Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Monday, March 28, 2011

Namanya Mr Park

Dah dua minggu aku tak pergi kelas. Sekali sebab kemalasan. Kedua kali sebab rumah aku tak ada elektrik. Tak kuasa nak pergi kelas dengan tudung renyuk. Rindu betul aku kat Saera-nim. Tapi dia rindu kat aku tak? Haahahaha.. Tapi Saera-nim tak ada. Dia balik kampung 2 minggu.

Kelas kami siapa yang ajar? Tak ada siapa. Aku join kelas tahap 1. Tapi masalahnya Saera-nim laki bini balik Korea. Dah tu? Jeng jeng jeng.. This one guy datang ke depan untuk menggantikan cikgu-cikgu kami. Yess. Aku kenal dia. Namanya Mr Park. Dia ajar kelas tahap 4. Tapi hari ni dia ambil alih kelas tahap 1 n tahap 2. Gigih!!

Gigih bukan apa. This guy = no English, no Malay. GASAK!! Sepanjang kelas, hanguk mal saja donk! Gigih aku pasang telinga nak memahamkan apa yang dia dok cakap kat depan tu. Serius blur. Satu part je yang aku paham. Dia nak ajak kami pergi Korea skodeng artis. Wakakakaka.. Sonsaengnim, DAEBAKK!! Saya suka. Saya mesti pilih!

Penat dia cakap Korea sorang-sorang kat depan. Yang tahap 2 ni boleh lah paham sikit-sikit apa yang dia cakap. Yang tahap 1 tu, blur sepanjang masa. Last-last tak tau nak buat apa, dia ajar nyanyi. Tajuk lagu: Sarangeuro.

Gigih betul aku nyanyi lagu-lagu purba Korea..

Saturday, March 26, 2011

MLTR Live in Malaysia 2011


22 April 2011, 8:30pm, Penang Pisa Stadium
24 April 2011, 8:30pm, KLCC Plenary Hall
30 April 2011, 8:30pm Kuantan Sukpa Stadium



No Kota Kinabalu this time! Showcase mereka ini back in 2009 kat Dewan Canselor UMS sangat-sangat meletop. Kalau ada lagi kat KK ni memang aku pergi lagi.. No rezeki lah this time. Diorang bagi peluang pada aku untuk kumpul duit tengok konsert lain. Kekeke..

p/s. Cik Ina baru nampak iklan showcase Rain kat Sepang nanti. JANGAN NGADA-NGADA PERGI!!, katanya. Hehehehehe..


For more info visit Star Planet.

Friday, March 25, 2011

Mamam!!

5Hasil pasar malam petang tadi.. Ngehngehngeh..

Sate, Rangka ayam and tauhu bakar yang belum dicurah kuah hitam.. SLURP!!

Rangka ayam RM3 dah! Gila mahal!! Seingat aku zaman belajar dulu baru singgit setengah. Hahahaha.. Tu 10 tahun yang dulu dol!

Kalau ikutkan tekak, macam-macam lagi aku nak beli. Ermm, dah gam dalam kepala dah apa nak dibeli next time kalau pergi pasar malam lagi. Hohohoho!!

Monday, March 21, 2011

Super Show 3 Malaysia yang DAEBAAKK!!

Fuhh.. What can I say? Sangat-sangat DAEBAK Super Show 3 kat Malaysia ni! Walaupun Super Show 2 Malaysia tahun lepas sangat happening, still tak boleh lawan yang ni. Walaupun Super Show 3 Bangkok yang aku pergi selama dua hari Januari baru ni ada banyak scene bukak-bukak baju, nosebleed segala, still jugak tak boleh lawan yang ni. Entah ye. Mungkin sebab kat tempat sendiri kot. The boys were totally awesome. They did a super duper fantastic job by menebeng kat depan aku all the time!! SUPERBB!!

Sejak Redstar kata diorang tak dapat handle Super Show 3 kat Malaysia ni, aku memang dah putus harapan dah. Tu sebab aku gigihkan diri pergi Bangkok. Sengal gila. Pergi Bangkok semata-mata nak tengok konsert. Dari KK pulak tu. Dah minat kan. Nak buat macam mana lagi. Aiseh.. Cerita pasal Bangkok ni, entry Super Show 3 Bangkok aku masih dalam draft. Bila entah nak siap. Everything pasal Super Show 3 Malaysia sebelum ni sangat-sangat lah gloomy until RITS tampil ke depan, willing to organize. Terasa macam apa ya. Macam boleh bernafas balik? Wakaka.. Sungguh kronik CikSengal ni.

