Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Sunday, April 27, 2008

Parti Buih @ Bukit Sepanggar

Semalam kami berparti. Tapi pagi2 lagi aku dah terlibat dengan presentation student PLUMS. Dengar je la. Dah jadik penyelaras ni kena la amik tau apa yang diorang presentkan. Takde la nanti aku blur tak tau pape. Habis presentation tengahari jugak laa. Rombongan cik kiah dah tunggu aku kat bawah. Semuanya nak mai berparti buih kat umah aku. Semangatnye diorang tak bley nak cakap laa. Memang excited.

Sebelum betul2 start on the parti buih, kami pi shopping kat giant dulu. Cari barang pape yang patut. Tambahan pada yang dah sedia ada. Sampai kat rumah si Bryan, Kim ngan baby kawak dia dah tercongok kat depan gate ngan sorang tukang pipe ni. Dia kata nak tengok mana yang bocor tu. So parti tak bley start lagi nampaknye. Dah orang tu kena belek2 pipe camno nak start masak. Punyelaa lama dia belek. Bebudak ni sume dah melepek dah. Lapor pon iye. Bila tengok tak siap2 lagi tukang tu buat keje kitorang pun mulakan langkah. Pi setup tempat bbq. Agaknye Bryan dah tengok kami semua start sebok buat keje dia pon cam mengalah la. Terus dia cakap next time kami datang lagi. Hurray! Balik jugak orang tua tu. Hehehe..


dari luar living room rumah haku..

So menu yang dimasak ni macam2. Perut tengah lapar. Nafsu makan pun kuat la. The chefs for this party are myself n Zaza. The rest pembantu2 yang berdedikasi buat keje2 merewang. Havoc jugak la dapur aku kali ni. Selama ni cuma aku je yang tertonggeng2 sorang2 kat dapur, this time meriah dengan ramai2 camni. Some of us setup bbq kat belakang. Bbq simple2 je. Suka suki bbq all those kinds of balls - sotong, ikan, crabstick, frankfurters, etc. Kat dapur luar, chef zaza punya site with menu of spagethi bolognese, potato salad and garlic bread. Aku punya menu plak soto johor with nasi impit dengan segala benda alah remeh temehnya - ayam goreng siat, suhun goreng, kacang goreng, bawang goreng, tauge, (special taww.. Kat sabah takde..) cuma begedil je tak sempat nak buat, n then sardin rolls and popia goreng. Nasi impit aku dah siap rebus awal2 so takde la mengganggu buat keje2 yang lain time ni.

Everything went fine. Cuma kekadang tu senak sket coz air tersekat2. Mana taknye, skejap2 kena bukak tutup main pipe kat luar tu. Malas sungguh. Nak kena turun naik tangga lagi. Tetiba rasa tension plak dok rumah pesen dapur + living room kat tingkat 1 camni. Nak keluar pon kena turun naik tangga. Tak cukup dengan tu, terpaksa plak aku jaga perigi ajaib kat dapur nun. Karang tak pasal2 melimpah. Memang haru biru betul


gadis2 longkang yang dengar2nya berangan nak kawen ngan anak datuk..

Around 7 baru kami makan. Sekali pandang rasa tak percaya je coz makanan melimpah2 banyaknye. Tak senonoh betul. Tapi ok je tu. Kami ramai. Akan habis jugak last2 nanti. Sambil makan sambil borak, sambil borak sambil makan. Sambil tengok tv. Yang bestnye, baru je jamah sikit masing2 dah kekenyangan. Yang dok cerita perut dia ada 4 tadi pon dah serender. Sabo je la. Baru first round ni cik adik oii. Ada banyak round lagi ni. Kena slow2 laa nampaknye. So, aktiviti moyan ni diteruskan sampai malam. Masing2 dah melepek kekenyangan takde semangat nak main buih. Hehehe.. Nak2 tetiba je air takde. No matter bape besar aku bukak main pipe langsung setitik pun takmo kuar air. Payah betul. Time2 camni la dia buat hal. Nampak gaya, besok pagi je la kami basuh segala periuk n pinggan mangkuk.


