Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, July 28, 2011

Majlis Penutup Infosys Foundation Program 2011

Diam tak diam, akhirnya tamat juga Infosys Foundation Program bagi tahun 2011 ni. Dah kali ke 5 dah diadakan. Batch pertama dan kedua di Mysore, India. Batch ketiga di UTeM, Melaka. Batch keempat di UNIMAS, Sarawak dan last but not least batch kelima di UUM, Kedah. Semakin ramai lah Infoscions kat Malaysia ni. ^^

Well, setelah menempuhi beberapa rintangan, berjaya juga aku menjejakkan kaki ke Sintok untuk menghadiri majlis penutupan program ni. Gigih tau. Penat kat jalan je aku ni. Mana taknya, KK-KL hari selasa malam. KL-AS the next morning and terus ke event sampai tengahari. Besoknya pagi-pagi buta dah balik semula ke KL and straight to KK. Sampai KK pengsan! Patutnya aku sambung je cuti weekend tu balik JB. Boleh mula puasa dengan family. Huhuhu..

Anyways, congrats guys! Anda semua telah berjaya mengharungi hari-hari Infosys yang perit, sakit dan yang sewaktu dengannya. Congrats juga kepada Ooi Yu Wooi dan Ting Shi Ing kerana tersenarai dalam top 10 best students! Cayalah!! I bet, lepas ni semuanya bakal dapat banyak offer kerja. Rambang biji mata nak pilih. Hehehe..

Rombongan dari Kepulauan Borneo

Gambar tak clear mana. Menunggu budak-budak ni bagi gambar yang cantik sikit tapi entah bila aku boleh dapat.

Kepada peserta-peserta Infosys yang pernah singgah blog Cik Sengal ni tanya macam-macam, sorry lah ye kalau tak sempat nak beramah mesra kat sana. Eventnya pun sekejap sangat. Nanti kalau ada Infosys Alumni Gathering boleh lah kita borak panjang. Tak dilupakan juga pada 'kawan baru' yang membuatkan Cik Sengal terkejut beruk kelu tak terkata. Selamat berkenalan! Selama ni kenal di alam maya saja dengan nick nama yang berbeza, perangai yang entah apa-apa. Infosys telah menemukan kita secara fizikal. Wakakaka.. Hampeh betul.

Till next year. Bye bye Infosys!!

Saturday, July 23, 2011

Bowling Piala Dekan

Siang tadi ada pertandingan bowling kat Centrepoint. Suka-suka je main untuk mengeratkan silaturahim lah kekdahnye di antara kami-kami ni. Ada 12 team semuanya. Satu team ada 3 pemain. Game bermula jam 2 petang. Awal-awal lagi aku dah sampai untuk buat sesi warm up. Kununnya lah. Hahaha..

Game dah nak mula. Tapi team aku tak cukup orang. Adesss. Kalau tak cukup tak boleh join acara berkumpulan. Iskk.. Kalau main acara individu mana aku nak dapat hadiah! Hihihi.. Memang ke sudah tak datang orang tu. Jadinya penganjur kata boleh import pemain. Suka! Suka! Suka hati mak bapak aku je aku import seorang mamat ni. He is not even our staff. Alien from outer space ni. Kehkehkeh..

Main lah kami. Prestasi aku agak ngokngek jugak. Dah lama tak main. Lagi pulak masa sesi warm up tadi macam dah terlebih warm up sampai tangan pun nak tertanggal. Huhuhu..

Dah siap main aku skodeng team-team lain main. Boleh tahan jugak diorang ni. Memang semput kalau nak compare dengan aku. Apa pun, tawakal je lah. Ada rezeki, dapat lah aku jajan-jajan tu. Takde rezeki, next time boleh cuba lagi. Bila semua orang dah habis main kami ada sesi makan-makan. Makan mi je pun sambil minum kopi. Tapi sedap lah jugak. Tengah lapar kot, yang tak sedap pun boleh jadi sedap! Dah tu, sesi penyampaian hadiah. Dugeun.. dugeun.. Siapa yang menang?

Tamak tak tamak??

