana kan? Motip nak tengok musical ni sebab ada Kyuhyun je. Hahaha.. Kyuhyun as d'Artagnan. I LOOIIKKEE!! Kalau tak ada Kyuhyun, tak kuasa aku nak pergi. Apa nak buat. The Power of the Superior! Bum bu bum bum, bum bum!!

Sunday, October 9, 2011

Novotel Hotel ~ Cerita Hi-Tea

Semalam iols pergi melantak lagi. Melantak for free. Iols memang suka bab-bab makan free ni. ^^

Kali ni melantak di Novotel 1Borneo. Pergi Hi-Tea kekdahnya. Ada majlis sebenarnya, tapi majlis sempoi-sempoi je sempena menghargai students yang aktif persatuan. Ada sesi pemberian sijil penghargaan, ada sesi penyerahan tugas etc. etc. Yang aku tau, lepas tu aku boleh makan! Hahaha..


The Square..

Grilled Lamb..

Appetizers kot?

Grilled Squid..

Kuih dan roti dan lain-lain..

Laaa.. Tu je ke? Tu je lah yang aku boleh tunjuk sebab takut pulak korang pengsan tengok pinggan aku yang seterusnya. Hahaha..

Apa-apa pun sedap jugak ber Hi-Tea kat sini. Harga pun berpatutan. RM29++ kalau tak silap for adult. Kanak-kanak macam separuh harga. Kira boleh lah kan? Bila-bila boleh datang lagi. ^^

Saturday, October 8, 2011

Cerita Westlife

Minggu ni aku mabuk dengan Westlife. Meroyan pun ada, sebab selama 2 minggu aku menyimpan harapan untuk pergi ke Westlife Gravity Tour 2011 Live in KL. Tiket konsert tak lah mahal mana. Tapinya tiket flight tu. Membunuh betul! Berharap sangat lah dah last-last minute macam ni boleh dapat tiket murah. Tapi hampeh dot com lah. Sampai ke hari konsert, semakin mencanak-canak naik harganya. Hari tu masa tiket flight tengah murah tak nak beli. Nak jugak tunggu last minute. Hah. Padan muka aku kan? Huhuhuhu.. Hari tu tak beli sebab tak dapat nak cari geng pergi. Huwaaaaaaa... Nyesal. Nyesal..

Gravity Tour 2011

Shane ahh.. Nicky ahh.. Kian ahh.. Mark ahh.. Sadis lah tak dapat pergi. Sebelum aku terjebak dengan KPOP, Westlife ni lah yang menjadi pujaan hati. Aku ingat lagi. Tahun 1999. Aku baru je masuk UTM masa tu. Lagu-lagu diorang ni perghh.. Memang menjadi makanan telinga aku lah. Gigih beli album mereka. Tapi beberapa kerat album je lah. Masa tu baru meletup dengan MP3 segala. Jadinya lepas album ketiga aku agak bolayan lah nak beli. Download sajork. Peminat apa macam ni kan? Hahahaha.. Tak mampu ba. Student lagi kan masa tu.

Bila dah sewel dua tiga minggu ni, lagu Westlife sajalah yang menjadi pujaan. Terpaksa aku tendang sekejap SuJu ke tepi. Sabor ye. Dah habis gila Westlife nanti aku layan balik SuJu. Habis semua MP3 aku yang terperap dalam HDD aku korek. Non stop dengar Swear It Again, Flying Without Wings, World of Our Own, etc. etc. Youtube pun aku terjah. Tengok MV-MV mereka. Wahhh.. Sangat best. Memang mengimbau kenangan zaman-zaman dulu lah. Sedar tak sedar kenangan tu dah 12 tahun berlalu. Dah tua rupanya aku ni kan. Hahahaha..

Tapi yang lawaknya, masa aku bukak Official Youtube Westlife.....

Damn you SME~!!

MOTIPLAAARRR keluar This video contains content from SME. It is not available in your country? SME pulak tu. Well, mungkin SME ni ada maksud lain, tapi bagi kami kipas-susah-mati SuJu ni, dengar nama SME ke macam nightmare. Hahahaha.. Mula lah pikir yang bukan-bukan. Westlife dah tukar management company lah. Sekarang under SME lah. Budak-budak SuJu dengki Westlife lah. Saja nak pedajal SME lah. Wakakakaka.. Memang sewel merapu yang bukan-bukan. Tapi seriously? Why?

Aku tak tau lah kan. Mungkin account official ni kena hacked kot. Entah ye. Aku tak habis belajar bab security ni. Dulu-dulu time belajar, gatai sangat pi drop subjek tu. Hahaha.. Kalau access clips dari official page memang ada problem. Tapi kalau access dari luar, ok lah pulak. Hurmmm..

