Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, October 31, 2008

Berubah Haluan?

Ketika cuti raya, aku diberitahu bahawa aku akan dihantar berkursus di KL. Sukanya, sampai melompat-lompat kegirangan. Mana tak suka, aku dapat keluar berjalan-jalan. Sambil menyelam, minum air. Ye tak? Then, after I got back to work, barulah aku tahu yang kursus tu berkaitan dengan Satyam. SATYAM? I laughed like crazy. Dulu Infosys, now Satyam? Interesting. Bukan ke diorang ni rivals? Errmmm..?? Tak kisahlah. Janji dapat keluar dari Sabah ni. Haha.. So, different inputs lah this time ye. Oh wait.. Are they going to make me go to India again? Huh? Harap-harap tak ada lah. Perut aku ni baru je nak baik. Hehe..

Last wednesday, aku terima panggilan dari KPT. I need to attend a web seminar with Satyam people on Friday, which is today lah. Before that, i need to join a test run. Nak make sure application web seminar tu ok dan aku boleh interact with Satyam tanpa sebarang halangan. But, things aren't very good. The internet sucks! Aku tak dapat join the test run. The following day, another test run, same thing - Internet macam cipan. Tak dapat join jugak.

Today? Worse! Definitely macam cipan yang tengah nazak. (Just a perumpamaan. Aku tak pernah tengok cipan nazak..) Menunggu saat-saat untuk meninggalkan alam fana. No choice. Aku memecut ke arah 1Borneo. It only took me 4 minutes to start enjin kereta, drive keluar dari UMS and park my car di 1Borneo. Tak sangka. Sekejap je rasa. Nak pergi IPMB lagi jauh. Aku terus menuju ke arah coffee bean, order myself some treats and start the web seminar.



Nothing much with the web seminar. Some introduction to the program, chit chatting with the participants and bla bla bla. Chet!! Aku ingatkan ada something big lah. Something very important. Tengok-tengok macam main YM je. Tapi still ok. Dapat interact dengan other participants. Well, program yang akan berlangsung 24-28 Nov di APIIT, Technology Park ni melibatkan 20 lecturers from various IPTs.

Bila difikir-fikir, aku ni tamak ke? Nak rebut semua peluang yang ada? What will people say? Sudah-sudahlah dengan Infosys, Satyam pun kau nak kebas jugak? Aku tak tau nak cakap apa. It is not my fault being the only single lecturer in our science computer department. Mana-mana kursus or training, yang jauh, yang lama durationnya, aku dapat pergi. Yang lain-lain busy dengan family, anak and so on. Aku ni anak kucing pun tak ada. So, lucky me! Or, dead meat me!

Well guys, I'm not the only INFOSCION yang bertukar arah (bukan suka-suka ye). Ada lagi seorang tu. Well, two actually. Tapi yang lagi sorang tu macam tak jadi je. Siapa ye lagi sorang yang 'tamak' tu? Wait n see lah. Kita jumpa di lain entry. Hehe..

Thursday, October 30, 2008

Status Mode: :-(

It's FYP Presentation week. Got 16 students under my supervision.

Aku yang terlebih risau. Macam mana presentation mereka nanti? Adakah mereka buat dengan baik? Jika mereka gagal, adakah aku ikut gagal? Gagal dalam menyelia mereka?

Tiap-tiap semester aku menghadapi masalah yang sama. Aku percaya, aku telah lakukan apa yang harus aku lakukan. Memberi panduan, pandangan, cadangan dan tunjuk ajar. Terpulang pada mereka untuk memanfaatkannya.

Tapi, aku dapat rasa kebanyakan usaha aku seakan sia-sia...

Bangkok Dangerous



Tengok di CP with K Rafidah n her hubby again. Not that great. Biasa-biasa je. Aku tidur 30 minit terakhir tu..

Kisah 'Ju-On' yang kami alami ketika dalam lif sebelum dan selepas tengok wayang ni lagi menarik. Apa kisahnya? Nanti aku cerita..

Wednesday, October 29, 2008

Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang..

Sepanjang dua minggu ni, cuaca tak menentu. Hujan, mendung. Mood pun ikut mendung jugak. My baby pun dah lama tak dapat proper bath. Asyik mandi hujan dan main lecak je. Rimas tengok.

One of my good friend, Affa n her hubby datang berkunjung over the deepavali weekend. Too bad, sekejap je dia datang. Tak dapat nak berjalan jauh. Nak jalan tu boleh, tapi kesian la pulak. She's 7 months pregnant. Pusing-pusing around KK sajalah. It's a good thing, hari kami keluar berjalan, cuaca agak baik. Kalau tidak, kind of 'buang karan' je Affa datang tapi tak dapat ke mana-mana.

Destination? You can guess lah. Wajib ada dalam itinerary - Pasar Kraftangan a.k.a Pasar Filipin. Orang perempuan, tau-tau aje lah. Aku yang datang meneman pun sempat menabung duit kat sana. Pantang betul nampak benda baru.

Lepas Affa balik ke KL, cuaca kembali suram. Aku pun ikut suram juga. Hari ni boleh la dikatakan cerah sikit. Hari esok, siapa yang tahu..