Kehkehkehkeh... Walaupun bukan juara, dapat jugak aku bolot 2 hamper. Poyo je. Padahal main macam kartun jugak tadi. Nampaknya ramai yang tak all out kot. Tu pasal senang-senang aku boleh rembat jajan-jajan ni. Yey!! It's my lucky day!!

Gambar kenangan

Overall, we had fun. Seronok kumpul ramai-ramai macam ni buang masa. Hehehe.. Next game bila lagi ye encik penganjur? :p

Sunday, July 17, 2011

Mari Memasak Tteokbokki

Godek recipe kat internet, modify here and there and voila!!

Tteokbokki versi Cik Sengal

Rupa takde. Tapi rasa dia, PERGGHHHHH!!! Sedap. Sedap..

Tuesday, July 12, 2011

Jadual Waktu

*Sticky Post*

Ada peminat tegar K-Celebrities yang datang menjengah ke blog CikSengal ni? Meh CikSengal nak kongsi-kongsi siapa yang bakal datang ke Malaysia ni. Hehehe..

19 Mac 2011 Super Junior (Super Show 3) ~ Stadium Putra Bukit Jalil

8 April 2011 Wonder Girls (Twin Tower @Live) ~ KLCC

9 April 2011 SS501's Park JungMin (Showcase & Fan Party)
* Canceled!! Due to pengurusan yang entah apa-apa. Organizer ni pun entah legal entah tak.

10 April 2011 RAIN (Sepang F1 Concert)

30 April 2011 JYJ (JYJ Concert in Malaysia)
* Canceled jugak!!! Memang Malaysia tak tersenarai pun dalam misi jelajah mereka. Sabor je lah!!

30 April 2011 Se7en (Asian Music Festival) ~ MIECC, The Mines

20 Mei 2011 2AM (Fansign Session) ~ Wisma Bentley Music, Bandar Utama
21 Mei 2011 2AM (Showcase) - Wisma MCA, Jalan Ampang


28 Mei 2011 Super Junior M (Konsert Hari Belia) ~ Putrajaya

4 Jun 2011 Jang GeunSuk (Fan Meeting) ~ Plenary Hall, KLCC


10 Jun 2011 U-KISS (Fan Meeting) ~ Dewan Wawasan, Menara PGRM



1 Julai 2011 Beast (B2st) (Fan Meeting) ~ Sunway Lagoon



Julai 2011 Big Bang & 2NE1 (Fan Meeting) ~ Stadium Putra Bukit Jalil
**Latest update: CANCELED..


24 Julai 2011 Beast (B2ST) (MTV World Stage Live in Malaysia 2011) ~ I-City, Shah Alam


21 Ogos 2011 Kim Hyung Joon (SS501) (Breakdown Album Promotion)

22 Ogos 2011 Kim Hyung Joon (SS501) (The Face Shop ASIA TOUR) ~ Pavillion KL & Berjaya Times Square


25 Nov 2011 2PM (Asia Tour 2011) ~ Stadium Negara

3 Dec 2011 Super Junior, f(x), Miss A, B1A4 - MNet MOA ~ Stadium MBKJ

Details will be updated from time to time. Sila lah menabung dari sekarang!!

*credit to Forum CARI

Saturday, July 9, 2011

Misteri Kehilangan Cik Sengal

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Hehehe.. Lama betul Cik Sengal menghilang. Siapa yang tau ke mana Cik Sengal menghilang, tak ada lah terasa misteri sangat. Cik Sengal pergi meroyan membuang duit sebenarnya. Cik Sengal pergi jalan-jalan ke Seoul lagi sepanjang minggu lepas. Sakan Cik Sengal ni kan. Kali ni Cik Sengal pergi ke tempat-tempat lain pulak. Harus Cik Sengal cerita pasal trip kali ni kat sini. Tapi time Cik Sengal ada masa terluang lah. Entri pasal Winter Sonata hari tu belum lagi habis. Nak kena buat entri pasal Summer Scent pulak dah kan? Banyaknya homework nak kena buat. Hehehe..

InsyaAllah. Cik Sengal akan siapkan semuanya. Tungguuuu!!!