Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, July 30, 2009

Meroyan Di Bangkok - Day 4: Wat Yaichaimongkhol, Elephant Sanctuary, Wat Maha That, Wat Phu Khao Thong & Silom

Lama dah aku tak menyonteng kat sini. Aku sambung balik cerita pasal Bangkok hari tu lah ye. Nak kena habiskan cepat-cepat ni sebab lepas ni cerita pasal Bali pulak. Hehehehe..

Monday, 6th April 2009

Hari ini kami bercadang untuk berjalan jauh keluar dari Kota Bangkok. Eceh.. Macam best je bunyinya kan? Hehehe.. Kami nak pergi Ayutthaya, yey! Mesti korang tertanya-tanyakan kan apa kejadahnya yang ada kat Ayutthaya tu sampai Cik Sengal sebok-sebok sangat nak pergi ni? Meh aku cerita. Ingat tak dulu masa belajar sejarah kita ada belajar pasal kerajaan awal di Asia Tenggara? Mesti korang dah tak ingat dah kan? Haaa.. Kerajaan Ayutthaya ni salah satu daripadanya lah. Kalau ikut buku sejarah tu Kerajaan Ayutthaya tu disebut Kerajaan Ayuthia. So, Kerajaan Ayuthia ni kerajaan apa adik-adik? Ye, kerajaan agraria ye. Kerajaan agraria tu kerajaan apa pulak? Aiyorkkk.. Kalau nak tau, sila rajin-rajinkan diri tanya Wak Google ye. Hehehee.. Jadinya, bagi aku yang gila sejarah dan gila senibina unik dan culture/budaya sesebuah negara, maka tak berapa best lah perjalanan gamble aku ni kalau aku tak ke tempat-tempat macam ni. Ada paham? Hehehe..

Seperi biasanya, kami akan breakfast ala kadar je. Port sama dengan yang lepas-lepas. Mana lagi kalau tak 7 Eleven nun. Kekeke.. Kaya 7 Eleven ni kalau tiap-tiap hari muka kami sokmo kat situ. Dah agak-agak konon-konon kenyang tu kami ke train station naik cab. Ye kawan-kawan. Kami naik keretapi ke Ayutthaya ni. Aku dah lama tak naik keretapi. Last sekali naik keretapi, keretapi yang tak serupa keretapi tu. Hahaha.. Apa aku merepek ni. Keretapi Beaufort-Tenom tu. Macam kambing aku duduk kat atas pelantar open air tu tak ada bumbung tak ada dinding. Gasak kena panas. Eh, kejap. Salah lah. Last aku naik keretapi masa aku kat India lah. Wakaka.. Jalan-jalan pi Ooty sana. Lupa pulak. Err.. Ni cerita pasal keretapi betul ye. LRT, komuter semua tu tak main. Aiseh, cerita pasal India tu entah bila aku nak habiskan. Huhuhu..


Terasa nikmatnya dunia bila dapat pekena ni..

Thursday, July 23, 2009

Trivia about Yatt

Sampai keluar air mata aku gelak bila buat tag yang datang dari Mimi ni...


Ten Top Trivia Tips about Yatt!

  1. Yatt was declared extinct in 1902.
  2. Neil Armstrong first stepped on Yatt with his left foot.
  3. There are roughly 10,000 man-made objects the size of Yatt orbiting the Earth.
  4. The Yatt-fighting market in the Philippines is huge - several thousand Yatt-fights take place there every day.
  5. Research indicates that Yatt will be attracted to people who have recently eaten bananas.
  6. Only one child in twenty will be born on the day predicted by Yatt!
  7. The pharoahs of ancient Egypt wore garments made with thin threads of beaten Yatt!
  8. To check whether Yatt is safe to eat, drop her in a bowl of water; rotten Yatt will sink, and fresh Yatt will float!
  9. All the moons of the Solar System are named after characters from Greek and Roman mythology, except the moons of Uranus, which are named after Yatt!
  10. It's bad luck for a flag to touch Yatt!
I am interested in - do tell me about

Wakakakakaa.. Adeh.. adeh.. Penat tau aku gelak. Apa punya trivia lah ni. Merepek betul.

