Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Tuesday, June 28, 2011

Kerana Lagu Cina

Siang tadi aku ada terima 3 calls. Kesemua 3 calls aku tak jawab. Sebabnya? Sebab nombor KL. Malas aku nak angkat. Entah-entah orang nak jual insurance lah, orang nak verify credit card lah. So MALAS nak layan hokkay!! Nombor-nombor HP yang tak ada dalam phonebook aku pun aku tak layan. Kalau penting sangat sila SMS.

Kisahnya apa yang menarik pasal 3 calls ni, 2 calls yang mula-mula tu setakat ringing sekali je. Dalam hati aku, orang ni saja-saja nak mainkan aku ke apa ni? Then 10 minit lepas tu baru ringing panjaaaaaaaang sikit. Huh. Jangan harap aku nak angkat! Biar je. Tak lama lepas tu dapat mesej. Dari CIMB Bank. Please call back. Wakakakaka.. Tau pun. Kalau penting sila SMS ye! Hehe..

So aku call lah CIMB. Rupanya pasal aku dah terbayar lebih untuk credit card aku, padahal aku dah terminate dah kad tu. Kiranya dia nak pulangkan baki lah tu. Aigoo.. Susah-susah je kau call. Tranfer je lah siap-siap ke akaun bank aku. Tapi manalah tau kan, diorang nak authorization pengesahan segala. Ye lah. Den paham. Tapi yang menariknya masa mula-mula panggilan aku bersambut tu. "Saya call Puan tiga kali tadi tak berangkat.." Aku kelentonglah aku ada dalam meeting. Kekekeke..

Tadi, lepas buka puasa mata aku berat sangat. Tidur lah sekejap. Then aku terima call dari Cik Ina. Dia tanya " Kenapa orang bank cari kau?" Hoh?? Biar betul. Aku yang mamai-mamai tu tanyalah bank mana yang call. CIMB katanya. E'ehh.. Jauh bebenor lah Cik Kak tu mencari aku. Setelah borak-borak dengan Cik Ina, barulah aku tau misteri di sebalik 2 calls yang pertama (ringing sekejap) and call yang ketiga (ringing panjang). Melekek-lekek aku gelak. Terus besar mata aku. Tak jadi nak tidur. Hahahahahahhaa..


Cik kak CIMB: "Dua kali saya try call dia tadi, tapi keluar lagu cina. Saya salah nombor kot. Saya call rumah ni nak minta no handphone dia ni......"

Beria Cik Ina gelak. Aku bila dengar pun gelak guling-guling.. By the way Cik kak, itu bukan lagu cina ye. Itu lagu Korea. Harap Maklum.

Sunday, June 26, 2011

Jom Heboh Sabah!!

Seingat aku, sejak aku bermastautin kat Sabah ni, pernah sekali kot Jom Heboh mai sini. Lepas tu tak ada dah. Lo and behold, tahun ni ada balik. Ni cerita pasal Jom Heboh ni, aku pergi ke? Sebab aku pergi lah aku nak cerita kat sini. Kuikuikuikk..


Sesungguhnya awal-awal lagi aku dah berjanji dengan diri ini, bahawasanya aku takmo pergi Jom Heboh ni. Cukup-cukup lah pergi kat Danga Bay sana zaman muda-muda dulu. Dengan panas teriknya. Ramai orangnya, takde parkingnya. Huh! Serik-serik. Kat KK ni apatah lagi. Lebih kurang sama je. Dah lah buat kat kawasan Kompleks Stadium Likas. Sempit weh tempat tu!! Mau parking di mana?

Alkisahnya, housemate aku yang seorang tu hendak membooking MyVi baru. Pergilah kami ke Perodua Inanam. Sekali, mamat bertuah yang menyuruh kami datang tu tak ada kat situ. Disuruhnya kami ni ke booth Perodua Jom Heboh. Hoihhh.. Bikin panas jak. Dah senang-senang pergi Inanam, kau nak suruh aku pergi Jom Heboh sana?

Cool!! Harga OTR kat Sabah ni RM59K++. Kat semenanjung berapa ye?

Pergi lah jugak. Tahan je lah. Serius, JEM macam hapa. Then parking takde. Nak tak nak, aku dropkan housemate aku kat laluan masuk Jom Heboh sementara aku cari parking. Nak buat macam mana. Parking jauh. Berjalan lah aku lemah gemalai menuju Jom Heboh. Nasib baik cuaca redup. Macam nak hujan pun ada. Cepat-cepat aku melangkah. Bergeraklah aku ke booth Perodua.

