Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Sunday, August 31, 2008

Erti Merdeka

Kalau orang tanya la kan, apa erti merdeka, apa korang nak jawab? Kalau aku yang hantu tv ni ditanya, diinterview oleh media, maybe aku akan jawab camni:

konsert kat dataran merdeka, konsert kat KLCC, anak2 muda terkinja2 tengok konsert, artis pon terkinja2 buat persembahan, lepas terkinja2 tu panggil pak menteri naik atas pentas, tunggu 12.00 malam, buat countdown, laung merdeka tujuh kali then ada bunga api, nyanyi lagu2 patriotik, tapi artis ngan menteri pon tak hapal lirik, lepas tu mana2 yang masih waras, terus balik rumah. Mana2 yang kurang waras pegi enjoy lagi. Pegi clubbing, lepak2, huha sana huha sini, "Merdeka weh!, MERDEKA!!" Ke sana, ke sini tak de arah tujuan, pagi besoknya baru balik or tak balik terus, dok tercongok kat dataran merdeka tu sambung tengok perarakan dari pagi sampai tengahari, then? Maybe balik rumah or tak jugak, merdeka kan? Public holiday. Pergi lepak2 main air kat KLCC or stay menebeng lagi cam takde arah tuju kat dataran merdeka tu. Kami kan anak merdeka. Terima kasih kepada pejuang2 dulu yang bersusah payah sehingga kami boleh melepak macam ni dengan tenang. YOU GUYS ROCK!!

Errr, mungkin pendapat aku ni tak disiarkan langsung kat tv.

Thursday, August 28, 2008

Another Backpacking Trip

Minggu ni keje aku menggodek website air asia je. Aku dengan K Awa bersemangat betul cari destinasi percutian 'backpackers' kitorang untuk tahun depan. Godek punya godek, at last dapat la jugak. Bali n Bangkok. Sampai dua tempat. Tamak kan? Hehe.. Tak kisah lah. Aku dah penat kerja. Nak pi rehat2kan diri jalan2 sambil berbackpacking. That's us. Nak bercuti tapi nak yang paling jimat cost. Taraf2 backpackers je la. No shopping-mopping. Tapi entah boleh percaya entah tidak. Nanti jadi macam kat Medan haritu. Backpackers tapi kat tangan penuh ngan beg2 shopping lain. Hehe.. Haru je. So 2009, Bali n Bangkok, tunggu kedatangan kitorang!

Wednesday, August 27, 2008

MIRЯORS


Sape dah tengok cerita ni? Aku rasa nak nangis bila tengok cerita ni kat CP ahad lepas. Bukannya cerita sedih. Tapi cerita hantu! Cerita yang buat aku sekejap2 terkejut. Sekejap2 tersentap. Menjerit jangan cakap la. Paling juara. Benci betul.

Check out the movie at --> www.mirrorsmovie.com/

Aku ni sememangnya penakut. Jangan lah disuruh tengok cerita hantu. Menangis aku kat situ. Tapi kawan punya pasal aku cuba gagahkan diri jugak. It was 9.50 pm. Malam dah. Kami 5 orang, aku, K Leen n Zul with two of their friends membuang duit enjoy tengok wayang. Tak ramai yang tengok cerita ni. Panggung agak kosong. Kami duduk tengah2, seat paling best, tapi paling depan. Penonton yang lain2 semua duduk belakang kami.

Sepanjang cerita, K Leen jadi bantal peluk aku. Kesian dia diramas dan digomol aku. Hehe.. Sorry ekk K Leen. Len kali janganla ko bawak aku tengok citer hantu camni. Kalau tak, pasti aku gomol ko lagi. Haha.. Zul kat sebelah dah tergelak tengok aksi aku yang bermacam2 pesen. Dahsyat betul minah sorang ni tengok cerita hantu. Katanya, kalau aku pegang minuman, mesti dah tercampak. Yo lah. Simbah muka ko lagi Zul oii. Habis rosak cap Esprit baru ko. Nasib baik jugak la K Leen ada jadik batal peluk. Kalau tak, ko laa jadi mangsa, Zul. Wakaka..

