Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, September 30, 2011

Menyengal di Kg Nelayan

Hari-hari makan. Makan hari-hari. Naik sekilo aku ni tau minggu ni! Chisss.. Tak boleh jadi. Once the week is finished, aku kena start puasa balik!

Malam tadi kami makan lagi. Kami makan di Restoran Kampung Nelayan kat KK ni. Ni kalau ikutkan kali kedua lah aku datang sini. Last time datang pasal kerja jugak. Dengan Prof Wayne Summers yang menilai program 4 tahun Software Engineering kami. This time sama juga kekdahnya. Dengan Prof Garik. Dua-dua ni our external examiners. Sepanjang duduk kat KK 6 tahun ni baru 2 kali kau mai sini Cik Sengal? Yes of course! Sebab tempat ni mahal kau! Kalau sendiri-sendiri pergi tak mampu aku. Disebabkan makan free macam ni lah aku dapat datang sini. Hahaha.. Tapi kalau ada guests dari luar, sangat sesuai lah kan bawak ke sini. Ada persembahan tarian masyarakat Sabah some more. Boleh join menari, boleh join menyumpit belon. Tak ke meriah gitu? Kat UK takde tau. Hahaha..

Malaysia ni meriah dengan makanan. Prof Garik pun kepelikan yang keamatan bila kita-kita ni asyik makan saja kerjanya. Masa sesi menilai, ada breakfast, ada lunch, ada teabreak lagi. Pening dia tengok. Biasalah kan. Aku ni kadang-kadang kalau datang sengalnya, aktiviti yang dijalankan tu tak pandang sangat, yang penting ada makan. Huwahuwahuwa.. Buruk perangai. Ehh.. Korang pun sama kan? Jangan kata aku je macam ni. Hahahaha.. Well, 1Malaysia, 1Obesiti. Boleh gitu? Hahahaha..

Dinner kami ni meriah juga lah. Sila lah tengok apa yang kami makan ni...


Nasi Goreng Cina..


Ikan masak sweet sour.. Ikan jenis apa aku tatau. Taunya makan je!


Sabah Vege


Yam Cake.. Sedap kooo!!


Soft shell crabs


Sotong goreng tepung..


Butter Prawn..


Puding kelapa..


Buah-buahan..

Kami ni satu meja cuma 8 orang je. Senak nak habiskan semua. Well, dua meja sebenarnya. Satu meja the big jaws. Ketua program, dekan, Prof Garik dan geng-geng formal yang lain. Satu meja lagi geng ikan bilis. Geng-geng informal ni. Geng ikan bilis ni, paham-paham lah. Sengal tak ingat! Banyak ketawa dari makan. Serius sakit perut. Bergelodak segala udang ketam sotong dalam perut aku ni. Cik Dila berada di meja ikan jaws. Sangat jeles dia melihat kami ikan-ikan bilis ni berjimba-jimba. Hahahaha..


Family Potrait. Motip Cik Sengal ala-ala Ramlah Ram?

Dah siap melantak, kami duduk lepak-lepak sebentar menanti perut reda. Makanan yang tak habis tu kami tapau bawa balik. Ni baru betul ye kawan-kawan tentang konsep menapau! Bila tak ada orang nak makan dah, kau tapau lah apa-apa yang ada. Jangan potong stim orang yang tengah makan. Ingat tu! Hehehe..

Dah sampai rumah apa aku buat? Ye.. Pandai korang semua. Hahahaha..

Wednesday, September 28, 2011

Open Universiti

Dah hujung-hujung Syawal ni banyak betul sesi-sesi makan. Semalam dah la openoffice. Hari ni openuniversiti pulak. Hambik. Makan saja kan. Kisahnya, setiap jabatan kat sini akan membuka gerai masing-masing menghidangkan macam-macam jenis makanan. Meriah kau. Rambang mata tengok. Pilih saja yang mana berkenan di hati.

Tahun lepas aku involve lah jugak dengan openuniversity ni. Gigih dilantik jadi AJK perhiasan gerai. Ha'ahh.. Mereng aku dibuatnya. Konon-konon nak kena pantau mereka-mereka ni menghias gerai. Tapi aku tunggu sampai pukul 10 malam tak jugak datang-datang orang yang menghias tu. Aku terus balik lah. Tak kuasa aku nak tunggu khen? Orang pompuan ni mana boleh balik lambat-lambat malam-malam. Bahye!!

Tahun ni aku tak involve apa-apa. Bagus juga. Tak menyemakkan kepala aku. Lagi pula minggu ni kami sebok dengan external examiner kami yang datang dari UK. Datang untuk menskodeng, mengomen dan memberi pandangan dalam pembentukan program 4 tahun program System Management and Networking kami ni. Banyak input yang kami dapat. Terima kasih Prof Garik from University of Lancaster.

Kisahnya lah kan. Nak jugak bawak Prof Garik pergi openU ni. Majlis openU bermula pukul 9.30 pagi. Mengikut pengalaman-pengalaman aku yang lepas, kalau kau tak datang pukul 9.30, jangan harap lah kau dapat makan. Manusia, fuhhh.. Punyalah ramai. Yang mengskodeng, yang melantak, yang mengayat pun ada. Sempat tu! Yang paling aku tak boleh terima yang menapau! Pantang betul aku openhouse ke openoffice ke openuniversity ke ada aksi menapau-napau macam ni. DEYY!! MAKAN KAT SITU JE TAK BOLEH KE? Geram pulak aku. Itu cerita tahun lepas lah. Tahun ni?


Gerai kambing golek kami..

Tahun ni menu gerai kami ialah kambing golek lagi. Sangat sedap kan? Jadinya cepat-cepat laa kami menyelesaikan segala aktiviti dengan Prof Garik dengan harapan dapat pergi ke openU kami tu. Baru pukul 11.30 pagi. Dapat maklumat. SEMUA GERAI DAH KEHABISAN MAKANAN... Dapat maklumat lagi, tahun ni aktiviti menapau sangat meriah. Huwarrghh!! Demmnn you penapau-penapau tegar!! Terus tak jadi nak bawak Prof. Garik. Nasib baik makanan tengahari ada disediakan. Makan kat sini je lah.

Tapi tension jugak lah aku ni kan. Tak dapat nak makan kambing golek. Semalam hati dah kecik. Hari ni semakin kecik. Lama-lama hilang terus hati aku ni. Dah, dah. Tahun depan tak payah join ye..