Pn CT pon sempat singgah.. gambo kenang2an..
Pagi2 buta air masih takde and air tangki pon dah abis. Hahaha.. Nasib la. Semuanya pakat menahan nak berak kencing. Korang balik hostel nanti laa baru settlekan urusan tu semua. Nasib baik aku ada simpanan air dalam toilet. Dapat la aku mandi. Kat pipe luar ada laa pulak sket saki baki air. Dapatla basuh pinggan mangkuk periuk belanga sket2. mana2 yang patut je la. But still ada jugak baki tak berbasuh. Letak tepi je la dulu. Nanti dah ada air baru aku kerjakan. Aku semalam dah kepenatan memang sedap betul tido. Bebudak ni ada yang tak tido langsung. Sanggup stay up semata2 mempirate drama2 korea aku. Hasil berkat blaja dengan aku. Haha.. Pagi ni sambung lagi makan. Lama2 abis jugak makanan tu semua. Syukur ALHAMDULILLAH! Takde yang bazir pun. Chantekk!!
Lepas settle semua aku pi UMS. Ada sambungan FYP lagi n dah sekali harung aku hantar bebudak ni balik hostel. Macam semalam gak. Tengahari baru habis presentation ni. Dah tu aku ajak zaza n ina pi teman aku pi bank. Sekarang ni aku agak fobia nak jalan sorang2. Karang tak pasal2 kena kidnap. Dah settle semua urusan bank, kami pi tengok wayang citer Over Her Dead Body. Melekek2 aku gelak sampai keluar air mata. Dah puas gelak, pi lepak ngumpat2 sambil makan kek kat Secret Recipe.
Malam jugak baru aku sampai rumah. Tengok2 bersih dah dapur gue Neni kerjakan!

Friday, April 25, 2008

Banjir Oh Banjir..

Sejak dua menjak ni hujan. Lebat selebat2nya. Jalan on the way nak balik rumah pun banjir. Jem jangan cakaplaa. Dari 10 minit boleh jejak ke satu jam sangkut dalam jem tu. But still, sampai skarang takde tindakan apa2 lagi dibuat ke atas banjir tu. Cuba2 la lebarkan longkang ke. Apa ke.

Serentak ngan tu jugak rumah aku ikut banjir. Ah sudah! Hari tu dah banjir sekali. Ni banjir lagi. Aku tak tau la camne bley banjir. Air keluar dari celah2 lantai n dinding. Terer tak? Aku bajet la air hujan banyak sangat pastu serap masuk tanah pastu tak tau nak pi mana dah. Last2 keluar celah2 lantai dapur aku. Memang magic. Dah le nak cari punca air tu susah. Terpaksa aku merangkak ala2 kucing miang kat dapur tu pi belek2 lantai kat belah mana air tu keluar. Lepas satu jam belek akhirnya jumpa gak. Memang konfem dan soheh. Air keluar sikit2 dari celah2 batu.

So aku pon call Bryan. Cerita la sket kan apa dah jadik ngan umah dia ni. Dia pon tak senang duduk. Sama jugak macam hari tu. Hari tu masa first time banjir diorang pi kopak lantai n dinding nak cari punca tapi tak jumpa. So berlubang + sompek la lantai dapur aku. Pastu kali ni pandai plak air2 ni keluar dari celah2 lubang tu. Sikit2 dia keluar. Lama2 bertakung jadi banyak. Dahsyat. Ada perigi kat dapur aku ni. Spesel punya. Rumah orang lain takde. Kehkehkeh..

So aku buat kesimpulan ada paip bocor la tu. Last time aku tak ingat camne bley berenti leaking ni. Rasanya macam tiba2 je. Kali ni berlarut2 sampai seminggu air keluar. Kalau tak bocor aku tak tau nak kata

Tuesday, April 22, 2008

Gelap Gulita..

Malam tadi blackout. Ngam2 aku tengah mandi. Siot betul. Meraba2 aku keluar pi dapur cari lilin. Menyusahkan betul la. Hari tu baru je blackout. Ni blackout lagi. Dalam sebulan bape kali da nak blackout. Rosak ler barang2 letrik umah aku.

Selalunya blackout ni kejap je. Ntah mimpi apa la plak malam ni kok lama bebenor. Hangin dah. Isnin malam jadual TV aku dahle pack. Tak dapek nak tengok Likable, ANTM, EW, House, La Tormenta. Memang tormenting betul. Notebook kesayangan aku plak tinggal kat opis. Kalau tak bley layan lagu ke, movie ke. Nasib la. Dah tak bley nak buat apa tu aku lepak golek2 atas katil. Nak tido tak bley. Panas banget. Bukak tingkap sebesar2 tidak. Takde plak angin malam ni. Tapi last2 tertido gak. Aku tersedar dekat pukul 1 pagi. Masa tu dah ada letrik balik dah. Yey! Tamat dah sengsara.

Pagi tadi nak pi keje aku dengar kat radio berita satu sabah bergelap coz of menara tumbang sebab besi penyokong menara tu dicurik. Chett! Cilanat betul la pencuri tu. Kecik2 tak nak mampus. Dah besar menyusahkan orang......

