Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, March 27, 2009

Maulidur Rasul 2009

Penat dan seronok! Itu kot yang aku boleh describe hasil daripada 'berjalan jauh' pagi tadi. Sebenarnya tak lah sejauh mana. Saja je exaggerate cerita bagi gempak sikit. Hehe..

Hari ini, kami warga U berarak sempena Maulidur Rasul. Dari perkarangan Masjid sehinggalah ke Dewan Canselor. Kesemua sekolah, jabatan dan kolej kediaman terlibat. Masing-masing dengan gaya dan fesyen masing-masing. Bermacam-macam warna. Meriah betul. Warna tema kami tahun ni warna ungu. Malatop kaauuu.. Dengan selendang siap 'awning' lagi. Fuh.. Seumur hidup aku tak pernah aku pakai tudung ada awning ni. Ini lah first time. Dan barangkali ini lah juga last time aku akan pakai tudung macam ni. Hahaha..


Tengah semangat nak berarak ni..


Kemain seronot dia dikelilingi aweks-awekss..

Acara dimulakan dengan penilaian sepanduk dan kontinjen. Kemudiannya berarak ke dewan, sedikit refreshment dan seterusnya masuk ke dalam dewan untuk ceramah sempena Maulidur Rasul. Semalam ketika taklimat, aku terkedu ketika membaca nama ustaz yang memberi ceramah tu. Ustaz Nicholas Sylvester. Macam salah acara kan? Tapi betul lah tu. Memang itu lah nama dia.


melepaskan penat selepas berarak..


with k sal.. seriously, aku tak suka pakai tudung awning ni..

Di dalam dewan, aku agak terganggu jugalah dengan perjalanan program. Dengan pengacaranya yang banyak kali tersasul. Dengan keadaan acara yang sedikit kelam kabut. Macam tak ada persediaan. Mungkin kali pertama agaknya mereka melibatkan diri. Dimaafkanlah! (Padahal dalam dewan dah kutuk habis. Hahaha).

Acara ditutup dengan persembahan nasyid, penyampaian hadiah dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Sepatutnya persembahan nasyid dahulu sebelum ceramah, tapi bila dijemput ke atas pentas, penyanyi-penyanyi nasyid ni tak muncul-muncul. Macam lawak pun ada. Dua kali announce, dua-dua kali juga tak muncul. Terpaksa diteruskan juga dengan ceramah. Selepas habis ceramah baru lah ada persembahan nasyid tu. Rupanya student yang membuat persembahan nasyid tadi tu baru habis mid-term. Tu sebab mereka lambat. Hahaha.. Macam-macam. Dah nak final exam dah. Baru buat midterm? Siapalah lecturer tu. Hehehe..

Penyampaian hadiah? Kami tak menang apa-apa. Kebanyakannya dibolot oleh Jabatan Pendaftar dan Bendahari. Tak apalah. Tahun depan ada lagi. InsyaAllah..

Thursday, March 26, 2009

Tak Glamer Ke?

Empat orang manusia sedang melepak keboringan di satu booth di CentrePoint, KK.


Anis Ayuni, Aleya Anessa, Lynn Dayana & Ramlee Awang Murshid.

Siapa mereka ni? Bagi peminat-peminat novel melayu terutamanya terbitan Alaf 21 pasti mengenali mereka. Penulis novel lah.

Kasihan mereka! Dari awal aku datang ke CP ni sampailah aku nak balik, tak ada siapa pun yang beramah-mesra dengan mereka ni. Tercongok je lah dekat meja tu. Aku yang meminati hasil karya Anis Ayuni dan Ramlee Awang Murshid, ada juga keinginan nak menyapa mereka. Tapi terasa segan lah pulak. Kalau kat semenanjung maunya mereka ni dah dikerumun ramai.

Kenapa ek? Orang Sabah tak layan novel melayu kot? Ramlee Awang Murshid tu sendiri orang Sabah. Pernah bekerja di RTM Sabah. Takkan tak ada kaum kerabat dia yang datang? Entah lah ye. Tak tau aku nak komen apa.

Tuesday, March 24, 2009

Tak Pernah Aku Rasa Seronok Macam Ni!

Aku seorang yang baik. Aku tak suka marah-marah. Aku seorang yang cepat kesian. Aku juga jenis yang tak sampai hati. Disebabkan itulah, ramai yang suka-suka hati mak bapak atuk nenek moyang mereka memijak kepala aku. Tak pasal-pasal aku jadi The Incredible Hulk. Cuma tak tukar kaler hijau je.

Alkisahnya, aku dah lama diasak dengan macam-macam benda yang membuatkan aku bengang + marah + tension + stress. Kalau pelakon Korea, confirm terus bunuh diri. Tak payah tunggu-tunggu lagi dah. Hahaha.. Jadinya, bila dah banyak sangat input negative ni yang masuk, aku tak tertahan-tahan. Meletup juga aku akhirnya.


Jang Ja Yeon. Salah seorang 'penyemak' dalam BOF. Bunuh diri 7 Mac 2009 lalu akibat stress.