Tuesday, September 27, 2011

Open Office

Hari ni office aku buat openhouse!! Makan lagi. Gebuuuss lah aku macam ni hari-hari makan je. Makan free pulak tu. Adoilahh..

Konsep makan-makan kat office aku ni ialah konsep potluck. Setiap program diminta membawa makanan sendiri dari rumah dengan mengikut tema. Program aku ni pulak ditugaskan membawa kuih muih. Kuih muih tu apa? Kuih karipap kah? Kuih koci kah? Atau biskut raya? Hahahaha.. Disebabkan biskut raya aku dah habis, aku tak bawa apa-apa kecuali bawak perut yang kosong. Hehehe.. Selain dari tu, setiap staf akademik juga diminta untuk menyumbang RM20. Humang aih. Banyak kan RM20 tu? Setimpal ke dengan apa yang aku makan nanti? Hahaha.. Berkira benor lah aku ni kan?

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dekan, seterusnya doa makan dibacakan dan seterusnya sesi meNGAP!! As soon as sebut je NGAP, semua orang lintang pukang mengejar makanan. Sabar je lah makcik. Makcik duduk diam-diam lah dulu. Tunggu semua orang dah selamat mengambil makanan masing-masing. Makcik bukan pelahap na nak serbu-serbu macam tak makan seminggu.


Makan!!!

Makan lagi!!

Apa yang aku makan? Benda-benda kat bawah ni. Siapa-siapa yang rajin memasak makanan-makanan ni, terima kasih lah banyak-banyak aku ucapkan. Dapat jugak aku makan.

Laksa katanya...

Mi Kari katanya..

Spagetti Bolognaise katanya..

Kau pernah tak, pergi openhouse tengok orang tapau makanan bawak balik? Kat sini benda tu normal. Yang paling best, kita ni masih tengah makan, dia dah sebok-sebok menapau. Wah wah wah.. Kok ye pun, tunggu lah orang semua dah habis makan baru nak tapau-tapau. Ini tak. Kecik hati kita tau! Nak makan pun tak lalu tengok orang sibuk menapau.

Tapi dah habis makan tu, dah selang beberapa hari tu, aku rasa macam tak berbaloilah lah pulak RM20 yang aku sumbangkan tu. Wahh.. Tak ikhlas ke? Ikhlas tu macam dah tinggal separuh ikhlasnya bila dapat tau berapa kerat na umat-umat yang menyumbang. Dan terkenangkan aksi menapau lagi tu. Isyy.. Tak baik ungkit-ungkit tau! Tapi... Heppp!!! Ehh.. Mana aci kan?? HEEEPPPPP!!

Hati saya sudah kecik. Tahun depan tak mau datang!! ㅠ__ㅠ

Sunday, September 25, 2011

Cerita Soto Aku

Soto.. Soto.. Siapa sini peminat Soto? Yosshhh!! Boleh geng dengan aku ya. Tapi yang aku minat ni Soto yang aku buat sendiri lah. Sedap weh!! Motiplah kau perasan Soto kau sedap? Soto yang dijual kat kedai around KK ni aku makan lah jugak. Tapi tak berapa minat sangat. Takde kick gitu. Hahaha.. Berlagak betul perempuan sorang ni. Pergi balik Johor sanalah, buat apa duduk kat KK?? Hahahahaha.. Tapi kalau kau pergi kedai-kedai kat Johor pun kau tak akan jumpa Soto style Cik Sengal ni. Adoii.. Berlagak lagi...


Soto Cik Sengal

Siapa tau Soto ni asalnya dari mana? Kalau mengikut makcik wikipedia, asalnya dari Indonesia. Wah.. Kita ni serumpun. Haruslah makanan lebih kurang sama kan. Tapi bila dah merata dia menjelajah, banyak dah kena modified. Nak-nak bila aku mula celik mata wawawa diperkenalkan dengan Soto, Soto pesen kat dalam gambo tu lah yang aku kenal. Itu lah Soto. Selain daripada tu bukan Soto namanya. Hahahaha.. Sampai kat Johor, Sotonya rupa macam tu. Cuba bayangkan kalau Soto ni sampai ke Korea sana. Harus ada kimchi dalam dia kan? Hahahaha.. Mula lah tu merepek..

Soto yang aku buat ni kalau tak kena gaya boleh jadi quite troublesome. Nak-nak kalau dibuat dari scratch kan. Mana nak hafal segala bahan tok nenek rempah ratus untuk dibuat sup. Nak kena rebus nasi impit lagi. Dengan segala condiments dia yang pelik-pelik. MOTIP MAKAN SUP LETAK KACANG GORENG KHENN?? Pelik. Tapi tu lah yang buat Soto tu sedap. Hahaha.. Lain orang, lain bahan-bahan yang diletak. Tapi kalau aku, biasanya letak kacang goreng, bawang goreng, tauge, ayam goreng yang disiat-siat, daun sup daun bawang, su'un goreng dan last but not least, the main actor of the show ~ SAMBAL KICAP! Lagi pedas, lagi banyak letak, lagi kaw-kaw! Perghhhhh.. Sedap wa cakap lu. Kalau rajin, aku akan buat begedil. Letak dalam Soto, fuhhh.. Nikmat kau! Tapi nak buatnya tu. Malas betul aku. Kalau tak ada pun tak apalah. Masih sedap lagi Soto aku ni. Hahahahahaha..

Kenapa tiba-tiba aku cerita pasal Soto ni? Alkisahnya, semalam aku ada masak Soto ni. Adalah sekumpulan umat tu merengek-rengek suruh aku buat openhouse. Aku pun dengar je lah cakap mereka. Tiap-tiap tahun rajin pulak aku nak buat openhouse ni. Dan harusnya, Soto ni menjadi menu utama. Ada geng-geng bagitau, setahun sekali je dapat makan soto macam ni. Alahai.. Sedih pulak aku dengar. Kalau korang teringin nak makan Soto aku ni, bagitau je lah. Boleh aku masak. No hal punyalah. Yang appreciate Soto aku ni one thing. Sebab Soto aku ni sedap kan. Hahahaha.. Yang buat muka berkerut bila tengok, is another thing. Pelik kekdahnya. Tak pernah nampak. Tapi gigih nak belajar makan. Siap tanya nak letak macam mana, nak makan macam mana. I LIKE.