Tuesday, October 28, 2008

Keinginan Yang Belum Tercapai

Last friday, aku keluar meronggeng with K Rafidah n her hubby. Aku ikut ke City Mall where K Rafidah ada piano lesson kat sana. Aku jadi excited bebenor lah bila masuk Yamaha Music Centre nun. Nampak semua piano yang macam-macam saiz tu.

I've been longing for 1 for a looonggg time. Zaman sekolah menengah rendah aku minta mak belikan. Mak kata mahal. Mak tak mampu. Aku merajuk berhari-hari. Tak puas hati. Orang lain boleh ada, kenapa kita tak boleh? Such a bitch I was at that time. Haha.. Aku tau benda alah ni mahal. Tapi aku buat-buat tak tau. NAK JUGAK!! Aku lagi sikit nak jadi macam Pekan berguling-guling atas lantai minta telur tembakul. Tapi tak berani lah pulak. Karang tak pasal-pasal kena penampar jepun mak. Mak dulu-dulu memang garang ya amat. Macam bukan mak betul. Hehe..

Well, zaman sekolah menengah atas, aku join SAMURA. There, dalam dewan besar ada sebiji piano yang berkilau-kilau, melambai-lambai panggil aku. Aku pun macam terbang melayang pergi kat piano tu. There it was. Depan mata. Seronok betul aku. Setiap petang, orang pegi beriadah, aku meriadahkan jari-jemariku mengetuk piano. Fuhh.. Memang best. The best thing was, aku belasah je main. Asal ada bunyi. Kedudukan jari aku memang bersepah-sepah. Suka suki lah aku tekan ikut jari yang selesa. Haha.. Orang kata aku ni play by ear. Hah? By ear pun, by ear lah. Janji sedap di dengar.

Disebabkan aku selalu bertenggek kat piano suka suki main lagu kegemaran aku, aku jadik glamer. Wahaha.. Poyo je. But seriously. Memang pun. Ramai yang kenal aku as Yati Piano. Yati mana? Yati piano tu.. Dah. Bapak aku ditukar nama jadi piano pulak. Iskk.. Nak dijadikan cerita lagi, aku join Choir SAMURA. Fuh, terrer betul aku nyanyi dari perut. Kalah budak-budak AF! Masuk form 5, they need a pelapis for the piano player. My choir members dengan tak malunya, mencalonkan aku. Aku jadi gabra. Aku bagitau cikgu, aku tak pandai main. Aku explain semuanya, termasuk jari aku bersepah n so on. Cikgu kata no problem, as long as u can read the notes, takde masalah. WARRRGGHH!! Kecut ya amat aku. Tapi aku terima juga sebab ni antara kita-kita choir team je. Kecik je problem ni.

Problem yang kecik tu lama-lama menjadi masalah besar. Aku dengar cakap-cakap belakang mengatakan, "the one that plays piano for choir team will be the one playing for the school's assembly every week. MAKKK!! Macam-macam perasaan datang menerjah. Nak terberak ada, nak muntah ada. Tiba-tiba ada seribu kupu-kupu dan rama-rama, segala jenis kumbang terbang melayang-layang dalam perut aku ni. Aku tak nak! Enough of being glamourous. Aku tak nak jadi the centre of attraction tiap-tiap kali perhimpunan sekolah. NO WAY! Minggu pertama form 5, masa assembly, kami nyanyi lagu sekolah and Wawasan 2020 musicless. Everyone tengok aku. Kalau tak tengok pun, aku tau everyone cornered their eyes kat aku. Jeling-jeling gitu. DAMN IT!! I HATE YOU GUYS! Masuk je kelas after that, berdesing telinga aku dengar macam-macam. Hangin betul. Ye lah. Ye lah. Aku main next week. Kalau tak sedap, korang punye pasal lah!

Cikgu choir pun bagi music sheet untuk lagu sekolah & Wawasan 2020. Lagu sekolah takde masalah, coz muzik dia macam jiwang je. Slow. Yang masalah besarnya, lagu wawasan 2020. Sekarang budak-budak sekolah tak nyanyi lagu ni. Kalau siapa-siapa yang ingat lagi, lagu ni dah la laju. Marching beat pulak tu. Memang terenjat-renjat aku practice main. Tangan terpaksa dikembang, sekembang-kembangnya. Nak nangis aku. Jari dah la pendek-pendak. Nak kena capai key yang jauh lagi. Seksa betul. Masa riadah aku habiskan dengan practice lagu wawasan 2020 tu. Akhirnya selepas berhempas pulas, berjaya jugak aku. From that day on aku jadi Pemain Piano Sekolah yang poyo. Dah tu, baru lah aku dikhabarkan ada jugak budak-budak lain yang terer main piano. Siap belajar dari kecik lagi. Angin kus kus datang melanda. Aku marah betul. Ada yang terer main, aku yang hampeh ni jugak yang disuruh. Sempat lagi si terer tu kata "hei, kenapa ko main camni? SALAH LAAA!! Ko ni pandai main ke tak?" Wohooo.. Bertambah hot aku. Aku yang memang dasar terejal zaman sekolah dulu, balas balik, "kalau ko terer sangat next week ko main lah masa assembly!" Aku terus blah. Masa assembly next weeknya tu aku duduk diam kat belakang dewan. Semua orang tunggu-tunggu mana la pemain piano ni. Haha.. Padan muka korang! Puas hati aku.. Wahahaha.. Gitulah sejarahnya macam mana aku boleh terlibat dengan piano ni.