Apa pun, konsert Gravity Tour ni telah berlangsung malam tadi kat Stadium Putra. Ramai juga geng-geng ELF ku yang pergi. Tu pun semua jenis last minute jugak beli tiket. Seminggu dok ketepikan sekejap SuJu and layan Westlife je. Hehehe.. Cuma aku je lah yang tak pergi. Boohooooo.. They enjoyed themselves very much. Meroyan tak cukup tanah tengok Nicky. Ooohh.. Kalau lah aku ada kat sana juga. Mesti aku ikut meroyan sama.

Tak apalah kan. Mungkin ada jugak rezeki aku untuk pergi ke konsert Westlife satu hari nanti.. ^^

Tuesday, October 4, 2011

Grand Borneo Hotel ~ Cerita Parking

Siapa pernah duduk Grand Borneo Hotel? Siapa tak pernah tu, aku nak share lah kan sikit-sikit. Aku telah berjaya melepakkan diri kat hotel ni selama 2 malam sempena Bengkel Infosys baru-baru ni. Gigih kan, walaupun rumah dekat dapat duduk hotel. Orang bagi duduk free, kita terima je lah. Hehehe..

Malas nak cerita banyak, aku tepek gambar je.

Katil..

Meja dan TV.. Ada KBS World lagi. Feewitt!! Aku suka!!


Shower..

Toilet..


Pemandangan dari bilik..


Pemandangan belah kanan..

Pemandangan belah kiri.. Can see Novotel loh!

Overall selesa jugak lah. The reception people agak baik. Time aku kena serve tu baiklah. Time kawan-kawan aku yang lain macam tak dilayan pun ada. OK. Your PR kena upgrade sikit ye. Sila lebihkan senyuman anda ittew dan jadi lah seorang yang customer-friendly. The food ok jugak. Time breakfast agak meriah, banyak makanan. Tengahari and makan malam tu kurang lah sikit sebab tak ramai kan. Kami-kami je yang melantak. Overall OK lah. Aku boleh kata puas hati lah. CUMA SATU JE.. Parking terhad. DAMNN!!

Parking yang dia provide cuma 9 petak je. First come first serve pulak tu. Walaweii.. Sabar je lah kan? Kalau tak dapat parking tu parking lah kat dalam 1Borneo tu. Bayar lah!! Tak adanya nak cop-cop free parking courtesy of staying at the hotel. Dah tu nak parking mana? Yeszaaaa.. Bersidai kat tepi jalan. Alah.. Tempat DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DI REZAB JALAN tu. Now I know why, why, WHY orang suka sangat parking kat situ. Penat aku membebel, menyumpah-nyumpah seorang diri kat mereka-mereka yang suka parking kat situ. Tak paham ke? Signage punya besor gedabak kata tak boleh parking kat situ. Kau parking jugak! Rupanya ada reason. I mean, mereka yang duduk hotel lah. Yang sengaja parking sebab tak mampu nak bayar parking RM2 (tiket wayang RM10 boleh pulak beli..) tu memang nak kena makan penampor dengan aku lah. I mean, come on lah. Tak fikir ke pasal benda ni masa mula-mula construct dulu? Keselesaan tetamu patut didahulukan.

Mati larrr aku bantai Grand Borneo pasal parking ni. Hahahaha.. Sebab aku duduk kat Grand Borneo kan. Cuba kalau aku duduk kat Novotel. Novotel yang kena bantai. Hahaha.. Bukan Grand Borneo je ni. Aku rasa kesemua empat-empat hotel kat situ tak ada sediakan kemudahan parking yang selesa. Guests terpaksalah parking kat tepi jalan tu. Melainkan guests tu jenis macam aku ni, sanggup parking kat dalam 1Borneo sebab tak nak menyusahkan orang kat jalan. Baik benor lah aku kan? Sepanjang duduk 3 hari 2 malam kat sini, aku kena charge parking RM22. Banyak tu. Boleh makan Ayam Goreng Spicy Mekdi dua kali lunch tau! Huhuhuhu..

Dilarang meletakkan kenderaan di rezab jalan..

Diharap hotel-hotel ni dapat come up with satu penyelesaian lah. Sit down and berbincang dengan management 1Borneo. Kalau masalah parking ni settle, memang aku akan promote habis-habisan lah kat kawan-kawan aku. Duduk lah Grand Borneo. Selesa, berpatutan, good service, etc. etc. etc.

Yang paling penting, ada KBS World! Haahahaha..