Overall, aku suka cerita ni walaupun most of the time aku tutup muka n sembunyi belakang K Leen. Ending pun saspen. Membuatkan aku semakin gabra dan takut. Kalau ada sequel lagi best. Tapi nak ke aku tengok? Kalau takde kawan memang aku tak tengok.

Aku tak sanggup balik malam tu. Almost 12am man! Tak nak aku. Nak drive kena tengok side mirror semua. Isk. Phobia aku dengan cermin malam2 buta ni. Kesudahannya aku tumpang tido bilik hotel K Leen. Pagi2 buta lepas subuh baru aku balik. Kalau tak kerana kena masuk konvo sidang 5 pagi tu takdenya aku bangun awal. Huhu..

Monday, August 25, 2008

UMS's 10th Convocation

This year I was instructed to join perarakan akademik untuk sidang 5. Menyumpah2 aku kat situ. Why sidang 5? My students semua konvo sidang 3 meh? Tak puas hati betul. Bila check balik, sidang 5 tu untuk student2 PLUMS. Oooo.. Aku ni kan one of the penyelaras PLUMS. Tak kan la tak nak datang. Ooppss.. Termalu aku seketika.

Tapi still tak puas hati. Aku nak masuk jugak sidang 3 tu. Aku start to contact some of the lecturers yang aku rasa confirm tak nak join perarakan sidang 3 tu walaupon nama diorang ada. At last, Dr Kalai n Chung malas nak masuk. Mintak aku wakilkan. Kukikuki.. Sengihku sampai ke telinga.

Ramai yang pelik tengok aku. Sementara masing2 nak avoid masuk dewan, aku pulak excited nak masuk. Entah la ekk. Aku pun tak tau. Tapi aku suka la suasana konvo. Dengan upacaranya, dengan live band nya, seronok. Yang tak seronoknya kena dengar ucapan berjela2. Tak larat mokcik.

I managed to meet some of my students before entering. Muka masing2 ceria kemain. Ceria ada makna tu. Tak payah bersusah payah menyeksa diri mendera jiwa raga duduk kat UMS ni lagi kan? Aku tau sangat. Suka la korang. Aku jugak yang terkontang kanting meneruskan hidup kat sini tanpa kerelaan. Chewah..



Sidang 3 went fine. Sidang 5 pun sama. Cuma sidang 5 ni cam bosan sket coz ada penganugerahan Ijazah Kehormat. Ucapan sangat la berjela2. Aku dah menguap2 kat belakang tu. Only after that baru laa sesi pengijazahan degree dilangsungkan. Tahun ni only 15 PLUMS students graduated. Alhamdulillah. Habis jugak korang ya. Congratulations paling tinggi untuk korang. Sambil kerja korang dedicated sambung belajar. Semoga korang naik pangkat & naik gaji. InsyaAllah..


@ Sidang 3


@ Sidang 5

Friday, August 22, 2008

Hi Tea With the Graduates

Macam K Sharin gak, aku tak tau kenapa aku suka tiap2 kali Konvo menjelma. Seronoknya macam aku yang nak konvo. Petang tadi ada sesi perjumpaan dengan bakal2 graduate HC00 & HC05. Ada briefing sikit tentang LI diorang, sesi bergambar sakan and makan2. Tak ramai yang datang but still quite meriah.

Masing2 dah macam2 pesen. Ada yang semakin berisi. Ada yang macam kena culture shock. Ada jugak yang masih macam dulu. Say Koon pulak dah macam Hero korea. Dengan rambut oren nya. Dahsyat. Inikah Say Koon yang skema kat Infosys dulu? Bila ditanya, rambut konvo katanya.