Friday, April 18, 2008

Farewell Lunch

Tengahari tadi kami ada buat makan2 sket. Sempena geng2 kami yang nak pi sambung blaja. Yang diraikan 3 orang, Lau, Liawas n Jen. Tapi Jen tak dapat plak nak datang. Kami yang lain ni pon tak ramai yang free. Sape yang ada je lah. Lau terbang petang ni. Cepat betul dia nak pi. Liawas next week. Jen maybe next sem takde dah. Bila lagi nak kumpul ramai2 camni. Dah ada kesempatan buat ajelah.

Aku ditugaskan cari tempat makan n bagitau semua orang pasal makan2 ni. Punyela sengal kepala hotak tak boleh pikir tempat makan mana yang best. Last2 aku pilih Kohinoor je kat Kingfisher tu. Hari tu dah penah makan sekali, rasa pon ok. Lagi pulak tak sempat dah nak cari jauh2. Dekat2 je.

Janji pukul 11 pagi, tapi sorang pon tak nampak batang hidung lagi. Pelayan kat situ bawak aku ke belah dalam restoren. Saspen je. Nak makan kat dapur ke? Hehehe.. Rupanya dia bawak aku kat bilik tertutup. Yang dok makan bersila. Perghh.. Tak tau plak aku ada tempat makan camni. Nice decor. Suasana pun best. By the time yang lain sampai pon, semuanya terkejut n surprise tengok tempat camni. Apa lagi. Posing sakan la kami.


Makanan kat Kohinoor ni dimasak upon ordering. So bayangkan la kalau order banyak alamatnye lambat la tunggu. Tapi ok gak. Sementara tunggu makanan yang fresh n panas2 tu kami borak2 kosong. Macam2 laa diceritakan. Termasuklaa kes penculikan tu. Nak2 kami makan ni pon di Kingfisher. Lupa skejap pasal keje. Bila makanan sampai, kami terus makan. Lapar la katakan. Memang concentrate betul makan.

Lepas makan ada laa farewell speeches. Sedeynye. Harap2 kami will stay in touch. See you guys three years later...

Wednesday, April 16, 2008

Kingfisher Kidnap..

Balik keje semalam Neny dok citer ada budak UMS sorang kena culik kat Kingfisher. Aku ingat memain tapi later on aku dapat SMS dari Pn CT bagitau no plat keta yang culik budak tu. So bukan cobaan laa ni tapi betul2. Heran aku. Camne budak tu boleh kena culik. Kingfisher tu bukan ramai orang lalu lalang ke. Boleh jugak diorang ni wat keje dajjal. Aku harap budak tu dijumpai balik dengan keadaan selamat. Susah nak percaya orang2 zaman skarang ni. Sedangkan budak2 kecik pon kena culik, apa lagi yang dah besar yang cantik n badan cam sedap je. Kat mana2 pon tak selamat.

Petang tadi aku dapat news budak tu dah dijumpai. But keadaannye amat laa menyedihkan. Tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan budak tu. Dah la diculik, dipukul, ditoron lagi. Sedihnye. Memang sial la manusia yang buat keje ni. Aku doa ko tak selamat dunia akhirat. Mak aku plak mula call aku. Tanya apa cerita nya pasal budak ni coz masuk paper. Aku ni dah lama tak baca paper so tak tau sangat perkembangan semasa. Mula laa dia lecture aku. Aku ni dah le jenis suka keluar malam sorang2. Kena aku berdas2. Tapi bila dah dengar berita2 camni memang aku rasa tak berani la. Susahnye nak hidup tenang, aman damai!

Monday, April 14, 2008

SKTM Graduation Dinner

Semalam aku join Graduation Dinner bebudak ni. Saja memeriahkan majlis. Tema pepel + hitam. Aku pon semangat ler carik baju yang blackpepel. Konon2 nak ikut tema la. So seperti yang aku rasa aku macam chantek lepas dimekap, aku pon pegi balik kaunter Shiseido tu seblom pi dinner. Kali ni bukan aku je. K rafidah pon ikut skali. Hikhik.. Melaram sakan la kami malam ni. Cherlie (awek shiseido) pon mulakan keje dia. Dekat dua jam jugak kami berdua siap dimekapkan.

Graduation Dinner kat Promenade Hotel. Sampai je kat sana ramai student dah ada. Tapi hampeh gak sebab ramai yang tak ikut tema. Kalau la ku tau aku pon malas nak pakai kaler blackpepel camni. Sabo je la aku. Budak2 ni kemain lagi yang seksinye. Sakit mata aku. Terjojol sana sini. Isk..