Sekejap je pun proses membookingnya. Belum sempat aku sampai, segala urusan dah selesai. Hampeh betul. Dah alang-alang aku gigih menapak kan, jalan-jalan lah sekejap kat sini.

Orang memang bapak ramai. Booth tak lah banyak mana. Tapi orangnya. Ya ampun! Lepas tu macam perang masing-masing beli produk ribena lah, tiger lah, dutch lady lah, maggi lah. Aksi memborong mereka tu macam krisis makanan akan melanda Malaysia tak lama lagi. Berebut-rebut macam dah tak ada jual dah kat kedai besok. Padahal bukannya murah mana pun. Setakat murah 20 sen, 30 sen je. Tak kuasalah aku nak berebut macam tu. Beli kat Giant, tenang hidup. Hehehe..

Booth TV3 adalah beberapa ketul. Tapi personalitinya tak nampak batang hidung pun. Takde artis, takde celeb pun booth TV3 semua penuh. Macam nak roboh aku tengok. Adoii.. Aku skodeng-skodeng dari jauh sajalah.

Aku buat apa kat Jom Heboh ni? Malu nak cakap tapi nak cakap jugak. Aku sebenarnya baru terhegeh-hegeh pergi mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Wakakakakaka.. Sememangnya aku ni warganegara yang hampeh! Umur dah berapa baru nak daftar mengundi. Alah, kalau aku mendaftar pun, bukannya aku balik mengundi. Wahahaha.. ALASAN!!

Dapat goodies!! Kalau takde goodies, tak mendaftar kot aku ni. Hahaha..

Dah penat meround buang karan, kami pun balik. Sebelum balik, sempatlah terjah booth Sensodyne. Lelong 3 tiub Sensodyne cuma RM10. Murah tak murah. Kalau tak, satu tiub kat kedai maunya RM9.90. Beli 3 tiub dapat ice-cream free 2 batang. Motip? Mentang-mentang lah gigi aku gigi sensentap. Hahaha.. Itu je lah jajan aku dari Jom Heboh ni. Dah, tak ada apa lagi nak buat. Cari makan lah lepas ni. Si Zizan Raja Lawak baru sampai pun aku buat donno je. Ramai manusia berasak-asak nak pergi "peluk cium" si Zizan tu. Aduhh..

Stok berbulan-bulan. Hehehe..

Masuk dalam kereta je, hujan pun turun renyai-renyai. Nasib baik sempat masuk kereta. So, next destination? PIZZA HUT! Lapar sudeyy..

Saturday, June 25, 2011

Futsal Piala Dekan

Hari ni aku join pertandingan futsal. Piala Dekan lah ni kunun-kununnya. Dah lama tak main ohh. Gelanggangnya pun aku dah lupa macam mana. Padahal depan rumah kat Pulai Utama nun sebesar-besar tidak pusat futsal. Hahaha.. Bila sampai, tengok gelanggang, aku macam konpius. Memang besar macam ni ke gelanggangnya? Habislah makcik. Harus semput macam ni!!

Main kat mana? Borneo Sports Arena. Area Kolombong, you know? Aku pun mula-mula tak tau kat mana. Redah je. Nasib baik sampai. Kunun start pukul 8. Hampeh dot dom dot my. Pukul 9 pun belum lagi mula. Penat je terpacak awal-awal.

Sebelum start..

Aim yang paling besar!!

Team wanita ada dua je. Nak tak nak terus masuk final. Wakakakaka.. Superb!! Main punya main, serius aku semput. Kena gasak kemain. Macam-macam aksi dah. Tapi, nak buat macam mana, KALAH 0-2!! Hahahahaa.. Buat malu je. Tapi aku seronok jugak lah. Main pun untuk suka-suka. Dapat jugak hamper bawak balik rumah. Kehkehkeh..

Dah habis main..

Lepas ni katanya Badminton pulak. Lepas tu, boling lagi. Aisehh.. Tak pasal-pasal aku nak kena aktif dalam sukan. This is SO NOT me.. Hahahaha..

Monday, June 20, 2011

Ramyeon, Kimchi & Noraebang!!