Masuk zaman universiti, aku cakap lagi dengan mak. Kali ni slow talk lah. Mak kata "nanti kau dah kerja, kau beli lah.." Terus kata-kata tu tersimpan sampai sekarang. Bila aku start kerja, aku dah berazam aku akan beli dalam tahun pertama aku kerja. Tapi disebabkan dek benda-benda lain such as hutang kereta, hutang PTPTN, hutang itu hutang ini, hasrat aku terbantut. Now in the end of my third year working, sebijik pun aku tak dapat beli. Bila tengok harga dan compare dengan gaji aku sekarang ni, memang serius aku tak mampu. Baru lah aku tau keadaan mak masa tu. Tu mak yang tak bekerja aku mentel mintak. Anak bertuah! Haha..

Aku berharap sangat dapat menyambung hajat aku yang tertangguh setelah sekian lama. Aku jugak nak belajar main piano yang proper. Yang betul kedudukan jarinya. Tak lagi bersepah-sepah macam dulu. Nak belajar kenalah invest kan. Nak kena masuk kelas, nak kena beli piano for practices. Kesemua tu perlukan duit. InsyaAllah by next year, most of hutangs akan habis, dan aku boleh mula invest dalam bidang yang aku suka ni. Harap-harap boleh tercapai. InsyaAllah..

Thursday, October 23, 2008

Siapa Aku Ni?

siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku... padamu..............

Kisah Makan Lagi..

Cerita makan lagi. A simple lunch at Penang Village 1 Borneo, yesterday. Boleh dikatakan all in 1 celebration. Meraikan Hanafi yang nak jalan buat PhD dah. Meraikan Dr Rayner, Pn Shaliza n En Nordin yang baru balik PhD, meraikan Dr Kala yang konvo baru-baru ni. Meraikan K Sal & Augustina yang baru dapat baby. Semuanya lah.

Inilah kami. Berapa kerat je kan? Mana larat nak handle program-program software engineering & networking. Aku teringat lagi zaman aku di UTM. Satu program/major tak silap aku ada lebih kurang 20 pensyarah. Keadaan amat nazak sekarang. We need more people. Tapi ada ke yang sanggup datang ke Sabah ni? Huhu..


Err.. Pn CT tukang tangkap gambar. Sayang gambar dia takde..

Aku rasa kami di program sains komputer je yang selalu buat aktiviti lepak-lepak macam ni. Kumpul ramai-ramai, borak-borak. Best kan? Umat-umat engineering aku tak tau pulak. Macam tak ada je. Jangan jeles ye. Hehe..

Wednesday, October 22, 2008

Lawak Di Kala Lapar

Drama sebabak 'Lawak Di Kala Lapar'

Tarikh : 21 Oktober 2008
Masa: 2:50 petang
Location : McD Jalan Sulaman, KK
Scene: Mengorder makanan
Pelakon : aku, k rafidah & cashier
cashier : selamat tengahari, makan sini ke take away?
aku : kita nak makan kat sini..
k rafidah : nak makan apa ye?
aku : entah.. (aku ni selalu macam ni.. asyik tak tau je nak makan apa..)
cashier pun sengih je. Tengok kami yang terpinga-pinga pikir nak makan apa. Then dia bersuara.
cashier : Err, sebenarnya sekarang ni kita tak ada fries.
Aku n k rafidah terus tengok ke tempat diorang masak fries. Gelap. Memang takde aktiviti.
k rafidah : kenapa tak ada fries?
cashier : stok abis.. (maintain senyum lagi..)
aku & k rafidah : huhh?? (blank..)
cashier : belum ada delivery lagi.. burger pun ada yang tak ada ni..
k rafidah : laa.. patutlaa semuanya temporarily out of order.. bilanya nak ada stok balik ni? kenapa tak pegi beli je? (mula dah ayat sengal k rafidah.. Hahaha..)
cashier : kita memang kena ikut sistem bla bla bla.. lagi sehari dua sampai kot.
aku & k rafidah : HAAAA??? (DUA HARI??? dalam hati aku je lah..)
Kesudahannya kami makan di Kingfisher. Tak pernah seumur hidup aku pergi McD, aku jumpa kehabisan stok yang melampau macam ni. Ni KK. Belum lagi ceruk rantau sabah. Eh, McD ni kat Sabah bukan ada kat KK je ke? Hehehe.. But still, macam lawak pulak boleh habis stok macam ni. Dah la fries takde, value meal harga masih sama. Rugi, rugi. Sabo je lah.

Pada sesiapa yang nak makan McD kat Jalan Sulaman dua tiga hari ni, lupakan je lah ye. Cuba try 1 Borneo. Err.. Entah-entah kat 1 Borneo pun kehabisan stok jugak. Hahaha..

Tuesday, October 21, 2008

Dua Kali Terkejut..

Aku terima dua berita yang mengejutkan malam tadi. Tergamam, terkedu tak terkata apa.

Pertama, aku dikhabarkan yang Sharir ditransfer kerja ke KK! Huih. Terkejut beruk aku. Akhirnya, berkampung di KK juga rupanya dia. Baru je berangan nak jadi orang KL. :-p Aku rasa happy ye, rasa tak happy pun ye. Hehe.. Happy sebab ada kaum kerabat terdekat yang sanggup memboringkan diri bersama-sama aku kat sini. Rasa tak happy mungkin bila dia ada kat sini, dia akan report apa yang aku buat pada mak. HARU! Mak pulak macam sedih je. Sempat aku call dia semalam. Katanya, "kenapa lah semua orang nak duduk KK.." Huhu.. Sedih pulak aku dengar.