Apa pun, congratulations! It is nice knowing u all. You guys are the best batch I've ever taught. Good luck in all your future undertakings..

Thursday, August 21, 2008

Pinggiran Bayu, Skudai

*Update 14/4/2012* 
Restoran ni dah tak ada dah. Futsal Centre tu pun dah runtuh. Kerja-kerja membesarkan Surau sedang dijalankan. 

Funny bila kadang2 teringat kat kisah bos. Kalau aku ingatkan bos balik pasal kisah tu tak pasal2 karang aku kena sepuk. Walau apa pun, the ceremony went well. Aida dah pun dapat her degree in TESL. Now doing her master. In two years time konvo lagi kat UTM ni. The Dauts and UTM memang tak dapat dipisahkan.

Later that night kami makan2 kat Pinggiran Bayu. Aku agak surprised bila tau kat Dataran Riadah Taqwa ada restoran. Sepanjang aku takde kat JB ni macam2 dah membangun. Last time futsal centre. This time restoran plak kat seblah futsal tu. Malam2 memang meriah Pulai Utama ni. Dengan orang makan2, dengan orang sepak2 bola. Now, senang je nak cari makan. Kalau malas masak just keluar rumah, jalan cross the road n tadaaaaaa.. Sampai dah kat Pinggiran Bayu ni.

Ramai memang ramai kat restoran ni. Orang sekitar Pulai Utama n Taman U ni dok sebut2 yang tukang masak sini dari restoran Tunku Impian yang lama dulu, yang mana diorang tau memang sedap. Dengan cakap macam tu je, tersebar seluruh Skudai ni (well most of the area lah) tentang kesedapan makanan kat Pinggiran Bayu ni.

Aku order Nasi Goreng Ayam Kunyit. My all time favourite. Dah tiga tahun aku tak makan sejak aku dok Sabah. Hehehe.. Memang sedap. Serba serbi terasa. Ika kembong order tomyam. Sempat aku mengecek sikit. The taste? Mabelessss.. Memang taste aku. Taste aku tau. Orang lain aku tak tau. Kalau aku kata sedap orang lain belum tentu kata sedap. Kalau aku kata tak sedap, memang konpem orang lain kata tak sedap gak. Hehe..

So, sape2 yang ada kat area Skudai tu, jemput2 laa singgah ke Pinggiran Bayu. Tolong promote ni.. (^__^)

Wednesday, August 20, 2008

Kisah Bos dan Big Boss..

"BOSSS!! Majlis Anak ke?" tegur sorang pegawai. "Meh masuk ikut sini meh"

Lelaki yang dipanggil bos tu pun tersenyum2 dan terus berborak2 dengan pegawai tu sambil masuk ke dewan diikuti dengan isteri dan dua orang anaknye - yang sulung dan yang bongsu. Keempat-empat mereka diiring pegawai tersebut ke tempat duduk VIP. Anak sulung kepada bos itu terpinga2. "Kami cuma ada tiket biasa je. Takkan nak duduk tempat VIP?" Pegawai tu kata takpe. Bos punye pasal semua boleh. Anak sulung bos pon tersengih. Sekali sekala jadik VIP apa salahnya.

Majlis hari tu ada berkaitan dengan anak ketiga Bos. Sebelum2 ni Bos dah pernah datang ke majlis yang sama untuk anak sulungnya dan anak keduanya. Dua2nya di tempat yang sama. Upacaranya sama, agendanya sama. Cuma anak yang berlainan je.

Bos empat beranak pun dipersilakan duduk. Pegawai yang ada menanti kat situ suruh Bos duduk tepi sekali. Betul2 bersebelahan dengan laluan VVVVVVIP yang menuju ke pentas utama. "Bukannya apa. Nanti boleh salam2 dengan Big Boss." kata pegawai tu. Bos cuma tersengih. Dalam hati mesti kata "Chilakakkk.." Isteri Bos pon ikut tersengih. Begitu juga anak sulung Bos. Dia nak tergelak pun ada. Cuba ditahan2. Anak bongsu Bos takde pape respons. Tengah asyik mendengar live band bersama2 penyanyinye yang agak hensem tu. Anak bongsu Bos memang pantang tengok lelaki hensem. Ditatap macam nak telan.