Dinner malam tu quite happening gak sebab ada live band kan. Live band ni tak lain tak bukan student SKTM sendiri. Memang sonot la dengar. Macam dah pro. Selain tu MC nye pon ok gak. Entertaining la. Makanan plak biasa2 je. Chinese set. Lauk pon dah biasa aku tengok. Setiap function yang aku datang kebanyakannye mesti hidangkan chinese style. Muak pon ye.


Paling kemuncak malam tu pertabalan King & Queen of SKTM. Havoc jangan cakap la. Macam2 test diorang kena lalui seblom dinobatkan. Yang menang of course la from IT side. Mana nak cari budak2 yang gila2 n sporting cam budak2 IT ni. Aku tak terkata apa dah. Dalam kelas punyelaa senyap. Kat luar kemain lagi diorang ye. Takpe la. Malam ni malam diorang bersuka ria sebelom blah dari UMS ni. Hukhuk.. Cam sedey la plak.



Aku tak tunggu sampai dinner habis. Dah lambat dah. Lepas habis semua program, kami amik gambo ramai2 n lepas say babai semua, aku n k rafidah pon balik. Overall, aku enjoyed gak dinner malam tadi. Nampak laa semua perangai sebenar yang disorokkan dari pandangan mata aku seblom ni. Enjoy2 jugak. Jangan lupa stadi untuk subjek aku

Saturday, April 12, 2008

Chantekk..

Petang tadi aku pi gatal2 test mekap kat kaunter Shiseido CP. Mana la tau kalau cun bley aku wat untuk graduation dinner besok. Mula2 cam tak selesa sangat coz being make up kat kaunter tu jugak. Jadi tontonan orang lalu lalang you.. Tapi dah lama2 tu aku buat dek je. Hasilnye agak ok gak. Lain la jugak muka aku jadinya. Tak penah bermake-up kan. Sekali kena, terus chantek jelita. Kehkehkeh..

Friday, April 11, 2008

Presentation Week

Minggu ni minggu present. Bertarung lagi skali anak2 buah aku n student2 yang lain. Tinggi harapan aku nak tengok semuanya success. Tapi bagi yang stengah2 yang under perform tu susah sket la aku nak bagi komen. Kalau dapat lepas syukur alhamdulillah. Aku dah tak mampu nak guide diorang lagi. Dah tak larat nak jumpa dah muka diorang lagi.

Nama je minggu presentation. Ingatkan kurang la keje aku. Tapi tak juga. Boleh dikatakan setiap hari aku terlibat dengan slot presentation. Kebanyakannya aku jadi panel je. Kira ok gak la. Just menilai presentation students je. Tak payah aku nak baca report check satu2 n bagi komen/cadangan or hentam gila2.

This sem nak dijadikan cerita ntah camne si Chung susun jadual, anak2 buah aku dapat Dr Pat dalam sesi diorang. Gabra abis. Aku pon cuak giler. Dr Pat bila dah bukak mulut semua terus diam. Lecturer lain pon terkedu. Saspen betul. Tiba harinya, aku lagi takut berbanding ngan student2 aku. Tapi aku poyo je buat2 tenang. Padahal menggeletar. Hehehe.. Memang soheh. Sorang2 anak buah aku dihentamnye. Ada yang dah terdiam, tak kurang plak yang nangis. Sabo je la. Aku rasa macam nak menyorok bawah meja pon ada. Tak sanggup nak tengok bebudak ni kena tembak.

Tapi tu kan lumrah. An FYP presentation is not an FYP presentation kalau takde sesi hentam menghentam ni. At least dengan segala hentaman ni, menunjukkan yang lecturer tu concern dan amik tau pasal projek yang bebudak ni bangunkan. Ok la tu daripada diorang diam je. kalau diam nampak sangat diorang tak berminat. Kirim salam je laa nak dapat markah tinggi2.

Lega jugak aku akhirnya bila semua sesi dah tamat. Budak2 apa lagi, lagi lega. Tapi dalam masa yang sama masih risaukan dengan markah yang bakal diorang dapat. Relakslaa. Korang ada gak berusaha untuk buat semua ni. Masa presentation pon walaupon tak konfiden, korang tau apa yang nak dipresentkan. InsyaAllah semuanya success...

Friday, April 4, 2008

Mak Tiri Returns..

Hallu.. Aku kat JB lagi ni. Bulan lepas aku balik. Bulan ni balik lagi. Hehehe.. Kali ni memang aku betul2 cuti tenangkan fikiran dan minda. Chewahh! Tapi hangen gak aku balik ni. Aku terlupa bawak balik coklat2 Labuan nun. Aiseh. Dah mula balik dah penyakit lupa aku.

