Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, May 26, 2010

Tag Dari Mek Birmingham

Tag dari Mimah. Soalan mencabar minda betul. Banyak yang takde kena mengenea dengan hidup aku. Hahaha..

Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Banyak benda. Tak tersenarai kat sini..

Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
KFC - Lunch tengahari tadi. Kekekeke..

Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
Tak pernah terfikir. Kalau dapat kahwin pun dah kira untung dah tu. Tapi adik aku yang sengal tu berangan kalau aku kahwin dia nak suruh Wak Daut buat khemah dari depan rumah sampai traffic light depan Giant Pulai Utama tu. Hahahaha..

Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Soalan takde kaitan dengan empunya diri..

Adakah anda di lamun cinta?
Err.. Dengan artis korea aci tak? Hahaha..

Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
Dah lama tak makan malam kat luar. Rasanya Choice kat Kepayan sana kot. Makan Naan dengan kari ayam. Fuhh..

Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Errr.. Satu kotak macam-macam novel kat KLBF hari tu..

Apakah nama penuh kamu?
Norhayati Binti Daut. Nama yang tak berapa komersial. Tapi aku suka. Sebab kalau dah tua nanti tak lah janggal nama Norhayati ni. Cuba nama glamer macam Sherina ke. Bila orang tanya nenek ko nama apa? Sherina.. Fuyoooooooooo.... Hahaha..

Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Depends.. Takde favourite kat sini..

Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Bakal suami? Wakakakaka..

Christina atau Britney?
Dari Korea takde ke? Hihihi..

Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Mesin yang cuci..

Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Nak balik kampung Sheffield. Rindu kat Darnall. Rindu kat Handsworth Grange. Rindu kat Meadowhall. Huhuhu..

Pelukan atau ciuman?
Karang aku jawab orang kata aku miang pulak..

8 perkara yang amat saya gilai:
  1. Anything yang berkaitan dengan Korean Hallyu Stars. Drama ke, nyanyi2 ke. Semua aku belasah suka dan gila. Kekeke..
  2. Kumpul Novel. Beli je dulu. Baca lain cerita. Novel yang aku beli dua tahun lepas pun belum bukak lagi sampul plastiknya. Hahaha..
  3. Kumpul Keychain. Siapa-siapa yang pergi jalan-jalan belikan laa aku keychain ekk..
  4. Tengok TV especially cenel 303. Hikhikhik..
  5. Masuk kedai buku dan bertapa sejam dua kat situ. Aku tak akan masuk shopping complex yang tak ada kedai buku.
  6. Internet. I don't think I can live without it. 6 tab yang wajib dibuka setiap hari - Forum CARI, Gmail, Facebook, Twitter, YouTube, akuyangsengal. Hehehe.. Tak lupa juga aktiviti mendownload. Sudah semestinya drama-drama Korea. Hihihi..
  7. Yoyo. Milk tea with Pearls ye..
  8. Makan Soto!! Preferably Soto yang jumpa kat Johor. Soto Sabah ni bolehlah tapi tak sebest Soto Johor.
8 perkataan yang sering di ucapkan
  1. Sengal
  2. Bongek!!
  3. Ekk?? Ekk.. EKK??
  4. Menci aku
  5. Ntah pape ntah
  6. Mak aih..
  7. Omomomomomoo..
  8. fighting!!
8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Seperti yang aku tulis kat atas tadi, aku ni beli je buku novel segala tapi bacanya tak..

8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
  1. Belajar menghabiskan duit jalan-jalan backpacking. Kekeke..
  2. Belajar main piano. Baru 2nd grade tapi aku dah berhenti dah awal bulan ni coz tak menyempat nak prektis dan pergi kelas. Huhuhu..
  3. Belajar mengejar artis Korea. Kat KK pernah, kat KL pun pernah. Tahun ni sampai Singapore aku kejar. Hahaha..
  4. Belajar jadik jahat sikit. Bila kita baik, orang akan ambik kesempatan ke atas kita.
  5. Belajar bahawasanya takde orang yang ambik kisah pasal kita. Kau nak naik turun, jatuh bangun tergolek, ko punya pasal. Kalau kita tak usaha sendiri, kita takkan kemana-mana.
  6. Belajar masak? First time in my life aku masak lauk raya sendiri time raya haji tahun lepas. Dah raya sorang-sorang kan. Masak dan makan sorang-sorang jugak. Pathetic sungguh hidup aku ni. Huhuhu..
  7. Belajar simpan duit through Unit Trust.
  8. Belajar untuk melarikan diri dari siniiiii!!!! Huahuahua..