Urusan pembelian tiket ni aku terpaksa serahkan pada Cik Kia kita. Aku yang nun jauh di kepulauan Borneo ni tak dapek lah nak turun KL membelinya. Kebetulan lah pulak, masa tiket dijual aku sedang berpoya-poya di Seoul. Berpoya-poya di Seoul lagi best kan? Hahahaa.. Gedebak gedebuk itu ini, we managed to get VIP seats. Betul-betul depan stage. Terasa bahagia sangat-sangat hidup ini.. Hokhokhok!!

The day has come. Aku bertolak dari KK malam 18hb Mac dengan sidekick aku si Dila. Sidekick mesti ikut! Mana boleh kena tinggal bini Donghae sorang ni. Hehehe.. Tiket murah. Naik malam ler. Kalau ikutkan hati nak juga ambik flight awal. Nak pergi menyambut lah kononnya kedatangan darlings aku semua tu ke Malaysia ni. Tapi disebabkan takut cita-cita murni aku tu tak kesampaian seperti tahun lepas (frust menonggeng betul), aku pendamkan sajalah. Janji besoknya aku boleh meroyan all out. Agak kesengalan aku malam tu disebabkan flight delay. Pukul 1 pagi baru sampai KLIA. Tapi bersyukur jugak lah setakat delay je. Kalau cancel terus? Memang menonggeng laa aku kat KKIA sana. Macam biasa, tagline kami "TRUE BACKPACKER SLEEPS AT AIRPORT", itulah yang aku buat malam tu. Besok pagi baru gerak masuk KL.

Pukul 10 pagi kami dah sampai hotel. Duduk kat Sri Petaling je. Tempat yang sama tahun lepas. Berangan nak check in awal tapi bilik semua penuh. Kena check in pukul 2 jugak. Terpaksa lah duduk menayangkan diri kat lobi je. ELFs sana sini, keluar masuk hotel. Staff Crew SS3 pun sama. Semuanya berkampung kat Sri Petaling ni rupanya. Macam mana lah tak full. Ada these 2 girls nak check in tapi bila check dalam sistem, reservation dia takde. Memang toya habis dah muka minah-minah tu. Orang kat kaunter tu pun dah tak boleh nak buat apa sebab bilik memang penuh. Aku pun jadi cuak. Aku punya reservation? Cepat-cepat aku check. Nasib baik ada. Kalau tak, hurmm.. Berkampung kat Bukit Jalil je la kot. Orang backpackers kan boleh tidur kat mana-mana je. Hahaha..

Pukul 12.30 kami dah dibenarkan check in. At last! Mandi-mandi, makan-makan and around 4pm kami bergerak ke stadium. Cik Kia dah sebok SMS suruh aku datang secopek yang mungkin. Ye. Ye.. I'm coming!!

Dah sampai stadium aku cepat-cepat ke port menunggu CARIans. Jumpa lagi mereka-mereka ni kat sini. Sempat jumpa airwickss, berkenalan dengan k jel, se7enstarz (ni selalu jumpa neh kalau ada activity kat singapore.. Kuikui..), hadiff yang tengah sibuk distribute lightstick, mulan yang dah macam orang meniaga duduk kat atas lantai dengan beg plastik penuh wristband and pompom, and last but not least kia ler. Wajib jumpa kia ni sebab tiket SS3 ada dengan dia, and t's KRY dia yang gigih aku bawak dari Seoul masih ada dengan aku lagi. Then off to beratur. Jumpa hana hirokawa masa beratur sebab duduk sama-sama dalam stadium. Sebelum beratur, aku buat preparation untuk operasi menyeludup kamera. Kihkihkih.. Baik punya spot aku tapuk kamera ni. :p


My ticket

Kami bergerak masuk ke dalam stadium. Beg di check ala-ala je oleh security. Tak macam kat Bangkok hari tu. Harus full body check. Siap kena raba lagi. Lepas tu lalu scanner lagi macam kat airport. Terbaekk lah! Kat Malaysia ni tak ketat pun. Tu yang aku suka! Hahaha.. Dah sampai dalam, aku menyengih sampai ke telinga. Fuh.. Sangat suka dengan seat aku ni! Jelas terang dan nyata kalau the boys datang ke depan. Mau meroyan bersungguh-sungguh macam ni. Tapi slack jugak. Seating ni betul-betul rapat dengan console section. Dah lah benda alah console tu tinggi. Pemandangan agak terjejas jugak lah. Yang jadi mangsa mulan. Memang betul-betul tepi console. Kalau kenyit-kenyit boleh dapat kot duduk atas console tu. Hehehe..

My seat. DAEBAKK kan??

