Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, January 13, 2011

Diving Course

Hari ni aku cuti!! Awal-awal pagi lagi (tak la awal mana pun sebenarnya) kami, ahli bersekutu Geng Bas Aslan dah bertapa di Luyang. Kunun-kunun ikut kelas menyelam lah ni. CikSengal dah kehabisan aktiviti agaknya sampai nak merasa diving. Manalah tau kan. Kot-kot minat tu tiba-tiba membuak-buak. Boleh jadi salah satu aktiviti masa jalan-jalan backpacking. Hahaha.. Gunung telah ku daki, kini lautan pula ku selami. Chewaaahh!! Kelesss gitu..

Well, the diving package was too good to resist. RM499 je. Memang murah!! Ni Azlan lah cakap. Aku mana tau mahal ke murah. Hehehe.. Sebelum pergi ke kelas ni, kami dikehendaki untuk mengadap e-learning yang disediakan. Kena belajar sendiri chapter by chapter, ambil ujian at the end of each chapters, dah lulus baru lah boleh pergi kelas face to face. Masalah besar betul bila buat e-learning. Asyik fail je ujian-ujian ni. Penat dah aku. Sampai ke pukul 2 pagi semalam aku mengerjakan benda ni. Padan muka aku. Suka lagi buat last minit kan.

Our instructor untuk kelas ni ialah Mr Abu Greg. Agak kekonpiusan aku dengan warganegara pakcik seorang ni. A mix of Scottish and Chinese but made in Malaysia. Hehehe.. Basically, dalam kelas ni tak banyak beza dari apa yang aku dah study kat e-learning tu. Cuma lebih detail lagi. Abu gigih menerangkan segala yang perlu untuk open-water diving ni. Banyaknya benda yang nak kena ingat. Selagi tak masuk dalam air, selagi tu lah aku tak boleh nak imagine apa-apa. Wait and see nantilah ye.


Our instructor.. Abu Greg..

terlampau khusyuk ni..

Belajar lah aku tentang BC. Apa itu regulator. Ada primary dengan secondary lagi. Ada oxygen tank lagi. Ada mask lagi. Ada fin lagi. Huwaaa!! Banyaknya gadget nak pakai. Larat ke aku nak angkat benda alah semua ni. Apa-apa pun memang kena tunggu masuk air jugak ni. Iskk.. Lambat lagi tu.

The class finished around 4pm. Next thing yang perlu dibuat ialah untuk tetapkan tarikh pergi diving ni. Kesengalan betul nak pilih tarikh. Last-last dapat jugak tarikh yang sesuai. Mantanani Island, wait for us!!

Ohhh.. It's 13th January. Super Junior KRY's concert ticket is out!! Nak beli. Nak beli!! CikSengal memang ada kat Seoul masa konsert tu di adakan. Gigih bukak website nak beli tiket ni. Tapi..........

ARRGHHHHH!!!!

Takde rezeki..

Monday, January 10, 2011

Selamat!!

Remember kisah my semi-handsome friend? Well, dia memang telah menyusahkan aku. Tapi aku telah berjaya mengorek balik semua khazanah yang ditelan dia. Yey! Thanks to En SA.

Sekarang aku dah pandai dah nak buat data recovery. Senang jugak rupanya ye. Dulu-dulu punyalah bebal tak mau belajar. Hahahahaha..

Wednesday, January 5, 2011

Selamat Jalan Romeo..

Hurmmm.. Let's see..

Coffee House..
Personal Taste..
Playful Kiss..
My Girlfriend is a Gumiho..
Oh My Lady..
Sungkyunkwan Scandal..

Tu yang complete dengan sub semua. Yang tak complete dan ada yang hampir-hampir habis disedut..

Secret Garden..
Marry Me Mary..
It's OK Daddy's Girl..
Dong Yi..
Prosecutor Princess..

Tu baru drama. Variety shows?

Running Man (Up to date)..
We Got Married Season 2 (Up to date)..
Various shows involving SuJu..
Ada lagi tapi tak ingat..

Kenapa dengan semua kat atas ni. Well, semalam aku bergaduh dengan kawan aku yang separa hensem tu. And the rest is history. Korang paham-paham sendiri lah..