You're Beautiful Director's Cut DVD Set

Latest collection freshly delivered from Korea..



Ada 3 dvd sets, ada poster, ada kalendar, ada mousepad, ada photobook, ada notebook. Mana tak habis duit aku.. Huahuahuahuaaaa...

Tuesday, May 25, 2010

Menjelajah Utara Sabah

Jalan lagi!! Asyik jalan je aku ni kan? Pantang ada masa terluang, walau duit tak ada pun onnnnnn je. Set je nak pergi.

Sunday, 14th February 2010

Chinese New Year 2010. Orang lain dok tergolek-golek lagi kat rumah, kami tiga dara pingitan dah memulakan perjalanan ke utara Sabah. Aku bukannya tak pernah ke utara, cuma kali terakhir aku pergi tahun 2005 duuuuluu.. Lama betul tu. Ni konon-konon nak refresh balik lah ingatan dan kenangan jalan-jalan di suatu ketika dulu tu. Hahahaha.. Poyo je bunyinya.

Seingat aku, perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tu dulu lah. 4-5 tahun yang dulu. Sekarang aku tak tau lah berapa lama masa diambil. Mungkin kurang dah la kan. Expectation aku jugak tinggi. Aku expect jalan dah ok, lampu jalan dah banyak. Tapi... HAMPEH jugak. Tak ada beza pun 5 tahun dulu dan sekarang. Masih macam tu jugak. Tersangat-sangatlah frust.

We stopped for a while di Kota Belud. Hari minggu macam ni ada tamu. Beria-ia lah ni pergi tamu. Gaya macam nak beli kuda padi bawak balik KK. Senang nanti naik kuda pergi kerja. Takdelah nak sangkut dalam jem. Hehehe.. Ye yo oo je lah. Tak jumpa pun orang jual kuda.





Dah puas cuci mata kat tamu, kami pun meneruskan perjalanan. Straight ke Simpang Mengayau. The road masuk ke dalam still gravel. Sabor je lah aku. Jalannye boleh tar, then gravel then tar balik. Apa kes? 20 minit jugak lah kami terhuyung hayang bergegar-gegar dalam kereta sebelum nak sampai ke tempat kejadian.

At last. Jumpa juga laut. Cuaca panas yang amat. Sakit kepala aku dibuatnya. Tapi demi menikmati pemandangan yang indah, aku gigihkan juga. Ke sana ke sini buat photoshoot. Posing macam-macam pesen. Orang kempunan nak jadi model lah kan. Haha..







After posing maut, kami piknik. Makan-makan, lepak-lepak, guling-guling di bawah pokok. Panas tu panas jugak. Tapi tahan je lah. Dah tu jalan-jalan main air kat tepi pantai. Panas-panas macam ni memang sedap kalau terjun masuk laut. Karang terbakor la pulak jadik dayang senandung. Tak rela I..



Dah tu? Buat apa pulak? Pusing-pusing lah pekan Kudat sekojap. Minum-minum, lepak-lepak.



Tak lama pun kat situ. Then, chiowwww balik KK. Pukul 10 malam juga kami sampai rumah. PENAT!! (walaupun aku duduk kat seat belakang je jadik mem besar.. kekekek..)

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 1

Cerita pasal Jakarta la ekk? Cerita pasal Bali aku letak tepi dulu sebab banyak dah lupa. Hahahaha.. Biasanya aku ada buat catitan kalau aku pergi jalan-jalan macam ni. Tapi entah mana laa scrap book aku tu pergi. Kena bercerita berdasarkan gambar lah jawabnya nanti. Gambar-gambar pun kena godek dulu. Entah kat mana aku simpan. Huhuhu..