Lightstick zaman SS2 aku yang lepas dah hidup segan mati tak mahu. Jadinya beria lah aku order dengan hadiff. Belum apa-apa dah jadi macam ni..

PATAH!! Sengal betul. Adoiyaaii.. Hyukjae, tak ada jodoh antara kita. Huwargahawghaawa..

Various media duduk kat depan untuk capture gambor lah. One of them sangat lah comel. Adoi. Boleh jadi artis mamat ni. He was zooming towards us lah in the crowd. Dila pulak tengah angkat banner Donghae sayang dia. Aku pun cepat-cepat mengendeng ke Dila, pandang mamat tu sambil buat peace sign. Mamat tu senyum, click the camera and buat thumbs up. Wakakaka.. Mampuihlaa. Majalah mana lah nanti keluar muka aku yang cun ni.

Semua orang dah get ready..

MC malam tu aku tak kenal siapa tapi diorang DJ lah. Dari FlyFM kot. Lawak jugak lah budak dua orang ni. Berchotchet chotchet diorang sementara menunggu konsert start. Then, lampu pun padam. Semua orang dah tak boleh duduk diam. VCR Intro dipasang. Seriously,boleh runtuh stadium tu dengan jeritan fans. aku pun dah naik pekak. Aku sopan je tak jerit-jerit macam diorang. Nak kena jaga tatasusila sebagai seorang pendidik. Kahkahkah.. Eleh. Awal-awal ni je. Tengok lah nanti dah tengah-tengah. Hadiff boleh confirmkan semuanya macam mana aku meroyan. Hihihi..

Opening..

Ok. Itu je untuk opening. Donghae terbang naik atas, members muncul tengah-tengah, Siwon muncul depan mata, and a bit of Sorry Sorry performance, finished. Dah havoc sangat, mana aku nak pegang kamera, mana aku nak melayan orang-orang kat depan yang kadang-kadang menghalang kamera aku. Jadinya aku stop ambik video. The rest of the performance ambik gambar je.

Sorry Sorry performance..

The concert started with Sorry Sorry performance. Kinda like this concert version. Seronok aku join nyanyi. Walaupun lirik berterabur. Hehehe.. The next song is Super Girl. Henry and Zhoumi join naik pentas. Performance ni kat stage depan sana. Tak berapa nampak sangat lah. Tapi kat tengah-tengah tu, my Hyukjae tiba-tiba muncul kat depan. Meroyaaaaaann!

Eunhyuk ahh..

Dah habis Super Girl, lagu Don't Don pulak. Yang ni tengok je lah dari jauh. Tapi towards the end, the boys mula gerak ke depan. Apa lagi. Tadah kamera je lah. Huwahuwahuwa.. SUKA!! The highlight was when Heechul, Zhoumi, Henry and Jungmo from TRAX muncul kat tengah-tengah. Heechul on drums, Henry on violin, Jungmo on guitar and Zhoumi pulak gigih rapping. Adoi.. Heenim. Cair aku tengok kau main drum..

Hyukjae, Wookie and Yesung..

Abang long tetiba muncul..

Abang long Leeteuk..

The highlight of Don't Don..

Dah habis Don't Don ada tayangan VCR SUJU kat taman with little kids. Waduhh.. Comel banget diorang ni. Dah tu terus bersambung dengan lagu No Other. Masa ni aku tak banyak ambik gambar sebab tangan dok occupied dengan lightstick lah, dengan belon lah, dengan pompom lah. Pastu mata pulak melilau tengok orang. Mulut pulak sebok nak menyanyi sebab banyak-banyak lagu, ni lah satu-satunya lagu SUJU yang aku hafal dari awal sampai habis termasuk rap-rap sekali. Lagu lain mesti ada tersyasyul sana sini. Sempat ambik gambar Sungmin and Leeteuk terbang je.

Sungmin & Leeteuk during No Other performance..

Dah habis No Other, sesi perkenalkan diri pulak. Masing-masing sengal betul. Pak Arab Leeteuk lah paling memorable. Gelak jahat tak hengat. Gelak orang kaya. Jalan ke depan baling botol air mineral kat fans sambil kata warar, warar. Kuikuik.. Water lah pakcik. Kalau kat Bangkok hari tu, hari pertama dia baling botol mineral. Hari kedua dia baling ais lah pulak. Aiseu. Aiseu.. Muahahahaha.. Asyik ber "APPA KHABAR" je throughout the perkenalan. Sekali, terdengar pulak "OMMA KHABAR". Hahaha.. Dah ada appa, mesti ada omma kan? Sengal..

Sesi perkenalkan diri..

