Kahwin!

Tarikh: 25hb April 2009
Lokasi: Putatan, Sabah
Acara: Majlis Perkahwinan Neni Zuyyana Ulfah Hamzah & Mohd Redzuan Ahmad

Siapakah itu? Neni tu housemate aku lah. Meh aku kongsi gambar-gambar yang senonoh. Gambar-gambar lain ala-ala KOQ~! sikit. Hahaha..


Lai! Lai! Anak2 dara terhangat di pasaran! Ehh, mak dara pun ada jugek terselit.. hehehe..




Neni & Wan


Bakal ibu mithali. Hehehe..


Rombongan SKTM..

Kahwin dah si Neni ni. Aku jugak yang belum lagi. Huhuhu.. Takpe, kalau dah kahwin susah pulak aku nak pergi backpacking. Miahahaha..
Just want to share...





Our new center. Dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili. Untuk berita lanjut klik sini --> MIMOS-University Malaysia Sabah Centre Of Excellence To Support Growth Of Sabah Development Corridor. (from MIMOS website)

Kisah Saye..

Kenapa kau?
Kaki saye sakit.

Kenapa kaki kau sakit?
Sebab kaki saye terseliuh.

Lah.. Kenapa boleh terseliuh?
Sebab semalam saye hampir tergolek dog hasil daripada lari lintang pukang.

Hah? Apa kes kau lari lintang pukang?
Sebab saye ni penakut.

Apa yang kau takutkan?
Entahlah. Semalam saye balik kerja dah lambat. Sekali saye rasa tak sedap hati. Saye cepat-cepat keluar office. Tiba-tiba saye terasa sejuk dan bulu roma saye mula meremang. Serentak dengan itu anjing menyalak tak henti-henti. Anjing tu seakan-akan ada kat sebelah saye saja. Banyak pulak tu. Apa lagi. Saye yang pakai high heels ni pun lari lintang pukang lah ke car park! Tak semena-mena saya terjatuh lalu terseliuh. Huhuhu..

Padan muka kau! Kau dah tau bangunan office kau tu keras, lagi kau balik lambat-lambat. Siapa suruh?
Ye. Saye tau. Saye janji saye tak buat lagi...



*saye diatas adalah Cik Sengal.

Moral of the story? Patuhilah masa pejabat! Hahahaa...

Meroyan Di Bangkok - Edisi Restoran Mak Yah

Lokasi: Depan Kedutaan Indonesia, Bangkok
Masa: Lebih kurang 7.30 malam.

4 dara pingitan sudah penat berjalan. Konon-kononnya bersemangat berjalan kaki dari Platinum Plaza ke Petchaburi Soi 7. Dalam peta nampak je dekat. Realitinya? Jauh banget! Sungguh, dah tak larat nak melangkah. So, ada apa di Petchaburi Soi 7? Mengikut senarai hikmat K Awa, disitulah terletaknya beberapa kedai makan muslim. Ye, untuk melantaklah. Dan, salah satunya, Restoran Mak Yah yang mendapat review yang baik di Internet. Teringin juga nak merasa. Perut dah lapar, jalan pun tak larat. Kesimpulannya? Tahan teksi la dol. Hehehe..

Bila dapat teksi, aku macam biasalah, duduk sebelah pemandu.

Aku: English?
Driver: (Geleng kepala sambil buat lambaian KOQ~!)
Aku: (toleh ngadap k awa kat belakang) Alahh.. Apa nak cakap ekk? Kita nak pegi mana ni?
K Awa: Cakap pi masjid lah. Kat area masjid mesti banyak tempat makan.
Aku: (pada driver..) Mosque!
Driver: .......................... (blur tahap gaban pakcik tu.. Ya ampun..)
Aku: Masjid? (hehehe.. Mosque pun dia tak tau. Lagi lah masjid!)
Driver: ..........................
Aku: Err.. Muslim Restaurant?
Driver: Muslim eat? (dengan aksi-aksi makan menggunakan tangan gaya KOQ~!) ok, OK!
Nasib baik kau paham pakcik. Kalau tak, susah le. Kalau macam ni tiap-tiap hari, harus aku pakai bahasa isyarat je. Tak reti cakap omputih pun takpe. Teksi pun mula bergerak. Tak sampai 5 minit, pakcik memberhentikan teksi. Lah? Dah sampai ke? Sekejapnya. Wahahaha.. Dekat rupanya. Pakcik menunjukkan kedai di seberang jalan.
Aku ke ntah sape2 yang cakap: E'eh.. Farida Restaurant lahh..
Yang lain-lain: A'ahh lahhhh.. (sebijik macam orang jakun tak pernah nampak kedai makan gitu..)
Pakcik: (sambil tunjuk ke arah depan..) Moyohhh.. Moyohhh..
Aku: ................................
K Awa n Nott: Hah? Bonyok? Banyak? Ada banyak restoran ke kat depan sana?
Aku: (blurr..) Apa orang siam sebut banyak tu 'banyak' jugak ke? (lain-lain gelak dah..)
Pakcik: (masih tunjuk arah depan..) Moyohhh.. Moyohhh..
Aku: Ok.. Ok.. (saja berbasi-basa dengan pakcik tu.. sungguh aku tak paham!!)
Selepas membayar tambang, kami pun melompat keluar dari teksi dan menyeberangi jalan untuk ke Farida Restaurant. Selintasnya kami, mata aku menjadi bulat apabila melihat sebuah kedai yang hanya beberapa pintu dari Farida Restaurant. Yes. MAK YAH RESTAURANT! Masing-masing dah ala terkinja-kinja gitu. Forget Farida Restaurant. Kita serbu tempat Mak Yah!
K Awa: (something like) Jumpa juga mak yah ni ye..
Aku: (tetiba rasa nak gelak..) Ehh, entah-entah pakcik tadi sebut kedai Mak Yah ni kot. Tapi dia tak sebut Mak Yah. Dia sebut Mok Yoh..
Lain-lain: Oooooooooooo... Mok Yoh ke??? Lorrr.. (hahahahahahaa...)
Assumption je tu ek! Aku assume je moyohh yang pakcik tu cakap is equal tu mok yoh. Pandai-pandai aku je kan? Hehehe.. Gelak lagi. Asyik gelak je hari ni. Penat dah tulang rahang aku asyik gelak saja.