Kelas hari ni supposed to be fun. Last week, Sera-nim kata kita buat KIMBAP!! Tapi bila sampai-sampai je Sera-nim tengah dok melepek kat meja kemalasan. Tak jadi buat kimbap katanya. Laaa.. Ottoke? Buku tak bawak ni. Dia kata lepak-lepak je lah makan ramyeon. Hahaha.. Suka hati lah cikgu!

Sera-nim sibuk potong kimchi..

Operasi mengagih-agih ramyeon. Aku tak makan. Tak halal kekdahnya..

Kimchi!! Yang ni aku makan. Perghh!! PEDASSSS!!

Aku tengok je lah masing-masing melantak ramyeon. Nak tumpang sekaki tak halal lah pulak. "Ini boleh makan punya. Cuma sapi saja bukan babi.." kata Sera-nim. Aigoo.. Rata-rata masih lagi kata kalau tak halal tu maksudnya piggy wiggy. Penat aku mengeksplain kat Sera-nim. Itu macam ka? Tanyanya. Pening dia. Hahaha..

Dah habis melantak, aktiviti seterusnya? Melalak!! Melalak kat satu tempat yang bernama DOREMI Noraebang. Kat Asia City jugak ni. Tak tau pun aku ada noraebang macam ni kat KK ni. Dey.. Berapa tahun dah kau duduk KK ni? Hahahaa.. Ye lah. Aku bukannya jenis orang yang suka berpoya-poya. Jenis duduk kat rumah je. The owner, Korean jugak. Spesis macam Sera-nim jugak ni. Dah berbelas tahun duduk Sabah. Cakap Sabah terer ohh!!

Sakan tau mereka-mereka ni menyanyi. Aku nak nyanyi apa pun tatau. Baca hangul masih fail. Nak nyanyi lagu yang aku hapal lirik pulak, tak ada dalam senarai. Dushh.. Takkan nak menari pulak dah. Tambourine banyak tu. Teringat pulak aku sesi karaoke dalam My Lovely Samsoon. Hahahaha..

Noraebang!!

Dah nak balik baru lah jumpa satu lagu yang aku hafal betul-betul. It Has To Be You. Yey!! Nyanyi lah makcik ni. Dapat score 95%. Fuhh.. Terer jugak aku ni. Hahahaha.. Adoiyaii. Sakan melalak ni tak sedor besok nak kena present proposal. Satu apa pun tak buat apa lagi ni. Huhuhuhu.. Nak tak nak pukul 9.30 kami cabut. Kalau tak kerana proposal tu, maunya sampai pagi jugak kami menebeng kat sini. Kekekekeke..

Sunday, June 19, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 7: To Seoul! Kim's Gursthouse, Itaewon, Seoul Central Mosque, Namdaemun Market & KBS Building

Friday, 18th February 2011

It's time to say bye-bye to Jeju! Sedihnya. Entah bila boleh datang lagi kan? Oklah. Flight kami balik ke Seoul adalah pagi. Tak ingat lah pulak pukul berapa. Tapi yang pastinya seawal pukul 6 kami dah check out keluar dari hotel. Mr Kim, owner Smile Hotel bawa kami ke jalan besar (jalan kaki je) dan tahankan teksi untuk kami ke airport. Memang baik betul lah Mr Kim ni. Sempat lagi suruh kami datang lagi. Hehehe.. Next time lah ye.

Punyalah sejuk pagi-pagi buta ni. Entah berapa degrees entah suhu kat luar ni. Nasib baik senang dapat teksi. Kalau tak, haruslah menggigil-gigil dah. Taxi fare dari Smile Hotel ke airport dalam KRW4,000 je. Dah sampai tu, cepat-cepat mencicit lari masuk ke dalam terminal building. Cari tempat memanaskan badan. Hehehe.. Orang kat airport tak berapa ramai. Mungkin sebab masih awal lagi. Kami je yang tak sabar nak balik Seoul. Ye ke tak sabar? Nak buat macam mana, pagi-pagi macam ni lah tiket paling murah..


Check in..

Saturday, June 4, 2011

Seoul Summer Sale 2011

I'm in the middle of updating a blog entry on my trip to Korea ~ Day 6 when I came across this site. Check it out!!


Let's go shopping!!

Thursday, June 2, 2011

Latest Collection ~ Novels

Sempena cuti-cuti balik kampung yang lepas, aku mengambil kesempatan untuk menghapdet koleksi aku.


Yang berjaya dirembat..

Kalau ikut turn, lagi dua tahun kot baru baca. Hahahaha...