Tak lama kemudian nampak kelibat anak ketiga Bos masuk ke dewan. Sempat lagi bergelak ketawa dengan kawan2nya. Excited agaknye dengan majlis yang berlangsung hari tu.
Then, masuk la Big Boss dan VVIP lain yang dimaksudkan. Semua hadirin diminta berdiri. Big Boss dan VVIP pun berjalan atas karpet merah menuju ke pentas. Bila Big Boss makin hampir ke tempat duduk Bos, anak sulung Bos mula rasa excited. Nak tengok apa drama yang akan dipertontonkan. Big Boss terlihat Bos. Lalu disalam tangan Bos dan tersenyum. Bos pun salam n senyum balik. Anak sulung Bos dah ketawa mengekek2 melihat aksi tersebut sampaikan isteri Bos mencuit anak sulung Bos dan kata "HEPPPPP!!" Anak sulung Bos sambung gelak dalam hati.
Majlis dimulakan dan tamat lebih kurang 2 jam kemudian. Big Boss dan VVIP pun turun dari pentas untuk keluar dewan. Kali ini Big Boss berpaling ke arah lain. Tidak lagi bersalam dengan Bos. Anak sulung Bos yang perasan keadaan tu mula ketawa lagi. Hanya VVIP yang lain saja dok salam2 dengan Bos sambil tepuk2 bahu. Bila keluar dewan anak sulung Bos masih tak berhenti gelak. Bos pun gelak sama. Isteri Bos tak terkata apa. Anak bongsu Bos lagi la tak kata apa. Matanye melilau cari kalau2 ada orang hensem di kalangan tetamu yang datang............

*Kisah di atas ada kena mengena dengan yang masih hidup.. Hikhikhik..

Sunday, August 17, 2008

Hero Hensem Selalu Menang..

Macam nak runtuh rumah aku. Eh silap.. Macam nak runtuh rumah mak bapak aku. Dengan kata2 dari YESS!!, Ishh, Alaaa kepada WOI!!, Amende ko ni?, Benci ahh! berkumandang tak berenti2. Masing2 tak senang duduk. Dah macam2 pesen tapi still tak dapat nak redakan perasaan gabra dan sakit hati malam tu.

Kebetulan hari ni kaum kerabat ku yang jauh datang bertandang. Ramai memang ramai. Tu yang membuat suasana rumah tak ubah cam kedai Ayub 24 jam tu time ada football match. Riuh seriuh-riuhnya. Tapi malam ni bukan tengok bola, tengok badminton akhir antara Chong Wei n Lin Dan. Huihhh.. Sakit jiwa tengok.

Ternganga aku tengok Lin Dan belasah Chong Wei. Macam kena rasuk pun ada. Tiba2 jadik kuat dan bersemangat. Chong Wei aku tengok macam nak nangis pun ada. Nak buat camne, ko kat tempat dia. Tekanan yang membuak2 memang tak bley nak dinafikan.

As I expected Lin Dan menang. Suasana rumah jadi senyap semula. No luck for you la Chong Wei this year. Nak buat camne kan? Hero hensem selalunya yang menang. Ko tu cuma kurang hensem je. Hehehe..

Saturday, August 16, 2008

Makan Nasi Minyak..