Retoran Mak Yah. Boleh tahan cantik juga lah interiornya. Kemas dan bersih. Bahagian dapur tak tau la pulak macam mana. Ketika kami masuk, tidak ramai pelanggan, kecuali satu meja tu. Dari segi dressing, yang perempuannya macam melayu-melayu kita. But still, don't judge the book by its cover. Nampak je macam orang Malaysia, tapi entah-entah orang Siam jugak.

Kami mengambil tempat. Pelayan pun datang membawa menu. Muka serius je. Back kata K Awa, muka stoned habis. Ala-ala stim pun ada gak. Hahaha.. Statik berdiri di tepi menanti untuk mengambil order. Menu yang di bawa agak menarik. Setiap makanan dan minuman ditulis dalam bahasa siam, melayu dan english. Tu dia. Bahasa melayu pun macam bahasa melayu klasik. Ala-ala tahun 50an gitu. 'Sejuk' dieja 'Sejoek'. Melekek aku gelak kat situ. Setiap hidangan juga diletakkan nombor pengenalan. Kalau buat sistem tu ala-ala Dish ID lah tu. Hehehe.. Kalau tak reti nak sebut nama menu, sebut je respective numbers tu. Sonang! Sedang kami membelek...
K Awa: (antara dengar tak dengar.. bisik-bisik..) Eh, muka waiter ni macam Adam lah.. (Masing-masing ala-ala menjeling gitu nak tengok 'Adam'.. Adam AF lah.. mana lagi..)
Lain-lain: A'ahhh lahhh... Macam Adam.. (ok.. jakun lagi.. macam tak pernah nampak adam.. ye lah.. nampak kat tv je.. real life tak pernah nampak..)
'Adam' buat muka dek je. Tak hirau sedikit pun apa yang kami borakkan.
K Awa: Eh, agak-agak dia kenal Adam tak?
Nott: Kenal lah kot.. (aku was like, Adam glamer sampai Siam ke? Hahahhaa.. )
'Adam' masih diam setia menanti order..
Nott: (tengah belek-belek menu..) Eh, tengok ni. (sambil tunjuk menu..) Roti tapi minuman..
Apa Nott rapikkan tu? Menu tu lah. Tulisan siamnya aku tak tau apa, tulisan englishnya ditulis 'ROTI', tapi tulisan melayu ditulis "MINUMAN". Tak ke something wrong tu?
Aku: Aku rasa diorang ni main copy paste je. Lepas tu lupa nak ubah. (hehehehe..)
Nott: Ye lah kot. Lain kali kalau kita nak order air, kena sebut roti ye!
Lain-lain: Hahahahhahahaaaaa....
'Adam' masih stoned melihat kami. Apalah minah-minah merepek ye?
Oly: (pada Adam) Err, enam kosong lima ye? (sambil tunjuk menu..)
Lain-lain: HUH? (muka toya ya amat..)
Oly: Ehhh.. Salah.. six zero five.. ONE! (sambil tunjuk satu jari.. hahahaha..)
Adam: Six Zero Five? OK..
Nott: Kita order kerabu betiklah. Sedaaapp..
Aku: Nak yang mana satu? Ada banyak kerabu betik tu. Ada with prawn lagi tu.
Nott: Ambik yang with prawn lah. Beza dua ringgit je ada prawn dengan takde prawn. (pada Adam dan sambil tunjuk menu..) This one ye.
Adam: OK.
Relaks je Adam ambik order. Takde perasaan langsung.
K Awa: Eh, tomyam takde ke? Mana tomyam? (masing-masing membelek.. Takde dalam menu..)
Oly: (tanya Adam..) Where's Tomyam?
Adam: (Ala-ala blur.. tunjuk kat satu bahagian menu..)
Nott n K Awa: Laaaa... Sour soup ke? (miahahahhaaaaa.....) Apa ke pelik sour soup tu? Nak sour soup apa? Seafood lah ek? (tomyam seafood lah tu.. tak payah ragu-ragu lagi, terus bagitau Adam..)
K Awa: (sambil baca menu lagi..) Deep fried bass with sweet, sour, spicy flavour.. Eh, ni ikan tiga rasa ni! Ambik ni lah.. (pada Adam) This one, ONE!
Adam: (menjengah ke menu..) OK.
Setelah order minuman, masing-masing mula senyap. Tapi tangan masih membelek menu lagi tu. Macam tak cukup je apa yang diorder tu.
Adam: Finish?
Masing-masing pandang masing-masing. Ok lah tu kot. Dah takde apa nak diorder dah.
K Awa: Ok. Finish.
Dengan tak disangka-sangka..
Adam: OK, Saya ulang ye.....
Us: ............................. (O_o ................. WTH??)
YA ALLAH YA TUHANKU!! OH MY GOD!! Adam can speak malay meh? Aku pandang K Awa. K Awa pandang Nott. Nott pandang Oly. Oly pandang aku. Adehh.. Masing-masing dah macam-macam pesen raut wajah..
Adam: Ike siakak masok tigo ghaso se...............
Oly: (tak tertahan-tahan..) WAAAHAHAHAHAHAHAAAAAAAAA..
Adam: (terus terbantut nak cakap dan ikut sengih..)
Siot betul Oly! Tak boleh cover-cover dah. Apa lagi. Masing-masing dah gelak macam setan. Hai Adam. Boleh kau buat lawak ye? Tadi mula-mula ko tak paham apa yang kami cakap. Sekarang kau boleh pulak sebut ike siakak tu. Hampeh mung!

Adam menyebut satu persatu hidangan yang diorder. Dalam loghat kelantan hokkay! Aku tak tau nak macam mana lagi dah. Kalau boleh, nak saja aku sembunyi bawah meja. Muka dah tebal gila.
Adam: Ada lagi?
Aku: Dah.. Dah.. Tu je. (kontrol nak gelak..)
Adam: Ok.... (dan berjalan ke dapur..)
Us: (Setelah Adam pergi..) Miahahahahahaaa.. SIOT!! Malunye.. Woi.. Roti sama dengan Minuman? Copy paste? Ike siakak? wakakakakaka...
Seriously. Aku malu. Tapi dah terjadi. Tak kisah lah kan? Adam pun relaks je. Kami pun cuba-cuba lah merelakskan diri. Setelah makanan sampai. Kami makan tanpa banyak cakap. Nak pandang muka Adam pun dah tak mampu. Lagipun, hidangannya besh belaka! Sedap betul lah!