Friday, 15th January 2010

Ok. Back to Jakarta Trip. Jalan-jalan ke Jakarta ni aku dah lupa dirancang ke tak. Aku rasa rancang jugak ni. Kalau tak silap, tiket dah beli seawal bulan 6 tahun lepas lagi. Hehehe.. Masa tu kan tengah mabuk beli tiket airasia. Mabuk berjalan. Dah meroyan kat Bangkok, meronggeng kat Bali, aku pun dengan rela hati menambah lagi keuntungan airasia, beli tiket ke Jakarta pulak.

Kali ni berjalan, BUKAN backpackers style tapi BEGTARIK punya style ni. Hehehe.. Dah malas nak fikir. Aku kebetulan masa tu baru je mula kelas. Tak sempat nak buat itu ini, nak prepare awal-awal. Kesudahannya semua aku sumbat masuk beg, tarik dan jalan!

Perjalanan aku ke Jakarta agak jauh juga. Dari KK turun ke KL dan dari KL baru pergi Jakarta. Padahal ada je flight direct KK-Jakarta. Tapi tak berani lah aku. Nak jugak together-gether dengan geng-geng berjalan yang lain. The thing is, kali ni, group jalan-jalan kami agak besar jugak lah. 10 orang. Hambik kau!! Harus ribut, huru hara dibuatnya bila ramai-ramai macam ni. Hahaha.. So, 6 orang akan bertolak dari KL dan 4 orang bertolak dari JB. We'll met up in Jakarta je nanti. Yang 6 orang dari KL tu aku, K Abid (geng Bali), Nott (Geng Bangkok & Medan), Ani (Geng Medan) and dua kawan Nott and Ani. Yang dari JB is K Awa (Forever Geng backpacker ni.. kekeke..), Oly (Geng Bangkok), K Alin and Ina.

Thursday, May 20, 2010

Cuba Try Test

Check.. Check.. 1.. 2.. 3.. cuba try test..

Dah lama tak mengarang benda merepek. Hari ni aku nak test sama ada skill aku ni masih hot hot hot issue ke tak. Alah, macam budak-budak 4minute cakap tu. Hahaha..

Tengah hujan lebat ni. Mood pun mood hujan lah. Kalau tidur memang syok. Err.. Dah terlelap pun tadi. Melepek kat atas meja. Ni baru je terjaga. Hehehe.. Mentang-mentanglah kelas dah habis. Marking dah settle. Ada lah masa untuk buat kerja-kerja tak berfaedah. (^__^)V

So, sekarang ni tengah hot hot pasal free seats air asia kan? TIPUUUUUUUU!! Apa yang freenya? Tak jumpa pun yang free? Yang murah pun hampagas. Aku nak cari tiket balik CNY tahun depan pun RM600++. Promo kebenda tu? Mungkin yang free, yang aku nak, tak termasuk dalam senarai. Huh.. Susah juga ekk nak cari tiket murah sekarang. Aku ni dah la lama tak berbackpacking. Gian dah. Sampai menggigil-gigil dah ni. Hehehe.. Bila lah nak kembali ke zaman kegemilangan tahun 2009. Sakan dan gigih aku pergi jalan-jalan. Huhuhuh.. Cerita pasal jalan-jalan ni buat aku teringat kan peluang pergi ke India awal Mei baru ni burn macam tu je. Sedihnya bila ingat balik. Huwaaaaa..

Cerita pasal jalan-jalan ni jugak buat aku teringat kat Bangkok. My favourite capital city kat ASEAN setakat ni. Gaya aku cakap favourite ni, macam lah banyak capital city ASEAN yang aku dah pergi kan? Hehehe.. Tapi sedih lah bila tengok news keadaan Bangkok sekarang. Tempat yang aku pernah beronggeng, jalan-jalan, shopping tak hengat dah jadik tempat perang. Harap-harap keadaan cepatlah aman kat sana. Boleh aku datang lagi.

Woott!! Ada kerja pulak dah datang menggolek-golek, menggesel-gesel ni. Benci betul. Sambung besok-besok lah.

Babai for now..