Keduanya, aku dikhabarkan seorang rakan SCK UTM meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Nor Azlina Jalil. Zaman study dulu, dia agak famous di kalangan student Sc Comp disebabkan suka mengenakan heavy make-up. Disebabkan kelas kami mempunyai ramai Nor Azlina, kami menggelarkan dia Lina Tepung Gomak. Dia tau, ramai yang bahasakan dia macam tu. Tapi sedikit pun tak ambil peduli. Dia baik dengan semua orang. Generous pun ye. Sekarang dia dah tak ada. Salam takziah untuk keluarganya especially hubby - Zul. Semoga roh lina dicucuri rahmat hendaknya. Amin.

Mmm, mak & abah akan ke Jepun petang ni selama seminggu. Semoga selamat pergi dan kembali dan membeli souvenir yang banyak untuk aku. Hehe..

Kisah Cik Abang

Aku terima satu wedding invitation dari my old scmuo friend, Dr Diyana kita. Majlisnya dibuat di KL, tapi majlis pihak lelaki di buat di KK ni. Dah alang-alang aku di KK, aku pun bersetujulah untuk datang ke majlis belah lelaki. Location - The Pacific Sutera, Sutera Harbour. Kiranya kena reserve seats lah. Diyana reserved dua seats untuk aku. Meaning, for me and my 'cik abang'. Aisehh.. Aku bagitau dia, aku takde cik abang. Tak payah lah nak reserve extra seats. Dia tak percaya. Dia suruh jugak aku bawak cik abang aku. Iskk.. Takpelah. Aku dah malas nak argue. Kalau sempat nanti, aku cekup lah siapa-siapa jadi cik abang aku. Hikhik.. Tiru cerita The Wedding Date lah pulak. :-p



So the day arrived. Aku gagal mencari cik abang. Dengan poyonya, aku pergi ke majlis resepsi seorang diri. Agak kekok, bila diletakkan semeja dengan doktor-doktor merangkap kawan-kawan Diyana & her new hubby. Masing-masing bercerita tentang MRI lah, ortopedik lah. Aduhh.. Aku tak reti nak menyampuk di mana-mana. I'm not in the same league. Hasilnya aku duduk diam-diam je. Patutlah Diyana suruh aku bawa cik abang. Supaya aku tak mati kutu, macam orang bodoh duduk kat meja tu. Iskkk...

Oh, another kisah cik abang. Setelah 3 bulan 5 hari, aku baru terjumpa sesuatu milik seorang cik abang ni. Dah lama benar aku mencari. Sampai dah nak give up. Terselit dalam poket beg rupanya. Mesti dia tertunggu-tunggu khabar berita juga gambar-gambar yang telah aku janjikan. Mujhe maaf karo, bhaiyya. Hehehe..

Friday, October 17, 2008

Rough Cut

New movie. Two of my favourite actors berlakon, So Ji Sup (Sorry, I Love You) & Kang Ji Hwan (Hong Gil Dong). Nak-nak Ji Sup oppa baru balik dari military. Isk.. Meleleh je tengok diorang dua ni. Wakaka..




Cuci mata sikit pagi-pagi ni. Sebagai pembakar semangat mengharungi hari-hari sewelku. Hehe..

Thursday, October 16, 2008

ARGGHHH!!

Minggu ni aku sewel.
Tiap-tiap hari balik lambat.
Kalau belum pukul 7 jangan harap nak balik rumah.

Besok tarikh akhir hantar FYP report.
Anak-anak buah aku baru minggu ni tunjuk muka.
Kerja aku asyik betulkan DFD dengan ERD mereka-mereka ni je.
Bila disuruh buat, banyak pulak komen dan demandnye.
Tak pasal-pasal karang aku failkan aje.

Aku nak makan tak sempat. Sebab tu aku puasa.
Hari ni pun aku puasa. Aku nak balik buka puasa. Tapi budak-budak ni tak paham bahasa.
Lepas sorang, sorang datang. Berlonggok ramai-ramai depan bilik.
Aku pun sambung bertenggek kat opis ni tak reti nak balik-balik.
Hari ni sempat berbuka biskut raya dengan air jarang je.
Sedihnya rasa.

Malam ni nak amik Dr Hanan ngan wife dia kat airport.
Bawak pegi makan lagi.
Besok nak bawak wife Dr Hanan pergi pasar filipin lagi.
Dengan budak-budak FYP nak merasuk aku lagi.
Dengan ada kelasnya pukul 2 petang lagi.
Hari Sabtu pun ada kelas lagi.
Pagi sampai petang lagi.

Minggu depan nak cover gila-gila semua kelas lagi.
Lepas tu FYP presentation lagi.
Lepas tu jaga final exam lagi.
Lepas tu nak kena pergi kursus lagi.
Kena terlibat dengan meeting lagi.
ISO lah, akademik lah, management lah, program lah, plums lah.
Pastu nak marking exam lagi.
Bukan setakat exam, assignment, quiz, mid term pun belum marking lagi.
Selagi tak habis semester ni aku memang tak boleh duduk diam.
Tapi bila habis buat semua ni, sedar-sedar dah start semester baru.
Nak tak nak, bermulalah semula kisah sewel ku..