Sour Soup Seafood..


Kailan with Salty Fish..


Papaya Salad with '2 Ringgit' Prawn..


Ike Siakak masak Tigo Ghaso..

Siapa-siapa yang datang Bangkok, datang-datang lah menyinggah. Kalau jumpa Adam, korang jangan pulak ngada-ngada cakap english dengan dia ekk. Tak pasal-pasal je nanti korang malu sendiri. Macam kami ni! Hahaha..

Siapa Sial?

I noticed an extra wording on my poster this morning..



Hurmm, kepada si penulis, aku ada berapa soalan lah nak tanya:-
  1. Dulu kau tak pergi sekolah ek? Mak bapak kau tak ajar ek? Tak baik menconteng di tempat awam. Lagi-lagi pada harta orang lain. Ko tak belajar ek? SPM kau tak pass ekk? Kesian kau kan? Tapi aku rasa benda-benda ni tak payah di ajar. Sendiri mau tau lah.
  2. Ke kau terasa sebab kau memang spesis tak mandi? Dah kena batang hidung, kau naik angin lepas tu kau lepaskan geram kat poster aku tu? Kalau kau terasa, apa kata kau balik rumah dan mandi. Apa susah? Ke kau ada keturunan kambing gitu? Mencicit lari kalau kena air? Or ada preskripsi doktor kata kau tak boleh kena air? Boleh mati kalau kena air?
  3. Apa kau suka kalau orang lain buat dajal kat harta kau? Mungkin kau kata aku melebih, pasal poster pun nak bising, tapi tu hak aku. Nak juga kau conteng kat situ. Whiteboard aku tu ada marker. Kenapa kau tak conteng kat situ? Satu whiteboard tu kalau kau nak conteng pun tak apa.
  4. Apa yang sial? Poster tu yang sial? Atau orang yang menampal poster tu sial? Ya, penampal poster ni terasa macam sial sebab masih ada makhluk-makhluk yang tak mandi, suka-suka hati masuk. Ya, penampal poster ni terasa macam sial sebab terpaksa menghidu bau-bauan yang menyakitkan hidung dan kepala sampai boleh migrain. Dan YA! Penampal poster ni terasa macam sial sebab sudah diberitahu, tapi makhluk-makhluk itu masih tak faham jugak! So?

Hei! Ini tempat belajar. Bagus sangat ke kalau kau tulis perkataan macam tu kat tempat awam, tempat orang lalu lalang? Pandai ye kau? Anak siapa lah kau ni. Lah, pandai ke kau? Bukan kau tak pergi sekolah dulu? Bla blaaaa blaaablabalabalaaaaaaaa...

Sorrylah hari ni aku agak angin sikit. Bila nampak poster kesayangan aku diconteng, semakin bertambah angin aku ni. Aku tak kisah kalau kau datang jumpa aku kata "Eh sial lah poster kau ni!". Yang kau pergi conteng tu buat apa? Kau pikir lah sendiri. Jangan sampai satu tahap aku sumpah hidup kau sial, sudah.

Meroyan Di Bangkok - Day 2

Saturday, 4th April 2009

Hari kedua. Seawal jam 7 pagi kami sudah keluar berjalan. Dari Chakraphong Road kami berjalan ke arah selatan menuju Grand Palace. Pandai-pandailah kami mencari jalan berpandukan peta free yang diambil dari airport. Untuk ke Grand Palace kami melalui satu kawasan lapang (yang mana menurut peta, taman kehijau-hijauan) yang bernama Sanam Luong. Tapi realitinya, tak lah hijau pun. Macam tapak funfair aku tengok dan agak kotor juga lah. Dah lama tak update kot peta tu. Hehehe..


Signbod..


Sanam Luong..

Kami berjalan lagi. Cuba menghabiskan masa. Grand Palace dibuka pada jam 8.30 pagi. Awal lagi ni. Kalau mengikut itinerari, kami mahu breakfast dahulu sebelum pergi ke Palace ni. Tapi sepanjang jalan, satu kedai pun belum dibuka lagi. Suasana lengang betul. Kami berjalan dan terus berjalan. Dah penat berjalan, kami melepak sebentar di public park. K Awa pun mengeluarkan senarai saktinya. Senarai tempat melantak lah. Kami berada di jalan yang betul Charoen Krung Road. Tapi mak datuk, jalannya panjang gila! Entah-entah restoran tu berada di penghujung jalan. Maunya pengsan kalau jalan kaki ke sana.


Grand Palace dari luar..


Ministry of Defence kalau tak silap aku.. depan Grand Palace..


Rumah kayu kat dalam Public Park.. teringat kat rumah limas Johor kat Danga Bay..

Susah juga nak berkomunikasi dengan orang tempatan. Tak ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Kesudahannya bahasa isyarat juga yang digunakan. Itu pun, boleh salah interpret lagi. Aku cerita lain, dia paham lain. Walaweeii.. Challenging sungguh! Lebih kurang jam 9 barulah berlumba-lumba kedai dibuka. Keadaan kembali meriah. Kereta mula memenuhi jalan. Dah start jem dah pun. Orang Bangkok jenis bangun lambat kot? Hehe..

Cari kedai makan, jumpa pula kedai apa namanya tu? Alah yang jual barang reben, bunga, doorgift untuk majlis kahwin tu. Kedai tu lah. Berderet-deret. Murah pun ye. Nasib baik aku takde tanda-tanda nak kahwin. Kalau tak, maunya aku borong kat situ. Huhu.. Tengah syok membelek, lalu seorang kakak yang pakai tudung macam kami. K Awa pun dengan aksi pecut 100m mengejar kakak tu untuk tanya tempat makan. Sayang, kakak tu pun tak tau skeeping London. Soi, soi je yang disebutnya. Sabor je lah ye. Jalan saja lah. Mana tau jumpa juga nanti.

