Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Tuesday, May 20, 2008

Blajo Weh!

Ok. Time to get busy. First day of training. Pagi bekfes kat food court 2. Makan pun cari yang murah2 je sebab nak jimat kupon. Hehehe.. Suprisingly, harga bekfes paling mahal pun Rs15. Takdelaa mahal mana ekk. Boleh la kot last long kupon2 aku ni.
After breakfast we go striaght to GEC - Global Education Centre. Kat sini la kami akan undergo training. Our class is at SL5. Kat mana pun aku tak tau. Redah je la nanti. Sebelum masuk ke GEC kami kena go through security check. Pak gad n mak gad memang dah stand by kat depan GEC tu. Diorang akan check setiap beg yang dibawak masuk. To make sure no cameras, no pendrives, hardiscs, etc. etc. tak dibawak masuk. Strict jugak ye. Lepas abis tu kami menonong cari SL5. Katanya SL5 tu kelas at Second Floor, Left Wing of GEC and kelas no 5. Whoa.. No wonder la namanya SL5. Senang je. Bila dah sampai tu, tecit je tulisan SL5 tu. Nama kelas kami sebenarnye Robert Norton Noyce. Setahu aku nama2 kelas ni dinamakan after tokoh2. Tapi sape plak pokcik Robert ni ye? Ada kena mengena ngan Norton Anti Virus ke? Hahaha..
So, we go straight to tujuan utama aku menyusah2kan diri datang India ni. Training yang kami attend ni namanya Infosys Foundation Program. Ada several modules yang akan didedahkan sepanjang kami kat sini. Some of the modules ada yang aku dah familiar. Ada gak yang baru. Our batch is placed under J2EE stream. So apa yang dipelajari sepanjang 2 bulan kat sini adalah berkaitan dengan J2EE. Setiap batch yang datang training kat Infosys ni akan dipertanggungjawabkan kepada sorang Batch Owner. Our batch owner name is Suchitra Ravi Subramaniyam. Tecit2 comei2 je orangnye. Kalau ada pape memang refer pada dia je.
First day of training n our first module is Programming Fundamentals. Belajar balik C Programming. Aku ni dah sememangnye agak bengap dalam programming memang excited dapat belajar balik. Memang seronot. Our trainer is Meenakshi. Dia ni banyak pengalaman kerja dalam software development. So memang bagus la. Cara penyampaian dia pun best. Tak rasa boring pun. Module programming fundamental ni is scheduled for 6 days. 4 days of training n 2 days of project. At the end of the day je mesti ada assignment. Kena siapkan n submit the assignment online.
Hari pertama ni keadaan agak bercelaru sket. Ye lah, tempat duduk tak assigned lagi. So redah je la nak duduk kat mana pun. Aku n geng pilih seat depan2. Mata potek cam aku ni mana bley dok belakang2. Tak nampak. Nanti tak paham apa cikgu ajar. Hahaha.. Semangat hari pertama memang camni. Tengokla besok n hari2 seterusnya. Gerenti aku dok belakang2. Lepas dok tempat tu ada sesi bagi2 buku teks. Cam jaman2 skolah plak. Diorang ada provide reference book untuk module yang berkaitan dengan apa yang kita belajar ni. Bagus gak ek. Pastu sesi bagi2 cawan plak. Cam kelakar pun ada. Diorang provide cawan ni untuk kitorang punya tea break. Best woo.. Ada vending machine kat luar kelas tu. Time break just pi tadah je teh ke nescafe ke kat situ n minumlaa sampai mabuk. Tak kisah pun.
Our lunch break pukul 11.30 sampai 2. Lama kan? Best betul. Cam long break hari jumaat plak. Hehehe.. Diorang baik hati bagi break lama sket coz nak balik sembahyang lagi kan. GEC ke hostel dah la jalan 10 minit. Jauh tu. Kalau tak mo jalan naik la beskal. Tapi biasanya beskal memang cepat abis. Tak dan nak capai. Makan lunch pegi food court 2 je la. Itu yang paling dekat ngan hostel. Menu hari ni? Chicken Kabab with Ghee Rice. Nasi dia mak datuk. Banyak giler. Boleh makan dua orang ni. Aku mintak kurangkan. Pelik je mat india tu. Sorry laa, perut I kecik. Hehehe..
Pukul 2 start balik training. Disebabkan tempat duduk tak assigned lagi, intern ID n PC login + password pun tak dapat lagi. Selagi benda2 ni tak dapat susah la kita nak buat assignment, nak access email n so on. Serabutnye ya amat. Diorang ni kan, dah tau 100 umat nak datang dari mesia, siapkan la semua awal2. Takde la haru biru camni. Sabo je la. Dengar je la apa Meenakshi ajo kat depan tu. Dah abis blajo wat assignment plak. Hangguk! 10 assignment kena siapkan. Sabo, sabo. Malam ni datang lab balik. Hehehe..
Petang tu kami keluar pi Mysore Town. Ni kes dah tak sabo2 nak berjalan la ni. Hema handle all the transportation. Dia dah pro. Boleh jadi leader. Aku tukang follow je kat belakang. Kami 5 orang plus Shamala, Sha n Ruby (tutors from UTHM) and Pak Tam & Ihsan (Lect from UiTM) joined this trip. Bukannya apa pun. Saja jalan2 release tension. Baru satu hari dah tension. Belum lagi dua bulan dok India ni. Hahaha.. First stop kami ke Mysore Saree Emporium. Dari luar tengok cam kedai mahal je. Tapi takpe. Masuk dulu. Sari memang lawa2 kat situ. Aku sempat pow satu. Kaler biru. Memang biru yang aku suka banget. Tapi embroidary dia kaler gold + merah la plak. Adeh.. Tak kisah la janji biru dia menawan.
After that kami baru pi ke Mysore Town. Hecticnya. Dusty, sesak. Nak pengsan aku. Jalan pun berpimpin2. Takut punye pasal. Hehehe.. Nasib baik Hema n Shamala ada. At least takde laa orang2 Mysore ni pandang kami semacam. Ada gak kaum dia jalan2 dengan kami ni. Ahakss.. Pegi masuk kedai yang sale je. Hema & Shamala sempat pow banyak kain untuk punjabi suit. Aku ni pandang je la. Mana reti nak pakai punjabi2 ni. Diorang dah beli kain tu siap hantar pi tailor lagi. Katanya tak la mahal mana. Satu pasang baru Rs100. Tu baru lapan hengget beb! Sapo nak bagi harga camtu. So untung la diorang. Tak payah bawak baju banyak2 pun takpe. Boleh beli siap jahit lagi kat sini. Tak macam aku. Takdenye baju tu rotate seminggu. Rotate sebulan pon boleh. Hahaha..