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Wednesday, October 15, 2008

Operasi Makan

Last saturday, rumah aku ada operasi makan-makan. Resume semula setelah beberapa tahun tak buat due to kemalasan, kemelesetan dan yang sewaktu dengannya. Tak dirancang sebenarnya aktiviti ni. Last minute decision from abah. Dia ada SPACE hari ahad kat KL. Tak sempat, katanya nak buat. Tapi, tiba-tiba je last minute dia kata "on". Aku pun apa lagi. On ler.

Main menu - Nasi Biryani, ayam masak merah, dalca, daging masak apa entah aku tak tau dan pajeri nenas. Side dishes - nasi impit, kuah kacang, bubur pulut hitam, kuih cara berlauk, and some oranges and tembikai. Okla tu kan. Sederhana je. Jemput pun tak ramai.


Resipi Hj Kasdi..

Operasi makan-makan dibahagi ikut zon masa. Kalau tak, memang tak cukup tangan. Paling ramai yang datang kaum kerabat abah dari ofis and his students as well as kaum kerabat Ika Kembong. Ramai bebenor. Ika Kembong tu agaknya jemput kelas A-Z kot. Kawan-kawan aku? Dua orang tu je yang setia datang tiap-tiap tahun walaupun takde open house. Yang lain-lain tak nampak batang hidung.


My 2 MSc mate.. K Sharin & K Awa..

Geng-geng sekerja Sharir merangkap pekerja + students abah datang jugak. Mamat tu nak pergi kerja KL dah. Kiranya ni farewell party jugaklah. Kesian Ika Kembong. Dah tak ada kawan nak gaduh dah kat rumah. Lepas ni gaduh dengan mak and Aida je lah. Haha.. Saudara mara aku pun ramai yang datang. Jiran-jiran satu taman pun ada juga. Boleh dikatakan meriah juga lah.

Waktu malam giliran geng-geng surau abah. Yang datang semua berkopiah, berserban, berjubah and so on. Gerun aku tengok. Terselit seorang muka yang aku cukup kenal. Ustaz Hamezah, ustaz aku masa tingkatan 3 dulu. Wahaha.. 12 tahun tak jumpa. Maintain je. Aku mampu senyum je kat dia. Dia pun senyum balik. Sempat lagi tanya bila aku nak kawin. Chett..

Aktiviti tamat around 10 malam. Masa tu memang aku dah melepek habis. Sesi mengemas lah pulak. Tapi tak siap-siap jugak. Aku serender. Besok paginya aku nak balik KK. Flight pagi pukul 7.20. Kenalah keluar rumah 5.30. Huhuhu.. Abah & Sharir plak nak ke KL pukul 4 pagi. Tinggallah mak, Ika n Aida mengemas. Meja makan gabak berat nak mampus tu aku rasa akan maintain duduk diam-diam kat ruang tamu tu sampai lah Udin Gemokk balik nanti. Dah tak ada orang nak tolong angkat! Hehe.. Hari tu pun nak patah pinggang angkat 4 orang. Ni yang tinggal kat rumah pun siapa je. Mak pulak memang tak boleh nak angkat barang berat-berat.

Next year? Rasa tak nak buat lah lagi. Aku bukannya ada kawan-kawan pun nak dijemput. Buang karan aku je. Tunggu kenduri aku je lah nanti ye. Kekeke..

Friday, October 10, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Baru je habis tengok Ayat-Ayat Cinta kat TV3.
Aku layan tv kat dapur sorang-sorang.
Senang aku nak feeling-feeling, jiwang-jiwang..
Memang syahdu. Berapa kali air mata aku bergenang.
Jalan cerita memang menarik.
Semua watak pun menarik. Lebih-lebih lagi Fahri.
4 orang perempuan sukakan dia.

Err.. make it 5 lah.
Count me in too.. :p

------------------------------------------
Rossa - Ayat-Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Ketika ku bersujud..

Thursday, October 9, 2008

Selalunya..

Suasana senyap sunyi.
Macam takde orang kat rumah.

Abah tersengih-sengih depan komputer. Apa yang dibaca entah.
Aku, biasalah. Kalau tak meroyan kat CARI, aku update blog.
Sharir, tak tau lah apa dia buat. Godek komputer dia kot.
Aida dok gelak sakan layan jdorama kat crunchyroll.
Udin Gemokk, kunci pintu bilik. Tapi rasanya dia layan youtube kot.
Ika Kembong tak abis-abis dok ngadap henpon. Entah sape yang di smsnya.

Mak?

Mak makan hati! Sakit jiwa tengok kami.
Kesian mak. Di kala semuanya menikmati teknologi terkini, mak ketinggalan kat belakang. Mak, nanti orang ajar baca gossip kat internet ye. Hehehe..

Obsessi Ku..

