Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Saturday, July 31, 2010

Keranamu Satay Kajang

Semalam aku saja silence handphone. Tak mahu diganggu kekdahnya. Pukul 9 malam, baru aku membelek handphone. Ada 4 missed call dari Ika Kembong. Apa lah minah ni nak. Berderet-deret dari pukul 8.07, 8.10, 8.12 dan 8.14 dia call. Aku pun hantar mesej. Almost 15 minit tak berbalas pun mesej aku. Terpaksa lah aku call. Tak diangkat pulak. 4 kali aku call, 4 kali tak diangkat. Ooo.. Dia nak balas dendam ye. Aku berkata dalam hati.

Aku telefon ke rumah. Aida yang angkat. Aku tanya mana si Jebon. Kenapa aku call dia tak angkat. Aida kata tak ada orang kat rumah. Semuanya pergi KL makan angin. Baru je pergi petang tadi. Aku pun cuba call lagi si Ika. 2 kali aku call. Tak berangkat jugak. Dah tu aku call Wak Daut pulak. 3 kali aku call tak berangkat. 2 kali aku call masuk voice mail. Aku call Din Gemokk pulak. Tak berangkat. Aku hantar mesej. Tak berbalas jugak.

Bila dah keadaan macam ni apa yang kau bayangkan? Mesti macam-macam kan? Mesti ada something wrong somewhere kan? Barulah rasa menyesal mensilence kan handphone tatdi. Tak senang duduk aku dibuatnya.

Aku call lagi Ika Kembong. Masih diam. Aku call Wak Daut lagi. Then baru lah berjawab setelah banyak kali aku mendail. Terus aku menerjah,

"Abah kat mana???"
Risau dah aku kan. Nasib baik Wak Daut yang angkat telefon. Kalau si Jebon tu yang jawab memang aku dah mengamuk dah. So, Wak Daut pun menjawab,

"Baru lepas makan satay kajang."
HOH??? Makan Satay Kajang?? Aku tanya lagi, kenapa si Jebon call banyak kali dan kenapa aku call semua orang tak berjawab. Nak tau Wak Daut cakap apa??

"Oooo.. Dia saja nak kerek dapat makan satay kajang. Dah masing-masing syok makan, mana nak dengar bunyi handphone.."
Aku terasa macam nak lesing somebody.......



*pinjam dari suburbanzero.blogspot.com

Monday, July 19, 2010

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 2: Taman Mini Indah Indonesia, Tanah Abang & Grand Indonesia

Saturday, 16th January 2010

It's day two! Setelah berdiskusi dengan panjang lebar pada malam sebelumnya (sampai tertidur-tidur buat itinerary) kami pun mengambil keputusan untuk jalan-jalan ke Taman Mini Indah Indonesia, Tanah Abang dan tengok wayang!! Hahaha.. Jauh betul kami pergi tengok wayang. Nak mengharapkan Malaysia tayang movie yang mahu ditonton? Kirim salam je lah!

Hujan renyai-renyai pagi tu membuatkan mood aku rasa mendung. T__T Tak berapa seronok nak berjalan-jalan kalau hujan macam ni. Tapi apakan daya, ikut juga itinerary yang telah dirancang, pergi juga ke TMII. Naik cab ye. Tahan kat tepi jalan. Sangat terer dah bab-bab menahan teksi ni. Hehehe..


Pagi yang suram dan muram..

Pandang-Pandang Jeling-Jeling..

Dah sebulan tak mengarut kat sini. Kemalasan melanda..


sekadar gambar hiasan..

Saturday, July 10, 2010

Contact Me!

Sebarang pertanyaan, persoalan, nak ajak berborak ke, ajak merepek meraban, boleh contact Cik Sengal melalui email di yattdd@gmail.com.