Mysore @ Night. Banyak setan rupanya tengah2 bandar ni..
Around 9 malam jugak kami sampai Infosys. Masing2 dah penat. Pegi lab? Sorry la. Besok je la aku siapkan assignment semua tu. Haha.. Balik bilik konon penat la nak tido terus. Tapi sari yang aku beli tadi dok memanggil2 aku suruh tengok balik. Apa lagi. Bongkar ler. Shima pon bongkar sari dia gak. Cantik plak bila dah sampai bilik ni. Tapi bila tengok2 balik, sari aku ni cam bendera Johor pun ada gak. Wakakakaka.. HIDUP JOHOR!! ^__^V

Monday, May 19, 2008

Kick-Off!!

Hari ni kami start our training with Induction session. Mainly conduct by HR department la. Location sama dengan briefing hari tu - ILI building - MG Auditorium. MG tu stands for Mahatma Ghandi. Kebanyakan training room, discussion room etc. etc. dinamakan sempena nama tokoh2 dunia. Tapi yang aku nampak banyak tokoh India je. Maybe tempat lain tokoh negara lain plak kot.

Induction ni nothing else but talks, taklimats, briefings yadaa yadaa. Boring jugak dengar. Dah la dok depan sekali. Ngantuk pun ada. Pastu pikir2 plak kat Msia hari ni cuti Wesak Day. Huhuhu.. Patutnye kita ikut cuti gak hari ni. Well, antara banyak2 sesi tu aku suka sesi conducted by ILI staf - more on soft skills. Tu pon sebab dia pandai attract people's attention. Semangat betul aku dengar. But still, sesi paling best is sesi keluar auditorium. Hikhik..

Sunday, May 18, 2008

Kupon oh Kupon..