Aku rasa seronok! Selepas bang boom bang mengamuk di dalam kelas, aku terus keluar. Muka aku memang selenge habis lah. Muncung pulak boleh diikat dengan reben. Tapi, bila dah masuk ke dalam kereta, aku ketawa gila-gila. Mampuslah aku, kalau budak-budak ni nampak. Dalam kelas tadi aku memang serius. Siap lempar-lempar assignment lagi. Tapi bila difikir-fikirkan balik, lawak pula jadinya. Begini rupanya kalau marah orang ye. Best juga rasanya. Kekeke..

Hah. Tau takut budak-budak ni! Patutnya aku kena jadi ganas dari awal lagi. Tapi tu dah bertentangan sangat dengan prinsip aku yang satu tu. Ahh.. Korang pikir-pikirlah sendiri apa benda alahnya tu. Malu aku nak kongsi kat sini. Kekeke..

Thursday, March 19, 2009

Test Sengal

Aku dah pernah experience test sengal ni tahun lepas. Tahun ni, anak-anak buah aku pulak yang experience. Memang sengal ya amat. Punya lah berbelit soalannya. Macam-macam aksi dah budak-budak ni buat sepanjang menjawab seoalan. Yang dapat jawab soalan-soalan sengal tu boleh tiba-tiba berteriak kegumbiraan. Suka hati kau lah labu..

Test apa yang sengal ni? Infosys punya Aptitude Test. Tau-tau je lah kalau sebut Aptitude Test ni. Memang soalan-soalannya menyakitkan kepala. Menguji IQ betul. Kalau soalan objektif boleh la juga dihentam jawapannya. Ini tidak. Pandai-pandai kau lah nak hidup.

Ye, Infosys Foundation Program is back. Untuk kali ketiga. Kisahnya, batch yang ini sepatutnya ke India juga. Tapi telah dicabar oleh Infosys untuk buat sendiri di Malaysia. Elehhh.. Padahal ada kisah lain. Tu cuma untuk cover line je tu. Hehehe..

Pemilihan peringkat IPT dilakukan oleh SPOC and committee. Kebetulan colleagues aku semua join Semantic Course 3 hari. Nak tak nak aku sorang lah terkontang-kanting handle semuanya dari Essay Test sampai lah ke Interview Session. Nak muntah rasa terkejar ke sana-sini.

Dengan rasa kelam kabut tu, kami yang di dalam lab ni hampir-hampir dikunci dari luar. Sedang aku invigilate budak-budak ni aku dengar pintu grill lab ditutup. Lintang pukang aku berlari ke pintu. JANGAAANNN KUNNCIII KAMIII!! Hehehe.. Kelakar pula bila diingat balik.

Hari ni settle semua. Hasil test dan interview dah dipos ke Putrajaya. Lega rasanya. Hopefully ramai lah candidate dari sini. Boleh aku tumpang menyemak nanti. Dr Jason pun suruh aku join bertapa kat Melaka sana sepanjang sebulan lebih tu, tapi tak mampu lah aku. Baik aku pergi PTK. Speaking of PTK, ni pun lagi satu sengal. Disuruh apply secara online, tapi linknya tak aktif langsung. Bengap betul...

Tuesday, March 10, 2009

Pandai Pun..

Betul kata orang. Kalau kita hidup berdikari, tinggal seorang diri, secara otometiknya kita akan pandai buat kerja-kerja yang kita tak biasa buat. Aku merefer kepada dua orang tuan puteri kat rumah ni. Kalau mak ada kat rumah, haram jadah mereka ni nak volunteer tolong buat kerja-kerja rumah. Dah disound, dibambu, dijerit dan yang sewaktu dengannya baru lah terhegeh-hegeh mengangkat punggung yang besar tu membuat kerja-kerja. Sambil mulut moncong sedepa. Biasalah. Aku dulu pun macam tu juga. Hahaha.. Tapi aku dah ada kesedaran sivik tahap dewa.

Kat rumah sekarang ni cuma ada abah, aku dan tuan-tuan puteri sahaja. Mak pergi berkampung di hospital Kota Tinggi menjaga nyaiku yang ditahan di wad kerana kencing manis. Jadinya, bersorak kegirangan jugalah anak-anak dara Wak Daut ni sebab tak ada orang yang akan melaser, melaung dan menjerit tiap-tiap pagi. Hehehe.. Tapi dah dua hari ni, aku rasa macam sunyi pula. Rindu pula aku dengan bebelan mak.

Jadinya, bila mak tak ada kat rumah, masing-masing pandai buat kerja. Rajin terus! Otometik. Yang paling aku terkujat habis Ika Kembong boleh sediakan breakfast untuk abah. Nasi Goreng dengan telur goreng mata lembu dua biji. Fuh! Terkesima campur terkagum aku kat situ. Ko biar betul dik? Tapi betullah. Sungguh aku tak menyangka. Nak puji lebih-lebih karang bertambah kembang dan kembong lagi dia. Hahaha.. Ok la kan. Aku macam biasalah. Flat memanjang. Selepas abah pergi kerja dan Ika pergi sekolah aku pun sambung tidur. Bila lah demam aku nak baik ni. Huhuhu..