1. Apadaa.. Belum lahir lagi dah extinct?
2. Beruntung betul aku dipijak Neil Armstrong kan?
3. Ehem... Aku dah kecik sikit, so tak berapa semak laa orbit tu. Hehehe..
4. Oh my, ramainya yang gaduhkan aku. Err.. Buat bini ke buat orang gaji? Huhuhu..
5. Kihkihkih.. Kisah Monyet Bonia rupanya..
6. Dengan kuasa yang dipinjam dari Doraemon..
7. Kena bantai, patutlaa extinct.. Kekekeke..
8. Campak dalam kolam baru sesuai. Mangkuk mana muat..
9. Nama penuh Yatt ialah Yattologi Nuranus..
10. Nanti jadi batu tau!

Jadinya, kerana nak tau aku ni digantikan dengan apa, aku pun tanyalah wak Google. Inilah jawapan yang wak Google bagi....

1. Dodo
2. Moon
3. Baseball
4. Cock
5. Mosquito
6. Doctor
7. Gold
8. Eggs
9. Ouranos, one of the first gods in Greek mythology
10. The ground

Interesting huh? Bertambah ilmu pengetahuan aku. So geng apa lagi? Cubalah try test!

*Aku dah buat beberapa trivia senyap-senyap guna nama kawan-kawan aku. Seriously lawak tak hengat! Wakakaka..

Tuesday, July 21, 2009

NC + Facebook = ????

Semua NC disaran guna Facebook

Oleh HISHAM IDRIShisham.idris@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.

*cedok dari KOSMO


Sila pertingkatkan lagi mutu internet di sini supaya lebih best nak layan fesbuk. Hehehehe.......

Monday, July 20, 2009

Kenapa Kau?

Enr ini diujukan khas unuk lapop aku ang ersaang..

oh, lapop..
kenapalah kau bua aku macam ni..
kenapalah iba-iba kau bua pasal..
kenapalah iba-iba huruf ak boleh nak diaip..
kenapalah iba-iba huruf jugak ak boleh nak diaip..
bukan seaka huruf-huruf u je..
funcion ab pun ak jalan..
apa lagi capslock..
shif ang sebelah kiri ni pun jam..
curl bracke boh kiri dan kanan pun malu-malu nak keluar..
backspace lagi..
huhuhuhu..
pena laa aku nak menaip macam ni...
nak aip nama aku sendiri pun susah..
norhaai.. apa ada buni nama orang?
kalau nak aip nama samaran inggal huruf a je..
dah huruf-huruf lain mengada ak mau keluar..
seiap kali nak pakai huruf-huruf u erpaksa aku kopi pes dari mana-mana..
naik pengkor dah jari-jemari aku..
adakah kau mina digani?
kau jangan jeles pulak kalau aku beli lapop ang lain..
akde dah aku nak geng dengan kau lagi..
jadi, sebelum aku bua kepuusan drasik..
baik kau sembuhkan diri kau...
e lapop e....




*sila baca dengan menambahkan huruf T dan Y ditempat yang sesuai.. hahahahaaaa...

Sunday, July 19, 2009

Ayat AMAT Cinta

Kak Awa berjaya mengangkut macam-macam buku dan novel balik ke Malaysia ketika merewang ke Bali akhir bulan lepas. Aku pun nak jugak. Tapi aku angkut satu je. Buku yang sengal macam aku juga lah. Presenting....

Ayat Amat Cinta
Sebuah Komedi Cinta Pembangun Tawa....



Sebuah Kisah Cinta yang memilukan, menggetarkan, sekaligus menggelikan!
(Mba Kokom, model foto)

Kekekeke.. Memang sengal!

Walaupun aku agak susah nak paham bahasa pasar Indonesia, aku gagahkan juga semata-mata nak habiskan buku ni. Kreatif juga bila tengok covernya. Tapi jangan expect contentnya sama dengan cerita yang ke ba boomm itu. Buku ni tersangatlah lain sebab ia menghimpunkan beberapa cerpen berbeza daripada beberapa penulis berbeza tetapi menggunakan nama watak yang sama dalam kesemua jalan ceritanya iaitu Ayat dan Cinta. Amacam? Menarik? Hehehehe..