Setelah merewang tak tentu hala, kami jumpa juga kedai makan halal. Itu pun setelah aku terliur tengok murtabak yang dijual dan dengan tiba-tiba makcik kedai tu bagi salam kat aku dan ajak aku masuk ke dalam. Syukur alhamdulillah! Dapat juga kami melantak pagi itu.

Aku sebab dah terliur tengok murtabak, aku makan murtabak lah. Yang lain-lain aku tak ingat diorang makan apa. Oly makan mi. Cerita nak makan mi ni pun kelakar juga. Makcik tu tanya medium or small? Masing-masing ternganga. Ada saiz juga ye? Nak juga tau medium tu banyak mana, small tu banyak mana. Kalau banyak buat rugi je ambik saiz besar-besar. Makcik tu pun pergi ke dapur dia dan bawak keluar sejemput kuey tiow dan sejemput mi hoon. Medium, small? Tanyanya lagi. Miahahahahaa.. Melekek aku kat situ. Saiz mi rupanya! Kuey tiow tu medium la dol! Yang small tu mi hoon. Ye lah makcik. Nak yang small ye. Kekeke..


Sebutannya Matabaa.. Penuh harkat dan idgham sekali ya.. 35Baht.

Lega dapat makan! Perut dah penuh, banyak lah tenaga nak jalan jauh ni. Hehehe.. Oh ya. Kedai makan ni kalau ikut peta, terletak di Jalan Tri Phet berdekatan dengan Old Siam Center dan School of Arts & Crafts. Tak berapa susah lah nak cari. Nama kedai ni? Aku lupa! Haha..

Kami bergerak ke Grand Palace. Sebelum tu kami singgah ke Wat apantahnamanyapanjangsangat. Aku sebenarnya tak pasti nama Wat ni apa. Tapi, aku difahamkan ada The Infamous Sleeping Buddha kat dalam. Dah alang-alang. Masuk sajalah. Nak juga tengok sleeping buddha tu macam mana rupanya. Ada tak rupanya macam Din Gemokk terlentang depan TV? Hehehe.. Jahatnya aku. Tapi, tu mak aku yang cakap ekk, bukan aku. Hehehe.. Entrance fee 50 Baht.


Perkarangan Wat Sleeping Buddha tu.. Kononnya tu patung Marco Polo. Tapi versi cina kot? Haha..

Kawasannya cukup besar. Orang pun ramai. Serabut jugalah kepala aku. Banyak sejarah wat ni. Tapi tak dapat nak tahu secara details. Nak upah tourist guide mahal. Tanya pakcik google je lah nanti. Huhuhu.. Kami tak lama di sini. Aku rasa seram semacam je masuk sini. K Awa pun sama. Tak tunggu lama, kami pun keluar.


Tu dia! Besor tak besor?


Duit syilling dimasukkan ke dalam satu demi satu mangkuk untuk dapat good luck and fortune. Agaknyalah. Aku pernah lihat ni dalam The Amazing Race 1.

Kami berjalan ke Grand Palace. Sebelah je. Tapi penat juga tu berjalan. Di luar perkarangan wat, ada pemandu-pemandu tuk-tuk yang offer bawa kami jalan-jalan. Sebelum kami masuk ke wat tadi, sudah ada yang ajak. Alasannya simple, Grand Palace dan Wat hanya buka pada pukul 12 tengahari. So lama lagi nak menunggu. Daripada buang masa, dia nak bawak berjalan ke tempat-tempat lain. K Awa pernah baca review kat internet yang orang-orang ni memang saja nak kenakan kita. Kononnya tempat-tempat tu bukak lambat lah. Tapi sebenarnya tak pun. Setibanya kami di wat pada pukul 10 pagi, orang dah ramai. Buka pukul 12 tengahari apa macam ni? Chaitt!! Bila kami blah dari situ, orang tu buat muka sebik. Huk aloh! Apa kes?

Yang ini pun sama. Bila tau kami nak ke Palace, dia kata palace buka lambat. Hahaha.. Dia ingat kami ni bodoh kot. Boleh kena tipu. Malas nak layan. Orang tu pun sempat buat muka sebik jugak. Entah apa-apa entah lah. So, pada siapa-siapa yang nak ke sana, hati-hatilah ye. Jangan sampai kena tipu.


Bangkok Taxis. SHOCKING PINK!! O_o

Grand Palace. Kompleks yang mempunyai banyak bangunan. Setiap bangunan lain-lain kegunaannya. Kisah sejarah siam terpampang dalam bentuk lukisan di dinding-dinding. Memang aku tak paham lah. Explaination pun dalam tulisan siam. Aku dan geng sekadar menikmati pandangan je lah. Dan berposing sakan! Entrance fee ke Grand Palace 350 Baht.


Berlatarbelakangkan Kawasan Palace..


Aku dan senjataku! Ramai yang jeles. Cuaca memang panas ya amat. Anak mat saleh sorang tu dok kenen kipas Nott je. Hehe..


Model of Angkor Wat.. Bilalah agaknya aku dapat pergi ke Angkor Wat yang sebenarnya?


CAK!! Mentelnya aku..


Tak tau building apa ni. Tapi cantik. Kalau takde kerawang-kerawang kat bumbung tu, macam kat Europe plak rasa.. Hahaha..


Guard ni boleh sengih-sengih time bergambor. Sabo je lah aku. Kalau kat Buckingham Palace or kat Windsor Castle, semuanya berdiri tegak je. Bergerak sikit pun tidak..

Tengahari hujan. Kami berteduh sebentar sementara hujan berhenti sebelum keluar dari kawasan Palace. Anak mat saleh yang kenen kipas Nott tadi, siap berjalan penuh gaya keluar dari kawasan palace dengan memakai payung. Hahaha.. Tadi Nott yang kerek, sekarang dia pulak kerek.