Next song after perkenalkan diri was Confession. Versi Korea ni. Gigih aku cari kat tenet nak download. Tapi yang jumpa versi Mandarin je. Time performance lagu ni masing-masing kesengalan dah. Wookie and Sungmin wat show sengal kat depan kami dengan baju senget diorang tu. Adoii..

Si sulung dan si bongsu.. Leeteuk and Kyuhyun..

Baby Kyu mencari bini-bini dia.. Dey, salah pandang tu! Sinilaaahhh!!!

Yesung yang maintain hensem..

Dah habis tu, some members get off stage, and some lagi pergi ke tengah. It's ROKKUGO TIME!! Suka aku dengan lagu ni walaupun lirik sangat-sangat merepek. Macam biasa, macam-macam drama budak-budak ni buat. Aksi baring wajib ada. Tahun lepas pun ada gak. Hehehe..

Sungmin bersiap sedia nak meniarap.. Leeteuk memang selamat dah baring..

Heechul: Macam best je diorang ni baring.. Aku nak join jugak lahh!!!

Iyaaaaaahhhhhh!!!!!

Then break sekejap. It's solos time. First up is Ryeowook dengan One Fine Spring Day. Performance ni memang aku suka. Sebab Sungmin join sekali main gitar. Baru je aku nak bukak mulut nyanyi sama-sama, sekali yang keluar dari mulut Wookie, bahasa cina. HAMPEHH!!! Penat aku hafal lirik. Sekali dia nyanyi versi mandarin. Walaweii.. Potong stim betul.

One Fine Spring Day

Then it's Baby Kyu's turn. Dari tengah stage dia muncul, terus berjalan ke depan ke arah kami. Lagu cina lagi. Sabor je lah makcik. Tapi sedap lah jugak dia nyanyi. Of course lah. Kyuhyun kan. Kalau suara tak sedap tu bukan dia lah. Lagu apa yang dia nyanyi ni aku tak tau tajuknya apa. Kalau tahun lepas aku tau lah. Forgive Me by Jam Hsiao. Haaa, yang tu aku hafal lirik dia. Hehehe.. Performance ni aku tak ambik video sebab aku tau mesti terganggu video aku nanti tu dengan suara-suara bini dia kat sebelah. Wakakakaka.. Jangan marah ekk Kia..

Kyu's solo..

Dah habis Kyu punya solo, sesi merebut aweks pulak antara Eunhyuk and Donghae. They performed a self-make song for SS3. Memang sedap lagu ni. I Wanna Love You gitu tajuknya. Gambar takde, video pun takde sebab betul-betul engrossed tengok sesi merebut-rebut tu. Hahaha.. Oh yes, no bukak-bukak, selak-selak baju ye. Bagus. Sopan diorang ni. Boleh buat menantu. Hihihi.. Tak sanggup dah rasanya aku nak membuntangkan mata aku lagi melihat mereka berdua ni main tayang abs sepertimana kat Bangkok hari tu. Hahaha.. Cakap je macam tu. Padahal suka je kalau ada. Muahahaha..

Then it's abang long's solo! Waduhh.. Aku ni pantang tengok orang lelaki main piano. Mesti rasa nak jatuh chenta je. Hahaha.. Lagu Kiss Goodbye by Wang Lee Hom. Lagu cina lagi. Tapi best!! Seriously tangkap leleh habis. Terbuai-buai gitu. Ahaks! Sayang tak ambik video. Kalau tak, tiap-tiap malam boleh layan sebelum tidur.

Feeling habis nyanyi.. Aku pun feeling habis mendengarnye..

Dah tu, Siwon's turn. Nyanyi lagu Looking for the Day by 3rdWAVE. 3rdWAVE ni macam kumpulan dakwah je aku rasa. The members are Brian Joo yang sengal itu and his friend. Siwon and Vanness Wu ada contribute jugak dalam album ni. Seperti tahun lepas jugak, Siwon nyanyi lagu religous + humanity lagi.

Siwon..

Then, we get rocking!! Henry's up!! Oh.. Jatuh chenta lagi aku. Nak-nak bila tengok selamba poyonya dia main piano. Suka! Suka!! Bila aku nak terer main macam dia ye? Berangan je lebih. Dah elok-elok pi kelas, ngada-ngada quit. Sampai ke sudah lah tak terer. Lagu apa? Justin Bieber's Baby. Sesuai lah tu. Comel.

Henry..

Dah habis Henry, keluar balik laling aku sorang ni. Adoyaii.. Gugur jantung tengok dia perform Jay Sean's Down. Gila ahh.. Dressing dah la smart. Rambut fuh.. Stylo you!! Angau.. Angau..

