Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Saturday, August 21, 2010

Cerita Petang Jumaat

6.25 petang. Mak call. Dah berbuka ke? Tanyanya. Aku jawab 6.30 nanti. Mak tanya buka apa. Aku jawab buka nasi je. Masak sambal goreng. Mak tanya lagi. Makan sorang ke? Aku jawab dengan housemate. Mak tanya lagi. Kau masak tu makan sorang-sorang ke? Aku jawab ye lah. Mak kata, lorrr hantar-hantar le ke adik kau sana.

Adeh..

Hari ni. Nah, satu kuali aku masak. Boleh buat stok seminggu. Hahahahaha.. Ye mak. Nanti aku hantar pi rumah dia..


Sambal Goreng namanya ni..

Sunday, August 15, 2010

Super Show is Back!!

Semalam, 14 Ogos 2010, bermulalah Super Junior Super Show 3 di Seoul. Meriah, meriah. Lebih kurang 7 bulan dari sekarang, giliran Stadium Putra Bukit Jalil pula. Harus Malaysia masuk dalam senarai Asian Tour. Mana taknya, Super Show 2 in Malaysia pada 20 Mac yang lepas tersangat-sangatlah gempak. Kali ni, aku mesti pergi lagi. Siapa nak ikut? Silalah kumpul duit dari sekarang.. ^^


Super Show 3 Asian Tour credit to Shindong's Twitter 

Sementara menunggu 26 Mac 2011, meh kita layan balik Super Show 2 in Malaysia sampai pitam! Hahaha..



















Disebabkan kekangan memory card dan bateri, ini sajalah yang berjaya dicekup. Boleh lah kan. Asal ada..

Saturday, August 14, 2010

03-78491300

Another SCAM. Sama macam this scam. Nombor pun lebih kurang sama je. Satu company lah kot ni.

Friday, August 6, 2010

03-78491000

Kalau nombor ni naik, terpapar kat screen handphone anda, JANGAN ANGKAT! It's a scam. Tadi nombor ni keluar. Sempat aku google nombor ni time handphone masih berdering. Belum sempat habis berdering aku dah dapat info yang it's a scam. Selamat dah aku buat bodoh tak angkat.

Kalau tak percaya sila google je nombor ni...

Seoul, Naega Ganda!!

Orang yang suka jalan-jalan macam aku ni, boleh dikatakan terkena penyakit jiwa kacau bila tengok promotion Air Asia yang berlangsung sekarang ni. SANGAT-SANGAT TEMPTING hokkayy!!



Tengok tu. Baru 6 Ogos. Dah SOLD OUT. Siapa ada beli sila angkat tangan! Excited kan?? Ada orang tu beli sampai dua tiket sekali. Lain-lain tarikh pulak tu. Tamak betul dia. Hahahaha..

Sunday, August 1, 2010

Kantoi!!

Cik Sengal dan K-Meroyan-Chingu Cik Sengal pergi menjelajah satu borneo semalam. Sampai tak reti-reti nak balik. Kebetulan di situ ada pameran pendidikan dan kerjaya. Cik Sengal dan chingu pun singgah untuk menyemak di satu booth yang tidak asing lagi bagi Cik Sengal.

Ada tiga orang di booth tersebut. Seorang pakcik dan dua orang yang tak berapa pakcik lagi. Cik Sengal saja borak-borak dan tanya-tanya. Buat-buat ramah-tamah. Konon-konon Cik Sengal nak sambung belajar lah ni. Sakan mendengar penerangan dari pakcik ni. Disebabkan dia sudah baya-baya abah aku, dan gaya percakapan pun macam orang yang berpendidikan tinggi, aku andaikan dia seorang profesor mewakili IPT di booth tersebut.

Pakcik itu bukan main promote lagi untuk sambung belajar di IPT nya. "Kalau kamu isi borang hari ni, hari Isnin nanti kami keluarkan surat tawaran." katanya. Fuh.. Tak kan secepat itu? "Iyaaa.." katanya lagi. Sekarang IPT itu ada banyak duit untuk pelajar postgrad tapi tiada calon. Might as well apply, then we'll see how it goes. Oklah. Cik Sengal dan chingu pun isi borang. Mana lah tau kan, rezeki Cik Sengal bukan di Korea sana. Kenalah ada option lain.

Setelah selesai mengisi borang, tiba-tiba lelaki yang tak berapa pakcik tu bersuara..

"Chesssss... anak ********** rupanya.. HUARGHHUARGHH
WAKAKKAKAWKAWKAK.."

Pakcik tadi pun ikut gelak. Dari cakap secara formal, terus informal tahap tujuh petala langit. "Kau ni kan, kenapa kau tercampak kat sini? Balik!! Balik!!" Dah. Cerita benda lain pulak dah.

Adeh. Sabor je lah aku...

*Pakcik tu merupakan bekas TNCA IPT itu. Alahai. Sempoinya dia.