Tapi another set yang buat aku rasa nak tonyoh-tonyoh je sambal kicap kat muka mereka, memang tak dapat nak layan lah. Sabar je lah Cik Sengal ni kan. Last year, siap ada yang komen. "Ni bukan soto. Mi tak ada. Nak makan dengan apa?" OMG. Panas tau. Panas tau! Kalau cakap baik-baik boleh aku explain baik-baik. Ini macam marah tak puas hati dia tak dapat nak makan Soto. Sedap pulak aku balas balik. "Kalau nak makan soto tu pergi lah Ziemal sana.." Hoh. Puas hati aku! Waahhh.. Kurang ajar Cik Sengal ni kan? Mana taknya. Dah penat-penat masak lagi mo komplen. Orang, kalau terlebih being ignorant macam ni lah. Kalau mulut aku ni celupar aku dah cakap dah cuba lah pergi merantau satu Malaysia sana makan makanan yang ada. Ni tak. Terperuk kat sini je. Waaahh.. Macam lah berani nak cakap kan? Hahaha..

Apa pun, lain orang, lain deria rasanya. Macam aku jugak. Tapi aku takdelah sampai jahil sangat sampai tak reti nak makan apa-apa yang dihidang. Spesis tong sampah kekdahnya. Kau letak je apa-apa makanan depan aku. Gerenti makan. Benda yang aku boleh makan lah. Kalau kau letak gajah masak kicap ke, zirafah masak tiga rasa ke, kejadahnya.

Apa-apa pun, Soto is my favourite food. Siapa nak kahwin dengan aku, kenalah pandai masak Soto ni.... Ehhh.. Macam salah je ayat ni. Hahahahahhahaa..

Friday, September 23, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Final Words

Aku dah merepek bukak pasal edisi Summer Scent, baru teringat nak buat rumusan pasal Winter Sonata. Oklah. Secara keseluruhannya selama 9 hari kami meroyan kat Korea (6 Days Seoul + 3 Days Jeju) sana....


Kos Keseluruhan:

1. Tiket pergi balik Kuala Lumpur - Incheon = RM325
2. Tiket pergi balik Gimpo - Jeju = KRW85400 = RM245
3. Guesthouse, Transportation, Entrance Fees, Makan-makan, Souvenir, etc. = KRW579,600 = RM1651.85

TOTAL = RM2221.85

Quite cheap heh under 2.5K? Yes. Sebab tiket flight murah. Hehehe..


Things to take note:

Disebabkan trip ni pada musim sejuk yang sejuk yang amat, ada beberapa perkara lah nak kena take note:-

Tuesday, September 20, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 1: To Seoul!

Yes.. I'm back! With another edition of Korean Trip. Lama-lama duduk sana sajalah Cik Sengal oii. Tak payah kau sibuk ulang alik sana sini. Hehehe..

Friday, 1st July 2011

Trip kali ni aku pergi berdua dengan officemate, Dila. Belasah je lah meronggeng. Kunun-kunun dah terer lah ni jalan-jalan kat Seoul sana. Selamba kodok mengconfidentkan diri. Kalau tak confident, tak jalan kami ni.


Ni semua nak pi Incheon gak ni.. Hahahahaha..

Tuesday, September 13, 2011

Hello Kota Kinabalu!

CAK!! Hello KK! Do you missed me? 19 hari ko aku balik kampung. Mesti semua orang rindu nak tengok muka aku kan. Hahahahaha..

A new semester. New students. New faces. New tasks. Tapi nasib baik mengajar subjek lama. Kalau subjek baru jugak mau demam aku dibuatnya. Mana nak study lagi, mana nak cari maklumat lagi. Kalau macam tu alamatnya kita belajar sama-samalah dengan students. :P

Sem baru ni jugak, aku tak sabar menanti untuk dipanggil 'akak' oleh budak-budak freshie dan 'dik' oleh budak-budak senior yang perasan mereka tu lagi tua dari aku. Tiap-tiap tahun aku kena. Apa boleh buat kan. Aku ni kan comel dan maintain ayu awet muda. Kihkihkih.. Previously ada orang ingat aku lab assistant. Dimintanya aku untuk betulkan LCD projector. Mampuihh..

Apa pun, sem baru, semangat mesti baru. Tak boleh malas-malas dah ye Cik Sengal ye. Babap nanti baru tau.. ^__^

Monday, September 12, 2011

Satu Hari di Kuala Lumpur

Semalam aku ke KL. Buang tebiat. Naik bas ekspres dari JB pukul 8 pagi. Sampai KL pukul 12 tengahari. Meroyan-meroyan. Pukul 7 petang naik bas balik JB balik. Amacam? Best kan? Hehehehe..

Aku ke KL untuk berjimba-jimba je sebenarnya. Nak jumpa kawan-kawan se-internet aku tu. Yang sama-sama gila SuJu tu. Dalam masa yang sama boleh lah aku ambik Mr Simple Ver B yang aku dah order hari tu. ^^

Dah berkurun lama dah tak naik bas pergi KL ni. Nak-nak no more turun Puduraya. Sekarang ni sokmo turun kat Terminal Bersepadu Selatan. Ok jugak lah kot. Tak lah crowded sangat. Agak organized jugak lah tempat ni. Bas yang keluar masuk pun agak sistematik. Terasa macam kat airport pun ada. Penumpang yang lambat siap kena announce nama suruh datang cepat ke pintu pelepasan. Fullemekk.. Terkagum lah sekejap.

Aktiviti berjimba diadakan di BTS. Hehehehe.. Bandar Tasik Selatan ke cik kak? It's Berjaya Times Square loh.. Jadinya berkumpul lah kami 8 orang kat sana. Nak sebut nama sorang-sorang bukannya korang kenal pun. :P Lepak makan-makan kat Kenny Rogers sambil distribute album. Masing-masing ala-ala mengada-ngada berdebar gitu nak tau dapat kad siapa dalam album masing-masing. Hahaha.. Bongek je bila fikir balik.

This is MINE..

Bila dah randomly choose, sesi bukak album pulak dah. Nak tau kan kad siapa kat dalam. Eksaited mengalahkan apa je. The cards as follows...

Aku punye? Yang paling kiri.. ^^

Yang dapat kad Shindong tu makan hati betul. Hahaha.. Mek, ko beli album lain je lah ye. Tak dapek aku nak nolong kau deh.

Dah makan-makan, cari pasal lah pulak. Kenny Rogers tu macam bapak kami yang punya. Duduk menebeng transfer segala jenis harta karun masuk dalam HDD. Dah tu sibuk layan Inkigayo online. Gasak! Dah macam tapak konsert dah Kenny Rogers tu dibuatnya. Nasib baik orang tak ramai. Kalau tak kemaluan lah iols kan.

