Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, June 18, 2010

Daehan Minguk!!

Aku sokong mana? Lagi mau tanya ka? Kalau dah minat artis Korea, sampai ke World Cup pun aku sokong Korea. Heheheh..

Dua-dua game aku tengok setakat ni. First game lawan Greece memang aku melompat-lompatlah kat rumah KK nun. Suka betul bila dapat kalahkan Greece. Cuma game malam tadi agak frust jugaklah. Ye lah, aku tau. Argentina memang hebat. Harap-harap rabu ni, Korea dapat belasah Nigeria. Minta-mintalah menang kan. Kalau tak, bersiap sedialah kemas beg. Huhuhuhu..

Apa pun, TAEGUK WARRIORS FIGHTING!!



DAEHAN MINGUK!! AJA!!

Monday, June 14, 2010

Baling-baling Boling

It's that time again. Kita main BOWLING!! Heheheh..

Sempena Hari Keluarga SKTM sebenarnya. It was quite funny juga lah. Sebabnya, no pilih-pilih team sendiri. Kena cabut nama. Gasak!! Dan tergelak besarlah aku bila diletakkan satu kumpulan dengan my fellow SC colleagues. Ada harapan jadi juara tak kami ni? Hahahaha...


So, the thing is
, main di 1B. Tersangatlah tak best itu lane-lane boling di sana. Dah lah bermasalah sana sini. Lantainya pulak kasar. Confirm ada harapan jadi juara. Juara LONGKANG! Kekeke..

Baling-baling sini sana, dapatlah no 3. Not bad. Kalau main di CP boleh dapat no 1 kot? Hehehe.. Perasan betul. Anyways, congrats pada yang menganjur. We all had fun. Diharapkan lepas ni, ada lagi aktiviti baling-baling boling ni lagi. Hwaiting!!!

Edisi Makan: Nasi + Ayam

Balik Kampung!! O-O-OOOO BALIK KAMPUNG!! Hati RIANNGGG!! Perut KENYAAANGGG!! Hahahaha..

Pengembaraan aku ke Johor Bahru kini bermula! Hahaha.. Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Misako yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk menyelia pelajar praktikal (sila baca: BALIK KAMPUNG!!) di sekitar Johor ni.

Selain aktiviti menyelia, saya dengan tanpa segan silunya ingin mengumumkan yang saya akan melantak dengan sepuas-puasnya di sini sebelum balik ke KK nanti.

Untuk kick-off (macam bola pulak dah..), saya telah menikmati (tak berapa nikmat sebenarnya) Nasi Ayam Nasi + Ayam Air Asia.



Dah termasuk dalam pakej tiket yang ditempah oleh school. Saya pun makanlah. TERsangat menarik bukan? Huhuhuhuhuhu.....

Tuesday, June 8, 2010

Birthdays & Barbies

Dulu-dulu masa kecik-kecik Ika kembong selalu mintak Barbie untuk birthday dia. Dari patung Barbie yang bermacam-macam pesen sampai ke rumah Barbie ke accessories semua, aku layan kan aje. Sebabnya, nanti-nanti aku boleh ugut dia buat macam-macam (e.g. ngangkut periuk belanga ke rumah K Sharin suatu ketika dulu..) Kekekeke..

Hari ahad lepas birthday dia. Dah lama tak mintak hadiah. Tahun ni gedik pulak dia mintak hadiah. Aku pun tanya "nak Barbie ke?" Dengan tak semenggahnya dia jawab Nak!! NAK!! Tak padan dengan perangai dah tua.

Hari ni pulak birthday Cik Ina. Hehehe.. My mom lah. Sibuk pulak si Ika suruh aku belikan hadiah untuk mak aku. Ye laa Jebon. Nanti orang belikan 'Mak Barbie'....


P/S: Cik Ina nak jalan jauh besok. Nak pergi jumpa Wak Daut nun jauh di mata. Kekekekeee..

Monday, June 7, 2010

Banjirrooooooo...

Date: 7th June 2010
Time: 5.45 pm
Location: Jalan masuk IP & Bukit Sepanggar




Aku: WTHHHHH??????