Eunhyuk nyanyi Down..

Last but not least. It's Sungmin's performance. Gigih tengok dia meliuk lentok menggedik dengan 5 perempuan kat atas stage. Adui.. Meremang bulu roma aku tengok. Sungmin.. Sungmin.. Makin jantan ko ekk. Hahaha.. Another sopan performance. Sebab kat Bangkok hari tu selamat dah dia stripping. Habis hilang image innocent boy dia.........

Then keluarlah VCR lawak pasal terminator Siwon dan kuncu-kuncunya. Bunguk clip VCR ni. Sakit perut aku gelak. Ni intro bagi next song kekdahnye. Lagu trot Tok Tok Tok. Kat hujung lagu, Leeteuk kena buli dengan adik-adiknye..

Lip Lap Lip Lap anak mami nyanyi lagu trot..

Dah habis lagu trot, lagu You & I pulak. Kali ni yang kena buli Baby Kyu pulak. Donghae tak terlepas. Sakan adik buli abang ye? Adik pun lagi besar dari abang. Hahahaha.. Untuk lagu ni, Leeteuk and Sungmin rajin menebeng kat depan kami..

Shindong, Kyu & Hyuk + Donghae and Siwon..

Dah habis lagu You & I, sambung lagu A Song For You. Leeteuk gigih ajar choreography kat depan kami. Hehehe..

Leeteuk dengan reben pink kat kepala.. Ini berangan nak jadik adik bongsu ni..

Sungmin dapat hadiah!! Ada fans kat depan kitorang ni pass kat dia..

Then it's Zhoumi's solo. Lagu cina. Aku tak tau lagu apa. Yang pasti happening. Sampai aku pun pening sampai tak pay attention sangat. Tau-tau dah habis dah dia nyanyi. Hahaha..

Zhoumi dari jauh.. Malas nak zoom..

Then there's a VCR lawan-lawan. Gila hensem Yesung time ni. Fuh!! Dah habis VCR lagu Shake It Up pulak! Yey!! Antara lagu favourite ni. Suka betul dengan formation choreography diorang. Tak banyak ambik gambar sebab aku sibuk mengenjoy lagu ni betul-betul.

Shake It Up!!

Then it's TWINS! Havoc! Havoc! Meleteup-letup sana sini. Aku pun ikut meletup sekali. Heenim dengan baju net dia. SOPAAAANN.. Sebab pakai singlet kat dalam. Kalau kat Bangkok hari tu haram jadah. NET SEMATA!! Nampak lah segala-galanya. Boleh demam aku dibuatnya. Hehehe..


Ok. Stop kat sini. Pencen dah ambik gambar. The rest are VIDEOS GALOREEE!!! Tak payah lah aku story mory panjang-panjang kan? Layan je lah video-video yang ada ni. (^__^)V

Hate You, Love You


In My Dreams

Aku tak ingat time bila, but somewhere in between adalah segment tribute to Kangin. All members ala-ala berlakon main alat muzik and Kangin datang menjengah kat tepi diorang. Aku bukan lah tak suka ke hapa segmen ni, tapi tribute macam tu, macam orang tu dah mati je. Iskk.. Ada yang kena bantai aku ni nanti. Hehehe.. Tapi, itu apa yang aku rasalah.

A Song for ELF

Dah kat hujung A Song for ELF ni, Kia dok main bisik-bisik pulak dah dengan aku. Aku ni dah lah pekak badak tak dengar. Sampai goyang-goyang kamera dibuatnya. Apa yang didiskuskan masa ni sebenarnya pasal performance Lady GAGA and Beyonce tu. Nampaknya the boys tak buat kat Malaysia ni. Gila kau nak buat. Kalau buat jugak, maunya kena banned and tahun depan tak boleh datang lagi diorang ni. Lagi pun ok jugak lah tak buat. Sebab aku tengok terseksa betul Eunhyuk and Donghae perform Single ladies masa kat Bangkok hari tu. Muka masing-masing memang tak selesa. Menari pun asyik-asyik nak cover anu je. Hahaha.. Tu lah. Pakai suar sepen je. Lain kali pakai tights kat dalam tu. Shindong memang all out lah. Sampai aku boleh ternampak suar sepen jaring dia tu. Huwaaaaaa!!! Heenim pulak.. Biasa lah dia tu. Fefeeling jadik pompuan memang no 1. Ada orang tu sampai demam sebab nampak spender Heenim. Kahkahkah..

All My Heart


It Has To Be You
It Has To Be You!! My favourite performance!! Sanggup aku tak nyanyi sekali sebab nak rakam video. Sayang wooo video ni. Tak rela suara-suara sengau aku join masuk dalam video ni. Huhuhu..