Sekejap je rasanya berjimba ni. It's time to go home. Atas bas, ramai student UTM. So no problem for me lah sebab for sure bas ni akan berhenti kat Skudai on the way nak ke Larkin tu. Jadinya aku tumpang turun sekali lah. Gitu gini sampai rumah dah pukul 11.30. Terus terbongkang pengsan....

Thursday, September 8, 2011

Singapore Lagi!

Semalam aku masuk Singapore lagi. Yes. Buat kerja yang sama aku buat Ahad lepas. Kehkehkeh.. Kali ni masuk berdua dengan Fieza. Adalah geng nak meroyan.

Masuk Singapore pun dah pukul 2 petang. Macam nak pergi Jusco je gayanya. Lenggang kangkung mak limah je. Sama macam hari Ahad lepas, immigration smooth je. Bagus. Tak payah nak beratur lama-lama. Sebelum sampai ke tempat meroyan, kami pusing-pusing dulu area Merlion. Ambik feel. Skodeng Marina Bay Sands some more. Last time aku pergi, masih under construction. Bila lah merasa nak naik kat atas sana ye? Dah tu, berangan lah posing tak hengat kat tempat si Eric posing for Spy Myungwol. Perasaaaannn tak sudah. Hehehe..

Cak!!

Dah tu baru lah gerak ke Plaza Singapura. Hari ni penonton agak ramai. Spazzing style? Sama je macam hari tu. Focused on bias masing-masing. Lantak lah. Yang penting aku dapat meroyan lagi. Bila lah nak insaf ye? At the end, part yang sebut satu-satu negara tu, tak ada pulak budak negara-negara lain yang sorak. Tapi part Teukie sebut Malaysia je, aku dan Fieza dua orang je yang sorak macam nak runtuh panggung tu. Hahahaha.. Kemaluan iols. Bila dah habis, lampu dah on, semua orang dok pandang-pandang ke depan cari mana budak Malaysia yang meroyan tadi tu. Kihkihkih..

Then, one last round pusing kat area Merlion lagi sebab bila malam, pemandangan agak cantik. Lampu-lampu banyak and Marina Bay Sands agak lawa jugak lah bermandikan cahaya. Gitu gini dah almost 9.30pm. Berlari kami balik. Sampai JB Sentral dah dekat pukul 11pm. Alamatnya bas dah takde. Terpaksalah Fieza hantar aku balik. Hehehe..

Tengok dengan mata lagi cantik..

Apa pun, today was fun. Bila SS3 3D ni nak sampai Malaysia ye?

Tuesday, September 6, 2011

Makan Lagi

Just after Isya' tadi, ada kenduri makan-makan kat rumah aku ni. The thing is Wak Daut akan balik ke Saudi Arabia hari khamis ni. Jadinya dia berhajat untuk menjemput orang-orang surau datang makan-makan di rumah. Puas hati dia agaknya dapat jamu mereka ni. Hajat sebelum balik mesti ditunaikan.

Kita tak masak ye! Penat tau masak-masak ni. Order saja sama Hj Kasdi. Nasi yang Hj Kasdi ni masak aku tak tau nama dia apa. Tapi memang marvelous sedap. Dimasak sekali dengan daging and keledek. Makan macam tu saja pun sedap. Adalah juga lauk-lauk sampingan. Pinggan, cawan pun pinjam Hj Kasdi jugak. Almaklumlah, rumah aku ni mana ada banyak pinggan mangkuk. Kesian pulak nak bagi mereka-mereka ni makan pakai pinggan kertas.

Disebabkan orang-orang surau yang datang, lepas preparation angkat makanan ke depan, terus aku memerap dalam bilik. Biarlah adik jantan aku tu yang melayan tetamu datang. Dah agak-agak reda, agak-agak orang dah beransur balik, aku pun turun ke bawah. Hambik kau! Orang-orang surau ini tengah bersilat di dapur. Bungkus berkat, basuh pinggan, basuh cawan, basuh periuk. Hambik!! Tetamu pulak dah yang susah payah mengemas. Habis semua settle. Yang kat depan semua dah bersih. Yang kat dapur pun hampir-hampir kemas. Tetiba malu pulak aku ni. Hahahaha..

Baguslah mereka ni. Lepas makan, tolong kemas. Alhamdulillah. Nasi satu periuk besar habis licin. Lauk-lauk yang lain pun langsai. No leftovers. Senang hati Wak Daut. Hati aku pun senang. Kalau banyak leftovers susah pulak nak menghandlenya. Bah. Tahun depan boleh jemput lagi. Hehehehe..

Monday, September 5, 2011

Encik Sederhana

Aku buat entri ni atas permintaan cik Kia. ^^ Kebetulan tengahari tadi ada Inkigayo kat S One HD tu. Punyelah gigih aku korek beg cari kamera. Malas nak menyalin lirik kekdahnya. Baik aku rekod je pakai kamera. Nak rekod dari asteruk terus tak pandai. Cik Ina naik confuse dengan apa yang aku buat. Gambar siapa yang kau ambik tu? Tanyanya. Nak aje aku jawab, 'your future son in law, mommy..' Hehehe..

To Kia, enjoys! Dan silalah kutuk mana-mana yang patut. Hehehe..

Kat Inkigayo tadi, tayang episode yang ni.. 2nd Inki performance tapi tak menang..

Encik Sederhana

Sebab kau nakal, nakal

[Leeteuk]
Hei, En. Sederhana

Sebab kau nakal, nakal

[Kyuhyun]
Walau dunia tak berjalan seperti yang aku rancang
Janganlah kau marah-marah saja
Kau tak perlu marah-marah

[Donghae]
Kau terlalu risau, jangan asyik fikirkan perkara remeh-temeh
Itu akan memudaratkan kesihatanmu

[Heechul]
Biarlah gredmu naik dan turun
Itu boleh berlaku
Biarlah pencapaianmu naik dan turun
Kadang kala memang begitu

[Donghae]
Ada juga kebaikannya
Lebih baik berehat
Segalanya ada masa, masa, masa, masa, masanya

[Yesung]
Jika kau lelaki, jumpa kawan-kawanmu
Minum dan lupakan segalanya
Baiklah, baiklah

[Ryeowook]
Jika kau wanita, jumpa kawan-kawanmu
Berbual kosong dan lupakan segalanya
Baiklah, baiklah

(Chorus)
Nampak, En. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau nampak hebat
Nampak, Cik. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau cantik (laungan SJ)

Nampak, En. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau nampak hebat
Nampak, Cik. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau cantik (laungan SJ)