Yep. Apa yang dikatakan K Awa dalam entrinya OBSESSI tentang aku teramat lah benar sekali. Aktiviti menghabiskan duit ni dah lama aku jadikan hobi. Sejak zaman sekolah lagi. Aku rasa puas dan bangga bila melihat koleksi novel, majalah, vcd dan dvd drama Korea, yang aku dah kumpul selama ni. Jumlah novel dah tak terkira banyaknya. Sampai aku sendiri lupa, novel apa yang aku dah jadikan koleksi. Banyak kali juga, ketika aku di kedai buku memegang novel, aku mesti tertanya-tanya, "aku dah beli ke belum novel ni? " Aku sanggup telefon ke rumah, tanya orang-orang di rumah minta tolong periksa samada aku dah beli atau tidak novel yang dimaksudkan tu!

Koleksi novel, aku tinggalkan di rumah JB. Tiap-tiap kali balik, aku pasti akan tengok dan belek koleksi ku itu. Tapi sayang. Aku tidak tegas. Koleksi novel aku semakin kurang. Ada yang membacanya tanpa meletakkan kembali ke tempat yang sepatutnya. Ada yang meminjam bawa balik ke rumah dan tak reti-reti nak pulangkannya. Aku sendiri dah lost count dan tak tahu novel apa yang missing dari rak buku ku itu. Aku jadi marah. Selalunya, marahku ku lemparkan pada Ika. Sebab menurut mak, Ika yang melayan novel-novel aku dan lepas habis baca, dia akan campak ke mana-mana. Ika yang kuat menjawab tu memang akan menjawab. "Pasal novel je, nak bising!" Bisanya telinga aku mendengar. Novel tu aku beli dengan duit PTPTN, duit JPA dan duit Gaji aku! Aku jaga baik-baik. Sampai berbalut sampul plastik lagi. Mana tak aku marah kalau harta kesayangan aku dicampak merata-rata. Patutnya aku simpan dalam kotak je kesemua novel-novel ku itu. Selotape terus. Biar semua orang tak boleh baca. Puas hati aku!

Dah lama sebenarnya hobi ku ini tidak aktif. Sejak aku ke India rasanya. Baru-baru ni, aku singgah ke kedai buku. Ku kira-kira ada dalam 17 novel yang harus ku jadikan koleksi! Kesemuanya dari penulis kegemaranku. Belum lagi dari penulis separa kegemaran. Bila dicongak-congak boleh jadi bankrap kalau ku ambil semuanya. Untuk mengaktifkan kembali hobi aku ni, aku beli 3 buah novel dulu. Itu pun sampai ke hari ni, sampul plastiknya belum ku buka lagi. Hehehe.. Bila la agaknya aku nak baca ye.

Vcd dan dvd drama korea ku? Yang ini, aku angkut semuanya ke KK. Aku tak rela hartaku yang ini dipinjam orang dan dibuat harta mereka dan keluarga mereka. Hehehe.. Barang mahal, kena lah tuannya sendiri yang jaga. Kalau aku tinggalkan di JB, memang entah ke mana-mana la jawabnya. Menangis tak berlagu aku. Setakat ni lebih kurang 30 judul drama korea telah ku jadikan koleksi, dan akan semakin bertambah. Tapi buat masa ni, terpaksa ku hentikan dulu. Bajet takde. Hehehe..

Aku sebenarnya ada misi besar. Bukannya suka-suka aku membuat koleksi novel dan dvd ni semua. Aku ingin membuka library ku sendiri. Atau lebih tepat lagi, satu hari nanti aku ingin membuka restoren atau cafe tempat orang bersantai-santai, makan-makan, relaks-relaks sambil baca novel ataupun menonton koleksi dvd aku tu. K Awa pasti tau apa yang aku maksudkan di sini. Nak cerita lebih-lebih tak boleh lah. Hehe.. Tiap-tiap hari aku berangan. Bila agaknye nak tercapai ye?

Tuesday, October 7, 2008

The Story of Abah and His Babies..

Title macam gempak je kan? Hehe..

Semalam baby sulung abah pengsan kat office. Ini kes sama dengan baby aku hari tu ler. Terpaksalah abah balik rumah tumpang pokcik Wan Nasir. Sampai rumah, aku diajaknya buat electric shock therapy. So pergi balik ke office dengan baby bongsu abah. Direnjat banyak kali pun tak nak hidup jugak baby sulung abah tu. Takpelah. Tinggal je dulu. Besok baru settlekan.

Hari ni abah pegi keje dengan baby bongsu. Balik kerja, aku tengok baby bongsu pulak cedera parah. Adeh.. Apa nak jadi dengan baby-baby abah ni. Setelah dikorek-korek rupanya baby abah pergi cium baby orang lain kat depan pak guard UTM. Hehe.. Gatai ye baby abah ni. Nak cium-cium baby orang lain pulak. Kan dah kena pelempang. Terus kemek pulak tu. Padan muka!



Tu cium Proton je tu. Dah kemek. Proton tu takde pulak cedera kat mana-mana. Pelik jugak ye? Nak kata kereta overseas kuat, kemek dah baby abah tu. Nak kata kereta local kuat, pontianak boleh pulak terpelanting keluar ikut cermin. Hurm.. Entah lah labu...

Monday, October 6, 2008

Ubat Lagi..

I'm on the meds again. Bosan gila. Kali ni demam anak labi-labi melanda. Tak lah seteruk demam anuar zengg dulu. Demam ni, gara-gara seketul bisul. Ya ampun. Macam merepek je kan? Tapi tu la kebenarannya. Dah tu, bisul tu bisa yang amat pulak tu!