Monday, October 3, 2011

Bengkel Infosys 30 Sept~2 Okt

Weekend baru ni aku join Bengkel Penyediaan Soalan Infosys kat Grand Borneo KK. Meriah ko, sebab tiba-tiba je join dengan tak tau basic apa-apa. Alkisahnya bengkel ni untuk peserta-peserta yang dah join Program FEP. Tapi aku tak pernah join. Jadinya agak terpinga-pinga jugaklah. Tiba-tiba nak kena buat soalan exam kan? Maunye huru hara hidup ni.

There were 33 of us. Dari merata IPT di seluruh Malaysia. Semuanya berkampung di sini untuk membuat soalan-soalan untuk program Infosys. Bidang yang terlibat adalah Problem Solving, Programming, Operating System, Database dan Computer Hardware. Itu ini begitu begini, aku tercampak ke bidang OS. Masak lah! Subjek paling aku tak suka. Hahahaha.. Motip lah kan? Dulu, pernah lah jugak aku mengajar subjek OS ni. Tapi sekali je. Lepas tu tobat dah. Pass kat orang lain!

Bengkel selama 3 hari ni dimulakan pada hari Jumaat malam. Malam tu adalah sesi pengenalan serta sesi ice-breaking. Macam budak-budak sekolah je rasanya bila ber ice-breaking ni. Seronok aku dibuatnya. InsyaAllah. Akan kucuba ingat semua nama-nama peserta bengkel ni. Aja!!


En Azmar bagi intro..

Event disambung keesokan harinya. Kami peserta-peserta yang tak pernah mengikuti program FEP diasingkan untuk mengikuti sesi CAMP methodology. Hambik! OBE lah, MQA lah, Bloom Taxonomy lah. Ni tambah lagi satu, CAMP. Nangis lah nak tau semua konsep ni. Konsep-konsep semua ni penting untuk mengconstruct soalan-soalan exam. Supaya dapat membezakan pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah. Lepas tu ada kategori pulak dah tu. Mesti consists of 10% Memory, 30% Concept, 30% Analytical and 30% Practice. Barulah set soalan yang disediakan tu berkualiti. Ada paham? Cakap senang lah kan? Macam mana nak kategorikan soalan-soalan tu? Macam mana nak tau soalan-soalan tu merupakan soalan analytical? Macam mana nak recognize soalan-soalan ni soalan practice? Haaa.. Tu yang masak tu!


Our Facilitator.. Dr Sulaiman..

Berhempas pulas lah kami berkenalan dengan CAMP methodology ni. Walaupun agak rushing, kami berharap sangat lah dapat construct soalan dengan betul. Dah tu? Gigih lah kan buat soalan OS. Lalalalalalallalalaa.. Nangis mak!! Topik yang aku kena cover ialah topic concurrency, synchronization and deadlock. Oh yeah! Topik paling TAK suka. Hahahaha.. Oh. Lupa nak cakap. Soalan yang kami construct ni semuanya Soalan MCQ ye. Multiple Choice Questions. Double the nangis!! Bukan senang nak buat soalan objektif ni. Pilihan jawapan yang nak diletakkan tu, aishhh. Boleh migrain kepala aku.


Gigih buat soalan..

Setelah dua jam berlalu, cuma 2 soalan saja yang siap. Masak lah aku. Tu pun entah boleh dicampak ke dalam kategori yang mana satu pun aku tak tau. Konsep kah? Analytical kah? Practice kah? Arghhh!! Pening-pening. By 5pm, baru 5 soalan. Sewel sebentar. Besok dah nak kena compile and analyze. Tak tidur lah aku malam ni! Huhu..

Dah balik ke bilik, lepas makan boleh pulak aku bantai tidur. Ciss!! Pukul 1 pagi baru terjaga. Walaweii.. Sakitnya jiwa aku. Macam mana boleh tertidur ni? Hangguk lah. Stay up sampai 4 pagi siapkan soalan. Alhamdulillah semua selesai. Dan berjaya jugak aku kategorikan mengikut kategori yang betul. Berkat buat kerja di subuh hari kot ni. Hahaha..

Pagi Ahad, sesi pembentangan. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab soalan-soalan aku ni qualified. Memenuhi kriteria. Yey!! Lepas ni terer dah lah aku buat soalan objektif kan? Hahaha.. Dalam masa kurang dari 12 jam, aku boleh buat 10 soalan yang berkualiti. Fuiyooo.. Sebab buat kat hotel kan? Mana tak gigih. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada JK Akademik untuk mengadakan bengkel membuat soalan exam di hotel. Gerenti dalam dua hari boleh siap. Tak payah nak tunggu sampai seminggu sampai dua minggu calling pensyarah sana sini untuk submit soalan. Kan? Sokonglah cadangan saya ini!! Hahahahaha...