[Eunhyuk]
Ayuh, ayuh, marilah
Jika jalan raya sesak
Mari patah balik
Jika kepalamu sakit bagai mahu mati
Mari kita cuti saja hari ini

[Sungmin]
Dunia ini memang sukar
Jangan bazirkan tenagamu,
Terlalu banyak mencuba
Nantikanlah harinya, sabarlah
Harimu akan tiba nanti

Bebaskan mindamu
Ayuh En. Sederhana
Bebaskan mindamu
Masanya telah tiba
Jangan gentar

Bebaskan mindamu
Mari En. Sederhana
Bebaskan mindamu
Masanya telah tiba
Kau dah sedia

[Sungmin]
Bukan hanya satu atau dua perkara
di dunia ini yang merosakkan hatimu
Tapi kita masih tinggal di sini
Budak kecil pun tahu

[Leeteuk]
Apa yang susah sangat?
Asalkan ada selera makan dan nyenyak tidur dan berjaya
Itu saja yang kita perlukan

[Ryeowook]
Jika kau marah, jumpa kawan-kawanmu dan umpat bos
Baiklah, baiklah

[Eunhyuk]
Jika kau rasa tertekan, menyanyi dan menjeritlah
Lontarkan segalanya
Baiklah, baiklah

(Chorus)
Nampak, En. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau nampak hebat
Nampak, Cik. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau cantik (laungan SJ)

Nampak, En. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau nampak hebat
Nampak, Cik. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau cantik (laungan SJ)

Sebab kau nakal, nakal

[Kyuhyun]
Kini, jangan risau
Hari-hari bahagia akan menjelang
Ketepikan apa-apa hal yang serius

[Yesung]
Senyumlah dengan ceria hari ini
Dengan senyuman ceriamu,
Semua orang akan gembira

(Chorus)
Nampak, En. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau nampak hebat
Nampak, Cik. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau cantik (laungan SJ)

Nampak, En. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau nampak hebat
Nampak, Cik. Sederhana, Sederhana
Kau, Kau, Kau cantik (laungan SJ)

Ayuh, ayuh, marilah
Jika jalan raya sesak
Mari patah balik
Jika kepalamu sakit bagai mahu mati
Mari kita cuti saja hari ini

Dunia ini memang sukar
Jangan bazirkan tenagamu,
Terlalu banyak mencuba
Nantikanlah harinya, sabarlah
Harimu akan tiba nanti

Bebaskan mindamu
Ayuh En. Sederhana
Bebaskan mindamu
Masanya telah tiba
Jangan gentar

Bebaskan mindamu
Mari En. Sederhana
Bebaskan mindamu
Mari En. Sederhana

*BM lyrics credit to OneHD

Baru perasan ni versi yang dah kena potong. Bukan full song lah ni. Mabokop pun tak ada. Sibuk dengan shooting drama Poseidon nya. Well, the lyrics in BM. What say you?

Sunday, September 4, 2011

Super Junior Super Show 3 in 3D

Yosh.. Cerita pasal SS3 3D lah pulak. Siang tadi aku terjah Singapore semata-mata nak layan SS3 3D. Punyelah gigih. Kelakar pun ada bila ingat balik. Hehehe..

Masa dapat tau SS3 3D singgah Singapore, aku dah mula berangan dah nak pergi. Kebetulan aku memang ada kat JB masa tayangannya. Nak menyeberang tambak bukan lah masalah besar mana. Dan SS3 ni pulak setakat tengok kat panggung wayang je, tak perlu aku nak menyakitkan jiwa aku mengadap fans Singapore. Ehehehe.. Sorry lah ye fans from Singapore. Aku ada masalah sikit dengan korang. Dua konsert aku pergi kat Singapore ni, dua-dua kali aku makan hati dengan perangai korang yang tak semenggah tu. Bukan aku saja yang fefeeling macam ni. Kawan-kawan aku pun majoritinya sama rasa macam tu. Even Singapore fans sendiri pun ada yang rasa macam tu jugak. Tu yang membuatkan aku give up dan malas dah nak pergi meroyan tengok konsert kat Singapore ni even though my favourite band/idol datang perform. Tak sanggup lagi dah!

Tapi bila tau tarikh tayangan SS3 3D ni musim raya aku terpaksa lah melupakannya. Gerenti Wak Daut and Cik Ina ajak beraya ke mana-mana. Memang tak dapatlah aku nak menerjah kan? Redha je lah. Terima je lah kenyataan bahawasanya bukan rezeki aku untuk ke SS3 3D ni. Tapi wait! Tarikh tayangan kena extend! Sampai lah 7 Sept! Hulalalala.. Ada harapan boleh pergi ni! Aku pun terus menyerang website Golden Village dan mengskodeng whether ada lagi tak available seats. Hurmmm.. Tak banyak dah tapi adalah jugak. 2 rows from front masih banyak kosong. Kalau dah nak sangat pergi, duduk depan sakit tengkuk sekali pun rela. Janji dapat tengok! Gigih ni nak beli. Terus contat partner in crime - Fieza untuk join dalam misi ni. Dia pun OK je. Apa lagi. Tanduk pun sudah naik atas kepala. Hahahaha..

Alkisahnyalah. Tengah isi details segala nak beli tiket online ni, aku sangkut kat bahagian contact details. Cissss!! Dia nak no HP Singapore je. Aku isi no contact aku tak muat! Bila tak isi, tak boleh nak proceed. Ngada-ngada betul. Tak boleh lah ni? Geramnya aku. Discuss punya discuss dengan Fieza, kami mengambil keputusan untuk terjah je Singapore keesokan harinya. Hari ni lah! Hari Ahad. Gamble je. Hari Ahad ada show pukul 2.45 petang kat GV Marina. Kalau ada tiket, rezeki kami. Kalau tak ada, kita jalan-jalan je lah cuci mata kat Orchard Road ke, mana ke. Boleh aje macam tu. Semangat. Semangat!

Janji jumpa kat City Square around 9.30 pagi. Aku gerak dari rumah dalam pukul 9. Naik bas lagi you dari rumah. Senang. Nak parking kat JB sana susah. Tapi biasalah. Naik bas terkedek-kedek jugak. Dekat pukul 10 baru sampai. Terus aku call si Fieza. Menjerit dia. Sebonar-bonarnya dia tengah desperate tunggu aku call sebab dia dah habis kredit. Tak dapat nak topup. Tak dapat nak contact aku. Kisahnya mak dia ajak beraya! Ah sudah. Fieza kata, besok dia masuk opis dia godek no HP budak-budak Singapore. Then beli tiket online je. OK lah macam tu. Tak ada rezeki dia nak pergi. Tapi, aku dah sampai CS ni, nak buat apa lah pulak? Tak kan nak balik rumah terus? Malu la muka ni sebab dah bergebang berlagak dengan orang-orang kat rumah nak beraya kat Singapore. Hahahahahahah..