I went to Nad's wedding today. My 5 Teguh's classmate time kat ScMuo dulu dan jugak my coursemate time kat UTM dulu. Tu pun last minute punya decision. Kepala hotak aku ni cam nak pecah rasa. Nak pegi tak nak, nak pegi tak nak. Mak pon dah bising2 "Nak pegi, pegi je la.." Aku was like "Alaa.. Jauh la." JAUH? Temberang la ko jauh. Johor Jaya tu bukan la jauh mana. 15 minit boleh sampai kalau bawak kereta macam F1. Dah penat tergolek2, dekat pukul 2 jugak baru aku decide nak pegi. Ku paksa Ika kembong ikut sekali wat peneman.

Last aku jumpa Nad kat kaunter check in KLIA time nak pi India hari tu. First time in 5 years la kot. Lepas aku grad dulu tak jumpa dah dia ni. Nasib baik jumpa. Kalau tak jumpa memang aku tak tau dia nak kawen. Rezeki ko la Nad aku dapat datang kenduri ko. Kalau tak dek balik 'free' ni, aku tak datang punye. Hujan lebat menyambut kedatangan aku n Ika. Mengikut peta yang dibagi betul la rumahnya ni, sebelah skolah.

Aku terus pegi ke khemah makan2. Takde salam2 sape. Terus duduk makan. Tak senonoh betul aku ni. Tengah sibuk2 cari tempat duduk tu aku jumpa dua kawan lama, Afadh n Najwa. Terkejut beruk aku kat situ. Lama tak jumpa minah dua orang ni. Nasib baik diorang ada. At least ada gak orang yang aku kenal kat kenduri Nad ni. Sempat jugak kami ngumpat2, update life masing2 n bla bla bla..







Habis makan pandai plak hujan berenti turun. Jumpa Nad, bergambo2 dan aku pun balik. Dah lewat sangat dah. Petang2 camni konpem jammed hiway Pasir Gudang tu. To Nad & Farid (sorry aku tak kenal ko Farid wpon kita satu batch kat UTM nun), selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam rumah tangga. Semoga kekal ke akhir hayat. AMIN.

Thursday, August 14, 2008

Cerita Saspen

Sepanjang waktu kelas pagi tadi aku silent henpon. Memang dah jadi tabiat aku. Kadang2 bingit gak lagu K - Only Human tu berbunyi. Nak tukar ringtone malas la pulak. Aku biar je la.
Bila abis kelas aku check henpon ada plak misscall dari rumah aku. Rumah JB la. Aku pun call balik. Tak dapat. Line sana bz memanjang. Balik2 masuk voicemail. Aku dah rasa semacam. Apa dah jadi kat rumah? Memang jarang sangat aku dapat call dari rumah pagi2 camni. Bila ada benda penting je baru ada. Ni yang rasa tak syok ni. Non-stop aku call tapi still tak dapat sambung gak. Kegabraan aku memuncak.

Almost half an hour aku try, at last dapat gak go thru. Ika kembong angkat. Happy semacam je minah tu. Aku suruh dia panggey mak sebab aku pasti mak yang tepon aku pagi tadi sebab mak sorang je yang takde henpon. Lepas bertanya khabar mak pon dengan saspennye cakap..........

"Ko balik nanti beli udang kering sekilo, lada hitam n lada putih stengah kilo!"

Aku tetiba je rasa macam nak belasah orang........