Sabtu malam aku pi majlis Maulidur Rasul kat surau taman aku ni. Rajin kan aku ni? Kena rajin. Surau dah laa depan rumah, pastu bapak plak pengerusi surau, mana boleh anak dok kat umah tengok konsert AF. Hehe.. Saja cari nahas la kalau camtu. Majlis start ngan sembahyang maghrib berjemaah pastu makan2. Syok woo makan dalam dulang. Pastu sembahyang isyak berjemaah n last skali ada ceramah n sesi penyampaian hadiah aktiviti anak2 surau. Ceramah agak menarik. Tapi ustaz tu dah nak last2 baru best. Awal2 ya rabbi ngantuk aku dengar. Rasa nak tido je. Dah nak abis baru ok. Pukul 11 lebih gak baru kami balik.

Hari ahad rumah aku agak meriah. Ramai adik badik mak aku datang bertandang. Hani gebu pon ada. Isnin, both parents n nyai aku nak pi umrah. Kalau dah berkumpul camni macam2 cerita yang keluar. Bapak aku plak sempat lagi pi kl. Kelas dia blom abis. Kena abiskan sebelum dia nak pi umrah ni. Malam tadi dah la balik lambat uruskan majlis maulidur rasul tu. Pastu pagi2 subuh dah pi kl. Besok nak pi umrah plak. Kalau aku tak larat weh. Aku kalau ikutkan hari ni pi kenduri Affa. Tapi tak dapat la. Sorry ye Affa. Kalau tak memang aku nak datang kenduri ko. Cuma keadaan tak mengizinkan. InsyaAllah nanti aku jenguk ko ye.

So tibalaa hari isnin mak bapak n nyai aku nak pi mekah. Semua berkumpul kat rumah aku n sama2 berkonvoi ke masjid sultan abu bakar. Macam bapak aku pi ngan yayi aku dulu. Naik bas dari masjid coz nak naik flight dari changi. Kalau dari senai senang ler nak hantar ke airport terus. Lepas zohor diorang berangkat. Mudah2an semua selamat kat sana. Amin.. Aku sempat lagi mintak mak aku doakan aku cepat dapat jodoh. Kekeke.. (^__^)V

Bila parents takde kat umah, ha aku laa yang jadik parent nye. Mak tiri kini kembali. Teringat zaman2 dulu masa mak bapak aku pi haji. Camni gak la rupanya. Tapi dulu lagi tensen. Dengan aku stadi lagi masa tu. Skarang ni dah keje dah no hal sangat. Tak payah nak pikir apa coz keje2 semua balik KK nanti baru settlekan. So sepanjang dok umah ni aku buat keje2 rumah ler. Mengemas, masak, cuci. Semualaa. Penat la pulak rasanya. Camne ni? Aku baru berangan nak berenti keje jadik surirumah kalau aku kawen nanti. Tak jadi la kot. Hahaha..

Masa cuti ni gak aku sempat jumpa member seporum yang kuat moyan. Si Sweetlove. So bertambahlaa koleksi kawan porum aku. Dulu dah kenal si kelly. Kali ni kenal sweet plak. Aku pi cari dia kat tempat keje dia. Bukannya jauh pon. UTM je. Hehehe.. Sempat la borak2 sume. Kali ni ngan sweet takde kelu lidah apa kebenda. Aku main taram je. Sebab aku nengok dia jenis yang tak kisah. Cakap pon selamba je. Aku pon selamba je la.

Selain tu sempat gak jumpa k awa. Pon sama aku pi serbu tempat keje dia. Bukan direct tempat keje la. Aku pi serbu CS. Pi jalan2 cuci mata sementara tunggu dia abis keje. Sempat la lepak2 borak2 n makan2. Catch up some news. Gosip2 dan yang sewaktu dengannya. Malam tu plak pakcik aku yang kat KK nun datang umah. Pagi2 tu terkejut badak aku dapat call dari dia. Dia ada meeting kat JB rupanya. So malam ni dia overnite kat rumah aku. Dah alang2 dia balik KK sama ngan aku besok. So sekali harung la hantar ke airport.

Lagi seminggu mak bapak aku balik. Hopefully everything ok. Yang kat umah ni pon harap2 ok gak. Aida ada, sharir ada. Harap2 Ika kembong tak buat hal malas pi skolah ke hapa. Bukan leh caya tu. Aku plak besok nak balik KK balik. Hurmmm...