Last-last buat keputusan drastik. Call balik si Fieza, cakap kat dia yang aku pergi je masuk Singapore and beli sendiri tiket untuk show hari Rabu. "Ko bior betul?" tanyanya. Betul lah ni. Dah tak ada nak buat apa kan. Dah separuh jalan dah. Baik proceed je terus. So ting tong ting tong, bergerak lah aku ke JB Sentral. Before I knew it aku dah sampai Woodlands. Hahahaha.. Perjalanan hari ni sangat lancar sebab tak ramai orang masuk Singapore. 5 minit dah settle immigration segala. Tak macam hari tu sampai 2 jam setengah. Nak mampus aku beratur.

Naik bas terus ke Queen St. Dah tu menapak ke Bugis MRT Station. Sebenornye aku tak tau pun jalan nak menghala ke sana. Masa jalan-jalan dengan Seben hari tu pun ingat-ingat lupa. Jadinya aku main ikut orang je lah. Ni ramai-ramai menghala ke satu arah ni, confirmlah kot ke MRT Station. Hahahaha.. Nasib baik betul koo.. Selamat aku naik MRT. ^^

Show hari Rabu. Yang ada cuma di GV Vivocity and GV Plaza. GV Vivocity aku check kat site, show start 8.45 malam. Dah lambat sangat dah tu. Nak balik JB semula pukul berapa? So aku check yang kat GV Plaza. Show pukul 6.45. Boleh lah kot. Menghala lah aku ke sana. Naik MRT senang je. Keluar station Dobhy Ghaut, sampai dah kat Plaza Singapura tu. Terus aku menerjah ke GV. Naik-naik escalator terus nampak...

Ngahaaaaa... Excited tak cukup tanah!!

Alhamdulillah. Dapat tiket! Seat row no 2 dari depan tepi dinding. GASAK!!


Our tickets!!

Settle dah. Baru pukul 1 tengahari. Nak buat apa? Shopping? Duit tarak! Jalan-jalan cuci mata? Kat JB pun boleh buat. Arrghhh.. Nak buat apa ni? Tak kan nak balik dah? Terus aku teringatkan show pukul 2.45 kat GV Marina tu. Apa lagi. Masih ada masa. Tanduk sudah muncul. Menerjah lah aku ke sana! Hahahaha..

Yoshh.. Sesat barat aku nak ke Marina tu. Yang aku tau cuma turun kat station City Hall je. Lepas tu nak menghala ke mana pun tak tau. Ikut instinct je. Last-last jumpa jugak. Instinct aku ni memang terer lah. Tabik spring toing toing. Tapi dari station City Hall tu nak ke GV Marina punyalah jauh. Senak jugak nak berjalan. Gatal pakai heels pulak aku ni. Padan muka! Tak semena-mena aku terpelecok. Ya ampun.. Malu gila! Hambik kau. Terus bengkak buku lali aku. Dah macam orang tempang dah berjalan. Sekejap-sekejap berhenti. Tak pernah-pernah aku macam ni. Tapi gigih jugak tu sampai ke panggung. Semangat SS3 3D punya pasal!!

Selamatt!!

Dapat jugak tiket. Seat no 3 dari depan. Tepi dinding jugak. Boleh lah. Daripada tak dapat langsung. Excited. Yey!! Kalau tak disebabkan kaki aku yang bengkak ni aku dah melompat-lompat dah depan kaunter. Hahahaha..

Seriously, dahsyat gila sakit kaki. Terpaksa berdengkot-dengkot cari farmasi. Nasib baik ada Guardian around situ. Singgah beli krim muscle pain relief. Pastu masuk jamban, aku dok urut-urut kaki. Hahahaha.. Lega sikit. Habislah satu panggung bau krim tu nanti.

Then balik semula ke panggung. Orang dah ramai. ELF yang ada pun sakan pakai baju biru. Aku duduk sekejap kat sofa yang disediakan kat situ. Kat sebelah, aku nampak macam admin-admin fanbase SuJu. Kalau tak silap lah. Masing-masing dengan laptop masing-masing. Pastu berbondong-bondong beg penuh diisi dengan 5th jib SuJu. Album-album lain pun ada jugak. Aku ni tak peramah pulak nak tanya. Sekadar menjeling je. Tak lama tu kami pun masuk ke dalam panggung.

ELFs yang bersemangat..

Tiket.. check! 3D glasses.. check!!

Panggung yang besor.. Ada yang dah nyalakan light stick..

Then yang dinanti-nantikan pun tiba. Show bermula. Semua orang jerit bagai nak rak. Meriah ko. Nak-nak part sorang-sorang budak SuJu ni keluar. Yang paling kuat sekali bila Wookie keluar. Soheh. Satu panggung ni penuh dengan fans Wookie.

It's time for the intro. Part Donghae terbang ke langit tu. Ya Ampun. Handsome gila baban. Time rambut dia pendek kemas gila tu. Serius, sangat chantek. 3D some more. Macam boleh capai je. Hahahaha.. Dah habis tu terus Sorry Sorry. Semua orang dah jerit. Aku masih kontrol ayu lagi. Segan nak meroyan. Takde geng. Kalau ada geng maunye suara aku paling kuat. Hahaha.. Seating aku ni best jugak sebab Hyuk selalu muncul kat belah aku ni. Hulalalala.. Nak pengsan tengok dia. Hahahah.. Gila. Tengok 3D ni, semua extra handsome. Sengih melebor aku jadinya.