Ada kisah Ayat nak pikat Cinta pakai tasbih. Kisah Ayat yang terlebih pemalu. Kisah Ayat berkawan dengan pelakon filem seram bernama Nia Ramahtamah. Kisah kawan Ayat bernama Jamil yang jatuh cinta dengan Juleha. Kisah orang gila bernama Ayat yang masuk rumah sewa mahasiswi Universiti dan bikin kecoh. Kisah Imut gebu yang diet sampai pengsan-pengsan gara-gara dibuli Ayat. Kisah Ayat yang suka mengusik orang dengan menjadi pocong dan akhirnya dikarate kakak sendiri yang tak takut langsung (kes salah sergah la ni..). Kisah Sinta yang bertukar-tukar orang gaji sampai 3 orang dan kebetulan la pulak ketiga-tiga orang gaji tu namanya Ayat. Eh, banyak lagi lah cerpennya. Penat aku nak taip kat sini..

Aku ni tak reti nak buat review panjang-panjang kat sini sebab pemahaman aku mungkin tak sama dengan pemahaman oeang lain. Apa pun, buku ni memang menghiburkan.

Friday, July 10, 2009

Monyet Bonia

Aku kalau diajak bergambar memang tak tolak. Dengan aksi 'peace' lah (favourite), aksi cekak pinggang lah (nak lawan kak ju.. heheh..), aksi tertonggeng, terbalik, menyenget, perasan ayu, semuanya ada. Memang mengada-ngada anak Wak Daut yang sorang ni.

Jadinya, akibat berposing sakan ni lah, aku menerima bahananya. Tempat kejadian - Uluwatu, Bali. Sedang seronok bergambar, dengan tiba-tiba seekor monyet yang datangnya entah dari mana datang merentap cermin mata hitam yang dipakai aku. Oh yes. Sungguh aku terperanjat dan terkejut dan terkedu. Sound effect yang dikeluarkan juga agak mengujakan.

Sekelip mata, the monyet jadi centre of attraction. Ketikan kamera tak berhenti-henti. Percikan flash sana sini. Bule-bule tak kira mat dan minahnya ketawa suka hati. Agaknya monyet tu nampak comel kot di hati mereka. Comel bapak dia! Ada juga yang tersengih tengok aku terkedu. Huwaaa...


Monyet yang galak. Aku yakin ni monyet jantan.. Gatai hang no rembat harta anak dara..

Wednesday, July 8, 2009

7kg

Empat beg aku bawa balik ke KK. Satu masuk perut kapal terbang, tiga lagi aku kepit bawa naik atas. Nak pengsan rasa. Yang masuk perut tu je dah 14kg, separuh beratnya adalah..


Koleksi aku bulan ini..

Hehehe.. Sakan betul aku ni kan? Nak beli kat KK mahal-mahal sokmo. Dah lah ikut harga Sabah & Sarawak, tak ada diskaun pulak tu. Borong kat Jalan TAR lagi best. Dah la harga Semenanjung, diskaun 20% lagi. Mana tak aku gila borong banyak-banyak? Ini baru first round. Masih banyak lagi yang aku nak, belum terbeli. Nak beli boleh aja, cuma nak bawaknya tu yang payah.

Tengah belek-belek tiket air asia ni. Kalau murah boleh pergi balik hari just untuk borong novel. Kekekeke.. Memang gila aku ni.

Tuesday, July 7, 2009

Fruit Picking

Seingat aku, kali terakhir aku pergi fruit picking, masa aku kanak-kanak ribena lagi. Lebih 16 tahun yang lalu. Picking segala jenis berries - straw, blue, black, rasp, goose, dan juga apples, plums bla bla bla.. Ye. Masa tu aku berada kat negara mat saleh. Kat Malaysia ni mana ada benda-benda tu semua. Aku masih ingat lagi, kami berpiknik beramai-ramai mengerjakan kebun mat saleh tu. Bila dah kenyang baru balik. Yang dibawak balik tu teramatlah sedikit kuantitinya berbanding dengan apa yang selamat dibalun ketika dalam kebun tu. Wakakaa..

Balik JB baru ni aku sempat berpicking juga. Bukan lah segala macam berries tu. Mana ada donk! Aku berpicking buah-buahan tempatan. Tak jauh mana pun. Di halaman rumah makcik ku dikampung. Macam-macam pokok ada. Dari durian, manggis, rambutan. Suka betul aku. Ala-ala adventure juga lah merayap-rayap bawah pokok mencari durian. Tengah mencari-cari tu dengar lagi durian jatuh. Seronok je rasanya. Hurmm, poyo je aku ni mencari durian kan? Padahal aku tak doyan pun makan durian ni. Kuikuikui.. Rambai belum masak lagi. Kalau dah, memang separuh togel dah pokok tu aku kerjakan.