Keluar dari Palace kami menuju ke Bangkok Sight Seeing Tour. FOC. Suka aja kami benda-benda free ni. Duduk dalam tram diam-diam dan pusing-pusing Bangkok. Oklah ride tu, cuma yang tak bestnya, guide tu cakap siam. Ye lah. Mungkin dia ingat kami ni sama-sama siam jugak kot. Narathiwat mari. Huhuhu.. Sabo je lah. Mesti dia pelik kenapa kami tak gelak masa dia buat lawak, sedangkan yang lain-lain sampai nak terguling-guling atas lantai. Hahaha.. Sabo je lah ye.

Habis je ride, kami balik ke Inn. Naik tuk tuk. Siyes lawak naik tuk tuk ni. Lawak sampai aku rasa tak larat nak cerita. Baca kat sini je lah ye --> BangKOQ~!: Tuk tuk rides : I no english version. Pinjam ye K Awa. Hehehe..

Sampai Inn, aku kelepekan. Sempat lagi tidur, sebelum aktiviti seterusnya. Ke mana? Buang duit ler. Kami ambil teksi dari Inn ke Platinum Fashion Mall. Muahahahaha.. Ye yo oo je. Cuci-cuci mata lah. Kalau murah-murah boleh beli. Nak dijadikan cerita pakcik driver teksi tu tak tau langsung cakap english. Masak lah kami! Aku ditugaskan duduk di depan untuk melayan pakcik tu. Sadis sungguh!

Jalan jem. Teruk sangat. Dah dekat 20 minit, kami baru bergerak sejauh 500m. Itu yang aku tengok kat meter teksi pakcik ni lah. Sempat lagi pakcik teksi tu tidur. Tersengguk-sengguk aku tengok. Kesian betul. Bila traffic light tukar hijau, automatik dia tersedar dan teruskan driving. Bila tukar merah balik, dia sambung balik tidur. Fuh! Cayalah!


Democracy Monument..

Di satu persimpangan, pakcik menyumpah-nyumpah kerana jalan tutup. Beria-ia dia cakap siam dengan kami. Apa lah pakcik ni cakap ye? Nak tau apa dia cakap? Klik sini --> Bangkok: Kisah Teksi dan Baju Merah. Hehehe.. Malas sungguh aku nak cerita. K Awa, pinjam lagi entry ye. :p

Then di depan, pakcik tunjuk lagi satu bangunan. Sanam Ma! Sanam Ma! Dia sebut. Dengan tangan dan kaki lagi dia menggayakan. Aku tengok macam nak mula jurus Silat Sendeng jek. Hahaha.. Aduhai pakcik. Apalah Sanam Ma itu? Aku cepat-cepat tengok map. Wohooo.. Tempat lumba kuda rupanya. Patutlaa pakcik buat aksi tunggang kuda. Hahaha.. Aku pun sebut satu-satu nama tempat lumba kuda tu. Bersorak pakcik tu! Hehe.. Betul lah aku sebut ye?

Di kala teksi berhenti sekali lagi kerana jem, Pakcik sempat lagi membeli bunga dari penjual bunga yang berkeliaran di tepi jalan. Diberinya satu pada aku, dan satu lagi pada K Awa. Chanpi, chanpi, katanya. Or is it Champi? JAMPI? Entah lah. Then, ohhmm, ohmm katanya dan buat aksi menghidu. Agak seriau jugak aku masa tu. Manalah tau dia suruh aku sembahyang cara dia ke hapa. Beberapa hari kemudian aku dapat tau yang omm tu maksudnya wangi.. huhuhu.. Pakcik, pakcik..


Chanpi @ Champi @ JAMPI?

Selamat juga akhirnya sampai di Platinum. Habis dah sengsara pakcik tu nak melayan kami. Hehehe.. Tapi bagus juga. Walaupun tak tau nak berbahasa, dia tetap bersemangat nak menunjukkan sifat hospitalitinya. Wajar diberi standing ovation. :-)

Sebelum ke Platinum, kami singgah sebentar di Pantip Plaza. Bangkok's Low Yat lah ni. Meriah sungguh. Suka betul aku. Tapi tak dapat nak lama-lama kat sini. Nak kejar Platinum yang mula tutup jam 6 petang. Huhuhu.. Dalam kelam kabut tu sempat lagi aku beli handphone charger. Aku yang sengal ni terlupa nak bawa dari rumah. SENGAL!


@ Bangkok's Low Yat..

Platinum? Memang besh! Baju macam-macam fashion. Lagi canggih daripada kat Malaysia. Bayangkan, satu baju yang biasa dijual dengan harga RM49, RM59 di Johor, kat sini boleh dapat RM16-18. Murah tak murah? Nak nangis aku. Hahaha.. Bab-bab baju aku memang tak pandang brand. Belasah je cap ayam ke cap cokia ke, janji selesa! Oh ya, di sini pakai sistem borong. Beli sekurang-kurangnya 3 helai dapat diskaun. Lagi banyak beli, lagi banyak diskaunnya. Best betul lah. Bukan setakat baju. Beg, assesories kasut pun ada. Tinggal nak pilih je.


Dahsyat kan. Orang Papar pun meniaga sampai sini.. Hehehe..

Malangnya, kami sampai agak lewat. Kedai banyak dah mula tutup. Tak boleh jadi. Besok lusa harus datang lagi! Hahaha..


Sebelum masuk Platinum..


Selepas keluar Platinum.. Hehhehee..

Setelah selesai, kami pergi makan. Kisah makan ini lah yang paling menggelikan usus perut aku sepanjang aku kat Bangkok ni. Aku akan buat special entry lah nanti. Tunggu la ye. Lepas makan kami balik ke inn. Tahan punya tahan teksi yang cantik semua tak nak berhenti. Last-last kami dapat teksi buruk. Huhuhu.. Tapi seburuk-buruk teksi tu jangan pandang sebelah mata tau. Dia punya driver, fuhh!! Fluent english speaker. Hambik Kau! Hahaha.. Tak payah nak buat aksi tunggang kuda.

Bagus driver tu bercerita. Macam-macam ada, dari politik Thai sehinggalah menjadi peminat Anwar Ibrahim. Hahaha.. Sabo je lah. Semua ceritanya berisi dan berfakta. Seronok betul aku mendengar. Sampai di inn, Nott dan Oly merewangkan diri ke Khaosan Road sementara aku dan K Awa terus naik ke bilik dengan agenda kami tersendiri. Apa dia? Melaram baju-baju Platinum! Miahahaha..