Bisul bertuah ni tumbuh kat bahu aku. Asalnya cuma sebesar sebijik kacang hijau je. Aku ni at first mana la tau benda alah tu bisul. Punya lah syok aku gentel. Besoknya jadik besor dah. Macam fererro rocher dah saiznya. Huduh gila. Sakitnya jangan cakap la. Nak kata bernanah, tak pulak. Nak kata lebam kaler merah ke, takde warna laa pulak. Konpius aku.

Disebabkan kekonpiusan itu lah, maka aku mengadap doktor. Aku disound dengan bestnya oleh doktor tu. "GATAL LAGI PI GENTEL!!" Huhu.. Kena marah pulak dah. Doktor kata bisul tu bantat sebab aku pi gentel. Loh. Aku pernah dengar kek je yang bantat. Bisul pun bantat jugak ke? Apa-apa lah labu. Dah lepas kena lecture kaw-kaw aku pun diberi antibiotik and ubat sapu.

Dah dua malam ni. Takde tanda-tanda nak surut lagi. Jangan besok lusa kena korek sudah. Takutnya..

Sunday, October 5, 2008

Darn!



Baru beli semalam..
Hari ni berangan nak pakai..
Belum sempat apa-apa dah terjatuh ke lantai..
Habis pecah berderai..
Damn it!
60 hengget melayang..
Sakitnya hati................


Tapi tadi beli lagi. Hehe..

Saturday, October 4, 2008

Kotak Ajaib

Awal dulu dipanggil Magic Cube. Pada tahun 1980 ditukar namanya menjadi Rubik's Cube sempena nama penciptanya Ernő Rubik. Dan dikatakan juga, Rubik's Cube ni menjadi world's best-selling toy. Fuh, jangan main-main tu!


Rubik's Cube

Nak dijadikan cerita, Udin Gemokk bawak balik kotak ajaib ni ke rumah sepanjang cuti raya ni. Rasa geram pun ada bila nampak. Sebabnya, aku tak pernah dapat selesaikan sampai habis. Bagi aku, orang yang pandai selesaikan kotak ajaib ni, memang genius tahap dewa. Tu dulu lah. Sebelum aku tau teknik-tekniknya. Hehe..

Pernah dulu, ketika zaman aku kanak-kanak ribena lagi (sekarang pun masih ribena lagi what.. hikhik..), mak pernah belikan aku kotak ajaib ni. Walaupun 2nd hand beli kat car boot sale, masih nampak baru lagi. Patutnya mak belikan la aku Barbie Doll ke, mainan masak-masak ke. Ini benda alah kotak kaler-kaler ni yang dibelikan. Apa kes? Lama-kelamaan tu baru lah aku tau. Mak nak aku belajar pikir macam mana nak selesaikan masalah. Main Barbie Doll tak payah nak pikir-pikir. Setakat pakaikan baju, seluar dan kasut je. Dahsyat betul harapan mak masa tu ye. Haha..

Aku pun mula laa putar punya putar, tapi tak dapat-dapat. Ini kes tak tau teknik nak menyelesaikan masalah la ni. Budak-budak. Apa ada kesabaran nak belajar macam mana nak selesaikan sampai habis? Lagipun, zaman-zaman tok kaduk dulu. Penyelesaian bukan di hujung jari. Takde wikipedia. Takde youtube. Sekarang ni berlambak kat internet macam mana nak selesaikan kotak ajaib ni. Last-last apa aku buat? Aku tanggalkan sticker warna tu satu persatu dan lekatkan ikut kumpulan warna yang sama. Tadaaa.. Aku tunjuk kat mak. Siap dah! Mak geleng kepala. Hangguk kau! Berdas-das mak aku membebel. Ada ke main tanggal-tanggalkan kalernya. Aku tarik muncung 14. Dah tu, aku campak je kotak ajaib tu ke tepi. Malas nak tengok dah. Main masak-masak lagi best. Hahaha..

Sekarang, bila aku nampak lagi sekali benda alah ni, aku nekad. Akan sabar belajar dan selesaikan sampai habis. Setelah berhempas pulas belajar teknik dan trick untuk selesaikan kotak ajaib ni, aku berjaya jugak akhirnya. Sampai berpeluh-peluh aku dibuatnya. Sampai ketagih pun ada. Sambil sediakan bahan-bahan untuk masak pagi raya, tangan aku memutar-mutar benda alah ni. Mak jeling aje. Practice makes perfect, kataku. Haha.. Dulu mak jugak yang suruh selesaikan. Ye tak? Tak lama tu, aku jadi terer. Tak sangka aku. Selepas 17 tahun aku diperkenalkan dengan kotak ni, tahun ni, selepas 17 tahun baru aku berjaya selesaikan. Cayalah! Memang terer. Bukan nak berlagak, at some point, tutup mata pun boleh selesaikan. Hahaha..

Nampaknya, sekarang ni aku tergolong dalam orang yang genius la ye. Bluwehhh..

So, macam mana nak selesaikan Rubik's Cube ni? Kau Google je. Jangan malas. Banyak jawapan kat situ. :P

Friday, October 3, 2008

Raya! Raya!

At last, dapat juga aku pegang notebook aku ni, setelah beberapa hari tak pegang. Sampai menggigil-gigil tak dapat meroyan gara-gara beraya kat kampung. Hehe..