Tuesday, January 4, 2011

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2011

Nah, salin cepat!! Nampaknya tarikh gaji tahun ni lebih kurang je tiap-tiap bulan. Tak adalah aku nak tertonggeng-tonggeng menderita penyakit "GajiBulanNiMasukAwalGajiBulanDepanLambatLagi". Hehehehe..



Marilah kita buat perancangan dari awal. Senang masa depan!!

Monday, January 3, 2011

Padan Muka..

I wrote this last Friday.............



Today....

1. Woke up late..
2. My make up things cari pasal.. Cannot find mascara, eyeliner broke.
3. Car broke down. Cannot start. Terpaksa tumpang Murni pergi kerja.
4. Sampai office, kunci office tertinggal kat rumah.. DUSHH!!


Lain kali, silalah gedik lagi menaip yang bukan-bukan ya. Huhuhuhu.....

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011!!

It's 2011!! Gosh.. I'll be 30 this year. Thirty, flirty and thriving. Wah. Kelesss gitu! Hahahaha.. InsyaAllah, it's gonna be a great year this year.

Pagi tadi, aku masih di JB. Sekarang ni aku dah kembali ke KK. Kembali untuk meneruskan hidup. Kembali untuk mengadap kerja dan kembali untuk mengadap budak-budak yang masih belum rela nak memulakan semeser. Aku penuh yakin bahawasanya Selasa ini for my class, tak ada budak yang muncul. Kalau ada pun mesti tak sampai 10 orang. Everything starts on the 2nd week. Biasalah. Dah final year. Dah naik lemak. Aku pun zaman belajar dulu macam tu jugak. Tapi tak boleh buat selalu. Senang nak kantoi! Nak kata belum balik dari kampung, kangkang kera pun lagi luas kalau nak dikira jarak rumah aku dengan UTM yang terchenta tu. Lagi pulak, spy banyak kat FSKSM tu. Cannot ponteng-ponteng nooo..

Apa aku merepek ni. By the way, both of my maternal grandparents ada kat rumah aku. My nyai (nenek dalam bahasa jawa) tengah buat rawatan dialisis sekarang ni di JB. Senang kalau ulang alik dari rumah aku berbanding nak ulang alik dari Kota Tinggi. Poor her. Dah tak boleh nak jalan ke mana-mana dah lah. 2 hari sekali mesi nak kena buat rawatan. Aku ni masih tak beringat? Kalau makan tu asyik nak sedap je. Tengok badan pun dah macam pau dah. Huwaaaa.. Nak-nak sejak balik dari Arab Saudi ni. Duduk sana pun asyik makan tidur je. Mana ada bergerak ke mana-mana. Puasa dua bulan pun belum tentu boleh kurus. Huhuhu..

Hurm, apa lagi? Azam tahun baru? Azam tahun-tahun lepas pun tak tertunai. Qada' je lah yang dulu-dulu punya. Yang pastinya, something big is going to happen this year. Apa? Kahwin? Hahahaha.. Gelak dulu. Itu, kalau ada jodoh kahwinlah. Memang dah kena kahwin aku ni. Umur dah banyak tapi tak laku-laku. Tapi belum ada jodoh nak buat macam mana kan. Mak bising hari-hari pun useless jugak. Mak yang bising takpe. Aku jadi serabut bila my grandpa dah mula tanya... DUSHH!! Itu boleh lagi aku tepis. Aku akan jadi seram seseram seramnya bila Wak Daut stars questioning. Huru hara terus hidup aku jadinya nanti. Hahaha.. ANDWEEE!!!

Anyways, selamat tahun baru! Semoga semuanya berjalan lancar. Apa yang dihajati, akan tercapai. Dan untuk aku, semoga aku akan rajin bekerja, rajin update blog ni, rajin eksesais untuk kuruskan badan, hahaha, rajin kumpul duit untuk pergi jalan-jalan, dan rajin segala-galanyalah. No more slacking off. Dan yang paling penting, semoga aku dipertemukan jodoh yang soleh, hormat orang tua dan tak malu untuk dibawak jalan-jalan. Hahaha.. InsyaAllah AMIN!!! (^__^)V