Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Sunday, February 13, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 2: National Museum of Korea, Insadong, Olympic Park & Jongno

Sunday 13th February 2011

Seperti dalam entri aku sebelum ni, pukul 5 pagi aku dah terkebil-kebil bangun. Orang semakin ramai datang ke airport. Memang tak boleh tidur dah. So we freshened up, solat, and cari kopi. Before going for coffee, kami pergi sewa handphone. Untuk kegunaan sepanjang kami kat Korea ni. Senang nak buat call. Kalau pakai roaming maxis aku ni mau kopak aku dibuatnya. Kat Korea ni takde jual simcard prepaid bagai. Simcard memang dah built-in sekali dalam handphone. Patutlah kalau tengok dalam drama-drama Korea, kalau nak tukar nombor je kena beli handphone baru. Sebab tu rupanya. Baru aku paham. Sewa handphone ni tak mahal mana. Satu hari baru KRW3000. Lebih kurang RM9. Kira boleh lah kan. So kami sewa dua handpone. Feesnya kami tong-tong bagi sama rata. Segala ongkos peminjaman akan dibayar time pemulangan handphone nanti. Itemized bil jugak akan dibagi kemudian. The funny thing is masa nak menyewa ni, the lady at the counter ingat kami orang India. Harharharharrr...

Then off for the KRW600 coffee. DIY kat convenient store diorang je. Family Mart ~ our favourite store setakat ni. Hehehe.. Dah buat kopi, kami beli T-Money Card. T-Money ni quite handy untuk traveller macam kami ni or pada sesiapa je. Boleh guna untuk naik bas, naik subway, masuk muzium, etc. etc. T-Money ni ala-ala kad Touch & Go lah kalau kat Malaysia ni. Senang. Tak perlu nak beli tiket semua. Disarankan sangat-sangat pada sesiapa yang travel kat Seoul ni untuk pakai T-Money. Harga dia tak mahal. KRW2500 per card. At that time, T-Money yang murah dah habis. Kami ambil yang mahal sikit. Harganya KRW4000. Gambar Hello Kitty gitu. Comel lah jugak. Hehehe.. Dalam kad ni tak ada isi nilai. Kena topup. So, untuk permulaan kami topup KRW20000 dulu.


Family Mart @ Incheon Airport

Saturday, February 12, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 1: To Seoul!

Mukadimah..

Aku masih ingat lagi. Tahun lepas sebelum bulan puasa agaknya. Tak pun time bulan puasa. Aku terima panggilan di kala aku sedang sedap lena diulit mimpi. "Yatt!! Korea jom!!!" Jerit K Awa. Huh? Sungguh aku mamai. Ha, ho, he, hiii sajalah jawapan aku masa tu. Ala-ala nak tak nak, aku cakap proceed je lah. Beli je lah tiket tu. Aku ikut je. Memang terawang-awang di kayangan. Yang pastinya, tak lama selepas tu tiket sudah berjaya dibeli. RM295 untuk tiket pergi balik Kuala Lumpur ke Incheon, South Korea. Murah kan tiket itu?? Kebetulan Air Asia tengah buat promotion tiket ke Korea. Nott ~ selaku backpacker yang tegar telah berjaya merembat tiket. Kesimpulan dari mukadimah ini, aku, K Awa dan Nott akan ke Korea pada bulan februari. Oh wait! Setelah pagi, dan aku dah fully sedar dari mamai baru aku terperasan bulan februari adalah musim dingin di Korea. Hambik kau!! Nak sangat tiket murah kan? Padan muka. Keras kejung lah kau kat sana. Hahahaha..

Saturday ~ 12th February 2011

The day has arrived!! Seriously, apa pun tak prepare. Itinerary percutian masih lagi tunggang langgang. Tapi dah ada dalam kepala dah nak ke mana bila sampai Seoul nanti. Kita gamble sajalah ya! Macam lah tak biasa kan?

Aku bergerak dari rumah KK seawal pukul 5.30 pagi. Met up with K Awa yang turun dari JB at McD LCCT. Breakfast sama-sama sambil gedebak gedebuk sambung buat itinerary. Still, tak menjadi jugak. Serabut kepala memikirkannya. Around noon K Abid sampai with lunch. K Abid is the latest addition to this trip. Kira last minit jugak lah dia join trip kami ni. Tiket mahal pulak tu. In oder to cut cost, dia akan join kami besoknya. Hari ni cuma aku, K Awa n Nott yang akan berlepas ke Incheon. Besok pulak, kami akan bentang red carpet untuk menyambut ketibaan K Abid. Hehehe..

Konon-konon buat itinerary.. Siap dengan pensel, pemadam dengan sharpener lagi. Tapi tak siap jugak.. Saja bawak netbook..

Sunday, February 6, 2011

Arm Warmer

Location: Kedai Stoken yang agak glamer tu..

Cik Sengal: Miss, leg warmer ada ka?
Salesgirl: Leg warmer? Kami tiada jual oh..

Frust pulak Cik Sengal.. Cik Sengal pun belek-beleklah segala jenis stokin yang ada. Sekali, Cik Sengal nampak leg warmer. Tulis punye besar lagi kat situ "LEG WARMER". Hai minah. Tadi kata tak ada..

Cik Sengal: Ini apa? (Sambil tunjuk leg warmer tu..)
Salesgirl: Oh itu kita pakai di lengan..............

Nak nangis ke tak ye?