Today I woke up rather late. Hari ni takde pape aktiviti. So memang sedap la aku tarik selimut. Pagi ni kami disuruh pegi amik kupon makanan kat Reception. Infosys sponsor makan Rs100 per day. Dalam 8 hengget kalau diconvert secara kasarnye. Boleh la jugak survive.
Seblom bekfes kami pegilaa amik kupon tu. But bila sampai sana, recept kata kami ni lecturers. Tak payah pakai kupon. Makan je kat Floating Restaurant tu. REALLY? Wow! This is nice. Makan buffet free. Bagus tul. So breakfast tu kami makan dengan seronotnye. Masa tu gak we saw the Malaysian Officials for the last time. Diorang nak balik dah tengahari ni. Sob sob. Cam sedih je rasa.
After breakfast kami meronda2 lagi amik gambo. Dah memang aku ni gile bergambo, layan je la. Then we stop by main bowling. First time ko, aku main. Seblom ni tak penah main langsung. Dahsyat betul aku ni. Satu game Rs45. Tak sampai 4 hengget. Murah gak la kan. Memang tak payah nak pikir lama, terus register nama. First time aku baling terus strike. Terer gak aku ni. Tapi sekali tu je la. The rest jadik habuan longkang. Hahaha..
Lunch kami lunch kat floating lagi. Dah recept kata makan free kat situ, kami pon bedal je la. Tengah2 makan tu pakcik tua sorang ni - pekerja kat situ kata sampai tengahari ni je kan korang makan free? Pasnih kena pakai kupon kan? Konpius kami. Recept kata lain, restoran kata lain. Apa kes ni? Pastu pakcik tu pon refer pada kengkawan dia yang lain. Yang lain siap kata lunch ni pon dah kena pakai kupon. Really? Terbantut selera makan aku. Takpe. Pasni kita pegi deal ngan recept.
Dah lepas menyumpah2 tu kami pi recept. Tetiba plak recept kata arahan bertukar. So kami ni dibagi kupon cam orang lain. Pulokkk. Tadi kata lain ni lain plak dah. Mesti info tak sampai kat diorang ni. Ok fine. Kupon pun kupon la. Aku dapat2 je kupon tu terus kira. Kita ada kat Infosys ni for 57 days. Suppose to have Rs5700 worth of coupons. Tapi dikira2 cuma ada Rs4600 je. Camno ni? Mula la masing2 tak puas hati. Sebelum ni deal sehari Rs100 nape dah jadik sikit plak. Aku mesej En Azmar MDeC tak dibalas2 plak. Masing2 dah buat muka toya. Then few others datang recept mintak kupon. Kali ni lagi best. Diorang tak dibenarkan makan langsung selagi tak amik kupon. Waduh. Nasib baik kami lepas tadi.
Hema called Vandana to clarify things up. Vandana kata memang Rs100 per day. Tapi only for working days je. Laaa.. Nape laa tak bagitau awal2. Penat dah mengutuk sana sini. Weekends terpaksa la spend duit sendiri. Dah la MDeC bagi sikit je elaun. Kena jimat2 la nampaknye. Sabo je la.
Bila pikir2 balik macam kelakar pun ada. Pasal makan pun nak kecoh2. Truly Malaysians..

Saturday, May 17, 2008

At the Beginning..