Durian satu boot kereta. Tu baru sikit tu..

Durian dah terlampau banyaknya kat rumah tu. Kalau dijual murah sekali pun, belum tentu ada orang nak beli. Aku tiba-tiba rasa kesian dengan orang-orang KK yang terpaksa berbelanja lebih untuk makan durian.....

She's Back!

Dia udah kembali. Our red kancil yang telak dirampok dari rumah lebih sebulan yang lalu. Panjang umur dia kan? Mati-mati aku ingat dah jadi besi buruk. Masih sihat walafiat lagi rupanya. Syukur alhamdulillah. Jumpanya kat car park Komtar. Dengar cerita, dah ditinggalkan kat sana lebih sebulan. Hurmm.. Nampak gayanya si perampok tu takde niat nak kidnap kancil tu. Tapi apakan daya, barangan rampokan terlalu banyak. Tak terdaya nak bawak naik motor hatta naik bas sekali pun. Ye tak? Nampaknya terbantutla angan-angan cikgu Aida nak beli kereta baru. Kekekeke..

Monday, July 6, 2009

Mondok Gila & Pokemon Mabuk!

Hi peeps. Aku baru je masuk kerja hari ni setelah dua minggu meroyan tak ingat kerja. Banyak cerita nak dikongsikan tapi buat hari ni aku tepek dua je dulu cerngal (cerita sengal) kat sini.

Si Mondok Yang Kejam

Memang harus dibunuh si mondok itu! Apa taknya, 3 ekor hamster belaan kami selamat menjadi korban. Aida sempat menyaksikan peristiwa menyayat hati itu. Dirobek-robek hamster yang comel itu dengan ganasnya. Memang sialan!

Aku tak paham macam mana hamster-hamster itu boleh berada di luar sangkar. Setelah diperhatikan, mondok itu telah merentap hamster-hamster itu melalui celah-celah sangkar. Buktinya, seekor daripada hamster tu masih tersangkut kepalanya di celah-celah sangkar dengan separuh badannya sudah terburai. Matanya terbeliak besar. Sadis sungguh. Tak sampai hati rasanya nak tengok.


Terpaksa di bawa ke dalam rumah. Si mondok tu dari jauh dah ngences tengok..

Aku cuma kesiankan dengan baby-baby hamster yang baru lahir minggu lepas tu. Ada lapan ekor semuanya. Mommynya pulak adalah salah satu daripada korban mondok tu. Mungkin nanti ada antara babies tu mati sebab tak cukup zat. Tak dapek nak menyusu kan? Huhuhuhu... Sedih betul.


Chumil kan? Hehehe.. Besornye cuma separuh ibu jari tangan aku je. Tersangat-sangatlah tecit.

Nanti kau mondok. Aku tembak kau dengan senapang gajah!

------------------------------------------------------------------------------------------

Pokemon Mabuk

Ika tengah gila makan Ayam Penyet. Abah pun kata sedap. Aku jumpa Kak Ju, Kak Ju pun kata sedap. Apa lagi, malam tu juga abah belanja makan ayam penyet.

Tak jauh mana pun restoran ayam penyet ni. Restoran Endang kat Taman U jugak. Area Bersatu Jaya. Oh ya, Bersatu Jaya tu dah bankrap dah. Ditutup buat selama-lamanya. Kedai pun lompong je. Silap haribulan jadi sarang penagih. Mengerikan sungguh.


Restoran Endang Ayam Penyet

Setelah dicuba try test, aku boleh simpulkan bahawa sedapnya ayam penyet ni adalah disebabkan oleh sambalnya. Pedas berdesing. Memang kaw-kaw lah. Ika makan tak pandang kiri kanan. Khusyuk betul.


Nasi Ayam Penyet..

Banyak juga masakan yang disediakan kat restoran ni. Antaranya...



What the hell is Ayam Mabuk Pokemon? Tak sanggup rasanya nak order. Dah la pokemon tu rupa macam hamster. Karang teringat pulak hamster yang dikerjakan mondok tu. Huhuhuhu...

Wednesday, July 1, 2009

Asikkk...

Dah lama tak update blog. Tak tau nak cerita apa sebenarnya. Aku tepek gambar saja lah ye.

Kat atas puncak Gunung Batur berlatarkbelakangkan Gunung Agung, Gunung Abang dan Danau Batur..

Aku masih lagi di Bali. Esok baru pulang. Aduhh malasnya...