Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, May 29, 2009

Update.. Update..

Cerita Piano Lesson..

Susah juga belajar piano ni. Dah la jari pendek-pendek. Key pulak jauh-jauh. Setelah berhempas pulas, graduate jugak level 1 ni hari Selasa lepas. Meleret ke telinga aku senyum. Sekarang dah masuk Level 2. Semakin terpele'ot lah jari jemari aku dikerjakan nanti. Sabar je lah. Dan semoga Amy terus sabar mengajar aku yang sengal ni. Hehehe..



Oh ya. Aku ada juga suka-suka belajar main lagu Taeyeon - Manyageh & Mika Nakashima - Yuki no Hana. Ye, lagu lama. Dah basi dah pun. Tak kisah, janji aku suka. Yang ni memang out of place punya main. Belasah je jari mana nak tekan. Asalkan resultnye sedap didengar. Hehehe..

*both links are shared by audiologue and binbo_hime-chan from www.4shared.com

------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita My Baby & YM..

Semalam my baby went for 20K checkup. Terkedu mommy kena bayar sampai RM220. Ye lah. Balancing out, alignment lari, ditambah-tambah dengan sengal-sengal sana sini. Memang patut mommy bankrap! Checkup yang biasanya boleh siap dalam sejam, melarat sehingga 3 jam setengah. Nasib baik bawak laptop & bahan bacaan. Tak lah boring.

Apa yang dibaca? Novel kat bawah tu. Biarlah YM berbicara oleh Hanni Ramsul. Novel ni diintroduce kepada aku oleh Kelly si Tokei Kek Lapis. Siapa-siapa nak order kek lapis boleh order dengan dia ye. Sedap tau. Walaupun aku belum rasa aku gerenti sedap. Hehehe.. Ni terlebih promote ni. Jangan marah ha Kelly ye. :p



Aku ni kan sengal. Jadinya, benda-benda yang sengal je lah layak dengan aku ni. Novel yang dibaca pun novel sengal. So, apa YM, YM ni? Alah.. Routine aku seharian. Kalau takde kerja, aku YM. Kalau ada kerja pun aku YM gak. Hahaha.. Dah biasa. Tak paham lagi YM tu hapa? Yahoo Messenger lah! Sikit sebanyak cerita dalam novel ni ada lebih kurang macam cerita aku kat dunia realiti ni. Lawak memang tak hengat. Sekejap-sekejap aku gelak. Tak boleh kuat-kuat. Nanti orang kat Perodua Service tu kata aku gila. Tak boleh nak gelak, aku meleret senyum. Tersengih-sengih macam kerang wangi. Bila sampai part yang gila baban punya lawak, aku cover-cover muka aku dengan novel ni dengan harapan orang tak nampak. Tapi bahu boleh terhenjut-henjut gitu menahan gelak. Boleh? Hahaha..

Kakak depan aku pun baca novel juga sementara menunggu baby dia kena checkup. Tapi muka masam gila. Tak best kot novel dia. Hahahaa..

Oh ya. Setelah habis bankrap mommy ni baru lah baby ceria. Tak ada dah jalan senget-senget lagi. Huh!

------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita Exam

Semalam jugak budak-budak ni exam. Masing-masing ala-ala terkejut bila tengok hari ini cikgunya macam model. Muekekekekekee.. Perasan sungguh aku ni. Ye lah. Hujung-hujung minggu aku memang serabai habis. Hari bekerja macam smart lah sikit. Kembang kempis aku bila ada yang memuji. Tapi cepat-cepat aku bolayan. Karang kalau dilayan, lain pula ceritanya.

Wednesday, May 20, 2009

Erkk?

Aku rasalah kan, bilik aku kat rumah tu ada 'orang' lain tinggal lah selain aku. Selalu saja barang-barang aku hilang. Dicari bagai nak rak. Tapi tak jumpa-jumpa. Bila aku dah mula naik angin, barang yang di cari tu boleh tiba-tiba ada depan mata. Aiyooo.. Kau main-mainkan aku ye?

Hari isnin lepas aku jadi bengang, bila getah ikat rambutku menjadi mangsa. Benda tu besor, bukannya pattern getah tempe. Berpeluh-peluh aku mencari tapi tak jumpa. Setelah relaks sekejap, getah rambut tu tiba-tiba ada atas katil. Angin nya aku. Dengan tiba-tiba je aku membebel sorang-sorang,
Daripada kau buang masa main-main kat sini baik ko pergi cari sape yang pecah masuk rumah aku kat JB sana..
Boleh gitu? Mereng dah aku ni........ O_o

Monday, May 18, 2009

Ya Allah, Kau Berikanlah Balasan Yang Setimpal Pada Si Pelaku

Pagi tadi, lebih kurang jam 6.40 pagi aku mendapat sms dari abah yang berbunyi:

Mlm tadi rumah kena pecah dan selongkar. Kancil hilang. Bilik abah habis kena geledah. Abah d KL dgn mak sekarang. Yg d rumah, din aida dan atiqah..
Aku dapat rasa jantung aku seperti direntap dengan maha hebat. Terkejut! Aku jadi tak keruan. Apa lah nasib budak-budak kat rumah tu? Cepat-cepat aku menelefon ke rumah, Ika yang mengangkat telefon menangis teresak-esak. Sampai aku tak faham apa yang dikatakannya. Aku ikut jadi sedih. Aku bercakap dengan Aida. Katanya rumah dipecah masuk mungkin sekitar jam 2 hingga 3.30 pagi. Masing-masing tengah nyenyak tidur, tak sedar grill pintu dikopak, rumah digeledah. Syukur Alhamdulillah, adik-adik aku tak apa-apa. Perampok durjana itu berjaya melarikan kereta Kancil dan cash RM6K. Aku percaya duit itu adalah duit Surau. Sampai hati perompak tu. Duit rumah Allah kau bawa lari.