Kisah Air Asia

Air Asia sekarang ni dah pakai seat number! Hehe.. Mungkin aku yang ketinggalan zaman sikit. Ye lah, orang naik MAS je sekarang. Dah lupa dah pasal Air Asia. Kehkehkeh.. Itu pun disebabkan urusan rasmi lah aku naik MAS. Kalau tak kirim salam je lah.


LCCT Kota Kinabalu..

Anyways, good thing juga lah pakai seat number ni. Takde nak berebut-rebut. Naik pun tenang je. Kalau lambat pun tak risau dapat seat tak best. Kan?

Infosys Reunion



Umat-umat yang berjaya menyepockan diri untuk Infosys. See you guys in Melaka this May!

Wednesday, March 4, 2009

Korea ehhh.. KL, Here I Come!

Tersengih-sengih aku atas flight tadi. Mana taknya, terbuntang dengan besarnya mata aku melihat adik beradik Boys Over Flower menaiki pesawat. Hahaha.. Bukan BOF betul-betul. Kaum kerabat mereka lah. Cuci mata betul. Rupa-rupanya tadi aku naik connecting flight dari Incheon ke KL. Patutlah seronok rasa. Nak-nak lebih dari separuh atas flight tu Korean. Dengan pramugari-pramugari sekali Korean. Comel pulak lah aku nengok onni-onni tu pakai baju kebaya MAS tu. Jalan terkedek-kedek kontrol ayu. Tapi bersepah-sepah jugak lah berjalan tu. Tak sopan sangat macam gadis melayu. Ecececehhh.. Bila terdengar announcement dalam Hangul aku tiba-tiba terberangan yang aku tengah naik Korean Air pergi Incheon. Keke.. Syok betul. Terus hilang rasa sedih ditinggalkan Dr Jason. Hahahahaa.. Takdelah. Tak sedih pun sebenarnya. Hehe..

Tepi aku Korean, belakang aku Korean, tapi malangnya sebelah aku seat kosong. Huh! Kalau ada mamat Korea sorang duduk kat sebelah boleh jugak aku temberang cakap Korea. Tak pun aku jadik Han Ji Eun yang excited naik flight duduk sebelah Young Jae. Hehehe.. Berangannya aku. Sepanjang atas flight aku keboringan. Aku mula curi-curi dengar orang Korea di belakangku berbual dengan passenger di sebelahnya. In English lah. Kalau tak, haram aku tak paham. Aku dengar-dengar dia nak pergi JB. Nak beli property yang dekat dengan Singapore. Orang kat sebelahnya orang Malaysia lah. Chinese uncle. Tua dah. Uncle ni kata dia tak terer area JB. Sakan orang Korea tu bertanya. Tak cukup tu dia panggil pulak dah pramugari yang bernama Kim Min Ji tu. Tanya pasal JB kat minah tu. Minah tu pun sakan menerangkan dalam bahasa Korea dia lah. Nak aje aku menyampuk I'm from JB! I'm from JB! Hahaha.. Tak senonoh aku ni. Tapi aku cuma mampu terkaku je tersengih-sengih. Seronok jugak dengar Kim Min Ji tu bercerita pasal Johor Bahru kat lelaki Korea tu. Aku tau lah. Sebab dia selang seli cakap English. Tak sangka aku. Terrer jugak ye onni ni pasal JB. Hahaha..


Kim Min Ji ssi


My Dinner..


Huduh betul rupa kopi sejuk ni..


Pintu yang bergagar-gagar ketika take off dan landing.. huhu..

Bengkel Infosys di PanPac KLIA. Aku lepak di Concorde. Manalah aku layak nak duduk hotel mahal-mahal. Nasib baik ada free transportation dari KLIA ke sini. Tak payah lah aku bersusah payah terkejar-kejar. Well, not bad jugak lah Concorde ni. Tak lah mewah, tak lah buruk. Toilet pun ok. Overall, selesa. Kat luar tak survey lagi rupanya macam mana. Walaupun dalam gelap, aku rasa surrounding agak menarik juga. Besok boleh lah tengok puas-puas sebelum melangkah ke PanPac.












Love Note from the Housekeeping..

Aiyarrkkk.. Dah pukul 1.02 pagi. Tidur lah. Karang besok tak bangun lah pulak. Semoga oppa-oppa yang comel tadi masuk dalam mimpi-mimpiku....... Kekekkee...

Melepak..

Aku sedang melepak lagi. Kat KKIA. Sementara menunggu flight ke KL. Asyik berjalan je aku ni kan? Sabtu ni balik JB pulak. Tapi bukan dari KL ye. Dari KK. Hahaha.. Bengong jadinya.

Pergi KL buat apa? Bengkel Infosys. Nasib baik tak ada last minute changes. Kalau tak, menyumpah lagi lah aku. Dengan siapa? Dr Jason, our beloved TD. Tapi kebetulan pulak dia sampai awal, dan sempat catch earlier flight. Tertinggal aku kat belakang. Hahaha..

Ehh.. Dah pukul 4 dah. Aku blah dulu lah.. KL here I come!