Dah habis Sorry Sorry terus Don't Don. Aku ingatkan ada Super Girl, tapi tak ada. Terus skip ke Don't Don. Fuhh.. Time ni laki aku memang superb. Hahahaha.. Gila! Dah tu muncul laa sesi drum kat tengah-tengah tu. Heenim yang seksi pakai baju bahu londeh. Fuhhh.. Then. Eh.. Usin ke tu? E'ehhh.. Usin lah yang nyanyi rap rock tu. Hahahaha.. Usin rupanya. Aku ingatkan Zhoumi sebab kat Malaysia Zhoumi yang nyanyi kan. Tapi yang aku tengok ni Usin!! Kehkehkeh.. Siapa Usin? Usin = Sein (My Bittersweet Life KBS World Mon-Fri 7.25pm) = Jay Trax. So Usin nyanyi, Jungmo main gitar. No Henry. So no violin! Tapi mantop ko!! Time kamera fokus kat sorang-sorang, fans masing-masing menjerit. Kalau Kyu keluar, adalah fans Kyu kat hujung sana menjerit. Belakang aku plak fans MinMin. MinMin keluar, orang belakang aku pulak jerit. Yang hujung sana diam. Lepas tu kat belah lain pulah menjerit bila Siwon keluar. Boleh ekk macam tu? Kalau panggung ni penuh dengan geng CARI maunya non stop jerit. Siapa-siapa keluar pun kita jerit kan? Kat sini pelik. Dan yang paling kuat sekali jerit bila Wookie keluar. Adoi..

After Don't Don, it's No Other. Sebelum tu, adalah scene budak perempuan kecik tu tiup belon. Comel je. Time No Other ni, masing-masing buat muka comel. Hahaha.. Tak tahan tengok. Klimaks nya bila budak dua orang tu terbang ke langit lah. Rasanya macam anytime diorang boleh jatuh atas aku. Hahahah.. Perasan nak mampuih!

After that, it's ABDUL MABOKOP segment!! Kehkehkeh.. Apa lagi. Intro lagu Tok Tok Tok tu lah. Gila baban meroyan tengok ABDUL MABOKOP turun dari langit tak pakai baju in 3D. PENGSAANN!! Biasalah segmen ni. Kan masing-masing biol. Bila tengok yang 3D ni baru aku perasan dada MinMin penuh dengan bulus-bulus panjang. BUDUHH!! Hahahaha.. Then ABDUL MABOKOP pun kata I'll Be Back!! ^^

It's Tok Tok Tok time. Awatlah rambut Teukie buruk macam tu. Si Ikan Bilis memang sokmo macho lah. Heenim apa lagi. Ramai jugak peminat Heenim dalam panggung ni. Aku rasa semua orang dok sorak sebab dia dah tak ada masuk army dah. Sambil-sambil nyanyi, adalah aksi spastik mereka ni. Dah habis nyanyi tu masing-masing dok sujud. Heenim membebel entah apa entah. Subtitle cina kan. Aku mana nak paham. Tapi satu panggung dok gelak. Mesti something yang lawak.

After Tok Tok Tok, lu You and I. Paling daebak! Siwon dukung Leeteuk. Donghae dukung Hyukjae. Then maknae dok melompat atas belakang abang long. Huru-hara! Perangai masing-masing memang tak semenggah langsung. Aku banyak gelak masa ni. Dan banyak kali jugak meroyan. Nasib baik tak tergolek dari kerusi. Hahaha.. Dah habis You and I, lagu A Song for Elf pulak. Biasalah scene santai budak-budak ni. Satu panggung histeria. Sabo je lah kan.

Then terus ke lagu It Has To Be You. Lagu berhantu ni. My favourite song some more. Masa intro lagu ni je, semua orang dalam panggung menjerit. Bila Yesung mula nyanyi je, semua senyap. Memang sesenyap-senyapnya. Macam tengok wayang sedih koo.. Dari awal sampai habis. Tak ada seorang pun ikut nyanyi. Not even the chorus. Aku ni bajet lah ada orang join nyanyi walaupun part chorus. Tapi tak ada langsung. Aku seorang je yang gigih ikut nyanyi. Lagu yang aku hafal dari awal sampai habis ni. Even budak yang duduk sebelah aku pun duduk statik tak bergerak. Adoiyaaaii.. Sabor je lah aku dengan they olls ni. ㅠ__ㅠ

Then ada VTR superstar mereka-mereka ni. Alah yang masing-masing dok berposing shooting, kena kejar paparazi semua tu. Then it's Miinah! Sangat macho tak hengat mereka-mereka ini pakai baju hitam. Part ni banyak long shot. So mereka-mereka ni ala-ala jauh jugak lah. Tapi pelvic thrust in 3D.... PENGSAANN!! Dengan Mabokop yang pakai vest saja. Hambik kau. 3D ABS!! Nangis tengok! Nosebleed habis lah kiranya. Hahaha.. Then A Man in Love. Ni pun long shot banyak. Hyukjae sakan selak baju time ni. Sakan meroyan!! Kyu punya pelvic thrust lepas dia muncul kat tengah-tengah tu... ㅠ__ㅠ Ending lagu A Man in Love ni dok fokus kat Siwon. Sambil turun ikut lubang kat stage tu, sambil dia bukak vest dia. Habis togel. Semua orang dalam panggung dah meroyan ala-ala tak puas hati sebab dia dah hilang ke bawah stage. Tak sempat nak tenung si Shirtless Mabokop ni lama-lama. Aku pun frust. Kehkehkeh.. Dah habis A Man in Love, lagu Dancing Out pulak. Macam biasa. Segmen untuk mereka menyengal. Habis tawaf satu stadium buat perangai sewel. Macam-macam aksi lah.

Next Cooking Cooking!! Before tu adalah clip sayur-sayuran tu bersenam segala. Sangat comel. Hahahaha.. Masa keluar tu masing-masing sangat tak boleh blah. Hyuk dengan baju tauge dia tu. Masa kat Malaysia dia pakai baju cendawan tak silap sampai terguling-guling kat lantai dikerjakan Baby Kyu. Seksanya aku tengok diorang bergerak. Teukie dah tergolek kat lantai tu, memang tak boleh bangun. Second half of the song memang kat lantai je. Dah tu semua orang mensandwichkan dia. Gasak lemas dia kat bawah tu. Then mabokop pun tergolek jugak. Motiplah. Tak gagah rupanya. Hehehe.. After Cooking Cooking, lagu Way for Love. Separuh lagu ni, Heenim masih lagi dalam outfit chilli dia. Tergedik-gedik dia menari. Sakit perut aku gelak. Teukie pulak sempat kidnap sorang budak lelaki dari crowd bawak naik atas pentas. Anak siapalah yang dia kidnap tu. Budak tu relaks je.