End of Day 2..

Sindrom Alaf Baru KOQ~!

Pagi ni aku agak mereng sikit. Mungkin disebabkan aku tak cukup tidur. Malam tadi aku diserang penyakit 'selagiakutakdapatjawapannya-selagituakutakkanpuashati-danakuakanterus-memikirkanjawapannyasampaidapat'. Fuh.. Panjang tu! Kalau ikut nama saintifik pula, namanya adalah 'sengalus tahapiricious gabanus'.

Pernah tak korang mengalami keadaan macam tu? Berada di dalam situasi di mana korang tau jawapan kepada soalan yang ditanya tapi jawapan tu korang tak dapat nak bagi? Terbayang-bayang dah di dalam kepala, tapi masih juga tak dapat nak keluarkan? Lepas tu korang akan rasa tension dan tak habis-habis memikirkan jawapannya apa. Lepas tu, bila dah dapat jawapannya korang akan rasa gembira yang amat sangat walaupun jawapannya tu jawapan yang remeh temeh? Haha.. Berbelit betul soalan aku ni!

Aku macam tu lah malam tadi, di kala aku tengah syok menonton Miley Cyrus melalak di rancangan American Idol. Nana, housemateku bertanya tentang seorang lagi minah yang lebih kurang sama dengan Miley ni. Aku tau nama wataknya. Lizzie McGuire. Tapi, nak recall balik nama pelakon yang memegang watak Lizzie tu, ya ampun! Rasa terseksa jiwa raga. Dah macam orang sewel. Eh apa ek nama dia? Alahh.. Apa ekk? Isy.. Apa nama minah tu? Adehh.. Memang sengal. Sekejap aku duduk, lepas tu aku baring balik. Mengiring ke kanan, lepas tu duduk balik. Agak lama jugaklah aku buat rutin begitu. Serious, boleh bakar kalori! Hahaha.. Nana dah mula gelakkan aku. Mesti dalam kepala dia, "Kak Yatt mereng dah".

Aku tau muka si Lizzie tu macam mana. Aku sempat recall dia berlakon filem Casper and Wendy masa dia kecik-kecik dulu. Aku boleh bayang watak dia dalam A Cinderella Story bergandingan dengan Chad Michael Murray. Aku memang tau yang dia dulunya gebu tapi lepas tu dah kurus dan bertambah cantik. Aku juga tau dia ada seorang kakak dalam industri yang sama dan muka mereka pun lebih kurang sama. Semuanya aku tau. Tapi namanya? Huhuhu.. Wo bu qi dao la! Tapi selepas lebih kurang 10 minit baru nama tu menjelma. HILLARY DUFF la ngok! Wahahaha.. Lega gila bila dapat jawapannya. Happy tak terkata! Sengal KOQ~!

Lebih kurang 11 malam aku diserang lagi dengan sindrom yang sama. Ketika itu, aku sedang merajinkan diri membuat latihan arithmetics Computer Architecture. Aku ni nak ajar orang, tapi diri sendiri kurang ajaran. Hahaha.. Tertonggeng-tonggeng aku buat. Jawapannya aku tau, tapi tak dapat nak express macam mana. Satu soalan simple, aku ambil masa yang teramat lah lama untuk selesaikannya. Dan pada pukul 3.25 pagi, ketika orang lain sedang nyenyak tidur, aku berteriak ke'happy'an bila mendapat jawapannya. Huhuhu.. Teruk betul lah aku ni!

Nasib baik hari ni masih ada FYP presentation. Kalau tidak, maunya aku sambung tidur. Speaking of FYP presentation, hari ni hari penghabisan dan tamatlah sudah segala sengsara. Penat sungguh aku mengaum macam leopard dan berkokoq~! macam ayam patah. Selepas ni apa pula? Wallah.. Exam pula ye. APAAA?? Hal-hal PLUMS lagi? WHATTT?? FYP Presentation untuk PLUMS pulak? EXAM PLUMS? PTK? KIOOQQQQQQ~!!!

La La La La...

First day at work after long holiday. Hari ni dan sepanjang minggu aku akan cuba mengelakkan diri aku dari mengalami tekanan jiwa, mental dan fizikal tatkala FYP presentation dilangsungkan. Diharap aku tabah menempuh semuanya. Amin..

Well, Bangkok. What can I say? Dah diisytiharkan darurat dah pun. Nasib baik kami balik sebelum semuanya bermula. Actually, hari kami balik pun mereka dah mula meroyan. Saat kami menikmati sarapan pagi, mereka berkonvoi kereta, lori, motor, beramai-ramai mengelilingi kota Bangkok. K Awa sempat juga mengsnap beberapa keping gambar. Kamera aku je yang buat pe'el pagi-pagi tu. Kalau tak, dah ada dah beberapa keping dalam koleksi.

Sempat juga ye aku merepek kat sini pagi ni. Dah lah Yatt. Gerakkanlah diri kau yang besor tu ke Lab. Dah nak start dah presentation tu. Till next time lah ye, peeps. Adios!

Happy Birthday Ustaz!

Hari ini birthday si Ustaz @ Sharir Daut.. Selamat ulang tahun yang ke-26. Errkk.. Aku semakin bertambah tua! Wuwuwuwuw.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..


Posing dengan harta kesayangannya..

Makan apa weh? Rugilah aku dah balik KK hari ni. Kalau tak, mesti dapat merasa orang belanja makan. Nanti kau balik KK sini, aku tuntut tau! Layan lah kau 'the golden girls' kat rumah tu.

Oh ya. Abahku masuk hospital yesterday. Semoga cepat sembuh hendaknya. Amin..

KOQQ!!

Aku diperkenalkan dengan budak-budak ni oleh Yati. Melekek-lekek aku gelak. Tak jadi aku nak buat kerja lain. Macam siot je masing-masing melakonkan semula scene audition OIAM Dr Izu - penyanyi utama group nasyid Saujana.