Perfection
Tengah borak-borak dengan Kia pasal apa entah masa ni. Sekali tiba-tiba lagu Perfection keluar. Kelam kabut aku dibuatnya. Nasib baik camera tengah on masa ni. Terus rakam!! After that ada satu tayangan VCR. Masing-masing, fuh malatop!! Then it's Bonamana!!

Miinah (Bonamana)

A Man in Love

Lepas habis A Man In Love ni kan lagu U versi kaw-kaw best. The boys menebeng kat depan lagi. Memang all out. Aku pun gigih laa tadah kamera ambik video. Sekali bila lagu habis aku tengok kamera aku on standby. CIS!! Aku tak tekan record rupanya. Benci betul..

Dancing Out
Adoi.. Heenim punya fan service memang daebakk!! Ternganga aku tengok minah saleh tu. Bertuah sungguh. Aku tak jeles sebab yang paling penting Heenim happy. Hehehehe..

Cooking Cooking

Way For Love

Masa Way for Love ni, pompom entah ke mana, dance step entah ke mana, yang aku tau tadah kamera je sebab the boys menebeng lagi kat depan..

Wonder Boys
Boleh je aku nak ke depan untuk lebih dekat dengan budak-budak ni. Tapi aku malu. Wakakakaka..

Abis doh... Sesi penutup pulak dah. Sempat ambik gambar sekeping dua. Ucapan masing-masing tak boleh blah. Masing-masing gigih cakap English. Sekali diorang pakai lirik lagu daaa.. Hahahaha..


Ending
Masa the boys tawaf satu stadium say babai tu, semua orang boleh notice Heenim takde. Apa lagi. Semua orang calling out for Heenim. Keluar lah dia kendian. Seriously, ngokngek lah mamat sorang ni. "Don't worry, I don't sick!!" Aku happy tengok dia sengal terkinja-kinja macam tu. Kalau tak, susah betul nak predict mood dia. Moody sentiasa. Ni macam kanak-kanak riang ria ribena. Really, I Like!! The thumbs up part tu memang aku suka sangat. Diorang happy, aku pun happy. And Donghae, kenapalah dah nak balik baru ko nak nyanyi lagu tu?? Oh.. Lirik lagu tu sebenarnya skrip ucapan bye bye dia tadi. Hahahaha!!

Baru lepas baca kat CARI, baru lah tau kenapa Siwon rajin menebeng kat depan. Semua video aku mesti ada dia ni. Lama pulak tu menebengnya. Rupa-rupanya family members dia ada kat depan kitorang tu. Orang yang paling happy mesti laa hana hirokawa kan?? Hehehe..

Overall, tak boleh nak describe dah laa tahap kebestan SS3 ni. Kena experience sendiri. Duduk kat dalam stadium tu baru boleh rasa macam mana fantastic elastic nya performance diorang. Hopefully there's gonna be SS4 somewhere next year here in Malaysia. Heenim dah janji awal-awal. Kena datang tu!! And please guys, learn "Terima Kasih" and "Jumpa Lagi". Ini balik-balik Apa Khabar je. Dah nak balik pun jerit-jerit Apa Khabar lagi. Maybe sebab diorang diajar Apa Khabar tu Annyeonghaseyo kot. Tu pasal lah jadi macam tu. Hehehehe..


Balik! Balik!!

Gambar yang aku snap sepanjang konsert ni memang berlambak. Tapi share sikit je kat sini and gambar-gambar yang ada ni aku tak letak watermarks sebab malas nak edit. Pada siapa-siapa nak cilok dipersilakan, tapi sila bagi credit ye kalau nak tepek kat mana-mana. Thanks!

Sekian, KKEUT!!

Friday, March 18, 2011

Super Show 3 Kuala Lumpur



See you guys tomorrow!!! YEEHAAAAAAAA!!

Thursday, March 17, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 3: Gwanghwamun Square, Gyeongbok Palace, Naminara Republic Office, Myeongdong Shopping Street & Seoul Tower

Monday 14th February 2011

It's day three!! Baru tiga hari. Tapi rasa macam dah seminggu lebih aku kat Seoul ni. Mungkin sebab non-stop berjalan satu hari dari pagi sampai ke malam. Kaki pun rasa ala-ala lembik dah. Sikit lagi boleh patah ni kalau tak jaga betul-betul. Hehehe..