Dah tu ada sesi berucap. Sesi menyengal jugak. Masing-masing bengong. Berjoget-joget lah. Yang aku faham Teukie ucap thanks pada ELF yang datang. Dia pun mula sebut satu-satu negara. China, Jepun. Bila dia sebut Taeguk, ada yang menjerit dalam panggung. Bila sebut Malaysia, aku pulak yang terover menjerit. Hahaha.. Ada dua tiga orang jugak yang ikut jerit dari hujung belah sana. Owh. Ada orang Malaysia jugak dalam panggung ni. Then Teukie sebut Philippine. Ada jugak yang menjerit. Dah tu segala tok nenek negara-negara Europe dia sebut. Dah tu habis! Budak-budak Singapore ni dah macam ala-ala menanti Teukie sebut Singapore. Hahaha.. Kesian pulak aku tengok. Ada jugak aku dengar suara-suara sebut SINGAPORE?? Takde. Teukie tak hengat korang! Hahaha.. Jahatnya aku. Maybe sebab SuJu belum pernah buat show kat Singapore kan. Tu yang tak terfikir nak mention Singapore tu. Jangan risau. Lepas ni adalah dia sebut tu. ^^

Dah tu, lagu You're The One. Ehh.. Ke lagu ni dulu baru sesi ucapan? Hahaha.. Lupa dah. Last but not least, Wonder Boys. Sesi menyengal lagi. Masing-masing dah macam apa dah. Donghae dah macam ghostbuster pikul senapang asap. Habis semua orang ditembaknya. Leeteuk pulak gatal sangat masuk kat tempat fans. Habis kena keroyok. Siwon pulak relaks je pikul Kyu kat bahu dia. Macam ringan je budak Kyu tu. MABOKOP kan. Haruslah gagah perkasa! Dah tu habis dah!! The boys said goodbye starting from Kyu and ends with Leeteuk. Paling memorable goodbye dari Sungmin. Dia nak buat performance katanya. Hahahaha.. Sabo je lah aku. Dia berjalan ke belakang, pusing and buat aksi tembakan dia yang glamer tu. Tak tahan aku dengan budak MinMin ni. Siap ada replay lagi. Encore performance. Hahaha.. Dah habis tu, screen pun mula gelap. Then tiba-tiba keluar something. Tulis kat screen EPILOGUE FROM KANGIN. Then, terus tayang segmen Rinaldo. Dengan kertas-kertas kecik berterbangan. Macam jatuh kat atas aku je kertas-kertas tu. With Kangin lambai goodbye, show pun habis. TAMAT SUDAH!! 1 jam 20 minit terasa sekejap sangat. Even though bukan full concert, aku enjoy sangat-sangat. Rabu ni layan lagi with Fieza. Can't wait!!

The boys say bye-bye..

Lepas show habis aku bergerak balik. Kaki masih tak stabil so agak lemau jugak lah berjalan dari Marina ke City Hall MRT tu. Dari City Hall aku terus ke station Kranji. Dari Kranji naik bas balik JB. Sampai JB Sentral dah pukul 6 petang. Baru lah aku dapat berkomunikasi dengan dunia luar. Hahahaha.. Gitu gini naik bas, sampai rumah dah dekat pukul 8 jugak. Fuhh.. Penat!!

Tamatlah sudah kerja bengong ku meroyan seorang diri di Singapore semata-mata SS3 3D. Sewel tapi berbaloi. Tak sabar nak tunggu Rabu. I'll be back!! Hohohohohoho...

Saturday, September 3, 2011

My Mr Simple!

At last. Mr Simple aku dah sampai! Dan inilah cover depannya! Yauzaaahh!!


Heenim's cover

Tak dapat Lee Hyukjae, aku dapat Kim Heechul! Boleh buat pengubat rindu gitu sementara dia masuk army. Kahkahkah.. Nasib baik tak cover bespren kan? Hahahahahahaha.. Terima kasih pada cik Fieza yang susah payah mengutipnya dari KL dan selamat sampai ke tangan aku yang ada kat JB ni. Terima kasih juga pada cik Mulan and geng yang telah bersusah payah mengordernya straight dari Korea nun. Mari meroyan!!

The album datang dengan BIG POSTER and teaser's cards..

Bahagian depan..

Bahagian belakang.. Spender hijau bespren kena cover-cover sikit.. Hehehe..

Dah dapat tu ku tenung-tenung. Sayang betul nak bukak sampul plastiknya. Adik aku kata aku dah mereng sebab dok baring atas katil sambil peluk album ni. Hehehe.. Motiplaa kan besar saiz albumnya? Ala-ala piring hitam gitu. Nasib baik bukan piring hitam. Kalau tak, masak laa aku nak cari benda alah apa namanya tu? Gramophone? Nak main piring hitam punya pasal.

Sayang tu sayang lah jugak, tapi last-last aku bukak jugak sebab nak tengok apa yang ada kat dalam..

whoahh.. mana mukanye?

Jeng.. jeng.. jeng.. Ada gambo-gambo lagi..

Oleh sebab album cover Heenim, aku tepek gambo Heenim..

The lyrics.. Juling bijik mata aku nak membacanya.. Merah + Biru.. Very the bendera Johor..

Thanks To section.. Merah Kuning.. Hidup Selangor!! Hahahaha..

Hangin pulak aku baca Thanks To si Hyukjae ni. 'Go anchovies!' je? Memang nak kena goreng ikan bilis sekor ni. The other half dia boleh pulak tulis panjang berjela. Mau 1/4 Thanks To section ni dia cover!

Tepek jugak lah bias aku si ikan bilis Hyukjae ni..

Dia tak hensem.. Tu sebab tutup muka.. Malu kekdahnya.. Hokhokhok..
Dalam album ni ada 13 buah lagu. Lagu-lagunya adalah:-

1. Mr. Simple
2. 오페라(Opera)
3. 라라라라(Be My Girl)
4. Walkin'
5. 폭풍(Storm)
6. 어느새 우리 (Good Friends)
7. Feels Good
8. 기억을 따라(Memories)
9. 해바라기(Sunflower)
10. 엉뚱한상상 (White Christmas)
11. Y
12. My Love My Kiss My Heart
13. Perfection (Bonus Track)

Antara banyak-banyak lagu yang ada ni aku paling suka lagu Good Friends. Lepas tu Storm. Lepas tu Memories. Lepas tu Y. Lepas tu Sunflower. Lepas tu Walkin'. Ehh.. Semua lah aku suka! Dah 5 album dah Super Junior keluarkan. Inilah satu-satunya album yang aku dengar dari awal sampai habis tanpa skip mana-mana lagu pun. Memang semua sedap di dengar!

Wokeh. Cerita album Version A aku stop kat sini dulu. Lepas ni cerita pasal Version B pulak. Tu kena tunggu order sampai dulu lah ye. TTFN.. ^^

Selingan.. Thanks to cik Kia yang telah mengangkutnya dari Seoul.. ^^