Audition OIAM

credit to rindokblog @ youtube

Lakonan semula KOQQ..



credit to anastahir @ youtube

Terasa macam kenal budak-budak ni? Ye. Yang muka macam Faizal Tahir tu memang adik Faizal Tahir, Anas. The other one? Si Akbar tu lah. Seriously, memang hillarious budak-budak ni. Siapa sangka dulunya masing-masing skema gila menyanyi nasyid.

Semoga Dr Izu kembali seperti dulu. Amin...

Meroyan Di Bangkok - Day 1

Yeszaaa.. Aku baru balik dari Bangkok. Sakan berbackpacking dengan kawan-kawan backpackers. Selamba badak mengexplore Bangkok dengan hanya berbekalkan peta dan info-info dari internet. Gamble sungguh. Dengar macam best kan?

Ini adalah kali pertama aku ke Bangkok. Kalau ke Thailand mungkin kali ketiga lah kot. Sekali, aku pergi lintas border Bukit Kayu Hitam dan sekali lagi aku jejakkan kaki sikit ke Golok. Hahaha.. Kira pergi jugak lah tu kan? So, first time berjalan sakan, banyak jugalah aksi kejakunan yang aku pamerkan. Maafkan sajalah ye. Tak disengajakan semuanya tu.

Memperkenalkan geng backpackers - Aku, K Awa, Nott and Oli. Muka-muka yang sama pergi ke Medan hari tu kecuali Oli. Kalau diikutkan ada 6 orang semuanya. Lagi dua orang termasuk Anie Horas (geng backpacker Medan) tak dapat nak join atas sebab-sebab tertentu. Jadinya kami berempat sajalah yang akan meneroka kota Bangkok. Chewahh.. Macam saspen je bunyinya.


Friday, 3rd April 2009

Kami bertolak dari JB. Bagus juga ada direct flight Air Asia dari JB ke Bangkok. Tak perlu bersusah-payah nak naik flight dari KL. Aku lah yang terpaksa bersusah sikit nak kena turun dari KK. Tapi tak apa. Tiket KK-JB 0 ringgit. Tiket JB-Bangkok pun 0 ringgit. Bisa diatur semuanya! Janji dapat merewang dan meroyan di tempat orang.


With K Awa at Senai Airport..

Flight bertolak jam 2.55 petang. Sepanjang perjalanan aku tidur dengan bestnya. Tak peduli dah dengan orang kat sekeliling. Tersedar pun ngam-ngam masa nak landing. Nampak lah keadaan muka bumi Thailand yang sangat-sangat lah landai. Tak ada bukit-bukau gunung-ganang langsung. Rata saja. Memang sesuai benarlah nak menyawah padi.

Kami tiba di Suvarnabhumi Airport jam 3.50 petang. Waktu Bangkok lah. Aku jadi agak serabut juga. Orang dah la ramai, kami pula tak tahu arah tuju. Belasah saja lah. Selepas clear immigration and ambil bag, kami naik teksi ke Khaosan. Berpinar-pinar mata aku tengok warna teksi-teksi bangkok. Shocking, striking colours! Pink, biru, hijau kuning (hidup Kedah! Hehe..), oren, dan macam-macam lagi lah. Dan yang paling best, semuanya Toyota Altis ye kawan-kawan. Don't play-play gitu!


Bangkok Airport. Mamat pakai spek tu kecek kelate sokmo..


No Smoking and Fasten your seatbelt!

Khaosan. Backpackers Haven! Sesuai banget lah dengan kami yang bajet kecik ni. Asal dapat tempat yang selesa dan bersih, kami belasah saja. Baca review di Internet, Khaosan ni teramat-amatlah happening. Penuh dengan mat saleh. Wait and see saja lah ye nanti.

Perjalanan dari airport ke Khaosan mengambil masa lebih kurang dua jam. Traffic jam lah. Apa lagi. Banyak betul kereta kat Bangkok ni. Oh ya. The traffic light kinda sucks! Boleh lampu hijau tu on for less than 30 seconds je? Berapa je kereta yang boleh lepas macam tu? Sabor je lah. Tapi aku tengok semua pemandu relaks je. Sungguh bersopan santun. Boleh lagi bagi laluan pada pemandu lain. Tak macam Malaysian drivers. Haram jadah.


BN dan PAS bergabung tenaga.. Ngehngeh..


Motor Taxi. Sakan memanggil penumpang..


Berselirat ya ampun!

Pukul 6 lebih baru lah kami tiba di Khaosan. First impression, wow! Really happening. Ramai betul orang. Yes, mat dan minah saleh pun bersepah-sepah. Terasa macam kat Europe pulak kaedahnya. Berangan je lah kau Yatt. Hehehe.. Kami stay di Lucky House Inn on Chakraphong Road. Bajet backpackers lodge saja. 450 Baht per night. Lebih kurang RM45 lah tu. Walaupun kecik, tapi selesa. Yang penting, toilet bersih dan berkilat. Memang worth it.

Selepas settle semuanya, kami merondakan diri di Khaosan Road. Meriah sungguh lah. Mat dan minah saleh sakan meneguk air haram. Berbaldi-baldi tu. Jangan lah diorang mabuk dan buat scene. Maunya aku nangis kat situ. Kami berjalan mengharapkan ada restoren muslim yang membolehkan kami melantak. Sampai ke hujung jalan kami hampa. Tak ada satu pun yang ada di depan mata. Huhu.. Kelaparan lah kami malam ni nampaknya.


Khaosan Road yang 'Hap'pening..

Nasib kami agak baik bila terjumpa satu kedai pakaian pengantin Muslim. Setelah bertanya, ada rupanya kedai makan Muslim berhampiran. Tak perlu tunggu lama. Terus melangkah ke sana. Dapat juga aku makan. Keadaan kedai tak berapa menyelerakan sebenarnya. Terletak di lorong-lorong belakang bangunan. Tapi dah lapar. Belasah sajalah. Aku melantak Chicken Rice. Kononnya lah chicken rice. Tapi aku rasa macam beriyani ayam. Lantak lah. Janji kenyang.


Chicken Rice or Chicken Beryani?