So, pagi ni kami siap-siap breakfast dan terus bergerak keluar. First destination ialah Gyeongbok Palace. Dari Sunshine Guesthouse ni setakat satu stop je kalau naik train. Malas nak menapak punya pasal, kami pun naik train lah stop di Gwanghwamun Station. Sebenarnya kami tersalah naik train ni. Sebab station yang terdekat dengan Gyeongbok Palace ialah Station Gyeongbokgung. Dah balik baru perasan. Hehehe.. Well, dari station Gwanghwamun tu ala-ala sesat lah pulak. Tak tau nak gerak ke mana. Ikut instinct, kami bergerak ke depan. Bertemu lah kami dengan Gwanghwamun Square. Betul lah ni jalannya. Well, Gwanghwamun Square ni satu dataran yang agak besar. Kami tiba kat bahagian hujung dataran dah. Kalau dari depan sana, boleh jugak feeling-feeling ala-ala drama Iris. Alah, scene tembak-tembak kat tengah-tengah bandar Seoul tu. Kat sini lah. Chaos gila scene tu. Kat depan-depan sana lah yang happening. Ni dah dekat hujung ni tak ada apa dah.


Gwanghwamun Square.. Aku rasa ni statue King Sejong..

Wednesday, March 16, 2011

Salam Dari Innolife

Tiba-tiba je dapat email..



Hello

This is innolife

We are taking the reservations for the premier DVDs of Mary stayed out all nightThe DVDs will be released on the later of March.

The reservation site is like below :

Thank you!

Ni gara-gara CikSengal angau dengan YB hari tu lah ni. Sorry lah Innolife, CikSengal takde duit dah!!

Tuesday, March 15, 2011

Infosys Foundation Program ~ 5th Batch

Infosys Foundation Program datang lagi! Kali ini diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintok pada 28 Mei - 27 Julai 2011. Macam biasa terma dan syaratnya. Hanya 100 orang peserta saja akan dipilih dari seluruh IPT di Malaysia. Sila refer image kat bawah ni:-




Antara modul yang bakal dilalui dalam program ni:-

1. Introduction to Computer Systems
2. Problem Solving Techniques
3. Operating System
4. Programming and Testing
5. Relational Database Management System
6. Soft Skill Training
7. HTML Javascript
8. Java & Advance Java
9. Oracle
10. Infosys Quality System
11. Introduction to JEE
12. Project of Organization Standard

Setiap modul ada ujian. Dan in between those modules, ada big test dan comprehensive examination.

So, sesiapa yang ada keraguan, kemusykilan, nak tau info dengan lebih lanjut, jangan segan-segan tanya CikSengal ye. CikSengal terer dah bab-bab Infosys ni. Hehehe..

Bah, kita kasi gagar itu UUM!!

Monday, March 14, 2011

PIKOM PC Fair

Pergi PC Fair semalam. Pukul 10 pagi lagi dah keluar. Takut jem. Takut tak ada parking. Biasalah kan. Sistem jalan raya dan sistem parking kat KK ni boleh menaikkan darah aku.



Benda alah yang aku beli. Semuanya half price dari harga asal. Boleh la kan. Walaupun half price, still tak boleh lawan harga kat Cytech Taman U..

Sunday, March 13, 2011

Popular Book Sale

Bila lah CikSengal nak jumpa penawar kepada penyakit kronik yang dihidapi CikSengal ni..

My guilty pleasure..

Sempena Popular Book Sale yang tengah berlangsung kat 1Borneo sekarang ni, penyakit CikSengal datang balik. Tak boleh tahan-tahan dah.

sukabelibukutapibelumtentulagibilanakbaca.. Itulah nama penyakit yang dihidapi CikSengal. Dah super duper kronik dah ni. Huhuhu..

Wednesday, March 9, 2011

Hantu Cekak Pinggang

Hari ni balik lambat. Gelap dah kat luar tu. Cepat-cepat aku jalan ke car park. Aku ni kan penakut. Baru je 2 minggu lepas tiba-tiba aku terdengar lagu keroncong dari bilik sebelah. Mana ada orang dah masa tu! Kelam kabut aku cabut. Hahahaha..

Cepat-cepat aku masuk kereta. Cepat-cepat aku reverse. Tengok belakang tak ada orang. Bila nak pusing, ada satu mahkluk tiba-tiba berdiri kat tepi kereta aku mencekak pinggang. KUUSSSSS SEMANGATTT!! Rasa nak pitam aku dalam kereta tu. Tak adanya aku nak pikir lama-lama, terus aku pecut sekuat hati..