Kisahnya, raya tahun ni diiringi dengan hujan lebat. Memang spoilt betul la mood raya kali ni. Tapi meriah, tetap meriah. Bila sekali sekala berkumpul ramai-ramai memang seronok. Nak-nak aku yang jauh di perantauan ni. Balik cuti macam ni, dapat lah jumpa semua kaum kerabat. Yang mengandung dah beranak, yang dulu baru belajar meniarap dah berlari. Cepat betul masa berlalu.

Pagi raya aku masih di Skudai. Abah sayang sangat nak tinggalkan surau. Kalau surau tu boleh dibawak ke mana-mana, dia dah bawak dah. Ramai juga yang solat aidilfitri kat surau tu. Ada lah dalam 40 orang yang datang. Orang melayu ada lah 10 orang. Yang lainnya Bangla. Hehe.. Ramai betul bangla kat sini. Vietnam pun ramai jugak. Kadang-kadang tu terasa macam duduk kat overseas pulak. Belum ditambah dengan Indon, Nepal dan lain-lain lagi. Tapi, sejak ramai Vietnam kat sini, anjing liar pun semakin kurang. Aku balik ni, macam dah tak ada dah. Kalau tak, bersidai-sidai kat tepi jalan tu, duduk bermesyuarat. Agaknya, dah selamat dimasak kari kot. Hiyerrkkk.. Kekeke..


Keluarga Wak Daut yang sengal..

Lepas zohor, kami bergerak ke Kulai. Singgah kampung abah kejap. Kat sana both my grandparents tak ada dah. Yang tinggal makcik je. Biasanya raya macam ni 4 orang je adik beradik abah berkumpul kat situ. Lagi 3 jarang balik. 2 balik Kedah rumah mertua masing-masing dan satu lagi kat Sabah nun. Tu memang tak balik langsung la. Bila cuti panjang je baru balik.


Family Potrait @ Kulai

Petang, baru balik Kota. Kereta agak banyak kat jalan. Jalan menghala ke JB dan Kulai memang sesak. Nasib baik jalan ke Kota tak berapa sangat. Agak lancar la juga perjalanan. Di Kota, semua adik beradik mak yang seramai 8 orang tu balik. Meriah, jangan cakaplah. Rumah penuh pun ye. Bilik air pulak memang kena berebut. Tak cukup tu, sepupu sepapat aku semua macam-macam pe'el. Yang sorang nangis, yang sorang melalak, yang sorang sepak terajang, yang sorang jadik superman. Sakit kepala pun ada. Kalau tu adik-adik aku, memang dah kena penampar jepun dah. Pakkal je bukan.


BBQ Chicken.. Slurrpp..

Hari raya kedua, kami buat BBQ. Seronok juga duduk belakang rumah, bawah pokok kelapa dok bakar ayam. Sambil-sambil bakar tu, masuk mulut. Belum habis bakar semua, separuh dah selesai. Makan panas-panas kan sedap. Petangnya, kami ke Tanjung Sedili. Tahun lepas pun kami ke sana juga. Raya kedua juga. Saja jalan-jalan. This time kami sepupu sepapat yang besar-besar je pergi. Yang kuat melalak, menangis memang kena tinggal kat rumah. Yang tua-tua pun tak ikut jugak. Kiranya, aktiviti jalan-jalan golongan remaja la ni. Aku pun termasuk jugak la tu. Hehehe..


Posing maut cucu-cucu Haji Saleh Tembak..

Kami melepak di Mutiara Motors Resort. Nama Mutiara Motors seems familiar? Memang lah. Keluarga hubby Juliana Banos yang punya. Pantai dia agak cantik, walaupun masa kami pergi ni air agak karat sikit. Mungkin kesan gempa bumi kat Filipina baru-baru ni kot. Haha.. Memandai je aku ni. Ada la jugak several chalets kat sini. Nak buat hari keluarga, camping, overnite memang sesuai sangat lah tu.


Dekat entrance Mutiara Motors Resort


Err.. Aku tak tau apa motifnya rimau ngan singa kat sini.. Kalau letak motor boleh la aku relate kan.

Malamnya kami berparti. Faiz, one of my cousin, sambut birthday yang ke-5. Biasalah kan. Budak-budak. Dengan belon semua. Pening bapak yayi ku. Tapi sengih je la nengok kerenah cucu-cucunya yang bermacam-macam pesen.

Hari ni, raya ketiga, kami duduk melepak je kat rumah. Satu demi satu, keluarga makcik-makcik ku beransur pulang. Aku sekeluarga pun balik ke Skudai hari ni. Cukup lah 2 hari 'beraya'. Baliknya, memang jem, jem sejem jemnya. Dari sejam setengah perjalanan, boleh merangkak hampir 2 jam setengah. Sabar je lah. Nasib baik highway Pasir Gudang tak jem. Kalau tak ada jugak kepala lutut yang tertanggal nanti.

Apa aku nak buat ekk hari-hari mendatang ni? Nak beraya ke rumah kawan, kawan tak ada. Macam tak percaya kan? Kawan-kawan aku semuanya jauh-jauh. Tak ramai yang dekat-dekat sini. Tengok lah nanti, aku serbu rumah K Sharin ke, K Awa ke, Ina Kembong ke, K Leen ke, Kelly ke. Harap-harap diorang ada lah kat rumah nanti. Once again, SELAMAT HARI RAYA!!