Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Tuesday, September 8, 2009

Cerita 5 September

Ramai yang tau aku spend weekends baru ni kat JB. Bukan suka-suka balik ngabiskan duit. Aku jumpa dear daddy sebelum dia berjalan jauh berhijrah ke bumi Arab. Sob sob sob..

Aku sampai JB tengahari 5 September. Sharir pun ikut balik. Ramai-ramai kaum kerabat berkumpul kat Pulai Utama. Kebetulan juga ada birthday nak di celebrate dan kenduri di surau sempena Pengerusinya letak jawatan. Hehehe..

Makanan order je untuk kenduri tu. Lauk best. Ada kambing masak apa ntah. Masak kurma kot. Pergghh.. Ngences! Kat rumah, aku dan kerahan tenaga yang lain bertungkus lumus buat kuih untuk dihantar ke surau.


Kuih onde-onde dan keria dipack masuk dalam tapau. Selit sekali kuih telinga keling..
So, birthday siapa yang disambut? Siapa lagi kalau tak birthday Wak Daut. 5 September 2009 genap Wak Daut 55 tahun. Macam lawak lah pulak. Ye lah. Wak Daut kata seumur hidup dia tak pernah sambut birthday. Tahun dia pencen pulak sambut kaw-kaw walaupun tak la kaw-kaw mana. Hahaha..


Birthday Cake Wak Daut????

Hahahahaa.. Mau kena lempang aku ni kalau aku bagi kek doraemon kat Wak Daut. Ni cake sepupu aku yang bernama Amirul Hakim. Umur genap 5 tahun pada 6 September 2009. Dah alang-alang semua berkumpul. Sambutlah sekali.


Aksi Wak Daut memotong 1st Birthday Cake ever!!

Ni baru betul. Kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe Jusco Taman U. Fuhh.. Sedap gila. Memang sakan aku melantak malam tu!

Besok paginya 6 September, rombongan cik kiah menyerbu airport Senai. Hantar Wak Daut sampai situ je. Nak pergi KL rasa macam tak sempat. Flight dari KL jam 3 petang. Lepas say babai, abah pun pergi. Huhuhu..


Warga GMM say bye bye..

Selamat dah abah sampai kat Jeddah sana. Semoga abah happy kat sana...

Thursday, September 3, 2009

Misi Mencari Ji Hoo Sunbae: BERJAYA!!

Hikhikhik.... Terawang-awang rasanya bila nampak Ji Hoo sunbae depan mata. Hikhikhik.. Sengih, senyum sampai ke telinga. Angau dah aku ni...


Angaaauuu.. Aku lambai kat dia, Ji Hoo sunbae lambai balik kat aku.. Memang angaaauuu... Hahaha..


Ni dah kat airport.. Waduh.. Waduh.. Comel banget!


Ehem.. ehem.. Ko pandang aku ekk Ji Hoo? Angaaaauuu...

Bagi yang tak kenal, nama dia bukan Ji Hoo ye. Nama dia Kim Hyun Joong. Ji Hoo tu nama watak dia dalam drama korea Boys Over Flower. Dia dan geng ~ SS501 ada kat KK untuk 4 hari start 31 ogos baru ni untuk buat satu special project untuk fans dia. Dah alang-alang dia kat KK kan. Memang sakan aku pergi skodeng. Bukan senang nak jumpa artis malatop dari Korea datang ke Malaysia especially KK ni! Kan? Hahahaha..

Arghhhh.. Sambung angau balik.. Muekekeke...


My full FA can be found here --> http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=418438&extra=&page=98 @ post #2430

or here --> http://moleqobsession.blogspot.com/2009/09/ss501-kota-kinabalu.html

Dan ada jugak yang rajin mentranslate ke English. Tapi tunggang langgang jadinya. Kekekekek.. --> http://ss501ufo.blogspot.com/2009/09/photograph-of-ss501-departing-kota.html

Tuesday, September 1, 2009

Bling Bling..

Sejak dua menjak ni aku liat betul laa nak update blog. Bukannya tak ada cerita. Cerita banyak, cuma nak mengarang tu malas ya ampun.

Semalam aku mengasah balik bakat terendam yang aku dah tinggalkan almost 2 years. Gara-gara nak raya ni lah. Ada order yang datang masuk. Dah nak raya kan. Ada orang nak bergaya bling bling. Aku pulak dapatlah cari duit ekstra. Dulu-dulu ye lah aku boleh buat secara besar-besaran. Sekarang ni malas dah. Kalau ada order je baru aku buat. Modal besar beb. Kalau tak laku, rugi la pulak kan.


Hasil keras tangan ku..

Dah lama tak buat, tangan pun jadi keras. Penat jari jemari aku memintal dawai suasa nun. Tapi dek kerana duit extra aku gagahkan jua. Sape nak order angkat tangan! Hehehehe..