Tapi takut-takut tu sempat lagi tengok side mirror. E'eh.. Makhluk tu masih berdiri lagi mencekak pinggang. Uhuhuhu.. Orang ke tu? Macam mana dia boleh muncul tiba-tiba. Tadi tak ada. Wakakaka.. Mintak maap lah ye. Gelap sangat. Aku memang tak nampak kau ada kat belakang masa aku reverse tadi. Nasib baik tak langgar. Kalau tak, besok mesti keluar daily express. Kuikuikuik...

Moral of the story: Patuhilah waktu pejabat. Heheheh...

Tuesday, March 8, 2011

Kenangan Terindah??

Serius! Secara tiba-tiba je ni. Aku yang muka selebet, tengah tergopoh-gapah nak keluar lunch tiba-tiba ditahan dengan mereka-mereka ini. Aiyooo.. Muka makcik tak cun woo. Tapi aku ni kan tak reti nak menghampakan orang. Setelah dipujuk rayu (kekeke..) aku pun mengalah jugaklah. Join jugaklah..

CikSengal dah macam TOYOL DALAM KEGELAPAN MALAM..

Well, what can I say. It turned out NICE.. Tak nampak muka selebet aku kan? Sebab gambar ni kecik. Cuba kalau 6000 megapixels. Hahahhaa..

*thanks to Leorence for the pic. ^^

Monday, March 7, 2011

Smiley Can

Simon Lee bagi lepas kelas hari tu...



Benda alah apa kah ini??

Friday, March 4, 2011

Buang Karan di Ranau

Kenapa buang karan? Let me tell you..

Aku, Diana dan K Asnie ke Ranau terlibat dengan satu roadshow di Ranau. Pergi buat promosi lah ni kiranya. Nak tarik pelajar sekolah untuk join UMS. The program starts at 9am on 2nd March 2011. Tapi kami ni excited terlebih kekdahnya. Dah berkampung kat sana sehari sebelum lagi. Dengan tak ada briefing nak buat apa. Memang sempoi habis-habisan ni. Aku bajet, kami semua duduk di meja dan student-student ni datang tanya tentang program apa yang ditawarkan di UMS. Begitulah adanya yang aku dok bayangkan.

Kami sampai di tempat yang dimaksudkan ngam-ngam ho sebelum jam 9 pagi. Dewan lengang. Pelajar-pelajar sekolah ni dok berkeliaran kat luar dewan. Ada seorang dua cikgu kelihatan. Kami masuk ke dalam dewan. Where the hell are they?? they tu urusetia lah. Seorang pun tak nampak batang hidung. Bila call, jawapannya.. "Kami breakfast lagi ni". Oh my goodness. Dah pukul 9 lebih ni. Kata pukul 9 mula. Aku mula tak sedap hati. Then this one cikgu datang menghampiri. Bertanya bila nak mula. Sebab surat yang diterima mengatakan program bermula jam 8 pagi. HOKKK?? Aku, K Asnie and Diana terpinga-pinga. Cikgu tu dah berubah muka. "KAMU PUN TIDAK TAU??" tanyanya dengan muka ala-ala tak puas hati. Serius. Aku rasa mau cabut saja dari situ. Muka dah tebal sangat-sangat. Malu tak terkata.

Then mereka yang dimaksudkan tengah breakfast tadi datang melenggang kangkung ke dewan. Sabor je lah aku. Tersengih-sengih lagi. Dah la lambat!! Tak malu agaknya. Then terus mula. Kami ni terpacak kat satu sudut. Nak tercabut jantung aku bila ucapan pengacara majlis berbunyi "kita akan mendengar taklimat dari wakil-wakil yang ada di sini.." Kuuuusssss semangat! Taklimat apa ni weh? Mula la aku rasa nak lesing siapa-siapa yang ada kat depan ni. K Asnie buat skrip on the spot. Belasah je. Manalah tau nak jadi macam ni. No briefing whatsoever remember??

Lagi aku rasa nak lesing orang, bila pelajar-pelajar ni disuruh untuk berjumpa dengan kami face to face untuk maklumat lanjut. La hai.. Sadis betul lah. Kalau ye pun, sediakanlah kerusi ke, meja ke untuk kami discuss-discuss. Hishhh.. Tak pikir ke apa diorang ni. Bukan tu je, aku rasa nak lesing lagi bila dapat tau pelajar yang ada majoriti pelajar tingkatan 5. Yelllooooo mister. Ini tingkatan 5 lambat lagi la nak masuk U. Pelajar tingkatan 6 pulak ciput je. Tak ramai. DAN. Yang buat aku bertambah-tambah nak lesing orang tahap maksima rasa ni bila dapat tau pelajar tingkatan 6 yang datang tu rata-rata aliran sastera...

Baik tak payah datang macam ni kan? Buang karan betul...