Wednesday, August 13, 2008

First Time

Tadi aku kena tag ngan k awa. Amendela tag tag ni. Cam mentel pun ada gak. Hehehe.. Jawab je la haku. Best gak bila pikir2 semula ni.
...naik kapal terbang...
Tak ingat. Masa tu kecik lagi. To be precise baby lagi. Bapak aku sambung stadi kat UK. Skarang ni plak selalu naik kapal terbang. Kalau tak, tak balik kampung la aku. Hehehe..
...pergi overseas...
Masa first time naik kapal terbang tu la. Kecik2 aku dah merantau. Ni beso2 pon merantau gak. Nanti dah tua sket baru balik ke tempat sendiri..
...dok jauh dengan family...
First time dok jauh masa aku dok ScMuo. Tiap2 hari nangis nak balik. Kehkehkeh. Bukannye jauh sangat pun. Dalam johor jugak. Lepas tu tak penah dok jauh dah. Stadi pon kat UTM je. 10 minit je dari umah. Ni dah keje baru la dok jauh. Rasa sayu pun ada. Huhuhu..
...rasa diri gemoks...
Lepas abis form 5. Bukan rasa diri gemok. Memang gemok pun. Berat mencanak2 naik. Giler babeng betul. Skarang ni tengah berusaha nak kurus balik. InsyaAllah, raya ni anggun dan bergaya aku. Hehehe..
...kerja...
Kerja kilang Celestica as payroll assistant. Bapak aku punyela tak suka aku keje sini. Baru je abis master time tu. Cari keje time tu punyela susah. Keje ni pon aku tipu pakai result degree. Gaji pun 1.2K je. Mana tak bapak aku marah. Ada master tapi keje cikai. Walaupun cikai aku suka keje aku tu..
...bercinta...
Zaman kanak2 ribena. Bertepuk sebelah tangan je. Orang tu pon dah kawen dah. Tu pun sebab aku google. Kalau tak google sampai skarang tobat aku tak tau dia dah kawen. Hehehe.. Cinta sejati blom lagi jumpa. Sabo je la tunggu..
...masuk panggung wayang...
Tengok citer Jurassic Park kat Meadowhall Shopping Centre, Sheffield. Time tu darjah 6. Sepupu bapak aku yang bawak. Rajin betul dia melayan kami adik badik..
...rasa diri cantik...
Bila orang kata aku cantik. Selama ni aku tak penah rasa diri aku cantik. Lebih kepada comel je. Wakakaka..
...melahiran zuriat...
Errrrr... Tak dapek den nak jawab..
...masuk ward...
Kat obersee gak ni. Tahun 1992. Aku ada masalah gigi. Gigi susu tak mo tanggal tapi gigi kekal tu dah mencanak2 nak keluar. So, doktor pi kopak mulut aku n keluarkan gigi susu tu. 2 malam aku dok spital. Makan pon pakai straw. Seksa nak mampus. Sampai skarang pun aku masih rasa bekas2 jahitan kat dalam mulut ni. Ngeri je...

Tuesday, August 12, 2008

Merepek di tengah bulan

It's been a week after a week aku terbongkang sakit. La ni kureng dah la. Cuma batuk tak baik2. Still on meds, antibiotik aku sebeban tu tak abis2 lagi. Camne nak abis, tiga batch antibiotic aku amik. Doktor kata kena habiskan kalau nak baik. Taik kucen betul. First batch of antibiotics abis dah tak baik2 pun sampai kena batch ketiga. Nasib aku la, penangan Anuar Zengg punya pasal.

Ni dah dekat mid August dah. Skejap je lagi nak puasa dah. Mati la aku. Hutang tak abis bayo lagi. InsyaAllah minggu ni gak aku abiskan. Tihihiihihi.. Alhamdulillah 2 hari ni aku berjaya. Tinggal rabu, khamis n jumaat je. Pastu bley raya dah. Muahaha.. Oh wait. Jumaat cam tak bley je nak puasa. Aku nak meronggeng balik JB hari tu. Hohoho.. Aku ada meeting kat UTM. Dah alang2 tu. Paham2 je la ye. Kebetulan gak weekend ni 2 of my scmuo mates kawen. Sempat kot nak pegi. Dan yang penting Aida nak konvo. Another round of family photo! Kihkihkih.. Pantang aku bab bergambo ni.

Minggu ni dah minggu 5 of the semester. Mood malas aku masih lagi berlegar2 kat sini. Bila la nak rajin ni. Besok ada kelas. Tapi malasnye kemain. Cam nak kensel je.... Wakakaka..

Monday, August 11, 2008

Life In India..

Will update from time to time..