Syukur juga jiran kami Dr Safaai ada untuk membantu. Aku suruh Aida cepat-cepat buat report polis. 999 sudah dicall, dan nak tau apa polis tu jawab? Datang ke balai dulu, buat report. Marahnya aku bila dengar. Aku dari dulu memang angin dengan polis bila berkaitan dengan hal-hal macam ni. Kalau ye pun, polis tu datang lah dulu, tengok keadaan rumah, ambil cap jari. Cepat sikit tindakan nak diambil. Ni sementara nak tunggu ke sana, perampok tu dah joli sakan dengan duit tu dan kereta Kancil tu dah jadi besi buruk dah. Teringat kisah rumah K Awa kena pecah masuk dulu. Dah terbalik pula jadinya. K Awa yang jadi CSI suruh polis tu ambil cap jari. Lemau sungguh. Polis-polis ni tak tengok CSI kot.

Aku berharap, si pelaku dapat ditangkap, dan diberikan balasan yang setimpal. Bersama-samalah kita berdoa. AMIN..

Saturday, May 16, 2009

Happy Itu Dan Happy Ini

Toya je tajuk entry kali ni. Mungkin disebabkan ada dua perkara yang buat aku happy pada tarikh 16 Mei ni.

Yang pertama, hari yang 'wajib' diingati oleh budak-budak sekolah setiap tahun. Hari Guru ye. Aku ni boleh dikatakan spesis guru juga lah. Hehehe.. Tapi spesis guru seperti aku ini jarang diingati berbanding guru-guru di sekolah rendah dan menengah. Betapa mereka disanjung tinggi, dihormati, dirai. Penuh gilang-gemilang gitu. Aku bukan lah jeles. Tapi sekali-sekala nak juga diiktiraf macam tu. Walau macamanapun, aku terharu juga bila ada sebilangan bekas pelajar yang sempat ucapkan selamat hari guru pada aku. Ingat juga diorang pada aku ye. Thanks guys! Di sini aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang merasakan diri mereka guru. Hehehe..

Yang kedua, hari ni merupakan genap setahun kami bergelar Infoscions. Hehehe.. Teringat balik saat-saat manis, pahit, lawak, fail subjek Oracle secara berjemaah, cirit-birit dan muntah-muntah secara berjemaah, strawberry colada, email layang. Fuh, kalau disenaraikan sampai besok pun tak habis. Apa pun. Happy 1st Anniversary to all Infoscions of Malaysian 2nd Batch!

Tuesday, May 12, 2009

Makan Free

Makan apa?


Scrumptios!!

Dengan siapa?




Bebudak sengal ni..

Poyo je budak-budak ni belanja aku makan. Nak mintak markah lebih ke? Hehehe.. Anyways, thank you guys for making me sewel and gila for the whole year....

Sunday, May 10, 2009

Meroyan Di Bangkok - Day 3: Chatuchak Market, Platinum Mall, Petchburi Soi 7

Sunday, 5th April 2009

Hari ini kami ke Chatuchak Market. Chatuchak Market ni sebenarnya weekend market. Macam-macam ada dijual disini. Cakap je apa nak, semua ada. Dikatakan pasar ni adalah pasar yang terbesar di Bangkok dan juga donia. Untung juga kami berada di sini pada hujung minggu. Berpeluang lah merasa pusing-pusing di pasar ni.


Tunggu teksi depan Lucky House Inn..

Agak jauh juga perjalanan dari Khaosan ke Chatuchak. Disebabkan kami keluar awal, trafik tak lah teruk mana. Cuba kalau dah mula jem. Maunya tension.

Saturday, May 9, 2009

Adam Yang Sengal

Ni lah Adam.. Kuikuikui..


*courtesy fesbuk K Awa..

Adam tengah buat-buat khusyuk kira duit kot. Entah-entah dia perasan kami dok mamarazi gambar dia. Hehehe..

Saturday, May 2, 2009

Mamat Yang Bernama Shah Indrawan..

Aku bukan peminat dia. Dulu-dulu, bukan main menyampah aku tengok dia tangkap leleh. Tapi entah kenapa, aku boleh bersorak gumbira dan terkinja-kinja macam orang gila apabila dia di umumkan sebagai juara One In A Million. Bukan aku saja, satu rumah. Macam kena sampuk histeria pun ada.



Rindu Terhenti
Telah kutinggalkan
Memori silamku itu
Tidak kubiarkan
Hidupku dibelit pilu

Walau duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rinduku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundum kalbuku
Kasih dulu kubiar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilangkan berganti
cinta tiba, cinta pergi
Biarlah saling ku nanti


Ku lupakan mu jua di sini
Sedang kau pergi menjauhi



Walau apa pun, dia berhak menang. Transformasinya cukup besar untuk mengkagumkan aku..