Hallu!! Hari ni hari pertama aku kat Mysore, India ni. Jadi orang India la aku for the next two months. Harap2 aku tak kan terus lekat kat sini lepas ni. Musti balik Malaysia!! Hehehe..
Meh aku citer sket apa berlaku dua tiga hari ni. Perjalanan aku ke India ni memang jauh. Dari KK aku turun ke JB, dari JB ke KL, KL ke Bangalore, Bangalore ke Mysore. Memang jauh. Penat pun ye. Sebelum tu dengan masalah tiketnye, dengan pertukaran tarikh trainingnye. Macam2 halangan dan cabaran. Harap2 semua dugaan ni berbaloi la hendaknye.
Mesti ramai yang tertanya2 kan, camne aku bley tetiba plak tercampak kat Mysore ni? Well, semuanya very unsangkarable la. Benda yang tak disangka2 datang bergolek depan mata. Begini kisahnye. MOSTI, MOHE n MDeC sebenarnye ada kind of kerjasama with this one IT company in India named Infosys Technologies Ltd. So, the deal is, MOSTI n geng akan hantar 100 people to India for training and those 100 people akan dipilih dikalangan lecturers and students from various IPTs around Malaysia. Aku ni salah sorang yang terpilih la kiranya selepas melalui exam yang ntah pape n interview yang cukup melawakkan - being interviewed by my fellow colleagues. Mana tak lawak. Ntah pape yang ditanya n ntah pape yang aku jawab. Dari UMS ni cuma 3 orang je yang terpilih. Me, myself and two of my students - Say Koon & Wee Chien. Sabar je la menunggu nahas kat India ni nanti!
16 Mei 2008, tarikh aku bertolak ke India. Aku start journey aku dari JB. Balik kampung dulu cium ketiak mak baru pi jalan. Wajib tu. Hehehe.. Dari JB bapak aku drive ke KLIA. Excited betul bapak aku tu. Macam nak dihalau2 aku pegi je. Huhuhu.. Mak aku tak ketinggalan ikut. Din Gemokk pon ikut skali. Ika kembong malas plak. Dia lebih suka pi selebret Hari Guru kat skolah. Pi KL saja2 camni takde makna bagi diri dia. Lain la overnite ke. Shopping ke. Suka aje kalau camtu. Aida n Sharir? Well, diorang dah keje kat UTM nun. Jadik RA under Dr Azman. Tak silap aku next week Gemokk pon akan join skali. Waduh2. Kok sume anak Wak Daut mengongker FSKSM? Oh well, what to do. UTM has always been our 2nd home. Hehehe..
Dari JB awal gak kami keluar. Sampai Nilai around 11.30. Still early. Tak kan laa nak pi KLIA terus. Registration kat PanPac kul 3. Banyak lagi masa yang nak dibuang. Nak serbu umah K Sidah - my cousin, dia keje la plak. Last2 kami dok menonong je jalan ntah ke mana2. Dah agak2 sampai dekat2 Putrajaya, kami ke Alamanda. Ramai orang kat situ jangan cakaple. Tengah lunch hour. Nak pi makan pon tak selesa. Rushing sana sini. After lunch pi beli barang sket kat Carrefour. Aku ni punyelaa jakun tengok orang seret bakul kat situ. Dalam hati dah kutuk dah, pemalas betul orang2 KL ni, bakul pon tak nak angkat. Sekali ada roda da!! Serious ni first time aku nampak. Ketinggalan zaman betul aku ni. Apa lagi, aku pon ikut seret la. Hehehe.. Buat itu ini, almost 3pm gak kami bergerak ke KLIA.
Aku sampai PanPac around 3.30. Dah ramai dah orang kat situ. Aku dok belek2 semuanya bawak beg gabak2. Kiranya aku ni takde laa melampau sangat. Beg pon tak besar mana. Sampai2 terus cari Say Koon. Dia dah tercongok kat situ dari kul 1 tengahari lagi. Wee Chien plak siap naik teksi dari Muar. Sembang2 jap ngan diorang ni, aku terus masuk dengar briefing. Ada laa several do's and dont's yang perlu diikut, yadaa yadaa.. Time ni gak aku kenal ngan En Hairuddin yang dok layan pertanyaan aku yang merepek2 tu. Then, kami diperkenalkan dengan SPOC. Yang sorang tu macam ku kenal. Sumpah aku penah nampak dia kat RCCST hari tu. Lepas briefing, aku pi jumpa family aku balik. Bapak aku nampaknye tengah borak2 ngan En Hairuddin tu. Terus dia kenalkan aku. Aku sengih je la. En Hairuddin pon cam nak tergelak tengok aku.