Friday, August 1, 2008

Kisah Blog Ini

Al-kisah, blog ini dah lama terbiar. Aku create blog ni sempena penghijrahan aku ke Sabah bumi bertuah ni. Buka buku baru, hidup baru, tempat baru dan kawan-kawan baru, blog pun kena baru juga la kan? Tapi dek masa yang tak mengizinkan (sebenarnya aku lupa id & password untuk blog aku ni!), blog ni tergantung macam tu saja. Kebelakangan ni aku terima banyak komen dari kawan-kawan, jadi aku pun mula hidupkan balik blog yang sengal ni. Harap-harap semua orang happy.

Kerana bang Nuar..

Balik jugak aku ke KK akhirnye. Punyala takde semangat langsung. Semester dah tiga minggu bermula. Haram jadah takde preparation nak mengajar langsung. Masih lagi terawang-awang dengan keseronokan duniawi. My pigeon hole membuak2. My email beratus2 unread. Orang glamer kan. Banyak betul utusan yang nak disampaikan. Hehehe..

The best thing is ramai kata aku dah slim. Sukak gila aku. Berkat sakit kat Infosys la aku jadi camni. Setiap perkara memang ada hikmahnye. It was friday. Aku tengah dok belek2 email. Then mataku ternampak penjualan tiket Malam Bersama Anuar Zain. Nafasku seakan2 terhenti. Chewahh.. Buat2 dramatik sket. Ramai antara member2 aku tau aku ni kipas-susah-mati bang nuar ni. Harus tengok. Tapi......... tiket 3000 rupees la pulak. Terbantut hasrat. Huhuhu..

Saturday comes. Malam ni Anuar Zain datang bertandang. Aku dah macam cacing kepanasan. Nak pegi tak nak. 300 hengget tu. Mahal giler. Kalau kat Baadsha dah dapat sari kawen lip lap lip lap cun banget punye. Tengahari tu aku call organizer. Tanya ada lagi tak tiket. Saja je nak sedapkan hati. Then diorang kata ada diskaun 50%. WHAT?? No more thinking panjang2. Aku terus pecut pi dewan canselor and beli the ticket. Yey!! Abang Nuar, I'm Coming!!!

Aku sorang2 layan konsert pun jadi la. Dah takde sape nak join aku kan. Sampai kat sana seat memang baekk punye. Tapi belakang technical crew la pulak. Tak kisahla. Diorang tak menghalang penglihatan aku. Nampak Rafie Janau. Semangat betul dia. Then Kak Ina pun ada skali. Dia pon sorang2. Last2 kami dok together2. Students ramai jangan cakap laa. Ada muka2 yang aku kenal. Tetiba je kena tegur 'Amboih miss.. sakan tengok konsert..' Hei. Aku pun manusia biasa jugak. Sekali sekala nak jugak menghavoc2kan diri.

The thingy starts at 9 dengan persembahan dari Deja Moss. Seksi ya amat Hajah ni. Suara memang power giler. Sampai meremang tengkuk aku. Lepas dia abis nyanyi 5 lagu baru laa orang yang dipuja2 keluar. Mak datuk. Henheeemmm banget. Suara perghhh.. Terbuai2 aku dibuatnya. Dengan live band lagi. Memang besh la. Banyak jugak lagu abang nuar nyanyi. More than 10 rasanya. Tak terkira aku. Non-stop. Kuat betul stamina dia. That night aku memang takde rupa seorang pendidik. Sorry to say, aku jugak telompat2, terkinja2 dan terjerit2 dalam Dewan Canselor tu. Hehehe..



Memang puas hati la. Tiket RM150 memang berbaloi. Sampai rumah aku rasa seram sejuk. Besoknya aku demam!
Isnin demam..
Selasa demam lagi...
..
..
Hari ni dah jumaat. Still tak baik2 lagi demam. Samada terkojut tengok Anuar Zain ataupun Allah bagi warning jangan ko pegi tempat2 camtu lagi. Huhuhu...