Selepas makan, kami meronda lagi di Khaosan Road tu. Aku sekadar mencuci mata saja sementara yang lain-lain mula menyopping beli bag dan sandal. Aku ni kan kedekut. Hahaha.. Apa yang menarik perhatian aku kat sini ialah kedai 7 Eleven yang bersepah-sepah banyaknya. Selang 5-10 kedai mesti boleh jumpa 7 Eleven. Even ada juga 7 Eleven yang saling berdepan. Pelik juga kan? Mungkin tak pelik bagi diorang. Aku saja yang jakun terlebih.


Muka selebet dan sebik kat Khaosan Road. Dah penat tapi ada hati nak bergambo..

Kami balik semula ke inn lebih kurang jam 9 malam. Walaupun malam masih muda, aku dah melepek kepenatan. Tidur awal boleh bangun awal. Ada 5 hari lagi menanti kami di Bangkok ini...

Hello World!

Hallu peeps! Dah lama aku tak menconteng di sini. Aku baru saja balik dari meroyan kat Bangkok selama 6 hari. Macam-macam perasaan ada. Paling banyak, peristiwa lawak yang tak kena tempat. 'Siyes' sakit perut gelak bila ingat balik. Hahaha.. Akan ku curahkan semuanya kat sini nanti.

Jumaat ni Good Friday. Sabah cuti. Aku ambil kesempatan memanjangkan cuti aku. Duduk lama-lama sikit di JB ni. Ahad baru aku pulang ke KK. Tiba-tiba aku terasa macam malas nak balik. Huhuhu.. Mentel lah kau Yatt. Tiap-tiap kali balik mesti macam ni. Tak pernahnya terasa rajin..

Apa yang aku merepek ni? Ohh.. Dah malam rupanya. Kepala rasa wengg sikit. Ngantuk pun ada. Besok lah aku sambung menulis pasal Bangkok. Tungguuuu...!!

Horror!

Apakah perkara yang paling mengerikan ketika menaiki kapal terbang? Cuaca buruk? Tettt! Salah. Perkara yang paling mengerikan ialah apabila terpaksa duduk selama 2 jam setengah di sebelah orang yang tak mandi. Tersangat-sangatlah HORROR!

Aku memang ada isu dengan orang yang tak mandi ni. Buatkan aku migrain tak bertempat. Belum lagi dia datang duduk di sebelah, dari jauh dia berjalan aku dah dapat bau. Betapa sensitifnya hidungku ini. Dari hidung membawa ke kepala. Boleh demam! Asal dia bergerak sikit, terbit bau-bauan yang tidak menyenangkan. Belum lagi dia mengangkat tangan. Menolehkan kepala. Tak kisahlah apa jua pergerakannya, kesemuanya membuatkan aku mual.

Orang yang mandi, tapi kuat berpeluh, baunya tak sama dengan orang yang tak mandi langsung. Ini tengik betul. Sepanjang perjalanan aku terpaksa menahan dan menyelubung diri aku dengan pashmina Baadsha ku itu. Dah macam pocong dah aku jadinya. Setelah mendarat, cepat-cepat aku keluar. Terasa nikmatnya dunia bila berada di luar kapal terbang. Dapat juga aku menghirup udara segar. Heaven!

Kenapa ye mereka ini tak mandi? Alergik air ke? Melampau sangat lah. Budak-budak aku pun masih ada yang tak makan saman. Masih lagi datang memunculkan diri dengan tak mandinya. Dah penat aku membebel. Masih lagi tak paham-paham. Harus campak ke lombong saja mereka ni..


Poster yang kutepek di depan pintu bilik. Kalaulah aku ditakdirkan menjadi pemilik syarikat penerbangan, aku akan pastikan poster ini ditampal di pintu kapal terbang. Hahaha..

Renung-renungkan, dan selamat beramal! (amalkan mandi selalu ye..)

1 April 1999

Hari ini 10 tahun yang lalu, keputusan SPM 1998 diumumkan. Aku lah antara manusia yang berdebar menunggu hari itu. Perasaan bercampur baur. Entah macam mana lah performance aku ye? Tercapai ke target sekolah nak menghasilkan pelajar yang mendapat aggregat 10 ke bawah? Aku termasuk ke dalam kelompok tu? Iskk..

Esoknya, aku dan Aliza ke sekolah menaiki bas ekspress Mayang Sari . Aku dan Aliza sama saja prinsipnya. Biarlah kami je yang terkedu menerima keputusan. Mak abah tak payah lah join terkedu sama. Hahaha.. Perjalanan 2 jam stengah ke Muar aku rasa macam sekejap je. Kalau boleh biarlah lambat-lambat. Macam tak sanggup nak memunculkan diri di sekolah.

Tapi bila dah sampai, lain pulak yang aku rasa. Seronok juga bila jumpa kawan-kawan lama. Masing-masing bukan budak sekolah lagi. Bermacam-macam fesyen yang diragakan. Ada yang smart habis, ada yang serabai, ada yang dulunya alim sekarang ni tudung entah melayang ke mana, rambut dah karat, ada yang dulu rock sekarang dah macam ustazah. Macam-macam ada. Aku? Macam ibu beranak empat! Huwaaaa.. Seriously, 4 bulan duduk di rumah selepas SPM membuatkan aku menternak lemak dengan jayanya. Tension betul lah.

Keputusan dah berada di tangan. Agak frust juga lah. Target agreggat 10 tak tercapai. Terlebih satu. Wuwuwuwuww.. Nak nangis aku kat situ. Tapi dalam empangan nak pecah tu, aku bersyukur juga. Masih berada di kelompok yang terbaik. Alhamdulillah. Dapat juga aku masuk ke Universiti yang ada di seberang rumah. Hahaha..

Dulu, ambil 10 subjek untuk SPM terasa macam separuh mati. Nak dapat A1, A2 pun rasa terseksa. Sekarang? Aku tengok macam senang-senang je pelajar-pelajar dapat A. Kenapa ye? Aku selalu menyedapkan hati dengan mengatakan graf turun.. SPM gempak bukan main, tapi cuba tengok bila masuk Universiti nanti. Adakah mereka akan perform dengan baik? Lu Pikirlahhh Sendiri!!
 

Copyright 2007 | All Rights Reserved.

MistyLook made free by Web hosting Bluebook. Port to Blogger Templates by Blogcrowds