Tak lama tu aku nampak muka2 yang amat familiar sekali. Loh. Pakcik Usop ngan Makcik Muhaini rupanya. Neighbour aku masa kat Sri Putri dulu. Watpe gamaknye diorang kat sini? Tak sempat nak tanya terus ada mamat tinggi lampai ni berlari ke arah bapak aku n terus salam n cium tangan bapak aku. Huk aloh? Anak sapo ni? Pastu dia pi kat Gemokk and kata 'Din, lama tak jumpa!' Walaweii.. Sapo ni wei? Lepas ku amati betul2 rupanya si Azim daa. Anak pakcik Usop ni. Dah beso panjang rupanya. Last skali aku jumpa time dia form 1 ke form 2. Lama dah. Banyak2 tempat, kat sini gak kami jumpa balik. What a reunion.
We walked segerombolan from PanPac to Terminal. Kat check in counter, barisan dah panjang. Students semua blom dapat e-ticket diorang lagi. Terpaksalaa tunggu. Aku yang dah ada ni boleh terus check in. Tak payah nak buang karan tunggu lama2. Time check in ni aku nampak Dr Shamsul. Aku dengar dia ikut gak pi India ni. Huh. Nyemak je. Hehehe.. Then, aku terserempak plak ngan Nadia Samad. Hulala.. Dah lama tak jumpa dia. Sejak konvo degree dulu la. Dah 5 tahun kot. Dia datang hantar kawan dia nama Nadia gak. Katanya budak batch kami gak kat UTM dulu. Aku dok perati je Nadia tu n dia pon dok perati aku. Memang tak kenal. Takpelaa. Nanti kat India boleh kenal ngan lebih details.
Itu ini, dah dekat kul 6 dah. Lambat lagi nak tunggu boarding. Aku pon say babai la kat family aku. Diorang nak balik JB terus. Karang lambat plak sampai. Tinggallah aku ngan family Azim. Lepas makan2 aku ngan azim pun terus masuk departure hall. Dah masuk tu Azim pi jumpa kawan dia plak kat luar. Aku pon tungguler dia kat imigresen tu. Dekat sejam tak sampai2 si budak azim ni. Budus gak aku tak mintak no tepon dia tadi. Last2 aku call mak aku, suruh dia call mak pak azim mintak no azim. Tu dia. Panjang proses. Tak lama tu mak aku call balik suruh aku proceed je. Azim masuk lambat. WOKEH!! Lega aku tak yah tunggu dah. Aku terus naik aerotrain n pi straight ke gate. Kat sana Say Koon ngan Wee Chien dah ada. Aku pon dok laa borak2 ngan Say Koon. Wee Chien plak dok mundar mandir berkepit ngan henpon. Report kat awek la tu..
Pukul 9.40 malam baru boarding. Ramai gak umat yang naik flight ni. Kami je dah 100 orang. Dengan delegasi orang2 kuat MOSTI, MOHE n MDeC lagi. Indian yang nak balik kampung dia lagi. Memang macam sardin. Aku duduk2 je terus rasa lalok. Sebelah aku budak UNIMAS. Lai namanye. Borak2 kejap, terus aku terlelap. Steward datang bagi tuala panas aku terjaga. Pastu terlelap balik. Bukak je mata steward tadi lalu bawak kacang. Tak sempat aku nak capai, dia dah jalan ke depan. Chett! Gara2 aku terlelap terlepas kacang. Wakakaka.. Makan malam aku amik non-veg. Nasi beryani plus dalca plus acar n lamb segera. Lepas makan aku terlelap balik. Tapi tido pun gitu2 je. Belakang n tepi aku bebudak ni dok bising2 borak. Tak penah naik flight agaknye. Bila terple'ot je langgar awan mula laa diorang bunyi. Ehh.. Alamak.. E'eh.. Opocot.. Oh Mak.. Aku nak gelak pun tak larat dah.
Kami sampai Bangalore International Airport jam 11.15 malam. Around 1.45 pagi waktu Msia. Roughly 3 jam stengah perjalanan. Tak la jauh mana. JB-KK pun 2 jam stengah. Turun flight terus ke terminal. Kecik betul airport ni. Macam terminal 2 KK yang duuuuluuu tu. Pastu ramai orang plak tu. Rimas aku. Lepas check imigresen aku terus pegi amik beg. Punyela bapak lama aku tunggu tak muncul2 beg aku. Sekali aku pusing tengok bebudak ni dah kumpulkan semua beg2. Rajinnye. Aku ni dah la poyo tunggu at the other end. Tengah dok mencari beg tu baru laa aku nampak batang hidung Azim. Dia kata last minit baru boarding. Nasib baik ko tak kena tinggal.
Kat luar airport ramai betul orang. Sesak. Masing2 tengok kami macam nampak alien. Pastu dengan bising bunyi hon kereta lagi. Suasana memang hectic. Jammed plak tu. Just like what Dr Pat said. Veerrryyy dusty. Aku terbiol skejap. Beg tarik aku dah la dua. Terkial2 aku tarik. Say Koon ngan Wee Chien plak tak dapat dikesan. Kalau tak bley suruh diorang tarik. Ada 3 bas tunggu kami kat seberang jalan. Tengah sebok2 tu laa baru nampak hero dua orang tu. Cepat2 aku masukkan beg n terus duduk dalam bas. Penat betul. Rasa nak tido terus. Nak2 dengar perjalanan ke Mysore amik masa 4 jam. Adeh..

Around 12.30 baru jalan. Walaupon dah pagi, suasana gelap, bandar Bangalore masih hidup lagi. Jalan masih banyak kereta. Orang masih ramai. Dah jauh sket dari airport tu baru lengang. Keadaan jalan not bad. Takde la lubang2 as I expected. Tapi dalam2 gelap tu aku boleh nampak keadaan kat luar memang dusty habis. Sampah sarap merata2. Sangat2 la kotor. Macam takde Majlis Perbandaran yang incharge bersihkan semua. Kiri kanan sampah berlonggok. Yang buat aku terkejut n sedih bila nampak kat sebelah longgokan sampah tu manusia tido berselubung. Ramai jugak. Kesian betul.
For the next two hours aku tido je. Sedar2 pukul 2.30. Tu pun sebab bas berhenti skejap untuk break. Tempat break tu ada kedai Coffee Day. Very modern. Starbucks India kot. Ramai orang borak2, lepak2 minum kopi. Aku just pusing2 tengok kedai, pi jamban n terus naik atas bas balik. Sambung tido.
4.30 kami sampai Infosys. At last. Suasana teramat laa sunyi. Tak nampak pape pon. Aku ni dah le lalok yang amat. Tengok kiri jalan ada bangunan under construction. Cam tempat tak siap je. Masuk dalam n stop kat one building. Ada staf datang turunkan beg. Kami pun turun. Pergi kat kaunter n isi borang declaration. Diorang check laptops, harddisk, pendrives bla bla bla. Tak cukup tu, beg pun dibongkar satu2. Very strict. Ye la kan. Software development company macam ni kawalan memang ketat. Semua barang yang dibawak masuk kena go through security.
Lepas check semua, kami terima kunci bilik. We go naik buggy straight ke hostel. Blok aku no 16 and room no 005. Ground floor. Nasib baik. Tak payah aku nak pikul beg berat2 naik atas. My roomate nama Shima. Lecturer UiTM, Shah Alam. Hopefully dia jenis yang sewel macam aku. Kalau tak mati kutu la aku. Hostel ni satu bilik kongsi 2 orang. Amat la selesa. Cam dok kat hotel. Siap meja stadi, tv, locker. Serba-serbi cukup. Kira best jugaklaa. Lepas letak semua barang kami pi untuk refreshments kat Floating Restaurant. Jalan kaki je dari hostel. Sambil minum2 makan2 aku diperkenalkan dengan several more lecturers. Kak Zana n Faez - colleague Shima n Hema from private college. Makan punye makan dah 5.45 pagi. Matahari pun dah naik.
After makan, kami balik ke bilik. Aku mandi2 and terus tido. Penat betul. Sedar je pukul 9.30. Pagi ni ada taklimat pukul 10.30 kat Food Court 2. Bersiap2 apa yang patut, brekfes kat Floating then straight ke food court 2. Briefing dibagi oleh Vandana Rao. Orang HR yang incharge ke atas kami. Banyak jugak benda yang dia bagitau. Lepas Q&A kami dapat intern card. Required to wear everyday dalam campus. Vandana stressed out yang kat Infosys ni dresscode amatlaa ketat. Weekdays cuma boleh pakai office attires je during office hours. Jumaat longgar sket. Boleh pakai casual. Sabtu Ahad suka hati la nak pakai apa. Janji sopan.
Lepas briefing kami ronda2. Pergi ke ECC - employee care centre. Kat sini la semua facilities ditempatkan. Bank, laundry, Mini market, Clinic, kedai buku, Salon - separate for men n women. Tingkat atas ada bowling alley, badminton court, squasy, yoga room, n yang paling penting - GYM! Nak masuk gym kena ada membership. Sebulan Rs300. Tak sampai rm30. Sape nak bagi? Then kami seberang jalan pergi Multiplex. Shape of a dome. Nice building. Besar pun ye. Unique betul. Pi masuk dalam tanya citer hapa yang tengah main. 2 movie je on the weekends. Satu hindi - Jaanat n one english - One Missed Call. Citer english tu cam dah lama je. Tapi tak tau la kalau kat India ni baru keluar.
Petang tu kami jalan lagi. Hujan la plak. Syahdu je sambut kedatangan kami ke India ni. Kami meround ke kawasan training. Masuk GEC, ILI. Berkenalan ngan budak aku sumpah jumpa kat RCCST aritu. Najwan namanye. Memang konfem ah. Berkat jadik secretariat hari tu. Semua nama presenter aku hafal.
At night kami ada briefing ngan Malaysian Delegates plak. Ada laa amanat terakhir yang disampaikan. Besok diorang nak balik dah. Huhuhu.. Terkontang kantinglaa kami kat sini for the next two months. Ada gak sesi ice breaking. Dapat laa kenal siapa, siapa. Habis briefing around 10 pm. Balik bilik aku terus tido..